The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahilamuhamadnor, 2022-05-19 21:51:25

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI& KEJURUTERAAN AWAM

kenapa anjing & khinzir diharamkan?

NAMA AHLI KUMPULAN

MUHAMAD SYAHIR AIMAN BIN
MOHAMED RIPENG

(04DKA21F1086)

02 WAN MUHAMAD SYAZANI BIN
WAN MOHD SABRI

(04DKA21F1061)

NORSYAHILA BINTI MUHAMMAD
NOR

(04DKA21F1053)

NAMA AHLI KUMPULAN

NUR AFIQAH BINTI MOHD SIDEK

(04DKA21F1025)

02 NOR FARZIANA BINTI FAUZI

(04DKA21F1037)

NORKHALIS AFINA BINTI
MOHAMED YUSOFF

(04DKA21F1128)

ISI KANDUNGAN

01 PENGENALAN
02 PENGHARAMAN DAGING ANJING
03 PEBGHARAMAN DAGING KHINZIR

PENEMUAN SAINTIFIK BAHAYA

04 DAGING KHINZIR MENGIKUT KACA
MATA ISLAM

ISI KANDUNGAN

PENEMUAN SAINTIFIK BAHAYA

05 DAGING KHINZIR MENGIKUT
PERSPEKTIF SAINS

06 HIKMAH
07 KESIMPULAN
08 RUJUKAN



ANJING & BABI

Babi dan Anjing merupakan Dari segi linguistik dalam
sejenis haiwan ciptaan bahasa Melayu di sebut
Allah SWT. babi dan ia dikatakan salah
satu daripada tiga kosa
Dia lah (Allah) yang kata asli Bahasa Melayu
menjadikan untuk kamu babi, padi, besi.
segala yang ada di bumi,
kemudian Ia menuju Perkataan lain Bahasa
dengan kehendakNya ke Melayu merupakan kata-
arah (bahan-bahan) langit, kata pinjaman dari Bahasa
lalu dijadikannya tujuh Arab yang pernah
langit dengan sempurna; dipopularkan satu masa
dan Ia Maha Mengetahui ialah khinzir.
akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah Al-Baqarah 2: 29)

Dalam bahasa Melayu ada istilah "anjing" (serta
simpulan bahasa babi buta perkataan sewarisan lain
atau membabi buta iaitu seperti anjiang dalam bahasa
membuat sesuatu secara Minangkabau) dipercayai
sembrono. Ada peribahasa merupakan hasil penghalusan
babi jalang atau membabi bahasa diterapkan dalam
jalang merujuk kepada bahasa Jawa (atau krama)
orang yang hidup tidak kepada perkataan asu;[21]
senonoh dan suka berzina. perkataan "asu"[22] itu
Macam babi hutan sendirinya turunan asu dalam
peribahasa bermaksud bahasa Proto-Austronesia[23]
buat kerja tanpa berfikir. sepunca dengan asu dalam
bahasa Jawa, asèë dalam
bahasa Aceh .

02

kenapa Allah SWT haramkan anjing

Dalam sebuah hadis yang di
riwayatkan oleh Imam Bukhari
bahawasanya Nabi SAW
bersabda yang bermaksud:
“Sungguhnya para malaikat
tidak masuk ke dalam rumah
yang ada didalamnya gambar,
patung, anjing dan orang yang
junub.

Berdasarkan hadis di atas
jelaslah kepada kita bahawa
malaikat tidak masuk kerumah
orang yang ada:

Pertama : Gambar
Kedua : Patung
Ketiga : Anjing.

Dalam sebuah hadisnya
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: “Apabila
seekor anjing minum dalam
bekas salah seorang daripada
kamu, maka basuhlah ia tujuh
kali.[Sahih: Dikeluarkan oleh al-
Bukhari, Muslim dan lain-lain,
lihat Shahih al-Bukhari – hadis
no: 172 (Kitab Wudhu, Bab jika
anjing minum daripada bekas
air ]

kenapa Allah SWT haramkan anjing

Hadis ini dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-
lain, lihat Shahih al-Bukhari– hadis no: 172.

