Log Lencana Keahlian
Rekod Peribadi
Nama Pengakap:
Tarikh Lahir:
No.K/P:
Nama Sekolah:
No. Kumpulan:
Daerah:
Negeri:
Alamat Kumpulan:
Patrol:
Pangkat:
Nama Pengakap: Data Diri
Tarikh Lahir:
No. K/P: Tandatangan Pengakap
No. Telefon:
Umur:
Alamat Rumah:
Bangsa:
Agama:
Nama Pemimpin:
No. Keahlian:
REKOD KEMAJUAN LENCANA KEAHLIAN
Bil Perkara Tarikh Tandatangan
Lulus Penguji
1 Peraturan Pakaian Seragam Pengakap
2 Prinsip Rukun Negara
3 Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia
4 Persetiaan Pengakap
5 Undang-Undang Pengakap
6 Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap
7 Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah Pengasas Pengakap,
Lord Baden Powell
8 Simpulan & Ikatan:
-Buku Sila
-Bunga Geti
-Simpul Manuk
-Tindih Kasih
-Lilit Dua Simpul
-Lilit Pemati Biasa
Dengan ini adalah diperakui dan disahkan bahawa Pengakap ini telah LULUS ujian tersebut
sepertimana yang ditetapkan dalam Skim Latihan Pengakap Malaysia.
Tarikh:
(T.t Pemimpin & Cop)
Peraturan Pakaian Seragam Pengakap
Pakaian Seragam Pengakap Lelaki
Pakaian Seragam Pengakap Perempuan
Prinsip Rukun Negara
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang
berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi
agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan
tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-
bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang
sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya
agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan
agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan
negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat
terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip
pertama dalam Rukun Negara.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut
Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua
Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan
Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan
kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat
setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada
setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia
merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu
gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia
menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah
sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang,
hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang
negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap
negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur
tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa
selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak
melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara.
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan
santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang
dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah
paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama
lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan
bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu
golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang
tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip
ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Lambang Pengakap Malaysia &
Lambang Pengakap Sedunia
Lambang Pengakap Malaysia
MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan
Pengakap iaitu:
a. Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa,
Menurut undang-undang Pengakap.
Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap
yang sepuluh.
Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”
Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”
Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.
Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan
Pengakap Sedunia”.
Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit
Pengakap:
a. Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”,
b. Hijau – “Pengakap Muda”,
c. Merah – “Pengakap Remaja”
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja
bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Lambang Pengakap Sedunia
Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu:
a) Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara.
b) Menolong orang setiap masa.
c) Menurut undang-undang Pengakap.
Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-
melambangkan Undang-undang Pengakap.
Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
a) Warna ungu-warna Pengakap Sedunia.
b) Warna putih-kesucian dan kebersihan.
Persetiaan Pengakap.
Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji Dan Bersetia
Yang Saya
Dengan Seberapa Daya Upaya Saya
Akan:-
Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara
Menolong Orang Pada Setiap Masa
Menurut Undang-Undang Pengakap
Undang-Undang Pengakap.
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang DiPertuan Agong serta Raja-Raja,
dan kepada Pemimpin-pemimpin Pengakap, Ibubapanya, Majikannya dan orang-orang
dibawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap
masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain
pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekali pun.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa
berbudi
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya,
ketua patrolnya atau pemimpin-peminpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa
kesusahan.
9. Pengakap adalah jimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap
Hormat Pengakap
Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis
diluruskan sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari digunakan
adalah membawa tiga pengertian:
Salam Penghormatan
Kepada ketua
Kepada bendera yang dinaikkan
Kaedah memberi persetiaan
Kepada lagu kebangsaan dimainkan
Kepada jenazah
Salam Biasa
Kepada pembesar-pembesar negeri atau Negara
Kepada pemimpin
Kepada saudar Pengakap
Salam Persetiaan
Waktu perlantikan Membuat persetiaan (Salam tiga jari diangkat setinggi bahu dan
tapak tangan hadapan)
Cogan Kata Pengakap (Scout Motto)
Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara
satu sama lain.
Cogan kata bagi unit-unit tersebut:
Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda - Selalu Sedia
Pengakap Remaja - Pandangan Luas
Pengakap Kelana - Berkhidmat
Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia
Sejarah Pengakap Malaysia
Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands
menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai
1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak
Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di
Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah
Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah
G.M.Laidlow meninggal.Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula
oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan
pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah
menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada
tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya
Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.
Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar
(MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap
bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928
dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri
Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone.
Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.
Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di
Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad
Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan
pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun
1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam
Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan
Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap
Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap
1910 Singapura F.C. Sands
1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman
1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff
1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker
1926 Perak I.R. Wheeler
1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone
1926 Selangor Ameen Akbar
1928 Johor
1927 Terengganu A.J. Gracle
1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong
1931 Perlis
Sejarah Pengasas Pengakap (Lord Baden Powell)
Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya
BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun
1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan
Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan
bagi Pengakap pada tahun 1907.
Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari
1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya
ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend
H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya,
anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau
mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa
beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah.
Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan
abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama
dan sentiasa taat pada perintah.
Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma
pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa
berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih
kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan
pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst
dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India
pada tahun 1876.
Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon
Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama
askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu
beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal
sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga
beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau "Impeesa" kerana
keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat
menjadi Kolonel.
Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga
perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas
untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah
mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang
mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober
1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi
kepungan musuh.
pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan
kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan
peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi
dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas
peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda.
Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka
rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku
"Aids to Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku
tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu
pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith.
Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja
muda yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di
Pearl Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907 seramai 20
budak-budak. Beliau merupakan "Scout Master" atau Pemimpin Pengakap dalam
perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-
penolong Baden Powell.
Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan
mengemaskini semula buku "Aids to Scouting" kepada "Scouting for Boys". Buku ini
merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga
diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia.
Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk
meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah
berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral.
Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut
mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah
pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah
mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali
sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan
pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.
Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri
jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000
Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond
Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah
diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World.
Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap
usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan
jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi
di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V
merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of
Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park.
Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa
berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady
Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah
berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman permai
selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun.
Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di
Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir
"Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January
8th 1941." Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut.
Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah
yang bermaksud "Gone Home". Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan
memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu.
Simpulan dan Ikatan
1. Buku Sila
menyambungkan dua tali yang sama besar.
mengikat bungkusan, mengikat atau mematikan anduh.
2. Bunga Geti
menyambung dua tali yang tidak sama besar.
menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali
3. Simpul Manuk
mengikat tali pada batang kayumengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh
mengikat khemah pada tiang kayu
memulakan ikatan pada kayu.
4. Tindih Kasih
menyelamatkan orang di dalam kecemasan ( menaikkan atau menurunkan orang
mengikat atau menarik kayu
5. Lilit Dua Simpul
mengikat tali pada pancang khemah
6. Lilit Pemati Biasa
Diguna untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan
tidak terbuang
Disahkan oleh :
……………………………………………………
(T.t Pemimpin & Cop)
Tarikh:
Disemakkan oleh :
……………………………………………………
(T.t Pesuruhjaya Daerah & Cop)
Tarikh: