BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP DAN SEMESTER / L3
LEVEL AND SEMESTER BC-030-3:2013 –CU05 RESIDENTIAL BUILDING BRICKWORK
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING BRICKWORK
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENT
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. SET UP BRICKWORK ALIGNMENT
3. CARRY OUT BRICK LAYING WORK
4. COORDINATE BRICKWORK INSPECTION
NO. KOD KSKV / KSKV Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 14
CODE NO.
BC-030-3:2013-C05/P(3/4)
NO. KOD / CODE NO.
TAJUK / TITLE:
MENERAP BATA
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan
kepada pelatih tentang kaedah menerap bata yang khusus dan mengikut
piawaian.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(3/4) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
PENERANGAN / INFORMATION : 14
Dalam kerja pembinaan, pengunaan bata menjadi bahan utama bagi pembinaan
tembok dan tiang. Pembinaan struktur bata ini memerlukan ikatan bata yang khusus
dan kaedah menerap bata yang betul bagi memastikannya teguh dan stabil.
1.0 BAHAN DAN PERALATAN BAGI KEGUNAAN KERJA BATA
Kerja bata merupakan kerja yang penting dalam pembinaan dan ia mesti mengikut
paiawaian yang telah ditetapkan seperti dalam lukisan spesifikasi. Berikut adalah
bahan dan peralatan bagi kegunaan kerja bata :
i) Bata
ii) Pasir
iii)Simen
iv) Bahan Tambah
v) Air
vi) Exmet
vii) Lapis Kalis Lembab
1.1 Bata
Bata merupakan bahan utama berbentuk bungkah berukuran 215mm x 102.5mm
x 65mm (telah dibincang dalam kompetensi 1) Diguna dalam pembinaan tembok
dan tiang . Ia diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah. Bahan utamanya
ialah tanah liat, pasir, kapur dan simen (BS 3921). Tersedia dalam pelbagai
jenis,kekuatan,tekstur,warna dan bentuk khas yang memenuhi standard BS 4729.
1.2 Pasir
Bancuhan mortar menggunakan samada pasir semula jadi atau pasir yang
dihasilkan melalui proses penghancuran batu-batu kasar di kuari. Pasir adalah Batu
baur halus bersaiz lebih kecil daripada 5mm. Kebiasaannya pasir sungai dan pasir
lombong adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan.
Pasir asli diperolehi daripada dasar sungai, lombong dan tepi pantai. Walau
bagaimana pun pasir yang di perolehi daripada pantai tidak sesuai di gunakan untuk
kerja-kerja binaan kerana kandungan garamnya yang tinggi
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(3/4) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
14
1.3 Simen
Simen merupakan bahan komponen yang utama dalam proses membuat
mortar. Terdapat pelbagai jenis simen yang digunakan di tapak-tapak pembinaan
mengikut keperluan dan kesesuaiannya. Kebiasannya dibekalkan dalam bag-bag
yang beratnya tidak melebi 50 kg bagi kemudahan pengangkutan. Simen bertindak
sebagai bahan pengikat dalam bancuhan mortar. Dalam bancuhan mortar , simen
bertindak mengikat antara butir pasir dan memegang antara bata menjadikan ikatan
bata teguh.
1.4 Bahan tambah
Bahan mentah digunakan bertujuan manambahkan lagi kebolehan menahan
air bagi sesuatu mortar simen untuk mandapatkan kebolehkerjaan yang tinggi.
Selalunya bahan tambah untuk tujuan ini adalah bahan bukan organik seperti batu
kapur dan tanah liat yang merupakan bahan tambah paling baik kerana mortar yang
dihasilkan adalah lebih senang untuk disebarkan, penahanan air yang baik dan
penambahan kekuatan dan kelembutan. Bagaimanapun, batu kapur terhidrat lebih
banyak digunakan kerana mudah didapati dan ekonomik. Jenis-jenis bahan Tambah
• Pencepat (accelerator)
• Pemudah Adun (Plasticizer)
• Pelambat (Retarder)
1.5 Air
Air diperlukan untuk membancuh mortar bagi tujuan: :
i. menyebarkan simen dan kapur kepada setiap butir batu baur
• Air bertindakbalas ke atas simen melalui proses penghidratan untuk
menghasilkan satu likatan atau bacuhan berplastik yang akan mengikat
batu-batu baur untuk menghasilkan konkrit.
ii. menentukan tahap kebolehkerjaan konkrit dan menjadikan konkrit yang
dibancuh itu mudah di tempatkan serta dimampat di dalam acuan.
