The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ePortfolio FTGK 3013 inimerupakan tugasan subjek FTGK 3013(Fotografi) bagi memperkenalkan tentang asas fotografi di mana pelajar akan dapat mengetahui beberapa teknik pengambaran yang telah dipelbagaikan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ustazleman, 2021-11-29 15:46:19

ePortfolio FTGK3013

ePortfolio FTGK 3013 inimerupakan tugasan subjek FTGK 3013(Fotografi) bagi memperkenalkan tentang asas fotografi di mana pelajar akan dapat mengetahui beberapa teknik pengambaran yang telah dipelbagaikan

EPORTFOLIO FTGK3013

EPORTFOLIO
FTGK3013

NAMA : AHMAD AFIQ BIN AHMAD NAZRI

NO. ANGKA GILIRAN : 2018062340080

NO. KAD PENGENALAN : 990609-36-6121

UNIT : PISMP MATEMATIK (SK) AMBILAN JUN 2018

KOD DAN NAMA KURSUS : FOTOGRAFI (FTGK3013)

TAJUK TUGASAN : TUGASAN 1 (E-PORTFOLIO)

NAMA PENSYARAH : SURAYA HANI BT. ZAKARIA

TARIKH HANTAR : 28 NOVEMBER 2021

1

EPORTFOLIO FTGK3013

1.0 PENGENALAN

ePortfolio FTGK 3013 ini memperkenalkan tentang asas fotografi di mana pelajar akan dapat
mengetahui beberapa teknik pengambaran yang telah dipelbagaikan. Dengan mempelajari
asas fotografi pelajar juga dapat mengenali bahagian-bahagian kamera dengan era digital
terkini yang kian mencabar bagi kegunaan fotografi dalam pendidikan.

Dalam meneracu era modenisasi, fotografi menjadi salah satu kemahiran utama dalam
setiap bidang teknologi terutamanya dalam bidang pendidikan itu sendiri. Fotografi adalah suatu
seni melukis dengan cahaya, jadi faktor cahaya merupakan elemen terpenting dalam seni
fotografi, untuk melakukan suatu pemotretan yang memerlukan cahaya. Sejak kebelakangan
ini, aktiviti fotografi semakin popular di kalangan masyarakat. Perkara ini tidak terlepas daripada
peranan telefon pintar yang kini juga semakin meningkat dan digunakan secara meluas oleh
pelbagai lapisan masyarakat. biasanya telefon pintar sentiasa membenamkan ciri kamera
sebagai ciri wajib. Ini memudahkan aktiviti fotografi dalam kalangan orang ramai sehinggakan
tidak sedikit yang menjadi jurugambar dadakan dengan hanya berbekalkan kamera daripada
telefon pintar.

2

EPORTFOLIO FTGK3013

2.0 TEKNIK-TEKNIK FOTOGRAFI

Fotografi memerlukan teknik-teknik khusus bagi memberi impak kepada penghasilan gambar
yang dihasilkan. Bagi menghasilkan gambar-gambar yang menarik, kemahiran asas dalam
menentukan teknik-teknik yang diperlukan bagi menghasilkan gambar yang dikehendaki. Antara
teknik-teknik dalam fotografi ialah rules of third, rules of odds, golden shap, golden spiral/golden
ratio, komposisi simetri, perspektif, leading line, frame in frame, fill the frame, reflektif, motion
blur dan sebagainya.

3.0 RULE OF THIRD

Rule of third adalah teori berkenaan komposisi gambar. Pembahagian imej mentaal ke
Sembilan bahagian (3 x 3, tiga secara menegak, nombor yang sama mendatar). Menggunakan
garisan grid untuk membahagikan gambar kepada tiga bahagian secara menegak
danmelintang. Objek akan diletakkan pada grid di hujung bahagian kanan ataupun kiri untuk
mendapatkan komposisi yang harmoni. Foto menjadi lebih menarik untuk mata dan lebih
semula jadi, kerana elemen pentingnya tidak terletak tepat di tengah bingkai dan lebih banyak
ruang untuk imaginasi dan fantasi.

