0 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERSIARAN SAUJANA 3 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR SEL 1223 MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL-1 TARIKH : 26 JUN 2023 HARI : ISNIN MASA : 3.00 PETANG TEMPAT : KAMAR DISKUSI SK SAUJANA UTAMA / PELANTAR GOOGLE MEETS
1 MINIT MESYUARAT AJK PIBG SK SAUJANA UTAMA BIL-1 SESI 2023/2024 TARIKH : 26 JUN 2023 MASA : 3.00 PETANG TEMPAT : KAMAR DISKUSI SK SAUJANA UTAMA / PELANTAR GOOGLE MEETS KEHADIRAN : 1. PN. ZAZALUMA BT HARUN : PENASIHAT 2. Ts. MOHD FAIRUS BIN MOHAMAD YUSUF : YDP 3. EN MOHD ADIRAN ASWAD BIN ISMAIL : NYDP 4. PN SITI AMINAH BINTI MOHAMED BASRI : SETIAUSAHA 5. PN ZURAIDAH BINTI EMBONG : BENDAHARI 6. PN AMIR SAFWAN BIN ABDULLAH ZAWAWI : AJK IBU BAPA 7. PN UMIRA BINTI MOHAMED : AJK IBU BAPA 8. EN AFEZAN BIN OTHMAN : AJK IBU BAPA 9. PN NOR ALAMI BINTI AB AZIZ : AJK IBU BAPA 10. EN SUHAIMI BIN WAHHIDDAN : AJK IBU BAPA 11. PN BALQIS BINTI MAHAZIR : AJK IBU BAPA 12. PN NORSHIELA HIDAYAH BINTI NOR AZMEE : JURUAUDIT 1 13. EN MOHD HAFIZ BIN MUSA : AJK GURU 14. PN LIYANA HAKIMAH BINTI MOHAMED : AJK GURU 15. PN ZANARIAH BINTI ZAKARIAH : AJK GURU 16. PN NOR RAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM : AJK GURU 17. EN MUHAMMAD RAFIQ BIN RAZALI : AJK GURU 18. PN SRI ASMAHANI BINTI SULIMAN : JURUAUDIT 2 19. PN. NOR HAZITA BINTI JAAFAR : PK KURIKULUM 20. PN. ZUREDAH BINTI ALI : PK HEM 21. PN. E.SABI BINTI HATTA : PK PETANG 22. PN. NOR ASLINA BINTI MOHAMAD ADNAN : PK PPKI 23. CIK SITI INTAN BAIZURA BT MOHD SYARIF : S/U KOKURIKULUM TIDAK HADIR BERSEBAB : 1. ENCIK ZULKIFLI BIN ABU BAKAR : PK KOKURIKULUM URUS SETIA MESYUARAT : 1. PN SITI AMINAH BINTI MOHAMED BASRI : SETIAUSAHA 1.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG ( PUAN ZAZALUMA BINTI HARUN ) 1.1 Pn Zazaluma memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi atas limpah kurniaNya dapat bersama-sama menjayakan Mesyuarat AJK PIBG SK Saujana Utama, Sekolah Kluster Kecemerlangan untuk kali yang pertama bagi Sesi 2023 / 2024. 1.2 Pn Zazaluma mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik di dalam kalangan ibu bapa dan guru dan berharap kerjasama yang erat dapat dijalinkan dalam menjayakan pelbagai aktiviti untuk manfaat sekolah dan anak-anak di sekolah ini. 1.3 Pn Zazaluma menyatakan banyak kejayaan telah dicapai dan dilaksanakan pada sesi lepas, dan beliau yakin akan ada banyak lagi kejayaan bakal dicapai di tahun-tahun mendatang berkat kerjasama dan ukhwah yang utuh di bawah kepimpinan Yang Dipertua PIBG yang baru iaitu Ts. Mohd Fairus bin Mohamad Yusuf. 1.4 Pn Zazaluma turut berharap agar PIBG SKSU akan terus cemerlang mendepani segala halangan dan cabaran demi kebaikan kita bersama khususnya dalam merealisasikan aspirasi dan hala tuju pendidikan untuk masa depan yang lebih cemerlang untuk generasi masa hadapan. ( Tindakan : Makluman )
2 2.0 UCAPAN YDP PIBG ( Ts. MOHD FAIRUS BIN MOHAMAD YUSUF ) 2.1 Pengerusi memanjatkan rasa kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbiran SK Saujana Utama dan semua Jawatankuasa PIBG Sesi 2023 / 2024 yang hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Sesi 2023 / 2024 kali pertama ini yang dijalankan secara bersemuka dan atas talian (hybrid). 2.2 Pengerusi memulakan sesi “ Taaruf ” di kalangan semua barisan pentadbiran SKSU dan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023 / 2024. 2.3 Pengerusi menyatakan, beliau berpegang kepada tiga perkara iaitu : 2.3.1 Beliau tidak lebih baik daripada yang lain. 2.3.2 Sekiranya beliau benar, bantulah beliau. 2.3.3 Sekiranya beliau salah, beritahu beliau untuk diperbaiki. 