IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
BIMASAKTI MENARI
..............................................................................................................................................................................
KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 Aspek Kajian Sastera 3
2 Sinopsis Umum 7
3 Sinopsis Mengikut Bab 8
4 Tema 14
5 Persoalan 15
6 Plot dan Teknik Plot 16
7 Watak dan Perwatakan 21
8 Latar 27
9 Gaya Bahasa 30
10 Sudut Pandangan 31
11 Nilai 31
12 Pengajaran 35
13 Bentuk Soalan Novel 36
HJ. AHMAD AZAN BIN AB. LATIF
………………………………………………………………………………………………………………
Hak Cipta Terpelihara © Ahmad Azan Ab Latif USBM KVWT 2020
KV Wakaf Tembesu, Kuala Nerus, Terengganu.
1 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
ISTILAH ASPEK-ASPEK SASTERA
1. SINOPSIS
Ringkasan tentang perkara penting dalam sesebuah karya.
Melalui sinopsis, pembaca dapat melihat persoalan, tema, mesej, nilai dan latar masyarakat dalam
sesebuah karya.
2. TEMA
Persoalan utama atau persoalan pokok yang dikemukakan dalam sesebuah karya. Tema berdasarkan
pengalaman watak utama dalam sesebuah karya.
3. PERSOALAN
Perkara atau hal-hal sampingan yang dikemukakan dalam sesebuah karya bagi memantapkan tema.
4. PLOT
Susunan atau rentetan peristiwa berdasarkan hukum sebab dan akibat. Peristiwa mungkin disusun
mengikut urutan (kronologi) atau songsang bergantung kepada daya kreativiti pengarang. Terdapat lima
jalinan peristiwa dalam sesebuah plot, iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian.
a. Permulaan
Pengarang memperkenalkan perkara-perkara utama yang akan diceritakan dalam novelnya seperti
watak atau latar sesuatu peristiwa yang berlaku.
b. Perkembangan
Cerita mula dikembangkan oleh pengarang dengan menggunakan pelbagai teknik.
c. Perumitan
Pengarang memasukkan konflik (kekusutan) yang dialami oleh watak dengan menggunakan pelbagai
teknik plot bagi menarik pembaca agar terus membaca cerita tersebut.
d. Puncak
Merupakan saat ketegangan bagi bagi konflik yang timbul. Biasanya segala peristiwa yang menjadi
tanda tanya kepada pembaca akan terjawab.
e. Peleraian
Bahagian pengarang menyudahkan cerita. Segala kekusutan akan terlerai.
TEKNIK PLOT
Cara pengarang menyampaikan cerita dalam karyanya. Pengarang menyusun atur peristiwa -peristiwa
yang dialami oleh watak-watak dengan mengaitkan latar masa, tempat, pemikiran dan aksi watak-watak.
Kepelbagaian teknik plot dapat memancing minat pembaca untuk meneruskan pembacaannya.
a. Imbas kembali
Cara watak mengingati kisah yang pernah dilalui secara langsung. Disampaikan kepada pembaca
melalui lamunan watak atau watak bercerita kepada watak lain.
b. Imbas muka
Bayangan, gambaran atau ramalan peristiwa yang akan berlaku. Teknik ini digunakan untuk memberi
gambaran awal kepada pembaca.
c. Dialog
Perbualan atau percakapan antara dua atau lebih watak tentang sesuatu perkara.
d. Saspens
Ketegangan yang diwujudkan oleh pengarang untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca
terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku seterusnya. Pembaca akan tertanya-tanya dan akan
terus membaca karya tersebut.
2 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
e. Kejutan
Perubahan atau keadaan tingkah laku dan pemikiran watak yang dilakukan oleh pengarang
bertentangan dengan jangkaan pembaca. Pembaca terkejut akan peristiwa yang di luar jangkaan
mereka.
f. Monolog
Monolog dalaman - Kata-kata yang diucapkan dalam hati watak, tanpa didengar oleh sesiapa pun.
Monolog luaran - Pengucapan secara senyap oleh watak kepada diri sendiri.
Watak yang bermonolog selalunya berdepan dengan konflik pemikirannya sendiri.
g. Pemerian
Pemerian ialah pengarang menceritakan watak-watak, latar dan aksi watak serta pemikiran mereka
secara langsung. Teknik ini membantu pembaca memahami sesuatu keadaan.
5. WATAK DAN PERWATAKAN
Watak :
Tokoh yang mendukung dan menggerakkan sesebuah cereka. Watak boleh terdiri daripada manusia dan
bukan manusia.
Jenis Watak :
Watak boleh dibahagikan kepada watak utama, watak sampingan, watak hitam, watak putih, watak bulat
atau bundar, watak pipih, watak dinamis dan watak statis.
Perwatakan :
Perwatakan bermaksud teknik seseorang pengarang menggambarkan dan melukiskan sesuatu watak
dengan melihat sifat luaran dan dalaman watak.
Perwatakan luaran merujuk kepada sifat fizikal seperti tinggi, bermisai tebal, cantik dan lain-lain.
Perwatakan dalaman merujuk kepada sikap atau sifat kejiwaan seperti rajin, baik, cinta akan negara,
amanah, pemarah, tegas dan sebagainya.
6. LATAR
Semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya dan terjadinya aksi dalam karya
cereka.
Latar Tempat
Merujuk kepada tempat dan persekitaran sesuatu peristiwa itu berlaku dalam sesebuah cerita.
Latar Masa
Menerangkan waktu atau masa kejadian itu berlaku dan jangka masa peristiwa itu terjadi serta zamannya.
Latar Masyarakat
Menjelaskan gambaran masyarakat yang terdapat dalam karya. Latar masyarakat yang menyentuh tentang
pekerjaan, agama, kepercayaan, amalan, sikap dan sebagainya
7. GAYA BAHASA
Cara pengarang mengolah cerita menggunakan bahasa yang dikuasainya. Selalunya pengarang
menggunakan pelbagai variasi bahasa untuk menyampaikan perasaan dan pemikirannya.
Gaya Bahasa Perbandingan
(a) Hiperbola – Gambaran sesuatu keadaan secara berlebih-lebihan atau melampau.
Contoh : Sanggup kurenang lautan api. Harapan ayah menggunung tinggi.
(b) Sinis – Mencemuh atau mengejek seseorang.
Contoh : Anak haram kau. Jijik aku melihat telatahnya.
(c) Sarkasme – Gaya bahasa kiasan yang lebih kasar daripada gaya bahasa sinis.
3 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
Contoh : Hai anjing, keluar kau dari sini!
(d) Imejan – Memberi gambaran jelas tentang sesuatu.
Contoh : Perempuan cantik. Lelaki tinggi lampai.
(e) Simbolik / Perlambangan – Mempunyai kaitan dengan lambang-lambang (objek atau perkara)
tertentu.
Contoh: Warna putih lambang kesucian. Warna hitam lambang kedukaan dan dosa.
Contohnya : Bunga melambangkan wanita cantik. Merah melambangkan keberanian.
(f) Simile – Perbandingan langsung dengan sesuatu perkara. Melibatkan penggunaan perkataan
seperti, laksana, bak, bagai, macam, dan umpama.
Contoh: Seperti kolek terdampar di pasir.
(g) Metafora – Perbandingan yang dibuat secara tidak langsung dengan menggunakan dua patah
perkataan yang terdiri daripada perkataan abstrak dan konkrit.
Contoh : Langit kehidupan. Inilah pokok kemajuan.
(h) Personifikasi – Perbandingan yang memberi sifat manusia kepada benda yang tidak bernyawa.
Contoh : Kampung halaman memanggil-manggil aku pulang.
Gaya Bahasa Penegasan
(a) Inversi – Menggunakan pembalikan susunan kata dalam kalimat untuk menjadikannya lebih
menarik. Contoh : Telah kusoal diri ini berkali-kali. Di atas bukit itu rumah saya.
(b) Repetisi – Menggunakan pengulangan kata untuk tujuan penegasan. Contoh : Sudah beberapa
kali ayah memarahinya. Sudah beberapa kali ibu memarahinya. Sudah beberapa kali imam
menegurnya. “Kau tahu tak, anakku! Kau pergi… Bagaimana dengan mak dan adik-adikmu?”
(c) Sinkope - Menggunakan perkataan yang diringkaskan. Contoh : tak, dah, tapi dan lain-lain.
Pengulangan
(a) Anafora – Pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
Contoh: Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib jadi begini.
(b) Simplok - pengulangan pada awal dan akhir beberapa baris yang berturut-turut.
Contoh: “Itulah anak kita. Itulah cucu kita dan itulah menantu kita,” bisik Besah.
(c) Responsi - pengulangan kata atau frasa di tengah-tengah baris secara berturutan.
Contoh : Sahihlah kereta itu kereta Fikri. Sahihlah Fikri balik. Sahihlah kejadian itu.
(d) Epifora – Pengulangan kata pada baris akhir.
Contoh: keli masuk haruan keluar, matahari masuk bulan keluar.
(e) Repitasi – Pengulangan kata sama ada pada awal, tengah atau akhir ayat.
Contoh: Ini khazanah bapa, ini khazanah bapa.
Bunyi
(a) Rima - keselarasan bunyi atau persamaan bunyi pada kata atau pada suku kata terakhir
dalam sesuatu ayat atau sesuatu baris puisi. Rima akhir merujuk kepada bunyi pada suku kata
dalam setiap baris puisi.
(b) Asonasi – pengulangan bunyi vokal (a, e, i, o, u) yang sama dalam baris-baris sajak.
Contoh: Anak-anak yang sedang lena.
(c) Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris sajak.
Contoh: Burung-burung berterbangan di udara,
Nada
4 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
Perasaan atau emosi pengarang atau penyajak yang mempengaruhi bunyi dari segi tinggi rendahnya
tekanan suara.
(a) melankolik (sedih, sayu, mendayu-dayu)
(b) romantik (tenang, gembira)
(c) patriotik (penuh semangat perjuangan),
(d) sinis (tidak senang)
(e) protes (marah, kecewa, dendam)
Gaya Bahasa Lain
(a) Diksi iaitu pemilihan kata yang sesuai dengan latar tempat dan masyarakat.
(b) Penggunaan bahasa seharian (dialek) dan bahasa asing.
(c) Penggunaan peribahasa, ayat pendek dan ayat panjang.
8. NILAI
Nilai merujuk kepada sifat positif yang ditunjukkan melalui sifat-sifat watak, seperti berani, setia, jujur, kasih-
sayang dan sebagainya.
Contoh nilai kemanusiaan (semua nilai murni) : baik hati, kejujuran, kebijaksanaan, yakin diri, keberanian,
bertanggungjawab, ketegasan, ketabahan, kesabaran, dan kesopanan.
Contoh nilai kemasyarakatan : tolong-menolong / kerjasama, ketaatan / kesetiaan, keadilan, simpati,
hormat-menghormati, patriotik, tanggungjawab, unsur kekeluargaan, unsur cinta dan kasih sayang. Dalam
KBSM, terdapat 16 nilai murni yang perlu diketahui dan difahami oleh murid.
9. PENGAJARAN
Pengajaran merupakan mesej atau amanat pengarang yang diharap akan menjadi teladan kepada
pembaca melalui peristiwa yang berlaku dalam novel. Pengajaran biasanya menyuruh kepada perkara baik
( haruslah ) dan melarang pembaca melakukan perkara yang merugikan ( janganlah ).
10. SUDUT PANDANGAN
a. Sudut pandangan orang pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dengan menjadi watak utama atau watak sampingan
dengan gaya Aku. Jalan cerita dibawa sendiri oleh watak Aku.
b. Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu)
Pengarang bersikap serba tahu dengan mengisahkan cerita melalui watak lain menggunakan kata ganti
nama diri orang ketiga, iaitu dia dan mereka atau nama sebenar watak.
c. Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang hanya memilih watak tertentu sahaja dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak
lain diceritakan sedikit sahaja.
d. Sudut pandangan objektif
Pengarang tidak terlibat dalam cerita dan menyerahkan kepada pembaca membuat penilaian
sendiri terhadap cerita tersebut.
5 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
SINOPSIS
Novel Bimasakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai pegawai sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin berasa kecewa apabila gagal memuaskan hati sekumpulan pengunjung kanak-kanak
dari Jepun serta tiga orang pengiring mereka untuk mencerap bintang-bintang di langit pada hari pertama dia
bekerja. Hal ini disebabkan langit terlalu cerah akibat pencemaran cahaya. Mereka sepatutnya dapat
menyaksikan buruj Orion dan buruj Belantik dengan mata kasar dan melihat populasi kelip-kelip. Nurul Hafsa
berjanji akan memulihkan keadaan tersebut. Namun, Puan Wickham, salah seorang pengiring kumpulan
pelajar tersebut mengatakan tugas itu bukanlah mudah tetapi dia yakin Nurul Hafsa mampu melakukannya.
Nurul Hafsa menyatakan kekesalannya terhadap pencemaran cahaya yang berlaku kepada
abangnya, Budiman. Hati Nurul Hafsa berasa gembira apabila abangnya mengatakan bahawa perubahan
tidak dapat dilakukan secara sendirian. Abangnya bersetuju untuk membantu Nurul Hafsa. Budiman membawa
Nurul Hafsa bertemu dengan rakannya, Muhammad Taufik yang juga seorang pencinta alam. Muhammad
Taufik menjelaskan kepada Nurul Hafsa bahawa bapanya telah membeli 50 hektar tanah di situ untuk dijadikan
habitat kelip-kelip yang kian pupus. Muhammad Taufik juga membina Ikhtiar Teknoalam, sebuah rumah
prototaip berkonsepkan mesra alam dan cuba memanfaatkan sumber cahaya sebagai punca bekalan elektrik
serta air hujan sebagai keperluan harian. Usaha Muhammad Taufik mendapat sokongan daripada ayahnya,
Tan Sri Muhaimin dan ibunya, Puan Maryam @ Marion Wickham Abdullah. Penjelasan Muhammad Taufik dan
pengalamannya melihat kelip-kelip dalam kawasan berpagar itu menyebabkan Nurul Hafsa faham dan tidak
lagi prejudis terhadap Muhammad Taufik.
