The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOPIK 1
IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE WORK REQUIREMENT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Syazwani Yahaya, 2021-01-24 07:07:37

CU 04 RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE WORK

TOPIK 1
IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE WORK REQUIREMENT

Keywords: BUILDING,CONCRETE WORK

TOPIK 1:

IDENTIFY RESIDENTIAL
BUILDING CONCRETE WORK

REQUIREMENT

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
17

PENGENALAN DAN KEPERLUAN KONKRIT

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang bahan-bahan, peralatan dan sumber dalam menghasilkan konkrit
mengikut piawaian
PENERANGAN / INFORMATION :

Konkrit merupakan bahan binaan yang terhasil melalui campuran simen , batu baur halus
(pasir) dan batu baur kasar serta air mengikut nisbah tertentu. Konkrit meluas di gunakan
di dalam kerja-kerja pembinaan terutama kerja-kerja struktur yang memerlukan kekuatan
dan ketahanan yang tinggi seperti tiang,rasuk,asas dan lain komponen bangunan.
Keupayaannya menyokong tegasan adalah amat berkesan bagaimanapun ia juga
bergantung kepada pemilihan jenis-jenis dan kualiti bancuhan konkrit. Kualiti konkrit pula
bergantung kepada faktor berikut :

a. Kualiti bahan bancuhan yang di gunakan.
b. Nisbah campuran yang betul.
c. Kaedah menggaul dan mengangkat.
d. Kualiti acuan bagi menempatkan konkrit.
e. Pemadatan konkrit secukupnya.
f. Pengawetan

1.0 BANCUHAN KONKRIT MENGIKUT KEGUNAANNYA

1.1 Nisbah Bancuhan Konkrit

Nisbah bancuhan mestilah mengikut penentuan yang telah ditetapkan bagi menghasilkan
kekuatan yang diperlukan. Kekuatan konkrit bergantung kepada nisbah bancuhannya

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
17

Nisbah Bancuhan Kegunaan

1 : 5 : 10 Tapak tembok dalam peparit bagi kerja tanah keras.

1:3:6 Lantai konkrit, jasad, dan lain-lain lagi.

1: 2 : 4 Konkrit bertetulang bagi tiang, rasuk dan lain-lain lagi.

1:1½:3 Konkrit tegas dulu, tangki, dan lain-lain lagi.

Semasa bahan-bahan tersebut dicampur dan digaul, air dan simen bersatu melalui
proses kimia yang dinamakan proses penghidratan (hydration) dan menghasilkan pasta
simen. Pasta simen ini bertindak sebagai bahan pengikat/pelekat kepada komponen-
komponen konkrit seperti batu baur halus/ pasir dan batu baur kasar (Rujuk Rajah 1).

Air
Tindakbalas kimia hidratan
Pasta simen

Simen KONKRIT

Batu baur
Rajah 1 : Proses untuk menghasilkan konkrit

Bahan aktif yang terdapat dalam konkrit adalah simen dan air. Manakala batu baur
pula adalah bahan lengai. Batu baur tidak memberikan sebarang tindakan semasa proses
penghidratan tetapi bertindak sebagai pengisi ruang dan memberikan kekuatan,
kelasakan serta daya rintangan daripada berlakunya pengecutan. Oleh kerana harga batu
baur lebih murah daripada bahan-bahan lain maka ia boleh digunakan semaksima yang
mungkin.

Selepas proses penghidratan, kandungan air air dalam konkrit menjadi kurang dan
beransur-ansur kering. Konkrit yang telah mengeras serta mempunyai rekabentuk yang

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
17

baik mestilah mempunyai lompang (liang udara/void) lebih kurang 1% , dan pasta simen
(air/simen/campur batu baur kasar dan halus) lebih kurang 75% .

1.2 Kualiti konkrit bergantung kepada:-
• Kualiti bahan-bahan yang digunakan.
• Nisbah bancuhan.
• Penggredan batu baur.
• Amaun air yang digunakan.
• Cara memampatkannya setelah di tempatkan di dalam acuan.
• Pengawetan yang dilakukan setelah mengeras.
• Cara mencampur dan mengangkut.
• Kualiti acuan yang digunakan.

1.3 Sifat-Sifat Konkrit

• Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini adalah penting
dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.

• Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau
serangga lain.

• Konkrit yang baru dibancuh boleh dibentukkan kepada sebarang bentuk mengikut
acuannya.

• Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.
• Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat konkrit iaitu simen, pasir, dan batu

baur mudah didapati dan murah.

1.4 Syarat Bagi Penyediaan Konkrit Yang Baik

• Batu baur yang digunakan mestilah keras dan tahan lama, seperti batu granit.
• Batu baur yang digunakan mestilah digredkan dengan sempurna.
• Kandungan simen hendaklah mencukupi.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
17

• Air yang digunakan untuk membancuh mestilah bersih dan tidak mengandungi
sebarang kotoran atau garam.Jumlah air mestilah sederhana untuk menghasilkan
konkrit yang sama konsistansi.

• Bahan-bahan perlu dibancuh dengan betul dan sempurna supaya konkrit itu
menjadi bancuhan yang seragam.

• Kepadatan konkrit mesti terjamin dengan mengadakan getaran atau cucukan yang
sesuai dan mencukupi tetapi tidak boleh melampau.

• Selepas konkrit ditempatkan dan menjadi beku, pengawetan yang sesuai perlu
dilakukan supaya mendapat binaan konkrit yang baik mutunya.

1.5 Kelebihan Konkrit

Terdapat beberapa kelebihan yang menyebabkan penggunaan konkrit popular sebagai
bahan pembinaan iaitu :

• Kukuh
• Kosnya yang murah
• Mudah didapati
• Mudah dibentuk mengikut acuan
• Tahan Lasak
• Mempunyai daya rintangan api
• Kemas
• Kekal bentuk dibawah beban
• Tidak menyerap
• Tidak Mengecut
• Tidak Rapuh

1.6 Struktur-Struktur Konkrit

Konkrit digunakan bagi pembinaan struktur-struktur bangunan seperti :
i. Tiang (column)

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
17

ii. Rasuk (beam)
iii. Papak Lantai (floor slab)
iv. Balak Konkrit (concrete beam)
v. Tapak (footing)
vi. Asas (Foundation)

2.0 BAHAN-BAHAN KONKRIT
Pemilihan Bahan-Bahan Campuran

2.1 Simen Portland
Simen bertindak sebagai bahan pengikat dalam bancuhan konkrit. Simen yang hendak di
gunakan mestilah segar. Simen yang baik tidak berbuku-buku atau berketul. Simen yang
telah bertukar menjadi berbuku-buku atau berketul-ketul menunjukkan simen tersebut
telah menyerap lembapan dan jika di gunakan akan mempengaruhi kekuatan konkrit.
Sekiranya buku-buku tersebut boleh di hancurkan dengan tangan, ianya masih boleh di
gunakan.

Simen Portland terdiri daripada beberapa jenis:
i. Simen Portland Biasa/Ordinary Cement
ii. Simen Portland Cepat Mengeras /rapid hardening
iii. Simen Portland Putih dan Berwarna
iv. Simen Portland Blast Furnace
v. Simen Portland kalis air /Waterproof cement
vi. Simen Portland Penahan Sulfat /Sulphate –resisting
vii. Simen Portland Extra Rapid Hardening

Diantara simen yang tersenarai,simen Portland Biasa, simen Portland cepat mengeras
dan simen lebih alumina adalah sesuai dan sering digunakan untuk menghasilkan
bancuhan konkrit. Simen ini dihasilkan daripada campuran yang disebatikan antara kapur
dan tanah liat. simen jenis ini menepati Piawaian M.S 522

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
17

2.2 Batu Baur

Batu baur merupakan bahan yang banyak mempengaruhi mutu konkrit. Kandungannya
meliputi 60% hingga 75% daripada keseluruhan jisim konkrit. Bahan yang biasa
digunakan sebagai batu baur seperti pasir, habuk kuari, batu gravel, pecahan batu,
sanga(tahi leburan bijih), batu hangus dan sebagainya. Batu-batu baur hendaklah
daripada jenis yang keras, tahan lasak dan bersih. Bentuk dan tekstur pada permukaan
batu baur juga akan mempengaruhi kualiti konkrit. Batu baur yang berbentuk kasar dan
tidak sekata akan menjadikan ikatan di antara batu baur dengan simen lebih kuat,
daripada batu baur yang berbentuk bulat dan licin.

