The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

T1_NUR FATIHAH BINTI MOHD FADLI_PKDK3333

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfatihahhfadli, 2025-03-10 21:17:32

BBM Matematik & Sains

T1_NUR FATIHAH BINTI MOHD FADLI_PKDK3333

Tugasan 1 PKDK 3333 : Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains untuk MBPK Kurang Upaya Pendengaran NUR FATIHAH BINTI MOHD FADLI 2021172310551 PT3S2-2


Ecomap merupakan sebuah bahan bantu mengajar (BBM) yang interaktif menggabungkan subjek matematik dan sains. Ia dibina untuk memudakan murid berkeperluan pendidikan khas masalah pedengaran memahami tajuk kedudukan dalam matematik tahun 3 dan tajuk siratan makanan dalam sains tahun 5 . Konsep BBM Ecomap Ciri-ciri : Objektif : Kumpulan sasaran Nama BBM : Ilham Dilhamkan daripada dua gabungan perkataan iaitu ecosystem dan map. Ecosystem menggambarkan tentang konsep rantai makanan dalam sains manakala map mewakili koordinat bagi konsp kedudukan dalam matematik memahami konsep abstrak seperti koordinat dan hubungan dalam ekosistem pendekatan visual, permainan, dan interaksi secara langsung. MBPK masalah pendengaran Tahun 3 – Untuk subjek Matematik dalam topik Koordinat. MBPK masalah pendengaran 5 – Untuk subjek Sains dalam topik rantai Makanan. . Murid dapat menentukan kedudukan sesuatu objek atau titik berdasarkan koordinat . Murid dapat membina rantai makanan dan siratan makanan dengan menggunakan sistem koordinat . interaktif elemen gamifikasi menggalakkan kolab .


Kajian-kajian berkaitan ke arah penghasilan BBM : Ecomap merupakan sebuah bahan bantu mengajar (BBM) yang interaktif menggabungkan subjek matematik dan sains. Ia dibina untuk memudakan murid berkeperluan pendidikan khas masalah pedengaran memahami tajuk kedudukan dalam matematik tahun 3 dan tajuk siratan makanan dalam sains tahun 5 . Teori Konstruktivisme Kajian - kajian lain yang menyokong BBM ini disokong dengan Teori Konstruktivisme yang menjelaskan bahawa murid dapat membina pengetahuan baru melalui pengalaman sedia ada murid . Kajian oleh Vygotsky (1978) dalam Teori Sosial Konstruktivisme menyatakan bahawa interaksi sosial dapat membantu murid membina pemahaman baru melalui pengalaman bersama rakan dan guru. Murid menyesuaikan pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedi untuk membina sesuatu konsep. Melalui penglibatan aktif ketika permainan Ecomap membolehkan MBPK masalah pendengaran menyelesaikan masalah atau meneroka permainan sekali gus mereka dapat memahami konsep tentang kedudukan dan rantai makanan. Murid mampu membuat perkaitan antara kedudukan haiwan dengan aliran makanan dalam rantai makanan. Teori konstruktivisme dalam pembelajaran menekankan peranan aktif siswa dan interaksi sosial di kelas. Pendekatan ini mengakui bahwa konsep dipahami melalui pengalaman menalar dan menghubungkan ide-ide.” (Saputra & Muqowim, 2024) Papan Ecomap yang mempunyai elemen visual seperti gambar,warna dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap pelajaran. Purnama (2010), penggunaan warna yang sesuai dalam multimedia pembelajaran dapat membangkitkan motivasi, perasaan, perhatian, dan kesediaan siswa dalam belajar. Elemen digital dalam Ecomap ini juga dapat menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.Che Suriani Kiflee et al. (2021) mendapati bahawa penggunaan kaedah multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar pintar dan berbakat menunjukkan persepsi yang tinggi terhadap keberkesanannya.