(Sumber: The Lens Lounge)

3

EPORTFOLIO FTGK3013

MAN WITH WISDOM

TARIKH 30 NOVEMBER 2021 (5.05 PM)
ISO 25
APERTURE f/1.7
SHUTTER SPEED
MODEL KAMERA 1/310
iPhone XR

Gambar ini menggunakan manusia sebagai objek yang difokuskan. Rule of Thirdpada gambar
ini mengenakan mata sebagai titik persilangan pada satu pertiga atas dan satu per tiga kanan
skrin. Di sebelah kiri gambar terdapat disediakan ruang dalam penghasilan gambar di atas.
Sebagai juru kamera, bingkai akan memberi tumpuan kepada apa yang perlu difokuskan.
kerana menggunakan tumpuan mata anda sendiri pada hasil akhir tidak akan berfungsi.

4

EPORTFOLIO FTGK3013

4.0 NOISE

Noise adalah sebuah istilah dalam dunia fotografi untuk menyebut titik-titik berwarna yang
biasanya mengganggu hasil foto sehingga membuat foto menjadi nampak tidak halus. Semakin
besar nilai ISO yang digunakan maka biasanya semakin banyak pula noise yang dihasilkan.
Pada kamera smartphone, masalah noise ini lebih sering terjadi kerana ukuran sensor yang
kecil. Maka jika setting ISO diatas 200 pada kamera smartphone dapat menimbulkan noise
yang cukup banyak dan mengganggu. Noise sering muncul pada saat melakukan foto dengan
pencahayaan yang kurang mumpuni khususnya jika kita menggunakan mode ‘auto’. Noise
dalam foto digital terdiri daripada dua unsur: dalam warna (kroma hingar) dan dalam cahaya
dan gelap. Noise dalam warna dikenali sebagai Noise kroma dan secara visual mempunyai
kesan menjadikan foto kelihatan kurang menyenangkan mata. Noise dalam gelap biasanya
dipanggil bunyi luminance.

(Sumber: Photo Review)

5

EPORTFOLIO FTGK3013

NIGHTMARE

TARIKH 29 NOVEMBER 2021 (10.36 PM)
ISO 200
APERTURE f/1.7
SHUTTER SPEED 1/200
MODEL KAMERA
iPhone XR

6

EPORTFOLIO FTGK3013

5.0 KOMPOSISI SIMETRI

Dalam komposisi simetri, dua bahagian imejadalah imej cerminan antara satu sama
lain.Komposisi sedemikian secara automatikmewujudkan rasa harmoni dan keseimbangan
estetik. Teknik ini merupakan cara mudah untukmencapai syot yang cantik dan menarik.
Komposisi terbahagi kepada empat jenis iaitu Simetri Mendatar (Horizontal Symmetry), Simetri
Menegak (Vertical Symmetry), Simetri Jejari (Radial Symmetry) dan Simetri Pantulan (Refletive
Symmetry). Contoh pengguanan dalam komposisi simetri ini ialah Seni Bina (Architecture) dan
Alam Semula Jadi (Nature).

(Sumber: Manuel Ramirez, Jurugambar ini menangkap simetri hipnotis seni bina Vienna)

7

EPORTFOLIO FTGK3013

KENT’S ART

TARIKH 30 NOVEMBER 2021 (11.05 AM)
ISO 32
APERTURE f/2.2
SHUTTER SPEED
MODEL KAMERA 1/200
iPhone XR

Gambar ini merupakan komposisi jenis simetri mendatar. Simetri mendatar wujud apabila
terdapat satu garisan yang melalui pemandangan dari kanan ke kiri dan membahagikan
pemandangan tersebut kepada dua bahagian yang sama. Garis simteri pada gambar ini berada
di tengah gambar menandakan pemandangan kiri dan kanan adalah sama. Penggunaan teknik
ini adalah berdasarkan seni bina bangunan baharu di Institut Pendidikan Guru Kampus kent
(baru).