2.4 Pengerusi mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua pihak kerana ini merupakan kali pertama beliau memegang tanggungjawab sebagai Yang Dipertua PIBG. 2.5 Pengerusi menyatakan apa sahaja perkara yang baik akan diteruskan, manakala mungkin terdapat juga perkara yang boleh ditambah baik ianya akan dilihat bersama-sama dan membuat penyelesaian secara kolektif. 2.6 Pengerusi mengharapkan kepada semua AJK dapat memahami Perlembagaan PIBG SK Saujana Utama. ( Tindakan : Makluman ) 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 3.1 Tiada 4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada 5.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA , ISU DAN LAPORAN. 5.1 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN. 5.1.1 Pn Zuraidah selaku bendahari membentangkan laporan kewangan berakhir 14 Jun 2023 ( Rujuk Lampiran ). Walaubagaimanapun, baki tertera belum ditolak dengan dua pengeluaran terkini iaitu caj bank sebanyak RM30 dan sumbangan kebajikan kematian bapa murid sebanyak RM300. 5.1.2 Baki di bank terkini sebanyak RM97 389.17, baki di tangan sebanyak RM50. Jumlah baki keseluruhan adalah sebanyak RM97 439.17. 5.1.3 Pn Zuraidah memaklumkan bahawa PIBG mempunyai komitmen tetap pada setiap bulan sebanyak RM650 untuk bayaran kepada pengawal lalu lintas. 5.1.4 PK Pentadbiran, Pn Nor Hazita turut memaklumkan bahawa telah diputuskan dalam mesyuarat AJK PIBG sesi lepas, bayaran guru ganti adalah sebanyak RM60 sehari dan perlu dibayar pada hari terakhir guru tersebut bertugas dan ianya akan diteruskan untuk sesi ini dengan bajet sebanyak RM5000. ( Tindakan : Bendahari ) 5.2 PEMBENTUKAN BIRO PIBG SESI 2023 / 2024 DAN PELANTIKAN KETUA BIRO. 5.2.1 Senarai Biro BIL BIRO BIDANG TUGAS NAMA KETUA 1 BIRO INFRASTRUKTUR, TRAFIK DAN KESELAMATAN 1. Membentangkan perancangan aktiviti dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. 1. En Amir Safwan bin Abdullah Zawawi. 2. En Mohd Hafiz bin Musa.
3 2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan kawasan sekolah. 3. Mengawasi dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan atau pembinaan infrastruktur sekolah. 4. Bertindak sebagai penghubung atau saluran di antara pihak PIBG dan sekolah. 5. Bekerjasama dengan jawatankuasa infrastruktur sekolah. 6. Membantu pihak sekolah bekerjasama dengan pihak keselamatan bagi memastikan sekolah selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada warga sekolah. 7. Menyediakan pengawal lalu lintas. 8. Menyediakan laporan biro. 2 BIRO KEWANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER. 1. Membentangkan perancangan aktiviti dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. 2. Menyelaras program-program yang dapat menjana kewangan PIBG sekolah. 3. Membangunkan setiap sumber yang ada kepada percambahan ekonomi persatuan. 4. Mengadakan aktiviti ekonomi seperti karnival , jualan, sewaan dan lain-lain untuk menjana pendapatan. 5. Memohon dan mendapatkan sumbangan daripada pihak luar seperti sektor korporat. 6. Menyediakan laporan biro. 1. Mohd Adiran Aswad bin Ismail 2. Pn Norshiela bt Nor Azmee 3. Pn Sri Asmahani bt Suliman 3 BIRO PENERANGAN, MEDIA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 1. Membentangkan perancangan aktiviti dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. 2. Membantu persatuan dalam semua aktiviti dan program 1. En Afezan bin Othman 2. En Muhammad Rafiq bin Razali
