The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Spektrum Yayasan Pahang (Sekolah Menengah)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yayasan Pahang, 2021-05-21 01:05:43

Spektrum Yayasan Pahang (Sekolah Menengah)

Spektrum Yayasan Pahang (Sekolah Menengah)

PRODUK

YAYASAN PAHANG

CARTA SPEKTRUM YAYASAN PAHANG
(SEKOLAH MENENGAH)

CARTA SPEKTRUM
LIPUTAN AKTIVITI YAYASAN PAHANG

PRODUK

YAYASAN PAHANG

BIASISWA

SEKOLAH MENENGAH

YAYASAN PAHANG

CARTA SPEKTRUM
LIPUTAN AKTIVITI YAYASAN PAHANG

BIASISWA SEKOLAH

MENENGAH (BSM)
YAYASAN PAHANG

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) adalah aktiviti
utama Yayasan Pahang sejak ditubuhkan pada
tahun 1983.
BSM diperuntukkan kepada pelajar anak
Pahang yang belajar di Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 6 di sekolah-sekolah di negeri
Pahang.
Keutamaan kepada anak Pahang dengan
tanggungan anak bersekolah yang ramai,
anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa
uzur atau ibu tunggal atau peserta Peserta Pro-
gram Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
Mulai tahun 2003, bantuan BSM telah diper-
luaskan kepada pelajar-pelajar cemerlang
akademik dan kokurikulum.

Yayasan Pahang

KMELAEYMAKAON HON

Pemohon dalam kategori berikut
adalah layak memohon BSM:

1. Warganegara Malaysia
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di negeri Pahang

Darul Makmur, atau
4. Jika pemohon, ibu atau bapa lahir di luar Pahang

mestilah bermastautin lebih dari (10) tahun.
5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih

bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa
menerima sebarang bantuan.
6. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau
berasal daripada keluarga kurang berkemampuan
yang mendapat bantuan Jabatan Kebajikan
Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat,
Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau
Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin
(PPRT) diberi keutamaan.
7. Murid yang cemerlang
8. Pendapatan kasar ibu dan bapa atau penjaga tidak
melebihi RM2500 sebulan
9. Pemohon sedang belajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan / Sekolah Menengah Agama
Kebangsaan / Sekolah Menengah Agama / Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul
Makmur yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang

Yayasan Pahang

BKAIDAARSISWA

• Kadar RM600 setahun bagi pelajar tingkatan

1 hingga 6.

• Bayaran akan dikreditkan ke akaun pelajar

pada setiap Disember dan Mei sebelum sesi
persekolahan bermula.

PCAERARMOHONAN

• Borang permohonan Tingkatan 1 dan 4 boleh
didapati di Sekolah Menengah Kebangsaan/
Agama dan di Pejabat Wakil Rakyat yang
dilantik oleh YP.

• Tarikh permohonan untuk Tingkatan 1 dan 4
adalah pada Mac manakala tarikh tutup
adalah pada April setiap tahun.

• Tarikh permohonan untuk Tingkatan 6 adalah
pada Mei sementara tarikh tutup adalah pada
Jun setiap tahun.

Yayasan Pahang

PRODUK

YAYASAN PAHANG

KOMPLEKS YAYASAN PAHANG,
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,

Pahang

CARTA SPEKTRUM
LIPUTAN AKTIVITI YAYASAN PAHANG

PRODUK

YAYASAN PAHANG

PROGRAM PERANCANGAN

HARUS LULUS (PERHALUS)

YAYASAN PAHANG

CARTA SPEKTRUM
LIPUTAN AKTIVITI YAYASAN PAHANG

PROGRAM PERANCANGAN

HARUS LULUS (PERHALUS)
YAYASAN PAHANG

Program ini diwujudkan bertujuan untuk
meningkatkan bilangan anak Pahang yang
lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan Layak Mendapat Sijil (LMS).
Fokus adalah kepada mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah. Kedua-dua mata
pelajaran ini penting bagi membolehkan
pelajar Layak Mendapat Sijil.
Sejarah menjadi mata pelajaran wajib lulus
bagi peperiksaan SPM mulai 2013 dan
dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras
mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) pada tahun 2014. Keputusan itu adalah
sama seperti langkah menjadikan mata
pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat
wajib lulus untuk mendapatkan sijil SPM.