8

EPORTFOLIO FTGK3013

6.0 FRAME IN FRAME

Dalam konteks fotografi frame adalah penggunaan elemen komposisi fotografi yang dapat
ditemui di sekitar objek sebagai bingkai alam. Frame adalah penggunaan elemen komposisi
fotografi yang cukup efektif untuk mengangkat objek. Jurugambar menggunakan sesuatu dalam
pemandangan di hadapan mereka untuk membingkai subjek utama Oleh itu bingkai kedua
dicipta dalam imej. Menggunakan elemen natural atau semula jadi untuk “frame in” subjek
saama seperti bingkai gambar yang memuatkan gambar bingkai semula jadi seperti pokok
gerbang atau pintu untuk membingkai imej supaya dapat menarik tumpuan kepada subjek.

(Sumber: La Sav, Frame within Frame)
Cara untuk mengaplikasikan teknik ‘Frame in Frame’ adalah mengambil kira sudut, kedudukan
dan latar belakang serta warna dan cahaya. Menggunakan sudut kamera yang betul,
kedudukan elemen latar belakang dan depan serta menggunakan cahaya dan warna untuk
mencipta kontras.

9

EPORTFOLIO FTGK3013

TRUE FRIEND

TARIKH 30 NOVEMBER 2021 (4.05 AM)
ISO 32
APERTURE f/2.2
SHUTTER SPEED
MODEL KAMERA 1/200
iPhone XR

10

EPORTFOLIO FTGK3013

7.0 FILL THE FRAME

Satu teknik di mana satu subjek gambar memenuhi frame yang hanya meninggalkan sedikit
ruang untuk latar belakang supaya fokus gambar adalah pada subjek tersebut. Antara
kepentingan dalam menggunakan teknik ‘fiull the frame’ ini ialah memberi fokus kepada subjek
utama dan engurangkan gangguan pada fokus subjek. Terdapat beberapa panduan untuk
mengaplikasikan teknik ‘fill the frame’ ini. Pertama, dekatkan lensa kamera anda dengan subjek
Jika tidak dapat mendekati subjek, anda boleh zoomkan lensa kamera pada objek yang
dikehendaki. Potong gambar untuk memenuhi ‘frame’ jika kedua dua cara di atas tidak dapat
diaplikasikan.

(Sumber: Anthony Epes, Filling the Frame: 5 Simple Yet Powerful Ways to Improve Your
Photos)

(Sumber: Kristine, (2011), Focus on the Subject by Filling the Frame)
11

EPORTFOLIO FTGK3013

GREENY LEAVES

TARIKH 30 NOVEMBER 2021 (11.25 AM)
ISO 25
APERTURE
SHUTTER SPEED f/1.696
MODEL KAMERA 1/320
iPhone XR

12

EPORTFOLIO FTGK3013

8.0 FREEZING

‘Freezing’ dalam Bahasa Melayu bermaksud pembekuan. Teknik memotret sebuah objek yang
sedang bergerak seolah-olah hasil foto boleh menghentikan objek yang bergerak. Teknik
fotografi yang “membekukan” subjek yang sedang bergerak. Dalam erti kata lain, meletakkan
objek bergerak dalam keadaan pegun. Teknik untuk mengaplikasikan ialah memerlukan
penggunaan shutter speed pada kamera. Fotografer perlu menggunakan shutter speed yang
tinggi pada subjek yang bergerak. Shutter speed yang tinggi akan menghentikan objek yang
bergerak. Shutter speed yang rendah akan menghasilkan imej kabur pada objek bergerak.
Shutter speed yang digunakan perlu bersesuaian dan dapat mengimbangi pergerakan subjek
yang digambar supaya subjek tidak dapat bergerak dengan bukaan kamera yang cepat. Shutter
speed yang digunakan perlu bersesuaian dan dapat mengimbangi pergerakan subjek yang
digambar supaya subjek tidak dapat bergerak dengan bukaan kamera yang cepat.

