_____________________________________________
……………………………….………………………
………………………………………………….………
………………………………………………………
……………….……………………….…………
…….……………….………………………………
….……………….………………………………
……………………….…………………….………….…
……………………….…………………………….….……
………………………………………….……….….……
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan
2 bertopikkan Teknologi Hijau bab 10. Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru
matapelajaran Geografi, Cik Mok Pui Kee kerana telah membimbing pelajar-pelajar
kelas 2 Teratai untuk menyiapkan tugasan kerja ini dengan jayanya.
Saya telah menjalankan kajian tentang teknologi hijau pada bab 10 secara atas talian di
rumah saya.
Saya telah diberikan tajuk ini oleh guru matapelajaran Geografi saya, Cik Mok Pui
Kee. Pada tajuk ini, terdapat konsep teknologi hijau, ciri-ciri produk teknologi hijau,
contoh-contoh, kepentingan dan juga amalan berkonsepkan teknologi hijau yang kita
boleh pelajari seperti yang saya simpulkan dalam kerja lapangan ini.
Dalam kerja lapangan ini juga, saya akan mengongsikan suatu projek yang telah
saya jalankan sepanjang cuti di rumah, iaitu projek edible spoon. Bahan-bahannya
mudah diperolehi dan mudah untuk dihasilkan.
Saya menjalankan kerja lapangan di rumah sahaja secara atas talian. Tujuan saya
membuat kerja lapangan ini adalah untuk:
a) Menyatakan konsep teknologi hijau.
b) Menerangkan ciri-ciri produk teknologi hijau.
c) Menunjukkan contoh produk teknologi hijau.
d) Membahaskan kepentingan teknologi hijau.
e) Mencadangkan amalan berkonsepkan teknologi hijau.
Kawasan kajian saya adalah di rumah secara atas talian dan juga di kawasan
perumahan saya.
Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:
I. Pemerhatian - Saya memerhati kawasan di sekeliling rumah saya tentang
contoh-contoh produk teknologi hijau..
II. Temu bual - Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui amalan teknologi
hijau dalam alam sekitar. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk contoh-contoh
produk berteknologi hijau.
III. Rujukan - Rujukan di buku teks Geografi dan Internet digunakan untuk
mengetahui konsep, ciri-ciri dan kepentingan bagi teknologi hijau.
a) Menyatakan konsep teknologi hijau:
Konsep teknologi hijau ialah pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi.
b) Menerangkan ciri-ciri produk teknologi hijau:
Ciri-ciri produk teknologi hijau ialah inovatif, selamat, bersesuaian, menjimatkan, mudah
digunakan, reka bentuk yang sesuai, boleh dikitar semula, meminimumkan kemerosotan
alam sekitar, pembebasan gas rumah hijau yang rendah dan menggalakkan sumber
bahan yang boleh diperbaharui.
c) Menunjukkan contoh produk teknologi hijau:
Tahukah anda bahawa produk-produk teknologi hijau dapat dibahagikan kepada empat
teras utama? Contoh-contoh produk teknologi hijau boleh dilihat daripada aspek tenaga,
ekonomi, alam sekitar dan sosial.
Sebagai contoh, produk dari aspek tenaga ialah kenderaan elektrik. Dengan wujudnya
produk ini, kita dapat menjimatkan penggunaan tenaga bahan api fosil. Produk ini hanya
perlu menggunakan kuasa tenaga elektrik untuk dicas sewaktu baterinya hampir
kehabisan.
Contoh yang kedua, dari aspek ekonomi, dengan cara berjimat dan mengehadkan
penggunaan kuasa elektrik di rumah ataupun di mana sahaja seperti menutup lampu
pada waktu pagi, sebaliknya hanya menggunakan cahaya matahari yang asli. Dengan
cara ini, kita dapat meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan
teknologi yang cermat.
Seterusnya, dari aspek alam sekitar, beg plastik biodegradasi adalah salah satu
contoh bagi penggunaan berteknologikan hijau. Jika kita mengamalkan penggunaan beg
plastik ini, alam sekitar tidak akan tercemar. Beg plastik ini juga tidak memerlukan masa
yang lama untuk lupus.
Akhir sekali, dari aspek sosial. Contoh produk bagi aspek ini ialah penggunaan bekas
makanan mesra alam. Sebagai contoh, bekas makanan yang diperbuat daripada ubi
kayu. Oleh hal yang demikian, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan.
d) Membahaskan kepentingan teknologi hijau:
Pembangunan dan penggunaan teknologi hijau yang lebih meluas mampu memacu
sektor pembinaan negara ke tahap yang lebih maju dan mesra alam. Oleh itu, terdapat
beberapa kepentingan teknologi hijau yang boleh kita ketahui.