Yayasan Pahang

OBJEKTIF PROGRAM

Program ini diwujudkan khusus bagi
memenuhi objektif berikut:
• Membolehkan pelajar menguasai teknik
mengarang yang berkesan.
• Dapat meningkatkan kemahiran pelajar
menjawab soalan mengikut format
peperiksaan sebenar.
• Membolehkan pelajar mengaplikasikan
kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam
peperiksaan.
• Meminimumkan peratus gagal Bahasa
Melayu dan Sejarah dalam SPM .

Yayasan Pahang

OBJEKTIF PROGRAM

Pelaksanaan projek ini mendapat kerjasama
padu daripada rakan strategik pendidikan
Yayasan Pahang iaitu Jabatan Pendidikan
Negeri Pahang.

Aktiviti projek termasuklah mesyuarat/bengkel
pembinaan dan pemurnian modul Prhalus,
pembinaan soalan, taklimat dan kelas
bimbingan, motivasi dan kem lulus bahasa

Melayu dan sejarah dan pemantauan pelajar.

PEMILIHAN PELAJAR

Dilakukan oleh pihak sekolah berdasarkan
peperiksaan akhir tahun tingkatan 4.

Yayasan Pahang

PENERIMA MANFAAT

Murid- murid calon Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) tahun semasa.

IMPAK

Berjaya membantu menempatkan
negeri Pahang dalam kedudukan
tempat 5 teratas dalam peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
peringkat kebangsaan.

Yayasan Pahang

PRODUK

YAYASAN PAHANG

KOMPLEKS YAYASAN PAHANG,
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,

Pahang

CARTA SPEKTRUM
LIPUTAN AKTIVITI YAYASAN PAHANG

PRODUK

YAYASAN PAHANG

PROGRAM ANAK YATIM

PERMATA HATI (PERHATI)

YAYASAN PAHANG

CARTA SPEKTRUM
LIPUTAN AKTIVITI YAYASAN PAHANG

PROGRAM ANAK YATIM

PERMATA HATI (PERHATI)
YAYASAN PAHANG

Program Anak Yatim Permata hari (PERHATI)
adalah hasil inspirasi dan titah Kebawah Duli
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang
Tengku Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad
Shah al-Mustain Billah pada tahun 2007 yang
mahukan anak-anak yatim di negeri Pahang
terbela dalam jangka masa panjang dan tidak
hanya diingati dalam keadaan dan masa
tertentu sahaja.
Baginda bertitah agar diwujudkan suatu bentuk
dana untuk membantu golongan anak yatim ini
bagi meringankan beban mereka baik dari
segi kewangan mahupun makanan dan
pakaian serta perbelanjaan hidup seharian
untuk membolehkan mereka belajar dalam
keadaan kondusif.
PERHATI diwujudkan bagi menangani masalah
ini dengan memberi fokus kepada pendidikan
anak-anak yatim di negeri Pahang.

Yayasan Pahang

KELAYAKAN MEMOHON

• Semua anak yatim yang berada di Tingkatan
5 di sekolah menengah bantuan penuh dan
sekolah Kerajaan Negeri di Pahang yang
mematuhi salah satu daripada syarat
kelayakan seperti berikut :

Kematian ibu dan bapa
Kematian ibu
Kematian bapa

OBJEKTIF PROGRAM

• Memberi perhatian yang sewajarnya kepada

anak yatim supaya mereka berjaya dalam
pelajaran untuk membolehkan mereka

• meneruskan pengajian ke tahap yang lebih

tinggi.

• Meningkatkan prestasi akademik anak-anak
yatim dalam pembelajaran seharian dan

peperiksaan awam.

