The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulhidayah5969, 2022-10-01 13:29:25

T2-BM1-NURUL HIDAYAH BINTI SULAIMAN

T2- E-PORTFOLIO- BM1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2022
SEMESTER 1

TUGASAN 2 – E-PORTFOLIO

NAMA PELAJAR : NURUL HIDAYAH BINTI SULAIMAN

ANGKA GILIRAN : 2022092310023

NO KAD PENGENALAN : 030530110256

KUMPULAN/UNIT : BAHASA MELAYU 1

KOD : BMMB1074

NAMA KURSUS : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU

NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN

TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2022

NO. TEL : 01123323667

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah:

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah: Tarikh:

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 17 SEPTEMBER 2022

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, 21030 KUALA NERUS, TERENGGANU

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS ( PROJEK / AMALI )

Nama: NURUL HIDAYAH BINTI SULAIMAN Angka Giliran Pelajar: 2022092310023
Tajuk Tugasan: E-PORTFOLIO

Pensyarah: DR. FADZIL BIN BAHARUDDIN Kursus/M.Pelajaran: PPISMP/BMMB 1074

Tarikh Hantar: 17 SEPTEMBER 2022 Tarikh Diterima:

Tandatangan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: Tarikh: 17 SEPTEMBER 2022

Perincian Maklum Balas Tugasan Moderator:
Pemeriksa: Kekuatan:
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami:

Catatan:

Tandatangan pelajar: Tarikh:

ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Halaman
Penghargaan i
1
1.0 Pengenalan 1
2.0 Perkembangan sistem ejaan rumi mengikut kronologi 1
2
2.1 Sebelum merdeka
2.1.1 Sistem ejaan Wilkinson 2-3
2.1.2 Sistem ejaan Za’ba 3
2.1.3 Sistem ejaan Fajar Asia 3
2.1.4 Sistem ejaan rumi Kongres 4
4
2.2 Selepas merdeka 4-5
2.2.1 Sistem ejaan rumi bahasa Melayu 1972
6-7
3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan 7
sistem ejaan rumi. 8-11
12-15
4.0 Cabaran sistem ejaan rumi masa kini
5.0 Rumusan

Rujukan
Lampiran

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan
tugasan kerja kursus tugasan 2, iaitu tugasan e-Portfolio bagi mata pelajaran BMMB1074 iaitu
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu semester satu ini dalam masa yang ditetapkan
dengan jayanya. Oleh itu, sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih saya
tujukan buat pihak-pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja projek
ini secara langsung ataupun tidak langsung.

Selain itu, jutaaan terima kasih kepada Dr. Mohd Fadzil bin Baharudin yang telah banyak
memberi tunjuk ajar, panduan dan nasihat untuk saya bagi menjalankan dan
menyempurnakan kajian ini.

Seterusnya, ucapan penghargaan juga ditujukan kepada ibu saya iaitu Noorizan Binti
Abdul Ghani yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam memberikan semangat dan
dorongan kepada saya agar tidak berputus asa dalam menyelesaikan tugas yang diberikan.
Selain itu, ibu saya juga telah membantu saya dari segi kewangan bagi menyiapkan kerja
kursus ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya, terutamanya pelajar perempuan dan lelaki
yang banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada saya ketika mengalami
kebuntuan serta memberi sokongan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Secara tidak
langsung, kerjasama ini membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Besarlah harapan saya semoga segala ilmu yang saya pelajari mendapat keberkatan
daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.
….……………………………………….

NURUL HIDAYAH BINTI SULAIMAN

Siswa Guru
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu

i



1.0 Pengenalan
Pada awal kurun ke-20, satu sistem telah muncul di Kepulauan Melayu yang dikenali sebagai
Sistem Ejaan Rumi. Sistem ini mula diperkenalkan oleh RJ Wilkinson yang merupakan
pegawai pemerintah Inggeris semasa negara berada di bawah jajahan British. Beliau telah
menghasilkan sistem ejaan Wilkinson, selepas itu, muncul pula sistem ejaan Za’ba iaitu Zainal
Abidin bin Ahmad. Sistem ejaan ini muncul setelah Za’ba memperbaiki sistem ejaan
Wilkinson. Setelah itu, pada tahun seterusnya muncul pula ejaan Fajar Asia, sistem ini
diperkenalkan melalui majalah yang diterbitkan oleh pihak Jepun semasa mereka mengambil
alih jajahan British. Pada waktu yang sama, sistem ejaan Kongres turut muncul untuk
menyeragamkan ejaan rumi (Mohd Naim, 1991). Akhirnya, Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Melayu berjaya dihasil dan dilaraskan atas dasar kerjasama yang utuh antara Malaysia
dengan Indonesia pada tahun 1972.