• Semua jenis air tawar yang boleh diminum adalah sesuai di gunakan
untuk membancuh konkrit. Air yang mengandungi bahan kotoran atau
bahan-bahan sampingan yang berlebihan boleh memberi kesan negatif
kepada konkrit yang dihasilkan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(3/4) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
14
1.6 Tetulang Berjaring ( Mesh Reinforcement)
Terdapat dua jenis iaitu exmet dan bricktor. Huraian adalah seperti berikut :
1.6.1 Exmet
Exmet adalah salah satu jenis tetulang berjaring boleh diregang untuk
digunakan pada lapisan bata. Ia ditempatkan ada setiap 3 atau 4 lapisan ikyan
bata.Tujuannya menambah kekuatan pada ikatan bata berkenaan
Ia dibekalkan dalam bentuk bergulung 83m (78 ela) panjang atau dalam bentuk
bungkusan 5m (4.7 ela) dengan 3 ukuran yang tertentu iaitu:
• 65mm untuk tembok 102.5mm,
• 178mm, untuk tembok 215mm
• 250mm hingga 305mm untuk tembok yang lebih tebal.
Bagi mengelakkan dari berlakunya karat, ia disapu dengan minyak.
1.6.2 Bricktor
Bricktor adalah satu lagi jenis tetulang berjaring galvani yang menyediakan
fleksibiliti dan kekuatan pada ikatan bata. Briktor lazim digunakan bagi tujuan yang
sama. Perbezaannya dari segi corak jaringnya.
Exmet
Bricktor
1.7 Lapisan kalis lembab (LKL)
Lapisan kalis lembab ialah lapisan perintang lembapan yang diletakkan dalam
binaan .Ia bertujuan untuk menggelakkan lembapan daripada menyerap masuk ke
dalam bangunan yang boleh mengakibatkan kecacatan pada komponen bangunan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(3/4) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
14
Penempatan LKL pada tembok hendaklah bersambung hingga ke bawah komponen
kayu seperti alang/bearer yang menyokong gelegar lantai gantung . Bagi tembok
luar, LKL ditempat pada kedudukan 150mm tinggi dari aras tanah.
Lapisan kalis Lembab : Kepingan Plastik (polythene sheet)
2.0 PERALATAN KERJA BATA
2.1 Sudip bata )Trowel
Alat yang mempunyai pemegang (kayu) dan mata keluli. Merupakan alat utama
dalam kerja mengikat bata dimana ia bertujuan untuk
i) mengangkat dan menyebarkan mortar
ii) .melakukan kerja-kerja pada sambungan di bahagian muka tembok .
iii) membuat pemotongan bata secara kasar dan menarah bata lembut.
Pemegang
Panjang mata
mata
kop/Shovel
2.2 Shovel
Spade atau shovel adalah alat tangan yang paling biasa diguna untuk kerja
–kerja membancuh Terdapat pelbagai bentuk shovel bagi tujuan spesifik..
