NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 1 drp / of 20
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP DAN SEMESTER / L3
LEVEL AND SEMESTER BC-030-3:2013 –CU05 RESIDENTIAL BUILDING BRICKWORK
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING BRICKWORK
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENT
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. SET UP BRICKWORK ALIGNMENT
3. CARRY OUT BRICK LAYING WORK
4. COORDINATE BRICKWORK INSPECTION
NO. KOD KSKV / KSKV Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 20
CODE NO.
BC-030-3:2013-C05/P(1/4)
NO. KOD / CODE NO.
TAJUK / TITLE:
MENGENALPASTI KEPERLUAN KERJA BATA
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan
kepada pelatih tentang bahan-bahan, peralatan dan sumber dalam menghasilkan
kerja bata mengikut piawaian
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 2 drp / of 20
PENERANGAN / INFORMATION :
Dalam pembinaan sesebuah bangunan, antara bahan yang terpenting adalah batu-
bata. Terdapat pelbagai jenis batu-bata dan setiap jenis mempunyai kegunaannya
yang tersendiri. Oleh sebab itu, adalah penting untuk mengetahui jenis-jenis bata
yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan di Malaysia dan ciri-ciri am yang
terkandung di dalamnya
1.0 KEPERLUAN KERJA BATA
Dalam melaksana dan melengkapkan kerja –kerja mengikat bata bagi
sesebuah bangunan, proses bermula dengan ikatan kontrak pembinaan antara
pemilik dengan kontraktor. Dokumen kontrak menjadi perjanjian bagi kontraktor
menyiapkan kerja sehingga selesai. Dokumen dokumen yang terkandung dalam
dokumen kontrak adalah Lukisan
o Lukisan/Pelan o Spesifikasi o Bill of Quantities
o Kos
o Duration/
• Lukisan – Mengandung pelan-pelan yang telah disah dan diluluskan untuk
pembinaan.
Ianya termasuklah :
a) Pelan-pelan bangunan – Pelan struktur, Pelan Senibina,Pelan
Perpaipan
b) Pelan Mekanikal dan Elektrikal
• Spesifikasi - Semua maklumat lanjut berkaitan dengan kaedah kerja-kerja
pembinaan tembok , ikatan bata dan bahan –bahan yang diperlukan (bata,batu
baur, simen) )terkandung dalam dokumen spesifikasi. Ia merupakan penetapan
yang perlu dipatuhi oleh kontraktor.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 3 drp / of 20
Perkara
Deskripsi Jadual 1 : Contoh Jadual Spesifikasi
Produk Keterangan Spesifikasi
Clay Brick Batu bata yang diperlukan adalah common clay brick.
Seksyen lain yang berkait adalah –
• Mortar
• Unit Masonry
Saiz
Clay Brick = 220 X 102 X 65 mm
Cement Sand Brick = 225 X 113 X 75 mm
Dibuat dengan mesin menepati BS 3921(1974)/ MS76
Keras, dibakar dengan sempurna, kukuh, persegi dan
bersih.
• Senarai Kuantiti /Bill of Quantities - mengandungi huraian serta kuantiti butir-
butir kerja yang terlibat dalam pembinaan projek ( tembok bata) . Senarai kuantiti
membolehkan kontraktor menghargakan dan membuat anggran kos setiap
butiran kerja yang terlibat untuk mendapatkan jumlah harga tawaran Jadual
Senarai Kuantiti
BIL BUTIRAN Unit Kuantiti Kadar (RM) $ ¢
1 Simen (1 bag 50 kg) - beg 500 16.00/kg
2 Bata simen Nos 0.21
3 Bata Tanah Liat nos 20,000 0.35
4 Pasir kasar ela 20,000 40
5 Pasir halus ela 45
500
500
Jadual 1 : Contoh Jadual Senarai Kuantiti Kerja Bata
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 4 drp / of 20
• Tempoh (Duration)
Tempoh adalah jangka masa siap projek kerja bata mengikut perancangan.