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik membuat kertas cadangan agar Kuala Selangor diwartakan
sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap supaya terus menjadi pusat pencerapan bintang amatur dan
profesional serta mengekalkan habitat kelip-kelip. Cadangan tersebut disokong sepenuhnya oleh Tan Sri
Muhaimin. Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berpeluang membuat pembentangan tentang Rancangan
Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan pegawai Daerah Kuala Selangor, iaitu Dato’ Haji Mustofa
al-Hamidi dan ahli panelnya. Walau bagaimanapun, projek tersebut mendapat tentangan daripada musuh
perniagaan dan peribadi bapa Muhammad Taufik, iaitu Dato’ Johannn Arlington-Majid. Ketika pembentangan
di hadapan Menteri Besar Selangor, Dato’ Johannn Arlington-Majid telah mengemukakan pelbagai soalan
untuk mempengaruhi Menteri Besar agar membatalkan projek tersebut. Namum begitu, semua soalan Dato’
Johannn Arlington-Majid dapat dijawab oleh Nurul Hafsa dan mendapat sokongan daripada Menteri Besar.
Sempena projek Kawasan Simpan Langit Gelap ingin diwartakan, satu tender pembekalan lampu full
cut off akan dikeluarkan. Dato’ Johannn Arlington-Majid bertambah marah kerana lampu-lampu jenis tersebut
tidak dapat dibekalkan oleh syarikatnya. Lantaran itu, Dato’ Johannn Arlington-Majid merancang sesuatu yang
buruk terhadap Nuruf Hafsa dan Muhammad Taufik. Tiga orang samseng telah diupah oleh Dato’ Johannn
Arlington-Majid. Muhammad Taufik diserang ketika balik dari masjid menyebabkan dia cedera teruk pada
bahagian rusuknya. Dengan bantuan Budiman dan Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dihantar ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kes kemalangan itu berpunca daripada angkara musuh
peribadi Muhammad Taufik. Setelah kerja-kerja pencerapan populasi kelip-kelip tertangguh selama satu
minggu kerana Muhammad Taufik terlantar di hospital, usaha tersebut telah diambil alih oleh Nurul Hafsa dan
Budiman. Sebelum sempat menaiki kereta untuk pulang selepas mengambil gambar dan mencatat data kelip-
kelip, Budiman telah dipukul pada bahagian kepala dan rebah. Nurul Hafsa telah diculik oleh tiga orang lelaki.
Pada pagi berikutnya, Muhammad Taufik dibenarkan keluar dari hospital dan dijadualkan terus ke
lapangan terbang untuk pergi ke New Zealand. Demi keselamatan, Muhammad Taufik terpaksa mengikut
ibunya ke Otago. Sewaktu bersiap-siap untuk keluar dari hospital, Muhammad Taufik menerima jambangan
bunga yang dibungkus dengan kain selendang hitam berhias manik-manik kristal milik Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik mengesyaki perkara yang tidak baik berlaku kepada Nurul Hafsa. Terdapat catatan yang
memintanya pergi ke stesen PETRONAS pada jam 8.30 pagi dan sebuah van putih akan menunggunya.
Muhammad Taufik meminta pemandu peribadi ayahnya berhenti di situ dengan alasan kerana kononnya dia
ingin ke tandas. Tan Sri Muhaimin sebenarnya telah mengetahui Nurul Hafsa telah diculik ingin menemani
anaknya. Walau bagaimanapun, ketika itu dia menerima panggilan daripada Menteri Besar yang ingin
bertanyakan hal penculikan Nurul Hafsa dan kaitannya dengan serangan terhadap Muhammad Taufik. Tan Sri
Muhaimin akhirnya menyedari bahawa Muhammad Taufik telah dilarikan.
Muhammad Taufik di bawa ke kawasan ladang kelapa sawit, tempat Nurul Hafsa disembunyikan. Dia
pasti Nurul Hafsa berada dekat dengannya lalu memanggil namanya. Muhammad Taufik dipukul dan Nurul
Hafsa dibebaskan. Nurul Hafsa menumpang sebuah van sekolah dan membuat laporan di Balai Polis Bestari
Jaya. Berita penculikan Muhammad Taufik telah menjadi berita hangat. Pihak polis menjalankan
siasatan dan berusaha menjejaki penjenayah. Tan Sri Muhaimin menerima satu mesej tidak bernombor yang
meminta Dedaun Emas menarik balik tawaran sebut harga jika tidak mahu menerima padah. Seorang
penduduk telah memberitahu pihak polis bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dilakukan di kawasan
6 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
perladangan di Bestari Jaya. Pihak polis membuat serbuan ke tempat tersebut dan akhirnya berjaya
memberkas penjenayah dan menyelamatkan Muhammad Taufik.
Peristiwa buruk yang menimpa Muhammad Taufik memiliki hikmah yang tersembunyi. Selepas
peristiwa tersebut, hubungan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik semakin rapat. Tan Sri Muhaimin dan Puan
Maryam Wickham Abdullah mengambil keputusan bernikah kali kedua. Tan Sri Muhaimin bersyukur kerana
anak dan isterinya telah kembali ke pangkuannya. Pada malam majlis kesyukuran pernikahan kali kedua ibu
bapanya, Muhammad Taufik bertanya sama ada Nurul Hafsa akan menerima lamarannya. Wajah Nurul Hafsa
memerah tetapi akhirnya dia tersenyum simpul.
SINOPSIS MENGIKUT BAB
BAB 1: JANJI SRIKANDI
Pada hari pertama Nurul Hafsa bertugas sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Kuala Selangor, dia perlu memberikan penerangan kepada sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada 15
orang murid dan tiga orang pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima yang ingin melihat
buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar
jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah.
Keadaan tersebut menyebabkan Wickham, salah seorang pengiring kumpulan itu telah mempertikaikan Kuala
Selangor sebagai pusat berkumpulnya para peminat kaji bintang. Utada pula mengatakan bahawa mereka
juga tidak dapat melihat kelip-kelip. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang
dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala
Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada
para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada
mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke
kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang
sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan
membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa
Tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak
dapat dilihat oleh deria.
BAB 2: WICKHAM
Muhammad Taufik yang sedang memerhati Nurul Hafsa berbual-bual dengan ibunya berasa kesal
kerana tidak dapat membantunya. Muhammad Taufik berasa bimbang dengan janji yang dibuat oleh Nurul
Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan
datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa.
Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad Taufik tinggal berjauhan, namun kekerapan mereka
berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua
muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik
mempelawa ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar Teknoalam yang diusahakan olehnya. Hal ini
bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam
komersial yang sedang diusahakan oleh Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan
ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor
sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang
melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji
Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini
disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain
ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan
dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat
tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan
mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan
7 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu
jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak Basiron, pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan
cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak
seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak
dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul Hafsa melayan perasaan sambil memikirkan
sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang
berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya. Di rumah, Nurul Hafsa
mengelamun dan meluahkan rasa kecewa kepada ayahnya kerana dia tidak dapat melihat langit dengan puas
meskipun rumah mereka terletak 15 kilometer dari Pusat Pentadbiran Kuala Selangor. Nurul Hafsa menyedari
kawasan rumah mereka menjadi terlalu terang kerana ayahnya telah memasang lampu tuju yang kuat di setiap
penjuru rumah bagi mengelak peralatan berkebun dicuri. Dia berjanji akan membina sebuah stor untuk
ayahnya menyimpan peralatan tersebut apabila dia sudah mendapat gaji pertama.
BAB 4: BUDIMAN
Budiman pulang ke rumah dengan menaiki Proton Pria, sebuah kereta jenis hibrid milik rakannya.
Kereta hibrid menjadi impian Nurul Hafsa kerana dapat mengurangkan pencemaran alam dan menjimatkan
kos. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat zohor
berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah
mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan
Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk
membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau
oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa
pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk
terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut
menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan
yang tidak terancang.
BAB 5: JIWA AYAHANDA
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Tan Sri Muhaimin memandu kereta hibrid
Proton Laksamana manakala Sobirin, pemandunya duduk di sebelah sambil bersembang dengannya. Tan Sri
Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau di lapangan terbang.
Beliau memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar Teknoalam yang didiami
anaknya, Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan
antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar
pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka.
Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan oleh anaknya
bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum
bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan
pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung silaturahim mereka berdua.
BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, pegawai atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang
telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang
tindakan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar
di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga
kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat
tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah
bertanyakan abangnya, Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-
temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya,
dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka
8 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya
berjumpa dengan ‘lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta
hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya
agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki
tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa bersedia menemui lelaki kelip-kelip. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan
seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah
mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda
sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-
kecilan. Rupa-rupanya lelaki tersebut ialah sahabat baik abangnya semasa di sekolah rendah. Apabila Nurul
Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat
sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki
tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul
Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung
Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama,
Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor.
Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi
anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai,
pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda
ferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untuk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila
populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf
daripada Muhammad Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan agar Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya
kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah
tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan
Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad
Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej
dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara
terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang
pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan
abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam tersebut yang sehati sejiwa. Namun begitu,
dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik mempunyai misi penting yang tidak
boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Nurul Hafsa memberitahu Muhammad Taufik tentang tujuan asal
mereka bertemu Muhammad Taufik adalah untuk mendapatkan bantuannya membawa kembali kegelapan ke
Kuala Selangor.
BAB 9: ZURIAT
Tan Sri Muhaimin menerima panggilan telefon daripada Muhammad Taufik. Beliau tidak dapat
menjawabnya ketika itu kerana berada dalam majlis perasmian projek Taman Bandar Raya Hijau Kuala
Lumpur. Syarikatnya Dedaun Emas telah memenangi projek tersebut. Projek di atas tanah seluas 500 hektar
itu berinspirasikan taman-taman dalam tamadun Islam. Tan Sri Muhaimin kemudiannya menelefon
Muhammad Taufik. Muhammad Taufik meminta ayahnya menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala
Selangor satu kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profesional
dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Tan Sri Muhaimin bersetuju kerana beliau sememangnya
seorang yang suka akan cabaran dan berfikiran terbuka terhadap pembaharuan. Tan Sri Muhaimin
kemudiannya teringat akan anaknya Muhammad Taufik yang dahulunya bersekolah di Kuala Selangor
sebelum dia mengikut ibunya, Maryam ke Otago, New Zealand setelah mereka bercerai. Muhammad Taufik
tinggal di sana sehingga memperoleh ijazah sarjana.
9 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
Tan Sri Muhaimin bertemu dengan Tan Sri Yahya, iaitu rakannya di MRSM Rembau di lobi hotel.
Tan Sri Yahya merupakan wakil DBKL dalam projek yang diusahakan oleh Tan Sri Muhaimin. Pertemuan itu
telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Tan Sri Yahya
menceritan anaknya, Zharif terlibat dalam kemalangan kerana mengambil arak dan dadah. Namun begitu,
beliau bersyukur kerana anak perempuannya, Hanina sudah menandatangani kontrak sebagai penyanyi di
Los Angeles. Tan Sri Muhaimin beristighfar di dalam hati apabila melihat aksi dan pakaian mencolok mata
Hanina di dalam video yang ditunjukkan oleh Tan Sri Yahya. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin
bersyukur kerana Muhammad Taufik seorang anak yang baik dan menyedari bahawa usaha-usaha anaknya
selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.
BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
Muhammad Taufik sering tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-
perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu, mereka akan
meninggalkannya setelah mengenali Muhammad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan
seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya.
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin,
Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka
berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman
menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagum akan
kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga batas perhubungan antara lelaki dan wanita
yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk
mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan
kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai
perbincangan, Muhammad Taufik mengajak Budiman dan Nurul Hafsa ke rumahnya malam tersebut untuk
menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.
BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM
Pada malam itu, Muhammad Taufik, Budiman dan Nurul Hafsa menggerakkan sampan menggunakan
pendayung menyusuri sungai milik Muhammad Taufik untuk melihat kelip-kelip. Mereka berhenti setelah
sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua.
Sambil menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu
tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi
semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran
Bima Sakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan
Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.
BAB 12: STRATEGI
Muhammad Taufik mengambil masa seminggu untuk bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya setelah menggunakan pengaruh Tan Sri Muhaimin. Di hadapan dua insan penting tersebut,
Nurul Hafsa memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56 yang membawa maksud
supaya manusia perlu menurut perintah Tuhan dengan tidak melakukan kerosakan di muka bumi malahan
memelihara persekitarannya sebagaimana yang telah diciptakan. Setelah Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik
selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa, iaitu pegawai daerah
Kuala Selangor, mereka meminta beliau meneliti cadangan untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai
kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.
BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dato’ Johannn Arlington-Majid menunggu kedatangan Dato’ Haji Mustofa di kaki rumah api Kuala
Selangor. Dato’ Haji Mustofa memaklumkan minat mendalam Menteri Besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap Kuala Selangor. Dato’ Johannn amat marah dengan berita tersebut kerana hal itu
bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat
miliknya. Dato’ Johannn merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia
merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri
Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustofa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat
pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan
10 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Dato’ Johannn untuk belajar dan memberikan
tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Dato’
Johannn tetap berkeras dengan pendiriannya. Dia bercadang akan menghadiri sesi pembentangan tersebut
dan sedang mencipta hujah-hujah bagi menentang cadangan projek tersebut. Dato’ Haji Mustofa
mengingatkan Dato’ Johannn supaya belajar daripada keadaan tersebut dan bukan berniat jahat.
BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Dato’ Johannn Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberikan sokongan tetapi untuk
mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Taufik disisinya
telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Dato’ Johannn telah
berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujah Nurul Hafsa. Pembentangan
pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri
Besar turut menegur sikap buruk Dato’ Johannn dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan, Menteri
Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Dato’
Johannn yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam-diam mengatur rancangan untuk
mengupah tiga orang samseng bagi memerhati pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan
memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
BAB 15: KHIANAT
Dua minggu selepas pembentangan, Nurul Hafsa berasa hairan kerana sejak dua tiga hari
kebelakangan ini, kelihatan tiga orang lelaki pemotong rumput di lorong menghala ke rumahnya, tetapi
keadaan rumput seperti tidak berpotong. Lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di
sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Muhammad Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Muhammad Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah
di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Muhammad Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menurut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang
berharga milik Muhammad Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej
peribadi penjenayah kepada mangsa dan bukannya bermotifkan rompakan. Pihak hospital memaklumkan
bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil tetapi masih belum sedarkan diri. Dalam perjalanan
pulang, Nurul Hafsa merasakan bahawa projek yang mereka usahakan menjadi punca Muhammad Taufik
ditimpa kecelakaan. Budiman memberitahu adiknya bahawa kejadian tersebut merupakan natijah yang akan
diterima apabila menjadi seorang pejuang.
BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad
Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan
sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izin untuk berbual
dengan mereka berdua. Nurul Hafsa memberitahu Puan Wickham bahawa mereka pernah bertemu di Balai
Cerap Sultan Salahuddin dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh
berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang
semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambil
ditemani abangnya, Budiman. Nurul Hafsa memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala
yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, Muhammad Taufik
masih bersedia untuk meneruskan perjuang mereka menyebabkan Nurul Hafsa terharu. Dalam pertemuan
tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang
hitam bermanik kristal. Muhammad Taufik akhirnya terlena semula akibat morfin, ubat yang diberikan oleh
pihak hospital.
BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Ketika berada di hospital, Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor
Lim menasihati beliau agar memberitahu pihak media yang kejadian menimpa Muhammad Taufik merupakan
kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai
punca jenayah seterusnya menghalang projek Kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah
Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar
11 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
mengeluarkan berita yang bertajuk “Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit
Gelap”.
BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap populasi
kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman
meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri
Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika itu juga, Budiman memberitahu Nurul Hafsa yang Muhammad Taufik
akan pulang ke Otago bersama ibunya pada hari Jumaat. Nurul Hafsa memahami perasaan Muhammad Taufik
yang sentiasa berikhtiar untuk menyatukan ibu bapanya kembali. Ketika meranduk semak samun untuk balik
ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan
ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia
ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalanya
disarung dengan kain gelap.
BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari hospital dan mengikut ibunya pulang ke Otago
apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia menjumpai
sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen PETRONAS pada jam 8.30 pagi
hari tersebut. Hatinya bertambah bimbang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen minyak tersebut ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan
ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat
dalam nota yang diterimanya. Muhammad Taufik ditarik masuk ke dalam van tersebut dan dibawa ke suatu
lokasi yang tidak diketahui dengan kepalanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad
Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba
menenangkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sebanyak
dua kali sehingga tidak sedarkan diri.
BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik dan sedar yang penjahat hanya mempergunakannya
untuk memerangkap Muhammad Taufik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik yang belum
dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bersyukur kerana tidak dicederakan. Dia pasti
bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika
rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan,
merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan
seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur kerana Nurul Hafsa selamat.
Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan
segalanya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen
televisyen tempatan. Ketua Inspektor Lim menasihati pihak media supaya tidak membuat sebarang spekulasi
mengenai kejadian tersebut.
BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Ketua Inspektor Lim menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya,
nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Sebenarnya, Tan Sri Muhaimin telah
pun mengetahui penculikan Nurul Hafsa tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan
Muhammad Taufik. Dia ingin menemani Muhammad Taufik ke tandas tetapi panggilan daripada Menteri Besar
yang ingin tahu tentang penculikan Nurul Hafsa menyebabkan dia tidak jadi berbuat demikian. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon
bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga syarikat Dedaun Emas jika tidak mahu menerima
padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi tersebut secara besar-besaran
telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan
perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak
Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas
tembakan, Muhammad Taufik berjaya diselamatkan.
12 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa berasa terlalu lama menunggu tahun hadapan, iaitu tahun Kuala Selangor diisytiharkan
sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Pada malam itu, Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di
Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan
kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakal menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan
isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya
semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya
untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan
meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas
daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.
TEMA
Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam
sekitar. Mereka gigih berusaha mengatasi masalah pencemaran cahaya dan mengembalikan kegelapan langit
di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang dan habitat populasi kelip-kelip. Mereka telah berusaha
mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia
Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar
Teknoalam dengan membina rumah mesra alam.
Peristiwa yang menyokong tema novel
1. Nurul Hafsa mengambil inisiatif menyedia dan menghantar laporan tentang tahap kecerahan langit
Kuala Selangor ke pejabat Daerah Kuala Selangor meskipun tiada tindakan diambil.
2. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman menyediakan kertas cadangan dan bahan
pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor yang lengkap sebelum
berhadapan dengan pegawai atasan dan Menteri Besar.
3. Mereka berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit
Gelap yang pertama di Asia Tenggara.
4. Dalam masa yang sama, Muhammad Taufik membina rumah prototaip menggunakan teknologi hijau
dikenali sebagai projek perumahan Ikhtiar Teknoalam.
5. Muhammad Taufik menggunakan kereta hibrid Proton Pria yang dapat mengurangkan penggunaan
petrol dan dapat mengurangkan kesan pencemaran alam.
6. Muhammad Taufik membeli tanah seluas 50 hektar di sepanjang sungai dari Kampung Api-api hingga
ke Kampung Kuantan untuk memelihara habitat kelip-kelip di Kampung Kuantan.
13 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak
Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham amat menyayangi Muhammad Taufik dengan
memberikan segala yang dikehendaki oleh anak mereka itu. Ibu dan bapa Muhammad Taufik tidak
pernah mengabaikan kasih sayang mereka meskipun tidak tinggal bersama atas sebab tuntutan
tugas masing-masing. Mereka sama-sama menyokong projek Ikhtiar Teknoalam yang diusahakan
anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.
2. Persoalan kegigihan penjawat awam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
Sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor, Nurul Hafsa berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadikan kawasan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit
Gelap demi aktiviti pencerapan bintang dan pengekalan habitat kelip-kelip.
3. Persoalan kesan pembangunan terhadap alam sekitar
Pembangunan pesat yang berlaku dalam masa yang begitu singkat di Kuala Selangor telah
memberikan kesan negatif kepada alam sekitar. Begitu juga dengan bandar-bandar lain di seluruh
dunia. ( hal. 8 , 24, 34, 35 )
4. Persoalan cinta akan alam sekitar
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya
yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada
pencemaran akibat pembangunan yang tidak terancang.
5. Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah
Nurul Hafsa bijak mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar
akibat langit tidak menjadi gelap pada waktu malam kerana wujudnya pencemaran cahaya.
6. Persoalan tanggungjawab seorang abang terhadap adik
Budiman sentiasa menyokong usaha adiknya, Nurul Hafsa mengatasi pencemaran cahaya di Kuala
Selangor dan sentiasa menemani Nurul Hafsa mencerap kehadiran kelip-kelip bersama-sama
Muhammad Taufik di Kampung Kuantan. ( hal. 49 – 98 )
7. Persoalan penceraian tidak menghalang kasih sayang antara ibu bapa dengan anak
Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah bermusuh tentang penjagaan anak mereka
Muhamad Taufik, malah sering memberikan sokongan kepadanya walaupun mereka telah bercerai.
8. Persoalan perasaan dendam yang tidak berkesudahan mengakibatkan seseorang melakukan
kegiatan jenayah
Sikap Dato’Johannn Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam terhadap Tan Sri
Muhaimin berpunca daripada Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga
membawa kepada kes penculikan anak mereka, iaitu Muhammad Taufik. (hal. 106 – 180 )
9. Persoalan penggunaan sumber alternatif dalam usaha memelihara alam sekitar
Muhammad Taufik menggunakan kereta hibrid jenama Proton Pria, sistem panel solar dan sistem
kumbahan mesra alam demi menjaga alam sekitar melalui kaedah kembali bergantung kepada alam
semula jadi secara terus. ( hal. 28, 59 )
10. Persoalan kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman saling membantu dalam usaha mengatasi pencemaran
cahaya di Kuala Selangor dan pengekalan habitat kelip-kelip di Kampung Kuantan. Persahabatan
mereka tidak melampaui batas dan berasa bimbang apabila salah seorang ditimpa kesusahan. ( hal.
47 – 186 )
11. Persoalan ketaatan kepada ajaran agama
Keluarga Haji Yassir, Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham Abdullah menunaikan solat
subuh di surau Hospital Besat Tanjung Karang ketika Muhammad Taufik dirawat di situ.
Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di
Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram.
14 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
12. Persoalan kekayaan dan pengaruh digunakan untuk tujuan kebaikan
Tan Sri Muhaimin membantu anaknya, Muhammad Taufik dengan membeli kawasan sungai di
Kampung Kuantan untuk menyelamatkan habitat kelip-kelip dan menyokong projek Kawasan Simpan
Langit Gelap Kuala Selangor bagi mengatasi pencemaran cahaya dan kepupusan kelip-kelip.
13. Persoalan kasih sayang tidak mengenal sempadan tempat dan masa
Muhammad Taufik tidak pernah berasa sangsi akan kasih sayang ibu dan bapanya walaupun dia
sering kali terpisah dengan mereka kerana dia percaya kasih sayang, darah dan daging, jiwa dan
minda tidak mengenal sempadan tempat dan masa. ( hal. 17 )
14. Persoalan kecekapan anggota polis menjalankan tugas
Anggota polis terus melakukan sekatan jalan raya setelah mendapat laporan Nurul Hafsa diculik.
Apabila Muhammad Taufik diculik, walaupun dengan sedikit maklumat yang diperoleh, anggota polis
berjaya menangkap penjahat dan menyelamatkan Muhammad Taufik. ( hal. 172 – 180 )
15. Persoalan kehidupan anak-anak yang sukar dikawal oleh ibu bapa
Tan Sri Yahya tidak mampu mengawal Hanina dan Zharif yang terpengaruh dengan kehidupan
moden dan kebaratan. Anak lelakinya, Zharif minum arak dan mengambil dadah sehingga terlibat
dalam kemalangan, manakala anak perempuannya, Hanina mengikat kontrak sebagai seorang
penyanyi di Los Angeles dan tenggelam dalam kehidupan yang glamor. (hal. 70 -71)
Catatan :
Persoalan. nilai kemanusiaan, latar masyarakat dan pengajaran boleh dijelaskan melalui
perwatakan watak-watak yang terdapat dalam novel yang dibaca.
PLOT DAN TEKNIK PLOT
PLOT
Permulaan
Cerita dimulakan dengan pengenalan watak Nurul Hafsa sebagai watak utama, bidang pekerjaannya, latar
tempat dan latar masa. Selain itu, pengarang juga memperkenalkan watak Muhammad Taufik dan Wickham
yang nembantu mengembangkan cerita.
Peristiwa Penting:
1. Nurul Hafsa, seorang graduan dari Universiti Jordan dalam bidang fizik dan kaji falak mula bertugas
sebagai pegawai sains pada hari pertama di Balai Cerap Sultan Salahuddin di Kuala Selangor.
2. Malam itu, dia dipertanggungjawabkan menjadi pemandu untuk mencerap bintang-bintang di langit
kepada sekumpulan pelajar cilik dari Jepun bersama-sama tiga orang pengiring. Puan Maryam
Wickham Abdullah dan Utada adalah antara pengiring pelajar cilik tersebut.
3. Kumpulan pencerap amatur tersebut berasa kecewa kerana mereka gagal melihat buruj Orion kerana
langit pada malam itu terlalu cerah.
4. Puan Wickham yang fasih berbahasa Melayu mempersoalkannya dengan mengatakan bahawa pada
suatu masa dahulu, Kuala Selangor menjadi tempat yang baik untuk pengkaji-pengkaji bintang.
5. Utada melahirkan perasaan kecewa dan menyatakan bahawa mereka juga tidak dapat melihat kelip-
kelip.
6. Sebelum mengakhiri taklimatnya pada malam itu, Nurul Hafsa berjanji akan memulihkan keadaan itu
dengan sedaya upayanya.
7. Muhammad Taufik menunggu ibunya, Puan Wickham di bahagian bawah balai cerap dan berasa
kasihan akan Nurul Hafsa yang kelihatan gagal dalam misinya ketika itu.
8. Muhammad Taufik bertanya khabar sambil berbual-bual dengan ibunya tentang kehidupan mereka
yang hidup terpisah. Muhammad Taufik mengajak ibunya tidur di rumahnya, sebuah rumah prototaip
Ikhtiar Teknoalam.
15 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
Perkembangan
Cerita mula berkembang apabila Nurul Hafsa berasa kecewa kerana gagal memperlihatkan bintang-bintang
dalam buruj Orion kepada 15 orang murid dan tiga orang pengiring dari negara Jepun kerana langit terlalu
cerah akibat pencemaran cahaya. Nurul Hafsa berjanji kepada kumpulan pengunjung itu akan membawa
bintang-bintang itu kembali ke langit Kuala Selangor. Disebabkan janjinya itu, dia berusaha untuk menjadikan
Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Seterusnya, pengarang menceritakan keluarga
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa.
Peristiwa Penting:
1. Puan Wickham meragui janji Nurul Hafsa yang akan membawa bintang-bintang kembali ke langit
Kuala Selangor. Nurul Hafsa menyatakan bahawa bintang-bintang sudah ada di langit, cuma mata
manusia tidak dapat melihatnya kerana adanya pencemaran cahaya.
2. Sebelum pulang, Puan Wickham memasak makanan tengah hari untuk Muhammad Taufik. Makanan
tersebut turut dinikmati oleh bekas suaminya, Tan Sri Muhaimin dan pemandunya, Sobirin.
3. Nurul Hafsa ke Kampung Kuantan dan menaiki bot menyusur sungai untuk melihat kelip-kelip bagi
membuktikan kata-kata Utada yang berasa kecewa tidak dapat melihat kelip-kelip. Dakwaan Utada
ternyata benar apabila hanya beberapa ekor kelip-kelip sahaja yang dapat dilihat. Dia bertambah
kecewa kerana sebahagian daripada sungai tersebut sudah dipagar dan menjadi milik persendirian.
4. Abang Nuruf Hafsa, Budiman telah membawanya berjumpa dengan Muhammad Taufik untuk
merungkai keraguannya. Muhammad Taufik telah menjelaskan tujuannya memagari kawasan seluas
50 hektar itu dan membawa Nurul Hafsa melihat sendiri kelip-kelip pada waktu malam di kawasan
tersebut.
5. Nurul Hafsa menyediakan kertas cadangan dan pembentangan untuk projek mewujudkan Kawasan
Simpan Langit Gelap Kuala Selangor bagi membolehkan aktiviti pencerapan bintang dan menjaga
populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan.