Bentuk yang lazim digunakan adalah Shovel dengan hujung tirus dan hujung rata
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(3/4) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
14
dengan sisi terbengkok ke atas bagi mengelakkan tanah dari tertumpah . Dengan
hujungnya yang rata, alat ini menjadi alat tangan paling efisien ,ideal bagi
membancuh morta dan tugas umum. Hujung tirus juga menjadi sebahagian
2.3 Baldi (Bucket)
Diperbuat daripada logam dan digunakan untuk
menyukat bancuhan , mengisi mortar siap dibancuh
untuk dibawa ketempat kerja bata . Berwarna kuning dan
diperbuat dari plastik atau PVC
2.4 Kereta Sorong (Wheel Barrow)
Alat pengangkutan yang mempunya satu roda,
sepasang Pemegang , sepasang kaki dan bekas
pengisian. Kaki yang terpasang dibawahnya bertujuan
menstabilkan kedudukan kereta Sorong ketika dalam
keadaan terletak
2.5 Bantalan ( Bolster )
Digunakan untuk memotong bata bagi mendapatkan potongan batu-bata
yang tepat. Mempunyai lebar mata yang berbeza iaitu dari 51.8 mm hingga 115
mm. Digunakan bersama club hammer. Mata yang berukuran 115 mm paling
sesuai untuk penerap bata. Hendaklah sentiasa tajam dan kepalanya tidak
kembang (mushroom )
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(3/4) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
14
2.6 Tukul
Digunakan bersama alat-alat pemotong seperti bantalan /bolster, pahat batu
dan lain-lain. Beratnya antara 1.13 kg hingga 1.36 kg, ianya sesuai untuk mengetuk
bantalan. Bucu di setiap permukaan tukul ditumpulkan bagi menjaga keselamatan
2.7 Peralatan Perlindungan / Personal Protective Equipment (PPE)
Terdapat banyak alat atau kelengkapan perlindungan untuk pelbagai jenis
perlindungan bergantung kepada jenis kerja yang dilakukan. Bagi kerja bata
peralatan perlindungan personal yang standard adalah helmet, sarung tangan ,
kasut keselamatan, penutup mulut.hidung dan
2.8 Alat aras
Menggunakan alat aras ukur merupakan satu
cara menentukan aras tapak.Jenis –jenis alat-
alatnya adalah
• Alat aras Dompot (Dumpey Level)
• Alat aras Jongkit (Tilting Level)
• Alat aras Automatik
• Alat aras Digital
2.8 Peranca
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(3/4) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
14
Menyediakan pelantar pada ketinggian tertentu supaya
kerja-kerja di aras tinggi dapat dilakukan dengan mudah.
Peranca disokong oleh komponen-komponen seperti
tiang,rembat, tupang dan beberapa komponen lain supaya ia
dapat berdiri kepada ketinggian tertentu.
2.9 Bar Penetap
Bar penetap terdiri daripada keluli bulat dalam pelbagai saiz garis pusat dan
panjang. Diguna dalam kerja bata untuk tujuan menguatkan ikatan bata yang
dibina bersambung dengan struktur konkrit contohnya antara tiang konkrit dan
tembok bata. Saiz-saiz Bar Penetap adalah :
• 12mm diameter x 300mm, 400mm, 500mm, 600mm, 900mm, 1000mm
• 16mm diameter x 300mm, 400mm, 500mm, 600mm, 900mm, 1000mm
• 20mm diameter x 400mm, 500mm, 600mm, 900mm, 1000mm 25mm diameter
x 450mm, 600mm
4.0 PROSEDUR MENGIKAT BATA
Sebelum memulakan kerja-kerja mengikat bata , anda perlu melakukan
persediaan lokasi dimana ikatan bata akan dilakukan . Pastikan lokasi bebas
dari sesuatu yang tidak diperlukan.
Mulakan mengukur dan menanda
Perlu dilakukan berdasar jenis ikatan bata yang akan dibina.
Menyusun ikatan kering akan dapat membantu menentukan ruang (dimensi)
Memahami dan mematuhi peraturan ikatan bata .
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(3/4) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
14
4.1 Peraturan ikatan bata
• Elakkan sambungan tegak yang terus menerus dalam ikatan ataupun
dipermukaan.
• Susunan mesti berlekap dan bertindih-tindih antara satu sama lain, oleh itu
lekap ¼ bata untuk ikatan header dan ½ bata untk stretcher perlu dikekalkan .
• Bata pengikat dan bata penutup bertindak menghindari sambungan terus
menerus pada tembok bersudut tegak dan di persimpangan. Rajah dibawah
menunjukkan perbandingan tembok dengan ikatan terikat (berlekap) dan tidak
terikat (tidak berlekap). Arah beban yang tersebar apabila menanggung beban
juga ditunjukkan.
