The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dataxfe3002, 2022-07-13 02:29:19

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG TAHUN 2021

TARIKH: 14 JULAI 2022

Keywords: MAPC

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABAKA

PETI SURAT 61754, 91027 TAWAU SABAH.
Tel : 089768871 Faks : 089757853 Emel : [email protected] / [email protected]

Sekapur Sirih Seulas Pinang
YB Tuan Sarifuddin Bin Hata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya,
dapat kita bersama-sama dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka
tahun 2021.

Majlis ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam
bidang akademik dan kokurikulum. Saya percaya sambutan majlis seumpama ini adalah selari dengan
matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemer-
langan dalam semua bidang.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan guru yang bertungkus lumus merealisasikan
majlis ini. Tidak dilupa ucapan terima kasih atas kehadiran para ibu bapa pada hari ini. Sesungguhnya ke-
hadiran tuan/puan sekalian mencerminkan komitmen dan hubungan silaturahim yang baik antara ibu bapa
dengan pihak sekolah.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang
telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sewajarnya kita harus me-
raikan kejayaan mereka yang telah berhempas pulas mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi
khasnya dalam bidang akademik. Tambahan pula ketika kita diuji dengan pandemik COVID-19. Semoga ke-
jayaan pelajar yang menerima anugerah pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada para pelajar lain untuk
bersaing bagi mencapai kecemerlangan seterusnya menjadi pendorong dan pencetus budaya cemerlang demi
mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Kejayaan pelajar tidak akan dapat dicapai tanpa usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam kalangan
pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan yang utama usaha pelajar itu sendiri. Justeru, permuafakatan sangat pent-
ing antara ibu bapa dan guru menerusi PIBG. Hubungan yang erat dan mesra, diiringi kerjasama yang padu
antara ibu bapa dan guru diibaratkan seperti aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain. Ker-
jasama ini sudah pasti menjadi pendorong dan pemudah cara dalam usaha ke arah kemajuan anak-anak kita
sebagai tonggak masa depan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Sekian,terima kasih.

YB Tuan Sarifuddin bin Hata
ADUN N. 72 Merotai

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABAKA

PETI SURAT 61754, 91027 TAWAU SABAH.
Tel : 089768871 Faks : 089757853 Emel : [email protected] / [email protected]

Sekapur Sirih Seulas Pinang
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tawau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya Majlis Anugerah
Pelajar Cemerlang SMK Abaka dapat disempurnakan pada pagi ini. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa
Pengelola yang telah dapat mengatur dan melaksanakan majlis seumpama ini yang merupakan satu usaha
pihak sekolah untuk menyemarakan semangat dan motivasi para pelajar untuk mencipta kejayaan dalam bi-
dang akademik mahupun kokurikulum.

Sebenarnya tidak ada jalan pintas ke arah mencapai kejayaan melainkan dengan bekerja keras. Oleh itu,
saya percaya pasti banyak agenda yang telah direncanakan oleh pihak pentadbir dan barisan para guru untuk
mencapai hala tuju yang diingini selaras dengan matlamat yang digariskan dalam sistem pendidikan negara
kita. Warga pendidik perlu menerima hakikat bahawa Kementerian Pendidikan akan dikatakan berjaya sekiran-
ya segala usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan rakyat memperoleh kejayaan bagi
memacu dan memperkasa dunia pendidikan serta memartabatkan profesion perguruan. Sehubungan itu, para
pendidik harus melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran terutamanya pada zaman ini yang
penuh dengan ledakan teknologi maklumat tanpa sempadan agar dapat mewujudkan generasi pelajar yang
mampu berdaya saing.

Dalam era globalisasi ini, para pelajar semestinya sanggup menghadapi cabaran baharu dalam dunia pen-
didikan yang sentiasa mengalami perubahan. Peranan yang digalas oleh pelajar kini semakin mencabar dalam
membina diri untuk menguasai banyak bidang ilmu, sejajar menjadikan bangsa Malaysia maju pada abad baru
yang akan mendatang. Dalam keghairahan memburu kecemerlangan akademik, kita jangan lupa mengenai
aspek kerohanian, akhlak, tatasusila dan kewarasan fikiran dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan setiap
individu perlulah berperanan menjana kecemerlangan itu berlandaskan akal budi yang luhur. Para pelajar ha-
rus bijak menggunakan peluang yang ada untuk merealisasikan kejayaan yang diimpikan.

Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada para pelajar yang akan menerima anugerah pada hari ini dan di-
harapkan kecemerlangan pada hari ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik dan memastikan kejayaan anak-anak murid. Begitu juga
kepada PIBG yang sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

En. Zamri bin Pehakan

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tawau.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABAKA

PETI SURAT 61754, 91027 TAWAU SABAH.
Tel : 089768871 Faks : 089757853 Emel : [email protected] / [email protected]

Sekapur Sirih Seulas Pinang
Pengetua SMK Abaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan
limpahan kasih sayang-Nya, kita dapat bersama-sama di sini untuk meraikan para pelajar yang yang telah
memperoleh tahap pencapaian yang cemerlang khusus dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sepanjang
tahun 2021.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bukannya diadakan bagi memenuhi takwim sekolah secara tradisi
tetapi lebih penting menjadi perangsang kepada pelajar untuk terus berusaha mencipta kejayaan dalam pel-
bagai aspek sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum serta sahsiah yang baik. Oleh itu, majlis seumpa-
ma ini amat perlu diadakan untuk memberi makna dan penghargaan kepada kehidupan anak-anak generasi
pewaris masa depan negara.

Sekalung tahniah juga untuk semua guru yang telah bekerja keras demi menyediakan dan menyam-
paikan pembelajaran yang berkualiti. Para guru merupakan insan yang menjadi nadi atau tulang belakang se-
hingga membuahkan kejayaan kepada para pelajar. Mereka tidak jemu dan sentiasa bekerja keras untuk
melaksanakan perubahan dan pendekatan baharu dalam sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran
untuk menggembleng bakat dan potensi pelajar secara optimum.

Syabas juga kepada ibu bapa kerana turut memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa de-
pan anak-anak serta sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama
dalam kehidupan mereka. Namun demikian , pada hemat saya yang paling utama tercipta sesebuah kejayaan
adalah terletak pada diri pelajar itu sendiri yang sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi
untuk mengecapi kecemerlangan.

Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pem-
bakar semangat kepada para pelajar yang lain agar sentiasa mempunyai sikap daya saing untuk memperting-
katkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik bahkan dalam bidang kokurikulum juga. Bagi pihak
sekolah, saya mendoakan agar para pelajar akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri
sendiri, keluarga , sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

En. Adnan bin Marjuki
Pengetua.

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR
CEMERLANG 2021

Tentatif Majlis

7.00 pagi : Ketibaan dan pendaftaran pelajar, ibu bapa, guru dan AKP
8.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan
8.45 pagi : Ketibaan perasmi
9.00 pagi : Perarakan Ilmu ke Dewan Utama
Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan oleh Encik Adnan bin Marjuki

- Pengetua SMK Abaka
Ucapan Perasmian oleh YB Tuan Sarifuddin bin Hata

- ADUN N.72 Merotai
Penyampaian Hadiah Pencapaian Pelajar

- Pelajar Terbaik Mata Pelajaran
- Pelajar Terbaik Keseluruhan Mengikut Tingkatan / Kelas
Persembahan 1
Penyampaian Anugerah Terbaik SPM dan STPM
Penyampaian Anugerah Khas Kecemerlangan
- Anugerah Kepimpinan Pelajar
- Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
- Anugerah Khas Sime Darby
Persembahan 2
- Anugerah Khas Pengetua
- Anugerah Khas Ibu Bapa Contoh
Penyampaian Cenderahati
Jamuan dan bersurai

Ahli Jawatankuasa

Penasihat : En Adnan bin Marjuki
Pengerusi : Pn Nurdia Pasadie
Tim. Pengerusi : Pn Naja Munnisa Yusoff
Naib Pengerusi : En Jakariah@Zakariah bin Omar
: En Ahmad Fazdli bin Yusof
Setiausaha 1 : Pn Suzanah Dahlin
Setiausaha 2 : Cik Intan Shahira Sahat Bendahari
: Pn Hasna Hamsab

