The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-28033849, 2023-06-09 03:37:33

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46

Buku Program PIBG Kali Ke-46 (1)

KANDUNGAN 1. Aturcara Majlis 2. Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46 3. Notis Jemputan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46 4. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 45 5. Senarai Kehadiran Ibu Bapa Ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 45 6. Laporan Aktiviti PIBG 2022 7. Penyata Kewangan PIBG 2022 (RUJUK LAMPIRAN) 8. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 9. Senarai Kehadiran AJK PIBG Sesi 2022/2023 10. Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46 11.Lampiran: Penyata Kewangan PIBG 2022/2023 12. Catatan


ATURCARA MAJLIS 8.30 pagi Pendaftaran ibu/bapa/penjaga/guru 9.00 pagi Nyanyian lagu Negaraku Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis. Bacaan doa oleh Ustaz Azman bin Ahmad Ucapan alu-aluan Guru Besar, Encik Zakaria bin Abdul Rani Ucapan Perasmian oleh Penghulu Mukim Beranang Tuan Mohammad Samsudin bin Hj. Satar Penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG 2022 10.30 pagi Persembahan multimedia Pembentangan Perlembagaan PIBG SK Beranang Pembentangan Minit Mesyuarat Kali ke 45 Pembentangan laporan aktiviti PIBG Pembentangan Laporan Kewangan 2022/2023 Pembentangan usul 12.30 tengah hari Bersurai


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 46 SESI 2023/2024 1. PENDAFTARAN PN RUSNIZA BINTI IBRAHIM (K) PN NORJANI BINTI MOHD IDRIS PN MELUR MULIARINDUSUKASIH BINTI PARMAN PN NURUL AINI BINTI AW MOHD NOR 2. PENCATAT MINIT CIK RUZANA BINTI MOHD DERUS (K) PN NURUL SYAZWANI BINTI JAAFAR PN LILI SURIATI BINTI ABD LATIB PN TINA DEWI A/P KUMARAN 3. BUKU PROGRAM PN NORAIDA BINTI IDRIS (K) PN ROSLINA BINTI RASHIDI PN IDA HAYATI BINTI SUMARDI 4. DOKUMENTASI PN NORHANA BINTI LOKMAN PN RIZUA ZULAIRA BINTI AHMAD TAJUDDIN 5. SIJIL & CENDERAMATA PN ROSDIANA BINTI IDRIS (K) YM TENGKU MIMI EQUANI BINTI TENGKU NIZARUDDEEN PN ROSMIZA BINTI ALI PN ZARINA BINTI TAJUDDIN 6. PENGACARA MAJLIS PN SUHAINI BINTI SALLEH 7. BACAAN DOA EN AZMAN BIN AHMAD 8. PERSIAPAN TEMPAT DAN HIASAN PENTAS PN NOORASHIKIN BINTI ABD RAHIM (K) PN NORINDRAWATI BINTI MOHD JANAH EN SHAHROL NIZAM BIN HAMZAH EN KAMAL BAHRIN BIN MOHD NOR NORHIDAYATUL ZIANA BINTI JAHARI PEKERJA SWASTA 9. PENYEDIA TEKS UCAPAN PERASMI – PN AZLINA BINTI ABDULLAH YDP – PN ZAITON BINTI MOHD NOH GB – PN NORLIZA BINTI ABDULLAH


10. SIARAYA EN MOHAMMAD AB RAHIM BIN YACOB (K) EN ABDUL SYAHRIN BIN ABDULLAH EN ZAFARUL AZMIR BIN ZAN 11. PERSIAPAN MEJA MESYUARAT / TAGGING EN MUHAMMAD QAIYUM BIN SUHAIMI 12. MAKANAN IBU BAPA & GURU PN SITI FUADDAH BINTI MUJIR (K) PN NURSAIDAH BINTI MOHD SAID PN NORLIZA BINTI CHE NOH 13. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA & BANNER EN NOORHISHAM BIN HAMZAH 14. JURUFOTO EN IBRAHIM BIN DAUD (K) PN SALINDA BINTI SAMAD 15. CABUTAN BERTUAH PN SHARIFAH NURUL HUDA BINTI SYED HASSAN SHARIFAH (K) PN FARAHTUL WAHIDA BINTI ZAINAL PN IRNAWATI BINTI CHANMEKUN 16. JAMUAN VIP PN SUKARNI BINTI MOHD GHAZALI (K) PN MARIA BINTI OTHMAN PN RAHIZAH BINTI MASTAR PN SITI NORHASLIN BINTI TALIB