(Sumber: ‘Photography tips and tutorials’ from The Lens Lounge)

13

EPORTFOLIO FTGK3013

4 WHEELS ON THE ROAD

TARIKH 12 NOVEMBER 2021 (5.23 PM)
ISO 320
APERTURE f/1.7
SHUTTER SPEED 1/500
MODEL KAMERA
Sony A6000

14

EPORTFOLIO FTGK3013

9.0 SILUET

(Sumber: https://tipsfotografi.net/tips-fotografi-memotret-siluet-atau-silhouette-photography.html)
Siluet ialah bayangan seseorang, haiwan, objek atau pemandangan yang digambarkan sebagai
bentuk pepejal satu warna, biasanya hitam. Bahagian dalam siluet tidak berbentuk, dan
keseluruhannya biasanya dipaparkan pada latar belakang yang terang, biasanya putih atau
tidak berwarna sama sekali. Ramai jurugambar menggunakan teknik memotret siluet dengan
menggunakan orang, objek atau elemen landskap sebagai objek menentang cahaya untuk
mencapai bayang-bayang dalam siluet. Warna latar belakang diperolehi secara semulajadi
yang mungkin, seperti langit mendung, semasa kabus, matahari terbenam, atau jika boleh
dilakukan di studio menggunakan cahaya buatan. Foto siluet ialah foto yang objek kelihatan
gelap dengan latar belakang berwarna terang. Strategi asas dalam mengambil tangkapan siluet
ialah meletakkan objek atau subjek di hadapan sumber cahaya dengan melaraskan dedahan
pada kamera. Dalam teknik ini, gambar siluet benar-benar menyerlahkan bentuk utama,
tumpuan harus pada objek utama.

15

EPORTFOLIO FTGK3013

SUNSET OF DREAMS

TARIKH 27 NOVEMBER 2021 (5.23 PM)
ISO 100
APERTURE
SHUTTER SPEED f/1.696
MODEL KAMERA 1/87

iPhone XR

16

EPORTFOLIO FTGK3013

10.0 DEPTH OF FIELD

Depth of Field adalah jarak antara benda terdekat dan terjauh dalam sebuah foto yang
17ampak tajam. Kawasan di mana objek akan tetap terlihat fokus yang tajam. Terdapat 2 Jenis
‘Depth of Field’ iaitu Shallow Depth of Field (Narrow) dan Deep Depth of Field (Wide). Shallow
Depth of Field (Narrow) biasanya digunakan dalam gambar Potrait. ‘Shot’ perlu memfokuskan
pada “objek utama” seperti manusia, tumbuhan, bangunan dan sebagainya. Latar belakang
perlu kabur dan tidak kelihatan tajam.

Deep Depth of Field (Wide) biasanya digunakan dalam mengambil gambar-gambar
landskap dan mendapatkan detail keseluruhan gambar. Depth of Field dipengaruhi oleh
besarnya bukaan lensa yang kita pakai. Semakin besar aperture yang berhubungan langsung
dengan dengan f-stop kecil, akan menghasilkan Depth of Field yang kurang tajam. Aperture
kecil atau nomor f-stop besar, menghasilkan gambar dengan Depth of Field yang bagus dan
tajam.

(Sumber: Jason Fitzpatrick (2016), https://www.howtogeek.com/161175/htg-explains-how-to-
manipulate-depth-of-field-to-take-better-photos/)

17

EPORTFOLIO FTGK3013

SNOW WHITE

TARIKH 27 NOVEMBER 2021 (5.23 PM)
ISO 25
APERTURE f/10
SHUTTER SPEED
MODEL KAMERA 1/570
iPhone XR

18

EPORTFOLIO FTGK3013

11.0 PANTULAN

Fotografi pantulan ialah sejenis fotografi yang menggunakan pantulan cahaya melalui air, kaca,
cermin, dan juga skrin telefon bimbit. Jenis fotografi ini sangat menarik, kerana kita akan
bergantung pada sensitiviti kita semasa menangkap objek imej. Foto pantulan juga boleh
menjadikan objek foto kelihatan seperti mempunyai dimensi yang luas. Foto pantulan juga
mempunyai beberapa jenis iaitu Refleksi Semulajadi, Refleksi Senibina, Refleksi Surreal dan
Pantulan abstrak. Refleksi Semulajadi contohnya mengambil gambar sekumpulan burung
berhampiran kolam. Refleksi Senibina ialah pantulan yang menggunakan bangunan sebagai
objek atau pantulan. Refleksi Surreal contohnya adalah mengambil gambar objek dengan lopak
air apabila hujan reda. Pantulan abstrak ialah dengan mengambil objek abstrak dan
pantulannya.

