KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABAKA PETI SURAT 61754, 91027 TAWAU SABAH. Tel : 089768871 Faks : 089757853 Emel : [email protected] / [email protected] Sekapur Sirih Seulas Pinang YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, dapat kita bersama-sama menjayakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka tahun 2022. Majlis ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum. Saya percaya sambutan majlis seumpama ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan guru yang bertungkus lumus merealisasikan majlis ini. Tidak dilupa ucapan terima kasih atas kehadiran para ibu bapa pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan sekalian mencerminkan komitmen dan hubungan silaturahim yang baik antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sewajarnya kita harus meraikan kejayaan mereka yang telah berhempas pulas mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi khasnya dalam bidang akademik. Semoga kejayaan pelajar yang menerima anugerah pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada para pelajar lain untuk bersaing bagi mencapai kecemerlangan seterusnya menjadi pendorong dan pencetus budaya cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Kejayaan pelajar tidak akan dapat dicapai tanpa usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan yang utama usaha pelajar itu sendiri. Justeru, permuafakatan sangat penting antara ibu bapa dan guru menerusi PIBG. Hubungan yang erat dan mesra, diiringi kerjasama yang padu antara ibu bapa dan guru diibaratkan seperti aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain. Kerjasama ini sudah pasti menjadi pendorong dan pemudah cara dalam usaha ke arah kemajuan anak-anak kita sebagai tonggak masa depan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sekian, terima kasih. YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Sabah Ahli Parlimen P191 Kalabakan ADUN N.71 Tanjung Batu
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABAKA PETI SURAT 61754, 91027 TAWAU SABAH. Tel : 089768871 Faks : 089757853 Emel : [email protected] / [email protected] Sekapur Sirih Seulas Pinang Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau ) Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan izin-Nya Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Abaka dapat disempurnakan pada pagi ini. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola yang telah dapat mengatur dan melaksanakan majlis seumpama ini yang merupakan satu usaha pihak sekolah untuk menyemarakkan semangat dan motivasi para pelajar untuk mencipta kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Sebenarnya tidak ada jalan pintas ke arah mencapai kejayaan melainkan dengan bekerja keras. Oleh itu, saya percaya pasti banyak agenda yang telah direncanakan oleh pihak pentadbir dan barisan para guru untuk mencapai hala tuju yang diingini selaras dengan matlamat yang digariskan dalam sistem pendidikan negara kita. Warga pendidik perlu menerima bahawa Kementerian Pendidikan akan dikatakan berjaya