NOTIS JEMPUTAN


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45 SK BERANANG Tarikh : 28 Mei 2022 Hari : Sabtu Masa : 11.30 pagi Senarai Kehadiran (Rujuk Lampiran) AGENDA 1.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG 1.1 Encik Zakaria bin Abdul Rani mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru-guru yang berjaya hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45. 1.2 Guru Besar memaklumkan bahawa akan diadakan gotong-royong bersama ibu bapa untuk membersihkan prasarana sekolah pada masa yang akan ditetapkan. 1.3 Kawasan binaan bersebelahan PPKI akan dinaikkan dewan bertutup. 1.4 Pemasangan langsir di setiap kelas sudah dibenarkan 2.0 UCAPAN PERASMI 2.1 YB Dato Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir. 2.2 YB Dato Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus juga mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen semua AJK PIBG yang terlibat dalam usaha menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Beranang Kali ke 45 dan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Beranang Kali ke 45. 2.3 YB memberi ucapan perasmian berserta merasmikan pondok menunggu murid SK Beranang dan Mesyuarat PIBG Kali ke-45. 3.0 UCAPAN YDP PIBG 3.1 Mengucapkan terima kasih kerana dijemput ke perjumpaam Mesyuarat PIBG kali ke 45. 3.2 Perjumpaan ini sebagai satu medium untuk semua ibu bapa membincangkan masalah dan keperluan anak-anak. 3.3 PIBG telah memberi bantuan bekalan kepada mangsa yang terlibat dengan Covid-19 dengan memberikan sumbangan gajet untuk PdPR. 3.4 Bantuan juga telah diberikan kepada mangsa banjir dan bantuan duit sekolah kepada murid-murid. 3.5 PIBG juga bersama mantan Guru Besar menjalankan projek pondok menunggu berjumlah 20 ribu daripada YB Hulu Langat. 3.6 YDP mengucapkan terima kasih kepada YB, PIBG dan pihak sekolah yang memberikan komitmen dalam sumbangan yang diberikan. 3.7 Kejayaan sekolah aadalah bergantung sepenuhnya oleh kedua-dua pihak iaitu guru dan ibubapa.


3.8 Akhir sekali, beliau berharap semua dapat memilih AJK dan barisan kepimpinan baharu demi kecemerlangan sekolah. 4.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN 4.1 Puan Rosmiza binti Ali, bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Mac 2022. Jumlah pendapatan: RM 27 332.85 Jumlah perbelanjaan:RM 16 385.70 Baki di bank: RM 10 937.15 Baki di tangan:RM 0 4.2 Bayaran yuran pada 2021: 245 keluarga yang menyelesaikan pembayaran yuran (20.59% penurunan) 4.3 PIBG membuat sumbangan untuk pondok dan mangsa banjir. 4.4 Seorang bapa pelajar bertanya berkenaan bayaran baiki tandas RM 5000. Guru Besar memaklumkan pahawa pembaikan dari segi ‘piping’, paip dan pintu tandas murid lelaki dan perempuan. 4.5 En Hisham Abu Bakar (Bapa seorang pelajar 5A) bertanya; ibu bapa pelajar tidak mempertikaikan apa yang dilakukan oleh pihak sekolah tentang bagaimana cara penggunaan duit, kerana percaya duit tersebut akan digunakan sebaik mungkin. Beliau meminta sekolah untuk menyediakan surat punca kuasa untuk dikepilkan bersama minit mesyuarat yang menunjukkan di mana penggunaan RM5000 tersebut. 4.6 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah akan perbaiki dan menyediakan surat punca kuasa untuk dilampirkan untuk mesyuarat selepas ini. 4.7 Pengesahan penyata kewangan: Cadangan: Hisham Abu Bakar Sokongan: Sharifuddin 5.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022 5.1 YDP PIBG mengumumkan pembubaran AJK PIBG SK Beranang bagi sesi 2021/2022. 6.0 PELANTIKAN BAGI SESI 2022/2023 6.1 Encik Zakaria bin Abdul Rani, Guru Besar SK Beranang mengendalikan sesi pelantikan AJK PIBG SK Beranang bagi Sesi 2022/2023. 6.2 Pn Rosmalina binti Azizan mencadangkan En Aidi Shariman sebagai YDP PIBG dikekalkan. 6.3 En Aidi Shariman mencadangkan agar calon lain boleh naik YDP kerana kesibukan beliau. 6.4 En Aidi Shariman mencadangkan En Azman bin Asri sebagai YDP PIBG. 6.5 Pn Siti Hajar Arshad mencadangkan Farah Diana sebagai YDP. 6.6 Pn Rahizah mencadangkan Pn Faizatunnisa sebagai YDP. 6.7 Pn Iddahayati mencadangkan En Afandi Firdaus sebagai Naib YDP. 6.8 En Khazin Amin mencadangkan cadangan ditutup. 6.9 Undian dibuat dan undian paling banyak jatuh kepada Pn Faizatunnisa dan beliau dilantik sebagai YDP PIBG. Cadangan AJK PIBG SK Beranang Sesi 2022/2023 ditambah beberapa ahli jawatankuasa yang baru dan telah sebulat suara dipersetujui oleh ahli mesyuarat yang hadir. 6.10 Pemilihan AJK PIBG SK Beranang sesi 2022/2023 YDP: Pn Faizatunnisa binti Mohd Fakeh


