The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syakirmahadi0463, 2022-04-23 07:14:33

etika

etika

MPU 21032- PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

TAJUK : SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA

NAMA :
1. MUHAMMAD HADZRIN BIN MOHD HALIM (03DET21F1192)
2. MUHAMMAD HARIS HEYKAL BIN ABDULLAH (03DET21F1171)
3. ERIC KHOR RONG CHENG (03DET21F1038)
4. MUHAMMAD AFI AFNAN BIN AZIZAN (03DET21F1108)
5. MUHAMAD SYAKIR BIN MAHADI (03DET21F1032)

PENSYARAH : TN. MAZLAN BIN OSMAN
SESI : 2 2021/2021

Pengenalan

◦ Tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan
tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah
orang Melayu. Hanya sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang
manakala sebilangan kecil orang India pula bekerja sebagai buruh.

◦ Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara
beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-
kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam sektor ekonomi.

◦ Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kesan
yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang
kaum dan kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah
mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.

◦ Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatan ‘pecah dan
perintah’ di Tanah Melayu. Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya
masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak digalakkan.
Hasilnya terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari
semasa ke semasa.

Isi 1 : Latar Belakang

◦ Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap
kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan
dengan Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan
budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari
Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan
keadaan perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum, maka wujudlah kepelbagaian
adat resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya.

◦ Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai
kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai

latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis
pemisah seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dewan (2005),

masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan atur
dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui

hubungan bersemuka. Contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa

Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum
pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia

terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu.
Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar

liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di

Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan
dan pendidikan.

Isi 2 : Kesan Pembentukkan

◦ Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan telah wujud sejak zaman
pemerintahan British lagi.Pada tahun 31 Ogos 2015,dianggarkan penduduk di negara
ini berjumlah 24,850,400 di mana orang warganegara beranggaran seramai 20,196 600
dan 40,53 800 orang bukan warganegara.Daripada jumlah warganegara,13.48 juta
orang terdiri daripada kaum bumiputera Melayu, 2.93 juta orang daripada bumiputera
bukan melayu, 6.22 juta orang daripada Cina, 1.86 juta orang kaum India dan 318.9
ribu orang daripada kaum-kaum lain.Dalam kumpulan kaum bumiputera, orang
Melayu dianggar berjumlah lebih daripada 10 233200 orang.Pada awal Tahun 2011,
jumlah penduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.

Isi 3 : Politik

◦ Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing
telah berlaku sejak tahun 1874. Sistem-sistem kemasukan seperti kontrak dan bebas adalah merupakan
cara-cara orang Inggeris menggalakkan kemasukan orang asing ke Tanah Melayu. Pada tahun 1930an,
Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-
orang imigran balik ke negara asal mereka. Perkara ini amat berbeza dengan tindakan yang dilakukan
oleh orang Inggeris kepada pendatang asing ke Tanah Melayu sebelumnya.

◦ Pada tahun 1930an juga undang-undang imigrasi menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah
Melayu. Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Tanah Melayu sebelum undang-undang
imigrasi pada tahun 1930an kerana keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi
merancakkan ekonomi perlombongan, peladangan dan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan
kereta api dan jalan raya.

◦ Kewujudan jabatan Pelindungan Orang Asing adalah untuk melindungi para buruh imigran daripada
ditindas dan dianiaya oleh kongsi gelap mahupun majikan. Jabatan Pelindungan Orang Asing yang
dilindungi oleh pemerintah Inggeris terhadap buruh-buruh asing menunjukkkan seolah-olah kerajaan
Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan
mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu.

◦ Kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang
sepatutnya kepada buruh imigran diperkukuhkan lagi dengan adanya Jabatan Pelindungan Orang
Asing. Jabatan Pelindungan Orang Asing bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing tetapi
menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal. Pada tahun 1927–1932 sewaktu kemelesetan
ekonomi orang-orang asing hendak pulang ke negara asal mereka dan menjadi masalah kepada
pemerintah Inggeris.

Isi 4 : Ekonomi

Kedudukan ekonomi di Tanah Melayu telah mengalami perubahan yang besar sejak
kedatangan British:
Keadaan ekonomi dalam zaman penjajahan menunjukkan ketidakadilan dalam kedudukan
ekonomi. Contohnya,dasar pecah dan perintah British telah menyebabkan ada dalam
kalangan masyarakat Tanah Melayu berasa ketinggalan dan terpinggir dari arus kemajuan
dan pembangunan. Dasar ini telah membahagikan penduduk Tanah Melayu berdasarkan
fungsi mereka dalam bidang ekonomi.

Kesan
Jurang ekonomi antara kaum semakin melebar dan besar.,situasi ini dapat dilihat dari segi
penglibatan dan taraf hidup orang Melayu dalam bidang ekonomi di Tanah Melayu jauh
ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum lain khususnya kaum Cina adalah lebih kukuh
berbanding kaum-kaum lain.Hal ini demikian kerana British telah menggalakkan kemasukan
imigran dari luar, khususnya Cina dan India yang terlibat secara aktif dalam bidang ekonomi,
terutamanya di sektor perlombongan, perniagaan dan perdagangan dan Melayu dikekalkan
dalam status ekonomi tradisional.

Isi 5 : Sosial

Dalam aspek sosial terutama dalam bidang pendidikan juga telah mengalami
perubahan yang pesat akibat penjajahan British.

Sebab
British bukan sahaja berminat dalam bidang politik dan ekonomi namun turut
menggunakan aspek lain iaitu bidang pendidikan yang berperanan sebagai agen
perubahan.

Contoh
Semasa penjajahan, British telah memperkenalkan sistem persekolahan yang berbentuk
vernakular. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan berasaskan bahasa pengantar yang
berbeza-beza

KESIMPULAN

◦ Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini
berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di
Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam,
bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

◦ Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk
Tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahana abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara
beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris di Tanah Melayu.

◦ Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung
kepada carabagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu
telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor
ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi
secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu.

◦ Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan
dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang
paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.

◦ Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat
negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini.

Lampiran

Rujukan

◦ http://ohmypengajianadui.blogspot.com/?m=1
◦ http://ansuez.blogspot.com/?m=1
◦ https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/download/504/346/1035

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version