sekiranya segala usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti Pendidikan rakyat memperoleh kejayaan bagi memacu dan memperkaa dunia Pendidikan Pendidikan serta memartabatkan profesion perguruan. Sehubungan dengan itu, para pendidik harus melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran terutamanya pada zaman ini yang penuh dengan ledakan teknologi maklumat tanpa sempadan agar dapat mewujudkan generasi pelajar yang mampu berdaya saing. Dalam era globalisasi ini, para pelajar semestinya sanggup menghadapi cabaran baharu alam dunia pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Tanggungjawab yang digalas oleh pelajar kini semakin mencabar dalam membina diri untuk menguasai banyak bidang ilmu, sejajar menjadikan bangsa Malaysia maju pada masa yang akan mendatang. Dalam keghairahan memburu kecemerlangan akademik, kita jangan lupa mengenai aspek kerohanian, akhlak, tatsusila, dan kewarasan fikiran dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan setiap individu perlulah berperanan menjana kecemerlangan akal budi yang luhur. Para pelajar harus bijak menggunakan peluang yang ada untuk merealisasikan kejayaan yang diimpikan. Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada para pelajar yang akan menerima anugerah pada hari ini dan diharapkan kecemerlangan pada hari ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik dan memastikan kejayaan anak-anak murid. Begitu juga kepada PIBG yang sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi sekolah ini. Sekian, terima kasih. Pn. Norlela Binti Ansley Timbalan PPD
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABAKA PETI SURAT 61754, 91027 TAWAU SABAH. Tel : 089768871 Faks : 089757853 Emel : [email protected] / [email protected] Sekapur Sirih Seulas Pinang Pengetua SMK Abaka Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpahan kasih sayang-Nya, kita dapat bersama-sama menjayakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka tahun 2022. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bukannya diadakan bagi memenuhi takwim sekolah secara tradisi tetapi lebih penting menjadi pembakar semangat kepada pelajar untuk terus berusaha mencipta kejayaan dalam pelbagai aspek sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum serta sahsiah yang baik. Oleh itu, majlis seumpama ini amat perlu diadakan untuk memberi makna dan penghargaan kepada kejayaan anak-anak generasi pewaris masa depan negara. Sekalung tahniah juga kepada semua guru yang telah bekerja keras dalam menyediakan dan menyampaikan pembelajaran yang berkualiti kepada para pelajar. Para guru merupakan insan yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan kepada para pelajar. Mereka tidak jemu dan sentiasa mencari jalan untuk melaksanakan perubahan dan pendekatan baharu dalam sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk mencungkil bakat dan potensi pelajar secara optimum. Syabas juga kepada ibu bapa kerana turut memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak serta sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka. Namun demikian, pada hemat saya yang paling utama tercipta sesebuah kejayaan adalah terletak pada diri pelajar itu sendiri yang sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Saya berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pembakar semangat kepada para pelajar yang lain agar sentiasa mempunyai sikap daya saing untuk mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik bahkan dalam bidang kokurikulum juga. Bagi pihak sekolah, saya mendoakan para pelajar akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara. Sekian, terima kasih. En. Adnan bin Marjuki Pengetua.
Tentatif Majlis MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022 7.00 pagi : Ketibaan dan pendaftaran pelajar, ibu bapa, guru dan AKP 8.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan 8.45 pagi : Ketibaan perasmi 9.00 pagi Persembahan Silat 9.10 pagi : Perarakan Ilmu ke Dewan Utama Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku Bacaan Doa Ucapan Alu-aluan oleh Pn. Najamunnisa Yusoff - Penolong Kanan Pentadbiran SMK Abaka (Wakil Pengetua) Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy - Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Sabah, Ahli Parlimen P191 Kalabakan dan ADUN N.71 Tanjung Batu Persembahan Montaj Penyampaian Hadiah Pencapaian Pelajar - Pelajar Terbaik Mata Pelajaran - Pelajar Terbaik Keseluruhan Mengikut Tingkatan / Kelas Persembahan 1 Penyampaian Anugerah Terbaik SPM dan STPM Penyampaian Anugerah Khas Kecemerlangan - Anugerah Khas Kecemerlangan HEM - Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum - Anugerah Khas Sime Darby Persembahan 2 - Anugerah Khas Pengetua - Anugerah Khas Ibu Bapa Contoh Penyampaian Cenderahati Jamuan dan bersurai
Ahli Jawatankuasa Penasihat : Pn. Najamunnisa Binti Yusoff (Penolong Kanan Pentadbiran) Pengerusi : En. Zakariah @Jakariah Bin Omar (PK HEM) Tim. Pengerusi : En. Abd Azis Bin Rasid (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi : Pn. Muhaini Binti Mustafa Pengarah Program : Pn. Hasnah Binti Batawari Setiausaha 1 : Pn. Paisah Binti Pabinteng Setiausaha 2 : Cik Andi Noorasyikhin Binti Yakin AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Pengarah Program : Pn. Hasnah Batawari Floor Manager : En. Mohd Nasir Rayung Koodinator : En. Mustarin Patuwari Protokol : En Jamal Hj Palile (Ketua) : Ustz Zol Akmar Abu Saman : Cik Rafidah Sulaiman : Pn. Hasna Hamsab : En. Murphy Jusib Robert Penyelaras Peserta : Pn Masniah Mapaita (Ketua) : Cik Nursyafaa Suramah : En Ramlee Emma : Pn. Nora Mazlinah Madali@Joharie : Cik Aisyah Kaharuddin : Pn Noraida Nuhong : Pn Norsuliana Subu : En. Anwar Soebah : Pn. Sharina Shafie Juruacara : Pn. Rahmatia Ahmad (Ketua) : En. Adonis Joel Pendaftaran : Pn. Amisah Alimuddin (Ketua) : Pn. Noryati Amil : Pn. Junaidah Ahmat : Pn. Siti Sahariah Kasing : Cik Kasmiah Otin Jubah & Scroll : Pn. Azrinah Japar (Ketua) : Pn. Asmidar Tara : Cik Same Raupu : Pn. Sapariah Muhammad Hadiah, Sijil & Cenderamata : Cik Suriati Rudin (Ketua) : Pn. Zumrotul Munafiah Munadi : Pn. Maria Suharlyna Harris : Pn. Rosnani Pachong : Pn. Almeda Domingo : Pn. Rusdiana Garto : PERTENA