NYDP: En Yuga Firdanus Setiausaha: Cik Nurul Hidayah binti Abdullah Bendahari: Cik Nurwafa Afiqah binti Mohamed Ali AJK Ibu bapa 1. En Aidi Shariman bin Ismail 2. En Azman bin Asri 3. Pn Fara Diana binti Mazlan 4. En Shahifuddin bin Shaari 5. En Badrul Hisham bin Abu Bakar AJK Guru 1. Pn Azlina binti Abdullah 2. Pn Rusniza binti Ibrahim 3. Pn Nurfaizatul Fasihah binti Sahrom 4. Cik Ruzana binti Mohd Derus 5. En Muhammad Qayyum bin Suhaimi 6. En Noorhisham bin Hamzah Juru Audit Dalaman 1. Pn Efariza binti Mohd Zain (wakil ibu bapa) 2. Pn Salinda binti Samad (wakil guru) 7.0 UCAPAN YDP PIBG SESI 2020/2021 7.1 YDP mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 untuk terus menerajui PIBG SK Beranang dan akan menjalankan tanggungjawab dengan baik. 8.0 PEMBENTANGAN USUL 8.1 Cadangan Usul Sekolah 8.1.1 Sumbangan 1 rim kertas A4 daripada 1 keluarga. 8.1.2 Sumbangan RM5 setiap murid untuk keceriaan dan penyelenggaraan kelas serta tandas. 8.1.3 Usul sekolah dipersetujui dengan sokongan sebulat suara. 8.2 Cadangan Usul Ibu bapa 8.2.1 USUL 2: Pn Siti Hajjar binti Arshad Mencantikkan kelas dan tandas sekolah Mempelbagaikan aktiviti untuk murid-murid terutamanya murid tahun 6. 8.2.1.1 MAKLUM BALAS: GB sentiasa memantau keadaan kelas dan tandas sekolah. Akan memberikan arahan kepada guru kelas untuk menghias kelas. Tandas akan dijalankan kerja pembersihan setiap hari pada waktu pagi dan petang. Aktiviti murid tahun 6 dan semua murid telah dirancang seperti dalam takwim sekolah.