6. Muhammad Taufik membantu Nurul Hafsa mengemukakan cadangan itu kepada Pegawai Daerah
Kuala Selangor dan Menteri Besar dengan bantuan dan pengaruh bapanya, Tan Sri Muhaimin.
Perumitan / Konflik
Konflik dalam novel Bimasakti Menari bermula apabila laporan tentang tahap kecerahan langit yang dibuat
oleh Nurul Hafsa kepada pegawai atasan di Majlis Daerah Kuala Selangor tidak diambil apa-apa tindakan.
Pegawai atasannya, Puan Foziah mengatakan bahawa tidak berlaku pelanggaran undang-undang alam
sekitar di Kuala Selangor dan tidak ada apa-apa tindakan yang boleh diambil. Nurul Hafsa berusaha untuk
mengembalikan langit gelap di Kuala Selangor supaya dia dapat menjalankan tugas yang sepatutnya.
Pelbagai konflik dipaparkan oleh pengarang dalam usaha Nurul Hafsa mengembalikan langit gelap di Kuala
Selangor.
Peristiwa Penting:
1. Nurul Hafsa mengemukakan laporan kepada Puan Foziah bahawa aktiviti pencerapan bintang tidak
dapat dilakukan kerana langit terlalu cerah. Namun, Puan Foziah mengatakan bahawa tidak ada apa-
apa tindakan yang boleh dibuat kerana tiada berlaku kes pencemaran alam sekitar.
2. Dato’ Johannn Arlington-Majid amat marah apabila pegawai daerah mengatakan bahawa cadangan
untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap telah dipersetujui dan
peluang dia memperoleh tender lampu seperti yang dijanjikan akan terhalang.
3. Dato’ Johannn Arlington-Majid juga tidak dapat menerima hakikat bahawa Tan Sri Muhaimin yang
menjadi musuh peribadinya sekian lama telah menawarkan sebut harga untuk projek pencahayaan
di Kuala Selangor.
4. Dato’ Johannn Arlington-Majid menghadiri majlis pembentangan projek kawasan simpan langit gelap
di Kuala Selangor dan sengaja menimbulkan pelbagai persoalan untuk mengagalkan projek tersebut.
5. Dato’ Johannn Arlington-Majid mengupah tiga orang samseng untuk memerhati pergerakan Nurul
Hafsa dan Muhammad Taufik.
Puncak / Klimak
Cerita dalam novel ini sampai ke puncaknya apabila Dato’ Johannn Arlington-Majid bertindak nekad untuk
menggagalkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
16 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
Peristiwa Penting:
1. Muhammad Taufik diserang oleh penjahat upahan Dato’ Johannn Arlington-Majid ketika dia balik dari
masjid selepas menunaikan solat isyak menyebabkan dia cedera dan dirawat di Hospital Besar
Tanjung Karang selama lima hari.
2. Muhammad Taufik diarah oleh ibu bapanya supaya tinggal di Otago selepas keluar dari wad hospital
demi keselamatannya.
3. Nurul Hafsa diculik oleh penjahat upahan supaya Muhammad Taufik masuk ke perangkap mereka.
4. Muhammad Taufik membatalkan niat untuk mengikut ibunya ke Otago dan bersetuju mengikut
arahan penculik yang memintanya pergi ke stesen minyak PETRONAS sebelum dilarikan ke satu
kawasan perladangan kelapa sawit.
5. Setelah berjaya mendapatkan Muhammad Taufik, penjahat upahan Dato’ Johannn Arlington-Majid
membebaskan Nurul Hafsa.
6. Tan Sri Muhaimin menerima ugutan supaya menarik balik sebut harga tender syarikat Dedaun Emas
miliknya jika tidak mahu menerima padah.
7. Nurul Hafsa membuat laporan di balai polis dan satu pasukan Gerak Khas yang diketuai oleh Ketua
Inspektor Lim ditubuhkan untuk menyelamatkan Muhammad Taufik.
Peleraian
Cerita mula terlerai apabila Nurul Hafsa dibebaskan dan Muhammad Taufik diselamatkan oleh pihak polis. Tan
Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham bernikah kali kedua. Muhammad Taufik melamar Nurul Hafsa
sebagai isterinya.
Peristiwa Penting:
1. Seorang penduduk yang membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di kawasan pedalaman
Bestari Jaya telah berjaya memberkas kumpulan penjenayah itu dan Muhammad Taufik berjaya
diselamatkan.
2. Kuala Selangor telah diwartakan sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap pada tahun berikutnya.
Meskipun tarikh tersebut sudah pasti, namun Nurul Hafsa tidak sabar menunggu pelaksanaannya.
3. Peristiwa yang berlaku kepada Muhammad Taufik telah merapatkan hubungan antara Tan Sri
Muhaimin dengan bekas isterinya, Puan Maryam Wickham Abdullah sehingga mereka bernikah
semula.
4. Tan Sri Muhaimin bernikah kali kedua dengan bekas isterinya, Puan Maryam Wickham Abdullah.
Beliau mengadakan kenduri kesyukuran kerana anak dan isterinya telah kembali ke pangkuannya,
manakala musuh perniagaannya bakal menghadapi pengadilan.
5. Muhammad Taufik melamar Nurul Hafsa sebagai isterinya.
6. Nurul Hafsa menerima mesej daripada Muhammad Taufik yang menyatakan mereka ialah kelip-kelip
yang terakhir di dunia.
TEKNIK PLOT
Pemerian
Pemerian merujuk kepada penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan tentang sesuatu watak yang
dipaparkan secara langsung oleh pengarang. Antara contoh penggunaan teknik pemerian:
1. Pengarang memerihalkan suasana malam di atas Bukit Melawati dan perasaan Nurul Hafsa pada
hari pertama dia bekerja.
Bayu malam di atas Bukit Melawati agak dingin tetapi menyegarkan. Walaupun begitu, Nurul
Hafsa merasakan yang dia berpeluh-peluh dan hatinya tidak keruan. Hari ini ialah hari pertama dia
bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala selangor dan dia tidak
menyangka yang dia akan menghadapi masalah seawal ini.
( hal. 3 )
2. Pengarang memerihalkan keadaan Muhammad Taufik ketika menerima hadiah yang sangka
daripada Nurul Hafsa.
17 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
Tiba-tiba wajah Muhammad Taufik menjadi pucat lesi apabila melihat cara bunga itu
dibungkus. Jika lazimnya jambangan bunga untuk hadiah dibungkus dan dihias dengan
menggunakan plastik pembalut hadiah atau kertas krep, jambangan ini menggunakan kain hitam
berhias manik-manik kristal. ( hal. 157 )
3. Pengarang memerihalkan rasa kesyukuran apabila keluarga Tan Sri Muhaimin bersatu kembali.
Tan Sri Muhaimin memberikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi
dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuannya. Musuh perniagaannya pula bakal menghadapi
pengadilan. ( hal. 183 )
Teknik Dialog
Dialog merujuk kepada perbualan atau pertuturan antara watak yang dipaparkan dalam cerita. Antara contoh
teknik dialog ialah:
1. Perbualan antara Nurul Hafsa dengan ayahnya, Haji Yassir.
“Insya-Allah, apabila saya sudah mendapat gaji, saya akan bina sebuah bilik stor untuk ayah simpan
peralatan-peralatan berkebun.”
“Insya-Allah, Hafsa. Syukur alhamdulillah,” Haji Yassir berkata ( hal. 27 )
3. Perbualan antara Nurul Hafsa dengan Budiman.
“Apa hal bang? Panggilan daripada siapa?
“Taufik ditimpa kemalangan!”
“Apa? Bila?”
“Kita mesti cepat?” ( hal. 125 )
4. Perbualan antara Muhammad Taufik dengan Nurul Hafsa.
“Saya mahu awak jawab soalan saya ini.”
“Oh, soalan! Sekadar menjawab soalan saya boleh lakukannya,” Nurul Hafsa menarik nafas lega.
“Sudikah awak menerima kedatangan rombongan yang mewakili saya untuk melamar awak di
kediaman orang tua awak?” ( hal. 186 )
Teknik Imbas Muka
Imbas muka merujuk kepada cara pengarang memberikan gambaran awal atau ramalan tentang sesuatu
peristiwa yang akan berlaku kesan daripada tindakan-tindakan watak dalam cerita. Antara contoh teknik imbas
muka ialah:
1. Nurul Hafsa berimaginasi akan berpeluang melihat kelip-kelip terbang dalam satu kumpulan dengan
jumlah yang berjuta-juta dan melakukan kerlipan secara serentak apabila sampai ke Kampung Kuantan.
( hal. 19 – 20 )
2. Nurul Hafsa membayangkan akan membina sebuah bilik stor untuk ayahnya menyimpan peralatan
berkebun bagi mengelak daripada dicuri dan tidak perlu lagi memasang lampu yang akan menyebabkan
pencemaran cahaya apabila dia sudah mendapat gaji pertamanya. ( hal. 27 )
3. Nurul Hafsa membayangkan dia akan memiliki kereta hibrid, sebuah kereta penjimatan tenaga pada suatu
hari nanti. ( hal. 28 )
4. Nurul Hafsa membayangkan keindahan dan kepuasan yang akan diperoleh setelah impiannya
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin sebagai tempat tumpuan
para peminat langit seluruh dunia melihat bintang tercapai. ( hal. 44 )
5. Nurul Hafsa tidak dapat membayangkan kehidupannya pada masa akan datang sebagai seorang pegawai
sains di Balai cerap sultan salahuddin sekiranya pencemaran cahaya berterusan. ( hal. 44 )
6. Nurul Hafsa membayangkan ‘lelaki kelip-kelip’ yang dinyatakan oleh Budiman ialah seorang lelaki tua yang
pelik dan menyimpan wang di dalam peti besi di sebuah rumah besar di tengah hutan belukar. ( hal. 46 )
18 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
Teknik Imbas Kembali
Imbas kembali merujuk kepada ingatan sesuatu watak terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian yang telah
berlaku. Antara contoh teknik imbas kembali ialah:
1. Selepas menerima panggilan telefon daripada Muhammad Taufik berkaitan dengan projek Kawasan
Simpan Langit Gelap Kuala Selangor, Tan Sri Muhaimin mengimbau kembali kenangan ketika beliau
membesarkan anak tunggalnya, Muhammad Taufik. Muhammad Taufik disekolahkan di Kuala Selangor
ketika beliau masih membina perniagaannya. Namun, setelah bercerai dengan Maryam, Muhammad
Taufik mengikut ibunya ke Otago, New Zealand. ( hal. 68 )
2. Ketika menaiki sampan untuk melihat kelip-kelip, Nurul Hafsa mengimbau kembali tanggapannya terhadap
Muhammad Taufik ketika mereka bertemu semula setelah sekian lama mereka terpisah. Ketika dalam
darjah empat, Nurul Hafsa menganggap Muhammad Taufik seorang budak yang sombong. ( hal. 91 )
3. Muhammad Taufik mengimbas kembali kehebatan dan kebijaksanaan Nurul Hafsa menjelaskan sebab
bintang-bintang tidak dapat dilihat pada malam itu kepada murid-murid dari Jepun dan pengiring mereka
yang kecewa kerana tidak dapat melihat bintang dengan mata kasar. Dia juga berjanji akan
mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor. ( hal . 96 )
4. Ketika memandu kereta dari lapangan terbang ke Kuala Selangor, Tan Sri Muhaimin teringat peristiwa 15
tahun dahulu, Maryam ingin bebas untuk menjadi aktivis alam sekitar dan Tan Sri Muhaimin terpaksa
melepaskan Maryam pergi. Muhammad Taufik mengikut ke mana-mana dan sesiapa yang disukainya
kerana kedua-dua ibu dan bapanya mampu menyara dan menyekolahkannya walaupun di mana-mana dia
berada. ( hal.37 – 38 )
Teknik Monolog / Monolog Dalaman
Monolog merujuk kepada pengucapan sesuatu watak secara bersendirian dalam bentuk keluh kesah, doa,
ratapan, dan sebagainya. Antara contoh teknik menolog ialah:
1. Ya, enam ekor kelip-kelip. Nurul Hafsa berdetik dalam hati. ( hal. 23 )
2. Sahlah yang budak itu menganggapnya sebagai seorang pengacau majlis. Oi, kau tak tahu apa itu
pengacau! Johannn menjerit dalam hatinya. ( hal. 121 )
Teknik Kejutan
Kejutan merujuk kepada perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh
pembaca. Antara contoh kejutan ialah:
1. Muhammad Taufik bertanya khabar dan mengucup tangan Puan Wickham, salah seorang pengiring
rombongan kumpulan peminat-peminat bintang cilik dari negara Jepun. Pembaca tidak menyangka puan
Wickham, wanita berbangsa Kaukasia yang berbicara dengan Nurul Hafsa di Balai Cerap Sultan
Salahuddin ialah ibu Muhammad Taufik. ( hal. 13 )
2. Peristiwa Budiman menyarankan kepada Nurul Hafsa supaya berjumpa dengan lelaki kelip-kelip yang
dapat membantunya mengembalikan Kuala Selangor semula sebagai tempat pencerap bintang. Pembaca
tidak menduga lelaki tersebut ialah rakan Budiman dan juga lelaki yang memagar sungai kecil di Kampung
Kuantan yang menjadi kemarahan Nurul Nafsa. ( hal. 46 )
3. Peristiwa Tan Sri Muhaimin memutuskan Muhammad Taufik perlu mengikut ibunya pulang ke Otago, New
Zealand untuk tempoh yang lama demi keselamatan anaknya itu. Pembaca tidak menyangka Tan Sri
Muhaimin akan membuat keputusan tersebut tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Muhammad Taufik.
