BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP DAN SEMESTER / L3
LEVEL AND SEMESTER BC-030-3:2013 –CU05 RESIDENTIAL BUILDING BRICKWORK
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING BRICKWORK
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENT
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. SET UP BRICKWORK ALIGNMENT
3. CARRY OUT BRICK LAYING WORK
4. COORDINATE BRICKWORK INSPECTION
NO. KOD KSKV / KSKV Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 18
CODE NO.
BC-030-3:2013-C05/P(4/4)
NO. KOD / CODE NO.
TAJUK / TITLE:
PEMERIKSAAN KERJA BATA
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan
kepada pelatih tentang perkara yang perlu diberi perhatian dalam pemeriksaan
kerja bata dibina di tapak bina mengikut piawaian.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
18
PENERANGAN / INFORMATION :
Tembok bata perlu dirikan mengikut pelan dan spesifikasi yang disediakan oleh
jurutera berkelayakan. Kerja bata perlu mematuhi standard tempatan, peraturan
atau kod bidang kuasa bagi memastikan setiap aras dipatuhi, pemeriksaan adalah
diperlukan
1.0 PERSONEL YANG DIBERI KUASA MENGENDALIKAN PEMERIKSAAN
1.1 Jurutera/ Arkitek berdaftar
Akta Kawalan Bangunan memerlukan pemeriksaan visual dilakukan oleh
jurutera structural yang didaftarkan sebagai jurutera professional dalam disiplin
kejuruteraan awam atau stuktural. Ini adalah kerana keperluan atau kepentingan
untuk melakukan penilaian dan penghakiman professional dalam kejuruteraan
structural semasa pemeriksaan berkenaan
1.2 Pihak Berkuasa Tempatan
PBT pada umumnya diberi kuasa oleh undang-undang untuk memastikan
kawasan pentadbirannya berada dalam keadaan selamat dan merancang sesuatu
pembangunan dalam keadaan sempurna sesuai dengan keadaan masyarakat
tempatan. Pengawalan pembinaan bangunan merupakan salah satu fungsi yang
dipertanggungjawabkan kepada PBT untuk dilaksanakan melalu Akta Jalan, Parit
dan Bangunan 1974 (akta 133). Pengawalan pembinaan bangunan dilaksanakan
untuk memastikan segala binaan yang terdapat dalam kawasan PBT berada dalam
keadaan selamat dan sempurna berasaskan syarat-syarat yang ditetapkan.
Dalam kontek ini PBT berperanan memastikan setiap kaedah pembinaan
termasuk strukturnya dibina mengikut syarat-syarat yang dibenarkan dan
pemeriksaan kualiti dilaksanakan sebaiknya
1.3 Tujuan Pemeriksaan
i) Memastikan pelan dan spesifikasi yang telah diluluskan dipatuhi dan
kod-kod berkaitan serta standard rujukan dipatuhi
ii) Memastikan pemilik memperolehi apa yang telah dibayar
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
18
iii) Mengawal atau mengatur aktiviti bagi membantu proses pembinaan
iv) Menyimpan rekod proses
2.0 KRITERIA PEMERIKSAAN KERJA BATA
Dalam kerja bata , pembinaannya hendaklah menepati kriteria ditetapkan dari
segi kualiti. Ianya bagi memastikan objektif pemeriksaan dipenuhi. Berikut adalah
senarai kriteria yang perlu diperiksa dan diverifikasi
Size
Jajaran (Alignment)
Kepugakkan
Kekuatan
Kelasakan (durability)
Kebersihan
Kepersegian (Squareness)
Kesamaan/Evenness
Jointing
2.1 Saiz
Saiz membawa maksud dimensi ruang yang diperlukan untuk membina
tembok termasuk ruang lintang dan ruang pugak, jenis ikatan bata Apabila menguji
saiz ruang berbanding ikatan bata, anda perlu melihat penggunaan bata yang
diguna dan bahagian mana ditempatkan. Untuk memenuhi ruang yang ada dengan