Program transisi untuk tahun 1 telah dijalankan selama 4 minggu. Aktiviti kokurikulum juga dijalankan bagi murid tahun 3 hingga 6. 8.2.2 USUL 3: Pn Nor Liana, Pn Siti Normah dan Pn Aszatulazura Mengawal lalulintas sewaktu murid datang dan pulang daripada sekolah terutamanya sesi petang kerana berlaku kesesakan dihadapan sekolah. 8.2.2.1 MAKLUM BALAS: GB memaklumkan sebelum ini telah mengupah RELA untuk menjaga lalu lintas dan bekerjasama dengan SMK Khir Johari membayar RM637.50 untuk 3 hari, tetapi kos nya terlalu tinggi untuk diteruskan. Kotak parkir akan ditambah di luar kawasan sekolah. En Shahifuddin mencadangkan untuk membuat jalan satu hala dengan laluan masuk hanya di laluan melalui Sekolah Cina dan keluar di laluan keluar pejabat pos. En Khazin menyatakan cadangan itu telah dijalankan sebelum ini dan membuat jalan makin sesak. 8.2.3 USUL 4: En Zurel Hadi bin Latif Menyediakan loker buku untuk murid bagi meringankan beban beg sekolah. Memberi info kepada ibu bapa tentang latihan kepada murid setiap hari. 8.2.3.1 MAKLUM BALAS: GB memaklumkan isu beg berat adalah isu satu Malaysia. Jadual waktu telah memaksimumkan hanya 3-4 subjek sahaja sehari. GB memohon ibu bapa dan anak dapat menyemak jadual waktu setiap hari dan hanya membawa buku yang berkenaan. Cadangan loker adalah untuk menyediakan loker sewa supaya dapat membantu pendapatan tabung PIBG. 8.2.4 USUL 5: En Nurhidayat bin Saharudin, En Ahmad Safuan bin Md Nasir dan En Mohd Asrul bin Mohd Noor Lewatkan sedikit masa masuk ke sekolah murid sesi petang pada hari Jumaat berikutan banyak bapa/penjaga masih belum selesai solat Jumaat. 8.2.4.1 MAKLUM BALAS: Guru Besar memaklumkan jadual waktu akan berubah waktu ke 2.10 petang pada hari Jumaat. Waktu pulang akan dilewatkan 30 minit dari hari lain. 8.2.5 USUL 8: En Mohd Asrul bin Mohd Noor Tingkap-tingkap yang pecah digantikan untuk keselamatan muridmurid. Tambahan unit kipas dinding di dalam kelas untuk keselesaan muridmurid. 8.2.5.1 MAKLUM BALAS: GB memaklumkan pihak sekolah akan mengambil tindakan untuk menggantikan tingkap-tingkap yang rosak.


8.2.6 USUL 11: Pn Siti Nurjannah binti Ismail Laporkan pencapaian murid sekurang-kurangnya 3 bulan sekali bagi mengetahui kelemahan murid. Kaji kandungan beg sekolah supaya lebih mesra pelajar (tidak terlalu berat dan membebankan) Mengadakan program menarik setiap minggu untuk menarik perhatian murid terhadap sesuatu subjek dan minat dalam pembelajaran. 8.2.6.1 MAKLUM BALAS: Pn Haslin menyatakan prestasi murid boleh disemak secara online. Keputusan telah diberi dalam ‘Whatsapp’ group dan mungkin ibubapa terlepas pandang. PBD adalah secara berterusan oleh itu kehadiran murid dalam PdPr turut dinilai. GB meminta agar ibu bapa boleh berhubung dengan guru kelas dan membuat temujanji dengan guru untuk mengetahui prestasi anak. GB memaklumkan untuk mengadakan Hari Terbuka selepas ini secara bersemuka bagi membincangkan prestasi anak-anak. Program kokurikulum hanya diadakan untuk murid tahun 3-6. 8.2.7 USUL 12: Pn Rosma Liza binti Ahmad Peralatan menulis dan mewarna ditinggalkan di sekolah, masalah kehilangan pensil dan alatan tulis. 8.2.7.1 MAKLUM BALAS: GB meminta ibu bapa menulis nama untuk semua alat tulis murid supaya tidak hilang lagi terutamanya kasut murid yang selalu tertukar waktu solat. 8.2.8 USUL 13: En Badrul Hisham bin Abu Bakar Mengenal pasti aset dan kemudahan sedia ada untuk penggunaan maksimum oleh guru dan murid. 8.2.8.1 MAKLUM BALAS: GB akan bawa ke mesyuarat AJK PIBG dan buat buku perlembagaan. En Shahifuddin mengatakan ada buku perlembagaan PIBG dan akan membuat salinan dan beri kepada semua. En Khazin menyatakan aset yang dibina di kawasan sekolah perlu diserah pada kerajaan. Apa jua aset yang disumbang juga adalah hak kerajaan. Dewan dibawah pengurusan sekolah. 8.2.9 Usul-usul lain yang telah dikemukakan akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG. 9.0 HAL – HAL LAIN 9.1 YDP mencadangkan bayaran RM50 untuk yuran PIBG. GB setuju untuk kekalkan kutipan bayaran. En Badrul Hisham mencadangkan memperkemaskan cara kutipan untuk meningkatkan peratus ibu bapa yang membayar. Ibu pelajar mencadangkan cara bayaran yuran secara online.