• Meningkatkan sahsiah dan jati diri.

• Mewujudkan rasa kesyukuran dan tidak berasa

terpinggir serta terabai dalam masyarakat.

• Membimbing anak-anak yatim mendapat

tempat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan
Institusi Latihan Kemahiran (ILK).

Yayasan Pahang

KAEDAH
PERLAKSANAAN

• Koordinator dilantik dari kalangan guru
mengikut nisbah bilangan anak yatim di sekolah
berkenaan.

• Taklimat kepada Koordinator diadakan di
peringkat daerah oleh Jurulatih Utama (JU).
Penyerahan murid kepada Koordinator
hendaklah dibuat oleh pihak sekolah. Sebarang
pertukaran Koordinator perlu diganti segera.

• Tugas utama Koordinator adalah memastikan
anak angkat mereka mengikuti aktiviti yang
telah dirancang di peringkat sekolah mengikut
garis panduan yang digubal, membuat laporan
berkala dan dihantar kepada JU daerah.

• Pemerhatian dan pemantauan meliputi aspek

kurikulum, kokurikul um, sahsiah dan kebajikan
menggunakan diari PERHATI.

• Peserta program juga akan mengikuti program

tambahan seperti seminar teknik menjawab
soalan peperiksaan, kemahiran belajar dan
pembinaan sahsiah.

• Membimbing murid untuk memilih kursus/
program pengajian di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) atau Institusi Latihan Kemahiran (ILK).

• Koordinator hendaklah memastikan setiap murid
diberi peluang mendaftar secara online ke IPT/I-
LK.

• Koordinator juga bertanggungjawab
memastikan murid mendapat pengajian
lanjutan selepas Sijil Pelajaran Menengah (SPM).

• Maklumat maklum balas kemasukan murid ke
IPT/ILK hendaklah disampaikan kepada
Yayasan Pahang.

• PERHATI telah dapat membantu golongan
anak-anak yatim meneruskan pengajian ke IPT
atau institusi latihan kemahiran selepas SPM
sekaligus membantu golongan ini meneruskan
kehidupan di masa hadapan.

Yayasan Pahang

PRODUK

YAYASAN PAHANG

KOMPLEKS YAYASAN PAHANG,
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,

Pahang

CARTA SPEKTRUM
LIPUTAN AKTIVITI YAYASAN PAHANG

PRODUK

YAYASAN PAHANG

PROJEK INTERVENSI

SEMUA SUBJEK A

YAYASAN PAHANG

CARTA SPEKTRUM
LIPUTAN AKTIVITI YAYASAN PAHANG

PROJEK INTERVENSI

SEMUA SUBJEK A
YAYASAN PAHANG

Pengwujudan PiSSA merupakan satu usaha
yang bernas dalam meningkatkan kualiti
pencapaian peperiksaan pelajar-pelajar
sekolah menengah. PiSSA satu program
progresif merupakan satu kesinambungan
pembaharuan produk pendidikan yang
sediada iaitu JUJ.
PiSSA bertujuan untuk meningkatkan kualiti
pencapaian dan kecemerlangan iaitu semua
subjek A dalam peperiksaan SPM di kalangan
pelajar-pelajar. PiSSA yang bermula pada
tahun 2003, melibatkan sekolah-sekolah yang
terpilih di beberapa daerah iaitu Kuantan,
Pekan, Raub, Bentong dan Temerloh bagi
peringkat permulaan. Pencapaian Pissa
terbukti apabila 80% daripada pelajar yang
menyertainya memperoleh kejayaan seperti
yang disasarkan.

Yayasan Pahang

OBJEKTIF

Melahirkan murid- murid yang cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam
negeri Pahang.

Yayasan Pahang

PELAKSANAAN PROJEK

Peserta PiSSA dipilih oleh pihak sekolah
dengan kerjasama Jabatan Pendidikan
Negeri Pahang (JPNP) berdasarkan
pencapaian akademik ketika di Tingkatan
4.

