The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by esmelrilda, 2024-03-16 01:21:48

PENGEMBARAAN SI AZIQ DAN SI BORU

PENGEMBARAAN SI AZIQ DAN SI BORU

Pengembaraan Si Aziq dan Si Boru Pengembaraan Si Aziq dan Si Boru ESMELRILDA LIAH BINTI LOWRINCE


Suatu petang, Aziq datang kepada ibunya membawa sehelai kertas yang mengandungi lukisan dirinya dengan seekor burung ajaib bersaiz besar sedang menjelajah satu pulau terpencil di hujung kampung mereka.


“Ibu, lihatlah lukisan Aziq. Ini Aziq dengan Boru, sahabat ajaib Aziq.”


Ibunya, puan Asnah memarahi Aziq kerana masih memikirkan cita-citanya yang kolot itu. Aziq memang menyimpan impian untuk mempunyai kebolehan ajaib iaitu mampu berkomunikasi dengan haiwan kerana dipengaruhi oleh kartun “Aladdin” sejak kecil lagi.


Petang itu, Melisah menelefon Aziq untuk membawanya bermain di padang bersama Oyen, kucing kesayangannya. Selain bermain, Melisah ingin menasihati untuk datang ke sekolah. Melisah menunggu Aziq di simpang berdekatan rumahnya sesuai janji mereka. Setelah 15 minit menunggu, Aziq pun tiba dengan basikal tuanya.


Selepas tiba di padang, Aziq terus bermain dengan Oyen sambil menceritakan keinginannya tentang kebolehan ajaib kepada Melisah. Mendengar impian aneh Aziq, Melisah pun menasihati Aziq untuk datang ke sekolah kerana ia sudah lama tidak datang ke sekolah disebabkan bangun lewat.


“Aziq, esok datanglah ke sekolah. Semua guru-guru mencari kau. Kalau kau tidak ke sekolah, aku tidak akan benarkan kau bermain dengan Oyen lagi.” kata Melisah. Aziq hanya anggukkan kepala tanda setuju dengan permintaan rakan baiknya itu.


Pada keesokan harinya, Aziq dengan semangat datang ke sekolah walaupun belum menyiapkan kerja sekolahnya. Encik Hanif bingung melihat perubahan anaknya yang tiba-tiba. “Haih Aziq, semangat nampak hari ini, sekolah ada apa-apa aktiviti ke?” tanya encik Hanif.


“Tiada apa-apa ayah, Aziq hanya rindu akan sekolah.” Jawab Aziq sambil tersengih-sengih. Ayah dan kakak Aziq hanya menggelengkan kepala melihat karenah Aziq. Mereka pun bergerak ke sekolah.


“Hah Aziq lama tak nampak awak, pergi ke mana sahaja kamu sepanjang minggu lalu?” Tanya guru kelas Aziq kepadanya, Aziq hanya senyum kambing kerana tidak mampu untuk menjawab soalan tersebut.


Semasa rehat, Aziq datang menghampiri Melisah yang duduk di bahagian hujung kantin bersama rakan mereka yang lain. “Melisah, jom kita ke padang hari ini.” pelawa Aziq kepada Melisah, Melisah pun mengangguk tanda setuju.


Setelah 2 minggu berlalu, keputusan peperiksaan pertengahan telah pun keluar. Seperti biasa, ibu bapa Aziq tahu Aziq gagal dalam peperiksaan itu manakala Amirah, kakak Aziq pula cemerlang. Ketika berada di rumah, Aziq terdengar ibu bapanya memuji kecemerlangan Amirah dan meluahkan rasa kecewa mereka terhadap kegagalan Aziq dalam peperiksaan.


Aziq yang terdengar pun langsung berkata dalam hati, “Apalah gunanya aku dilahirkan dalam dunia ini, aku hanya mampu menitiskan air mata kedua ibu bapaku”. Aziq berjalan ke biliknya dengan penuh rasa bersalah dengan menanam tekad untuk berubah.


