The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mohon semua KP dan ahli panitia membacanya dan ambil maklum untuk tindakan sewajarnya. Terima kasih.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusnizacheros, 2021-04-28 11:43:49

MINIT MESYUARAT JK KURIKULUM KALI PERTAMA 2021

Mohon semua KP dan ahli panitia membacanya dan ambil maklum untuk tindakan sewajarnya. Terima kasih.

SEKOLAH MENENGAH BAKAR ARANG,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM
Bil : 1 Tahun : 2021

Tarikh : 18 Januari, 2021 (Isnin)
Masa : 09.00 pagi – 12.55 tengah hari
Kaedah : Aplikasi Google Meet

Kehadiran:

BIL NAMA JAWATAN
1 Badrul Nisak bt. Ahmad Pengetua
2 Hartini bt. Abdul Rahman PK Pentadbiran
3 Umar Radzi bin Bahari PK HEM
4 Roslinda bt. Abd. Hamid PK Kokurikulum
5 Saloni bt. Omar PK Petang/GB T1
6 Sharipah bt. Saari PK Pendidikan Khas
7 Aun Siok Khean GKM Sains dan Matematik/GB T5
8 Ismaliza bt. Ismail GKM Bahasa/GB T3
9 Asfadila bin Samsudin @ Shuib GKM Kemanusiaan/GB T2
10 Rosli bin Ismail GB PPKI
11 Hassan bin Mat Guru B&K/Pen. SU PPA I
12 Nor Fazliani bt. Pauzi Guru B&K/AJK PPA
13 Ooi Chia Lee Guru B&K
14 Yusniza bt. Abdul Wahab SU Kurikulum
15 Suhana bt. Mohd. Sawi Pen. SU PPA II
16 Suhaini bt. Salleh SU Peperiksaan Dalaman/ SU HC
17 Hafidzhoh bt. Abu Samah Pen. SU Peperiksaan Dalaman (pg)
18 Nor Akmar bt. Nasarah Pen. SU Peperiksaan Dalaman (ptg)
19 Salahiyah bt. Mansor Setiausaha PT3
20 Khairiyah bt. Md. Noor Pen. Setiausaha PT3
21 Norhayati bt. Megat Osman SU SPM
22 Farzana Khatoon bt. Atiqur Rahman Pen. SU SPM/KP Kimia
23 Azaliza bt. Azali Pen. SU Peperiksaan (PPKI)
24 Hafizah bt Yin Ketua Panitia BM
25 Sri Haryanty bt. Kamar Ketua Panitia BI/SU MBMMBI (BI)/SU KRK
26 Koo Phaik Yen Ketua Panitia Bahasa Cina
27 Thamarai a/p Suppiah Ketua Panitia Bahasa Tamil/Penyelaras T3
28 Hemamalini a/p Balasubramaniam Ketua Panitia Biologi
29 Zainal Abidin bin Ahmad Turki Ketua Panitia Fizik