melalui jadual kerja /Carta Gantt. Oleh kerana kerja bata akan melibatkan
pembinaan tembok (Tembok luar dan dalam) maka pembahagian jangka masa kerja
dan siap perlu mengikut jenis kerja pembinaan tembok yang dijalankan
MINGGU/BULAN
KETERANGAN KERJA JANUARI FEBRUARI MAC APRIL
1 Pembinaan Tembok 12 34123 4 1 2 3 41 23 4
bata
Luar
2 Pembinaan Tembok
bata
Dalaman
• Tembok bilik Tidur
• Tembok Bilik air
• Tembok sekatan
Jadual 1 : Contoh Jadual Kerja /Carta Gant bagi kerja bata
2.0 LUKISAN BANGUNAN
Tujuan penyediaan pelan dan lukisan dari perspektif klien adalah agar bangunan
atau jalan, dan lain-lain output projek berkenaan dapat dibina dan diluluskan oleh
pihak berkuasa berkaitan di mana pada akhirnya bangunan (atau lain-lain) itu boleh
dimanfaatkan mengikut tujuan asal ia dibina – misalnya mendudukinya sendiri,
dijual, disewa dan lain-lain di mana akhirnya klien mendapat untung daripada
projeknya itu. Daripada perspektif pembina (kontraktor dan subkontraktor-
subkontraktornya), pelan dan lukisan diperlukan bagi membolehkan dia membina
bangunan atau lain-lain (output projek) dengan jayanya seperti yang klien ingini, di
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 5 drp / of 20
mana akhirnya dia akan mendapat bayaran atau kerja-kerjanya itu, dan juga
termasuklah keuntungan kewangan.
Tujuan pelan dan lukisan disediakan juga ada kaitannya dengan bidang tugas
pengambilan ahli-ahli profesional projek itu sendiri. Perkara ini boleh dijelaskan jika
kita merujuk kontrak pengambilan tugas mereka. Contohnya bagi Arkitek, di bawah
Kaedah-Kaedah Arkitek (Skel Fee Minimum) 1986, ada dinyatakan bahawa antara
lukisan-lukisan yang arkitek perlu sediakan ialah lakaran-lakaran permulaan
sehingga lakaran rekabentuk “bagi mendapatkan kelulusan perancangan atau
kelulusan pada dasar supaya mematuhi undang-undang kecil yang
berkenaan”. Lukisan-lukisan kerja pula disediakan bagi membolehkan perunding-
perunding lain memulakan rekabentuk mereka yang terperinci (detail) dan juga bagi
tujuan “mendapat kelulusan berkanun pembinaan”. Lukisan bangunan boleh
dibahagikan kepada tiga jenis lukisan iaitu:
i. Lukisan Struktural
ii. Lukisan Arkitektural
iii. Lukisan Perpaipan
2.1 Lukisan Struktural
Lukisan struktur hanya boleh disediakan dengan adanya lukisan arkitektural. Lukisan
struktur adalah lukisan terperinci mengenai lukisan piling, rasuk (beam), tiang dan
sebagainya.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 6 drp / of 20
Rajah 1 : Lukisan Struktural
2.2 Lukisan senibina/Arkitektural
Lukisan seni bina atau lukisan arkitek adalah lukisan teknikal bangunan
yang termasuk dalam definisi seni bina. Lukisan seni bina digunakan oleh arkitek
dan lain-lain untuk beberapa tujuan iaitu untuk membangunkan idea reka bentuk
menjadi cadangan yang koheren, untuk menyampaikan idea dan konsep, untuk
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 7 drp / of 20
meyakinkan pelanggan tentang merit reka bentuk, untuk membolehkan kontraktor
bangunan membinanya, sebagai Rekod kerja yang telah siap, dan membuat rekod
bangunan yang sudah ada. Lukisan ini merangkumi pelan, pandangan keratan
rentas dan ketinggian bangunan yang dicadangkan.
