TAKLIMAT
MATA PELAJARAN
PENGAJIAN
PERNIAGAAN
OLEH :
PN FATHIYAH RAMLI
OBJEKTIF MATA PELAJARAN PENGAJIAN
PERNIAGAAN
• a) memahami dan menghayati bidang perniagaan dan pengurusan serta
peranan dan sumbangannya terhadap masyarakat dan negara;
• (b) memahami fungsi perniagaan yang merangkumi bidang pengurusan
pengeluaran, pemasaran, kewangan, dan sumber manusia;
• (c) mengurus dan menyelesaikan masalah perniagaan berkaitan dengan
pengeluaran, pemasaran, kewangan, dan sumber manusia;
• (d) memahami dan menghayati peranan, fungsi, dan tugas pengurusan
dalam organisasi perniagaan;
• (e) memahami dan menghayati peraturan dan keperluan pengurusan
perniagaan;
• (f) membina kemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah
perniagaan;
• (g) membina kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan
dengan berkesan;
• (h) memahami dan menghayati bidang keusahawanan;
TAJUK-TAJUK MATA PELAJARAN PENGAJIAN
PERNIAGAAN
• PENGGAL 1 (946/1)
❖PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA
❖PENGELUARAN
❖PEMASARAN
❖KEWANGAN
❖SUMBER MANUSIA
PENGGAL 2 (946/2)
❑PENGURUSAN
❑ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN
❑KEMAHIRAN KOMUNIKASI
❑PEMBUATAN KEPUTUSAN
PENGGAL 3 (946/3)
❖KEUSAHAWANAN
❖RANCANGAN PERNIAGAAN
❖PERNIAGAAN ANTARABANGSA
❖ETIKA PERNIAGAAN &
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
WAJARAN SETIAP PENGGAL
• PENGGAL 1 (946/1)
• UJIAN BERTULIS
• MASA : 1 3/4 JAM
• WAJARAN : 25%
PENGGAL 2 ( 946/2 )
• UJIAN BERTULIS
• MASA : 1 ¾ JAM
• WAJARAN : 25 %
PENGGAL 3 (946/3)
• UJIAN BERTULIS
• MASA : 1 ¾ JAM
• WAJARAN : 25 %
• PENGGAL 3 (946/4)
• KERJA KURSUS : 25 %
BUKU-BUKU RUJUKAN
❖MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN STPM
❖MODUL I THINK
❖TEKS STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN –PELANGI
❖ACE AHEAD PENGAJIAN PERNIAGAAN
❖PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM-SAP
❖MODUL PENTAKSIRAN P.PERNIAGAAN
BENTUK SOALAN STPM
• BAHAGIAN A : SOALAN STRUKTUR (10 SOALAN)
• Bahagian A (50 markah)
• Jawab semua soalan.
1. Terangkan maksud stres dan jelaskan empat kesan stress terhadap
organisasi
perniagaan. [6]
2. Jelaskan tiga perbezaan antara pemimpin dan pengurus. [6]
3. Perihalkan sifat-sifat pekerja di dalam teori X dan Y yang diperkenalkan
oleh Douglas McGregor. [4]
4. Huraikan empat faktor yang menyebabkan sesuatu perjanjian sah
walaupun tanpa balasan [4]
•
•
5. Terangkan syarat-syarat/elemen penting bagi membuat tawaran. [4]
6.Jelaskan dua halangan komunikasi yang dihadapi oleh Pengurus
Pengeluaran dengan pembekal. [6]
7. Jelaskan dua kaedah mendengar secara berkesan [6]
8. Nyatakan empat etika penggunaan internet dalam perniagaan pakaian.[4]
9. Jelaskan teknik kumpulan fokus dan sumbang saran. [6]
10. Berikan dua alat pembuat keputusan mengikut statistik deskriptif. [4]
SOALAN KAJIAN KES WAJIB JAWAB (30 – 35
MARKAH)
Bahagian B [50 markah]
Jawab semua soalan.
Pengurusan Kredit
11. Puan Norhayati Abdul Khalid merupakan seorang pegawai
pengurus sebuah bank terkemuka di ibu kota. Tugas beliau ialah
memantau pengurusan kredit di semua cawangan bank di utara
semenanjung, iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta semua
cawangan bank di Sabah dan Sarawak. Untuk memastikan kerja-
kerjanya berjalan lancar, beliau memastikan beliau mempunyai
kemahiran berkomunikasi dengan baik dengan semua peringkat
pengurusan. Tambahan pula, beliau boleh menguasai tiga bahasa dengan
baik, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.
• Kerja-kerja pemantauan di setiap cawangan dilakukan
sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali. Tujuan
pemantauan adalah untuk mengetahui perkembangan
semasa berkaitan pengurusan kredit bagi setiap
cawangan. Mesyuarat di ibu pejabat juga diadakan
dari semasa ke semasa dalam kalangan pengurus
cawangan untuk memberi pelaporan, membincang dan
menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di setiap
cawangan.