ikatan yang ditentukan, akan ada bata potong yang digunakan. Bata potong pula
perlu ditempatkan pada lokasi yang tidak jelas kelihatan contohnya pada bukaan
tingkap dan pintu.Pemeriksaan perlu melihat dari aspek yang dinyatakan
2.2 Jajaran
Jajaran pada tembok merujuk kepada binaannya yang berada dalam keadaan
sekata. seimbang, lurus dan tidak berpiuh. Tembok yang menepati Jajaran juga
menepati keselarian dari segi pugak dan kelurusan. Pugak dan kelurusan yang tidak
tepat akan mempengaruhi dan menjejaskan ketepatan jajaran. Kriteria ini dianggap
gagal jika tidak dapat memenuhi keperluannya.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
18
Pengukuran jajaran juga diambil pada keselarian sambungan pugak atau dipanggil
“Perpend” iaitu sambungan pugak yang berselang antara lapisan. Sambungan
perpend dianggap gagal jika sisihannya melebihi 20mm setiap 2m tinggi tembok
Pugak dua perpend
2.3 Kepugakkan
Ketepatan pugak diuji dengan menggunakan alat aras spirit dengan
menempat rapat pada kedua hujung sisi tembok ( sisi permukaan dan lapik bibir
bukaan/ reveal) dan tiang. Pengujian boleh dilakukan juga di sepanjang permukaan
pada jarak difikirkan sesuai.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
18
Bagi bangunan bertingkat, pugaknya diberi kelegaan dimana sisihan
maksimum yang dibenarkan adalah 25mm dari jumlah tinggi keseluruhan. Ia
dianggap gagal jika melebihi diri kelegaan tersebut
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
18
2.4 Kelurusan
Kelurusan lapisan diuji pada permukaan hadapan sahaja menggunakan kayu
lurus dengan merentangkannya antara kedua-dua hujung tembok. Pengujian juga
dilakukan secara melintang pada kedua-dua arah
2.5 Kepersegian
Bagi sesebuah bangunan dengan binaan tembok berpenjuru, adalah menjadi
keperluan memastikan setiap penjurunya persegi termasuk setiap bukaan tembok
yang ada. Dalam masa pembinaan,tembok ditentukan kepersegian di tapak dengan
kaedah 3:4:5.,menggunakan sesiku Keluli untuk bahagian tertentu seperti bukaan
tembok untuk tingkap dan pintu. Kepersegian juga diuji dengan mengukur petak
secara menyerong (diagonal) dari keempat empat penjuru tembok. Cara pengujian
ini sesuai bagi tembok yang siap dibina. Jika jaraknya dalam kelegaannya walaupun
terdapat salah satu jarak serong/diagonal lebih panjang,
petak tembok atau bukaan dianggap sebagai persegi .
Kaedah pengujian boleh dilakukan seperti berikut
Contoh pengiraan:
Lebar Bukaan adalah 0.9 m dan ketinggian 1.2m
Jarak menyerong panjang antara penjuru = 1.5 m
Jarak menyerong pendek antara penjuru = 1.3 m
Kepersegian serong panjang 1.5 x 1.5 = 2.25 m per
Kepersegian serong pendek 1.3 x 1.3 = 1.69 m per
Perbezaannya ( 2.25- 1.69) = 0.56m
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
18
Perbezaannya kurang dari lebar bukaan 0.9m , Bukaan tersebut adalah persegi. Jika
perbezaannya melebihi dari lebar, bukaannya tidak pesegi.
2.6 Kekuatan
Faktor utama yang melibatkan kekuatan struktur bata adalah kekuatan bata,
kekuatan dan elastik mortar , kemahiran penerap bata, keseragaman bata dan
kaedah yang digunakan bagi mengikat bata. Kekuatan unit bata berubah-berubah
bergantung kepada ramuan dan kaedah pembuatannya. Bata boleh memiliki
kekuatan mampatan serendah 1600 psi. Sedangkan bata yang dibakar lebih baik
boleh mencapai kekuatan mampatan melebihi 15,000psi.