Snake ladder/bingo Peta I-Think Puzzle Treasure hunt Ecomap diinspirasikan daripada permainan papan yang mempunyai bentuk grid seperti Snakes& Ladders dan Bingo. Permainan ini menggunakan petak-petak sebagai asas pergerakan semasa bermain. Namun, Ecomap ditambah baik dengan meletakkan grid koordinat di bahagian tepi dan bawah petak untuk membantu murid memahami kedudukan dengan lebih jelas. Selain itu, anak panah ditambahkan untuk menunjukkan aliran tenaga dalam rantai makanan, supaya murid dapat melihat hubungan antara organisma dengan lebih mudah. Ecomap menggunakan konsep peta alir dalam peta I-Think .Hal ini membolehkan murid melihat hubungan makanan antara haiwan dengan haiwan.Murid boleh mengetahui pengeluar dan pengguna dalam rantai makanan. Elemen puzzle juga digunakan supaya dapat menarik minat murid . Murid diberikan potongan kad organisma dan perlu menyusun kad tersebut mengikut susunan pengeluar, pengguna primer, sekunder, dan tertier pada petak koordinat yang betul. Jika murid berjaya membentuk rantai makanan lengkap, mereka akan mendapat 2 duit harta karun tambahan. Pada akhir permainan, kumpulan yang berjaya mengumpul duit harta karun terbanyak akan dinobatkan sebagai pemenang dan menerima ganjaran istimewa Idea-Idea penghasilan


Rasional BBM ini adalah membantu meningkatkan kefahaman MBPK masalah pendengaran tentang topik kedudukan dan rantai makanan.Hal ini ramai MBPK sukar memahami konsep kedudukan iaitu koordinat di mana MBPK keliru dengan paksi mengufuk dan mencancang ketika mengenal pasti kedudukan titik dalam graf.Kesannya,MBPK sukar menentukan lokasi dengan tepat.Bagi Sains pula, maklumat yang kompleks ini perlu diajar dengan cara yang menarik supaya murid tidak mudah putus asa dan bosan ketika belajar apabila gagal memahami atau menjawab soalan berkaitan topik ini.Pembelajaran yang menyeronokkan dan bersesuaian memberi kesan positif dalam memupuk motivasi dan memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan diingati (Nor Shahida, 2020).Sehubungan itu,BBM Ecomap dihasilkan untuk membantu murid memahami konsep koordinat dan siratan makanan secara lebih mudah dan menyeronokkan. Elemen-elemen dalam Papan Ecomap mampu mengekalkan motivasi serta meningkatkan kefahaman MBPK tentang topik yang dipelajari.Elemen warna warni,gambar dalam Ecomap mampu memberikan gambar jelas tentang topik yang dipelajari.Hal ini memudahkan murid faham kerana ada gambaran jelas.Pendekatan bermain sambil belajar juga turut diterapkan dalam BBM ini.Hal ini menambah rasa bersemangat untuk belajar kemudian libatkan diri dalam aktiviti PdP.Unsur ganjaran harta karun juga dimasukkan supaya MBPK dapat meningkatkan kerjasama dalam kumpulan ketika mengumpulkan duit harta karun sebanyak mungkin.Kemudian,anak panah ini dalam BBM bertujuan untuk mengelakkan murid keliru hubungan antara pengeluar, pengguna, dan pemangsa. Rasional penghasilan BBM yang berfokus kepada objektif


1 2 Menekankan visualisasi • Menggunakan warna, gambar, dan simbol untuk membantu pemahaman.Gambar rajah yang dilukis dapat menterjemahkan masalah dalam bentuk ayat ke bentuk yang lebih mudah difahami serta membolehkan murid menentukan operasi asas yang tepat untuk digunakan dalam penyelesaian (Norazlin,2018) Mempunyai elemen interaktif ·Aktiviti menyusun, menyambungkan, dan meneroka rantai makanan membantu mereka belajar secara aktif. Keperluan BBM MBPK masalah pendengaran menghadapi kesukaran dalam memahami konsep abstrak.Sehubungan BBM yang dibina perlu sesuai dengan gaya pembelajaran mereka dimana mereka lebih cenderung kepada elemen visual berbanding audio. Oleh itu, mereka memerlukan BBM :


