The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA MURID:
1. AISYAH AFIQAH BT AHMAD FADZIL
(080321060390)
2. MUHAMMAD YA’AQUB B MUZAFAR
(080315060263)
KELAS:
6 SRI LANANG
GURU:
PN. AZIZAH BT ABDULLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CBA4109 SKSIM25150, 2020-06-19 06:31:10

SKK SK PEKAN JAYA FOLIO SEJARAH (TAHUN 6) TAJUK: KITA RAKYAT MALAYSIA

NAMA MURID:
1. AISYAH AFIQAH BT AHMAD FADZIL
(080321060390)
2. MUHAMMAD YA’AQUB B MUZAFAR
(080315060263)
KELAS:
6 SRI LANANG
GURU:
PN. AZIZAH BT ABDULLAH

1

SKK SK PEKAN JAYA

FOLIO SEJARAH (TAHUN 6)
TAJUK: KITA RAKYAT MALAYSIA

NAMA MURID:
1. AISYAH AFIQAH BT AHMAD FADZIL

(080321060390)
2. MUHAMMAD YA’AQUB B MUZAFAR

(080315060263)
KELAS:

6 SRI LANANG
GURU:

PN. AZIZAH BT ABDULLAH

2

TAJUK TUGASAN:
PERAYAAN

MASYARAKAT
MALAYSIA

3

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

PENGHARGAAN 5

OBJEKTIF KAJIAN 6

KAEDAH KAJIAN 7
PENGENALAN 8

LAPORAN KAJIAN

• HARI RAYA AIDILFITRI 9

• HARI RAYA AIDILADHA 12

• AWAL MUHARRAM 13

• TAHUN BARU CINA 14

• CHAP GOH MEI 15

• KUIH BULAN 16

• HARI WESAK 16

• DEEPAVALI 17

• PESTA PONGAL 18

• THAIPUSAM 18

• HARI NATAL 19

• PESTA GAWAI 20

• PESTA KEAMATAN 20

RUMUSAN 4
LAMPIRAN
RUJUKAN 21
22
24

5

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang telah membantu saya
untuk menyiapkan kerja kursus folio sejarah mengenai satu perayaan
tradisi kaum di Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru sejarah saya yang
telah banyak membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Beliau
juga telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang
proses membuat kerja kursus ini. Kesabaran beliau amatlah saya
hargai.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa kami
yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada kami dalam
menyiapkan folio saya dan pelajaran saya keseluruhannya. Walaupun
mereka sentiasa sibuk, masa singkat yang berkualiti dengan idea-idea
bernas banyak membantu saya untuk menjalankan kajian ini.Tidak
lupa kepada Puan Azizah selaku Guru Sejarah yang memberi tunjuk
ajar serta membimbing kami sehingga terhasilnya folio ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang sama-
sama berbincang dan berkongsi maklumat untuk menyiapkan kerja
kursus ini.

Terima kasih sekalung budi.

6

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menyatakan perayaaan masyarakat
Malaysia.

2. Menyatakan perayaan masyarakat di
Malaysia

3. Menjelaskan tujuan sambutan
perayaan di Malaysia.

4. Membandingkan amalan sambutan
perayaan dahulu dan kini.

5. Menghuraikan keunikan sambutan
perayaan dalam kalangan masyarakat
Malaysia.

7

KAEDAH KAJIAN

kajian dalam melaksanakan kajian ini. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti
berikut :-

Melalui pemerhatian semasa perayaan tersebut serta hasil wawancara saya
bersama kedua-dua ibubapa saya. Saya telah melalui pengalaman menyambut
perayaan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun bersama keluarga, saudara-mara dan
sahabat handai serta menulisnya disini untuk kajian saya. Ini merupakan kaedah
primer atau utama dalam mencari fakta sejarah tanpa sebarang olahan atau
interpretasi pihak lain.