Bata yang diikat mengunakan mortar portland-cement-lime biasanya lebih kuat
dari unit bata itu sendiri. Kemampuan tembok dan tiang tanggung beban yang diikat
dengan mortar ini akan meningkat. Bagi mengikat bata dengan lebih baik, air
secukupnya perlu dicampur dalam mortar supaya penghidratan simen portland
dalam mortar berlaku dengan lebih baik
Sesetengah bata mempunyai kadar serapan yang tinggi. Jika tidak dirawat , ia
akan menyedut air dari mortar. Ini akan mengelakkan penghidratan berlaku dengan
sempurna. Bagi merawatnya , basahi bata dan biarkan beberapa ketika bagi
permukaan mengering sebelum menempatkannya. Oleh kerana pembinaan tembok
melibatkan proses, pemeriksaan dan pemerhatian perlu dijalankan sebelum tembok
dibina bagi memastikan jenis bata yang diguna, adakah ianya mematuhi spesifikasi.
pemeriksaan dan pemerhatian juga berlaku di sepanjang pembinaan berjalan bagi
memastikan pematuhannya
2.7 Kelasakan
Tembok yang dibina dari bata yang baik dan diterap dengan bancuhan mortar
yang baik , direkabentuk mengikut kesesuaian dan dedahan cuaca serta
pemasangan LKL pada lokasi yang sepatutnya , pada tingkap dan pintu , akan
mempunyai ciri-ciri kelasakan yang lebih baik bagi tempoh masa penggunaannya.
Dengan ciri kelasakan yang baik, tembok hanya memerlukan pemeliaraan dan
penjagaan yang minima sahaja.Bagi menentukan kewujudan ciri-ciri kelasakan
pada tembok, pemeriksa perlu melihat dan menilai semasa tembok dalam
pembinaan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
18
Mortar dianggap gagal jika ianya tidak memenuhi keperluan kod bangunan atau
spesifikasi. Lapisan Kalis Lembap dianggap gagal jika ianya tidak ditempatkan pada
lokasinya atau tidak mematuhi keperluan spesifikasi.
2.8 Kebersihan
Kebersihan ikatan bata terutama pada permukaannya berpunca dari kaedah
penerapan bata yang digunakan dan kawalan konsistensi mortar bagi
mengurangkan lelehan mortar. Kaedah “buttering” mortar pada kepala akan
menjadikan permukaan bata bersih dan buttering mortar pada muka bata
memastikan kepala bata bebas dari lelehan mortar.
Kaedah sebaran dan pemotongan mortar sambungan bawah (bed joint) yang
dilakukan dengan betul membantu mengekalkan kebersihan pada permukaan
tembok. Pembersihan permukaan boleh dilakukan dengan mengikis mortar mortar
terlebih sebelum kering. Permukaan tembok perlu kelihatan bersih , perlu
menampak warna asal bata.dan bebas dari sebarang tompokan atau lekatan.
Lekatan mortar yang menyebabkan permukaan bata terjejas Ia dianggap gagal jika
permukaannya tidak ditampil dengan elok.
2.9 Kesamaan
Dalam kerja bata, kesamaan membawa maksud keseragaman dalam ikatan
bata melibatkan jenis dan warna bata yang digunakan. Sabgai contoh ialah
ketebalan sambungan bawah (bed joint), sambungan pugak, aras dan sebagainya.
Keseragaman saiz dan warna bata yang digunakan juga mempengaruhi kesamaan
penampilan ikatan bata. Salah satu kaedah untuk mengukur sambungan bawah
boleh diuji dengan menggunakan tolok penanda.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
18
2.10 Kemas ikat sambung (Jointing)
Tiada peraturan yang mengawal ketebalan sambungan mortar bata. Bata
yang berbentuk tidak seragam pun memerlukan sambungan sehingga ketebalan
12mm bagi menyesuaikan dengan ketidakseragaman bata. Bagaimana pun
sambungan mortar setebal 6mm -10mm adalah paling kuat.Gunakan ketebalan ini
untuk bata berbentuk seragam
Permukaan luar sambungan mortar dikemas ikat bagi menjadikan ikatannya
kalis air dan menampilkan permukaan yang lebih menarik. Terdapat perlbagai corak
kemas ikat yang boleh dibentuk menggunakan jointer dan pointer.
4.0 JENIS- JENIS BORANG PEMERIKSAAN
4.1 Borang pemeriksaan binaan tembok bata muka
Borang pemeriksaan ini merupakan dokumen yang mengandungi perkara-perkara
berkaitan kualiti pembinaan dan ikatan tembok bata yang perlu diperiksa. Borang-
borang ini terdiri dari tiga jenis yang mengandungi tiga (3) peringkat pemeriksaan
iaitu Peringkat Penerimaan, Peringkat Pembinaan dan Peringkat Produk Siap.