BEBAN BEBAN
Sambungan pugak
berselang di garisan
tengah stretcher
Sambungan pugak pada setiap lapisan yang
berselang hendaklah berada pada garis
tengah stretcher
• Pasti tali direntang antara dua hujung tembok dan digantung untuk garisan
pugak menggunakan pelambab (jika tidak menggunakan timbang air)
• Mulakan ikatan dengan menyebar mortar pada sambungan bawah
• Lapis mortar dengan membentuk lekuk ditengah dan tidak padat untuk memberi
ruang kepada bata terbenam apabila diketuk. Ia memudahkan dalam kerja
melaras aras
• Sisi morta dikemaskan
• Lekatkan atau Buttering morta pada kepala atau sisi bata (bergantung kepada
ikatan)
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(3/4) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
14
• Tempatkan Lapsan Kalis Lembap pada lapisan kedua ikatan bata.
• Pasang Exmet pada setiap 3-4 lapisan bata
• Lakukankan kerja-kerja kemasan bata - kemas ikat sambung
5.0 KEMAS IKAT
Kemas ikat adalah sambungan penyudah yang dilakukan pada sambungan bata
samada semasa atau selepas ikatan bata disiapkan bagi penampilan yang menarik
dan cantik. Ini dilakukan terhadap tembok bata muka yang tidak dilepa. Ada dua
cara melakukan kemas ikat dan masing-masing ada kebaikan dan keburukannya.
i. kemas ikat semasa kerja dijalankan (jointing)
ii. kemas ikat setelah kerja bata siap (pointing)
5.1 Jointing (kemas ikat sambung)
Kerja-kerja kemas ikatan dilakukan semasa bata disusun dan diikat sehingga
siap 1 lapisan bata atau sebahagiannya. Corak kemas ikat sambung tidak terunjur
tetapi rata dan banyak kepada terbenam . Diantara kemas ikatan ini ialah kemas ikat
sambung dalam pelbagai jenis.
5.1.1 Jenis-jenis kemas ikat sambung
Sambung condong kekunci Sambungan separuh
bulat
atas
Condong bawah sambungan v
Terbenam sambungan rata
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(3/4) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
14
Sambungan condong bawah Sambungan condong atas Sambungan terbenam
Sambungan V Sambungan Rata Sambungan separuh bulat
5.2 Pointing /kemas ikat timbul
Kemas ikat timbul dilakukan selepas tembok bata disusun dan dikat sehingga siap
keseluruhannya. Prosesnya akan mengambil masa dimana kerja menutupi
sambungan-sambungan bata menggunakan mortar pekat,dimasuk ke dalam lurah
sambungan sehingga rata . Sambungn rata ini dibentuk pula dalam pelbagai bentuk
atau jenis dengan sudip kecil. Corak kemas ikatannya lebih kepada terunjur keluar
daripada permukaan tembok. Diantara kemas ikatan ini ialah kumai ikat dalam
pelabagai jenis.
5.2.1 Jenis-jenis kemas ikat timbul
• timbul kumai
• timbul julur
• Timbul kumai
• Timbul julur
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(3/4) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
6.0 MORTAR SIMEN 14
• Mortar simen dihasilkan dengan mambancuh simen dan pasir dalam nisbah yang
tertentu mengikut kegunaannya.
• Mortar simen adalah lebih kuat daripada mortar kapur, oleh sebab itu mortar ini
banyak digunakan untuk pembinaan tiang, tembok yang mananggung beban dan
juga tembok yang di bawah aras tanah.