2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Mengikut Kronologi
2.1 Sebelum Merdeka
Menjelang awal abad ke-20, Bahasa Melayu amat penting dalam Pendidikan. Dengan itu,
keperluan kepada sistem ejaan rumi menjadi utama. Penyusunan satu sistem ejaan dan
tulisan rumi yang seragam dan mudah diperlukan untuk menggantikan sistem ejaan dan
tulisan Jawi. Hal ini dikatakan demikian kerana, ejaan Jawi tidak dapat menjelaskan sistem
bunyi bahasa Melayu menyebabkan masyarakat tidak memahami apa yang sedang
disampaikan. Lantaran itu, penyusunan satu sistem ejaan rumi yang seragam dan teratur lebih
mudah difahami bagi menggantikan tulisan Jawi pada waktu itu.
Terdapat beberapa sistem ejaan Rumi yang pernah digunakan, misalnya:

• Sistem Ejaan Wilkinson
• Sistem Ejaan Zaaba
• Sistem Ejaan Fajar Asia
• Sistem Ejaan Rumi Kongres

1

2.1.1 Sistem ejaan Wilkinson
Pada tahun 1904, kerajaan Melayu Bersekutu, sebuah buku yang berjudul Romanised Malay
Spelling telah dihasilkan menerusi sebuah jawatankuasa ejaan. Buku ini telah dijadikan
panduan untuk menulis bahasa Melayu dalam tulisan rumi. Aturan ejaan yang dimuatkan
dalam buku ini dikenali sebagai Sistem Ejaan Wilkinson. Jawatankuasa
ejaan ini diketuai oleh RJ. Wilkinson yang merupakan pegawai
pemerintah Inggeris. Semua sekolah-sekolah umum menggunakan
Ejaan Wilkinson ini. Pada waktu yang sama, sistem Ejaan Rumi
Wilkinson juga digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya
beliau yang dihasilkan bermula pada tahun 1901 hingga akhir tahun
1940-an. Beliau menjelaskan bahawa terdapat dua sistem yang bagi perumian bahasa
Melayu iaitu sistem yang pertama adalah perumian secara harafiah, dan yang kedua pula
ialah perumian secara fonetik.

2.1.2 Sistem ejaan Za’ba

Satu sistem ejaan yang terkenal ialah Sistem Ejaan Za’ba telah diterbitkan. Sistem yang
disusun oleh Za’ba ini ditulis dalam beberapa buah buku pedoman Bahasa yang terbitkan
oleh Pejabat Karang Mengarang, SITC, iaitu menerusi buku Ilmu:

1. Ilmu Bahasa Melayu Penggal (1926)
2. Pelita Bahasa Penggal (1941)
3. Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949)

Berikut merupakan buku yang ditulis dan diterbitkan oleh Za’ba.
Sehingga tahun 1970-an. Sistem Ejaan Rumi Za’ba telah dijadikan sebagai ejaan rasmi
kerajaan dan Ejaan Sekolah. Sistem ini telah digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu.
Sistem ini berupa sistem ejaan baru dan dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris.

2

Sistem Ejaan Sekolah ini digunakan oleh Za’ba dalam buku “Pedoman
Bahasa Melayu Penggal i, ii dan iii”. Namun terselit beberapa kelemahan
dalam sistem ini. Antara kelemahannya ialah, sistem ini agak sukar
kerana adanya pengejaan kata yang masih mengikut Sistem Ejaan Rumi
Wilkinson. Tambahan pula, sistem ini menggunakan kaedah
penggunaan aneka ragam lambang huruf. Tuntasnya, berlaku
ketidakseragaman pengejaan kata dalam penulisan yang melibatkan
penggunaan tulisan rumi.