Bagi melaksanakan tugas ini berikut beberapa item /aspek yang perlu
disemak dan ditelliti. Bagaimanapun item –item berkenaan boleh ditambah
bergantung kepada keperluan contohnya :
Sebelum Pembinaan
a) Bahan – Bata dan Mortar
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
18
b) Saiz lebar dan tinggi
c) Garisan tandaan
Selepas Pembinaan
d) Pugak
e) Jajaran
f) Sambungan – sambungan antara bata, sambugan bawah (bed Joint),
perpend
g) g) Kepersegian
Contoh Borang Pemeriksaan :Kerja Bata (Peringkat Penerimaan)
4.2 Request for Information/inspection (RFI)
Request for Information/inspection (RFI) (Biasanya merujuk kepada
pertanyaan/permohonan teknikal) adalah persoalan formal yang dibangkitkan oleh
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
18
satu pihak terhadap kontrak projek pembinaan kepada pihak lain. Biasa
permohonan daripada kontraktor kepada klien , tetapi ianya boleh juga antara mana-
mana pihak, contohnya dari sub kontraktor kepada kontraktor, Tujuannya bagi
memperolehi kelulusan penyerahan/pemilikan/ mendiami (CF).
5.0 PERANCANGAN PEMERIKSAAN KERJA BATA
Perancangan pemeriksaan diatur mengikut beberapa peringkat dalam
proses yang dijalankan. Setiap poin kawalan adalah pemeriksaan berjadual atau
aktiviti yang yang diverifikasi bagi memastikan kemajuan seperti :
a. Peringkat Penerimaan - Persediaan sebelum pemasangan
b. Peringkat Pembinaan-Semasa pemasangan
c. Peringkat Produk Siap - Selepas pemasangan
Pada beberapa peringkat pembinaan, pemeriksaan kualiti perlu diatur bagi
memastikan kerja-kerja yang dijalankan mematuhi syarat-syarat persetujuan
bangunan.
• Persetujuan bangunan akan menyenaraikan pemeriksaan yang boleh
dijalankan. Jangkamasa yang jelas bagi kerja –kerja bangunan dan tempahan
pemeriksaan lebih awal perlu dilakukan bagi mengelakkan penangguhan
ditapak.
• Keadaan yang memerlukan penyelengaraan atau pembaikian merangkumi
penghabluran, pecah, kerosakan sambungan mortar, kerosakan lapisan kalis
lembab dan kalis tiris.
• Jadual menunjukkan senarai beberapa keadaan yang menjejaskan kerja bata .
Item-item yang diperiksa dalam jadual mewakili setiap sumber yang perlu
dipertimbangkan apabila keadaan
tersebut diteliti
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
18
5.1 Fokus utama pemeriksaan adalah :
a) Pemeriksaan ini bagi memastikan projek dibangunkan mengikut peraturan
dan memastikan Pihak berkuasa tempatan mempunyai cukup maklumat bagi
menerima penyerahan projek dan mengeluarkan sijil pematuhan kod
b) Pemeriksaan memfokuskan kepada kerosakan dan kecacatan yang akan
menimbulkan masalah pematuhan perundangan dan kesulitan kepada
operasi dan penyenggaraan projek setelah projek diterima (oleh JKR) dan
diserah kepada pelanggan.
5.2 Kaedah Pemeriksaan
Kaedah pemeriksaan boleh diatur mengikut ketetapan berikut:
5.2.1 Berjadual
Melibatkan pemeriksaan dalam sela tertentu (Tidak tetap ) kerana ia
bergantung kepada kerja-kerja yang terlibat samada kerja disemak untuk pematuhan
atau kesan kecacatan atau kelemahan yang terdapat pada struktur siap.