Dalam riwayat-riwayat lain diterangkan bahawa salah
satu basuhan hendaklah bersama dengan tanah.
Sebahagian riwayat menyebut basuhan kali pertama,
sebahagian lagi kali terakhir dan sebahagian lagi kali
ke-lapan. Yang rajih (kuat) adalah basuhan kali
pertama kerana sifat riwayat-riwayatnya.[ Ibn Hajar
al-‘Asqalani – Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari
(tahqiq Bin Baz; Dar al-Fikr, Beirut), jld. 1, ms. 369-370
dan al-Albani – Irwa’ al-Ghalel fi Takhrij Ahadith Manar
al-Sabil (Maktab al-Islami, Beirut 1985), jld 1, ms 62.]

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:,
Apabila anjing meminum air atau (menjilat)
pada bekas air kepunyaan salah seorang di
antara kamu, maka hendaklah bekas air itu
dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak)
salah satunya dengan tanah. (Hadis Riwayat
Muslim)

kenapa Allah SWT haramkan anjing

Maksud hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat
bekas-bekas air kita, bekas-bekas air itu perlu dibasuh 7
kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena
samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-
bagai kuman yang boleh mendatangkan kemudaratan
kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya
semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air
liur anjing perlu dibasuh dan disamak.

Jika air liur anjing pun anda kena samak. Apatah lagi jika
anda memegang atau menyentuh anjing? Anjing jika
disentuh kulit dan bulunya ketika basah, dikuatiri kita akan
dijangkiti penyakit sama seperti air liur anjing.

Hukum yang berkait dengan najis anjing bukan disandarkan
pada ayat Al-Quran tetapi disandarkan kepada sunnah
Nabawiyah. Kalau anda cari di dalam Al-Quran, tidak akan
jumpa dalilnya. Bagi orang Islam sumber syariah selain
daripada al-Quran iaitulah Sunnah Nabawiyah, Qias dan Ijma
ulama. Sunnah Nabawiyah adalah semua perbuatan,
perkataan dan hal yang didiamkan oleh Rasulullah SAW.
Kedudukan sunnah Nabawiyah adalah sama dengan Al-
Quran kerana pada hakikatnya adalah wahyu dari Allah swt
juga, Hukum yang ditetapkan oleh al-Quran, hadis, Qias dan
Ijma adalah hukum yang sah dan wajib diterima pakai di sisi
syariat Islam.



MENGAPA KHINZIR HARAM BUAT
UMAT MUSLIM

Ada orang asing (ilmuwan) bertanya kepada seorang
Ulama mengenai haiwan khinzir ini.
Ilmuwan : Haramnya haiwan khinzir bagi umat muslim
adalah disebabkan karana banyaknya parasit dan
kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya
ilmu kedokteran, bukannya mungkin nantinya haiwan
khinzir dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang
mematikan ini? Apakah nantinya haiwan khinzir yang
bersih akan menjadi halal?

Ulama : Haramnya khinzir bukan karana sebab itu saja.
Tetapi ada sifat khinzir yang sangat diharamkan untuk
umat Islam

Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang isi
dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1
kandang lagi isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor
khinzir betina. Apakah yang terjadi pada masing2
kandang tersebut? Bolehkah anda menerkanya!!!

MENGAPA KHINZIR HARAM BUAT
UMAT MUSLIM

Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang
pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 (ekor ayam
betina, yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut
berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina
tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu
sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah
SWT.

Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2
ekor khinzir jantan dan 1 ekor khinzir betina. Ternyata 2 ekor
khinzir jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor
khinzir betina, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor khinzir jantan
tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1
ekor khinzir betina tersebut dan juga terjadi hubungan
Homoseksual antara kedua ekor khinzir jantan setelah selesai
dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan
dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikutan
memakan khinzir maka ditakutkan umat Islam akan
mempunyai sifat dan perangai seperti khinzir ini.

04

KHINZIR MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM

Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari
darah khinzir menunjukkan adanya kandungan yang tinggi
dari uric acid (asam urat), suatu adunan kimia yang
berbahaya bagi kesIhatan manusia, bersifat racun. Dengan
kata lain uric acid sampah dalam darah yang terbentuk akibat
metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan
oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh
manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98%
dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh
ginjal.

Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan
haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan
membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan
membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh. Dengan
cara ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan
darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ
asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau
otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan
darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan
akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan
akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya
beracun, dan pada masa-masa kinilah para ahli makanan
telah menyedari akan perkara ini, subhanallah.

KHINZIR MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM

Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher?
Kerana khinzir tidak memiliki leher? Bagi orang muslim
beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak
bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta
haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui
bahawa babi sebagai rerumah dari banyak macam parasit
dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry khinzir
mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya,
sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Dalil tentang khinzir dalam Al-Quran
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu
memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang
yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa
(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya
dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan
itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani

KHINZIR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Dalil tentang khinzir dalam hadis
َ‫َع ْن أَ ِبي ُه َر ْي َرةَ أَ َّن َر ُسو َل َّلَّل ِا َصلَّى َّلَّلاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم قَا َل ِإ َّن َّلَّل َا َح َّر َم ا ْل َخ ْم َر َوثَ َم َن َها َو َح َّر َم ا ْل َم ْيتَة‬
‫و ََثَ َم َن َها َو َح َّر َم‬
ُ‫ا ْل ِخ ْن ِزي َر َوثَ َمنَه‬
Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah
mengharamkan khamr dan hasil penjualannya dan
mengharamkan bangkai dan hasil penjualannya serta
mengharamkan babi dan hasil penjualannya.” (HR. Abu
Daud)
Dengan demikian jelaslah haramnya daging babi dan
seluruh anggota tubuhnya.



KHINZIR DALAM PERSPEKTIF

SAINS

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah
Clinical Microbiology Laboratories,
Boston Medical Center,
Massachusetts dan juga
merupakan Penolong Profesor
Perubatan di Pathology and
Laboratory Medicine, Boston
University School of Medicine,
Massachusetts, merumuskan
terdapat lebih daripada 25
penyakit yang boleh di jangkiti
dari babi.243Di antaranya ialah:

• Anthrax
• Ascaris suum
• Botulism
• Brucella suis
• Cryptosporidiosis
• Entamoeba polecki
• Erysipelothrix shusiopathiae
• Flavobacterium group IIb-like bacteria
• Influenza
• Leptospirosis
• Pasteurella aerogenes
• Pasteurella multocida
• Pigbel
• Rabies
• Salmonella cholerae-suis
• Salmonellosis
• Sarcosporidiosis
• Scabies
• Streptococcus dysgalactiae (group L)
• Streptococcus milleri
• Streptococcus suis type 2 (group R)
• Swine vesicular disease
• Taenia solium
• Trichinella spiralis
• Yersinia enterocolitica
• Yersinia pseudotuberculosis

KHINZIR DALAM PERSPEKTIF
SAINS

Kajian yang dibuat oleh Alix Fano
(M.A.), Murry J. Cohen (M.D.),
Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C. S.),
Ray Greek (M.D.), dan Stephen R.
Kaufman (M.D.) mendapati
antara penyakit-penyakit ini ada
yang boleh membawa maut,
sebagai contoh leptospirosis. Ia
boleh menyebabkan kerosakan

.hati dan buah pinggang

Di zaman Dinasti Tang terdapat
seorang tabib yang amat terkenal
bernama Sun See Mao. Beliau
hidup sampai ke umur 100 tahun
dan mengarang sebuah buku
yang bertajuk Sheh Shen Lu
(Catatan-Catatan Kesihatan). Di
antara isi-isinya ialah, “Daging
khinzir merangsang penyakit-
penyakit lama, menyebabkan
kemandulan, penyakit sakit
tulang dan asma.”

Virus-Virus Baru Keluaran khinzir

Jangkitan kuman virus influenza pada tahun 1918 telah membunuh lebih kurang
20 juta manusia di seluruh dunia. Ada yang menganggarkan mangsa-
mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Mengikut beberapa
kajian, kuman virus yang menyebabkan epidemik ini datang dari babi-babi di
Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I dan
tentera-tentera ini kemudiannya membawa dan menyebabkan jangkitan di
negara-negara lain. Kajian ke atas spesimen-spesimen mangsa menunjukkan,
punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada
khinzir.