4 yang melibatkan penggunaan ICT dan pelbagai medium media. 3. Memastikan setiap hebahan persatuan sampai kepada sasaran. 4. Menjadi agen perhubungan antara persatuan dengan warga sekolah dan komuniti. 5. Merancang strategi publisiti bagi menghebahkan program yang dirancang oleh persatuan supaya dapat menggalakkan penyertaan orang ramai. 6. Menyediakan laporan biro. 4 BIRO KEBAJIKAN DAN HAL EHWAL MURID 1. Membentangkan perancangan aktiviti dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. 2. Mengadakan usaha memberi bantuan kepada murid-murid miskin, anak-anak yatim, golongan fakir, sakit dan uzur. 3. Membantu melaksanakan program-program kebajikan yang dirancang oleh sekolah. 4. Membantu dan memberi khidmat sokongan yang perlu kepada murid-murid yang bermasalah. 5. Bekerjasama dengan PK HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. 6. Menyediakan laporan biro. 1. Pn Balqis bt Mahazir 2. Pn Nor Rafizah bt Abdul Rahim 5 BIRO PENDIDIKAN DAN KECEMERLANGAN MURID 1. Membentangkan perancangan aktiviti dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. 2. Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bidang akademik untuk membolehkan pelajar mencapai pelbagai tahap kejayaan yang tinggi dalam pendidikan dengan Kerjasama pelbagai pihak. 1. En Suhaimi bin Wahhiddan 2. Pn Nor Alami bt Ab Aziz 3. Pn Liyana Hakimah bt Mohamed
5 3. Bekerjasama dengan PK Pentadbiran. 4. Menyediakan laporan biro. 6 BIRO KSIB 1. Membentangkan perancangan aktiviti dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. 2. Menyelaras dan melaksanakan sebarang program permuafakatan antara sekolah, ibu bapa dan komuniti. 3. Mewujudkan jaringan dan jalinan sosial antara ahli PIBG, masyarakat setempat, agensi berkaitan dan sektor swasta bagi mendapatkan sokongan dalam melaksanakan aktiviti KSIB dan sekolah. 4. Mengenalpasti sukarelawan dan rakan KSIB yang berpotensi bagi memastikan KSIB berfungsi dengan efektif. 5. Menyediakan laporan biro. 1. Pn Umira bt Mohamed 2. Pn Zanariah Bt Zakariah 5.3 PERANCANGAN AKTIVITI 5.3.1 Pengerusi meminta setiap biro membuat perancangan aktiviti dan membuat pembentangan kepada jawatankuasa dalam tempoh sebulan (Mesyuarat Bil-2) ( Tindakan : Ketua Biro ) 5.4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 5.4.1 Pengerusi memaklumkan semua kertas kerja yang dibentangkan akan disemak dan diperhalusi terlebih dahulu oleh beliau dan setiap biro berkaitan untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan selanjutnya. Ini kerana banyak perkara perlu diambil kira sebelum memberi kelulusan mengikut keutamaan. 5.4.2 Senarai kertas kerja yang dibentangkan : 5.4.2.1 Dataran Kokurikulum D’Saujana - Biro Infrastruktur, Trafik dan Keselamatan 5.4.2.2 Karnival Pendidikan Sinar Bestari - Biro Kewangan dan Pengurusan Sumber - Biro Pendidikan dan Kecemerlangan Murid 5.4.2.3 Aktiviti Kokurikulum PPKI D’Saujana - Biro Kewangan dan Pengurusan Sumber - Biro Infrastruktur, Trafik dan Keselamatan 5.4.2.4 Langganan e-Platform Digital Libraries
6 - Biro Kewangan dan Pengurusan Sumber - Biro Pendidikan dan Kecemerlangan Murid 5.4.2.5 Pembelian I-Phone Untuk Kegunaan TV PSS D’Saujana - Biro Kewangan dan Pengurusan Sumber - Biro Penerangan dan Teknologi Maklumat. 5.4.2.6 Aktiviti Kecemerlangan Unit Pengurusan HEM - Biro Kewangan dan Pengurusan Sumber - Biro Pendidikan dan Kecemerlangan Murid 5.4.2.7 Sukan Memanah - Biro Pendidikan dan Kecemerlangan Murid ( Tindakan : Ketua Biro ) 6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 Pn Zuraidah memaklumkan proses pertukaran penama e-banker akaun bank PIBG SK Saujana Utama akan dibuat seperti maklumat berikut : BIL NAMA LAMA NAMA BARU JAWATAN 1 En Sallehuddin bin Abdul Latif Ts. Mohd Fairus bin Mohamad Yusuf Yang Dipertua PIBG 2 Pn Mahfuzah binti Che Run Pn Siti Aminah binti Mohamed Basri Setiausaha PIBG 3 Pn Wan Anom binti Sulaiman Pn Zuraidah binti Embong Bendahari PIBG 6.2 Pengerusi meminta bendahari untuk membuat semakan sekiranya masih ada tunggakan bayaran yang perlu dijelaskan sebelum program atau projek baru dimulakan. 