1

30 Suhailiza bt. Alyaso Ketua Panitia Sains
31 Nor Azlina bt. Ismail Ketua Panitia Matematik
32 Mazidah bt. Ibrahim Ketua Panitia Geografi
33 Noorhafizah bt. Md. Yusuf Ketua Panitia Sejarah
34 Hasliza bt. Md. Yusof Ketua Panitia Pend. Islam
35 Salawati bt. Muhammad Ketua Panitia PSV
36 Wong Cheng Yen Ketua Panitia Pend. Moral
37 Desma bt. Desa Ketua Panitia PJK/Pen. SU PBS (SEGAK)
38 Muzamir bin Mahamad Ketua Panitia Sains Sukan
39 Zaimarharfizee bin Zainul Abidin Ketua Panitia Pend. Muzik
40 Fitri Yani bt. Razali Ketua Panitia RBT
41 Intan Nafizah bt. Ismail Ketua Panitia Perniagaan
42 Nazliah bt. Ibrahim Ketua Panitia Pr. Perakaunan
43 Asrul Nizam bin Abd. Kodir Ketua Panitia GKT/SU STEM(T&V)
44 Norazli bin Muhd. Mukhtar Ketua Panitia APAK
45 Hasnina bt. Mat Hussin Ketua Panitia Ekonomi/SU JW
46 Nurshathirah bt. Zulkefeley Penyelaras T1/Guru ICTL
47 Usha Rani a/p Seykaran Penyelaras T2/SU HIP
48 Zainab bt. Abd Rani Penyelaras T4/SU STEM (S&M)
49 Ros'aida bt. Abu Penyelaras T5
50 Barathi a/p K. Kaniapan Penyelaras PPKI
51 Ooi Phaik Choo SU Pengurusan KSSM/PBD/PBS
52 Gunasundri a/p Murugiah SU Pengurusan DLP
53 Mastura bt. Mohd. Salleh SU MBMMBI (BM)/Pen.SU PAK-21/KBAT
54 Suriana bt. Tasrif SU PSS/NILAM/SIAR
55 Wan Noor Aza Wan Sulaiman Pen. SU PSS/NILAM/SIAR
56 Kamariah bt. Jailani SU NILAM
57 Lim Soo Ching SU Digital GC
58 Wan Rohana Wan Mohd. Rani SU Peningkatan Prestasi Akademik
59 Asna bt. Razali Setiausaha PAK-21/KBAT
60 Norziana bt. Ismail Pen. SU JW/Pen. SU KRK
61
62

TIDAK HADIR : GKM Teknik dan Vokasional/GB T4 Bersebab
1 Fakhariah bt. Sawai Ketua Panitia Mate. Tamb. Bersebab
2 Mohd. Misbah bin Ramli Setiausaha MMI Bersebab
3 Shaima bt. Shariff

2

I UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir mesyuarat ini.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen guru-guru yang

sentiasa bersama dengan murid-murid sepanjang tempoh PKP.
1.3 Makluman dan alu-aluan kemasukan empat orang guru yang baharu ke SMKBA termasuk

Penolong Kanan HEM iaitu Cikgu Umar Radzi bin Bahari.
1.4 Tahniah kepada guru-guru yang telah mendapat kenaikan pangkat baru-baru ini.

II MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI
KE-4 TAHUN 2020

2.1 Cikgu Hafidzhoh bt. Abu Samah telah mencadangkan agar Minit Mesyuarat Kurikulum
Kali Keempat Tahun 2020 disahkan dan disokong oleh Cikgu Sri Haryanty bt. Kamar.

III PERKARA-PERKARA BERBANGKIT/MAKLUM BALAS MESYUARAT
Laporan maklum balas status pelaksanaan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk
Kurikulum Bil. 4/2020

3.1 Guru kelas tahun 2020 masih kekal pada kohort yang sama.
3.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling akan membantu untuk mengenal pasti murid-murid

Tingkatan 5 2020 yang gagal hadir ke sekolah dan juga yang tidak mengikuti kelas secara
dalam talian.
3.3 OPPM dan OPTP mesti dibuat dan hantar kepada Guru Kanan Masing-masing.

Makluman : Semua Ketua Panitia

IV PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN / ISU-ISU PENGURUSAN
KURIKULUM SEKOLAH - Status Pelaksanaan Program KPM/JPN/PPD

4.1 Pembentangan KPI Kurikulum 2021
4.1.1 KPI Kurikulum 2021 adalah seperti yang berikut :
- TOV Headcount untuk semua tingkatan adalah berdasarkan Peperiksaan
Akhir Tahun 2020.
- OTI1 dan OTI2 adalah berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan
Ujian Selaras 2.
- OTI3 adalah berdasarkan Peperiksaan Percubaan
- ETR SPM 4.29 (peningkatan sebanyak 3%)
Makluman : Semua guru
4.1.2 Guru-guru mata pelajaran perlu melengkapkan Headcount murid dalam Aplikasi
MyStudents di Bilik Peperiksaan.
Tindakan : Ketua-ketua Panitia dan guru-guru mata pelajaran