• Nisbah 1:3 dan 1:6 adalah bancuhan yang biasa digunakan untuk mengikat bata
dan melepa. Bancuhan yang pekat sangat tidak mendatangkan faedah atau
kelebihan, dan mortar ini tidak sesuai untuk mengikat bata biasa. Adalah
diingatkan bahawa kekuatan mortar itu mestilah seimbang dengan kekuatan bata
untuk menghasilkan binaan yang kukuh
6.1 Nisbah bancuhan Mortar
Nisbah bancuhan adalah kadar banyaknya bahan-bahan yang dicampur untuk
menghasilkan bancuhan mortar.Nisbah bancuhan yang diguna adalah berbeza-beza
mengikut, jenis bata, kerja yang dilakukan dan jenis mortar.
Nisbah bancuhan yang sesuai untuk mengikat kerja bata kejuruteraan ialah
1:3 (simen : pasir), manakala untuk mengikat bata biasa dan melepa, nisbah
bancuhan yang sesuai ialah 1:4. Nisbah bancuhan mengikut jenis kerja adalah
seperti berikut:
Tembok luar di atas LKL : 1:5
Tembok luar di bawah LKL : 1:4 & 1:5
Tembok dalaman : !:6
Tembok penahan/kepala tembok dan ambang : 1: 3
Secara amnya, mortar yang pekat (lebih simen) hanya sesuai digunakan untuk
bahan binaan yang cukup kuat seperti bata kejuruteraan. Jika mortar yang pekat
digunakan untuk mengikat bata yang kurang keras, keretakan mungkin berlaku pada
permukaan tembok kerana pengecutan dan pengembangan tidak sama pada kedua-
dua jenis bahan ini.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(3/4) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
14
Sebaliknya jika bancuhan mortar yang kurang pekat digunakan untuk mengikat
bata yang keras, akibatnya ialah sambungannya tidak akan kekal dan kekuatan
tembok akan terjejas.
7.0 LAPISAN KALIS LEMBAP
Lapisan kalis lembab ialah lapisan perintang lembapan yang diletakkan dalam
binaan .Ia bertujuan untuk menggelakkan lembapan daripada menyerap masuk ke
dalam bangunan yang boleh mengakibatkan kecacatan pada komponen bangunan
7.1 Kaedah Pemasangan LKL
• LKL hendaklah memenuhi keseluruhan tebal tembok tidak termasuk lapisan lepa.
• Lapisan mortar untuk menerima LKL hendaklah disebar rata,sekata dan bebas
dari terunjur keluar yang akan merosakknya.
• LKL hendaklah dipasang bertindih sekurang-kurangnya 100-150 mm pada setiap
sudut dan sambungan di atas mortar simen (1:1) yang rata dan disalut pada
permukaan atas dengan bitumen cecair.
• Apabila LKL melintang perlu bersambung dengan permukaan pugak, cement
concrte fillet diletak pada pepenjuru supaya perubahan arah berlaku secara
sekata.
• Setiap LKL hendaklah diletak dalam posisi yang betul untuk dihubungkan
dengan LKL lain bagi mewujudkan rintangan berterusan terhadap lembapan
daripada lantai,tembok dan bersambung kepada kedudukan pugak pada
Tembok Cucur Atap dengan sokongan simen
bumbung
Rajah menunjukkan kedudukan LKL melintang
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(3/4) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
7.0 PEMASANGAN BAR PENETAP 14
Bar penetap digunakan bagi menguatkan pegangan antara dua struktur.
Dalam kerja bata, ia diguna untuk pegangan antara tembok bata dan tiang konkrit
atau antara dua tembok bata pada sambungan menegak bagi mewujudkan ikatan.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
RUJUKAN / REFERENCES
1. Masonry - Wikipedia, the free encyclopedia en.wikipedia.org/wiki/Masonry
2. Bab Teknikal Batu Bata
ml.scribd.com/doc/.../Bab-Teknikal-Batu-Bata
3. 04220/UNIT MASONRY
www.miamidade.gov/water/library/Donation/part-3/04220.pdf
4. JENIS-JENIS DAN KEGUNAAN BATU-BATA fareedraduwan.blogspot.com/.
5. BUILDING CONSTRUCTION
daj-pelangimalam.blogspot.com
6. CONSTRUCTION METHOD STATEMENT FOR BRICKWALL
construction2u.blogspot.com/2014/06/construction-method