The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Karangan BM SPM - SVM -KSSM 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Arif Imran, 2022-06-17 06:53:15

Panduan Karangan BM SPM - SVM -KSSM 2022

Panduan Karangan BM SPM - SVM -KSSM 2022

SPM

1 | Modul BM SPM / SVM

TAKUNGAN IDEA

m sTiada IDEA ??? Gunalah konsep Di en i

Takungan Idea

Komponen dan Fokus dalam Domain Soalan Dimensi Jawapan Karangan /
Petikan
Karangan: Pemahaman:

• Bidang / Domain / Situasi • Peribadi • Diri / Individu
• Awam • Rakan Sebaya
• Isu / Tema • Pendidikan • Keluarga / Ibu bapa
• Kerjaya • Masyarakat
• Fokus • Media Massa
✓ Ciri • NGO
✓ Punca • Kerajaan
✓ Kesan (kebaikan / keburukan) • Pelbagai Pihak
✓ Langkah / Cara mengatasi
✓ Peranan / Tanggungjawab
✓ Halangan / Cabaran

DAKAPAN DIMENSI

• Diri • Keluarga • Sekolah • Masyarakat • Media • Negara /
✓ Fizikal ✓ Ibu ✓ Bangunan ✓Orang awam Massa Kerajaan
✓ Mental ✓ Bapa ✓ Peralatan ✓Ibu bapa ✓Cetak
✓ Rohani ✓ Kurikulum ✓Kejiranan ✓Elektronik Kementerian,
✓ Ilmu ✓ Abang ✓ Unit ✓Pemimpin Jabatan dan
✓ Sosial ✓ Kakak Media cetak Agensi
✓ Sahsiah ✓ Adik Bimbingan masyarakat ✓Majalah,
✓ Tanggung- ✓ Datuk ✓NGO akhbar, ▪ Peranan:
dan ✓Rukun risalah, ✓Pendidikan
jawab ✓ Nenek poster, dsb dan Latihan
Kaunseling Tetangga ✓ Penyelidikan
✓ Sukan ✓dll Media ✓Kempen dan
✓ Kelab elektronik Promosi
• Individu ✓ Persatuan ✓Penguat-
✓ Pelajar ✓ Pentadbir ✓Internet, kuasaan
✓ Guru ✓ Guru radio, TV, ✓Khidmat
✓ Ibu / bapa ✓ Badan media nasihat
✓ Pemimpin sosial, ✓Pembiayaan
Pengawas papan iklan ✓Infrastruktur
masyarakat ✓ Pelajar elektronik ✓dll
✓ Penjawat ✓ Pekerja
✓ dll ✓dll
awam
✓ Ahli politik
✓ Agamawan
✓ dll

2 | Modul BM SPM / SVM

Takungan Idea
Mengikut Dimensi

DIMENSI SITUASI YANG POSITIF / SEBAB SITUASI YANG NEGATIF / KESAN
KEJAYAAN / CARA MENGATASI BURUK / CABARAN DALAM
MENGATASI MASALAH
SESUATU PERKARA

Diri / - Fizikal – sihat, cergas dan kuat - Fizikal – tidak sihat, cergas dan kuat
Individu - Mental –sihat dan cerdas, dapat - Mental – tidak sihat dan tidak cerdas,

berfikir dengan matang dan rasional. sehingga tidak dapat berfikir dengan
- Rohani – berpegang teguh kepada
matang dan rasional.
ajaran agama - Rohani – tidak berpegang teguh kepada
- Sahsiah – mematuhi peraturan dan
ajaran agama
disiplin / berbudi pekerti mulia / - Sahsiah – tidak mematuhi peraturan dan
menepati masa
- Ilmu – menambah ilmu pengetahuan disiplin / tidak berbudi pekerti mulia /

dan kemahiran diri, meluaskan pergaulan bebas dan mudah terpengaruh
- Ilmu – kurang ilmu pengetahuan dan
pengalaman
- Sosial – Bijak berkomunikasi dengan kemahiran diri
- Sosial – Tidak pandai berkomunikasi
orang lain / Tidak mudah terpengaruh
dengan orang lain / Mudah terpengaruh
dengan perkara negative
- Harta – untuk diri sendiri dan orang dengan perkara negatif
- Peranan dan sikap – Tidak mempunyai
lain
matlamat hidup yang jelas, tidak
- Peranan terhadap diri sendiri, keluarga,
menghargai orang lain dan kelebihan
masyarakat, agama dan negara
yang dimiliki
- Mampu menjadi suri teladan kepada - Tidak mampu menjadi suri teladan
orang lain
kepada orang lain

Rakan - Memberikan sokongan moral - Tidak memberikan sokongan moral
Sebaya - Tidak mengajak kepada keburukan kepada rakan bermasalah
- Menjadi suri teladan kepada rakan lain
- Mengajak kepada keburukan
- Memberikan teladan yang buruk

Keluarga - Menyayangi ahli keluarga - Tidak menyayangi ahli keluarga
- Memberikan didikan agama yang - Tidak memberikan didikan agama yang

mencukupi mencukupi sejak kecil
- Menyediakan keperluan yang sesuai - Tidak menyediakan keperluan yang

dan mencukupi cukup dan sesuai
- Memantau aktiviti ahli keluarga - Tidak memantau aktiviti ahli keluarga
- Memperuntukkan masa dengan anak- - Tidak memperuntukkan masa

anak / ahli keluarga secukupnya dengan anak-anak / keluarga
- Memberi dorongan dan sokongan - Tidak memberikan dorongan dan
- Menunjukkan teladan yang baik
sokongan
- Tidak menunjukkan teladan yang buruk