3 4 Menggunakan konsep permainan • Motivasi murid meningkat apabila mereka belajar melalui elemen permainan seperti ganjaran harta karun.Hal ini dapat memastikan emosi dalam keadaan baik.Bermain adalah baik untuk perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak (Sharifah & Aliza, 2013). Mengintegrasikan koordinat dan siratan makanan – ·Membantu murid memahami bagaimana kedudukan dan pergerakan berfungsi dalam dua bidang pembelajaran yang berbeza (Matematik dan Sains). Keperluan BBM MBPK masalah pendengaran menghadapi kesukaran dalam memahami konsep abstrak.Sehubungan BBM yang dibina perlu sesuai dengan gaya pembelajaran mereka dimana mereka lebih cenderung kepada elemen visual berbanding audio. Oleh itu, mereka memerlukan BBM yang


Gunting Bahan-bahan yang digunakan Kad board Tali Kertas warna Hot glue gun mesin liminate


M e r u j u k D s k p s a i n s d a n m a T E M A T I K 01 02 04 03 Tajuk yang dipilih adalah Matematik Tahun 3 (Kedudukan) dan Sains Tahun 5 (Rantai Makanan). Langkah pertama ialah merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) ,buku teks Sains Tahun 5 dan Matematik tahun 3 untuk memastikan BBM yang dibina selari dengan objektif pembelajaran dan standard kandungan yang ditetapkan dalam kurikulum. Merangka bentuk BBM Sebelum penghasilan BBM, satu rangka atau draf awal perlu dilakukan bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bentuk dan fungsi BBM. Proses ini penting untuk mengelakkan kesilapan semasa menyiapkan BBM serta memastikan bahan yang dihasilkan berkesan dalam membantu murid memahami konsep yang diajar. MEMBINA PAPAN ECOMAP Antara kerja yang terlibat termasuk: Mengukur panjang dan lebar petak Ecomap. Melekatkan tali untuk membentuk petak pada papan. Meletakkan tali sebagai paksi mencancang dan mengufuk untuk memudahkan murid memahami kedudukan haiwan Menampal velcro pada papan Ecomap serta gambar haiwan untuk membolehkan murid menyusun dan menyusun semula kedudukan haiwan dengan mudah. Bagi subjek Matematik, gambar haiwan akan digunakan pada papan Ecomap untuk membantu murid mencari dan menentukan kedudukan haiwan berdasarkan arahan yang diberikan. Untuk subjek Sains, murid akan memilih, menyusun, dan meletakkan haiwan di tempat yang betul bagi membentuk rantai makanan. Semua gambar haiwan yang diperoleh akan digunting dan dilaminasi supaya lebih tahan lama dan boleh digunakan berulang kali. MenCARI GAMBAR-gambar haiwan Langkah penghasilan BBM


05 06 membina soalan membina beberapa soalan berdasarkan BBM .Hal ini dapat melihat kefahaman murid.Soalan yang disediakan merangkumi: kedudukan haiwan dan susunan rantai makanan . Soalan akan di simpan di dalam sampl surat . Ujian dan Penambahbaikan BBM langkah seterusnya adalah menguji keberkesanan BBM sebelum digunakan dalam pengajaran. Antara perkara yang boleh dilakukan dalam langkah ini ialah: Menguji penggunaan BBM secara individu atau dalam kumpulan kecil untuk memastikan ia berfungsi seperti yang dirancang. Memerhatikan reaksi dan pemahaman murid semasa mereka menggunakan BBM. Jika murid keliru atau menghadapi kesukaran, maka BBM mungkin perlu dibaiki. Membuat penambahbaikan jika perlu, seperti memperjelaskan arahan, menyesuaikan saiz atau warna gambar, atau mengukuhkan bahan agar lebih tahan lama. Langkah penghasilan BBM