( hal. 14 - 1467 )
19 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
4. Peristiwa ketika Muhammad Taufik menerima rawatan di Hospital Besar Tanjung Karang, dia menerima
jambangan bunga dan ucapan semoga dia cepat sembuh daripada Nurul Hafsa. Pembaca berasa terkejut
dan hairan kerana pada ketika itu Nurul Hafsa berada di tangan penculik. ( hal. 157 )
5. Peristiwa Muhammad Taufik ditarik masuk ke dalam van berwarna putih yang sedia menunggunya di
hadapan tandas di stesen minyak PETRONAS. Pembaca tidak menyangka bahawa penculik itu berani
melarikan Muhammad Taufik di kawasan yang terbuka. ( hal. 161 )
Teknik Saspens
Saspens merujuk kepada peristiwa yang menimbulkan perasaan ingin tahu atau keadaan tertanya-tanya
dalam kalangan pembaca. Antara contoh saspen ialah:
1. Peristiwa pengemudi bot sukar memenuhi permintaan Nurul Hafsa yang gagal melihat kerlipan kelip-kelip
secara sinkronasi agar mereka menyusur cabang sungai dan mendekati mulut anak sungai yang gelap
milik individu serta menjadi kawasan larangan. Pembaca tertanya-tanya tentang rahsia di sebalik mulut
anak sungai yang gelap dan penuh misteri itu. ( hal. 21 – 22 )
2. Peristiwa Muhammad Taufik bersungguh-sungguh benar meminta Nurul Hafsa berjanji akan meneruskan
pencerapan data populasi kelip-kelip sekiranya sesuatu yang buruk terjadi kepadanya. Pembaca tertanya-
tanya perkara yang mungkin terjadi kepada Muhammad Taufik yang bersikap pelik pada ketika itu. ( hal
. 97 )
3. Peristiwa Budiman dan Nurul Hafsa berusaha menjejak tempat Muhammad Taufik ditimpa kemalangan
pada malam kejadian. Pembaca ingin tahu keadaan dan nasib Muhammad Taufik kerana Budiman dan
Nurul Hafsa mendapati dia sudah tiada di dalam kenderaan pacuan empat roda hibrid milik Muhammad
Taufik. ( hal. 125 - 126 )
4. Peristiwa ketika Nurul Hafsa melihat ayahnya bercakap perlahan dengan Tan Sri Muhaimin di satu sudut
seperti membincangkan perkara yang amat sulit. Pembaca tertanya-tanya perkara yang dibincangkan oleh
mereka sehingga mereka bercakap perlahan. ( hal. 135 )
5. Peristiwa Budiman dipukul hingga tergelimpang ke tanah dan Nurul Hafsa dilarikan oleh tiga orang lelaki
dengan kepalanya disarung kain gelap ketika mereka membuat pencerapan kelip-kelip di jeti Kampung
Kuantan. Pembaca tertanya-tanya perkara yang mungkin akan terjadi kepada mereka. ( hal. 153 - 154)
WATAK DAN PERWATAKAN
Perwatakan Watak Utama:
Nurul Hafsa
1. Nurul Hafsa pemegang ijazah dalam bidang fizik dan kaji falak dari Universiti Jordan.
2. Dia ialah gadis berumur 24 tahun, anak kepada Haji Yassir dan adik kepada Budiman.
3. Dia pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
4. Dari segi fizikalnya, Nurul Hafsa sedehana tinggi, susuk tubuhnya tidak terlalu kurus dan tidak pula berisi.
Kulitnya sawo matang dan mata berbentuk nipis tetapi irisnya besar. ( hal. 12 )
5. Seorang yang cinta akan alam sekitar. Nurul Hafsa berusaha mengatasi masalah pencemaran cahaya
di Kuala Selangor yang memberi kesan buruk kepada aktiviti pencerapan bintang dan pupolasi kelip-kelip
di Kampung Kuantan.
20 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
6. Seorang yang tabah. Nurul Hafsa tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha menjadikan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
7. Seorang yang yakin. Nurul Hafsa berjanji akan memulihkan keadaan langit Kuala Selangor yang terlalu
cerah kepada rombongan pemerhati bintang cilik dari Jepun.
8. Seorang yang baik hati / bersimpati / prihatin. Nurul Hafsa begitu prihatin akan nasib Muhammad
Taufik yang cedera diserang oleh musuh. ( hal. 126 )
9. Seorang yang bijaksana. Nuruf Hafsa bijak mematahkan hujah Dato’ Johannn Arlington-Majid sewaktu
membentangkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar. ( hal.
115 - 120 )
10. Seorang yang berani. Nuruf Hafsa berani menghantar laporan tentang tahap kecerahan langit di Kuala
Selangor kepada Majlis Daerah Kuala Selangor untuk diambil tindakan selanjutnya. ( hal. 42 )
11. Seorang yang berbudi bahasa. Nurul Hafsa menyuruh Muhammad Taufik bertanya kepada ayahnya
tentang hasrat Muhammad Taufik ingin melamarnya. ( hal. 186 )
12. Seorang yang gigih.
Nurul Hafsa gigih dalam merealisasikan impiannya menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan
Simpan Langit Gelap bagi tujuan pencerapan bintang dan pengekalan pupolasi kelip-kelip.
Nurul Hafsa gigih dalam usaha mengotakan janjinya kepada 15 orang pelajar cilik dari negara Jepun
yang ingin melihat bintang. ( hal. 42 ). Dia juga gigih membuat penyelidikan dan menyediakan folio
tentang Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor sebelum isu tersebut dibahaskan. ( hal. 48 )
13. Seorang yang bersyukur.
Nurul Hafsa bersyukur kerana Kuala Selangor akan menjadi Kawasan Simpan Langit Gelap pada tahun
hadapan. ( hal. 151 ). Nuruf Hafsa juga bersyukur kepada Tuhan kerana dia tidak dicederakan oleh
penjenayah ketika diculik dan dijadikan orang tawanan. ( hal. 167 )
14. Seorang yang teguh berpegang pada janji. Nurul Hafsa tetap meneruskan usaha mencerap populasi
kelip-kelip ketika Muhammad Taufik terlantar di hospital. Nurul Hafsa berjanji mengambil tanggungjawab
itu jika apa-apa berlaku kepada Muhammad Taufik. ( hal. 148 )
15. Seorang yang setia kawan. Nurul Hafsa bersama-sama abangnya, Budiman mencari Muhammad Taufik
yang ditimpa kemalangan dan menemuinya dalam keadaan berlumuran darah pada bahagian rusuknya.
( hal. 126 )
Nuruf Hafsa dan Budiman meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan
sebagaimana yang diminta oleh Muhammad Taufik ketika dia terlantar di hospital.
16. Seorang yang saling membantu dan bekerjasama. Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik saling
bekerjasama untuk mewujudkan dan mewartakan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit
Gelap dan mengekalkan populasi kelip-kelip di Kuala Selangor.
17. Seorang yang bertanggungjawab. Nurul Hafsa berusaha mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap
Kuala Selangor supaya dia dapat menjalankan tanggungjawab yang sebenarnya sebagai pegawai sains
di balai cerap.
18. Sorang yang taat akan perintah agama. Nuruf Hafsa tidak lupa menunaikan solat apabila tiba waktunya
dan selalu berdoa kepada Tuhan. Dia juga mengaitkan ilmu falak dengan tamadun Islam dan memulakan
pembentangan kertas cadangan di hadapan pegawai daerah dengan mukadimah surah al-A’raaf ayat
56, iaitu Allah menyuruh manusia menjaga alam sekitar kekal seperti yang telah diciptakan. Nurul Hafsa
juga mengaitkan bintang-bintang dengan kebesaran Allah.
19. Seorang yang menjaga maruah diri. Nurul Hafsa tidak keluar dari rumah tanpa memakai tudung ketika
menyambut abangnya pulang dari Taman Rimba Tampler kerana ada lelaki bukan muhrim bersama-
sama abangnya. ( hal. 30 ) Dia juga tidak berdua-duaan dengan Muhammad Taufik ketika mengadakan
perbincangan, sebaliknya ditemani oleh abangnya, Budiman.
20. Seorang yang prejudis / terburu-buru. Sebelum mengenali Muhammad Taufik, Nurul Hafsa
berprasangka buruk terhadap ‘ lelaki kelip-kelip ’ tersebut. Nurul Hafsa menganggap lelaki tersebut
seorang lelaki tua yang mementingkan diri sendiri kerana memagar sebahagian Sungai Selangor di
Kampung Kuantan dan merosakkan habitat kelip-kelip. ( hal. 46, 52, 91 )
21 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
21. Seorang yang pemarah. Nuruf Hafsa berasa marah kepada Muhammad Taufik kerana memagar
kawasan sungai di Kampung Kuantan tanpa mendengar penjelasan daripadanya terlebih dahulu. ( hal.
52 )
Nurul Hafsa juga marah apabila Muhammad Taufik bercerita tentang kelip-kelip photuris yang memakan
photuris jantan setelah berjaya memikat photuris jantan tersebut yang dianggap menyindirnya dan tiada
kaitan dengan tajuk perbincangan mereka. ( hal. 93 )
Watak dan Perwatakan Watak Sampingan:
Muhammad Taufik
1. Muhammad Taufik ialah anak tunggal kepada Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham Abdullah.
2. Dia berusia 26 tahun dan rakan baik Budiman
3. Dia seorang yang berpendidikan tinggi.
4. Dari segi fizikal, Muhammad Taufik bertubuh tegap, tinggi, berkulit cerah, rambut ikal hitam pekat dan
hidungnya mancung, mewarisi ciri-ciri fizikal ibu dan bapanya.( hal. 97-98 )
5. Seorang yang cinta akan alam sekitar. Muhammad Taufik mengusahakan projek Ikhtiar Teknoalam
yang berkongsepkan rumah mesra alam dan berusaha menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan
Simpan Langit Gelap dan habitat kelip-kelip. ( hal. 56-62 )
6. Seorang yang bersyukur. Muhammad Taufik bersyukur kerana dia berkesempatan berjumpa dengan
ibunya, Puan Maryam Wickham Abdullah yang lama terpisah ketika ibunya berkunjung ke Balai Cerap
Sultan Salahuddin. ( hal. 17 )
Muhammad Taufik juga bersyukur kerana peristiwa penculikan telah berlalu. Dia dan Nurul Hafsa dalam
keadaan selamat, manakala ibu bapanya bersatu kembali selepas kejadian tersebut. ( hal. 184 )
7. Seorang yang penyabar. Muhammad Taufik bersikap sabar dan tenang ketika berhadapan dengan Nurul
Hafsa yang berasa marah kepadanya kerana memagar sebahagian sungai di Kampung Kuantan. ( hal.
55 )
8. Seorang yang berhemah tinggi. Muhammad Taufik tetap tenang apabila Nurul Hafsa melemparkan
pelbagai tuduhan terhadapnya pada pertemuan kali pertama. Muhammad Taufik juga berusaha
menyatukan ibu bapanya yang telah bercerai dengan cara yang halus dan berhemah.
9. Seorang yang bersikap prihatin. Muhammad Taufik sanggup menemui penculik Nurul Hafsa dengan
tujuan untuk menyelamatkannya daripada penjenayah tersebut.
10. Seorang yang penyayang. Muhammad Taufik menyayangi kedua-dua ibu bapanya walaupun mereka
sudah berpisah dengan berusaha memenuhi permintaan mereka.
11. Seorang yang berterus terang. Muhammad Taufik berterus-terang dengan bertanyakan kepada Nurul
Hafsa sama ada dia sudi menerima lamarannya. ( hal. 186 )
12. Seorang yang tabah. Muhammad Taufik tabah meneruskan usaha menjadikan Kuala Selangor Kawasan
Simpan Langit Gelap untuk akativiti pencerapan bintang dan populasi kelip-kelip. ( hal. 143 )
13. Seorang yang gigih. Muhammad Taufik gigih berusaha menyatukan ibu dan ayahnya kembali yang
sudah lama berpisah. Dia juga gigih menyelamatkan alam sekitar dengan membina sebuah rumah
prototaip Ikhtiar Teknoalam walaupun memerlukan modal yang besar.
14. Seorang yang berbudi bahasa. Muhammad Taufik melayan kunjungan Nurul Hafsa dan Budiman
dengan mempelawa mereka naik ke rumah dan menyediakan minuman.
15. Seorang yang bertanggungjawab. Muhammad Taufik mencari helah dan sanggup memenuhi arahan
kumpulan penjenayah yang menculik Nurul Hafsa demi menyelamatkannya daripada kumpulan penculik
itu.
16. Seorang yang bijaksana. Muhammad Taufik bijak dalam memberikan pendapat dengan mencadangkan
punca serangan terhadapnya bukanlah jenayah biasa tetapi bermotifkan dendam dan persaingan
22 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
peribadi supaya tidak menjejaskan pelaksanaan Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor. ( hal.
142 )
17. Seorang yang taat kepada ibu bapa / patuh kepada ibu bapa. Muhammad Taufik akur dengan
kehendak ibu bapanya yang mahukan dia mengikut ibunya ke Otago, New Zealand sebaik-baik sahaja
dia keluar dari Hospital Besar Tanjung Karang. ( hal. 146 )
18. Seorang yang bersederhana. Muhammad Taufik menjalani hidup yang sederhana walaupun dia anak
tunggal kepada Tan Sri Muhaimin, salah seorang individu terkaya di Asia Tenggara dan berpengaruh. (
hal. 75 )
19. Seorang yang bersyukur. Muhammad Taufik bersyukur kerana ibunya kembali kepangkuannya. ( hal.
17 ) Muhammad Taufik juga bersyukur kerana dirinya dan Nurul Hafsa telah selamat daripada ancaman
penjenayah dan keluarganya bersatu kembali. ( hal. 184 )
20. Seorang setia kawan. Muhammad Taufik bimbang akan keselamatan Nurul Hafsa dan berusaha
menyelamatkannya daripada penculik.
Budiman
1. Anak kepada Haji Yassir dan abang kepada Nurul Hafsa.
2. Seorang guru sains di Sekolah Menengah Tanjung Karang dan berusia 26 tahun.
3. Seorang yang penyayang / bertanggungjawab
Budiman sentiasa menjaga kebajikan adiknya, Nurul Hafsa dengan mendengar perasaan tidak puas hati
Nurul Hafsa tentang keadaan langit di Kuala Selangor dan menemani Nurul Hafsa yang ingin bertemu
dengan Muhammad Taufik bagi mengemukakan cadangan kepada pihak berkuasa berkaitan masalah
tersebut.
4. Seorang yang setia kawan. Budiman dan Nurul Hafsa bergegas mencari Muhammad Taufik yang
ditimpa kemalangan. Mereka menemui Muhammad Taufik dalam keadaan berlumuran darah pada
bahagian rusuknya dan menghantarnya ke Hospital Tanjung Karang setelah ambulans tiba.