Pemeriksaan berjadual melibatkan aktiviti pemeriksaan selepas pembinaan
disiapkan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
18
5.2.2 Berterusan
Pemeriksaan berterusan memerlukan pemeriksa berada ditapak dari awal
pembinaan sehingga penyiapan projek. Pemeriksaan ini juga diperlukan bagi
elemen atau item kerja yang spesifik berbanding keseluruhan projek yang hanya
memerlukan pemeriksa berada dilokasi untuk tujuan pemeriksaan item sahaja
5.3 Jenis-jenis pemeriksaan dan tindakan pembaikian (dalam tempoh
pemeriksaan)
5.3.1 Baiki Sambungan Mortar
Sambungan mortar mungkin mengalami keretakan ,pecah dan kecacatan yang
disebabkan pergerakan atau masalah struktural. Keadaan ini memerlukan
pemulihan dengan cara
• Menurap keretakan halus
• Membuat kemas ikat sambung semula
5.3.2 Penggantian Bata
Kelembapan boleh meresap melalui bata yang pecah. Apabila keadaan ini berlaku,
adalah perlu menggantikan unit-unit yang terjejas. Pemasangan Lapisan Kalis
Lembap dan Kalis Tiris Prosedur pemasangan dibuat melalui dua cara .
o Menebuk lubang pada lapisan bata diikuti suntikan bahan sintetik yang akan
membentuk perintang kalis lembap berterusan pada lapisan bata sedia ada.
o Memasukkan lapis kalis tiris melalui lapisan bata dan wythe ( Bahagian
pugak berterusan antara 2 daun tembok bata )
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
18
5.3.3 Pemasangan Pengikat dan Cangkuk Tembok
Keadaan ini diperlukan apabila tembo bata yang dibina dengan pemasangan
pengikat yang tidak mencukupi atau kegagalan pengikat sedia ada. Cangkuk
tembok digunakan bagi mengukuhkan Wythe atau Venir dan memindahkan beban .
Memasang cangkuk akan menambahb baik kekuatan dan mengurangkan potensi
keretakan
5.3.4 Penyingkiran Hablur
Tompokan hablur pada permukaaan tembok boleh disingkirkan dengan
mengikis, memberus dengan air, Larutan pembersih untuk kerja bata juga sesuai .
6.0 KEPERLUAN BADAN KAWAL SELIA KERJA BATA
Dalam memastikan kerja bata dilakukan dengan berkesan, badan kawal selia
yang dilantik adalah bertanggungjawab terhadap keperluan-keperluan seperti
Kawalan Kualiti dan Keselamatan dan kesihatan. Bagi Badan Kawal Selia dalam
industry pembinaan, The Construction Industry Development Board of Malaysia
(CIDB),diberi tanggungjawab mempromosi sektor perkhidmatan pembinaan, seperti
mana juga berperanan menyelaras dan memantau kemajuan keseluruhan proses
perlaksanaan Construction Industry Master Plan (CIMP). Semua syarikat pembinaan
perlu berdaftar dengan CIDB . Diantara agensi kawal selia lain berkaitan adalah:
The Board of Engineers Malaysia (BEM);
The Board of Quantity Surveyors Malaysia (LJBM);
The Institution of Engineers Malaysia (IEM);
The Malaysian Institute of Architects (PAM);
The Institution of Surveyors Malaysia (ISM);
The Master Builders Association Malaysia (MBAM);
The Association of Consulting Engineers Malaysia (ACEM)
Pada asasnya badan kawal selia ini perlu memenuhi keperluan mengikut kod
amalan yang digunapakai seperti :
• BS 3921 British Standards Specification for Clay Brick
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
18
• BS EN 771-1:2003 Table NA.1 Coordinating and work sizes of clay brick’.
• BS 8000-3:2001 Workmanship on building sites. Code of practice for
masonry
6.1 Keperluan Kawal Selia
Kawal selia juga perlu memenuhi keperluan mengikut aspek-aspek Keselamatan
dan Kesihatan dan Kawalan kualiti.
6.1.1 Keselamatan dan kesihatan
Dua aspek major yang perlu diberi perhatian adalah:
i. Keselamatan Personal melibatkan pekerja dan orang awam
Menggunakan perkakas keselamatan dan pengadang keselamatan
ii. Keselamatan cara membina
Binaan yang kukuh dengan kelengkapan susur keselamatan,toeboard,
laluan tangga. 3 aspek penting yang perlu dipenuhi adalah Kekuatan,
Kestabilan dan Kukuh/Teguh
Diantara elemen keselamatan yang perlu diberi perhatian
• Merekabentuk tembok yang menyediakan kestabilan tambahan semasa
pembinaan seperti memasang bar teras .(rajah a)
• Membina tembok bata serentak dengan tembok simpang supaya ianya
menyokong antaa satu sama lain menjadikan kedudukannya dalam
keadaan stabil.(rajah b)
Memasang penyokong sementara pada belakan g tembok (rajah c )
a bc
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of
18
6.1.2 Kawalan Kualiti
Kawalan kualiti adalah sebahagian dari program jaminan kualiti yang
melibatkan pemeriksaan , pengujian, atau kedua-duanya. Ada diantara program
jaminan kualiti memerlukan kantraktor menyerahkan dokumentasi yang
menunjukkan pematuhan kepada dokumen kontrak. Keperluan kod bangunan bagi
Structure Masonry, menyatakan yang semua masonri dibina dibawah program
jaminan kualiti.
i) Pemeriksaan (Inspection)
Pemeriksaan menjadi keperluan oleh dokumen kontrak dan kod bangunan. Ia
akan menentukan kualiti melalui pematuhan standard dan spesifikasi. Contohnya
dalam pemeriksaan mortar akan mengesahkan yang bahan tersebut dipilih mengikut
ksesuaian diguna dengan nisbah bancuhan, tempoh membancuh dan penempatan
yang betul.
ii. Memilih Bahan-Bahan
Kualiti dalam kerja bata banyak dipengaruhi oleh dua elemen iaitu reka
bentuk dan spesifikasi. Pengunaan bahan berkualiti dalam standard yang
dibenarkan dan mutu kerja yang tinggi adalah diperlukan untuk memenuhi kedua
–dua elemen berkenaan Memilih mortar berasaskan penggunaannya
Mortar jenis N – Untuk tujuan umum, kemampuan mengikat dengan baik dan
kebolehkerjaan (tembok cucur atap, tembok bukan alas beban).Nisbah 1:1:6
(1 simen,1 kapur, 6 pasir)
Mortar jenis S – Untuk tujuan umum, kekuatan ikatan lenturan/flexural yang
tinggi (tembok luar-galas beban).Nisbah 2:1:9 (2 simen,1 kapur,9 pasir)
Mortar jenis M – Mortar yang terkuat dengan mampatan tinggi tapi kurang
kebolehkerjaan ( asas,tempok penahan,lurang).Nisbah 3:1:12 (3 simen,1
kapur 12 pasir)
Mortar jenis O – Mortar berkekuatan rendah,untuk aplikasi dalaman dan
pemulihan (tembok sekatan). Nisbah 1:2:9 ( 1 simen, 2 kapur,9 pasir)
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of
18
iii. Pengujian
Pengujian melibatkan penyempelan mortar , penyediaan specimen ujian,
pengendalian specimen semasa pengangkutan, penyimpanan di kemudahan ujian
dan prosedur test. Ia menjelaskan prosedur bagi mengukur sifat kandungan mortar
plastik seperti konsistensi,nisbah batu baur, kandungan udara dan air. Selain itu,
menjelaskan prosedur bagi mengukur sifat kandungan bagi mortar mengeras
seperti kekuatan mampatan
SOALAN / QUESTIONS:
1. Berikan enam kriteria pentinga dalam pemeriksaan kerja bata.
a. ______________________________________________________________
b. ______________________________________________________________
c. ______________________________________________________________
d. ______________________________________________________________
e. ______________________________________________________________
f. ______________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(4/4) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of
18
RUJUKAN / REFERENCES:
1. Masonry - Wikipedia, the free encyclopedia
en.wikipedia.org/wiki/Masonry
2. Bab Teknikal Batu Bata
ml.scribd.com/doc/.../Bab-Teknikal-Batu-Bata
3. 04220/UNIT MASONRY
www.miamidade.gov/water/library/Donation/part-3/04220.pdf
4. BUILDING CONSTRUCTION
daj-pelangimalam.blogspot.com
5. BRICK MASONRY - Free-Ed.Net
www.free-ed.net/free-ed/Courses/05 Building an
6. December 2005 Maintenance of Brick Masonry - Glen-Gery
www.glengery.com/images/brick/technicalinfo/