Ahli Jawatankuasa AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Hiasan Pentas & Photo Booth : En. Freddorine Lemisin (Ketua) : Pn. Junaenah Umar Achmad : Pn. Hajijah Busu : Pn. Siti Hajar Jakiah : En. Mohd Hairul Muslimat : En. Mohd Asmawi Aziz : En Freddorine Lemisin : PERTENA Jamuan : Pn. Marlina Abdullah (Ketua) : Mdm Kong Li Len : Pn. Sawinder Kaur : Pn. Normadiah Ali Putus : Cik Hasnah Latip : Pn Ku Jok Kian : PERTENA Buku Aturcara : Pn. Sitti Hasimah Hj Palile (Ketua) : Tn. Hj Mohd Ridewan Karimin Teks Ucapan : En Mohd Arsad Madon P.A Sistem : En Mardani Appase (Ketua) : En Sutacno Poniman Persembahan Montaj & Gimik : En. Saidul Khair Karimin (Ketua) : En. Riswan Bin Roslan Persiapan Tempat : En Erwan Shah Abd Malek (Ketua) : En Hasrul Bakkareng : En Muhammad Mahadir Muding : En Yusri Yusop : Pelajar Tingkatan 4F/5F Disiplin & Keselamatan : En Tajang Kuba (Ketua) : En Suhaimie Endah : En Mohammed Ukaseh : En Azman Ambo : Pengawas Persembahan : Pn. Norhayati Andi Bambang (Ketua) : Pn. Nor Hizrah Ismail : Pn. Misnah Kadiran Bunga Semat/ Bunga Manggar : Pn. Rahmatia Haruna (Ketua) : Pn. Rohana Zainal : Pn. Marsidah Mustaming : Pelajar Tingkatan 4/5 Fotografi & Dokumentasi : Pn. Fazilah Rahim (Ketua) : En. Sudeyansah Laupek : En. Mohd Aszlan Mohd Zain Kebersihan : En. Mohd Razali Mohd Daud (Ketua) : Pekerja Pembersihan Sekolah Perhubungan & Tajaan : En. Talib Abdullah (Ketua) (Ketua) : En. Mansur Tanra : En. Nasaruddin Mohd Basran : En. Harun Hanafiah : Pn. Siti Albiah Rungan
ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 BIL NAMA MATA PELAJARAN 1 INSYIRAH BINTI EDDIE BAHASA INGGERIS SEJARAH 2 NURUL HANANI BINTI HASHIM FIZIK KIMIA MATEMATIK TAMBAHAN BIOLOGI 3 NUR AINA UMAIRAH BINTI SALIM MATEMATIK PENDIDIKAN ISLAM 4 NUR FITRAH BINTI TAHANG BAHASA MELAYU EKONOMI GEOGRAFI SAINS 5 NUR ALEEYA NATASHA BINTI AMBOUPE PERTANIAN SEJARAH 6 LIYANA MAISARAH BINTI RAMLEE EKONOMI 7 ESTHER GRACY ANAK JEFFREY PENDIDIKAN MORAL 8 NUR SAQINAH BINTI YUSOF REKA CIPTA 9 ALDAFUADIYAH BINTI SYAMSUL BAHRI REKA CIPTA 10 NURUL AIN SYUHADA BINTI DAUD REKA CIPTA 11 MUHAMMAD KHAIRUL ASYRAF BIN SUGIANTO BAHASA MELAYU 12 MUHAMMAD IZZUDIN BIN MUHAMMAD IRJANSYAH PEND. JASMANI & KESIHATAN 13 SABRIANSAH BIN SUHIANSAH PEND. SENI VISUAL 14 MUHAMMAD HAZIM BIN RAMLEE SAINS SUKAN 15 MUHAMMAD ASMIZAN BIN ROSMAN TASSAWUR ISLAM 16 MOHAMAD HAIKAL BIN MOHAMAD RASID PVMA MATEMATIK MPAK PEND. ISLAM MPAK
ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TINGKATAN 3 BIL NAMA MATA PELAJARAN 1 NURSYAZIERAH HAZLYIN BINTI SUHAIME BAHASA MELAYU 2 SITI NURFARHANA BINTI SAIFUL BAHASA INGGERIS MATEMATIK ASAS SAINS KOMPUTER PEND. JASMANI & KESIHATAN PEND. SENI VISUAL 3 NUR ALIA BATRISYA BINTI SARIPUDDIN PENDIDIKAN ISLAM 4 NURFAIEZAH ABIYAH BINTI RIFAI GEOGRAFI 5 NUR HAFIZHAH HUMAIRAH BINTI ISMAIL SEJARAH SAINS PEND. SENI VISUAL 6 NUR FAKHIRA KHAIRINA BINTI AMIRUDDIN REKA BENTUK TEKNOLOGI PEND. SENI VISUAL 7 AHMAD NABIL BIN