3 | Modul BM SPM / SVM

DIMENSI SITUASI YANG POSITIF / SEBAB SITUASI YANG NEGATIF / KESAN
KEJAYAAN / CARA MENGATASI BURUK / CABARAN DALAM
MENGATASI MASALAH
SESUATU PERKARA

Masyarakat / - Memberikan nasihat / prihatin akan - Tidak memberikan nasihat / tidak
Komuniti perkara yang berlaku di sekeliling prihatin terhadap perkara yang berlaku

- Melapor kegiatan negatif kepada pihak - Tidak melapor kegiatan negatif kepada
berkenaan pihak berkenaan

- Tidak mementingkan diri sendiri - Mementingkan diri sendiri Tidak
- Memberi bantuan tenaga, masa dan bersedia memberikan bantuan tenaga,
masa dan kewangan
kewangan
- Mengadakan pelbagai aktiviti bersama - Tidak mengadakan aktiviti yang dapat
membantu masyarakat
komuniti
- Anggota masyarakat menunjukkan - Anggota masyarakat tidak menunjukkan
teladan yang baik
teladan yang baik kepada ahli
masyarakat yang lain.

Negara / - Iklan / kempen / promosi yang - Tidak membuat iklan / kempen /
Kerajaan menyeluruh danberkesan promosi yang menarik, menyeluruh dan
berkesan
- Menyediakan peruntukan kewangan
yang cukup - Peruntukan kewangan yang tidak
mencukupi
- Mewujudkan peraturan dan undang-
undang - Tidak mewujudkan peraturan dan
undang-undang yang cekap
- Mengenakan denda yang setimpal
- Jumlah pegawai yang cekap dan - Tidak mengenakan denda yang setimpal
- Tidak menambah jumlah pegawai
mencukupi
- Menyediakan kemudahan – akses pemantau / penguatkuasaan
- kemudahan infrastruktur – gelanggan,
Internet, gelanggan, peralatan, jalan
raya yang selesa dan mencukupi peralatan yang selesa dan mencukupi
- Sentiasa membuat penyelidikan - Tidak membuat penyelidikan
- Sentiasa membuat pemantauan - Tidak / kurang membuat pemantauan
- Memberi insentif, pengiktirafan dan - Kurang memberikan insentif,
hadiah
pengiktirafan dan hadiah

Pihak Swasta / - Memberikan khidmat nasihat / - Tidak / kurang memberikan khidmat
Badan Bukan ceramah / kursus nasihat / ceramah / kursus
Kerajaan
- Memberikan sumbangan idea / wang - Tidak / kurang memberikan sumbangan
tunai / dana serta sukarelawan idea / wang tunai / dana serta
sukarelawan

Media Massa - Membuat / menyiarkan iklan / kempen Tidak membuat / menyiarkan iklan /
yang berkesan kempen yang berkesan
- Tidak membuat dokumentari isu
- Membuat dokumentari isu berkaitan berkaitan dengan berkesan
- Menayangkan program yang - Menayangkan filem yang negatif
- Mengenakan kadar bayaran siaran yang
membina / positif tinggi
- Mengenakan kadar bayaran siaran

yang rendah

4 | Modul BM SPM / SVM

TAKUNGAN IDEA
Diri

Huraian Dakapan Dimensi Diri
[ Diri Sendiri, Pelajar, Guru, Pemimpin Belia, Pemimpin Masyarakat, Ahli Politik, Agamawan, Jutawan ]
• Fizikal - sihat, gagah, bersih, kacak, cantik
• Mental - cerdas dan fikiran waras
• Rohani - taat / patuh kpd agama
• Sosial - pergaulan, aktiviti kemasyarakatan
• Sahsiah / Keperibadian - adil, sabar, rasional, simpati, penyayang , amanah, bertanggungjawab, dll
• Ilmu - berpengetahuan, berkemahiran dan berpengalaman
• Aset / harta – wang ringgit / modal
• Tanggungjawab ( Peranan ) - kpd diri sendiri , rakan, keluarga, masyarakat, negara, dan agama

Tanggungjawab / Peranan Individu kepada:
▪ Diri sendiri - menjaga maruah diri, kesihatan fizikal, kewarasan mental, kebersihan rohani, bersosial,

bersahsiah mulia, berilmu pengetahuan
▪ Rakan – menjaga maruah, bantuan kewangan dan peralatan, beri dorongan, dengar masalah, mengajak

kepada kebaikan – aktiviti keagamaan, aktiviti kemasyarakatan , berjumpa kaunselor atau pakar
▪ Keluarga -menjaga maruah, menghormati ibu bapa, saling memahami dan bertoleransi, berkasih sayang

, memberi penghargaan, menyediakan kemudahan, mendoakan kesejahteraan
▪ Masyarakat - menjaga imej, menghulurkan bantuan, menjaga keharmonian, menjaga kebajikan, bertegur

sapa dan kunjung-mengunjungi, menjadi sukarelawan
▪ Sekolah – mengharumkan nama sekolah, memematuhi peraturan, menjaga hubungan yang baik,

memberikan sumbangan kepada pihak luar, menjaga peralatan dan keceriaan sekolah
▪ Bangsa / Negara – cinta akan negara, menjaga imej, patuh kpd peraturan dan undang-undang, menjaga

perpaduan, mempertahankan negara, menghayati dasar-dasar negara, mengamalkan prinsip rukun negara
▪ Agama - jaga imej agama, taat dan patuh kepada Tuhan