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn Nurdia Pasadie Juruacara : Pn Norzaidah M. Yusof (Ketua)
Floor Manager : En Baharuddin Kamaruddin Pendaftaran : En Mohd Faizal Abdul Ghani
Koodinator : En John Haris Rahim
: En Mustarin Patuwari Jubah & Scroll : Pn Hjh Siti Hajar Jakiah (Ketua)
Protokol : Pn Siti Saharia Kasing
: En Jamal Hj Palile (Ketua) Hadiah, Sijil : Pn Hajijah Busu
Penyelaras : Ustz Zol Akmar Abu Saman & Cenderamata : Pn Junaenah Umar Achmad
Peserta : Cik Rafidah Sulaiman
: Tn Hj Hayadi Guliling : Pn Azrinah Japar (Ketua)
: En Murphy Jusib Robert : Pn Asmidar Tara
: Ustzh Suriati Rudin
: En Mohd Sabir Mohammadin (Ketua) : Cik Norfarahin Ajis
: En Adonis Joel
: En Ramlee Emma : Pn Zumrotul Munafiah Munadi
: En Mohd Hairul Muslimat (Ketua)
: Pn Masniah Mapaita : Cik Same Raupu
: Pn Nora Mazlinah Joharie : Cik Nursyafaa Suramah
: Pn Rohana Zainal : Cik Aisyah Kaharuddin
: Cik Kasmiah Otin : Pn Noryati Amil
: Pn Noraida Nuhong : Pn Rahmatia Haruna
: Pn Norsuliana Subu : Pn Rahmatia Ahmad
: Pn Amisah Alimuddin : Pn Maria Suharlyna Harris
: Pn Sawinder Kaur : Pn Sawinder Kaur

Ahli Jawatankuasa

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Hiasan Pentas Disiplin & Keselamatan : En Tajang Kuba (Ketua)
& Photo Booth : En Suhaimie Endah
: Pn Norhayati Andi Bambang (Ketua) : En Mohammed Ukaseh
: Pn Noor Hizrah Ismail : En Azman Ambo
: Pn Misnah Kadiran : En Mohd Adzhari Serdin
: Pn Muhaini Mustafa
: Cik Hjh Hasnah Latip Persembahan : En Erni Juan Prima Nordin
: En Anwar Soebah (Ketua)
: En Freddorine Lemisin : Pn Paisah Pabinteng
: PERTENA

Jamuan : Pn Rosnani Pachong (Ketua) Bunga Semat/ : Cik Andi Noorasyikhin Yakin
: Pn Dahlia Abd Hakim Bunga Manggar (Ketua)
Buku Aturcara : Pn Hjh Junaidah Ahmat : Pn Hasnah Batawari
Teks Ucapan : Pn Marlina Abdullah Dokumentasi : Pelajar Tingkatan 4
P.A Sistem : Pn Sharina Shafie Kebersihan
: Pn Ku Jok Kian : En Mardani Appase (Ketua)
: PERTENA
: Tn Hj Mohd Ridewan Karimin (Ketua)
: Pn Sitti Hasimah Hj Palile : En Mohd Razali Mohd Daud
(Ketua)
: En Mohd Arsad Madon : En Talib Abdullah
: Pekerja Pembersihan
: En Mardani Appase (Ketua) Sekolah
: En Sutacno Poniman

Backdrop & Perhubungan & Tajaan : En Nasaruddin Mohd Basran
Publisiti (Ketua)
: En Saidul Khair Karimin : En Mansur Tanra
: En Lakarani Lamadiangi
Persiapan Tempat : En Muhammad Mahadir Muding : Dr Mohd Nasir Rayung
(Ketua) : Pn Lily Kong
: En Yusri Yusop
: En Hasrul Bakkareng
: En Erwan Shah Abd Malek
: PERTENA

ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN

TINGKATAN 4

BIL NAMA MATA PELAJARAN

1 NUR ENNYZA BT JAKARIA BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
2 MUHAMMAD AMIRUL B ESKOLALI BIOLOGI
3 NABILLAH FARHANAH BT SULAIMAN FIZIK
4 ZAHAIRANY BAHASA INGGERIS
5 IZZATI SYAFIKA BT YUNUS BAHASA INGGERIS
6 AINNUL MARDIAH BT TAJUDIN MATEMATIK
7 RAHIMAH ARIPUDDIN SEJARAH
8 YOHANA JEFFRY KIMIA
9 NURUL AIN SYAFAWANI BT DARMA PENDIDIKAN ISLAM
10 MUHAMMAD SAIFUL PENDIDIKAN ISLAM
11 SITI NURAIDATUL AKMA BT SALLEH PENDIDIKAN MORAL
12 NURUL HIKMA BT SARIPUDIN MATEMATIK TAMBAHAN
13 NUR AZLINA BT RIZUANSHA SAINS
14 ASRINA ALIAS SAINS
15 MUHAMMAD AMMAR YAZID BIN WASIMIN SAINS SUKAN
16 NUR FADILAH BT IDRIS GEOGRAFI
17 NOR AINI BT KILAR REKA CIPTA
18 NORFARAIN BT AGUS SAINS SUKAN
19 SAFARIN TAJUDDIN EKONOMI
PERTANIAN
20 MUHAMMAD ARNAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
21 MUHAMMAD KHUZAIMI BIN HAIROLD NIZAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
22 MOHAMMAD DANISH SANTO PENDIDIKAN SENI VISUAL
MATEMATIK PVMA
PVMA
PVMA
PENDIDIKAN ISLAM PVMA
PVMA
PVMA

TERBAIK MATA PELAJARAN

TINGKATAN 3

BIL NAMA MATA PELAJARAN

1 NURSYAFIRA BAHASA MELAYU
GEOGRAFI
2 REACHEL DIDACUS ASAS SAINS KOMPUTER
BAHASA INGGERIS
3 NUR ALIA BATRISA BT ABDUL HADI SEJARAH
MATEMATIK
4 NUR ANIS UMAIRAH BT AISAT ASAS SAINS KOMPUTER
5 NURUL HANANI BT HASHIM PENDIDIKAN ISLAM
6 SERI NUR HANA BT NAZARUDDIN SAINS
REKA BENTUK TEKNOLOGI
TINGKATAN 2
MATA PELAJARAN
BIL NAMA
BAHASA MELAYU
1 MOHAMMAD SYAM FATRIYANSYAH B MOHD
FADZLY BAHASA INGGERIS
MATEMATIK
2 NURFAIEZAH ABIYAH BT RIFAI SEJARAH
PENDIDIKAN ISLAM
3 NUR HAFIZHAH HUMAIRAH BT ISMAIL SAINS
ASAS SAINS KOMPUTER
4 NUR AQILAH MAISARA BT ZULKEFLLI GEOGRAFI
REKA BENTUK TEKNOLOGI
5 SITI NURFARHANA BT MOHD SAIFUL

6 MUHAMMAD IRFAN SYAUQI B MARDINI

TINGKATAN 1 MATA PELAJARAN

BIL NAMA BAHASA MELAYU
1 FAIZAH ATIFAH BT JULHAIRI PENDIDIKAN ISLAM
BAHASA INGGERIS
2 NUR AMIRAH SUHAINIE BT ABDULLAH SEJARAH
SAINS
3 AREEFA DALILLAH BT AHLIDIN ASAS SAINS KOMPUTER
4 NURKASMIH BT AMIR MATEMATIK
5 MUHAMMAD ZAHIR B ZUNAIDI MATEMATIK
6 ALEESYAH HANUM BT MOHAMAD AZRAAI GEOGRAFI
REKA BENTUK TEKNOLOGI

TERBAIK MATA PELAJARAN

TINGKATAN 6

BIL NAMA MATA PELAJARAN
1 MISNAWATI BT VILE PENGAJIAN AM
PENGAJIAN AM
2 NUR WAJIHAH BT SUDIRMAN BAHASA MELAYU
PENGAJIAN AM
3 NURUL MAIZATUL BT KAHAR BAHASA MELAYU
PENGAJIAN AM
4 NURAISYAH BINTI FIRMAN PENGAJIAN AM
5 MUHAMMAD HIZRAN HISYAM B MOKHTAR BAHASA MELAYU
6 SAHARUDDIN MOHD ALI BAHASA MELAYU
7 SITI NURFAIZAH SAHARUDIN BAHASA MELAYU
8 NURAMIRAH BT IBRAHIM BAHASA MELAYU
9 ARYANSAH MOHD ARSAD BAHASA MELAYU
GEOGRAFI
10 MOHD ARDIYASAH JUPRI BAHASA MELAYU
EKONOMI
11 NADIA WAHIDAH BT ROSLAN ABDUL GANI GEOGRAFI
12 NURAZIKIN BT SAMSUDDIN GEOGRAFI
13 AHMAD NIZAM B ABDULLAH SEJARAH
14 NORASHIKIN BT SANUH SENI VISUAL
15 KARTIKA BT BAHAR
16 AZRIADI

