KATA ALU-ALUAN Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.. Izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda besar yang diatur oleh pihak pengurusan sekolah iaitu Hari Anugerah Kecemerlangan SK Peka Satu W.P Labuan tahun 2023/2024. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara. Majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna dan warna kepada kehidupan anak-anak yang bakal menjadi pewaris masa depan negara. Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Setiap tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam semua bidang Kecemerlangan. Bukan itu Sahaja, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai matlamat pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah serta ibu bapa dan juga para guru yang selalu menjadi nadi atau tulang belakang dalam proses membuahkan kejayaan untuk mereka menjadi Anak Baik lagi Cerdik (ABC). Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah perlulah memberi dengan ikhlas dan menerima tanpa syarat agar murid- murid menjadi manusia yang berjiwa besar dan beradab mulia. Hal ini selaras dengan moto Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, Didik Murid Tanpa Syarat, Kemenjadian Murid Keutamaan Kami : SKPS Truly Number 1. Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, tuan-tuan dan puanpuan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. PUAN ANITA SHYAMINI S AZMAN Guru Besar SK Pekan Satu WP Labuan
Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu para hadirin sekalian, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anakanak tuan - puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan - puan sebagai ibu bapa mereka. Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk semua murid mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada muridmurid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam semua bidang pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik dan bukan akademik mereka pada masa akan datang. Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa murid-murid yang kita raikan hari ini merupakan pewaris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya menyeru kepada hadirin sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan bahkan kesihatan minda juga merupakan aspek penting untuk membentuk generasi yang sihat dan sekaligus merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Maka, saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan - puan sekalian, marilah kita sama-sama mengembleng usaha bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita. Insya’Allah. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua Jawatankuasa Pengelola majlis yang bertungkuslumus menjayakan Hari Anugerah Kecaemerlangn Sekolah Tahun 2023/2024. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih. KATA ALU-ALUAN