Langkah pengunaan BBM yang merangkumi strategi dan amalan pedagogi pada masa kini (Matematik) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan . Setiap kumpulan perlu mengambil 1 sampul surat dan 1 kertas. 01 Murid berbincang dengan rakan-rakan untuk menjawab soalan yang terdapat dalam kertas.Sewaktu berbincang MBPK yang pandai akan membimbing MBPK yang kurang pandai.Hal ini selaras dengan strategi pelajaran berpusatkan murid di mana murid yang mengelolakan ,memimpin sesi PdP. 03 02 Murid dikehendaki membuka dan membaca soalan yang terdapat di dalam sampul surat.Murid melibatkan diri ketika menyelesaikan tugasan yang diberi. Hal ini dapat meningkatkan karekter MBPK kerana penglibatan yang aktif di dalam kumpulan. 02 Murid menulis jawaban kedudukan haiwan pada kertas ,murid juga melekatkan haiwan pada kedudukan yang betul .


Langkah pengunaan BBM yang merangkumi strategi dan amalan pedagogi pada masa kini (Sains) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan . Setiap kumpulan perlu mengambil 1 sampul surat.Ini dapat memupuk pembelajaran koperatif di mana murid bekerjasama ketika menyelesaikan tugasan. 01 Murid berbincang dengan rakan-rakan tentang susunan haiwan yang betul mengikut konsep rantai makanan.Hal ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi MBPK.MBPK akan belajar berkomunikasi dan memberikan pendapat semasa berbincang. 03 02 Murid dikehendaki membuka dan membaca kad haiwan yang terdapat di dalam sampul surat.Hal ini menimbulkan sifat inkuiri dalam diri murid. Murid berfikir dan berbincang untuk mengetahui peranan setiap haiwan dalam rantai makanan. Kemahiran berfikir kritis ini membolehkan pembelajaran berasaskan inkuiri. 04 Murid meletakkan anak panah dan kad haiwan mengikut warna yang betul untuk bagi pengeluar dan penggunapengguna. Murid membuat keputusan dalam meletakkan anak panah dengan betul, menunjukkan pemikiran kritis (Critical Thinking) dan tanggungjawab (Character) dalam menyelesaikan tugasan.


Impak ke atas MBPK kurang upaya pendengaran Impak Meningkatkan Pemahaman Konsep Elemen -elemen dalam Ecomap seperti gambar,warna,anak panah,unsur permainan membantu meningkatkan pemahaman konsep kedudukan dan rantai makanan.Contohnya gambar digunakan untuk mewakili setiap organisma dalam rantai makanan, menjadikannya lebih mudah dikenali dan difahami oleh murid tanpa perlu bergantung kepada teks sahaja.Strategi melukis gambar rajah membantu murid menterjemah kefahaman mereka terhadap sesuatu masalah matematik berayat kepada bentuk yang lebih mudah difahami (Maslinah etal.,2016) Menggalakkan Pembelajaran Melalui Gamifikasi Ecomap membawa elemen gamifikasi dalam pembelajaran yang menjadikan murid lebih fokus, gembira, dan tidak merasa tekanan, di mana ini membantu mereka mengingat pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan melalui pengalaman positif. M E eningkatkan Motivasi dan Minat Pembelajaran me comap menjadikan proses pembelajaran lebih n p y e eronokkan kerana murid terlibat dalam aktiviti rmainan yang bersifat interaktif dan penuh cab u a n r t an, seterusnya meningkatkan motivasi mereka t uk belajar serta menanam minat mendalam m erhadap topik yang diajarkan, bermain dapat k e a mberi kefahaman yang luas dalam pembelajaran perha nak-kanak di samping dapat menarik minat dan tian kanak-kanak semasa pelaksanaan sesi PdP ( Zaharah & Suziyani (2019) Meningkatkan kemahiran sosial Ecomap dapat meningkatkan semangat berpasukan dalam kumpulan ketika mereka menyelesaikan masalah seperti menyusun rantai makanan,berbincang menentukan kedudukan lokasi. MBPK berkejasama antara satu kumpulan untuk memastikan kumpulan mereka menang.Apabila kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain semasa bermain, kanakkanak belajar kemahiran sosial seperti, bertolak ansur, bekerja sama dan berkongsi sesuatu (Smidt ,2010).


Gambar pelajar bersama BBM sebagai bukti


Rujukan


Sekian terima kasih


Click to View FlipBook Version