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT TINGKATAN

TINGKATAN 4 KELAS KEPUTUSAN
4 AMANAH 3.22
BIDANG SAINS TULEN 4 AMANAH 4.11
4 AMANAH 4.22
BIL NAMA
1 NUR ENNYZA BINTI JAKARIA @ ZAKARIA KELAS KEPUTUSAN
2 AINNUL MARDIAH BINTI TAJUDIN 4 CEMERLANG 4.00
3 NUR ALIA BINTI PUASA 4.11
4 BESTARI 4.67
BIDANG SAINS TEKNOLOGI 4 CEMERLANG

BIL NAMA KELAS KEPUTUSAN
1 NUR AFIQAH BINTI ZUNAIDI 4 EFEKTIF 5.00
2 RAHIMAH BINTI ARIPUDIN 4 DEDIKASI 5.43
3 AHMAD HANIF BIN ABDULLAH 4 DEDIKASI 5.86

BIDANG SAINS SOSIAL KELAS KEPUTUSAN
4 FASIH 1A-, 2B
BIL NAMA
1 YOHANA BT JEFFRY KELAS KEPUTUSAN
2 NUR ADRIEYAND AYUNI BINTI WEDREY 3 BESTARI 4A, 2B, 1C, 1D
3 NUR FADILAH NADIA BINTI IDRIS 3 AMANAH 4A, 2B, 1D, 1E
3 BESTARI 1A, 5B, 1C, 1E
BIDANG KEMAHIRAN
KELAS KEPUTUSAN
BIL NAMA 2 BESTARI 3A, 3B, 2C
1 MOHAMMAD SALZAIREY BIN ALBAT 2 AMANAH 2A, 3B, 2C, 1D
2 AMANAH 1A, 3B, 3C, 1D
TINGKATAN 3

BIL NAMA
1 NURSYAFIRA
2 NURUL HANANI BT HASHIM
3 MUHAMMAD IZZUDIN BIN MUHAMAD IRJANSYAH

TINGKATAN 2

BIL NAMA
1 SITI NURFARHANA BT MOHD SAIFUL
2 NUR HAFIZHAH HUMAIRAH BT ISMAIL
3 MOHAMMAD SYAM FATRIYANSYAH B MOHD FADZLY

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT TINGKATAN

TINGKATAN 1 KELAS KEPUTUSAN
1 BESTARI 3A, 2B, 1C, 1D, 1E
BIL NAMA 1 AMANAH 1A, 3B, 1C, 1D, 2E
1 NUR AMIRAH SUHAINIE BT ABDULLAH 1 AMANAH 3B, 1C, 3D, 1E
2 FAIZAH ATIFAH BT JUHARI
3 NURNABIHAH SAFWAH BT BAHAR KELAS KEPUTUSAN
6 S EKONOMI 3.59
TINGKATAN 6 6 S EKONOMI 3.5
6 S EKONOMI 3.34
BIL NAMA 6 S EKONOMI 3.25
1 NURUL MAIZATUL BT KAHAR 6 S LINGUISTIK 3.25
2 NUR WAJIHAH BT SUDIRMAN 6 S LINGUISTIK 3.25
3 NURAZIKIN BT SAMSUDDIN 6 S LINGUISTIK 3.25
4 MISNAWATI BT VILE 6 S PERNIAGAAN 3.17
5 MOHAMMAD ARDIYANSAH BT JUPRI 6 S LINGUISTIK 3.08
6 MUHAMMAD HIZRAN HISYAM B MOKHTAR 6 S ARTISTIK 3.00
7 NADIA WAHIDAH BT ROSLAN ABDUL GANI 6 S PERNIAGAAN 3.00
8 AHMAD NIZAM B ABDULLAH
9 MASLAN B IBABA
10 ZAMRI B HARUN
11 NORASHIKIN BT SANUH

