LEBIH BAIK CEGAH MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA ROKOK
NAMA AHLI KUMPULAN : NUUR AUFA DARWISYAH BINTI MUHAMMAD (KETUA) NUR AZRINA ASYIERA BINTI AMERI UMAIRAH BINTI SAMSUDIN NAMA SEKOLAH : SK CHENDERONG BATU KOD SEKOLAH : DBA6331 GURU PEMBIMBING : PN. NURULASYIKIN BINTI M.ADANAN JAWATAN : GURU PENDIDIKAN ISLAM
Rokok ialah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm (berlainan mengikut negara). Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain ROKOK
Bahan-bahan dalam rokok Bahan-bahan yang terkandung dalam asap rokok ialah: 2 kali lebih banyak nikotin, 5 kali lebih banyak karbon monoksida, 3 kali lebih banyak tar dan 50 kali lebih banyak bahan kimia yang berbahaya bagi kesihatan.
Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan. KESAN ROKOK KEPADA MANUSIA
Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya apabila bersukan. KESAN JANGKA PENDEK
Dalam jangka panjang, rokok boleh membahayakan kesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang boleh mengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah. Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthma dan bronkitis (jangkitan pada paru-paru). KESAN JANGKA PANJANG
KESIMPULANNYA ROKOK ADALAH TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN KITA. BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM ROKOK SANGAT MERBAHAYA . IANYA BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN. PIHAK KERAJAAN PERLU MENGAWAL PENGEDARAN DAN PENJUALAN ROKOK. MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBENTERAS ROKOK. SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN. NURULASYIKIN BINTI M ADANAN DAN RAKANRAKAN YANG BANYAK MEMBANTU DALAM MENYIAPKAN BUKU SKRAP INI. TANPA BANTUAN SEMUA PIHAK, BUKU SKRAP INI TIDAK AKAN TERHASIL DENGAN JAYANYA.