2.2.1 Ciri-ciri penting Batu baur

i. Agihan partikel
Agihan yang baik penting untuk mempastikan konkrit yang terhasil adalah padat.
Longgokan agregat yang tidak baik agihan saiz partikelnya (gap-graded distribution) boleh
menghasilkan konkrit yang berongga dan memberi kesan kepada kekuatan. Agihan
partikel juga memberi kesan keapa kebolehkerjaan konkrit.

ii. Kekuatan agregat.
Kekuatan agregat memberi kesan yang banyak kepada ciri-ciri konkrit seperti kekuatan
konkrit, ubahbentuk, ketahanlasakan, perubahan isipadu, graviti tentu, ketelusan dan
tindakbalas kimia. Biasanya kekuatan agregat ialah lebih tinggi dari kekuatan konkrit yang
hendak di rekabentuk. kekuatan agregat dalam lingkungan 80-350MPa berbanding
kekuatan konkrit selalunya berada di sekitar 30-50MPa

iii. Ketelusan (Porosity)
Ketelusan agregat mempengaruhi kandungan lembapan yang terdapat dalam
agregat.Ketelusan diukur dengan kadar serapan air (absorption) oleh agregat.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
17

iv. Graviti tentu
Graviti tentu sesuatu bahan adalah nisbah unit berat bahan tersebut berbanding dengan
unit berat air

v. Rintangan kepada hakisan
Penting untuk binaan yang terdedah kepada hakisan seperti lantai konkrit di kilang-kilang
atau jalanraya/jambatan konkrit.

vi. Bentuk partikel dan keadaan permukaan
Bentuk secara umumnya mempengaruhi kepadatan dan juga ikatan dalam konkrit.

Batu baur dibahagikan kepada dua jenis :
i. Batu Baur Halus
ii. Batu Baur Kasar

2.2.2 Batu Baur Halus

Batu baur halus juga disebut sebagai pasir, ianya sama ada pasir semula jadi atau
pasir yang dihasilkan melalui proses penghancuran batu-batu kasar di kuari. Batu baur
halus adalah batu yang lebih kecil daripada 5mm. Kebiasaannya pasir sungai dan pasir
lombong adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan. Walau
bagaimanapun pecahan-pecahan batu yang kecil dari 5mm di kuari-kuari juga merupakan
sumber utama batu baur halus.

Pasir asli diperolehi daripada dasar sungai, lombong dan tepi pantai. Walau
bagaimana pun pasir yang di perolehi daripada pantai tidak sesuai di gunakan untuk
kerja-kerja binaan kerana kandungan garamnya yang tinggi dan boleh merosakkan kualiti
konkrit. Pasir mestilah bersih dari sebarang kotoran seperti tanah, lumpur dan bahan-
bahan organic. Pasir yang kotor akan menghalang simen dari mengikat zarah-zarah pasir
yang akan mengakibatkan konkrit menjadi lemah.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
17

2.2.3 Tujuan menggunakan Batu baur Halus :
i. Untuk mendapatkan bancuhan konkrit yang padat,dapat menggabungkan antara
bahan-bahan dan menghasilkan kemasan yang seragam.
ii. Dapat menutup atau mengisi liang-liang udara dan ruang-ruang yang wujud dalam
konkrit.
iii. Bertindak sebagai agen kebolehkerjaan.

2.2.4 Jenis –jenis batu baur halus
i. Pasir Lombong
ii. Pasir Sungai
iii. Pasir laut
a) Pasir Lombong

Diguna dengan meluas dalam industri pembinaan dan penggunaannya cukup
sesuai. Boleh didapati dalam pelbagai warna seperti merah, merah tua,kuning/kelabu dan
keputihan/perak. Terdiri dari dua jenis pasir lombong iaitu Pasir Bersih dan Pasir
mengandungi tanah liat. Pasir lombong yang mengandugi tanah liat lebih bersifat
pekat,lembut dan liat.Dalam keadaan ini ianya tidak sesuai digunakan untuk kerja-kerja
konkrit. Bentuknya bulat dan lemah pegangan serta tidak mempunyai kekuatan ikatan
yang sama seperti pasir bersih. Bagi kerja bancuhan konkrit hanya pasir bersih yang
boleh digunakan.

b) Pasir Sungai
Pasir sungai biasa digunakan dan paling sesuai kerana kurang dari kotoran kimia.