“Aziq, janganlah mengelamun lama-lama. Mari kita pergi ke pulau di hujung kampung.” Ajak Boru kepada Aziq kerana Aziq telah mengelamun selama hampir satu jam tanpa mempedulikan kehadiran Boru.


“Boru, aku rasa aku perlu berubahlah. Aku asyikasyik mengecewakan ibu bapa aku dalam peperiksaan. Agak-agak dapatkah aku cemerlang dalam peperiksaan seperti kakak ?” tanya Aziq. “Aziq pasti boleh jika Aziq tidak malas dan bangun awal untuk ke sekolah. Boru akan temankan Aziq belajar setiap malam” kata Boru.


Selepas lama termenung, Aziq pun naik ke belakang Boru. Kemudian, mereka terbang menuju ke pulau di hujung kampung untuk bermain dan mencari peti harta karun yang kononnya disembunyikan oleh lanun pada zaman dahulu. Aziq dan Boru bermain sampai lupa akan masa yang telah ditetapkan oleh pemilik sebenar.


“Aziq, ingat Boru hanya boleh keluar bermain sampai jam 5 petang sahaja. Jika kamu bermain melebihi masa, Boru akan menjadi batu. “ kata nenek sihir tersebut kepada Aziq. Aziq hanya mengangguk tanda faham kepada nasihat yang diberikan nenek sihir itu.


Sedang Aziq dan Boru bermain, tiba-tiba Boru teriak minta tolong. “Tolong, tolong. Aziq tolonglah aku, aku tersekat disini”. “Boru, kenapa kau boleh tersekat?” Tanya Aziq kepada Boru. Boru hanya menggelengkan kepala dan mula menangis kerana melihat kakinya yang mula menjadi keras dan berubah warna. u


Aziq teringat akan janjinya kepada nenek sihir, Aziq melihat jam tangannya dan ia menunjukkan jam 6:30 petang. Aziq berteriak memanggil nenek sihir di dalam hutan berdekatan dengan pantai tempat tinggal Boru dan nenek sihir itu. u


Aziq berteriak memanggil nenek sihir di dalam hutan berdekatan dengan pantai tempat tinggal Boru dan nenek sihir itu. u


“Nenek, nenek! Boru telah menjadi batu, Aziq minta maaf kerana tidak menepati masa. Aziq dan Boru terlupa dengan janji kami” kata Aziq sambil menangis di hadapan nenek sihir. “Nenek tidak dapat membantu kamu Aziq kerana kamu telah melanggar kata-kata kamu.” sahut Nenek sihir itu. u


“Tapi ada satu perkara yang boleh kamu lakukan untuk membantu Boru” kata nenek tiba-tiba. “Apa itu nenek? Aziq sanggup walaupun itu susah.” Tanya Aziq. “Nenek pun menjawab “Kamu perlu berubah menjadi insan yang lebih rajin dan cemerlang dalam peperiksaan kau. Barulah Boru dapat berubah kembali”. “Baik nenek, Aziq akan belajar bersungguh-sungguh dan tidak malas lagi.” Jawab Aziq sambil nangis teresak-esak. u


Aziq berlari ke arah Boru sambil menangis dan berteriak kerana Boru telah menjadi batu disebabkan oleh kesilapan mereka. Mereka tidak peka kepada jam dan melanggar janji mereka. u


Puan Asnah berusaha mengejutkan anak lelakinya daripada tidur. “Aziq oh Aziq, bangun cepat. Kamu kenapa sampai menangis ini?” Aziq bangun dengan cepat kerana terkejut seseorang memegang bahunya secara tiba-tiba sehingga terjatuh dari katil. u


“Aziq dimana ibu?” Tanya Aziq kepada ibunya. “Boru dimana ibu? Gara-gara Aziq bawa Boru bermain, Boru telah menjadi batu” kata Aziq lagi sambil menangis. Puan Asnah memeluk anaknya yang masih belum menyedari bahawa itu semua mimpi. “Aziq, bawa bertenang ya. Itu semua mimpi. Aziq masih di rumah. Baik Aziq pergi cuci muka. ” Jawab Puan Asnah. u