5. Seorang yang komited dengan tugas. Budiman membawa murid-muridnya yang merupakan
ahli pengakap sekolah berkhemah di Taman Rimba Tampler selama tiga hari.
6. Seorang yang prihatin. Budiman segera mendapatkan Muhammad Taufik sebaik sahaja menerima
panggilan daripadanya selepas dia ditimpa kemalangan selepas solat isyak di masjid.
7. Seorang yang taat akan perintah agama. Budiman menunaikan solat isyak di masjid bersama-sama
dengan Muhammad Taufik.
8. Seorang yang baik hati. Budiman membawa ayah dan adiknya ke hospital pada pukul 5.00 pagi untuk
menziarahi Muhammad Taufik.
9. Seorang yang berwawasan. Budiman melanjutkan pelajaran peringkat sarjana sambil bertugas
sebagai guru sains. Ketika Nuruf Hafsa dan Muhammad Taufik mengadakan perbincangan, dia
menyiapkan tugasan program sarjananya.
Tan Sri Muhaimin
1. Beliau ialah bapa kepada Muhammad Taufik dan berusia dalam lingkungan 50-an.
2. Pemilik syarikat Dedaun Emas dan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
3. Tan Sri Muhaimin merupakan antara salah seorang jutawan di Asia Tenggara.
4. Seorang yang berpengaruh. Tan Sri Muhaimin menggunakan pengaruhnya untuk membolehkan
Muhammad Taufik dan Nuruf Hafsa membentangkan kertas kerja projek Kawasan Simpan Langit
Gelap Kuala Selangor.
23 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
5. Seorang yang bertanggungjawab. Tan Sri Muhaimin menyuruh Muhammad Taufik mengikuti ibunya
ke Otago demi keselamatannya yang diancam oleh penjenayah. Beliau juga turun dari kereta untuk
menemani Muhammad Taufik yang hendak pergi ke tandas di stesen minyak PETRONAS.
6. Seorang yang merendah diri. Walaupun kaya dan ternama, Tan Sri Muhaimin sanggup memandu
keretanya sementara pemandunya, Sobirin tertidur di tempat duduk sebelahnya kerana keletihan.
7. Seorang yang penyayang. Tan Sri Muhaimin sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan anak
tunggalnya, Muhammad Taufik. Beliau menyokong usaha Muhammad Taufik mengekalkan populasi
kelip-kelip dan membina rumah prototaip mesra alam, iaitu Ikhtiar Teknoalam.
8. Seorang yang baik hati. Tan Sri Muhaimin tidak berdendam dengan bekas isterinya, Maryam
Wickham Abdullah walaupun mereka tidak sehaluan.
9. Seorang yang taat akan perintah agama. Tan Sri Muhaimin menunaikan solat subuh bersama-sama
dengan keluarga Haji Yassir di surau hospital.
10. Seorang yang bersyukur. Tan Sri Muhaimin mengadakan majlis kesyukuran dengan kembalinya
anak dan isteri ke pangkuannya. Anaknya, Muhammad Taufik telah dapat diselamatkan daripada
penjenayah dan Tan Sri Muhaimin bernikah kali kedua dengan bekas isterinya, Puan Maryam
Wickham Abdullah.
Puan Maryam Wickham Abdullah
1. Beliau ialah wanita berusia lingkungan 50-an dan berketurunan Kaukasia.
2. Beliau fasih berbahasa Melayu.
3. Beliau ibu kepada Muhammad Taufik dan aktivis alam sekitar.
4. Beliau bekerja di Tokyo sebagai aktivis alam sekitar di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
5. Seorang yang keras hati. Puan Wickham sanggup meminta cerai daripada Tan Sri Muhaimin demi
cita-citanya yang ingin mengembara dan menjaga alam sekitar daripada tercemar.
6. Seorang yang cinta akan alam sekitar. Selepas belajar di universiti, Puan Wickham sudah
melibatkan diri sebagai aktivis alam sekitar. Beliau mengiringi sekumpulan kanak-kanak dari Jepun
untuk memerhati bintang di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
7. Seorang yang penyayang. Puan Wickham memberitahu Muhammad Taufik bahawa dia amat
menyayangi dan merindui anaknya itu ketika mereka berjumpa di Balai Cerap Sultan Salahuddin.
Beliau menerima pelawaan Muhammad Taufik agar bermalam di rumahnya dan sempat memasak
makanan tengah hari untuk anaknya itu
8. Seorang yang bersikap toleransi. Puan Maryam sanggup bernikah kali kedua dengan Tan Sri
Muhaimin demi kebahagian anaknya, Muhammad Taufik.
Dato’ Johannn Arlington-Majid
1. Dato’ Johannn Arlington-Majid berdarah kacukan Melayu dan Irish.
2. Seorang yang pendendam. Dato’ Johannn masih berdendam dengan Tan Sri Muhaimin kerana
Maryam Wickham menerima Tan Sri Muhaimin sebagai suami, bukan dirinya dan kini Syarikat
Dedaun Emas milik Tan Sri Muhaimin menjadi saingan kepada syarikatnya dalam isu lampu di Kuala
Selangor.
3. Seorang yang berhati jahat. Dato’ Johannn sengaja membawa kekeliruan dengan membidas segala
hujah Nurul Hafsa agar projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor tidak dipersetujui oleh
Menteri Besar.
4. Seorang yang tidak berperikemanusiaan. Dato’ Johannn mengupah penjahat untuk menculik
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa.
24 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
Haji Yassir
1. Beliau ialah bapa kepada Nurul Hafsa dan Budiman.
2. Seorang yang taat kepada ajaran agama. Haji Yassir pernah menunaikan ibadat haji dan tidak lalai
dalam mengerjakan solat.
3. Seorang yang berjimat cermat. Haji Yassir menadah air hujan di dalam tempayan walaupun
rumahnya mendapat bekalan air.
4. Seorang yang penyayang / bertanggungjawab. Haji Yassir memenuhi permintaan Nurul Hafsa yang
meminta menemaninya pergi ke jeti bagi menaiki bot menyusuri sungai untuk melihat kelip-kelip di
Kampung Kuantan.
Watak sampingan lain:
1. Dato’ Haji Mustofa al-Hamidi
(Pegawai Daerah Kuala Selangor dan rakan karib Dato’ Johannn)
2. Tan Sri Yahya
(Rakan sekolah Tan Sri Muhaimin dan wakil kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi Projek
Taman Bandaran Raya Hijau)
3. Sobirin
(Pemandu Tan Sri Muhaimin)
4. Utada
(Salah seorang pengiring pelajar dari Jepun)
5. Hotaru dan Kaito
(Kanak-kanak Jepun yang menyertai rombongan ke Balai Cerap Sultan Salahuddin)
6. Puan Foziah
(Pegawai atasan Nuruf Hafsa di pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor)
7. Basiron
(Pengemudi bot ketika Nurul Hafsa menyusuri sungai di Kampung Kuantan)
8. Vimala
(Jururawat yang menyerahkan kad dan jambangan bunga kepada Kostabel Hussein untuk dberikan
kepada Muhammad Taufik)
9. Inspektor Lim Teck Hoe
( Ketua dalam operasi menyelamatkan Muhammad Taufik)
10. Kostabel Hussein
( Pegawai polis yang berjaga di hadapan wad yang menempatkan Muhammad Taufik)
11. Dr. Tamilarasan
( Doktor yang merawat Muhammad Taufik di Hospital Besar Tanjung Karang)
25 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
LATAR
Masa Tempat Huraian dan Contoh Peristiwa
Malam Balai Cerap Sultan • Nurul Hafsa bertugas sebagai pegawai sains dan menjadi
Salahuddin, Bukit pemandu kepada pengunjung kanak-kanak dari Jepun untuk
Pukul Melawati, Kuala mencerap bintang.
10.00 malam Selangor
Sungai di Kampung • Muhammad Taufik berjumpa dengan ibunya, Maryam
Pagi Kuantan, Kuala Wickham.
Pukul Selangor
5.00 pagi Kawasan Sungai • Nurul Hafsa dan pasangan pelancong orang putih menaiki
Pukul 8.20 Selangor milik bot menyusur sungai untuk melihat kelip-kelip. Mereka
Pagi persendirian hanya dapat melihat beberapa ekor kelip-kelip sahaja.
Tengah hari Muhammad Taufik
• Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman menaiki
Siang hari Jeti persendirian sampan untuk melihat populasi kelip-kelip. Nurul Hafsa
26 milik Muhammad mendapati kawasan itu gelap dalam Kelas 2 Skala Langit
Taufik Bortle. Mereka melihat banyak kelip-kelip yang
Lorong Malinja, iaitu mengeluarkan cahaya secara serentak.
jalan menuju ke
rumah Muhammad • Nurul Hafsa dan Budiman membuat pencerapan populasi
Taufik kelip-kelip.
Hospital Besar
Tanjung Karang • Budiman dipukul dan Nurul Hafsa diculik oleh penculik
upahan Dato’ Johannn Arlington-Majid.
Masjid Jamik Sultan
Ibrahim Kuala • Penjahat upahan Dato’ Johannn Arlington-Majid
Selangor menghalang jalan dengan meletakkan besi tajam sehingga
tayar kereta Muhammad Taufik bocor. Muhammad Taufik
Wad Hospital Besar diserang, dirompak dan dicederakan.
Tanjung Karang
• Muhammad Taufik menerima rawatan setelah diserang oleh
Hospital Besar penjahat upahan Dato’ Johannn Arlington-Majid.
Tanjung Karang
• Tan Sri Muhaimin mengadakan majlis kenduri kesyukuran
Stesen PETRONAS untuk meraikan pernikahan kali kedua dengan bekas
isterinya, Maryam Wickham Abdullah di masjid itu pada
Rumah Haji Yassir waktu siangnya.
Rumah Muhammad • Muhammad Taufik menyatakan hasratnya untuk melamar
Taufik Nurul Hafsa pada Sabtu minggu hadapan.
Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala • Jururawat Vimala menghantar sejambak bunga mawar
Lumpur pemberian seseorang kepada Muhammad Taufik.
Berdasarkan kad dan nota, Muhammad Taufik menyedari
Rumah Muhammad bahawa Nurul Hafsa sudah diculik dan dia dikehendaki
Taufik menjadi galang ganti.
• Nurul Hafsa, Budiman dan Haji Yassir pergi ke hospital
untuk melawat Muhammad Taufik.
• Keluarga Haji Yassir, Tan Sri Muhaimin dan Maryam
Wickham bersolat subuh di surau hospital.
• Muhammad Taufik diculik oleh penjahat yang diupah oleh
Dato’ Johannn Arlington-Majid.
• Budiman baru pulang dari Taman Rimba Templer selepas
dihantar oleh Muhammad Taufik.
• Haji Yassir makan tengah hari bersama anak-anaknya.
• Nurul Hafsa membincangkan dengan Budiman tentang
masalah kecerahan langit di Kuala Selangor yang
menghalang tugasannya sebagai pegawai sains di BCSS.
• Tan Sri Muhaimin, Muhammad Taufik dan Sobirin makan
tengah hari bersama-sama. Makanan itu dimasak oleh Puan
Maryam Wickham Abdullah.
• Sobirin menunggu kepulangan Tan Sri Muhaimin dari
Jakarta selama dua jam.
• Budiman membawa Nurul Hafsa bertemu dengan
Muhammad Taufik. Muhammad Taufik menunujukkan
projek perumahan mesra alam yang dinamakan Ikhtiar
Teknoalam. Nurul Hafsa pula menunjukkan kertas
cadangan untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai
Kawasan Simpan Gelap.
Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
Masa Tempat Huraian dan Contoh Peristiwa
Hotel • Tan Sri Muhaimin menandatangani memorandum
persetujuan dengan pihak Bandar Raya Kuala Lumpur
Lobi hotel untuk membina Taman Bandar Raya Hijau Kuala Lumpur di
atas tapak seluas 300 hektar.
Siang hari Bilik tutorial
Perpustakaan Awam • Tan Sri Muhaimin bertemu dan berbual-bual dengan Tan Sri
Sultan Sharafuddin Yahya. Tan Sri Yahya, teman lamanya ketika bersekolah di
Kuala Selangor Maktab Sains MARA Rembau. Tan sri Yahya bercerita
tentang kehidupan anak-anaknya yang hidup dalam dunia
Di tepi jalan besar glamor. Tan Sri Muhaimin berasa amat bersyukur kerana
kawasan estet dikurniakan Muhammad Taufik sebagai anak yang baik.
Kaki rumah api • Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik mengadakan
Kuala Selangor perbincangan tentang rasionalnya Kuala Selangor menjadi
Kawasan Simpan Langit Gelap bagi tujuan mengekalkan
Siang hari Bilik mesyuarat kawasan kelip-kelip dan pusat kaji bintang antarabangsa
seminggu Pejabat Daerah sebelum dibentangkan di hadapan pegawai daerah dan
selepas Kuala Selangor Menteri Besar Selangor. Mereka ditemani oleh Budiman.
perbincangan
• Nurul Hafsa dibebaskan oleh penculik upahan Dato’
4 November Johannn Arlington-Majid.
Wad Hospital Besar • Dato’ Johannn Arlington-Majid dimaklumkan oleh Dato’ Haji
Tanjung Karang Mustofa al-Hamidi bahawa Menteri Besar tertarik dengan
Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor dan akan
mewartakannya pada tahun hadapan. Dato’ Johannn
Arlington-Majid amat marah kerana peluangnya
membekalkan lampu di kawasan Kuala Selangor tergugat.
• Nurul Hafsa dengan ditemani oleh Muhammad Taufik
mengadakan pembentangan cadangan mewujudkan
Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor. Dato’
Johannn Arlington-Majid cuba menggagalkan usaha
mereka, namun pegawai daerah bersetuju dengan
cadangan itu untuk dibawa kepada Menteri Besar.
• Muhammad Taufik membaca akhbar bertarikh 4
November. Menteri Besar, Dato’ Johari bin Haji Ahmad
Kelana mengumumkan bahawa Kuala Selagor akan
diwartakan sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap yang
pertama di Asia Tenggara mulai tahun hadapan.
Masa Huraian dan Contoh Peristiwa
50 tahun lalu • Peristiwa penduduk Kuala Selangor telah menikmati bekalan air paip.