YDP cadang jika membuat bayaran secara online harus maklumkan kepada guru kelas. Ibu bapa bersetuju untuk membayar yuran PIBG di kaunter semasa hari pendaftaran/ hari terbuka sekolah. 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 YDP PIBG megucapkan terima kasih atas kerjasama pentadbir, AJK guru dan AJK ibu bapa yang hadir bersama untuk melancarkan perjalanan mesyuarat kali ini. 10.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir. 10.3 YDP memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang pelaksanaan mesyuarat. 10.4 Beliau juga mengharapkan kerjasama yang padu daripada ibu bapa dan guru-guru supaya segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya serta dapat mengembalikan semula kegemilangan SK Beranang. 10.5 YDP menangguhkan Mesyuarat PIBG Kali ke 45 pada jam 12.15 tengah hari. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari. Disediakan oleh ; Urus setia Mesyuarat Agung PIBG SK Beranang ke 45 Tarikh : 1 Jun 2022


SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA MESYUARAT AGUNG PIBG KE 45


SENARAI KEHADIRAN GURU MESYUARAT AGUNG PIBG KE 45


LAPORAN AKTIVITI PIBG 2022 1. Sumbangan keperluan kerusi dan meja bagi kelas PPKI rentetan penambahan jumlah murid dan kelas. 2. Penambahbaikan penghawa dingin bagi kelas PPKI. 3. Menggantikan lampu dan kipas yang rosak di beberapa buah kelas. 4. Menambahbaik bangunan Dewan Gemilang terutamanya di bilik VIP dan bilik PIBG yang mengalami masalah siling dan dinding bocor. 5. Mengecat dua blok bangunan sekolah dan kerusi pondok menunggu murid. 6. Mengecat surau sekolah. 7. Bayaran guru ganti sesi petang. 8. Sumbangan menambahbaik laluan ke kelas PPKI. 9. Pembelian kipas untuk dewan gemilang. 10. Sumbangan kewangan bagi menjayakan program - program sekolah. Antaranya termasuklah sambutan Hari Guru, Hari Sukan Tahunan, Hari Kanak-kanak , Hari Anugerah Tahun 6, Hari Orientasi, Majlis Apresiasi dan Majlis Persaraan guru. 11. Melakukan ziarah cakna dan memberikan sumbangan kepada keluarga murid yang terjejas akibat kebakaran rumah.


SENARAI AJK PIBG 2022/2023 YPD : Pn Faizatunniza binti Mohd Fakeh NYDP : En Affandi Firdaus bin Firdaus Setiausaha : Pn Nurulhidayah binti Abdullah Bendahari : Cik Nurwafa binti Mohamed Ali AJK Ibu bapa 1. En Badrul Hisham bin Abu Bakar 2. Pn Farah Diana binti Mazlan 3. En Aidi Shahriman bin Rizal 4. En Shahifuddin bin Shaari 5. En Azman bin Asri AJK Guru 1. En Noorhisham bin Hamzah 2. Pn Azlina binti Abdullah 3. En Muhammad Qayyum bin Suhaimi 4. Pn Rusniza binti Ibrahim 5. Pn Nurfaizatul Fasihah binti Sahrom 6. Pn Ruzana binti Mohd Derus Pemeriksa Kira-kira 1. Pn Salinda binti Samad (wakil guru) 2. Pn Efariza binti Mohd Zain (wakil ibu bapa)


SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG BIL NAMA JAWATAN BIL 1 BIL 2 BIL 3 BIL 4 16/7/2022 30/09/2022 03/12/2022 28/01/2023 1. ZAKARIA BIN ABDUL RANI PENASIHAT / / / / 2. FAIZATUNNIZA BINTI MOHD FAKEH YDP / / / / 3. AFFANDI FIRDAUS BIN FIRDAUS NYDP / / / X 4. NURULHIDAYAH BINTI ABDULLAH SETIAUSAHA / / / / 5. NURWAFA AFIQAH BINTI MOHAMED ALI BENDAHARI / / / / 6. FARAH DIANA BINTI MAZLAN AJK IBUBAPA X / / / 7. AIDI SHAHRIMAN BIN ISLAM AJK IBUBAPA X / X X 8. AZMAN BIN ASRI AJK IBUBAPA / X X X 9. BADRUL HISHAM BIN ABU BAKAR AJK IBUBAPA / / / / 10. SHAHIFUDDIN BIN SHAARI AJK IBUBAPA / X X X 11. NOORHISHAM BIN HAMZAH AJK GURU / / / / 12. AZLINA BINTI ABDULLAH AJK GURU / / X / 13. MUHAMMAD QAYYUM BIN SUHAIMI AJK GURU / / / / 14. RUSNIZA BINTI IBRAHIM AJK GURU / / / / 15. NURFAIZATUL FASIHAH BINTI SAHROM AJK GURU / / X / 16. RUZANA BINTI MOHD DERUS AJK GURU / / / / PEMERIKSA KIRA-KIRA: 1. SALINDA BINTI SAMAD 2. EFARIZA BINTI MOHD ZAIN


USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46 USUL SEKOLAH BIL CADANGAN 1. Sumbangan keceriaan fizikal sekolah diteruskan demi penambahbaikan prasarana sekolah. 2. Program gotong-royong perdana untuk pelupusan perabot dan keceriaan sekolah. 3. Sumbangan kewangan atau mohon sumbangan peralatan penapis air bagi memenuhi keperluan murid di sekolah. 4. Dana kewangan / infak dibenarkan semasa perjumpaan ibubapa dalam majlis atau program sekolah. 5. Sumbangan kertas A4 dan mesin pencetak untuk kemudahan guru menyediakan lembaran kerja kepada murid-murid terutama murid Tahap 1. 6. Penggantian pemegang tangga, tingkap dan pintu kelas yang rosak. 7. Sumbangan jumlah kewangan yang berpatutan untuk program sekolah bagi membantu menjayakan program tersebut. Antaranya termasuklah program perkhemahan, lawatan dan pertandingan sukan. USUL IBU BAPA BIL NAMA IBU/BAPA CADANGAN / USUL JAWAPAN 1 Bharum bin Ahmad 1) Mencadangkan pihak PIBG mengurangkan jumlah bayaran yuran tahunan PIBG. 2 Mohamad Azam bin Md Dom 1) Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti keceriaan. Contohnya, aktiviti menaik taraf seperti menambah baik kipas dan cat dinding kelas secara gotong royong. 3 Abdul Warith bin Yusak Mengadakan aktiviti gotong-royong sekolah sebulan sekali. 4 Enies Ismasyafira binti Ishak 1) Meneliti kembali harga jualan makanan di kantin 2) Mempelbagaikan menu makanan di kantin seperti bihun sup / mee kari


USUL IBU BAPA BIL NAMA IBU/BAPA CADANGAN / USUL JAWAPAN 5 Noraini binti Norhasni Membuka pintu pagar belakang supaya van boleh ambil anak (PPKI) terus tanpa penjaga 6 Noor Safrizah binti Ibrahim Perlukan pengawal bagi ibubapa dan van sekolah untuk mengambil pelajar bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah dan di laluan keluar sekolah. 7 Natasha Ayu binti Mamat Cat semula tandas agar cantik dan pintu yang tiada di ganti baru. 8 Norzalelawati binti Ideris Ubah semula waktu murid sesi petang supaya dapat balik pada pukul 6.10 petang seperti dahulu pada hari Isnin. 9 Ana Matovani binti Jhonny Zulkifli Awalkan atau lebihkan waktu persekolahan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 10 Nur Syuhadah Chin Wai Wai Membawa buku subjek yang diperlukan sahaja seperti -buku aktiviti yang diperlukan pada hari tertentu. Contohnya, buku PBD pada hari Isnin, buku latihan dan buku teks pada hari Selasa... 11 Nadia binti Amran Penambahbaikan terhadap material kain baju aktiviti ungu ke material yang lebih mesra dengan cuaca


CATATAN


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BERANANG Merakamkan Setinggi-tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Serta Semua ibu bapa dan penjaga yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan sumbangan terhadap semua aktviti dan program yang telah dijalankan demi kepentingan dan kebajikan warga SK Beranang.


Click to View FlipBook Version