ENCIK YAHYA BIN AHMAD PUTEH Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan العـلـمين و على أله وصحـبه أجـمـعين والصالة والسالم على أشرف األنبـياء والمرسـلين Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh *** Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian Pertama sekali marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya kita diberi keupayaan untuk mengadakan majlis ini. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas jemputan yang diberikan untuk menghadiri majlis yang gemilang pada pagi ini. Tahniah diucapkan kepada JawatanKuasa Pengelola yang telah dapat mengatur dan melaksanakan majlis ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan hadir ke majlis ini. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti di hadapan saya ini. Semoga majlis ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan paradigma menjana modal insan yang terbilang Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan pada hari ini yang diatur sedemikan rupa; tentunya merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk menyemarakan semangat dan motivasi murid-murid agar mencipta kejayaan bagi diri sendiri dan juga sekolah. Majlis ini pastinya menjadi tradisi sekolah untuk menzahirkan pengiktirafan dan juga pengharapan tinggi sekolah kepada murid untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Kita tahu dan sedar bahawa majlis seperti ini amat penting untuk memberi makna kepada kehidupan anakanak yang bakal mewarnai masa depan negara. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar bukan hanya terletak pada usaha dan kesungguhan guru semata-mata. Selain guru yang sering diumpamakan ‘lilin membakar diri’, ibu bapa juga perlu mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Namun, faktor yang paling utama mencapai kejayaan tentunya terletak pada diri murid itu sendiri. Murid-murid perlu sentiasa mempunyai motivasi kendiri yang tinggi untuk mencapai kejayaan. KATA ALU-ALUAN
Pada kesempatan ini saya ingin melontarkan cabaran kepada murid-murid agar dapat membuktikan bahawa anda mampu meneruskan kejayaan yang lebih gemilang. Berusahalah dengan lebih gigih berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Apabila kita bercakap tentang warisan, apakah yang kita ingin wariskan? Pasti Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) yang menjadi impian setiap ibu bapa dan masyarakat. Melahirkan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Hadirin yang saya muliakan, Saya percaya majlis pada hari ini selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan murid-murid agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan semoga program seperti ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid atas kejayaan anda. Akhir kata, dengan lafaz “Bismillahirahmanirrahim” saya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Pekan Satu W.P Labuan bagi tahun 2023/2024. Sekian, terima kasih, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. KATA ALU-ALUAN