4.2 Program Peningkatan Prestasi Akademik (PT3 dan SPM)
i. Program-program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2020 adalah seperti
yang berikut :
a. Program Jejak Gemilang PT3 dan SPM (waktu persekolahan)
b. Bengkel Teknik Menjawab SPM Fasa 1
c. Program Kelas Tambahan semasa cuti persekolahan
d. Bengkel Teknik Menjawab Fasa 2

3

e. Program Permata Gemilang PT3 dan SPM pada hari Sabtu
f. Program Pecutan Akhir SPM
g. Program Fajar SPM
h. Program anjuran Panitia Daerah (subjek-subjek)

ii. Program-program sepanjang tahun 2020 akan diteruskan pada tahun ini.
Makluman : Semua guru mata pelajaran

iii. Pihak sekolah sentiasa berusaha membina jaringan stakeholder bersama dengan
PIBG mahupun pihak swasta.

4.3 Pembentangan AJK Unit Kurikulum
4.3.1 Semua guru diminta merujuk Buku Pengurusan Sekolah untuk mendapatkan maklumat
tentang tugas bagi tahun 2021.
4.3.2 LDP/PLC
a) Setiap guru dan staf perlu memenuhi sekurang-kurangnya 5 hari latihan dan

minimum 42 mata kredit dalam setahun berdasarkan ketetapan dalam SKPMg2.
b) Surat Tunjuk Sebab daripada KPM akan dikeluarkan jika hari latihan tidak

mencukupi kerana boleh menjejaskan kenaikan pangkat.
c) Rombakan pengurusan berkaitan dengan latihan dalam perkhidmatan (LDP) pada

tahun 2021 termasuk:
i. Memenuhi syarat sekurang-kurangnya 5 hari latihan dalam setahun
ii. Memenuhi SKPMg2 melibatkan pembahagian kursus mengikut bahagian

iaitu kursus dalaman, kursus luar dan TNA.
iii. Sistem Mata Kredit yang akan diaplikasi – minimum 42 mata kredit.
d) Sekiranya perancangan POL 2021 dipatuhi, semua guru dan staf akan memperoleh
sekurang-kurangnya 42 mata kredit.
e) PLC merupakan amalan terbaik PdPc untuk setiap panitia. PLC Staf perlu dibuat
secara manual seperti Pengurusan Stok direkod dalam SPLKPM.
f) Jadual Pelaksanaan PLC juga perlu dikeluarkan oleh setiap Ketua Panitia dan
disahkan oleh Pengetua atau PK Pentadbiran. Ketua Panitia bertanggungjawab
untuk mendaftarkan PLC ahli panitia dalam SPLKPM.
Tindakan : Ketua-ketua Panitia
g) Setiap pelaksanaan LDP/PLC perlu ada laporan dan dokumentasi.
h) PLC Staf dibuat secara berasingan. KPT harus merangka jadual pelaksanaan PLC
dan disahkan oleh Pengetua atau PK Pentadbiran. KPT akan mendaftar PLC staf
dalam SPLKPM. Perlu ada laporan dan dokumentasi.
Tindakan : Pihak Pentadbir dan KPT
i) Jadual PLC Guru dan Staf perlu dimasukkan ke dalam fail LDP.
j) Sesi ‘Coaching dan Mentoring’ antara guru dan pentadbir memerlukan surat dan
direkodkan dalam borang serta disahkan oleh Pengetua. Selain itu, surat pelantikan
mentor dan mentee juga diperlukan selain laporan refleksi (mentor dan mentee).