Kaedah kedua saya ialah melalui internet dengan mencari maklumat-maklumat
yang berkaitan. Dengan kecanggihan teknologi dan penggunaannya yang
meluas, saya dapat pelbagai maklumat berhubung dengan kajian saya dengan
mudah. Sumber daripada internet ini amat banyak dan membolehkan saya
menjalankan kajian dengan lebih terperinci.

Kaedah ketiga ialah melalui media cetak seperti suratkhabar dan majalah. Saya
boleh mendapatkan sumber ini di rumah ibubapa dan datuk daripada simpanan
suratkhabar dan majalah-sajalah yang dibeli oleh mereka.

8

PENGENALAN

Malaysia merupakan negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum yang terdiri
daripada pelbagai agama seperti agama Islam, Hindu, Buddha, dan sebagainya.
Dengan kewujudan kaum serta agama yang pelbagai ini, maka kita dapat melihat
variasi budaya, perayaan dan adat yang terdapat di negara Malaysia ini. Kajian
hubungan etnik yang dijalankan ini memfokuskan tentang perayaan-perayaan
berdasarkan agama yang disambut oleh masyarakat di negara ini. Perayaan-perayaan
yang pelbagai ini memperlihatkan keunikan.

Malaysia dan menjadi suatu tarikan kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar
negara untuk melihat sendiri perayaan-perayaan yang setiap satunya mempunyai
keunikan dan nilai-nilai yang tersendiri. Misalnya dalam agama Islam, perayaan yang
diraikan ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Qurban. Manakala bagi
penganut agama Hindu di negara ini, antara perayaan yang diraikan ialah Deepavali ,
Thaipusam dan Ponggul. Bagi penganut agama Buddha pula, perayaan Tahun Baru
Cina dan Cap Goh Mei merupakan antara perayaan yang wajib disambut oleh
penganut agama berkenaan yang majoritinya berbangsa Cina. Di samping itu,
perayaan yang disambut oleh masyarakat di Sabah iaitu Hari Gawai manakala di
Sarawak pula terdapat Pesta Keamatan. Bagi penganut Kristian di negara juga
meraikan perayaan Hari Natal. Perayaan yang pelbagai ini menarik perhatian kami
untuk mengkaji dan mendapatkan kefahaman yang jelas mengenai perayaan-perayaan
tersebut.

Melalui kajian ini, antara intipati yang akan dikupas adalah mengenai konsep dan latar
belakang setiap perayaan yang dikaji, keunikan perayaan-perayaan tersebut dan juga
peranan sambutan perayaan-perayaan ini dalam usaha mengeratkan hubungan antara
kaum di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang peri
pentingnya kefahaman tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama agar
keharmonian hubungan etnik di negara ini dikekalkan

9

LAPORAN KAJIAN

PERAYAAN UTAMA

• HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Puasa/AidilfitriAgama Islam ialah sebuah agama yang suci dan
mementingkan kebersihan dari segi rohani dan jasmani. Di Malaysia agama Islam
majoritinya dianuti orang-orang Melayu Bumiputera. Islam mengamalkan rukun Islam
dan rukun iman iaitu percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul.
Agama Islam menyambut Hari Raya Puasa yang disambut pada tiap-tiap 1 Syawal,
tahun Hijrah. Perayaan dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah
kerana hari tersebut menandakan betapa umat Islam telah benar-benar berjaya
bermujahadah dan beribadah di sepanjang bulan Ramadhan.Ertinya, pada 1 Syawal,
mereka telah berjaya mengembalikan diri kepada fitrah semulajadinya. Sebelum
menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan
Ramadhan dan membayar zakat fitrah. Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga.Ia
bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja yang membatalkannya
bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertai dengan niat pada
malamnya.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal
(rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab
berdasarkan Takwim Tahun Islam.Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal
itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau
pun surau.

10

Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini
untuk pulang kekampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-
bapa masing-masing. Pada pagihari raya pertama, umat Islam akan mengambil
kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan
dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisikunjung-mengunjung ke
rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam akan
mengambilkesempatan untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan silaturrahim.

Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah
tradisionalseperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu
yang datang berkunjungdan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka
amat gembira kerana dapat bergayadengan pakaian yang baru serta mendapat duit
raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalanmemberi duit raya ini adalah suatu
tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita padahari raya, iaitu untuk
bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda. Selain itu, pada hari
raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung kepusara
ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia
lebihbermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-
pihak tertentu.

11

Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah
tradisionalseperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu
yang datang berkunjung dan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka
amat gembira kerana dapat bergayadengan pakaian yang baru serta mendapat duit
raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini adalah suatu
tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita padahari raya, iaitu untuk
bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda
Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk
berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari
Raya Aidilfitri di Malaysia lebihbermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka
yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu

Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan
hari rayaAidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh
masyarakat yanghadir. Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh
rakyat Malaysia yang terdiridaripada pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut
perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.

12
• HARI RAYA AIDILADHA
Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji merupakan
perayaanagama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini
menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari
selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah.

Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun.
Malah, bulanini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan
'Aidiladha' berasal daripadabahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan
korban'. Ini sempena memperingati kisahNabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh
Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi IsmailA.S.
Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah
untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi
Ismail dengan seekor kibas.
Sehubungan dengan itu, sebagai mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini,
masyarakat Islamyang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti
kambing atau lembu sebagai korbanpada hari raya ini. Daging sembelihan ini akan
dibahagikan, terutamanya kepada fakir miskin.

Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan takbir
dan tahmidsecara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan sembahyang

13

sunat Aidiladha padawaktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan diperdengarkan yang
berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim.
Selepas habis mendengar khutbah, umat Islam akan mengambil kesempatan
berkunjung ke rumahsaudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim
sambil menjamu selera dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan korban pula
akan diadakan selepas itu dan tiga hariberikutnya, iaitu pada 11, 12, dan 13 hari
Tasyrik. Seluruh masyarakat akan bersama-sama membuatkerja-kerja penyembelihan
tersebut.Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh
masyarakat di pantai timur, berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai
barat yang menyambutnya dengancara yang agak sederhana.

• Awal Muharram / Maal hijrah

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat
Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam
iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke
Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1
Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW
dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar
Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan
mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah
atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W.
Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina
Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk
penetapan Taarrikh bagi Madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun

14

Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang
mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah
dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan
permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.

Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang
menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali
dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala
kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara
serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke
merata dunia.

• TAHUN BARU CINA

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum.Kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada
suatu masa dahulu.Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang
dianuti.
Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat
pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Contohnya Perayaan Kaum
Cina, Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia
yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina
percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau,
arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap
binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.
Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak bulan pertama setiap tahun, kira-kira
empat hingga lapan minggu sebelum musim bunga (Lichun). Tarikh setepatnya boleh
jatuh bila-bila masa antara 21 Januari dan 21 Februari (merangkumi semua)
kalendar.Setiap tahun dilambangkan oleh satu daripada 12 ekor haiwan dan salah satu

15
daripada lima unsur, dengan kombinasi haiwan dan unsur. Inilah perayaan Cina yang
terpenting dalam setiap tahun.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan
bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli
kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan
sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan
yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah
wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada
semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah
dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan
tersebut.

• CHAP GOH MEI
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut
sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei
disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana

16

colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api
dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis
akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat
pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau
sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa
pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan
perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, Opera
Cina, dan mengimbang bendera besar yang dipanggil”Chingay”

• HARI KUIH BULAN

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada
kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih
Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu
sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah,
atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk
memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang
akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

• HARI WESAK
Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari
Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha.
Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan

17

fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung
kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras
Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah
kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di
seluruh dunia.

• DEEPAVALI

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang
beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan
perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke
14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga
dikenali sebagai pesta cahaya.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu

bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai

perayaan Deepavali.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang
melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucianyang
melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana
patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaanhalus yang
dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiranpelbagai warna akan
diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambangpenyembahan dewa Lakshimi, Dewa
Kekayaan yang dipercayai hanya akanmengunjungi rumah mereka yang mempunyai
hiasan "kolam" di pintu masukrumah mereka

"Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam
adalah dilarang mengikutnya.