TAKUNGAN IDEA
Penyelesaian Masalah

❖ Rakan / individu melakukan ❖Rakan / individu / ❖ Menolong seseorang ketika
menghadapi saat kecemasan
perkara yang negatif masyarakat Tindakan Segera + Drastik:

Tindakan Segera: melakukan • mintanya bertenang
• menegur • membuat rawatan awal
• memberikan nasihat kesalahan undang- • menghubungi polis / bomba /
• mengumpul bukti
• memaklum kepada guru / kaunselor undang hospital
• memaklum kepada ibu bapa • memaklumkan kepada ibu bapa /
• mengajaknya terlibat aktiviti Tindakan Segera +
guru
keagamaan Selepas Kejadian:
• menegur ❖ Menyiapkan sesuatu tugasan n
❖ Rakan / individu menghadapi • memberi nasihat mengikut masa yang telah
• mengumpul bukti ditetapkan
masalah • memaklum kepada
Tindakan dalam Tempoh Masa
Tindakan Segera + Selepas guru yang Sesuai:
• memaklum kepada • membuat perancangan
Kejadian: • memahami konsep tugasan
• memberi nasihat agar bersabar ibu bapa • membuat jadual tugasan /
• memberikan sokongan moral / • melaporkan kepada
mengagih tugas mengikut
motivasi pihak berkuasa kebolehan
• memaklum kepada ibu bapa / • menggunakan bahan / peralatan
yang sesuai
keluarga • merujuk guru / pakar / internet
• merujuk kepada guru / kaunselor /

doktor
• mengumpul dana / barang keperluan

5 | Modul BM SPM / SVM

TAKUNGAN IDEA
Keluarga

Peranan Keluarga ( Ibu Bapa, Anak-Anak, Adik-beradik, Datuk, Nenek )
(Sesuai untuk isu perpaduan, membalas jasa, sahsiah dan akademik cemerlang, mengatasi stres, dll)

Peranan / Mewujudkan Keluarga Mewujudkan Menggalakkan
Tanggungjawab Bahagia / Penyayang Masyarakat Penyayang Budaya Membaca

Keluarga

Memberikan • Pendidikan agama • Pendidikan agama • Pendidikan agama
pendidikan sejak kecil – agama sejak kecil - agama sejak kecil - agama
mendidik manusia mendidik manusia mewajibkan kita
berkasih sayang antara sayang akan jiran dan mencari ilmu untuk
ahli keluarga ahli masyarakat / berjaya di dunia
semua orang dan akhirat.
• Menyemai nilai-nilai
murni • Menyemai nilai-nilai • Mengajar anak-
kemasyarakatan spt. anak membaca
kasih sayang, toleransi, sejak kecil agar
baik hati, simpati dsb mereka menjadikan
membaca satu
budaya / amalan

Menjadi suri • Menunjukkan tindakan • Menunjukkan contoh • Membelikan bahan
teladan / menyayangi ahli ketika berada ditempat bacaan yang sesuai,
Menunjukkan keluarga spt menjaga awam seperti kawasan menarik dan
contoh teladan kebajikan, perumahan, tempat bermutu
yang baik menghormati, murah ibadat, pejabat
hati, simpati, adil dsb kerajaan dll • Selalu membaca di
hadapan anak-anak.
• Tidak menyakiti hati • Mengajak anak-anak
ahli keluarga terlibat dengan aktiviti
suka rela atau khidmat
masyarakat. Cth.
Gotong-royong /
Rukun Tetangga /
Rumah Terbuka

Menyediakan • Keperluan asas spt • Memberikan • Menyediakan
keperluan makanan, tempat sumbangan moral, bahan baca-an
(bahan / alatan / tinggal dan pakaian tenaga dan kewangan yang menarik dan
tempat / kepada anggota sesuai
pembimbing) • Peralatan sokongan masyarakat yg
yang sesuai lain spt alatan sukan memerlukan. Cth. • Menyediakan sudut
Sumbang-an makanan, bacaan dgn suasana
pakaian dan ubatan yang selesa dan
kondusif

6 | Modul BM SPM / SVM

Peranan / Mewujudkan Keluarga Mewujudkan Menggalakkan Budaya
Tanggungjawab Bahagia / Penyayang
Masyarakat Penyayang Membaca
Keluarga

Memberikan • Orang yang • Mengalakkan anak- • Membaca itu
nasihat / menyayangi orang lain anak terlibat dengan jambatan ilmu.
motivasi / akan disayangi aktiviti suka rela /
hadiah / galakan kemasyarakat-an. • Menggalakkan anak-
• Memberi ucapan / Cth. khidmat anak meminjam
hadiah kepada ahli masyarakat / gotong- buku di perpustakaan
keluarga yang royong
mengamalkan nilai • Memberikan hadiah
kasih sayang dalam kejayaan berupa
keluarga bahan bacaan

Mengadakan • Aktiviti bersama-sama • Mengadakan aktiviti • Mengadakan aktiviti
Aktiviti / spt makan beriadah, berunsur kebajikan bacaan bersama ahli
Menyertai lawatan, dengan melibatkan keluarga di rumah
Aktiviti melancong, ahli keluarga dengan
menonton, membaca, anggota masyarakat • Mengunjungi
ziarah ahli keluarga, setempat. Cth. perpustakaan awam
gotong-royong menziarahi dan
bersama-sama menyumbang kpd
warga tua, OKU.