Aziq yang masih terkejut itu terus bangun dan mencuci muka. Walau bagaimanapun, Aziq masih teringat-ingat akan mimpinya tadi. u


Malam pun tiba, Aziq duduk di meja belajarnya kemudian teringat kata-kata nenek sihir dan Boru tadi. “Benar kata nenek sihir dan Boru, aku perlu berubah.” gumam Aziq sendiri. Aziq menanam tekad untuk berubah menjadi pelajar yang cemerlang dan anak yang berbakti kepada ibu bapanya. u


Aziq pun terfikir mencipta sebuah sajak untuk Boru, sahabatnya. Tidak ada seorang pun yang tahu jika Aziq mempunyai bakat dalam mencipta sajak. u Di dalam hutan ajaib, di antara pepohonan tinggi, Ada persahabatan yang unik, antara anak lelaki dan haiwan misteri. Mereka bukan hanya makhluk, melainkan sahabat sejati, Persahabatan, ikatan yang abadi dan kukuh. Di balik hutan belantara, di antara aliran sungai yang jernih, Bersama-sama, kita melangkah di bawah sinar matahari yang bersinar. Kita berbagi cerita dan rahsia, tanpa sebarang cela, Mengajar kita erti kesetiaan, dalam setiap detik yang berlalu begitu indah. Dalam persahabatan manusia dengan haiwan ajaib, Terbentanglah ikatan yang tak terlupakan, seiring waktu yang berlalu. Dalam keajaiban alam, kita belajar tentang kasih sayang dan pengorbanan, Sebuah kisah persahabatan ini, selamanya terukir dalam hati yang abadi.


“Ibu, ayah ! Aziq sudah balik.” Teriak Aziq. Aziq sudah tidak sabar memberitahu ibu dan ayahnya tentang keputusan peperiksaannya. Dengan usaha Aziq, Aziq berjaya meraih keputusan yang cemerlang. “Kenapa teriak- teriak ni Aziq?” Tanya Puan Asnah kepada anaknya. u


“Ibu, ayah Aziq ada hadiah untuk ibu dan ayah.” Kata Aziq sambil memberi sampul surat yang berisikan keputusan peperiksaannya. “Alhamdullilah, tahniah Aziq. Ibu tak sangka Aziq dapat keputusan cemerlang.” Pujian Puan Asnah itu menambah lagi rasa gembira Aziq. Puan Asnah dan Encik Hanif memeluk Aziq sebagai hadiah. u


“Aziq, ayah ada belikan kamu hadiah. Pergilah tengok di luar rumah.” Kata encik Hanif kepada Aziq. Aziq dengan sangat gembira berlari ke halaman belakang rumah. Aziq sangat gembira melihat hadiah yang diberikan oleh ayahnya iaitu burung. u


Tekad yang telah di tanamkan di hati berjaya mengubah kegagalan Aziq. Dengan kejayaannya, Aziq pun memiliki seekor anak burung. Ia menamakan burung itu “Boru” sama seperti sahabat haiwan imaginasinya. u


Pengajaran Kita perlu peka kepada masa kerana masa itu emas. 1. 2.Kita perlu rajin belajar. Kita perlu gigih berusaha mengejar impian. 3. 4.Sayangi ibu bapa kita.


-Tamat-


Rujukan Arba’Ie Sujud, Nurul Azimah Abdull Sedik, Muhamad, N., & Intan Zahariah Gaisun. (2014). Ekspresi emosi melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak. Jurnal Melayu, 13. 1. FARRA HUMAIRAH MOHD, MUHAMAD, N., Fazilah Husin, Anida Sarudin, & NUR. (2023). Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 39(1), 514–533. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2023-3901-29 2. Ishak, A. (2006). Perkembangan sastera kanakkanak di Malaysia : buku Melayu mencari nafas baru. Cerdik Publications. 3. Titik WS, Riris Toha, dkk. (2023). Kreatif Menulis Cerita Anak. Nuansa Cendekia. 4.


Click to View FlipBook Version