18

• PESTA PONGAL

Pesta Pongal merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu.
Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Pongal
disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-
orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan
Januari.

Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi dan
berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakancahaya.
Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpulmengelilingi gubahan
buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan digunakan. Gambaran kecantikan alam
semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi
hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian" akan dihidangkan kepada
semua ahli keluarga.

• THAIPUSAM

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama
Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord
Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan ke sepuluh dalam kalendar Tamil yang
dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam

19

adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan
kesalahan yang lepas.
Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambutperayaan
Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.

Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tanggadi Batu
Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapanpatung dewa.
Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa,madu, dan susu untuk
dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.

Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagimasyarakat
yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatiandaripada masyarakat
yang berbangsa lain. Oleh itu, tidak hairanlah banyak pelancong yang datang dan
merakamkan suasana menarik semasa sambutanperayaan ini.

• HARI NATAL

Krismas dirayakan oleh penganut agama Kristian pada setiap 25hb Disember sebagai
mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan
pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna-warni. Bungkusan hadiah-
hadiah akan diletakkan di bawah pokok krismas dan akan dibuka pada hari tersebut.
Pada malam itu juga, semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah ibu bapa mereka
dalam suasana yang penuh kegembiraan. Kanak-kanak tidak digalakkan menghadiri
upacara sembahyang pada sebelah malam, mereka sebaliknya disuruh tidur kerana
mengikut kepercayaan semasa mereka tidur, Santa Claus akan datang membawa
hadiah untuk anak-anak mereka. Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi
hari Krismas, mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.

20

PERAYAAN DI SABAH DAN SARAWAK


PESTA GAWAI

Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai perayaan Gawai Dayak. Perayaan
ini disambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung musim menuai serta
permulaan musim tuaian baru. Untuk menyambut perayaan ini, kebiasaannya mereka
akan membersihkan rumah serta kubur nenek moyang mereka. Sehari sebelum
perayaan ini kesemua anggota keluarga akan berkumpul dan ahli keluarga yang paling
muda akan menawarkan hidangan yang disediakan khas kepada kedua orang tua
mereka. Pada perayaan ini juga, mereka akan menari dan mengenakan pakaian
tradisional sambil menikmati “Tuak” iaitu sejenis arak yang diperbuat daripada nasi.

• PESTA KEAMATAN

Perayaan bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatan yang
dirayakan olah kaum Kadazan Dusun. Pesta ini merupakan upacara perayaan khas
untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan
secara tradisi kaum Kadazan Dusun sejak zaman berzaman yang biasanya diadakan
selepas selesai menuai padi. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang
akan datang bertambah baik dan lumayan.

21

RUMUSAN

Semua perayaan ini disambut bersama-sama untuk memastikan berlaku interaksi

antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai

konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah

orang yang menyambut sesuatu itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan

menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu

meningkatkan interaksi kaum.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan

pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini

menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang

berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah faham

antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya

kaum yang lain.

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia

terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah sebuah negara yang

aman jika rakyatnya berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa.

Kejayaan Malaysia mengekal keamannya banyak bergantung kepada keupayaan

rakyat negara ii menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan.

Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara

dengan begitu mudah.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di
negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan
kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak
manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi
perayaan sebegini pada masa hadapan.

22

LAMPIRAN

23

24

RUJUKAN

1. Buku Teks Sejarah Tahun 6

2. Buku Rujukan Sejarah (SASBADI)

3.https://www.bharian.com.my/rencana/komentar
/2020/01/651403/harmonikan-hubungan-
masyarakat-pelbagai-kaum

4.https://www.google.com/amp/s/sejkssrt6t2u6.w
ordpress.com/2017/08/21/perayaan-masyarakat-
di-malaysia/amp/

5.http://www.academia.edu/17578768/Perayaan_
Di_Malaysia


Click to View FlipBook Version