Antaranya, masyarakat dapat meningkatkan kualiti hidup yang lebih bagus dalam
kehidupan sosial. Selain itu, masyarakat juga dapat menjana tenaga sama ada daripada
tenaga yang boleh diperbaharui mahupun tidak boleh diperbaharui. Seterusnya, kita
dapat memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar. Dan yang terakhir,
kita juga dapat mengurangkan penggunaan sumber semula jadi.
e) Mencadangkan amalan berkonsepkan teknologi hijau:
Amalan berkonsepkan teknologi hijau boleh mengatasi masalah kemusnahan alam
sekitar, meningkatkan tahap kehidupan dan memelihara ekosistem.
Antara amalan tersebut ialah amalan 5R. Kita boleh mengamalkan amalan 5R ini
dengan menggunakan tong kitar semula yang betul. Kita juga harus menggalakkan
pengedaran dokumen secara elektronik untuk menjimatkan tenaga dan juga masa.
Selain itu, kita hendaklah mengamalkan amalan penjimatan air dengan cara
memastikan pili air ditutup dengan betul. Kita juga harus membuat aduan dengan segera
sekiranya terdapat kebocoran atau kerosakan pada paip bagi mengelakkan pembaziran
berlaku.
Seterusnya, berjimat dengan cara mengambil pengangkutan. Kita boleh mengamalkan
amalan berkonsepkan teknologi hijau dari aspek ini dengan mengamalkan penggunaan
pengangkutan awam atau perkongsian kenderaan bagi mengelakkan gas karbon
dioksida dilepaskan dengan lebih banyak di udara.
Akhir sekali, kita hendaklah mengurangkan sisa-sisa buang dengan cara
meminimumkan penggunaan peralatan pakai buang untuk mengurangkan sisa pepejal
yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pihak kerajaan juga perlu menguat
kuasakan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat.
Kesimpulannya, penggunaan teknologi hijau adalah penting kepada kita semua. Hal
ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan jika diamalkan dalam kehidupan seharian.
Cara hidup yang sebegini ialah sihat dan bagus bagi kita kerana ianya mesra alam.
Dalam kajian saya, terdapat banyak juga produk-produk yang tidak mempunyai ciri-
ciri produk yang berteknologikan hijau dan perkara ini adalah sangat membimbangkan.
Alam persekitaran akan berisiko untuk tercemar dan menjadi kotor disebabkan perkara
ini. Oleh itu, tindakan perlulah diambil untuk mengurangkan produk sebegini lagi meluas
sehingga menyebabkan kerosakan alam sekitar.
Saya juga mendapati yang majoriti masyarakat masih lagi mengekalkan amalan
teknologi hijau ini dan ini adalah suatu perkara yang sangat bagus untuk diketahui dan
diamalkan. Sebenarnya, amalan-amalan ini sangatlah mudah untuk dijalankan kerana
ianya juga boleh dipraktikkan dalam aktiviti seharian kita.
Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini dapat
memberi manfaat dan menambah pengetahuan kepada masyarakat umum. Dapatan
kajian ini diharap dapat mewujudkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab
terhadap keadaan alam sekitar kita.
Buku – Buku Teks Geografi Tingkatan 2.
Orang sumber – Ibu, ayah, jiran setempat.
Internet – Contoh Kerja Kursus Geo Tingkatan 2-Flip eBook Pages 1-14 –
AnyFlip (https://anyflip.com) / https://youtu.be/xK1eptaAFzk /
https://youtu.be/8KI24ZDRiC4 .
(Gambar hasil projek ‘Edible Spoon’)
Bahan-bahan:
1. 3.5 cawan tepung
2. 1 cawan biasa
3. 1 sudu teh garam
Peralatan-peralatan:
1. Penggelek
2. Pisau kecil
3. Gunting
4. Kertas aluminum foil
Cara-cara membuat:
1. Masukkan 1 cawan air biasa ke dalam bekas berisi tepung.
2. Kacau ia hingga sebati.
3. Masukkan1 sudu teh garam.
4. Kacau ia hingga sebati.
5. Uli adunan tepung menggunakan tangan.
6. Gelek adunan tepung menjadi leper.
7. Letakkan acuan (sudu) ke atas doh tersebut.
8. Potong acuan menggunakan pisau kecil.
9. Potong sedikit kertas aluminum foil dan gumpalkan ia.
10. Sumbatkan ke dalam doh acuan di bahagian kepala sudu (lengkung
berbentuk sudu).
11. Lingkupkan sudu ke bawah dan bakarkan ia (bakar selama 15 minit
atau 30 minit).
12. Boleh mula menghias (jika mahu).
13. ‘Edible Spoon’ sudah siap dihasilkan !!