TAKUNGAN IDEA
Keluarga

Peranan / Menjamin Menjaga Penglibatan dalam
Tanggungjawab Kebersihan / Alam Sekitar Sukan / Kerjaya
Kesihatan /
Keluarga Keselamatan

Memberikan • Pendidikan agama • Pendidikan agama sejak • Pendidikan agama sejak
pendidikan sejak kecil – agama kecil – agama mengajar kecil – agama
mementingkan kita menjaga alam
kebersihan, kesucian sekitar. Alam sekitar mengalakkan kita
dan keselamatan anugerah Tuhan. Kita
memegang amanah. melakukan aktiviti yang
• Pendidikan kesihatan
– makanan bersih, • Pendidikan alam sekitar dapat menyihatkan
halal dan berkhasiat - kepentingan alam
sekitar dan cara menjaga badan dan minda
• Pendidkan seni alam sekitar
pertahanan diri untuk • Pendidikan sukan dan
melindungi drp. rekreasi – sukan sebagai
penjenayah
asas kesihatan dan

kerjaya

Menyediakan • Menyediakan tempat • Menyediakan bahan • Menyediakan peralatan
keperluan tinggal yang bersih rujukan berkaitan alam dan gelanggang
(bahan / alatan / dan selamat, sekitar.
tempat / makanan berkhasiat. • Jurulatih yang berkaliber
pembimbing) • Menyediakan tong kitar • Bahan rujukan yang
yang sesuai • Menghantar anak semula yang sesuai di
mengikuti latihan rumah. sesuai spt majalah sukan
seni pertahanan diri

7 | Modul BM SPM / SVM

Peranan / Menjamin Menjaga Penglibatan dalam
Tanggungjawab Kebersihan / Alam Sekitar Sukan / Kerjaya
Kesihatan /
Keluarga Keselamatan

Menjadi suri • Ibu bapa mengamal- • Ibu bapa tidak • Ibu bapa terlibat dengan
teladan / kan gaya hidup sihat melakukan perkara yang aktiviti bersukan
Menunjukkan spt gemar bersukan, akan merosakkan alam sepenuh masa atau
contoh teladan tidak merokok, dll sekitar. Cth. Pembakaran secara berkala.
yang baik terbuka
• Selalu melakukan • Gigih berlatih dengan
pemeriksaan • Ibu bapa menghayati anak-anak
kesihatan kempen menjaga alam
sekitar oleh pihak • Mengajak anak-anak
• Selalui menemani kerajaan menyaksikan
anak-anak bersukan pertandingan sukan.

Memberikan • Sentiasa memberikan • Memberikan nasihat agar • Mengalakkan anak-anak
nasihat / peringatan dan tip sentiasa menjaga alam bersukan sebagai satu
dorongan / berkaitan kebersihan sekitar dan akibatnya hobi atau ke arah satu
hadiah / galakan dan keselamatan diri. jika alam sekitar kerjaya yang
Cth tidak makan musnah. menguntung-kan.
makanan berbahaya.
Tidak mengikut • Menggalakkan • Memberikan hadiah
orang yang tidak penggunaan barangan apabila anak-anak
dikenali. kitar semula berjaya dalam
pertandingan / kejohanan
• Memberikan hadiah
apabila tindakan
berkaitan kebersihan
dan keselamatan
dapat diselesaikan

Mengadakan • Mengadakan gotong- • Mengadakan / menyertai • Mengadakan atau
Aktiviti / royong membersih aktiviti menanam pokok menyertai aktiviti
Menyertai rumah / persekitaran hijau, aktiviti kempen bersukan / pertandingan
Aktiviti kitar semula acara sukan bersama ahli
• Membuat pemerik- keluarga
saan kesihatan secara • Lawatan ke kawasan
berkala pelancongan yang bersih • Menyaksikan /
dan indah menyertai pertandingan
• Mengikuti kelas di pelbagai peringkat
latihan /pertandingan
seni pertahanan diri
bersama ahli
keluarga

8 | Modul BM SPM / SVM

CONTOH APLIKASI TAKUNGAN IDEA

1. Remaja kini terdedah kepada pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya, media massa dan
budaya Barat.
Huraikan peranan ibu bapa dalam membantu para remaja menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

Menganalisis Soalan: Dimensi Khusus: Keluarga
Isu : Cabaran hidup remaja kini • Ibu bapa ( sahaja )
Tugasan : Huraikan • Adik-beradik
Kata kunci : peranan ibu bapa dalam membantu • Datuk nenek
Konteks : para remaja
Dimensi idea : keluarga ( ibu bapa sahaja )

2. Warga tua telah banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membalas jasa mereka.

Menganalisis Soalan: Dimensi Umum: Boleh guna semua
Isu : membalas jasa warga tua dimensi yang sesuai.
Kata Tugas : Jelaskan
Kata kunci : langkah-langkah • Diri / Individu • Media Massa
Konteks : warga tua • Keluarga • NGO
Dimensi : semua dimensi yang sesuai • Masyarakat • Kerajaan

3. Masalah ponteng sekolah diibaratkan penyakit berjangkit yang mudah menular dalam kalangan murid dan
menjejaskan prestasi pelajaran mereka.
Tulis sebuah rencana yang memaparkan punca-punca masalah ini serta langkah-langkah menanganinya
untuk disiarkan dalam majalah Pendidik.