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK SPM

BIDANG SAINS TULEN

BIL NAMA KEPUTUSAN BILANGAN A GPC
1.33
1 NUR RIZAH BINTI LASIMA 2A+, 4A, 2A-, 1B 8 2.33
3.11
2 HANIF FIRDAUS BIN HARIP 1A+, 1A, 4A-, 1B+, 1B, 1C+ 6

3 NUR AINIL HAWA BT MUHAMAD ASRAF 2A, 3A-, 2B, 2C 5

BIDANG SAINS TEKNOLOGI

BIL NAMA KEPUTUSAN BILANGAN A GPC
9 0.56
1 NUR AFIFAH SYAZIYAH BINTI JUMARI 4A+, 5A 8 0.56
7 1.67
2 N UR AISYAH SYAFIAH BINTI JUMARI 6A+, 2A, 1B+ 7 2.56
6 2.11
3 ADIBAH NUR ALIEYAH BT KADIR 1A+, 2A, 3A-, 2B+ 6 2.22
6 2.44
4 IZZAT HAQIQIB DJUHARNO 1A+, 1A, 5A-, 1B, 1E 6 2.5
5 2.78
5 SHEELA MARSHITA BT ISHAK 2A+, 4A, 1B, 1C+, 1C 5 2.89
5 3.22
6 MUHAMAD AFIQ AIMAN 1A+, 4A, 1A-, 1B+, 1B, 1D

7 MURNIZA 4A, 2A-, 2B, 1C

8 ERNI KHARLINA BT SANDAYJOL 2A, 4A-, 1B+, 1D

9 JURAIDAH MOHAMAD 1A+, 2A, 2A-, 2B+, 1C, 1D

10 JUNAIDI BIN JUMAIN 3A, 2A-, 2B, 1C+, 1C

11 MOHAMAD FAIZUL NIEZAM BIN JAMAL 1A, 4A-, 2B+, 2D

BIDANG VOKASIONAL

BIL NAMA KEPUTUSAN
1 ZULKARNAIN BIN MAT JANUN 1A, 1B, 2C, 1D

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK STPM

BIL NAMA KELAS
1 SYARIFAH BT MARSUKI 6 S EKONOMI

ANUGERAH KHAS

ANUGERAH KEPIMPINAN NUR AFIFAH SYAZIYAH BINTI JUMARI
ANUGERAH KOKURIKULUM MUHAMMAD SAFWAN BIN AHMAD
ANUGERAH KHAS PENGETUA NUR AISYAH SYAFIAH BINTI JUMARI

ANUGERAH KHAS SIME DARBY SYARIFAH BT MARSUKI
ANUGERAH IBU BAPA CONTOH NUR AFIFAH SYAZIYAH BINTI JUMARI

SYARIFAH BT MARSUKI
ADIBAH NUR ALIEYAH BT KADIR

ENCIK JUMARI BIN GANI

Sekalung Penghargaan

YB TUAN SARIFUDDIN BIN HATA
(ADUN N.72 MEROTAI)

YB Tuan Andi Suriadi Bin Andi Bandy
(ADUN N.71 Tanjung Batu)

YB Tuan Ma'mun Bin Hj Sulaiman
(Ahli Parlimen P.191 Kalabakan)

En Jalani Bin Hj Chachu
(PPM N.72 Merotai)

SIME DARBY PLANTATION (SABAH) SDN. BHD.
BENTA WAWASAN SDN. BHD.
SABAH SOFTWOOD BERHAD
ANNISAA ENTERPRISE
K BOOK STORE
GOOD ENTERPRISE
WEMAL ENTERPRISE
AIRIL ENTERPRISE
TWS ENTERPRISE
PERNIAGAAN GEMILANG MAJU
FARAHEEM LEGACY SDN. BHD.
SECRET DELL'ICOUS
SG IMAM MAJU TERNAK
PIBG SMK ABAKA
Guru-guru SMK Abaka
(Penyumbang sukarela)

En Mohamad Hj Achmad (Petronas)

Catatan


Click to View FlipBook Version