Waktu • Seminggu telah berlalu selepas peristiwa Nurul Hafsa menghantar laporan tentang
seminggu tahap kecerahan langit Kuala Selangor ke Pejabat Daerah Kuala Selangor.
berlalu
Latar Masyarakat:
1. Masyarakat Melayu
Keluarga Haji Yassir, Tan Sri Muhaimin, pegawai daerah, Menteri Besar dan kebanyakan penduduk
Kuala Selangor ialah masyarakat Melayu.
2. Masyarakat penjawat awam
Inspektor Lim Teck Hoe, Kostabel Hussein, Dr. Tamilarasan dan jururawat Vimala ialah penjawat
awam.
27 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
3. Masyarakat usahawan
Tan Sri Muhaimin dan Dato’ Johannn Arlington-Majid ialah usahawan yang berjaya dan sentiasa
bersaing. Syarikat Dedaun Emas milik Tan Sri Muhaimin telah memenangi tender membina Taman
Bandar Raya Hijau Kuala Lumpur yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.
4. Masyarakat yang berkahwin campur
Tan Sri Muhaimin yang berketurunan Jawa telah berkahwin dengan Maryam Wickham yang
berketurunan Kaukasia.
5. Masyarakat yang terpelajar
Nurul Hafsa belajar di Universiti Jordan dalam bidang fizik dan ilmu falak, manakala Muhammad
Taufik pula mempunyai ijazah sarjana.
6. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar
Muhammad Taufik membina rumah mesra alam, menggunakan kereta hibrid dan mengekalkan
populasi kelip-kelip. Nurul Hafsa pula ingin mengembalikan kawasan langit gelap di Kuala Selangor
supaya bandar itu kekal sebagai kawasan pencerapan bintang dan kawasan kelip-kelip. Maryam
Wickham Abdullah menjadi aktivis alam sekitar di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
7. Masyarakat yang perihatin akan kesusahan orang lain
Budiman dan Nurul Hafsa segera mendapatkan Muhammad Taufik sebaik-baik sahaja menerima
panggilan daripada Muhammad Taufik selepas dia mengalami kemalangan.
8. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarga
Budiman sentiasa menjaga kebajikan adiknya, Nurul Hafsa dengan mendengar perasaan tidak puas
hati Nurul Hafsa tentang keadaan langit di Kuala Selangor yang mengalami pencemaran cahaya dan
menemani Nurul Hafsa yang ingin bertemu dengan Muhammad Taufik bagi mengemukakan
cadangan kepada pihak berkuasa berkaitan masalah tersebut.
9. Masyarakat yang taat kepada ajaran agama
Keluarga Haji Yassir, Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham Abdullah menunaikan solat subuh di
surau Hospital Besat Tanjung Karang ketika Muhammad Taufik dirawat di situ.
10. Masyarakat yang bekerjasama untuk mencapai sesuatu tujuan
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman bekerjasama untuk menyediakan laporan tentang
Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk dibentangkan di hadapan Menteri Besar.
Mereka mengambil masa selama seminggu untuk mengemas kini dan memantapkan bahan
pembentangan mereka.
11. Masyarakat yang berani menyatakan pendapat dan hujah
Nurul Hafsa berani menjawab soalan yang tidak putus-putus daripada Dato’ Johannn Arlington-Majid
dan membentangkan laporannya untuk mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor
di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, pencinta alam, dan usahawan teknologi hijau.
12. Masyarakat yang bersyukur kepada Tuhan
Tan Sri Muhaimin mengadakan majlis kesyukuran dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuannya. Anaknya, Muhammad Taufik telah dapat diselamatkan daripada penjenayah dan Tan
Sri Muhaimin bernikah kali kedua dengan bekas isterinya, Puan Maryam Wickham Abdullah.
13. Masyarakat yang tabah dalam usaha melestarikan alam sekitar
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah dalam usaha mereka mengatasi pencemaran cahaya di
Kuala Selangor dan mengekalkan populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan. Sebelum berjaya
mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor, mereka terpaksa berhadapan dengan
pelbagai cabaran terutama daripada Dato’ Johannn Arlington-Majid.
Catatan :
Persoalan. nilai kemanusiaan, latar masyarakat dan pengajaran boleh dijelaskan melalui
perwatakan watak-watak yang terdapat dalam novel yang dibaca.
28 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
GAYA BAHASA
1. Istilah
a. berkaitan astronomi. Contoh, Betelgeuse, Rigel, Saiph, Almitak, Mintaka, Alvilam, dan Orion. (
hal. 5 )
b. berkaitan bahasa Arab, Contoh, al-Quran ( hal. 64 ), Allah S.W.T., at-Taubah ( hal. 65 ), fajar al-kazhib
( hal. 91 )
c. berkaitan sains fizik. Contoh, panel fotovoltan ( hal. 56-58 ), semikonduktor silikon ( hal. 58 ), elektron-
elektron ( hal. 58 )
2. Penggunaan bahasa asing
Contoh, bahasa Inggeris - honey ( hal. 73 ), full cut off, drop lens cobra luminaire ( hal. 112)
bahasa Arab - “Masya-Allah.” ( hal. 70), Alhamdulillah ( hal. 73 ), Waalaikumussalam ( hal. 130 )
3. Simile
Contoh, ... ibunya akan pergi lagi umpama seorang puteri yang tergesa-gesa lari dari majlis tari-menari
dalam kisah si pari-pari. ( hal. 17 )
Namun menunggu kehadiran serangga yang menghasilkan cahaya melalui proses biokimia itu bagaikan
menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. ( hal. 21 ) Awak berani bagaikan srikandi. ( hal. 96
) Maryam pergi lepas bebas seperti burung terbang mengejar bintang-bintang di langit. ( hal. 37 )
4. Perbandingan terus
Contoh, Aku bukan malaikat, kata gumpalan darah hitam itu. ( hal. 110 ) Wajah Nurul Hafsa tiba-tiba
seperti dilanda ilham dan sepantas kilat dia menjawab. ( hal. 120 )
5. Repetisi
Contoh, Hendak dikatakan saudara bukan, kawan pun bukan. ( hal. 96 )
Lagi tinggi ukuran lumen, lagi terang sesuatu lampu itu. ( hal. 117 )
6. Sinkope
Contoh, “ Saya memang dah cukup sedia... (hal.47) ... dia cedera ringan saja.” ( hal. 70 )
“ Tak tahu. Tiga orang ... ” (hal.128)
7. Peribahasa
Contoh, bagai bulan dipagar bintang (hal.77), air tangan (hal.41), Hilang akal (hal.45), membisu seribu
bahasa (hal.38), tersenyum sumbing ( hal. 120 ), musuh ketat ( hal. 114 ), makan gaji buta ( hal.44 )
8. Personifikasi
Contoh, Cahaya melimpah daripada lampu berbelas-belas kamera yang bertalu-talu menampar wajah
Tan Sri Muhaimin. (hal.63) Sedang fikirannya dijajah oleh ingatan tentang anaknya Muhammad
Taufik. ( hal. 70 ) Tajam pandangan Nurul Hafsa memanah wajah lelaki itu dan abangnya Budiman (
hal. 184 )
9. Perlambangan
Contoh, Kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia. (hal.186)
10. Metafora
Contoh, Mindanya berputar ligat, mencari nama bintang itu dalam korpus pengetahuannya. (hal.4-5 )
... dan saya akan kotakan janji saya. Ibu dan ayah janganlah khuatir.” (hal.143), Budiman yang berdiri
di luar lingkungan kalut itu juga datang memeluk adiknya. ( hal. 168)
11. Hiperbola
Contoh, Dia cuba berseloroh sedang hatinya bagai dikoyak-koyak apabila menyedari dia bergurau
tentang perkara yang bukan gurauan (hal.15), Mereka bertiga menanti selama lima minit yang dirasakan
umpama seribu tahun sebelum ambulans dan polis sampai. (hal.128) Tan Sri Muhaimin memandang
wajah anaknya dengan satu pandangan berat yang merahsiakan seribu bicara. ( hal. 40 )
12. Inversi
Contoh, “ Saya setuju amat.” ( hal. 62 ) Sepatutnya : Saya amat setuju.
Kejadian malam itu, jika boleh dia tidak mahu ingat semula. ( hal. 138 )
Sepatutnya : Jika boleh dia tidak mahu ingat semula kejadian malam itu.
29 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
“Malam ini adik-adik hanya dapat melihat sebahagian sahaja daripada buruj Orion kerana langit di Kuala
Selangor terlalu cerah”. ( hal. hal. 7 )
Sepatutnya : “Adik-adik hanya dapat melihat sebahagian sahaja daripada buruj Orion malam ini kerana
langit di Kuala Selangor terlalu cerah”.
“Laju sungguh Tan Sri memandu?” Sobirin melihat jam tangannya. ( hal. 38 )
Sepatutnya : Tan Sri memandu laju sungguh?” Sobirin melihat jam tangannya.
13. Kosa kata luas.
Contoh, komprehensif ( hal. 53 ), spesifikasi ( hal. 67 ) aplikasi ( hal. 68 ), ladeni ( hal. 78 )
14. Kata ganda
Contoh, juzuk-juzuk ( hal. 1 ), remeh-temeh ( hal. 45 ) zarah-zarah ( hal. 82 )
15. Penggunaan ayat pendek dan ayat tanpa subjek.
Contohnya, Budiman tertawa. ( hal. 137), Muhammad Taufik terdiam. ( hal. 142 ) Jauh sekali. “Berapa
lama?” ( hal. 151)
16. Satu perkataan.
Contoh, “Kita?” ( hal. 35 ) Bunga. ( hal. 159 ), “Apa?” ( hal. 186 )
SUDUT PANDANGAN
1. Keseluruhan cerita dalam novel ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga, iaitu pengarang
bercerita segala peristiwa yang berlaku.
2. Semua peristiwa, tempat, pemikiran, perasaan dan hal-hal lain diceritakan oleh pengarang
berdasarkan pengalaman dan khayalannya menggunakan watak orang lain.
3. Sebagai contoh, pengarang menceritakan tentang Nurul Hafsa yang menjadi pemandu pengunjung
kanak-kanak dari Jepun dan memaparkan kata hati Nurul Hafsa yang berkonflik dengan watak lain.
Pengarang juga menceritakan cara Muhammad Taufik diculik oleh orang upahan Dato’ Johannn
Arlington-Majid.
4. Pengarang juga menjadi orang yang serba tahu dalam semua cerita yang disampaikan.
NILAI
Nilai Kasih sayang
o Kasih sayang ibu bapa terhadap anak
Tan Sri Muhaimin menunaikan semua permintaan Muhammad Taufik untuk projek mesra alamnya. Ketika
berada di Hospital Besar Tanjung Karang, Tan Sri Muhaimin berdoa agar anaknya, Muhammad Taufik
selamat setelah dipukul oleh penjenayah yang diupah oleh Dato’ Johannn Arlington-Majid. Puan Wickham
memberitahu Muhammad Taufik bahawa dia amat menyayangi dan merindui anaknya itu ketika mereka
bertemu di Balai Cerap Sultan Salahuddin.
o Kasih sayang anak terhadap ibu bapa
Muhammad Taufik mempelawa ibunya, Maryam Wickham Abdulah tidur di rumahnya ketika ibunya datang
ke Malaysia kerana sudah lama mereka tidak bersua. Muhammad Taufik juga berusaha menyatukan ibu
bapanya semula.
Nurul Hafsa akan membina stor untuk ayahnya apabila mendapat gaji pertama supaya peralatan berkebun
ayahnya tidak dicuri orang.
o Kasih sayang terhadap rakan
Nurul Hafsa bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik dan sentiasa mengikuti perkembangan
kesihatannya. Muhammad Taufik sayang akan Nurul Hafsa dan ingin menyuntinnya sebagai isteri.
30 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
o Kasih sayang abang terhadap adik
Budiman sentiasa menemani adiknya, Nurul Hafsa ketika adiknya mengadakan perbincangan dengan
Muhammad Taufik tentang projek Kawasan Simpanan Langit Gelap. Budiman juga menemani Nurul Hafsa
mengambil data populasi kelip-kelip sehingga pukul 10.00 di kawasan jeti milik Muhammad Taufik.
Nilai Kegigihan
o Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman gigih dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar.
Mereka gigih berusaha mengatasi masalah pencemaran cahaya dan mengembalikan kegelapan langit di
Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang dan habitat populasi kelip-kelip. Mereka telah
berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang
pertama di Asia Tenggara.
Nilai Ketabahan
o Ketabahan menghadapi cabaran hari pertama bertugas
Nurul Hafsa tabah menghadapi dugaan pada hari pertama dia bertugas di Balai Cerap Sultan Salahuddin
apabila 15 orang pelajar dan tiga orang pengiring mereka dari Jepun berasa kecewa kerana tidak dapat
melihat bintang-bintang disebabkan langit pada malam tersebut terlalu cerah. Sebagai seorang pegawai
sains, Nurul Hafsa terpaksa memberikan penjelasan kepada mereka dan berjanji akan membawa bintang-
bintang ke Kuala Selangor kembali meskipun diragui oleh Puan Wickham.
o Ketabahan dalam melestarikan alam sekitar
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah dalam usaha mereka mengatasi pencemaran cahaya di Kuala
Selangor dan mengekalkan populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan. Sebelum berjaya mewujudkan
Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor, mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran
terutama daripada Dato’ Johannn Arlington-Majid.
o Ketabahan menghadapi ancaman penjenayah
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi kekejaman penculik yang diupah oleh Dato’
Johannn Arlington-Majid demi menggaggalkan usaha mereka mewujudkan Kawasan Langit Gelap di Kuala
Selangor. Nurul Hafsa diculik sebagai galang ganti untuk mendapatkan Muhammad Taufik, anak kepada
Tan Sri Muhaimin yang menjadi musuh peribadi dan perniagaan Dato’ Johannn Arlington-Majid.
Nilai Keberanian
o Keberanian menyatakan pendapat dan hujah
Nurul Hafsa berani menjawab soalan yang tidak putus-putus daripada Dato’ Johannn Arlington-Majid ketika
membentangkan laporannya untuk mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor di
hadapan Menteri Besar, ahli akademik, pencinta alam, dan usahawan teknologi hijau.
o Keberanian menyelamatkan rakan yang dalam kesusahan
Apabila menerima nota daripada penculik Nurul Hafsa, Muhammad Taufik memberanikan diri untuk
mengikut kumpulan penculik supaya dia dapat mengesan kedudukan Nurul Hafsa.