2.1.3 Sistem ejaan Fajar Asia

Sistem ejaan Fajar Asia telah diperkenalkan oleh Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau selaku
pengarang mengolah Majalah “Fajar Asia” yang diterbitkan di Singapura bermula pada tahun
1943 dengan menggunakan Ejaan Fajar Asia. Sistem ejaan ini
digunakan semasa Jepeun berada di Tanah Melayu antara tahun
1942-1945 di Tanah Melayu. Jika dilihat pada sudut pengejaan kata
dan penulisan keharmonian vokal, Sistem Ejaan Fajar Asia boleh
dikatakan sebagai percubaan yang pertama dalam usaha
menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dengan ejaan Rumi Bahasa
Indonesia. Selain itu, ejaan Fajar Asia juga dijadikan sebagai ejaan
rasmi dan pendoman untuk menulis Bahasa Melayu oleh Angkatan Sasterawan yang telah
ditubuhkan pada 6 Ogos 1950.

2.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang pertama telah dilangsungkan di Singapura
pada tahun 1952. Seterusnya yang kedua pada tahun 1954 bertempat di Seremban dan diikuti
pada 16 hingga 21 September 1956 di Singapura dan Johor Bahru. Kongres bahasa Melayu
yang ketiga pada tahun 1656 mengambil serius terhadap isu ejaan rumi. Dengan itu, ahli
peserta kongres telah bersepakat untuk melakukan penambahbaikan beberapa
pembaharuan yang agak jelas dan terperinci, misalnya membaiki sistem ejaan yang
dihasilkan oleh Za’ba. Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada sidang tersebut
telah membuat 16 ketepatan yang berkaitan dengan ejaan bahasa Melayu dan dua ketetapan
tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan lagi tentang tulisan jawi.

3

2.2 Selepas Merdeka

2.2.1 Sistem ejaan rumi bahasa Melayu 1972

Kerjasama yang utuh antara Malaysia dengan Indonesia merupakan tunggak utama Sistem
Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972 dilancarkan oleh YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri
Malaysia di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada
16 Ogos tahun 1972. Akhirnya kerjasama yang utuh antara
orang Malaysia dengan Indonesia merupakan kemuncak
kepada penyempurnaan kepada semua sistem ejaan. Sistem
ejaan ini dirasmikan serentak di kedua-dua buah negara iaitu
Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos tahun 1972. Ejaan yang
baharu ini merupakan hasil muafakat Malaysia dengan
Indonesia yang telah menggantikan tradisi ejaan lama yang terbantut akibat konfrontasi
Malaysia dengan Indonesia dan sekaligus menggantikan Ejaan Za’ba di Malaysia dan Ejaan
Soewandi di Indonesia. (Buletin JendelaDBP, 16 Ogos 2021).

3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan sistem
ejaan rumi.

Dewasa ini tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
amat penting sehingga ia diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Parlimen oleh
kerajaan pada tahun 1959. Dewan Bahasa dan Pustaka ini ditubuhkan sebagai sebuah
jabatan di bawah Kementerian Pelajaran pada 22 Jun 1956. Sebelum ini, badan ini dikenali
sebagai Balai Pustaka, tetapi atas cadangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga,
nama badan ini telah diubah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tugas pertama DBP adalah memperjuangkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan tunggal di Malaysia. Bagi
merealisasikan perjuangan ini, DBP telah melaksanakan pelbagai
variasi kegiatan yang dapat memartabatkan bahasa Rumi di mata
dunia. Oleh itu, peranan DBP yang mewarnai fokus perbincangan
akan dihuraikan dengan terperinci demi kepentingan bersama.

Antara peranan Dewan Bahasa dan Pustaka ialah memajukan dan memperkaya bahasa
kebangsaan. DBP telah mengadakan kempen-kempen bahasa. Bermula pada tahun 1960,
‘Bulan Bahasa’ dan ‘Minggu Bahasa’ diadakan pada setiap tahun di seluruh negara. Pada
waktu yang sama, DBP turut membakukan ejaan dan sebutan malahan membentuk istilah
yang sesuai dengan bahasa kebangsaan. Gerakan ini dilancarkan bertujuan untuk membina

4

keyakinan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum bahawa bahasa Melayu mampu
menjadi bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu pengetahuan sekaligus dapat menepis
suara sumbang yang mengatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa yang rendah nilainya.

Selain itu, DBP turut menerbitkan buku, risalah bahasa, bentuk persuratan
penterjemahan buku-buku buku teks, tesis, majalah, kebudayaan dan kesusasteraan dan
jurnal dalam bahasa rumi. Tuntasnya, jika usaha ini dilakukan secara berterusan, negara
dapat menguatkan lagi nilai asli bahasa Melayu.

Di samping itu, DBP juga menyusun dan menerbitkan sebuah
kamus bahasa kebangsaan. Bagi penyusunan kamus, DBP telah
melaksanakan banyak program misalnya, penyusunan kamus
dwibahasa, kamus ekabahasa dan kamus istilah. Bukti kamus yang
telah diterbitkan oleh DBP ialah Kamus Dewan. Pada waktu yang
sama, DBP juga mengusahakan satu sistem ejaan baharu bersama
Indonesia. Akhirnya usaha ini telah membuahkan hasil apabila
tertubuhnya Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972.

Sementara itu, DBP juga membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua
bidang termasuk sains dan teknologi. DBP telah berjaya menghasilkan istilah dalam pelbagai
bidang, misalnya sains, agama, falsafah, teknologi, kesusasteraan, sains sosial, bahasa,
sains asas dan banyak lagi. Di samping itu, DBP juga mengadakan hubungan erat dengan
Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan pelbagai lagi. Melalui kerjasama ini, pihak
berkaitan dapat melakukan pertukaran bahan dan istilah untuk dilaras. Tuntasnya,
pembentukan dan penyelarasan istilah ini dapat memajukan bahasa Melayu sebagai bahasa
antarabangsa.

Dalam pada itu, DBP turut memainkan peranan menerusi perancangan bahasa.
Perancangan bahasa membawa maksud usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk
bahasa ke taraf lebih maju. Badan perancangan bahasa di Malaysia ialah Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP). Perancangan Bahasa Melayu dikembangkan dari dua segi, iaitu
perancangan taraf bahasa dan perancangan korpus bahasa. Umumnya, perancangan bahasa
dilakukan diperingkat negara oleh badan-badan tertentu. Dengan ini, perancangan bahasa
akan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mahal nilainya di sisi setiap
masyarakat.

Sudah terang lagi bersuluh, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka bagi memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu agar selaras dengan taraf
perkembangan dan kemajuan masyarakat penuturnya.

5

4.0 Cabaran sistem ejaan rumi masa kini

Menurut Kamus Bahasa Melayu, Rumi merupakan sistem tulisan abjad yang paling
meluas digunakan sehingga kini. Rumi berasal dari perkataan dalam bahasa Arab yang
mengandungi 26 huruf, iaitu bermula dengan huruf A dan berakhir dengan huruf Z. Sistem
ejaan rumi ini meluas di Tanah Melayu sekitar tahun 1960-an. Namun kini, walaupun bahasa
Rumi ditakrifkan sebagai bahasa rasmi, masyarakat di negara kita tetap mengagungkan
bahasa asing. Tidak sedarkah mereka, bahawa mereka telah menaikkan martabat bahasa
asing sedangkan martabat bahasa sendiri tidak diendah. Disebabkan perkara inilah, tulisan
Rumi tidak lagi dihiraukan lagi kepentingannya sebagai tulisan bahasa terpenting. Oleh itu,
kekangan sistem ejaan rumi masa kini yang menjadi fokus perbincangan akan dihuraikan
dengan lebih terperinci.