(Sumber: Adobe)

19

EPORTFOLIO FTGK3013

Upside Down

TARIKH 29 NOVEMBER 2021 (5.02 PM)
ISO 25
APERTURE f/10
SHUTTER SPEED
MODEL KAMERA 1/570
iPhone XR

20

EPORTFOLIO FTGK3013

12.0 LEADING LINE

Leading secara literal membawa maksud garisan memimpin atau garisan membawa. Dalam
fotografi, bermaksud garisan tersebut membawa kearah sesuatu yang ingin diceritakan atau
objek menarik dalam komposisi gambar tu. Tidak mengira garisan itu dibentuk menggunakan
jalan, lorong, struktur bangunan, corak dan lain-lain. Asalkan garisan tersebut membawa fokus
penonton kepada subjek atau elemen penting di dalam gambar tersebut, maka ianya dikira
sebagai gasiran membawa. Jika digunakan dengan baik, garisan membawa mampu
memberikan penonton imej anda perasaan seolah-olah berada di tempat itu.

Apabila kita bandingkan
antara garisan membawa dan
garisan perspektif, hanya ada 1
perbezaan yang utama. Garisan
membawa akan membawa kita
kepada sesuatu yang ingin
diceritakan atau objek menarik
dalam komposisi gambar tersebut
manakala garisan perspektif hanya
membawa kepada titik lenyap.

21

EPORTFOLIO FTGK3013

UP UP IN THE SKY

TARIKH 29 NOVEMBER 2021 (5.02 PM)
ISO 25
APERTURE f/10
SHUTTER SPEED
MODEL KAMERA 1/570
iPhone XR

22

EPORTFOLIO FTGK3013

KESIMPULAN

Menjadi seorang juru gambar bukanlah suatu yang mudah dan perlu memiliki kemahiran dan
teknik asas yang betul bagi memastikan gambar yang ditangkap menjadi menarik dan sedap
mata memandang. Teknik-teknik bukan sahaja menjadikan gambar lebih menarik, malah
memberi inspirasi untuk menghasilkan gambar-gambar lain yang lebih berkualiti dan memberi
impak kepada masyarakat. Dengan adanya ePortfolio ini, akan menjadikan generasi muda dan
sesiapa sahaja yang mempunyai minat dalam fotografi untuk mengasah bakatnya dalam
menghasilkan gambar yang mempunyai elemen-elemen utama dalam fotografi. Bukan sahaja
memberi galakan kepada generasi muda, malah sebagai seorang pendidik juga memerlukan
teknik-teknik ini untuk menerapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

23

EPORTFOLIO FTGK3013

RUJUKAN

Admin. (2017). 20 Teknik Komposisi Foto Untuk Meningkatkan Skill Fotografi. Dilayari Pada 22
November 2021 Dari https://www.kamerashot.com/belajar-komposisi
foto/#15_Komposisi_Foto_Noise

Fathur Rahman. (2021). Cara Menghilangkan Noise Pada Foto. Dilayari Pada 22 November
2021 Dari https://teknoding.com/cara-menghilangkan-noise-foto/

Jason Fitzpatrick (2016), How to Manipulate Depth of Field to Take Better Photos, Dilayari pada
23 November 2021 dari https://www.howtogeek.com/161175/htg-explains-how-to-
manipulate-depth-of-field-to-take-better-photos

Kristine, (2011), Focus on the Subject by Filling the Frame, Dilayari pada 29 November 2021
dari https://www.photopoly.net/focus-on-the-subject-by-filling-the-frame/

Mohd Afiq. (2021). Noise & ISO ada kaitan?. Dilayari Pada 22 November 2021 Dari
https://photoinzone.blogspot.com/2011/01/noise-iso-ada-kaitan.html?m=1

24


Click to View FlipBook Version