6.3 Pengerusi memberi keutamaan kepada isu rumah pam di mana tindakan segera perlu diambil untuk membeli sekurang-kurangnya dua pam yang baru. Beliau meminta biro Infrastruktur, Trafik dan Keselamatan untuk mengambil beberapa sebut harga. 6.4 Pn Zazaluma memaklumkan, beliau telah membuat permohonan peruntukan kepada PPD untuk membeli pam air tersebut. Walaubagaimanapun, PPD memaklumkan bahawa peruntukan belum diturunkan. PPD berjanji apabila mendapat peruntukan, mereka akan memberi keutamaan kepada SKSU. 6.5 Pengerusi memberi cadangan untuk diadakan lawatan kunjung hormat ke PPD Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Pegawai Daerah Kuala Selangor. Tujuan lawatan diadakan selain daripada suai kenal, setiap biro boleh membawa bersama data-data dan senarai permohonan apa yang diperlukan di SK Saujana Utama. Cadangan ini telah dipersetujui sebulat suara. Biro-biro berkaitan diminta untuk membuat perancangan dan koordinasi agar lawatan ini berjaya dijalankan. 6.6 Pn Umira mencadangkan untuk menaikkan elaun pengawal lalu lintas daripada RM650 kepada RM800. Pengerusi akan memperhalusi terlebih dahulu perkara ini. 6.7 Pn Umira turut mencadangkan pembelian baju korporat yang seragam untuk AJK baru. Pengerusi mencadangkan baju ini dibeli di bawah tanggungan sendiri tanpa menggunakan duit PIBG dan dipersetujui sebulat suara. En Adiran Aswad akan menguruskan pembelian baju tersebut. 6.8 Pn Umira memaklumkan satu mesyuarat PIBKS akan diadakan pada 8 Julai 2023 (Sabtu). Beliau mengharapkan kehadiran YDP PIBG dan semua barisan pentadbiran. 6.9 Pn Umira mengemukakan pertanyaan kepada sekolah tentang perancangan Program Sambutan Kemerdekaan yang bakal berlangsung pada bulan Ogos. Pn Hazita memaklumkan, panitia Sejarah, Muzik dan Pendidikan Seni Visual bertanggungjawab untuk melaksanakan program tersebut. Walaubagaimanapun pihak sekolah mengalu-alukan pelibatan PIBKS untuk membantu. Perkara ini dipersetujui oleh Pn Umira dan akan dibincangkan dalam mesyuarat PIBKS. 6.10Pengerusi memaklumkan bahawa beliau telah membuat perbincangan bersama barisan pentadbiran SMKSU serta YDP PIBG mereka berkaitan isu kesesakan trafik di hadapan kedua-dua sekolah pada waktu puncak. Terdapat cadangan untuk menggunakan khidmat RELA dan kos ditanggung sama rata. Perkara ini turut akan diperhalusi.
7 6.11Pengerusi meminta biro Infrastruktur, Trafik dan Keselamatan untuk bertindak segera bagi memohon peruntukan di bawah Projek Mesra Rakyat dengan memberi keutamaan kepada projek membesarkan pintu pagar ke dua dan susur gajah. 6.12Pn Norsheila Hidayah mencadangkan mesyuarat kali ke dua diadakan pada minggu ke empat bulan Julai bagi membolehkan setiap biro membentangkan cadangan aktiviti masing-masing. Cadangan dipersetujui sebulat suara. 6.13Pengerusi meminta setiausaha untuk membuat tempahan cop YDP, Setiausaha, Bendahari dan setiap biro. 7.0 PENUTUP 7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua AJK yang hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau juga berharap agar kerjasama ini akan dipertingkatkan lagi dan memberi manfaat kepada seluruh warga SK Saujana Utama. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.00 petang. Urus Setia Setiausaha PIBG SK SAUJANA UTAMA Sekolah Kluster Kecemerlangan Tarikh : 5 Julai 2023
8