Umum mengetahui bahawa penggunaan bahasa rojak semakin meluas dalam kalangan
bangsa Melayu. Bahasa rojak membawa maksud bentuk bahasa yang digunakan oleh
masyarakat dengan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bahasa
rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul.
Contoh bahasa rojak yang sedia wujud ialah “I nak
yang ni sis”. Bahasa rojak turut disiarkan di stesen
televisyen. Menurut Profesor Koh Young Hun, “apa
pendirian stesen televisyen di Malaysia terhadap
bahasa Melayu dan saya juga kecewa apabila
televisyen tidak digunakan bagi membolehkan rakyat
menguasai bahasa Melayu dengan baik.” (Abu Said,
2013). Justeru, para pendidik dan pemimpin perlulah bertindak secara proaktif dan efisien
bagi menghalang bahasa Melayu daripada terus dipengaruhi unsur luar, agar nilai bahasa
Melayu dapat dikekalkan.

Derawasa ini, rasa sayang dalam diri masyarakat terhadap bahasa Melayu semakin
luntur. Menurut (Nor Azaruddin, 2014), penggunaan bahasa Melayu melalui khidmat pesanan
ringkas (SMS), Facebook, Twitter, Telegram, Instagram, Wechat dan pelbagai jaringan

aplikasi tidak lagi menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Hal
ini terang-terangan bercangggah dan melanggar hukum hakam
tatabahasa. Misalnya, ruang sembang siber memperlihat bahasa
Melayu semakin dilancurkan. Menurut Awang Sariyan (1996),
penggunaan bahasa yang lebih parah adalah dalam hal
kesantunan bahasa, perkataan bahasa Melayu yang sering digunakan di ruang siber adalah
seperti “Perggh sendu giler ko, lembab ar ko, hek eleh lemmah” dan banyak lagi. Hal ini

6

terang-terang lagi merosakkan nilai bahasa Melayu. Oleh itu, kerajaan hendaklah bertindak
secara progresif bagi mengekang masalah ini agar nilai bahasa Melayu dapat dikekalkan.

Derawasa ini, bahasa Inggeris semakin mendahului bahasa Melayu. Akibatnya, generasi
kini lebih selesa menuturkan bahasa asing berbanding bahasa Melayu kerana generasi
mereka berasa tidak yakin dengan bahasa ibunda sendiri. Malah mereka juga menganggap
bahawa bahasa yang canggih ialah bahasa Inggeris kerana sesuai dengan peradaban dunia.
Tambahan pula, Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai

kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan
perhatian sepenuhnya dalam penguasaan bahasa
Inggeris kerana kebanyakan ilmu yang terdapat
dalam dunia ini terungkap dalam bahasa Inggeris.
(Shaharir, 2008). Hal ini jelas membuktikan bahawa
hasrat mengukuhkan bahasa Melayu menghadapi
cabaran yang getir. Tuntasnya sebagai rakyat yang cinta akan bahasa Melayu, kita perlulah
yakin untuk memartabatkan bahasa sendiri kerana bahasa inilah lambing jati diri kita.

5.0 Rumusan
Sebagai penghias bicara akhir, kita perlu menerima hakikat bahawa bahasa rumi semakin
dipinggirkan. Sebagai rakyat yang cinta akan bahasa ibunda, kita tidak perlu berkiblatkan
bahasa Inggeris kerana James T. Collins mengatakan bahawa bahasa Melayu merupakan
bahasa antarabangsa kerana memperlihatkan ciri antarabangsa sejak zaman prasasti lagi.
(Azhar Salleh,2005 dan Alinor, 2010). Malah, bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang
kaya dari segi rangkaian dan bunga bahasanya. Jadi persoalan apakah lagi yang berlegar-
legar di benak masyarakat majmuk kita pada hari ini? Oleh itu, masyarakat majmuk perlulah
berganding bagi mencari kaedah terbaik untuk membolehkan bahasa Melayu sentiasa
disanjungi.

7

Rujukan

Awang Sariyan. (1996). Bahasa Melayu di Malaysia: suatu tinjauan tentang perkembangan
dan masalahnya. Persatuan Linguistik Malaysia.