TENTATIF MASA ATUR CARA 6.00 pagi KETIBAAN GURU 7.00 pagi KETIBAAN MURID DAN IBU BAPA 08.00 pagi KETIBAAN PEGAWAI PERASMI DAN JEMPUTAN KHAS 08.30 pagi NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU WILAYAH PERSEKUTUAN BACAAN DOA TAYANGAN MONTAJ UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR UCAPAN PERASMIAN 09.00 pagi ANUGERAH KURIKULUM : ▪ ANUGERAH NILAM HARAPAN TAHAP 1 ▪ ANUGERAH NILAM HARAPAN TAHAP 2 ▪ ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA (PEMULIHAN) ANUGERAH KURIKULUM MBPK : ▪ ANUGERAH TOKOH NILAM MBPK ▪ ANUGERAH MURID INKLUSIF CEMERLANG –PERSEMBAHAN – ANUGERAH HEM : ▪ ANUGERAH TOKOH PEMIMPIN CILIK L ▪ ANUGERAH TOKOH PEMIMPIN CILIK P ▪ ANUGERAH KELAS BERSIH, CERIA & KONDUSIF SEPANJANG TAHUN (TAHAP 1) ▪ ANUGERAH KELAS BERSIH, CERIA & KONDUSIF SEPANJANG TAHUN (TAHAP 2) ANUGERAH HEM MBPK: ▪ ANUGERAH TOKOH PEMIMPIN CILIK L ▪ ANUGERAH TOKOH PEMIMPIM CILIK P ▪ ANUGERAH KELAS BERSIH, CERIA & KONDUSIF SEPANJANG TAHUN ANUGERAH HEM: ▪ KEHADIRAN KELAS TERBAIK (PURATA TERTINGGI) – PERDANA ▪ KEHADIRAN KELAS TERBAIK (PURATA TERTINGGI) – MBPK ▪ SIFAR PONTENG MURID PERDANA (TAHUN 1-6) ▪ SIFAR PONTENG MURID MBPK DUA HADIAH CABUTAN HADIAH BASIKAL (PONTENG SIFAR PERDANA & MBPK) -PERSEMBAHAN –
TENTATIF MASA ATUR CARA 12.30 TGHARI ANUGERAH KOKURIKULUM : ▪ ATLET TERBAIK L ▪ ATLET TERBAIK P ▪ ATLET HARAPAN TERBAIK L ▪ ATLET HARAPAN TERBAIK P ▪ ANUGERAH PASUKAN TERBAIK ▪ MURID TERBAIK KO-AKADEMIK L ▪ MURID TERBAIK KO-AKADEMIK P ▪ MURID HARAPAN KO-AKADEMIK L ▪ MURID HARAPAN KO-AKADEMIK P ▪ MURID CEMERLANG UBB L ▪ MURID CEMERLANG UBB P ▪ ANUGERAH CEMERLANG TATASUSILA L ▪ ANUGERAH CEMERLANG TATASUSILA P ▪ ANUGERAH KEPIMPINAN KOKURIKULUM ANUGERAH KOKURIKULUM MBPK: ▪ ANUGERAH ATLET TERBAIK L ▪ ANUGERAH ATLET TERBAIK P ▪ ANUGERAH TERBAIK KO-AKADEMIK ▪ ANUGERAH TERBAIK KO-KURIKULUM ▪ TOKOH KOKURIKULUM MBPK ANUGERAH KHAS : ▪ ANUGERAH TOKOH MURID KURIKULUM ▪ ANUGERAH TOKOH MURID KOKURIKULUM ▪ ANUGERAH TOKOH HAL EHWAL MURID ▪ ANUGERAH TOKOH MBPK ▪ ANUGERAH IKON MURID GEMILANG PENYERAHAN CENDERAMATA KEPADA PERASMI -PERSEMBAHAN – -SESI BERGAMBAR- *BERSURAI*
SENARAI PENERIMA ANUGERAH KURIKULUM
UNIT KURIKULUM ANUGERAH NILAM HARAPAN TAHAP 1 DAYANGKU SARAH DAMIA BINTI AWG.KU HASBOLLAH 3 GENIUS ANUGERAH NILAM HARAPAN TAHAP 2 NUR ATIYAH ALYA BINTI HARRY 6 GENIUS ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA (PEMULIHAN) SHARMADIN BIN PROME 6 BIJAKSANA SAMIRUDDIN BIN ABDULLAH 6 INTELEK MUHAMMAD HASHIM BIN ABNUHARIS 6 INTELEK NAZMIN BIN ABDULLAH 5 BESTARI MOHAMMAD AZMIL FIRDAUS BIN ABDULLAH 5 BESTARI ANUGERAH TOKOH NILAM MBPK MUHAMMAD ZULKARNAIN BIN IZNAN INKLUSIF 5 BESTARI ANUGERAH MURID INKLUSIF CEMERLANG EMMANUEL ERICSHANE ELLI INKLUSIF 5 BIJAKSANA