MENGAPA KHINZIR HARAM BUAT
UMAT MUSLIM

Babi Mengubah Virus Ke Tahap Berbahaya

BBC News Online bertarikh 29 Oktober, 1999 melaporkan
virus babi menjadi punca berlakunya wabak yang paling
teruk dalam sejarah dunia moden pada tahun 1918. Ahli-
ahli sains juga mendapati wabak yang menyerang Hong
Kong baru-baru ini juga berkemungkinan besar berpunca
dari virus babi.

Mengikut Dr. Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School
Universiti Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah
kepada bentuk yang lain dan babi merupakan satu
takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk
yang lain itu. Yang membimbangkan ialah, sistem
pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan
dari virus-virus ini.

Tambahan dari itu, terdapat virus dari keluarga HIV yang
wujud di dalam babi. Virus ini di bawa oleh DNAnya dan ia
tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, seorang
pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser,
London berkata, ” Babi mempunyai banyak kuman virus.
Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babi
mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti
manusia. Ia tidak dapat dibuang dari babi kerana ia
dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari
keluarga yang sama dengan kuman HIV.”



HIKMAH DIHARAMKAN DAGING KHINZIR

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama
mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh
para ahli kesihatan modern. Mereka mengatakan
bahawa cacing tersebut mudah dihilangkan bahkan
dengan teknik pemasakan yang paling sederhana.
Pandangan ini sungguh menyesatkan karana babi itu
sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya.
Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk
waktu yang lama agar manusia mengetahui.

kenapa Allah SWT haramkan anjing

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni
cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah
SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang
orang menganggap bahwa peralatan masak
modern telah mengalami kemajuan, sehingga ada
yang menrima kalau daging babi tidak lagi
membahayakan dan bukan merupakan sumber
ancaman bagi manusia.

Mereka lupa bahawa untuk mengatasi bahaya cacing pita
saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk
mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin
bahwa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang
terkandung dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya
syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan
manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya?
Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita
menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa
yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha
Bijaksana dan Maha Mengetahui bentuk dan ciri-ciri segala
makhluk-Nya.



KESIMPULAN

Berdasarkan bukti sejarah, mitologi dan lagenda
manusia, babi telah menjadi haiwan yang
mempunyai kedudukan tersendiri dalam
masyarakat. Datangnya Islam sebagai agama
samawi dari Allah SWT bermula dari Adam
sampailah kepada Ibrahim, Musa, Isa dan
Muhammad, telah membetulkan tanggapan
manusia terhadap babi. Bahkan dalam hadis yang
sahih ada menceritakan bahawa Nabi Isa akan
membunuh semua babi ketika kedatangannya
sebelum kiamat nanti. Jika babi sebelum ini menjadi
haiwan domestik yang setara dengan lembu dan
ayam, kedatangan agama Islam telah mengubah
perspektif kita bahawa babi hendaklah kita jauhi. Hal
ini diperkukuh lagi dengan kajian sains yang juga
membuktikan bahawa babi hanya memburukkan
dan memudaratkan kesihatan manusia.

08

RUJUKAN

1. Rumaizi bin Ahmad (2014). Babi Menurut Perspektif Islam,

Budaya dan Agama Lain. Retrieved from

http://www.najahudin.com/muat%20turun/Halal%20Food%20

&%20Babi/Babi%

20Menurut%20Perspektif%20Islam,%20Budaya%20Dan%20Aga

ma%20Lain.pd f

2. Dr. Danial bin Zainal Abidin (2006). Penemuan Saintifik

Tentang Bahaya Babi. Retrieved from

https://karya2.wordpress.com/2006/11/23/penemuan-

saintifik-tentang-bahaya-ba bi/

3. Zidna Zidan Nafi’a (2012). Hukum Keharaman Babi

Berdasar Al-Quran, Hadist berserta Alasannya. Retrieved

from

http://www.fikihkontemporer.com/2012/07/hukum-

keharaman-babi-berdasar-al.h tml

THANKS

CREDITS: This presentation template was created
by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and

infographics & images by Freepik


Click to View FlipBook Version