The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norlisham5458, 2023-06-18 11:17:43

PROGRAM OneMdB - 1 MURID 1 BUKU

OneMdB

PROGRAM "OneMdB" PSS IBNU RUSYD SK AYER PUTEH 1 MURID,1BUKU


PENGENALAN Program Program One MdB (1 MURID 1 BUKU) adalah program yang dirancang oleh Pusat Sumber dengan melibatkan pihak PIBG dalam usaha mengumpul buku bacaan baru untuk meningkatkan jumlah bahan bacaan di Pusat Sumber dan menampung kekurangan dana sedia ada. Ini adalah satu langkah mengumpul dan menyediakan bahan bacaan yang mencukupi kepada murid yang ramai. Memandangkan harga buku di pasaran adalah sangat tinggi, peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah tidak dapat menampung pembelian buku untuk memenuhi nisbah 1 pelajar: 15 buah buku. Di samping itu juga, bukubuku yang dikumpulkan adalah untuk menampung atau menggantikan buku-buku di Pusat Sumber yang telah rosak serta hilang. Proses pengumpulan buku akan bermula secara rasminya pada hari Mesyuarat Agung PIBG, SKAP pada 23.6.2023. Satu kotak pengumpulan akan disediakan untuk memudahkan waris mendermakan buku masingmasing. Sedikit sebanyak usaha ini dapat memberikan lebih banyak pilihan buku yang boleh dibaca oleh murid.Semoga kerjasama ini dapat memberikan kebaikan pada semua pihak dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan.


OBJEKTIF Mengumpulkan buku cerita untuk program NILAM. Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi untuk pelajar. Menampung kekurangan buku di Pusat Sumber Meningkatkan kerjasama dan penyertaan PIBG dan waris dengan aktiviti di Pusat Sumber KAEDAH SUMBANGAN 1 Murid boleh menyumbang 1 buku atau lebih Sumbangan buku pelbagai kategori diterima Sumbangan boleh diberi bermula Hari Pelancaran iaitu bersamaan Hari Mesyuarat Agung PIBG iaitu pada 23/6/2023 Program ini berjalan sepanjang tahun Sumbangan buku boleh diletakkan ke dalam bekas di pondok pengawal keselamatan.


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI 019-9827577 Cikgu Wan Norlisham bt Wan Mamat Guru Perpustakaan & Media SK Ayer Puteh


Click to View FlipBook Version