Bentuk butir pasirnya seakan –akan bulat. Mutunya baik jika tidak mengandungi
kekotoran. Bancuhan mortar atau konkrit dengan pasir sungai sahaja adalah susah
dikerjakan. Oleh itu, sejenis bahan yang dinamakan pemudah-adun (plasticizer) kadang-
kadang digunakan untuk menambahkan kesenangan kerja dalam kerja-kerja bagi mortar
atau konkrit itu.

c) Pasir pantai
Boleh diperolehi dari pantai atau “shingle” pasir dibawah laut. Pasir ini dikorek dan

diambil dengan menggunakan jentera pengorek. pasir ini tidak boleh digunakan kerana

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
17

mengandungi kadar garam yang tinggi. Bagaimanapun ia masih boleh digunakan dengan
syarat dibasuh untuk menyingkirkkan kandungan garam terlebih dahulu.

2.2.4.1 Bentuk Butir batu baur
Menurut MS 7.5 1971 menyenaraikan pengelasan bentuk butiran batu baur seperti
berikut;
i. Bentuk Bulat :

Batu baur berbentuk bulat boleh didapati daripada sungai ,tepi pantai atau padang pasir.
ii. Bentuk tak Sekata

Batu baur terbentuk darpada proses hakisan laga (attrition)
iii. Bentuk bersegi-segi

Bentuk bersegi tajam terhasil dari pecahan
iv. Bentuk berkeping (flaky)

Batu yang berlapis dan nipis. Ukuran tebal kurang dari ukuran panjang dan lebar
v. Bentuk memanjang:

Biasanya bersegi-segi dengan ukuran panjangnya lebih besar daripada ukuran lebar dan
tebal.

vi. Bentuk berkeping panjang
Butir batu yang ukuran panjangnya melebihi ukuran lebarnya dan ukuran lebarnya
melebihi daripada ukuran tebalnya.

Rajah 1 : bentuk batu baur

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
17

2.2.5 Batu Baur Kasar
Batu baur kasar ialah batu-batu kelikir sama ada terbentuk secara semulajadi atau

dihasilkan dari pecahan batu-batu kasar yang dijalankan di kuari. Bahan –bahan buatan
seperti batu hangus dan tahi leburan besi boleh juga digunakan, walau bagaimana pun
ianya sesuai untuk pembinaan konkrit ringan. Batu Baur Kasar adalah batu yang lebih
besar daripada 5mm tetapi tidak melebihi saiz minimum 19mm. Sumber utamanya adalah
batu-batu yang telah dipecahkan di kuari-kuari batu.Jenis batu yang paling banyak
didapati ialah pecahan batu granit dan batu kapur.

Penentuan saiz maksima batu baur kasar yang patut digunakan dalam campuran
konkrit adalah bergantung kepada kegunaan konkrit itu sendiri. Contohnya untuk
kegunaan konkrit tetulang saiz batu baur kasar yang harus digunakan ialah tidak lebih dari
20mm, sementara untuk kerja-kerja konkrit biasa batu baur yang bersaiz sehingga 40mm
masih boleh digunakan.

Gravel crush stone = batu kasar + gravel Balast = Pasir +
Batu kasar/gravel

Bentuk angular batu baur kasar crush stone

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
17

2.3 Air

Air yang digunakan untuk membancuh konkrit mestilah bebas dari bahan-bahan yang
meninggalkan kesan seperti kelodak, tanah, asid organik dan bahan organik yang lain
seperti garam dan alkali. Biasanya air yang digunakan untuk membancuh konkrit adalah
air yang layak diminum atau yang diambil dari sumber yang diluluskan.
Air campuran konkrit mempunyai dua fungsi :

i. Dapat menyebarkan simen dan kapur kepada setiap butir batu baur
ii. Air bertindakbalas ke atas simen melalui proses penghidratan untuk menghasilkan

satu likatan atau bacuhan berplastik yang akan mengikat batu-batu baur untuk
menghasilkan konkrit.
iii. Air menentukan tahap kebolehkerjaan konkrit dan menjadikan konkrit yang dibancuh
itu mudah di tempatkan serta dimampat di dalam acuan.
Semua jenis air tawar yang boleh diminum adalah sesuai di gunakan untuk
membancuh konkrit. Air yang mengandungi bahan kotoran atau bahan-bahan
sampingan yang berlebihan boleh member kesan negative kepada konkrit yang
dihasilkan.