4.3.3 Kursus dalaman yang hendak dianjurkan untuk pembangunan staf perlu disediakan
kertas kerja yang lengkap.

4.3.4 Untuk mengetahui asas pengiraan mata kredit, guru-guru dan staf boleh merujuk sistem
ESPLG.

4

4.4 Pengurusan Panitia – DSKP, RPT, RPH, Belanjawan
4.4.1 Mesyuarat panitia mestilah dilaksanakan mengikut prosedur pengurusan mesyuarat yang

betul.
4.4.2 Rujuk Panduan Pengurusan Panitia untuk membuat perancangan panitia.
4.4.3 Buku kerja yang ingin digunakan secara kelas mesti mendapatkan kebenaran Pengetua

terlebih dahulu.
Makluman : Semua guru

4.4.4 Sukatan pelajaran mesti diselesaikan dua bulan sebelum peperiksaan.
4.4.5 Panitia-panitia mata pelajaran diminta berkolaboratif dengan persatuan dalam

melaksanakan aktiviti koakademik.
Tindakan : Ketua-ketua Panitia
4.4.6 Guru-guru digalakkan untuk membuat Kajian Tindakan berdasarkan Headcount dengan

mengenal pasti kelemahan dan masalah murid dalam mata pelajaran yang berkenaan,
menganalisis masalah dan membuat tindakan untuk mengatasinya justeru meningkatkan
prestasi akademik murid tersebut.
4.4.7 Penulisan refleksi perlu dinyatakan bilangan murid yang menguasai kemahiran dan yang
tidak menguasai kemahiran yang diajar serta guru perlu menyatakan punca dan cara untuk
mengatasinya.

Makluman : Semua guru mata pelajaran

4.5 PKB,SKPMg2, PBPPP
4.5.1 PKB
a) Penghantaran Buku/Fail Rekod Mengajar :

i. hendaklah dihantar kepada pentadbir pada setiap hari Khamis dan selewat-
lewatnya pada waktu pagi hari Ahad minggu berikutnya. Memo akan
dikeluarkan pada hari Isnin kepada guru yang gagal berbuat demikian.

ii. Peringatan yang seterusnya akan disampaikan melalui dalam talian jika
guru yang berkenaan masih gagal menghantarnya sebanyak tiga kali
berturut-turut.

b) Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah bukti utama guru-guru melaksanakan
PdPR.

c) Buku/Fail Rekod Mengajar mestilah dibawa semasa PdPC.
d) Pencerapan berfokus dilakukan dengan tujuan untuk membantu guru mengenal

pasti dan membaiki kelemahan dalam PdPC.
e) Guru-guru dinasihatkan agar membuat persediaan sebelum memulakan PdPC.
f) Pemantauan bilik darjah akan diteruskan mengikut ketetapan jadual dalam Buku

Pengurusan Sekolah.
g) Tarikh akhir penghantaran Buku/Fail Rekod Mengajar yang lengkap adalah pada

20/2/2021 (sebulan dari tarikh persekolahan dibuka).
Tindakan : Semua guru mata pelajaran
h) Semakan Buku Latihan hendaklah mengambil kira kontrak latihan yang ditetapkan

dalam panitia masing-masing. Guru-guru hendaklah menghantar 9 buah buku
latihan iaitu 3 cemerlang, 3 sederhana dan 3 lemah.

Makluman : Semua guru mata pelajaran

5

4.5.2 SKPMg2
a) SKPMg2 – Aspek 2.1 iaitu Pengurusan Sumber Manusia dan Standard Kualiti

menyentuh bahawa perancangan sumber manusia haruslah diurus secara
terancang. SULDP adalah sebagai pembekal maklumat di sekolah.
b) Program sokongan panitia juga boleh dinilai.
c) Penilaian kendiri kali pertama adalah berkaitan dengan guru sebagai:
i. perancang,
ii. pengawal,
iii. pembimbing,
iv. pendorong,
v. penilai
vi. dan aspek keenam ialah murid sebagai pembelajar aktif.
Bagi mencapai aspek keenam ini, guru perlu memberi respons, berkomunikasi dan
melaksanakan aktiviti secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan
soalan, menyelesaikan masalah dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan
berdasarkan objektif pelajaran, secara aktif, yakin dan berhemah.