Menganalisis Soalan: Dimensi Umum:

Isu : Masalah ponteng sekolah Guna semua dimensi yang sesuai

Tugasan : Tulis sebuah rencana • Diri / Pelajar • Masyarakat

Kata Kunci : Fokus 1 - Punca-punca masalah ponteng • Rakan • Media Massa

Fokus 2 - Cara-cara menangani ponteng Sebaya • NGO

Konteks : kalangan murid • Keluarga • Kerajaan

Format : Rencana • Sekolah

Dimensi : Semua dimensi yang sesuai

[ Punca daripada semua dimensi + cara mengatasi oleh

semua dimensi yang sesuai ]

4. Jelaskan persediaan-persediaan sebelum menempuh alam kerjaya. / pekerjaan, (Dimensi Diri)

Jelaskan ciri-ciri remaja cemerlang. (Dimensi Diri)
(ilmu – akademik yang cemerlang, fizikal dan mental - ketahanan fizikal dan mental, rohani – berpegang
teguh kepada ajaran agama, sosial – kemahiran berkomunikasi, sahsiah – berdisiplin)

5. Huraikan peranan setiap individu dalam memupuk semangat cinta akan negara. ( Dimensi Individu )

(pelajar, rakan sebaya, guru, ibu, bapa, pemimpin masyarakat, pemimpin politik, pejuang kemerdekaan)

6. Jelaskan ciri-ciri Sekolah Selamat / Sekolah Penyayang ( Dakapan sekolah / organisasi )
(bangunan dan peralatan – selamat digunakan, warga sekolah – cakna akan keselamatan,

7. Peranan kerajaan menggalakkan remaja menceburi bidang pertanian. ( Dimensi Kerajaan )
( AgroBank – bantuan modal, Jabatan Penerangan - Menyebar luas kempen dan promosi, FAMA -
pemasaran, IPT – menyediakan kursus berkaitan pertanian)

8. Peranan media massa dalam meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.( Dimensi

Media Massa )
(Media elektronik – menyiarkan filem dan dokumentari patriotik, media cetak – memperbanyak penerbitan

akhbar, buku dan majalah bersifat patriotik)

9 | Modul BM SPM / SVM

KAEDAH MENGANALISIS DAN MEMAHAMI
SOALAN ( KARANGAN / PEMAHAMAN )

• masalah sosial • Siapa? • surat kiriman
• pencemaran keluarga, remaja, murid, rasmi (rasmi
masyarakat, negara, dsb dan tidak rasmi)
sungai
• pelancongan • Bila? • rencana .
pada masa ini, minggu bahasa, • berita
kesihatan bulan kemerdekaan, pada masa • ucapan
• perpaduan kaum hadapan, dsb • ceramah
• rumah terbuka • pidato
• keracunan • Di mana? • wawancara, dsb
di sekolah, di dalam kelas, di
makanan, dsb perhimpunan sekolah, di Format
tempat tinggal anda, di negara
Isu ini, di dunia, dsb

Konteks
Konteks

DIDiK + K² + For

Domain Dimensi Kata Tugas Kata Kunci

• Diri • Individu • Jelaskan • Punca
• Awam • rakan sebaya • Bincangkan • Kesan
• Kejaya • keluarga • Ulaskan • Kepentingan
• Pendidika • masyarakat • Nyatakan • Langkah
• kerajaan • Apakah • Cabaran
n • pihak sekolah • Ciri-ciri
• media massa (menyatakan) • Persediaan
• pelbagai pihak • Huraikan • Peranan
• Tulis sepucuk

surat
• Sediakan teks

ceramah
• Tulis rencana

Domain + Isu + Dimensi + Konteks + Kata Tugas + Kata Kunci + Format

10 | Modul BM SPM / SVM

PENULISAN KARANGAN

PANDUAN UMUM MENJAWAB
SOALAN KARANGAN
Format SPM / SVM

1. Karangan SVM meliputi:
• Respons Terhad ( Bahagian A )
• Respons Terbuka ( Bahagian B )

2. Karangan pelajar mestilah menepati tema dan arahan soalan.
3. Idea atau isi hendaklah relevan, dihuraikan dengan jelas, menarik dan matang.
4. Karangan mestilah mengandungi bahagian pendahuluan, isi dan penutup. Perenggan pula

harus seimbang.
5. Karangan mestilah menggunakan bahasa yang gramatis, kosa kata luas dan tepat

penggunaannya.
6. Unsur bahasa yang digunakan mestilah bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik

seperti peribahasa, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, dan kata-kata hikmat.
7. Keseluruhan karangan mestilah memperlihatkan kematangan pelajar.
8. Karangan mestilah ditulis dengan tulisan yang kemas, bersih dan jelas.
9. Setelah selesai menulis karangan, anda hendaklah membuat semakan tentang aspek bahasa,

terutama ayat, ejaan, imbuhan, dan tanda baca
10. Kepanjangan karangan mesti mematuhi jumlah patah perkataan yang dibenarkan.