Rajah 2 : Lukisan Arkitektural
2.3 Lukisan Perpaipan/servis
Lukisan perpaipan adalah sejenis lukisan teknik yang menunjukkan sistem paip
untuk air bekalan masuk ke dalam bangunan dan air sisa keluar dari bagnunan,
kedua-dua bentuk samada pepejal atau pun cecair. Ia juga termasuk lukisan gas
bahan api, lukisan terperinci pemasangan paip, ukisan air perkhidmatan, air sisa dan
lukisan bolong.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 8 drp / of 20
Rajah 3: Lukisan Perpaipan
Rajah 4 : Pelan Bangunan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 9 drp / of 20
3.0 DEFINISI BATU BATA
• Batu bata ialah binaan yang berbentuk segiempat bujur, dibuat daripada bahan
bukan organik yang keras dan lasak. Saiz dan beratnya direka supaya mudah
dipegang dengan sebelah tangan. Ukuran panjangnya ialah lebih kurang dua kali
ukuran lebarnya. Terdapat bermacam jenis dan bentuk batu bata, bergantung
pada jenis dan sumber bahan mentah, cara pengilangan dan kegunaannya.
• Saiz bata tidak didapati dengan tepat kerana bata mengalami pengecutan dan
pengembangan dalam proses pengeringan dan pembakaran. Saiz standard
yang boleh dinyata adalah 215mm x102.5mm x 65 (tanpa sambungan 10mm)
dan 225mm x 112.5mm x 75mm ( termasuk sambungan 10mm)
• Tersedia dalam pelbagai jenis,kekuatan,tekstur,warna dan bentuk khas yang
memenuhi standard BS 4729
FROG
ARRIS
BED
Rajah 5 : Dimensi saiz bata
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 10 drp / of
20
3.1 Jenis-Jenis Bata
3.1.1 Bata Tanah Liat
Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling meluas
digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan bata
muka
a) Bata Biasa
Ia juga dikenali sebagai bata biasa (common bricks). Bata jenis perlu dilepa
dibahagian luar atau dalam bangunan, kemudiannya dibuat kerja kecantikkan atau
kemasan seperti kemasan kerutu rough cast,penjubinan dan lain lain.
Tujuan:
Juga digunakan untuk kerja-kerja bawah aras tanah seperti tapak
asas.Bata jenis ini lebih murah dari Bata Muka
Bata biasa digunakan dalam pembinaan biasa yang hendak dilepa
manakala bata muka elok digunakan dalam pembinaan yang tidak dilepa
b) Bata Muka/ Facing Brick
Istilah Muka/facing digunakan kerana batu-bata jenis ini mempunyai ciri-ciri
bata yang bermutu tinggi dan tidak perlu dilepa (plaster). Batu -bata ini mesti
berkeadaan teguh,keras dan tahan dimana bahan kandungan cara pembakaran
dijaga dengan baik dalam proses pembuatannya. Batu bata ini dibuat dengan cara
tekanan mesin dan tangan.
Tujuan:
Digunakan untuk membina kerja-kerja kecantikkan yang menunjukkan
permukaan bata yang menarik
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 11 drp / of
20
3.1.2 Bata Kalsa
Bata Kalsa adalah bata Kalsium silikat . Ia merupakan bahan binaan yang
mematuhi BS 187 diguna dalam industry pembinaan dan dipasarkan diMalaysia
mnggunakan nama Bata Kalsa . Bata ini diperbuat daripada bahan campuran kapur
dengan pasir dan sedikit air. Ia sering diguna dalam situasi kerja yang memerlukan
kuatan yang tinggi atau sentiasa terendam di dalam air
Kelebihan :
Kecantikan - Dengan warna semulajadinya putih, ia dapat dihasilkan
dalam sebarang warna, Ditambah dengan bentuk geometrical yang
sempurna, saiz seragam dan tampak estetik menjadikan bata ini paling
sesuai sebagai bahan hiasan
Ekonomi - Dengan saiz dan bentuk yang seragam, membolehkannya
diikat dengan mudah dan cepat, rosak disebabkan pengendalian
adalah minimum. Keadaan ini akan menjimatkan bahan, buruh, masa
dan kos
Kekuatan Mampatan Tinggi - Terhasil dengan kaedah mampatan dan
diawit Wap ( steam –cured) pada suhu dan tekanan yang tinggi.