Makluman : Semua guru

4.6 Pentaksiran (PBD) dan Peperiksaan, Penjajaran Kurikulum
4.6.1 Pelan Strategik perlu dirancang semula pada tahun ini agar PBS dan PBD mencapai tahap
cemerlang.
4.6.2 Guru-guru digalakkan untuk melaksanakan Project Based Learning.
4.6.3 Guru-guru boleh merujuk Takwim dalam Buku Pengurusan Sekolah untuk membuat
penjajaran kurikulum bagi mata pelajaran masing-masing.
4.6.4 Pendaftaran SPM bagi tahun 2021 dijangka pada bulan Mac. Namun begitu, pihak
sekolah perlu peka akan perubahan situasi semasa.

4.7 PdPR
4.7.1 PdPR yang hendak dilaksanakan perlu dimulakan dengan sesi pengenalan terlebih dahulu.
4.7.2 Laporan PdPR secara dalam talian perlu dibuat selepas selesai dilaksanakan mengikut

jadual waktu terkini.
4.7.3 PdPR PAK-21 tidak semestinya menggunakan kaedah Google Classroom sahaja. Guru-

guru boleh menggunakan kaedah lain asalkan melalui akaun DELIMA.
4.7.4 Guru-guru disarankan untuk mengamalkan PAK-21 dalam PdP dengan mempraktikkan

empat elemen Standard Asas PAK-21 iaitu Komunikasi, Kolaboratif, Kreatif, Kritis dan
Nilai (4K 1N).
4.7.5 Semua guru mata pelajaran hendaklah menghasilkan video pembelajaran seminggu
sekali.
Tindakan : Semua guru mata pelajaran
4.7.6 Guru-guru perlu akur arahan KPM dari semasa ke semasa berkaitan dengan pelaksanaan
PdPR bagi tahun 2021.
4.7.7 Bagi guru yang menghadapi masalah talian untuk melaksanakan PdPR di rumah boleh
memohon untuk melaksanakannya di sekolah.

Makluman : Semua guru mata pelajaran

6

4.8 Jadual Waktu Kelas dan Peribadi
4.8.1 Cikgu Zainab binti Abd Rani sebagai Penyelaras Tingkatan 4 bertanggungjawab untuk

membuat agihan kelas Tingkatan 4 bagi tahun 2021.
Tindakan : Cikgu Zainab binti Abdul Rani, Penyelaras Tingkatan 4
4.8.2 Jadual waktu pertama bagi tahun 2021 boleh diambil esok bagi membuat persediaan RPH

untuk hari pertama persekolahan.
Makluman : Semua guru mata pelajaran

V Hal-hal Lain
5.1 Guru-guru perlu mencungkil minat dan bakat murid untuk menyertai lebih banyak aktiviti

atau pertandingan koakademik dan kokurikulum.
Makluman : Semua guru

5.2 Semua guru perlu sentiasa bersedia untuk menerima perubahan semasa berikutan masalah
pandemik Covid-19 yang melanda negara. Sehubungan dengan itu, semua guru diingatkan
agar sentiasa menjaga SOP dan memakai pelitup muka.

5.3 Penggunaan telefon bimbit yang bukan berkaitan PdPC mesti dielakkan semasa di dalam
kelas.

5.4 Jangan sesekali meninggalkan murid di dalam kelas tanpa pengawasan. Guru-guru perlu
menyemak Diari Kelas terlebih dahulu sebelum memulakan PdPC serta sentiasa berusaha
untuk mengelakkan sebarang kecuaian.

Tindakan : Semua guru
5.5 Guru perlu mengambil inisiatif terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah murid

sebelum dibawa kepada pihak atasan.

Penutup

Pengetua berpesan agar guru-guru dapat melaksanakan tugas dengan seikhlas hati. Jika
guru menghadapi sebarang masalah boleh berjumpa dengan beliau untuk berbincang.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12.55 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh :

Maaf.. Master copy yang telah ditandatangani telah dihantar

................................................................

(YUSNIZA BINkTeI AbBilDikULceWtaAkH.ABH) arap maklum. Terima kasih.

Setiausaha Kurikulum,
SMK Bakar Arang.

7


Click to View FlipBook Version