2.4 Bahan Tambah

Bahan tambah adalah sejenis bahan yang dicampurkan ke dalam konkrit semasa
bancuhan dijalankan. Tujuannya adalah untuk meninggikan atau mengubahsuai lagi taraf
kerja pada konkrit. ‘Additive’ biasanya dikatakan sebagai percampuran kimia pada masa
proses pembuatan simen dan ianya berbeza daripada bahan tambah. Kedua-dua bahan
ini, ‘additive’ dan bahan tambah adalah untuk kebaikan konkrit.

Campuran yang berlebihan hendaklah dielakkan, kerana ia akan menggugat dan
menimbulkan kesan yang tidak baik pada konkrit. Kebaikan dalam penggunaan bahan
tambah ialah, ia dapat membantu mendapatkan hasil yang cepat dan baik apabila
berlakunya perubahan pada kadar bahan-bahan di dalam bancuhan.

Tujuan penggunaannya yang lebih spesifik adalah:-

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
17

• Meninggikan kebolehkerjaan konkrit tanpa meninggikan kandungan air atau
merendahkan kandungan air.

• Mempercepatkan kadar pertambahan kekuatan awal konkrit.
• Menambahkan kekuatan konkrit.
• Untuk melambatkan atau mempercepatkan tempoh pengerasan awal.
• Untuk melambatkan atau mengurangkan pelepasan haba.
• Untuk mengubahsuai kadar atau kemampuan lelehan atau kedua-duanya sekali.
• Untuk meninggikan kelasakan konkrit.
• Untuk mengawal pengembangan konkrit yang disebabkan oleh tindakan alkali batu

baur.
• Untuk mengurangkan aliran rerambut serta mengurangkan ketelapan kepada

sebarang cecair.
• Untuk menghasilkan sifat berliang.
• Mengurangkan pengasingan atau campuran simen dengan batu baur.
• Menambahkan ikatan atas keluli dan konkrit, antara konkrit lama dan konkrit baru.
• Menghasilkan konkrit yang tahan dari amcaman cendawan, serangga dan

kumbang.

3.0 SUMBER KERJA KONKRIT

3.1 Jentera untuk kerja konkrit
Jentera untuk kerja konkrit adalah terbahagi kepada berikut :

3.1.1 Jentera membancuh Konkrit
Perkembangan penggunaan konkrit siap bancuh dalam industri binaan sangat
menggalakkan dan memerlukan peralatan mesin jentera penggaul konkrit yang
seragam, cepat dan berkeupayaan pengeluaran yang banyak serta kawalan mutu
pengeluaran. Pembancuhan dilakukan diloji pusat dan dibekalkan ke tapak binaan
dengan menggunakan trak penggaul konkrit.

i. Trak penggaul konkrit

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
17

Trak yang direka khas ini dilengkapkan dengan sebuah dram penggaul yang terletak
diatas kerangka trak. Konkrit bancuh siap dimasukkan kedalam dram tersebut.
Semasa perjalanan ke tapak, dram penggaul sentiasa berputar dari satu hingga dua
pusingan setiap minit. Ia adalah untuk memastikan konkrit tidak mengeras dalam
perjalannya. Sebelum mengeluarkan konkritdram penggaul ini dikehendaki berpusing
lebih cepat iaitu 10 hingga 15 pusingan seminit. Konkrit dituang melalui saluran
penggelonsor yang terdapat dihujung trak tersebut. Masa yang diambil untuk setiap
tuangan ialah 30 minit. Selepas konkrit dikeluarkan, dram penggaul dibersihkan
dengan air. Berat trak penggaul konkrit adalah sehingga 24 tan dengan muatan dram
penggaul dari 4 hingga 6 meter padu.