Nilai Kerjasama
o Kerjasama melestarikan alam sekitar
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman bekerjasama untuk menyediakan laporan tentang Kawasan
Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk dibentangkan di hadapan Menteri Besar. Mereka mengambil
masa selama seminggu untuk mengemas kini dan memantapkan bahan pembentangan mereka.
o Kerjasama masyarakat demi membanteras kegiatan jenayah
Seorang penduduk telah membuat aduan di Balai Polis Bestari Jaya tentang terdapatnya aktiviti bukan
perladangan di ladang kelapa sawit yang terletak jauh di kawasan pedalaman Bestari Jaya. Maklumat itu
membantu pihak polis menumpaskan penjenayah yang mencedera dan menculik Muhammad Taufik.
o Kerjasama dalam menyiapkan tugasan
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman bekerjasama menyediakan laporan tentang projek Kawasan
Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor untuk dibentangkan di hadapan Menteri Besar. Mereka mengambil
masa selama seminggu bagi mengemas kini dan memantapkan bahan persembahan tersebut.
31 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
o Kerjasama menjayakan sesuatu majlis
Setelah selesai majlis kesyukuran kerana kembalinya anak dan isteri ke pangkuan Tan Sri Muhaimin di
Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor kira-kira pukul 10.00 malam, kaum wanita yang hadir telah
membantu keluarga Muhammad Taufik membasuh talam-talam dan peralatan hidangan sebelum
dipulangkan kembali ke restoran.
Nilai Tanggungjawab
o Tanggungjawab masyarakat terhadap alam sekitar
Muhammad Taufik bergiat aktif dalam pembinaan rumah mesra alam, iaitu Ikhtiar Teknoalam dan
menggunakan kereta hibrid agar mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar.
o Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
Muhammad Taufik berusaha menyatukan ibu bapanya kembali yang lama berpisah. Nurul Hafsa pula akan
membina sebuah stor untuk ayahnya menyimpan peralatan berkebun supaya tidak dicuri orang.
o Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan anak tunggal
mereka, Muhammad Taufik. Mereka menyokong usaha Muhammad Taufik melestarikan alam sekitar
seperti mengekalkan populasi kelip-kelip dan membina rumah prototaip mesra alam, iaitu Ikhtiar
Teknoalam.
o Tanggungjawab rakan terhadap rakan
Budiman dan Nurul Hafsa bergegas mencari Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan setelah diserang
selepas menunaikan solat isyak. Mereka menemui Muhammad Taufik dalam keadaan berlumuran darah
pada bahagian rusuknya dan menghantarnya ke Hospital Tanjung Karang setelah ambulans tiba.
o Tanggungjawab abang terhadap adik
Budiman sentiasa menjaga kebajikan adiknya, Nurul Hafsa dengan mendengar perasaan tidak puas hati
Nurul Hafsa tentang keadaan langit di Kuala Selangor yang mengalami pencemaran cahaya dan
menemani Nurul Hafsa yang ingin bertemu dengan Muhammad Taufik bagi mengemukakan cadangan
kepada pihak berkuasa berkaitan masalah tersebut.
o Tanggungjawab individu terhadap agama dan Tuhan
Keluarga Haji Yassir, Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham Abdullah menunaikan solat subuh di surau
Hospital Besat Tanjung Karang ketika Muhammad Taufik dirawat di situ.
Nilai Keperihatinan
o Keperihatinan anak terhadap ayah
Nurul Hafsa memberitahu ayahnya bahawa dia akan membina sebuah stor untuk ayahnya menyimpan
peralatan berkebun agar tidak berlaku kecurian.
o Keperihatinan rakan terhadap rakan
Budiman dan Nurul Hafsa segera mendapatkan Muhammad Taufik sebaik-baik sahaja menerima
panggilan daripada Muhammad Taufik selepas dia mengalami kemalangan.
o Keperihatinan masyarakat terhadap alam sekitar
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik gigih melestarikan alam sekitar. Puan Wickham seorang aktivis alam
sekitar di peringkat sejagat.
Nilai Keyakinan
o Nurul Hafsa yakin yang dia mampu mengubah dan memulihkan keadaan langit di Kuala Selangor yang
terlalu cerah kepada rombongan pemerhati bintang cilik dan pengiring mereka dari Jepun.
32 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
Nilai Setia kawan
o Nurul Hafsa dan Budiman mengambil alih tugas Muhammad Taufik mencerap populasi kelip-kelip ketika
Muhammad Taufik dirawat di hospital. Mereka juga mencari Muhammad Taufik di dalam semak setelah
pemuda tersebut diserang oleh penjahat-penjahat.
o Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penjahat di stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital
semata-mata untuk menyelamatkan kawannya, iaitu Nurul Hafsa yang diculik.
Nilai Cinta akan Negara
o Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa berusaha mengekalkan alam semula jadi supaya Kuala Selangor tetap
menjadi tarikan pelancong untuk melihat kelip-kelip. Dia juga mengambil inisiatif membina rumah mesra
alam dan menggunakan kereta hibrid Proton Pria.
Ketaatan / Kepatuhan
o Muhammad Taufik taat dan patuh dengan kehendak bapanya yang mahukan dia mengikut ibunya ke
Otago, New Zealand sebaik-baik sahaja dia keluar dari Hospital Besar Tanjung Karang. ( hal. 146 )
Nilai Ketaatan kepada Tuhan
o Keluarga Haji Yassir, Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham Abdullah menunaikan solat subuh di surau
Hospital Besar Tanjung Karang ketika Muhammad Taufik dirawat di situ.
Nilai hormat-menghormati / hemah tinggi
o Muhammad Taufik tetap menghormati Nurul Hafsa sebagai tetamunya walaupun Nuruf Hafsa kelihatan
marah terhadapnya kerana mengepung sebahagian sungai di Kampung Kuantan.
Nilai Simpati
o Nurul Hafsa simpati akan Muhammad Taufik yang berikhtiar untuk menyatukan ibu dan bapanya semula
dengan menjadi anak yang patuh. ( hal. 152 )
Nilai Rasional
o Muhammad Taufik bersetuju pada awalnya mengikut ibunya ke Otago, New Zealand setelah diminta oleh
ayahnya, tetapi apabila dia mengetahui Nurul Hafsa diculik, Muhammad Taufik bertindak rasional dengan
membuat helah untuk menyelamatkan gadis tersebut.
Nilai Kesyukuran
o Nurul Hafsa bersyukur kerana Kuala Selangor akan menjadi Kawasan Simpan Langit Gelap pada tahun
hadapan. Nuruf Hafsa juga bersyukur kepada Tuhan kerana dia tidak dicederakan oleh penjenayah ketika
diculik dan dijadikan orang tawanan.
33 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah cinta akan alam sekitar
Muhammad Taufik membina rumah mesra alam, menggunakan kereta hibrid dan mengekalkan populasi
kelip-kelip di Kampung Kuantan. Nurul Hafsa ingin mengembalikan kawasan langit gelap di Kuala Selangor
supaya bandar itu kekal sebagai kawasan pencerapan bintang dan kawasan kelip-kelip. Maryam Wickham
Abdullah menjadi aktivis alam sekitar di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
2. Kita hendaklah perihatin terhadap kesusahan orang lain
Budiman dan Nurul Hafsa segera mendapatkan Muhammad Taufik sebaik-baik sahaja menerima
panggilan daripada Muhammad Taufik selepas dia mengalami kemalangan.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ahli keluarga
Budiman sentiasa menjaga kebajikan adiknya, Nurul Hafsa dengan mendengar perasaan tidak puas hati
Nurul Hafsa tentang keadaan langit di Kuala Selangor yang mengalami pencemaran cahaya dan
menemani Nurul Hafsa yang ingin bertemu dengan Muhammad Taufik bagi mengemukakan cadangan
kepada pihak berkuasa berkaitan masalah tersebut.
4. Kita hendaklah taat kepada ajaran agama
Keluarga Haji Yassir, Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham Abdullah menunaikan solat subuh di surau
Hospital Besat Tanjung Karang ketika Muhammad Taufik dirawat di situ.
5. Kita hendaklah bekerjasama untuk mencapai sesuatu tujuan
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman bekerjasama untuk menyediakan laporan tentang Kawasan
Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk dibentangkan di hadapan Menteri Besar. Mereka mengambil
masa selama seminggu untuk mengemas kini dan memantapkan bahan pembentangan mereka.
6. Kita hendaklah berani menyatakan pendapat dan hujah
Nurul Hafsa berani menjawab soalan yang tidak putus-putus daripada Dato’ Johnn Arlington-Majid ketika
membentangkan laporannya untuk mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor di
hadapan Menteri Besar, ahli akademik, pencinta alam, dan usahawan teknologi hijau.
7. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah dalam usaha mereka mengatasi pencemaran cahaya di Kuala
Selangor dan mengekalkan populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan. Sebelum berjaya mewujudkan
Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor, mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran
terutama daripada Dato’ Johannn Arlington-Majid.
8. Janganlah kita menaruh perasaan dendam terhadap orang lain
Dato’ Johannn Arlington-Majid berdendam kepada Tan Sri Muhaimin kerana berjaya memiliki Maryam
Wickham dan tender pemasangan lampu mesra alam di Kuala Selangor. Dato’ Johannn juga berdendam
kepada Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa yang berjaya meyakinkan Menteri Besar untuk projek Kawasan
Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
9. Janganlah kita mementingkan diri sendiri
Sikap Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham Abdullah yang ego dan keras hati menyebabkan
mereka hidup terpisah manakala anak tunggal mereka, Muhammad Taufik merindui kasih sayang mereka.
Catatan :
Persoalan. nilai kemanusiaan, latar masyarakat dan pengajaran boleh dijelaskan melalui
perwatakan watak-watak yang terdapat dalam novel yang dibaca.
34 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
BENTUK SOALAN NOVEL
1. Soalan Aspek Sastera ( Terbuka )
[ Calon diberi pilihan menjelaskan aspek kajian novel secara umum ]
Contoh:
Jelaskan nilai kemanusiaan dalam novel yang anda pelajari ( Bimasakti Menari )
o Nilai kasih sayang ( Pernyataan / P )
Tan Sri Muhaimin menunaikan semua permintaan Muhammad Taufik untuk projek mesra alamnya.
Beliau membeli tanah seluas 50 hektar dan menyertai tander pembekalan dan pemasangan lampu
mesra alam untuk mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor atas permintaan
Muhammad Taufik. ( Huraian / Contoh )
o Nilai keberanian ( Pernyataan / P )
Nuruf Hafsa berani menghantar laporan tentang tahap kecerahan langit di Kuala Selangor kepada
Majlis Daerah Kuala Selangor untuk diambil tindakan. ( Huraian / Contoh )
o Nilai kesyukuran ( Pernyataan / P )
Nurul Hafsa bersyukur kerana Kuala Selangor akan menjadi Kawasan Simpan Langit Gelap pada
tahun hadapan. Nuruf Hafsa bersyukur kepada Tuhan kerana dia tidak dicederakan oleh penjenayah
ketika diculik dan dijadikan orang tawanan. ( Huraian / Contoh )
o Nilai kegigihan ( Pernyataan / P )
Nurul Hafsa gigih dalam merealisasikan impiannya menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan
Simpan Langit Gelap bagi tujuan pencerapan bintang dan pengekalan pupolasi kelip-kelip. (
Huraian / Contoh )
Contoh Lain:
• Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
• Huraikan dua perwatakan watak utama yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
• Jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
• Jelaskan dua teknik plot dalam sebuah novel yang anda pelajari.
• Jelaskan dua pengajaran dalam sebuah novel yang anda pelajari
35 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka
IMPRESIF NOVEL BIMASAKTI MENARI
2. Soalan Tertutup / Terikat
[ Calon perlu menjelaskan aspek kajian novel secara khusus ]
Huraikan tiga nilai kasih sayang yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. (Bimasakti
Menari )
o Nilai kasih sayang anak terhadap ibu bapa ( Pernyataan / P )
Muhammad Taufik mempelawa ibunya, Maryam Wickham Abdulah tidur di rumahnya ketika ibunya
datang ke Malaysia kerana sudah lama mereka tidak bersua. Muhammad Taufik juga berusaha
menyatukan ibu bapanya semula. ( Huraian / Contoh )
o Nilai kasih sayang terhadap rakan ( Pernyataan / P )
Nurul Hafsa bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik dan sentiasa mengikuti perkembangan
kesihatannya. Muhammad Taufik sayang akan Nurul Hafsa dan ingin menyuntingnya sebagai isteri.
(Huraian / Contoh )
o Nilai kasih sayang abang terhadap adik ( Pernyataan / P )
Budiman sentiasa menemani adiknya, Nurul Hafsa terutama ketika mengambil data populasi kelip-
kelip sehingga pukul 10.00 malam ketika Muhammad Taufik terlantar di hospital. ( Huraian / Contoh)
Contoh Lain:
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang disampaikan
menggunakan teknik dialog.
Jelaskan tiga contoh pengajaran tentang kerjasama yang terdapat dalam sebuah novel yang anda
pelajari.
Jelaskan dua latar tempat yang dapat dikaitkan dengan nilai kasih sayang yang terdapat
dalam sebuah novel yang anda pelajari.
3. Soalan KBKK / KBAT:
Daripada nilai-nilai yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari, bagaimanakah anda dapat
mengaplikasikan satu daripada nilai tersebut dalam kehidupan seharian.
Berdasarkan novel yang anda baca, jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang
dihadapi.
Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari.
Mengapakah anda berpendapat demikian?
Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak dalam sebuah novel yang
anda telah kaji.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua kritikan sosial yang terdapat dalam novel
tersebut.
• Bahagian permulaan sesebuah novel amat penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua sebab bahagian permulaan novel itu
menarik minat anda.
Anda kurang bersetuju dengan bahagian peleraian novel yang telah anda pelajari.
Cipta peleraian yang baharu bagi novel tersebut sekiranya anda menjadi pengarangnya.
36 Ahmad Azan Ab latif GCBM KVWT – Bimasakti Menari
Zon : Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka