The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Syazwani Yahaya, 2021-01-31 10:13:18

2.0 PENJAJARAN KERJA BATA

2.0 PENJAJARAN KERJA BATA

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA

PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION

PROGRAM CODE & NAME

TAHAP DAN SEMESTER / L3
LEVEL AND SEMESTER BC-030-3:2013 –CU05 RESIDENTIAL BUILDING BRICKWORK

NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING BRICKWORK
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENT
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. SET UP BRICKWORK ALIGNMENT

3. CARRY OUT BRICK LAYING WORK
4. COORDINATE BRICKWORK INSPECTION

NO. KOD KSKV / KSKV Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 11
CODE NO.
BC-030-3:2013-C05/P(2/4)
NO. KOD / CODE NO.

TAJUK / TITLE:

PENJAJARAN KERJA BATA

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan
kepada pelatih tentang kerja mengukur, menyelaras dan menanda pelan bersaiz
penuh ikatan bata yang akan dibina di tapak bina mengikut piawaian.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
11

PENERANGAN / INFORMATION :

Rancang tanda kerja bata bermula pada peringkat rekabentuk dimana rekabentuk
bangunan termasuk bukaan, perlu dirancang secara ideal mengikut pengukuran
penyelarasan bata (coordinating brick) dan meminimumkan keperluan memotong
bata di tapak.

1.0 MERANCANG TANDA JAJARAN KERJA BATA

Merancang tanda jajaran kerja bata bermaksud melaksanakan kerja
mengukur, menyelaras dan menanda pelan bersaiz penuh ikatan bata yang akan
dibina di tapak supaya struktur binaannya berada pada ruang yang tepat dan larian
ikatan bata dalam keadaan lurus. Objektif merancang tanda jajaran kerja bata
(ikatan bata muka) adalah seperti berikut :

• Memastikan larian ikatan bata dibina pada posisi dan ruang yang tepat,
permukaan yang lurus (tidak melengkung)

• Menghasilkan penampilan kerja bata yang sepadan dan seimbang terutama
Reveal pada sisi bukaan pintu atau tingkap dan dihujung tembok

3.0 DIMENSI KERJA BATA

Aktiviti merancang tanda ikatan bata adalah bagi menentukan:

• Keselarasan saiz kerja bata terutama ikatan bata yang perlu dilakukan pada
saiz ruang yang ditetapkan seperti tembok yang mempunyai bukaan dan
melibatkan pemasangan rangka pintu dan tingkap. Dalam hal ini jika saiz
bata adalah 215 mm x 102.5mm x 65mm , saiz nominal 10mm diberikan bagi
sambungan mortar menghasilkan penyelarasan saiz bata (Co- ordinating
size) kepada 225mm x 112.5 mm x 75mm.

• Bilangan pemotongan bata diminimumkan. Mendimensi kerja bata akan
dapat meminima pemotongan bata pada peringkat rekabentuk

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
11

• Penyelaran saiz mengikut BS standard berdasarkan saiz panjang bata
215mm + 10mm sambungan nominal menjadikan saiz bata 225mm .Dengan
saiz nominal atau disebut Coordinating size, susunan bata akan dapat
diselaras pada ruang atau lokasi yang ditetapkan

• Dengan penyelarasan saiz tersebut,bilangan bata akan dapat ditentukan pada
sesuatu ruang dan ikatan bata akan dapat dirancang dengan tepat.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
11

• Prosedur ini merupakan peraturan umum yang diguna pakai bagi tembok
muka yang mempunyai bukaan pintu dan tingkap. Ia tidak diguna pakai
dalam semua keadaan seperti tembok yang dibina secara bebas.

3.1 Penentuan Dimensi
Semua dimensi kerja bata ditentukan oleh salah satu dari tiga keadaan iaitu :

i) Bata + Dua sambungan (CO+ ) – Lapisan bata diatas atau dibawah bukaan
pintu dan tingkap
ii) Bata + Satu sambungan (CO) – Panel bata dengan hujung bersudut
iii) Bata sahaja (CO- ) – Tiang bata atau panel diantara bukaan

Contoh: Jika rentang kerja bata yang diperlukan mengandungi 4 unit bata penuh,
sambungan mortar diperlukan pada salah satu hujungnya termasuk sambungan
diantaranya .Oleh itu pengukuran Co-ordinating size (CO+ condition) adalah
900mm dimana 4 panjang bata + 4 x 10mm sambungan mortar
= 215 x 4 + (40)

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
4.0 PENANDAAN KERJA BATA 11

Penandaan kerja bata merupakan aktiviti yang dilakukan dalam proses rancang
tanda. Ia adalah satu kaedah merancang dan menetapkan posisi ikatan bata
sebagai langkah pertama memulakan pembinaan. Tujuan penandaan kerja bata
adalah untuk :

• Merangka dan memindahkan rekabentuk ikatan bata kepada ruang yang
disediakan

• Menanda larian ikatan bata bagi memastikan kedudukan bata disusun
dan diterap memenuhi ruang yang ditetapkan,
Rajah menunjukkan contoh terjajar dengan baik , tepak persegi dan tepat

pugaknya.

5.0 KAEDAH PENJAJARAN KERJA BATA

Dalam pembinaan bangunan atau rumah, penjajaran tembok bata dilakukan
pada keempat empat penjuru. Peralatan yang boleh digunakan dalam aktiviti ini
adalah:

• Laser Digital Distance Metres
• Tali & Pelambab String/Plumb bob
• Timbang air /Spirit level
• L-angle
• Pita Pengukur/ Measuring tape

i) Laser Digital Distance Metres
• Alat ini diperlukan untuk mengukur jarak (panjang dan tinggi. Operasinya
dilakukan dengan memancarkan sinaran cahaya laser pada tembok atau
objek dari point yang ditetapkan.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
11

• Panjang sinaran laser diukur secara automatic
• .Keputusan jarak ditunjukkan pada panel skrin

ii) Pelambab
Pemberat keluli berbentuk kun yang digantung secara bebas menggunakan

tali, menghasilkan garis pugak tepat. Ianya sesuai untuk menanda posisi/ poin yang
ditunjukkan oleh bahagian tirus pelambab pada kedudukan static. Saiz berat
bergantung kepada jenis kerja dan keadaan dimana ia digunakan

iii) Timbang Air
Ia alat yang berbentuk panjang , diperbuat daripada keluli lazimnya

aluminium, mengandungi selinder buih pada bahagian tengah dan hujung. Ia direka
untuk menanda samada permukaan berada dalam posisi aras atau pugak

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
11

iv) Pita Pengukur
Diperbuat daripada talian pita keluli atau reben dan digunakan untuk mengukur jarak
yang tidak dapat diukur oleh pembaris berlipat

v) Sesiku Pemidang / Sesiku Keluli ( L angle/ Framing or Steel Square) -
Digunakan untuk mendapatkan sudut tepat 90 . Diperbuat dari besi nipis

berbentuk “L”. Satu bahagian labih panjang iaitu 600 mm, satu bahagian 300 mm,
lebarnya 35 mm dan tebalnya 3 mm. Alat ini dapat membantu dalam kerja
penandaan pepenjuru dan memeriksa ketepatan penjuru tembok atau tiang.

vi) Chaik Line
Terdiri dari tali cotton yang digulung dalam bekas keluli atau plastic. Ia diguna

dalam kerja-kerja menanda penjajaran dan kedudukan ikatan bata dimana hujung
tali yang terlkeluar dari bekasnya direntang antara dua poin. Tali ini akan melalui
serbuk kapur warna samada merah atau biru. Rentangan tali ini dilentingkan pada
tapak dan meninggalkan satu garisan