Penepatan Bunyi - Mengandungi elemen penebatan bunyi yang baik
Ketahanlasakan - Kalsium Slikat tidak mengandungi garam larut,
menjadikannya bebas dari kesan penghabluran ( efforescen)
Perintang Api - Mengandungi karekteristik penebatan kepanasan
Tujuan: Dengan kemampuan Galas beban yang tinggi, Bata Kalsium silikat ini
sesuai dibina bagi pembinaan tanpa kerangka.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 12 drp / of
20
3.1.3 Bata Simen
Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya berubah
mengikut kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan bancuhan yang lazim
digunakan untuk membuat bata simen tempatan. Saiz bata simen adalah sama
dengan saiz bata tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm. Diguna untuk binaan
tembok luar dan dalam
3.1.4 Blok Konkrit/ Simen
Blok konkrit/simen terdiri daripada 3 jenis iaitu:
a) Blok Konkrit Padu
b) Blok Konkrit Brongga
c) Konkrit Bersel
a) Blok Konkrit Padu
Dihasilkan dengan 3 elemen iaitu konkrit ringan, konkrit padat atau
konkrit berudara (aerated concrete). Bahan padat dalam jenis blok ini
hendaklah sekurangkurangnya 75% isipadu blok dari dimensi
keseluruhannya.
Konkerit ringan kerana menggunakan bahan ringan seperti tanah atau syal
Konkrit padat menggunakan bahan-bahan yang padat .Blok ini sesuai
digunakan untuk membina tembok-tembok yang bermuka elok jika
sambungannya dikemaskan dengan betul.
konkrit berudara (aerated) menggunakan bahan-bahan ringan seperti tanah,
simen, pasir, abu dan sejenis agen berudara (serbuk aluminium). Aluminium
bertindak menghasilkan hydrogen yang menghasilkan banyak sel kecil dalam
kandungan bancuhan konkrit menyebabkan blok ini ringan dan berpenebatan
baik.
Rajah 6 : Blok konkrit padu
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 13 drp / of
20
b) Blok Konkrit Berongga
Blok ini mempunyai satu atau lebih rongga atau lubang-lubang yang lurus.
Isipadu bahan padatnya antara 50 % hiingga 75 % isipadu dari dimensi
keseluruhanya.
c) Blok Bersel
Blok ini mempunyai satu atau lebih lubang yang tidak tembus dalam blok
itu. Isipadu bahan padatnya juga antara 50-70 % . Blok bersel selalunya diterapkan
dengan menghalakan lubangnya kebawah supaya permukaanya yang rata
menghala ketas untuk menerima motar dengan senang.
Rajah 7 : Blok konkrit Bersel
3.1.5 Blok Ringan (lightweight Block)
Blok konkrit ringan dihasilkan daripada bahan-bahan ringan seperti tanah atau
syal yang dikembangkan sangga (slag) dan sebagainya. Ketumpatanya kurang
daripada 1500 kg/m3 . Blok ini memberi penebatan yang memuaskan dan sesuai
digunakan untuk membina tembok terutamanya tembok sekatan.
Tujuan
• Bagi binaan tembok dalaman seperti tembok sekat. Ini disebabkan kadar
pnghalang api dan bunyi yang tinggi
• Sesuai untuk lokasi dimana permukaannya tidak dilepa.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 14 drp / of
20
4.0 JENIS-JENIS IKATAN BATA
Dalam kerja bata terdapat banyak jenis ikatan untuk menyusun bata. Antara
ikatan yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata,
ikatan inggeris dan ikatan Flemish.
4.1 Ikatan sisi bata (Stretcher Bond)
• Ikatan Sisi bata atau Strecher juga dikenali sebagai Running Bond
• Ikatan jenis ini digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata (½ bata)
atau 112.5 mm. ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada
kepalanya. Lekapannya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula pada lapisan
pertama dengan lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan
satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya.
• Ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggungan yang tinggi. Oleh sebab itu
ianya digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok
landas, semperong dan temboktembok dalam struktur berangka di mana tiada
beban berat yang di sokong.
Rajah 8 : Ikatan sisi bata
4.2 Ikatan inggeris
Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-
ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang
berterusan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 15 drp / of
20
• Ikatan inggeris disusun dengan satu lapisan kepala bata untuk lapisan pertama
diikuti dengan lapisan sisi bata untuk lapisan kedua secara berselang-seli.
• Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru
pada lapisan kerja bata. Kegunaan bata penutup setengah ini ialah untuk
mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang
seragam iaitu suku bata.
• Pada tembok yang tebal, semua bata dibahagian dalam disusunkan secara
melintang.
Rajah 9 : Ikatan Inggeris
4.3 Ikatan Flemish
• Ikatan flemish mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang-seli
dalam satu lapisan yang sama.
• Sebiji bata penutup setengah mesti ditempatkan selepas kepala bata penjuru
pada sudutnya supaya mewujudkan lekap yang seragam iaitu suku bata.
• Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi tidak
kelihatan pada permukaan tembok.
• Tembok yang menunjukkan susunan Flemish pada kedua-dua belah
permukaan, ia dinamakan ‘flemish kembar’. Jika sebelah permukaan tembok
menunjukkan susunan inggeris, maka ianya dinamakan “Flemish Tunggal”.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3/CU05/P(1/4) Muka Surat / Page : 16 drp / of
20
• Kelemahan ikatan Flemish ialah tembok yang dibina dengan ikatan ini menpunyai
sambungan tegak yang berterusan di dalam tembok dan mengakibatkan kurang
keupayaan menanggung beban yang berat.
• Kelebihannya pula, ikatan ini dapat menghasilkan kedua-kedua belah muka
tembok yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu,
ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa. Ikatan
Flemish mengandungi bata sisi dan kepala bata disusun berselang-seli dalam
lapisan yang sama.
Rajah 10 : Ikatan Flemish
4.4 Ikatan Kepala Bata
• Tiap-tiap lapisan dalam dinding yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi
kepala bata sahaja. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan
ini sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat
atau melengkung.
• Jika ikatan ini digunakan pada dinding ia akan merugikan dan akan menyebabkan
dinding menjadi tebal kerana ianya digunakan pada satu bahagian sahaja kepala
sahaja.
• Ikatan ini juga mengambil masa yang lama untuk memasang kerana memerlukan
penelitian yang teliti oleh pemasangnya. Ikatan ini jarang digunakan untuk
mengikat dinding kerana memerlukan banyak bata-bata
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(1/4) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of
20
Rajah 10 : Ikatan Kepala Bata
5.0 BANCUHAN MORTAR SIMEN
5.1 Mortar
• Pelekat yang digunakan untuk mengikat bata dinamakan mortar. Mortar dihasilkan
dengan mambancuh simen atau kapur atau kedua-duanya , batu baur halus (pasir)
dan air. .
• Simen dan kapur merupakan dua jenis bahan pengikat yang lazim digunakan dalam
bancuhan mortar. Bahan pengikat dan pasir (kadangkala serpihan halus batu juga
digunakan) hendaklah dibancuh mengikut nisbah yang ditentukan bagi jenis kerja dan
jenis bahan binaan yang tertentu.