Nor Azaruddin Husni Nuruddin. (2014, Disember 14). Perkembangan teknologi pinggir
bahasa Melayu. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2014/12/23108/perkembangan-
teknologi-pinggir-bahasa-melayu

Izzah Zahh. (2013, May 20). Sejarah dan perkembangan sistem ejaan rumi bahasa Melayu
https://www.slideshare.net/izzahzahh/sejarah-dan-perkembangan-sistem-ejaan-rumi-
bahasa-melayu

Josephine Nora. (2013, November 4). Sejarah dan perkembangan sistem ejaan rumi.
https://www.scribd.com/doc/181340641/10

Muhammad Salehudin Aman. () Sinopsis sistem ejaan bahasa Melayu
Cabaran ejaan sistem rumi pada masa kini http://online.anyflip.com/dtfgb/jexb/mobile/

Afi Afida Sejarah perkembangan tulisan rumi
https://www.academia.edu/32237445/SEJARAH_PERKEMBANGAN_TULISAN_RU
MI

Saberi. (2010, Ogos 10). Sistem ejaan rumi bahasa Melayu. Permata Timur II
http://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-ejaan-rumi-bahasa-
melayu.html?m=1

Sri Yanti binti Kamal dan Nur Amanina binti Ramlan. (2018, Julai 3). Sistem ejaan rumi.
https://www.slideshare.net/YantiKamal/sistem-ejaan-rumi-104069606

8

Nurlidyawati Jasmin. (2017, April 30) .Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-ejaan-rumi-
dan-jawi

Azlyrendywahab. (2013, December 28). Linguistik sistem ejaan bahasa Melayu.
https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-ejaan-rumi-
dan-jawi

Zahid. (2014, Disember 2014). Sistem ejaan rumi baharu. http://bahasaku-
zahid.blogspot.com/2014/12/sistem-ejaan-rumi-baharu.html?m=1

Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin. (2018, April 30). Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam memartabatkan bahasa Melayu.

Nurul Amira Asyikin binti Nor Ali. (2021, November 15). Sejarah perkembangan bahasa
Melayu https://online.anyflip.com/eiitm/mgsz/mobile/

Nur Farhah Amirah binti Abdul Malek. (2021, November 15). Sejarah perkembangan bahasa
Melayu https://issuu.com/farhah1234/docs/kerja_khusus_e-portfolio_bmmb1074-
converted

Mohd Naim Daipi. (1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu: Bahagian II. The
Malay Language Council.

Abu Said. (2013). Bahasa Pasar dan Bahasa Slanga.
http://dakskema88.blogspot.com/2013/03/bahasa-pasar-dan-bahasa-
selanga.html?m=1

9

James T. Collins. (2009) Bahasa Sanskerta dan Bahasa Melayu. Akademi Sains Islam
Malaysia (ASASI). https://www.asasi.my/?p=1105

Mohammad Alinor Abdul Kadir. (2010, Oktober 27).
https://www.asasi.my/?p=1105

Kee-Man Chuah. (2013, Oktober 19). Format APA. Panduan Asas dan Mudah.
https://www.slideshare.net/keemanxp/apa-style-panduan-asas

Cabaran Bahasa Melayu Moden Pada Zaman Moden (2018, November 27).
http://bmm1014.blogspot.com/2018/11/cabaran-bahasa-melayu-pada-zaman-
moden.html?m=1

Lucia Terey John. (2019, Disember 12). Era digital, media sosial punca ‘keracunan bahasa
kebangsaan meluas. ’https://www.projekmm.com/news/berita/2019/12/12/era-digital-
media-sosial-punca-keracunan-bahasa-kebangsaan-meluas/1818571

Nik Safiah Karim, Norliza Jamaluddin, Raminah Hj. Sabran dan Shahidah Hashim. (2017).
Ace Ahead Teks STPM Bahasa Melayu Penggal 1 (Edisi Keempat). Oxford Fajar.

Faridah binti Nazir dan Tuan Jah binti Tuan Yusof. (2013). Pengantar Linguistik Bahasa
Melayu. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kamaruddin bin Illias, Rusmawati binti Othman, Mani Rajan a/l Ellappan dan Zaini bin Abdul
Ghani. Penulisan Akademik. Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Berita Harian. (Rabu, 17 Mei 2006). Cabaran Memperkembangkan Bahasa Melayu dalam
Era Teknologi dan Maklumat. Penerbit Dewan Bahasa Pustaka.

10

Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 3: Komunikasi Bahasa.
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

11

LAMPIRAN
12

13

14

15


Click to View FlipBook Version