• Respons Terhad ( 150 – 200 patah perkataan )
• Respons Terbuka ( 350 – 500 patah perkataan )

11 | Modul BM SPM / SVM

PANDUAN MENULIS KARANGAN
RESPONS TERHAD

Langkah 1: Analisis Soalan

• Baca arahan soalan
• Kenal pasti bentuk soalan – umum, khusus, sebahagian maklumat
• Teliti bahan rangsangan – Pelbagai bahan ( 2- 3 bahan - gambar, grafik,

carta, ilustrasi, petikan )

• Semua bahan wajib digunakan / disentuh

• Kenal pasti tema / isu dan tugasan / fokus soalan

• Kenal pasti bentuk soalan ( umum, khusus, sebahagian, pilihan )
• Ingat fokus / kata kunci ( Punca – Kesan – Langkah – Cabaran )

• Tentukan karangan berformat atau tidak berformat

Langkah 2: Kenal Pasti Idea / Isi
• Fokus dan isi terdapat dalam bahan rangsangan
• Dicadangkan DUA / TIGA bergantung kepada bahan yang disediakan.
• Salah satu bahan mungkin boleh digunakan untuk pendahuluan atau
contoh

Langkah 3:

Tulis Karangan

• Karangan perlu lengkap ( Pendahuluan, Isi, Penutup )

• Karangan mestilah
✓ Menjawab tugasan (T)
✓ Idea yang relevan, jelas dan matang (I)
✓ Bahasa yang gramatis, kosa kata luas dan tepat (B)
✓ Pengolahan yang menarik dan berkesan (P)

• Semak karangan - aspek bahasa - terutama ayat, ejaan, imbuhan, dan

tanda baca.
• Panjang antara 150 – 200 patah perkataan

PANDUAN MENGIRA PERKATAAN

Perkataan yang dikira sebagai SATU patah perkataan:
• Puisi
• Alamat
• Tarikh
• Nama khas
• Peribahasa
• Maksud hadis / al-Quran / kata-kata tokoh
• Penanda wacana
• Tajuk ( rencana / surat )
• Kata sendi ‘di’ dan ‘ke’
• Angka

12 | Modul BM SPM / SVM

Fokus: Kata Tugas
Langkah mengekalkan hutan
(Kuat kuasa undang-undang)

Isu: Pengekalan Hutan MENGANALISIS SOALAN
KARANGAN RESPONS TERHAD ( BAHAGIAN A )
13 | Modul BM SPM / SVM
Fokus: Gambaran Jumlah Konteks:
Langkah Pengekalan hutan Hutan di Malaysia Malaysia
(Tanam Semula pokok hutan)

MENGANALISIS SOALAN
KARANGAN RESPONS TERBUKA ( BAHAGIAN B )

Sektor pertanian di Malaysia memainkan peranan penting dalam ekonomi melalui
sumbangannya kepada pendapatan negara dan mewujudkan peluang pekerjaan. Banyak
produk pertanian boleh dihasilkan daripada hasil ladang seperti sawit, getah dan koko
yang menjadi komoditi besar negara. Walaupun sektor ini boleh menjamin masa depan,
tetapi kerjaya dalam sektor pertanian dikatakan kurang diminati oleh generasi muda.

Sumber : Astro Awani, 9 Mac 2021

Huraikan usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menarik minat generasi muda
menceburkan diri dalam sector tesebut.

ANALISIS SOALAN:
Tema:

• Pertanian
• Kerjaya
Isu:
Sektor Petanian
Dimensi:
Pelbagai pihak
Kata Tugas: Huraikan
Kata Kunci: Usaha-usaha
Konteks: Generasi Muda
Format:
Tiada / Pendapat

14 | Modul BM SPM / SVM

KARANGAN
RESPONS TERHAD

Tema – Sejarah dan Warisan
Gambar dan grafik di bawah berkaitan khazanah hutan.
Huraikan pendapat anda tentang pengekalan hutan di Malaysia.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

PENGEKALAN KHAZANAH HUTAN

PERANGKAAN HUTAN MALAYSIA 2020

JENIS KAWASAN JUTA HEKTAR
Keluasan Semenanjung Malaysia 13.22
Kawasan Berhutan 5.69
Kawasan Tidak Berhutan 7.53
Hutan Simpanan Kekal 4.81
Cadangan Hutan Simpanan Kekal 0.09

11 tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Raub: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub
Alor Setar pada Rabu diiringi pegawai menanam 1,500 pokok Meranti Tembaga
perhutanan. dan Merawan Siput Jantan di kawasan
seluas empat hektar bekas kebun durian
Musang King haram di Hutan Simpan Teras
di sini, hari ini.

15 | Modul BM SPM / SVM

ANALISIS SOALAN:

Isu: Khazanah hutan
Fokus : Langkah mengekalkan hutan di negara ini
Gambar 1 – Perangkaan kawasan hutan di Malaysia ( maklumat boleh digunakan untuk
pengenalan / contah
Gambar 2 – Langkah – menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan denda kepada
pemusnah hutan
Gambar 3 – Langkah – menanam semula pokok hutan

Pengetahuan sedia ada pelajar:
• Menguatkuasakan undang-undang > kesannya - masyarakat akan takut merosakkan hutan +

Cth, mengenakan denda dan penjara
• Penanaman semula pokok > kesannya - hutan akan kekal dan bertambah + Cth, pokok

cengal, meranti

JAWAPAN LENGKAP:

Pengekalan hutan di negara ini sering diperkatakan di media massa. Hal ini demikian kerana
kemusnahannya memberikan pelbagai kesan. Kini, Malaysia masih mempunyai keluasan 5.69 juta
hektar hutan, iaitu hampir separuh daripada keluasan negara ini. Hutan perlu dikekalkan agar terus
menjadi warisan negara. Persoalannya, apakah usaha-usaha mengekalkan hutan di negara kita?

Antara usaha mengekalkan khazanah hutan adalah dengan menguatkuasakan undang-
undang berkaitan hutan. Hal ini dikatakan demikian kerana penguatkuasaan undang-undang akan
menakutkan mereka yang merosakkan hutan. Kerajaan perlu meningkatkan kadar denda dan
hukuman kepada pesalah agar menjadi teladan kepada orang lain. Jelaslah dengan menguatkuasakan
undang-undang, khazanah hutan di negara kita dapat kekalkan.