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
11

6.0 LANGKAH-LANGKAH MELAKUKAN PENANDAAN, PENJAJARAN DAN
MENENTUKAN KEPERSEGIAN KERJA BATA

Langkah 1 - Penetapan aras asas pada keempat –empat penjuru asas
Jika ikatan bata dibina diatas asas konkrit, Penetapan aras asas pada keempat-
empat penjuru asas konkrit perlu dilakukan. Lakukan dengan mengunakan alat aras
dumpy atau alat aras sprit dan tandakan pada pacang. Jika ikatan bata untuk
tembok sekatan, ia lazimnya dibina di atas rasuk bumi. (dalam keadaan ini
pengarasan bermula pada ikatan bata lapisan pertama)

Langkah :2 - Merancang tanda (mendimensi dan menanda) ikatan bata
Dengan aras yang tepat pada empat penjuru, anda boleh memulakan dengan

merancang tanda (mendimensi dan menanda) ikatan bata , memastikan posisi
ikatan dan panjang yang sepadan dengan ruang serta pada jajaran yang tepat.
Anda boleh menggunakan Laser Digital Distance Metres atau pita pengukur untuk
mendapatkan jaraknya.

Susun bata dalam ikatan kering dari satu penjuru ke penjuru seterusnya .
Bagi mengawal ketepatannya, periksa larian ikatan bata setiap 4 bata supaya
berada pada panjang 900mm. Ini akan memastikan ikatan adalah tepat dan sampai
ke penjuru dengan bata penuh. Jika tidak, terdapat cara yang boleh dilakukan iaitu
dengan membuka dan merapatkan sambungan. Jika tidak berjaya juga, anda boleh
menggunakan bata potong ¾ bat tetapi bagi tembok bata muka ia kurang menarik
kerana menampilkan ikatan bata potong ditengah. Penerap bata yan akan
menyembunyikannya dengan meletakkan bata potong dibawah bukaan tingkap atau
pintu bagi mengurangkan jumlah bata potong kelihatan.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
11

Langkah 3 : Menetap kepersegian,Pugak, dan jajaran ikatan bata
Menetap kepersegian,Pugak, dan jajaran ikatan bata menggunakan

plambab untuk pugak, sesiku L untuk persegi dan tali untuk jajaran Pada
peringkat ini bata disusun persegi mengunakan sesiku keluli dan dirancang tanda
pada panjang yang betul, tanda tolok ditetapkan tali direntang bagi memastikan
ikatan bata berada dalam jajarannya. Bagi memastikan pugak, gunakan
pelambab dengan menggantungkannya pada kedua-dua hujung tembok.
Tetapkan pelambab dan pastikan poin bawah. Gantungkan tali pada poin yang
ditanda ( atas dan bawah).

Langkah 4 - Menetapkan kelurusan ikatan bata menggunakan rentangan
tali semasa mengikat bata

Rentang tali antara kedua-dua tali menegak. Pastikan rentangan tali tegang
diikat antara dua bata di kedua-dua hujung tembok

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
11

Anda boleh mula mengikat bata lapisan pertama pada poin tertinggi,. Pada
lapisan pertama ini pelarasan ketinggian dan aras perlu dilakukan.

SOALAN / QUESTIONS:

1. Berikan tiga peralatan yang digunakan untuk penjajaran kerja bata.
a. ______________________________________________________________
b. ______________________________________________________________
c. ______________________________________________________________

2. Berikan 2 tujuan penaandaan kerja bata.
a. ______________________________________________________________
b. ______________________________________________________________

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
11

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Bricklaying (How to set out and gauge your brickwork)

goldtrowel.co.uk/bricklaying_how_to_set_out_and_gauge

2. bricklaying (How to set out for a house) - Goldtrowel

goldtrowel.co.uk/bricklaying_how_to_set_out_for_a_house.html

3. Marking out - Wikipedia en.wikipedia.org/wiki/Marking_out

4. Masonry Basics - The Tools You Need and How to Use Them.

www.masonryforlife.com/HowToBasics.htm


Click to View FlipBook Version