Pelajar-pelajar terpilih ini akan di
tempatkan di tujuh pusat PiSSA di seluruh
Negeri Pahang bagi mengikuti pelbagai
program intensif sebelum menduduki
peperiksaan SPM.

PiSSA yang mendapat sokongan dan
kerjasama erat Jabatan Pendidikan Negeri
Pahang (JPNP) dilaksanakan berdasarkan
konsep desentralisasi.

Projek ini berbentuk sepunya iaitu
membabitkan pelajar, pengurusan sekolah,
organisasi yang ada di sekolah selain ibu
bapa atau waris pelajar.

Ia dilaksanakan dengan sistem kawalan
iaitu dari aspek penyeliaan, kos dan mutu
selain memberi faedah timbal balik.

Menggunakan tenaga pakar secara
maksimum yang terdiri daripada guru-guru
berpengalaman, cemerlang dan guru khas.

Dipantau khas oleh Jawatankuasa Kecil
Pemantau di bawah Jawatankuasa Khas
Sokongan Peningkatan Pendidikan Negeri

Yayasan Pahang

TAHUKAH ANDA ??

Setelah 12 tahun PiSSA dijalankan, ternyata
ia telah menepati matlamat dan sasaran
kerajaan negeri untuk melahirkan pelajar
cemerlang dan terbilang khususnya
anak-anak Pahang apabila semakin ramai
anak Pahang berjaya mencatatkan
kejayaan cemerlang dalam peperiksaan
SPM setiap tahun.

Yayasan Pahang

PRODUK

YAYASAN PAHANG

KOMPLEKS YAYASAN PAHANG,
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,

Pahang

CARTA SPEKTRUM
LIPUTAN AKTIVITI YAYASAN PAHANG

PRODUK

YAYASAN PAHANG

MAAHAD

TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG

YAYASAN PAHANG

CARTA SPEKTRUM
LIPUTAN AKTIVITI YAYASAN PAHANG

MAAHAD

TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG
YAYASAN PAHANG

Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP)
merupakan institusi tahfiz yang menggabungkan
pengajian Akademik, Hafazan al-Quran dan
kurikulum Turath bertujuan melahirkan generasi
ulamak rabbani yang berilmu, beradab dan
berkepimpinan.
Ia telah diwujudkan hasil kolaborasi pintar YP dan
Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang
(PKPP) pada Januari 2020 dan pengajian ini
bermula dari pelajar tingkatan satu sehingga
tingkatan enam.

Yayasan Pahang

VISI

Menjadi sebuah insitusi yang terkemuka dalam
melahirkan ulama yang menguasai ilmu turath.

MISI

Melahirkan modal insan yang seimbang duniawi
dan ukhrawi serta menguasai ilmu- ilmu turath.

Yayasan Pahang

OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Melahirkan modal insan yang menghafaz
dan memahami 30 juzuk al-Quran serta
menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
syariah, akidah dan tasawwuf yang mantap.

2. Mengembalikan sistem pengajian pondok
tradisional (Turath) dengan gabungan
kurikulum tahfiz kebangsaan menjadikan
ianya sebagai satu program yang lengkap
dan berdaya maju untuk diketengahkan.

3. Melahirkan ulama dan ilmuan Islam (Ulama
Amilin) yang boleh menjadi contoh tauladan
serta membawa perubahan kepada
masyarakat, negeri dan negara.

4. Wadah untuk melahirkan modal insan

cemerlang duniawi dan ukhrawi, yang

berdaya saing, progresif, daie, pejuang

serta memiliki sifat dan keperibadian

unggul salafus soleh.

5. Benteng ummah untuk mempertahankan
akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah serta
membanteras fahaman-fahaman sesat,
amalan-amalan bidaah dan khurafat yang
menyalahi akidah dan syariah.

Yayasan Pahang

PENGAMBILAN PELAJAR

25 orang pelajar tingkatan 1 untuk
pengambilan pertama pada Januari 2020.