Selain itu, penanaman semula pokok hutan juga mampu mengekalkan hutan. Hal ini
demikian kerana dengan penanaman semula pokok hutan oleh pihak yang berkaitan sudah tentu
khazanah hutan kekal dan bertambah. Sebagai contoh, kita boleh menanam semula pokok-pokok
seperti cengal, meranti, dan merawan secara sistematik di kawasan yang telah diterokai. Ringkasnya,
sudah terang lagi bersuluh, penanaman semula pokok dapat melestarikan hutan di negara kita.

Kesimpulannya, banyak langkah boleh diambil untuk mengekalkan khazanah hutan di
negara kita. Semua pihak perlu berganding bahu dalam menyokong usaha ini kerana jika tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Oleh itu, langkah-langkah yang dibincangkan pasti
mampu mengekalkan khazanah hutan di negara ini.

( 195 patah perkataan )

16 | Modul BM SPM / SVM

Tema – Kesihatan

Grafik di bawah berkaitan gaya hidup sihat.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengamalkan gaya hidup sihat.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Analisis Soalan:

Isu Amalan gaya hidup sihat

Kata Tugas Huraikan

Kata Kunci Langkah

Idea / Isi

Bahan 1 Pemakanan seimbang

Bahan 2 Melakukan pemeriksaan kesihatan

Bahan 3 Bersukan dan beriadah

Format Tiada ( Huraian / Pendapat )

17 | Modul BM SPM / SVM

JAWAPAN LENGKAP:
Amalan gaya hidup sihat sangat penting dipraktikkan setiap individu. Hal ini dikatakan

demikian kerana banyak risiko yang bakal dihadapi jika amalan ini tidak dititikberatkan
terutama dari segi penyakit. Jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Sebenarnya
terdapat banyak amalan gaya hidup sihat yang boleh dipraktikkan.

Gaya hidup sihat boleh dipraktikkan dengan mengamalkan pemakanan seimbang.
Oleh itu, setiap orang perlu mengambil makanan sebagaimana yang disarankan dalam
Piramid Makanan. Hal ini dikatakan demikian kerana usaha ini dapat mengelakkan
individu daripada menghidapi penyakit kronik kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati.

Kaedah lain bagi menjamin kesihatan diri termasuklah menjalani pemeriksaan
kesihatan. Hal ini sekiranya dilakukan secara berkala dapat memastikan tahap kesihatan
seseorang. Pada masa yang sama, sesuatu penyakit dapat dikesan lebih awal dan tindakan
sewajarnya dapat diambil sebelum nasi menjadi bubur.

Kehidupan yang sihat, ceria dan cerdas didambakan setiap orang. Untuk
merealisasikannya, setiap individu perlu bersukan dan beriadah agar badan cergas dan otak
cerdas. Aktiviti seperti bersenam, berjoging, dan bermain badminton bersama-sama ahli
keluarga merupakan serampang dua mata dalam mengimplementasikan gaya hidup sihat
dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Kesimpulannya, setiap orang perlu sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat bagi
kelangsungan hidup yang sejahtera. Jika amalan ini dipandang sebelah mata, sudah tentu
usaha melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan produktif bakal terencat. Sesungguhnya,
amalan gaya hidup sihat menjadikan hidup lebih bahagia dan negara lebih sejahtera.

( 202 patah perkataan )

18 | Modul BM SPM / SVM

PANDUAN MENULIS KARANGAN
RESPONS TERBUKA ( BAHAGIAN B )

Langkah 1: Analisis Soalan
• Baca arahan soalan dengan teliti
• Kenal pasti domain
• Teliti stimulus dan isu yang dikemukakan
• Kenal pasti bentuk soalan dan tugasan yang diberikan
• Kenal pasti kata tugas, kata kunci, dimensi dan konteks soalan
• Tentukan karangan berformat atau tidak berformat

Langkah 2:

Kenal Pasti Idea / Isi
• Idea perlu menepati tugasan dan berkaitan dengan stimulus
• Dicadangakn TIGA - EMPAT isi sahaja
• Mungkin terdapat isi dalam stimulus ( sama ada semua isi atau
sebahagian isi atau terdapat isi yang tidak boleh diambil daripada
stimulus )

Langkah 3: Tulis Karangan

• Karangan perlu lengkap ( Pendahuluan. Isi, Penutup )

• Karangan merperlihatkan kematangan calon

• Karangan mestilah
✓ Menjawab tugasan (T)
✓ Idea yang relevan, jelas dan matang (I)
✓ Bahasa yang gramatis, kosa kata luas dan tepat (B)
✓ Pengolahan yang menarik dan berkesan (P)

• Semak karangan - aspek bahasa terutama ayat, ejaan, imbuhan, dan

tanda baca.
• Panjang antara 350 – 500 patah perkataan

PANDUAN MENGIRA PERKATAAN

Perkataan yang dikira sebagai SATU patah perkataan:
• Puisi
• Alamat
• Tarikh
• Nama khas
• Peribahasa
• Maksud hadis / al-Quran / kata-kata tokoh
• Penanda wacana
• Tajuk ( rencana / surat )
• Kata sendi ‘di’ dan ‘ke’
• Angka

19 | Modul BM SPM / SVM

KARANGAN RESPONS TERBUKA

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga
500 patah perkataan.