SENARAI PENERIMA ANUGERAH HEM
UNIT HEM TOKOH PEMIMPIN CILIK LELAKI ADIEB SYUWARI BIN JUPLY 6 CENDEKIAWAN PEREMPUAN NUR ZAHIRAH BINTI ZAINOL 6 GENIUS TOKOH PEMIMPIN CILIK MBPK 1 MUHAMMAD IBRAHIM BIN AL NAIS 2 BESTARI 2 WANG AHMAD AZRI BIN AG AIZAL 2 GENIUS 3 MUHAMAD SHAHRUL FITRI BIN MOHD KHAIROL AZHAR 3 CENDEKIAWAN 4 ANNELICE CHENELLE ELVIS 4 BIJAKSANA 5 AHMED HUSSEINI BIN ABDULLAH 4 GENIUS 6 NORHUSNAH BINTI ALAZIS 5 BESTARI 7 NURUL FARHANAH BINTI ROSLAN 5 GENIUS 8 NUR SYAFIQA BINTI SAMSURI 5 INTELEK 9 ROY ASYRAAF BIN ABDULLAH 5 INTELEK 10 NAUFAL AIMAN BIN YAHYA 6 BIJAKSANA 11 AFFENDI DELVIN BIN ABDULLAH 6 INTELEK SIFAR PONTENG MURID PERDANA LELAKI MUHAMMAD SYAHRIEZZA BIN MOHD SYAHRIEZAM 6 CENDEKIAWAN BD PEREMPUAN NUR SYAFA AQILAH BINTI HASHIM 4 BIJAKSANA BP 1 MOHAMAD FARHAN SYAFIQ BIN MOHAMAD FAIZ AU WAI 4 BIJAKSANA BP 2 SIAH WEI SHENG 4 BIJAKSANA BP 3 SYAKIRAH BINTI BRYNNER 5 BESTARI BP 4 WAYLEN FREDOLIN NASIUS 5 BIJAKSANA BP 5 NURMAHELA BINTI ABDULLAH 4 BIJAKSANA BP SIFAR PONTENG MURID MBPK
SENARAI PENERIMA ANUGERAH K0-KURIKULUM
ANUGERAH ATLET TERBAIK (L) MUHAMMAD SYAMIL IMAN BIN AHMAD (6 GENIUS) ANUGERAH ATLET TERBAIK (P) SITTI GHARMINAH BINTI ABDUL GHAMAR (6 CENDEKIAWAN) ANUGERAH ATLET HARAPAN TERBAIK (L) MUHAMMAD FAIRUL AIDIL BIN KHAIRUL ANWAR (5 BIJAKSANA) ANUGERAH ATLET HARAPAN TERBAIK (P) ALIYAH RIZQAH BINTI RAMLAE (5 GENIUS) ANUGERAH PASUKAN TERBAIK PASUKAN RAGBI SEKOLAH ANUGERAH MURID TERBAIK KOAKADEMIK (L) MOHAMAD FAIZ ASHRAF BIN FAIZAN (5 CENDEKIAWAN) ANUGERAH MURID TERBAIK KOAKADEMIK (P) NUR ZAHIRAH BINTI YAHYA (6 GENIUS) ANUGERAH MURID HARAPAN KO-AKADEMIK (L) MUHAMMAD ZIYAD HARITH BIN MOHD MUSID (4 BESTARI) ANUGERAH MURID HARAPAN KO-AKADEMIK (P) JAH ITQAN SYUKRINA BINTI IRWAN SHAH (5 GENIUS) ANUGERAH MURID CEMERLANG UBB (L) NUR ATIKAH UMAYRAH BINTI SHARIL (6 GENIUS) ANUGERAH MURID CEMERLANG UBB (P) ATHIYAH SOFIYAH BINTI ZAMZURI (6 GENIUS) ANUGERAH CEMERLANG TATASUSILA (L) AUDRIC BRYAN CHARLIE (6 BIJAKSANA) ANUGERAH CEMERLANG TATASUSILA (P) NUR SYASYA BINTI MOHD FAIZAL (6 GENIUS) ANUGERAH KEPIMPINAN KOKURIKULUM SYAFIQAH SYAHIRAH BINTI SAIFUL HARDI (6 GENIUS) UNIT KOKURIKULUM ANUGERAH ATLET TERBAIK (L) DAHNAN BIN USMAN (6 BESTARI BP) ANUGERAH ATLET TERBAIK (P) SYAKIRAH BINTI BRYNNER (5 BESTARI BP) ANUGERAH MURID TERBAIK KOAKADEMIK MUHAMMAD ZULKARNAIN BIN IZNAN (INKLUSIF 5 BESTARI) ANUGERAH MURID TERBAIK KOKURIKULUM NUR' MAZWANIE BINTI MOHD SHAFWAN (6 CENDEKIAWAN BD) TOKOH KOKURIKULUM EMMANUEL ERICSHANE ELLI (INKLUSIF 5 BIJAKSANA) PERDANA MBPK
ANUGERAH KHAS ANUGERAH TOKOH MURID KURIKULUM ANUGERAH TOKOH MURID KOKURIKULUM ANUGERAH TOKOH HAL EHWAL MURID ANUGERAH TOKOH MBPK ANUGERAH IKON MURID GEMILANG
TOKOH KOKURIKULUM KETUA MURID SESI 2022/2023 PENGERUSI KELAB BOLA JARING SEKOLAH PENGERUSI PERSATUAN PANDU PUTERI TUNAS TP6 PBD 8 SUBJEK TP6 UASA 10 SUBJEK PAJSK 8.99/A