AJLAN PEND. JASMANI & KESIHATAN 8 YEE ZHEN TIAN PEND. MORAL 11 NURKHADIJAH KHASIMAH BINTI BAMBANG PEND. SENI VISUAL 12 NURUL HUMAIRAH RAISAH BINTI HASHIM PEND. SENI VISUAL 18 YEE ZHEN TIAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 BIL NAMA MATA PELAJARAN 1 AREEFA DALILAH BINTI AHLIDIN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN ISLAM MATEMATIK ASAS SAINS KOMPUTER PEND. JASMANI & KESIHATAN 2 FAIZAH ATIFAH BINTI JULHAIRI SEJARAH SAINS PEND. SENI VISUAL 3 HAZWANI HASYIFA BINTI HASBULLAH BAHASA INGGERIS 4 NUR NAJIAH SOFEA BINTI SAMSUDDIN GEOGRAFI 5 MOHAMMAD FARID HAKIM BIN MARWI REKA BENTUK TEKNOLOGI 6 STEVEANDAVID PENDIDIKAN MORAL
ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TINGKATAN 1 BIL NAMA MATA PELAJARAN 1 AFIQAH DANIA BINTI ABD AJIS @ ABD AZIZ PENDIDIKAN ISLAM GEOGRAFI SEJARAH MATEMATIK ASAS SAINS KOMPUTER 2 NUR AFIFAH SAFIYYAH BINTI SULAIMAN BAHASA MELAYU 3 MUHAMMAD DANISH IRFAN BIN HAFIZ BAHASA INGGERIS SAINS 4 NUR DAANIYAH DZAKIYYAH BINTI ISMAIL SAINS 5 NURUL HASYA RAIHAN BINTI HASHIM REKA BENTUK TEKNOLOGI 6 ADLINA RAFHANAH BINTI SARIPUDDIN PEND. JASMANI & KESIHATAN 10 PUTRI SAMSIA ALLYANA BINTI ABDULLAH KADIR PEND. SENI VISUAL 11 HAYATUN SYAMILAH BINTI SAMSUL PEND. SENI VISUAL 14 CHIN JIAN HUA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 6 BIL NAMA MATA PELAJARAN 1 NURUL AFIKA BINTI SUGIANTO BAHASA MELAYU GEOGRAFI 2 NUNUK FERAHWATI BINTI SUKMAN GEOGRAFI 3 MUHAMMAD FAIZUL BIN MUSLIMIN PEND. SENI VISUAL 4 ERNA KARMILA BINTI SANDAY JOL @ SANDAY JUL BAHASA MELAYU 5 SITI NOR NAJWA BINTI HAZLAN BAHASA MELAYU 6 SYAZA ALYA BINTI SISINEN BAHASA MELAYU 7 MOHAMAD IKHMAL HISHAM BIN AMRAN BAHASA MELAYU 8 ADIBAH NUR ALIEYAH BINTI KADIR BAHASA MELAYU 9 NURBAIZURA BINTI JAMHARISNOR BAHASA MELAYU 10 MURNIZAH BINTI YUSUF BAHASA MELAYU
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT TINGKATAN TINGKATAN 4 BIDANG SAINS TULEN BIL. NAMA KELAS KEPUTUSAN 1 NURUL HANANI BINTI HASHIM 4A 3A+, 4A, 2A2 INSYIRAH BINTI EDDIE 4A 1A+, 4A, 1A-, 2B+, 1B 3 NUR AINA UMAIRAH BINTI SALIM 4A 2A+, 2A,2A-, 1B+,2B BIDANG SAINS TEKNOLOGI BIL. NAMA KELAS KEPUTUSAN 1 NUR FITRAH BINTI TAHANG 4B 4A, 3A-,2B 2 NUR ALEEYA NATASHA BINTI AMBOUPE 4B 1A+,3A,1A-,1B+,2C 3 SITI NURBAYA BINTI ABD HALIM 4B 3A,2A-,1B,2C,1D BIDANG SAINS SOSIAL BIL. NAMA KELAS KEPUTUSAN 1 SABRIANSAH BIN SUHIANSAH 4 DEDIKASI 1A,1A-,2B+,1B,1C+,1C 2 MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD ALI 4 DEDIKASI 2A-,1B+,1B,1C,1D,2E 3 MUHAMMAD ASMIZAN BIN ROSMAN 4 DEDIKASI 1A,1A-,2C+,1C,1D BIDANG KEMAHIRAN BIL. NAMA KELAS KEPUTUSAN 1 MOHAMAD HAIKAL BIN MOHAMAD RASID 4 FASIH 1A+, 1A, 1C+ TINGKATAN 3 BIL. NAMA KELAS 1 NUR HAFIZHAH HUMAIRAH BINTI ISMAIL 3A 2 SITI NURFARHANA BINTI SAIFUL 3B 3 NURUL HUMAIRAH RAISAH BINTI HASHIM 3A TINGKATAN 2 BIL. NAMA KELAS 1 AREEFA DALILAH BINTI AHLIDIN 2A 2 FAIZAH ATIFAH BINTI JULHAIRI 2A 3 NUR HAZWANI BINTI YUSUP 2A
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT TINGKATAN TINGKATAN 1 BIL. NAMA KELAS 1 AFIQAH DANIA BINTI ABD AJIS @ ABD AZIZ 1A 2 NUR DAANIYAH DZAKIYYAH BINTI ISMAIL 1A 3 ADLINA RAFHANAH BINTI SARIPUDDIN 1A TINGKATAN 6 BIL. NAMA KEPUTUSAN 1 NURUL AFIKA BINTI SUGIANTO 3.75 2 SITTI SYAHIRAH BINTI FIRDAUS 3.34 3 MUHAMMAD FAIZUL BIN MUSLIMIN 3.25 4 SITI NOR NAJWA BINTI HAZLAN 3.17 5 ADIBAH NUR ALIEYAH BINTI KADIR 3.09 6 MASNAH BINTI MAKIRI 3.09 7 NURUL FATIMAH BINTI JUDDIN 3.09 8 EVA SHALENE MURPHY 3.00 9 ANDI M MAZRIZAL BIN BAHARUDIN 3.00 10 NURUL HUDA BINTI SARIPUDDIN 3.00
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK SPM BIDANG SAINS TULEN BIL. NAMA KEPUTUSAN GPC 1 NUR ALIA BINTI PUASA 5A 3.11 2 NABILLAH FARHANAH BINTI SULAIMAN 5A 3.33 BIDANG SAINS TEKNOLOGI BIL. NAMA KEPUTUSAN GPC 1 SITI NOR ANISAH BINTI ACHO 8A 1.67 2 RAHIMAH BINTI ARIPUDIN 7A 1.11 3 MOHAMAD HAIKAL BIN SAID 7A 1.67 4 MUHAMMAD AMMAR YAZID BIN WASIMIN 6A 1.89 5 SITI SHAHQIRAH BINTI AFFENDY 6A 2.44 6 NURUL HIKMA BINTI SARIPUDDIN 6A 2.44 7 NUR AFIQAH BINTI ZUNAIDI 5A 2.38 8 ASRINA BINTI ALIAS 5A 2.78 9 MAIZURAH BINTI MOHAMAD 5A 2.22 10 MUHAMMAD SAIFUL BIN SALAHUDDIN 5A 3.11 BIDANG VOKASIONAL BIL. NAMA 1 MOHAMMAD ARDAM SYAH BIN MESRAN
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK STPM BIL. NAMA KEPUTUSAN 1 AHMAD NIZAM BIN ABDULLAH 4.00 2 NUR AZIKIN 4.00 3 NUR WAJIHAH BINTI SUDIRMAN 4.00 4 MISNAWATI BINTI VILLE 3.92 5 NADIA WAHIDAH BINTI ROSLAN ABDUL GANI 3.75 6 NURUL MAIZATUL BINTI BAHAR 3.75 7 SYAMSULBAHRI BIN ASIS 3.67 8 NORASHIKIN BINTI SANUH 3.58 9 NUR FAIZATUL AZILAH BINTI JAMALUDDIN 3.50 10 SITI NUR FAIZAH BINTI SAHARUDDIN 3.50 11 MASLAN BIN IBABA 3.42 12 NUR SYAFIQAH LAILA BINTI ABDULLEH KARIM 3.42 13 NURAISYAH BINTI FIRMAN 3.33 14 ZAMRI BIN HARUN 3.33 15 NURALYA FALLAHIN 3.25 16 SAFARINA SHAHIRA BINTI SINTO 3.25 17 MOHAMMAD ZUL IQRAM BIN HASSANUDDIN @FIRMAN 3.17 18 MOHAMAD ARDIYANSAH BIN JUPRI 3.17 19 MUHAMMAD HIZRAN HISYAM BIN MOKHTAR 3.17 20 NORHIJRAH BINTI NASRUN 3.17 21 NURADIBAH MAISARAH BINTI SUDIN 3.17 22 RABIATUN BINTI ASSAN 3.17 23 MUHAMMAD NURHAFIZUL BIN JAPRI 3.00 24 MUHAMMAD SYUKRI BIN MARDI 3.00 25 NUR ANIRAH BINTI IBRAHIM 3.00 ANUGERAH KHAS ANUGERAH HEM ZAHAIRANY BIN MOHAMMAD YUSUF ANUGERAH KOKURIKULUM MAIZURAH BINTI MOHAMAD ANUGERAH KHAS PENGETUA MOHAMAD HAIKAL BIN SAID ANUGERAH KHAS SIME DARBY SPM 1) NURUL HIKMAH BINTI SARIPUDDIN (6A) 2) MAIZURAH BINTI MOHAMAD (5A) STPM 1) NUR AZIKIN BINTI SAMSUDDIN (GPS 4.00) 2) NUR SYAFIQAH LAILA BINTI ABDULLAH (GPS 3.42) ANUGERAH IBU BAPA CONTOH IBU BAPA SITI NOR ANISAH BIN ACHO
Sekalung Penghargaan YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy PIBG SMK Abaka Sime Darby Koperasi SMK Abaka Octagon Stationery Anik Enterprise & Wan NS Enterprise Berkath Hardware Jaguh Sport Angga Housing Contractor Daeng Elektrik Services Intersains Ooi Trading DCL Enterprise Toyuku Enterprise Rif trading Maju Ternak Sutera Bayu Ent Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.72 Merotai SDSAAS Bombalai (R&D) Cemerlang Saintifik (Sabah) Sdn Bhd Pengetua Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Meng Sheng Trading Co. Sdn. Bhd. Quong Ming Book Company Sdn. Bhd. K Bookstore Sdn. Bhd. SASBADI
Catatan