Hutan di negara ini antara yang tertua di dunia. Hutan merupakan khazanah negara yang tidak
ternilai kerana mempunyai pelbagai keunikan. Oleh itu, hutan perlu dipelihara dan dipulihara
agar khazanah ini terus kekal menjadi warisan yang menyumbang kepada kemakmuran
negara. Sehubungan dengan itu, sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat kebangsaan
telah diadakan pada setiap tahun untuk menyemarakkan lagi rasa kecintaan masyarakat
terutamanya generasi muda terhadap peranan dan kepentingan hutan kepada manusia dan alam
sekitar.

Sumber : m.facebook.com/jpsmo

Selain usaha yang dinyatakan dalam petikan, jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak
kerajaan untuk mengekalkan hutan di negara ini.

Analisis soalan:

Domain : Awam
Tema : Sejarah dan Warisan
Isu : Khazanah hutan
Kata Tugas : Jelaskan
Kata Kunci : Usaha-usaha
Format : Tiada - Pendapat
Dimensi : Kerajaan
Konteks : Negara
Cadangan Idea: : • mewujudkan kawasan hutan simpan
: • menguatkuasakan undang-undang
: • penanaman semula pokok hutan

CONTOH JAWAPAN

Pada masa ini, isu berkaitan khazanah hutan sering kali dipaparkan di media massa sama
ada di media cetak mahupun di media elektronik. Isu khazanah hutan ini bukan sahaja telah menjadi
bualan masyarakat, malahan telah mendapat perhatian daripada pemimpin negara. Hal ini dikatakan
demikian kerana isu ini memberikan pelbagai kesan kepada kita semua. Oleh itu, khazanah hutan
perlu diberikan perhatian oleh semua pihak kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih demi
menaikkan imej diri negara tercinta. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk mengekalkan
khazanah hutan di negara kita? Sebenarnya terdapat pelbagai usaha yang dapat diambil oleh pihak
kerajaan demi mengekalkan khazanah hutan.

20 | Modul BM SPM / SVM

Pada pendapat saya, salah satu usaha mengekalkan khazanah hutan di negara ini ialah pihak
kerajaan hendaklah mewujudkan kawasan hutan simpan. Hal ini demikian kerana dengan wujudnya
kawasan hutan simpan, khususnya kawasan hutan lipur dan hutan simpan kekal, khazanah hutan di
negara ini akan kekal dan selamat. Penambahan kawasan hutan simpan ini seharusnya mendapat
sokongan daripada semua pihak. Antara contoh hutan simpan sedia ada di negara ini ialah Hutan
Simpan Endau, Hutan Simpan Hulu Kinta, dan Hutan Lipur Sekayu. Bayangkan jika kita tidak
mewujudkan kawasan hutan simpan, maka khazanah hutan kita akan hilang. Berdasarkan
penerangan tersebut, sudah terang lagi bersuluh bahawa mewujudkan kawasan hutan simpan
merupakan salah satu usaha mengekalkan khazanah hutan.

Selain mewujudkan kawasan hutan simpan di negara ini, khazanah hutan juga dapat
dikekalkan dengan cara kerajaan menguatkuasakan undang-undang berkaitan hutan. Hal ini
dikatakan demikian kerana dengan penguatkuasaan undang-undang atau akta perhutanan, pihak
yang tidak bertanggungjawab akan berasa takut untuk merosakkan hutan. Dalam hal ini, kerajaan
boleh menggunakan Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Kerajaan juga perlu meningkatkan
kadar denda dan hukuman kepada pesalah agar menjadi teladan kepada orang lain. Cuba kita
bayangkan jika kita tidak menguatkuasakan undang-undang berkaitan hutan, maka khazanah hutan
akan pupus akibat kerakusan manusia. Oleh itu jelaslah dengan menguatkuasakan undang-undang
berkaitan hutan, khazanah hutan di negara kita dapat kekalkan.

Usaha memelihara dan memulihara khazanah hutan seterusnya ialah penanaman semula
pokok hutan. Hal ini demikian kerana dengan penanaman semula pokok hutan oleh pihak yang
berkaitan sudah tentu dapat memastikan khazanah hutan kekal dan bertambah. Sebagai contoh, kita
boleh menanam semula pokok-pokok seperti cengal, meranti, dan keruing secara sistematik di
kawasan yang telah diterokai. Usaha Jabatan Hutan Daerah (PHD) Raub, Pahang menanam semula
sebanyak 1,500 pokok Meranti Tembaga dan Merawan Siput Jantan di kawasan seluas empat hektar
di bekas kebun durian Musang King haram di Hutan Simpan Teras baru-baru ini patut dipuji. Oleh
itu, sekiranya kita menggantikan pokok yang rosak atau sudah ditebang dengan menanam semula
pokok-pokok hutan, sudah tentu khazanah hutan dapat diselamatkan. Ringkasnya, sudah terang lagi
bersuluh, penanaman semula pokok dapat melestarikan hutan di negara kita.

Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan
khazanah hutan di negara kita. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu berganding bahu dalam
menyokong usaha murni ini kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya meskipun
usaha ini akan menghadapi pelbagai halangan dan cabaran. Tanpa langkah yang proaktif dan
berkesan, bererti kita gagal memelihara dan memulihara khazanah hutan negara. Oleh itu, langkah-
langkah yang dilaksanakan itu pasti mampu mengekalkan khazanah hutan di negara ini dan hutan
terus kekal menjadi warisan penyumbang kepada kemakmuran negara.

( 492 patah perkataan )

21 | Modul BM SPM / SVM


Click to View FlipBook Version