ii. Mesin Pembancuh Konkrit
Mesin pembancuh konkrit menggunakan drum
untuk diisi semua komponen bahan-bahan
konkrit. Drum berputar menggunakan motor .
Apabila motor dihidupkan, drum mula berputar
dan bahan campuran didalamnya dibancuh.
Mesin ini beroperasi melalui beberapa cara
seperti berikut:

✓ Tilting drum
✓ Non-tilting Drum
✓ Reversing Drum
✓ Forced action pan mixer
Terdiri daripada jenis –jenis berikut;
✓ Mixers Without hopper
✓ Mixer With mechanical hopper
✓ Mixer With hydraulic hopper

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
17

Kebanyakan mesin pembancuh konkrit dilengkapi dengan hopper muatan berkuasa
dan perkakas menyukat air automatik atau semi-automatik.

iii. Mesin Getar konkrit
Bagi pembinaan secara besar, pemampatan konkrit hendaklah dilakukan dengan
menggunakan mesin getaran. Beberapa jenis alat getar boleh didapati untuk kerja
konkrit. Alat getar adalah dijalankan oleh kuasa elektrik atau kuasa petrol diesel.
Tiga jenis alat getar yang biasa digunakan ialah.
3.1.2 Alat Penggetar
Alat penggetar boleh dibahagikan kepada berikut :

i. Alat Getar Dalam
Alat getar ini boleh dijalankan dengan kuasa elektrik, enjin diesel, petrol dan juga
pemampat angin. Alat ini mempunyai sebatang besi ( pin/poker ) yang melakukan
getaran. “Pin/poker” inilah yang dimasukkan ke dalam bancuhan konkrit untuk
menggetarkannya. Alat ini mestilah digunakan dengan berhati-hati supaya
kedudukan besi tetulang dalam acuan tidak berganjak dari tempat asalnya. Pin
yang bergetar itu dimasukkan ke dalam bancuhan konkrit sehingga air dalam
bancuhan konkrit naik ke atas permukaannya. Getaran tidak boleh dilakukan
dengan terlampau kuat atau lama supaya air dan simen tidak terpisah daripada
batu baur dan menyebabkan kelemahan dalam konkrit.

ii. Alat Getar Luar
Alat ini digunakan untuk memberi getaran kepada bancuhan konkrit dari sebelah
luar permukaan acuan. Biasanya digunakan dalam bengkel dan dijalankan dengan
kuasa elektrik untuk menghasilkan genting, cerucuk, paip air, blok konkrit, rasuk
dan sebagainya

iii. Alat getar pentas (platform)
Alat ini seperti sebuah meja yang disokong oleh beberapa spring yang dikuasai oleh
elektrik untuk melakukan getaran.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of
17

3.1.3 Pam konkrit bergerak
Konkrit yang telah disediakan hendaklah diangkat secepat mungkin ke tapak bina
tanpa berlaku pemisahan konkrit. Penggunaan jentera pam konkrit bergerak cuma
berkesan jika melibatkan bancuhan konkrit dalam kuantiti yang besar. Biasanya
sebanyak 100 meter padu konkrit dapat dituangkan dalam masa satu jam.

K. elebihan menggunakan pam konkrit ialah
dapat mencepatkan masa menuang konkrit
denganbilangan pekerja yang minimum,
pemisahan konkrit dikurangkan, kos
mengkonkrit dapat dikawal dan diturunkan.
Pam konkrit bergerak terdiri daripada pam
yang terletak diatas trak beroda tayar getah.
Hos yang boleh lentur berdiameter 100 mm
dipasangkan kepada joran teleskopik.
Operasi pam konkrit memerlukan pekerja
yang mahir dan pengalaman dalam bidang
tersebut.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of
17

SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan tiga faktor yang menyebabkan konkrit sesuai digunakan dalam pembinaan.
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________
c. ________________________________________________________________

2. Nyatakan dua contoh struktur bangunan yang dihasilkan menggunakan konkrit.
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________

3. Nyatakan dua faktor untuk menentukan kualiti konkrit.

a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Kejuruteraan Konkrit. (2010) Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah. Penerbit Universiti
Malaysia Perlis

2. BAB 4 JENTERA PEMBINAAN 4.1 Pengenalan Penggunaan jentera
apps.polikk.edu.my/~awam/files/jentera


Click to View FlipBook Version