• Semasa pemantauan dijalankan di setiap cawangan,
Puan Norhayati juga berkesempatan berkomunikasi
dengan pengurus dan semua pekerja di bawah
seliaannya. Beliau akan menyampaikan dasar kredit
syarikat terkini seperti yang diluluskan oleh pihak
pengurusan atasan dan pihak Bank Negara Malaysia.
Maklumat ini penting untuk memastikan semua
maklumat sampai ke setiap cawangan. Pertemuan
secara bersemuka juga memberi ruang kepada pekerja
untuk bertanyakan soalan jika perlu.
• Selain mesyuarat, Puan Norhayati juga menggunakan e-mel untuk
berkomunikasi dengan setiap cawangan. Menurutnya, e-mel merupakan cara
yang paling cepat dan murah untuk menyampaikan maklumat organisasi.
Untuk menyampaikan maklumat berbentuk personal, Puan Norhayati lebih
suka menggunakan telefon. Semasa memantau ke cawangan-cawangannya,
beliau juga berbincang tentang prestasi pengutipan kredit, memberi motivasi
serta meninjau masalah yang dihadapi oleh mereka. Puan Norhayati cuba
memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan perasaan tidak puas hati
dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Beliau juga
mengambil kesempatan berjumpa dengan pekerja-pekerja dalam majlis-majlis
keraian yang dianjurkan oleh setiap cawangan seperti hari keluarga.
Harapannya, dengan melakukan perkara sedemikian, hubungannya dengan
semua pekerja dapat dieratkan dan setiap pekerja akan rasa dihargai.
•
• (Sumber: Disesuaikan daripada Majalah Ekonomi, Mac 2012)
• Berdasarkan kes di atas,
a) Huraikan bentuk-bentuk komunikasi yang digunakan oleh
Puan Norhayati Abdul Khalid untuk menyampaikan maklumat
dalam organisasi. [12]
b) Jelaskan tiga jenis media komunikasi yang diamalkan dalam
organisasi Puan Norhayati Abdul Khalid. [12]
c) Jelaskan tahap perundingan yang digunakan dalam organisasi
Puan Norhayati Abdul Khalid. [6]
SOALAN ESEI PILIH SATU SAHAJA.
• Jawab satu soalan sahaja sama ada soalan 3(a) atau
soalan 3(b).
• 3. (a(i)Jelaskan proses pengorganisasian dalam sesebuah
organisasi. [15m]
• Huraikan satu jenis komunikasi bertulis. [5m]
• ATAU
• (b) Syarikat Jaya Berhad yang menjalankan perniagaan
perabot ,telah mengalami kemerosotan jualan pada tahun
lepas. Jelaskan langkah-langkah dalam pembuatan
keputusan yang perlu diambil oleh pihak pengurusan
bagi meningkatkan jualan pada tahun ini. [20]
•
KERTAS SO ALAN CO NTO H
946/4 STPM
PENGAJIAN PERNIAGAAN
KERTAS 4
KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
• Arahan kepada calon:
• Kertas ini mengandungi Arahan Kerja Kursus.
• Anda dikehendaki membaca arahan yang diberikan dengan teliti sebelum memulakan projek
pengaplikasian pengajian perniagaan anda.
• Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.
• Calon dikehendaki melaksanakan kerja projek ini.
• Di bawah ini disenaraikan 3 jenis perniagaan. Pilih salah satu jenis perniagaan dan
dapatkan maklumat tentang pengurusan organisasi, produk, pemasaran, operasi, dan
kewangan perniagaan tersebut daripada sumber-sumber yang berkaitan.
• (i) Perniagaan menjual basikal
• (ii) Restoran makanan laut
• (iii) Agensi pelancongan
• Calon dikehendaki:
• (i) Menjelaskan dengan ringkas kaedah memperoleh data dan maklumat
• (ii) Menjelaskan jenis pengeluaran dan susun atur organisasi perniagaan berkenaan
yang telah dipilih pada awal penggal 3. Calon juga dikehendaki membincangkan faktor-
faktor pemilihan lokasi organisasi perniagaan serta pendekatan kawalan kualiti dan alat-
alat kawalan inventori yang digunakan
• (iii) Menjelaskan campuran pemasaran yang digunakan
• (iv) Menyediakan penyata kewangan organisasi dan membincangkan sumber
pembiayaan yang sesuai untuk mengembangkan perniagaan
• (v) Melampirkan maklumat yang relevan dengan jawapan yang diberikan
• SELAMAT BERJAYA
• DAN BIJAK DALAM MEMBUAT
PENILAIAN PEMILIHAN
SUBJEK UNTUK SKOR A