SENARAI AHLI JAWATANKUASA Tugas Nama guru 1 AJK Sambutan Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan 2 Penyediaan Skrip ucapan JAMAYAH BINTI MOHID SITI MARLIN BINTI SALLEH 3 Bacaan Doa RAZALI BIN JUMADIL 4 Pengacara Majlis SALMAH BINTI SINRING ‘AQILAH MOHD HATTA 5 FLOOR MANAGER AMIR FARID 6 AJK Pendaftaran NORSHARINA BINTI NORDIN JULIANI BINTI MOKTAR NORAINI BINTI MD SALLEH DK.ROHANA BINTI AK ADANAN 7 AJK Jemputan dan Hebahan AIMAN HAKIMI BIN SABRI 8 Buku Program NURASFIQAH BINTI ABDUL KARIM 9 AJK Makanan AIREN BINTI HASSAN (K) NURJULIZA BT JAMIL NUR IZZATI BINTI MOHD NADZRI WAN KARTINI NURUL HIDAYAH BINTI ZOO 10 AJK Jamuan VIP NOOR ANIDAH BTE AG. ADI NURNABILAH SYA’IRAH BINTI NOORILY 11 AJK Persiapan dewan SAYUTI BIN ZAKARIA NURUL IZYAN IZZATY BIN MUHAMAD ISMAIL MUHAMMAD SAFWAN ERLIA PABIANA BINTI RADIN 12 AJK Hiasan Pentas RAYANITI BINTI KHAMIS MUHAMMAD DZULL ISWARY NUURUL JANNAH NOORHYATHY BINTI GAFAR MUHAMMAD DZULL ISWARY NURALEENA BINTI ABDUL RAJIK NOOR ALWANI BINTI SA'AD NORSAM BINTI RAFFIEE @ AG BESAR 13 AJK Teknikal, P.A Sistem & Ict ISMAIL RAMADHAN HILMAWAN BIN HALIM WAN MUHAMMAD HAZMAN 14 Multi Media (Montaj Dan Video MIOR MOHAMAD HAZRIN 16 AJK Pengurusan Hadiah Murid (Tempahan Hadiah Dan Sijil) NURASFIQAH BINTI ABDUL KARIM SANISAH BINTI ZULKIFLE FAHRIZAH BINTI JIMY MADIN |MOHD SHAFIQ ZAINOL |JOSEPH MING TENG MALAI MAT ALI BIN MALAI MUHAMAD HAYATI ALIMUDIN EIZLAN FIKRI BIN ABD MANAN WAN MOHAMAD AMIRUL HAFEZ BIN WAN YUSAINI WAN MUHAMAMMAD HAZMAN BIN MD NASIR
SENARAI AHLI JAWATANKUASA 17 AJK Penyerahan Hadiah KURIKULUM • NUR IZZATI BINTI AHMAD FUAD • NORHAZLIMAH BINTI BRAHIM • NORWATI BINTI ABDUL RAHIM HEM • SURIANA BINTI KADIR • SYAMSILAWATI BINTI ABU BAKAR • NURNABIHAH SYAHIRAH BINTI NOORILY KOKUM • NORMASLIZA BINTI HAMZAH • KALSUM HASNAH BINTI ABD MARIF • SITI AISYAH NATRAH MENUIL Anugerah Keseluruhan • NOR IRDAWATI BINTI KHAMIS • RIETAH BINTI UNCHANG • IZASYAHIRA BINTI DUASAH 18 Penyelia Penerima Hadiah KURIKULUM • FEIROUZ BINTI MOHD NOOR • RUHANAH BINTI DARAWADIN • KARTIKA BUDIMAN HEM • ASBAIDAH BINTI TAHIR • ASWANIS BINTI JUSOH KOKUM • NUR ANISAH BINTI MAJIT • BERNILDA BERLYNDRA BERNARD L DAIM PPKI ANGELICA PUYANG POLYCARP 19 AJK persembahan • CLARITA JUNE SEBADOGIL • ELLAINE STAR MANUEL SAKIAL • AMSHARI BIN MUHAILI 20 AJK Dokumentasi Dan Foto • EBEN EZER PENGIRAN • MOHAMMAD SALMAN BIN MOHAMED AMIR 21 Panel Pemilihan • Guru Besar • Penolong-Penolong Kanan • Setiausaha Kurikulum, Kokum dan HEM • Guru-guru Penyelaras • Guru kelas • Guru Tahun 6 PPKI NOOR ALWANI BINTI SA’AD JAMARIDAH BINTI KATI | LILIANA JEFLINE SAFIAH BINTI BAHAR • ERINA NAZIHAH BINTI MOHD JOHARI
SEKALUNG PENGHARGAAN Seluruh kulawangsa SK Pekan Satu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Pekan Satu pada tahun ini.