SUBJEK YANG DITAWARKAN

TAHFIZ TURATH KEBANGSAAN

• HAFAZAN • KITAB TASAWUF • BAHASA
AL-QURAN
• KANDUNGAN • KITAB FIQH MALAYSIA
AL-QURAN
• TAJWID • KITAB TAFSIR • BAHASA
AL-QURAN
• TILAWAH/ • KITAB AKIDAH INGGERIS

QIRAAT • KITAB HADIS • MATEMATIK
• HIFZUL MUTUN
• KITAB BALAGHAH • SAINS
2020.
• KITAB QAWAID, • PENDIDIKAN
• NAHU DAN SARAF
SYARIAH
ARAB
ISLAMIYYAH
• KITAB FARAID
• PENGAJIAN
• KITAB SIRAH
BAHASA ARAB
• ILMU FAWASIL
• PENGAJIAN
• ILMU MAQULAT QURAN DAN
• ILMU AL-ARUD DAN SUNNAH
AL-QAFIYAH

• ISHTIQAQ

• DHABTUL QURAN

Yayasan Pahang

(18 Tahun) MAAHAD TAHFIZ
TURATH
Asasi/ Tamhidi/
Diploma NEGERI PAHANG

(13- 17 Tahun)

SPM

(19- 29 Tahun) (18 Tahun) (19- 28 Tahun)

IJAZAH/ STAM/ PHDS(AILJuSRAaTSJZAIArJAMNINLHe/A/g/ara)
SARJANA/ SIJIL
PHD (Tempatan)

University of Jordan

Al- Azhar University

Ulama’, Pakar Ekonomi, Pakar
Syariah, Pakar Undang-Undang

University Al- Qarawiyyin Yarmouk University

Yayasan Pahang

PRODUK

YAYASAN PAHANG

MAATHUARDATTAHHFIZ
NEGERI PAHANG

KOMPLEKS YAYASAN PAHANG,
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,

Pahang

CARTA SPEKTRUM
LIPUTAN AKTIVITI YAYASAN PAHANG

PRODUK

YAYASAN PAHANG

TAHFIZ

PROFESIONAL

YAYASAN PAHANG

CARTA SPEKTRUM
LIPUTAN AKTIVITI YAYASAN PAHANG

TAHFIZ

PROFESIONAL
YAYASAN PAHANG

Tahfiz Profesional ialah program yang dianjurkan
oleh Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) bermula
pada tahun 2007 dengan pengambilan pelajar dari
serata negeri Pahang dengan syarat kelayakan
asas yang telah ditetapkan di dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR).
Pelajar-pelajar ini mendapat pembiayaan penuh
biasiswa dari Yayasan Pahang bagi meneruskan
peluang pendidikan di peringkat menengah di sini.
Pelajar-pelajar ini mengikuti kurikulum hafazan
al-Quran 30 juzuk selain didedahkan dengan
pengajian akademik Kementerian Pendidikan
Malaysia sebagaimana sekolah harian biasa.
Para pelajar juga turut didedahkan dengan
kemahiran berbahasa Arab dan Inggeris di samping
ilmu asas yang lain. Pengajian selama lima tahun ini
akan melibatkan mereka dengan peperiksaan
awam Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu PT 3
dan SPM.

Yayasan Pahang

KELAYAKAN MEMOHON

1. Anak Jati Negeri Pahang dengan takrifan; pemohon
atau ibu atau bapa mestilah lahir di Negeri Pahang
2. Berumur tidak melebihi 13 tahun
3. Memperolehi 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR)
4. Boleh membaca Al-Quran dengan baik
5. Lulus dalam temuduga dan ujian simulasi yang
dijalankan
6. Memliki personaliti dan sahsiah yang baik
7. Permohonan dibuka secara atas talian selepas Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan (di
laman web MTNP)

Yayasan Pahang

MAAHAD PRODUKI PAHANG

YAYASAN PAHANG

TAHFIZ NEGER

KOMPLEKS YAYASAN PAHANG,
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,

Pahang


Click to View FlipBook Version