• Secara umumnya nisbah bancuhan yang sesuai untuk mengikat kerja bata
kejuruteraan ialah 1:3 (simen : pasir), manakala untuk mengikat bata biasa dan
melepa, nisbah bancuhan yang sesuai ialah 1:4.
5.2 Sifat- Sifat Mortar
Dengan bancuhan yang- betul mortar akan mempunyai sifat-sifat kebolehkerjaan,
kebolehan menahan air, kekuatan mampatan dan kelasakan.
a) Kebolehkerjaan
• Istilah kebolehkerjaan bermaksud kesenangan untuk membancuh, menuang dan
memadat.
• Mempunyai sifat- sifat kelekatan, kejelekitan, ketumpatan,kelelehan keplastikan dan
kelikatan
b) Ketahanan Air
Ciri-ciri ketahanan air bagi mengekalkan keplastikan mortar mencerminkan
kemampuan bahan tersebut untuk menyimpan air .
c) Kekuatan Mampatan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(1/4) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of
20
Mampu menerima dan menahan tekanan yang mnyebabkan
mampatan
d) Kelasakan
Tidak mudah terjejas oleh perubahan atau dedahan cuaca
5.3 Komponen mortar
Secara umunya, mortar adalah dibezakan berdasarkan kepada jenis bahan pengikat yang
digunakan atau komposisinya. Bahan-bahan campuran dalam sesuatu mortar ialah
simen, batu baur halus dan bahan tambah disamping air:
Rajah 11 : Komponen Mortar
i. Simen
Dua jenis simen yang biasa digunakan untuk bancuhan mortar iaitu simen yang biasa
digunakan untuk bancuhan mortar iaitu simen Portland dan ‘mansory cement’ yang
mengandungi lebih kurang 75% kandungan simen Portland. Bagaimanapun, simen
Portland mempunyai kekuatan lebih tinggi daripada ‘mansory cement’ untuk digunakan
dalam bancuhan mortar bagi bata.
ii. Batu baur- batu baur halus
Batu baur yang digunakan adalah batu baur halus atau pasir halus yang hampir semua
melepasi ayak 4.75mm. Jika pasir terlalu halus kadar penggunaan simen menjadi tinggi
dan ini mestilah dielakkan agar kos tidak terlalu tinggi.
iii. Air
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(1/4) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of
20
• Air digunakan sebagai ejen penghidrat simen dengan batu baur dan kandungannya
adalah bergantung kepada keadaan atau kelas mortar yang dikehendaki.
• Air merupakan bahan pengikat yang wujud dalam bentuk cecair.
• Air yang digunakan untuk campuran mortar perlulah bersih dan bebas daripada asid,
alkali dan bahan-bahan organik. Kehadiran bahan-bahan organik dalam air akan
menyebabkan kelambatan proses pengerasan dan pemejalan bagi mortar dan
seterusnya memberi kesan terhadap kelasakan mortar.
v. Kapur
Selain penggunaan simen sebagai bahan pelekat, kapur diguna bagi menambah lekitan
pada mortar
SOALAN / QUESTIONS:
1. Berikan tiga jenis bata yang digunakan dalam pembinaan.
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________
c. ________________________________________________________________
2. Lakarkan ikatan bata flemish.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C05/P(1/4) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of
20
RUJUKAN / REFERENCES:
1. Masonry - Wikipedia, the free encyclopedia en.wikipedia.org/wiki/Masonry
2. Bab Teknikal Batu Bata
ml.scribd.com/doc/.../Bab-Teknikal-Batu-Bata
3. 04220/UNIT MASONRY
www.miamidade.gov/water/library/Donation/part-3/04220.pdf
4. jenis-jenis dan kegunaan batu-bata fareedraduwan.blogspot.com/.
5. BUILDING CONSTRUCTION
daj-pelangimalam.blogspot.com
6. Lightweight concrete blocks | concrete building blocks www.aggregate.com ›
Products & services › Concrete blocks