The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6501981, 2022-03-31 01:00:11

Rice & Farinaceous (Kertas Penerangan 4)

Rice & Farinaceous Production

Rice &
Farinaceous

Production

Ainaa Najihah Bt Md Khir

Kertas Penerangan 4

Resepi Standard
Bijirin,Farinaceous

,Legumes,Ubi
Kentang

Bubur Ayam

Kaedah

Basuh beras sebanyak 2 kali & toskan
Perap ayam bersama 3 tbsp kicap cair,tepung jagung & halia
Panaskan minyak.Masukkan bawang putih cincang,udang kering dan ayam
yang diperap.Gaul sehingga sebati.Masukkan air dan kacau
Masukkan beras,kacau di atas api perlahan hingga mendidih.Perasakan
dengan garam & serbuk lada putih.Masak hingga pekat
Potong kulit wantan memanjang dan goreng hingga garing & berwarna
kuning keemasan
Hiris daun saderi
Susun semula bahan pengiring di dalam pinggan bujur
Hidangkan bubur ayam bersama bahan pengiring

Bubur Gandum

Kaedah

Rebus gandum sehingga kembang dan empuk. Jika air kering tambahkan air
sehingga gandum kembang seperti yang dikehendaki.
Pastikan gandum betul-betul kembang baru masukkan gula pasir dan gula
melaka dan daun pandan.
Dapatkan kepekatan yang dikehendaki baru masukkan sagu, susu cair dan
santan. Perasakan dengan secubit garam bagi menaikan rasa lemak.

Air Barli

Kaedah

Didihkan air dalam periuk. Masukkan gula pasir dengan daun pandan dan
jadikan sirap.
Rebus barli sehingga kembang dan empuk.
Sediakan gelas. Masukkan dua sudu barli yang sudah direbus empuk
bersama air rebusan barli, sirap dan masukan hirisan lemon. Siap untuk
dihidangkan.

Biskut Oat

Kaedah

Gaul sebati semua bahan kering.
Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit, gaul sehingga jadi doh.
Canai doh sehingga tebal 1.5 cm. terap dengan acuan biskut.
Susun biskut atas dulang pembakar. Sapu kuning telur dan tabor sedikti
kepingan oat di atas biskut.
Bakar pada suhu 180 C selama 20 – 25 minit. Seteah masak sejukkan dan
simpan dalam bekas kedap udara.

Chicken Lasagna

Kaedah

Tuang susu ke dalam pan. Masukkan bay leaf, lada putih dan bawang besar.
Didihkan sambil dikacau rata dan kemudian ketepikan.
Masukkan ayam hancur ke dalam pan dan goreng tanpa minyak sehingga agak garing. Masukkan bawang besar dan kacau hingga
bawang layu.
Tuang tomato puree, basil, oregano dan air. Gaul rata dan tutup pan untuk dibiarkan masak atas api sederhana selama 8-10 minit.
Ketepikan.
Perasakan dengan garam.
Cairkan mentega di dalam pan. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati. Ketepikan dari api. Masukkan susu yang telah
ditapis. Letakkan semula pan di atas api dan kacau menggunakan whisk sehingga sos putih mula mendidih dan memekat. Ketepikan.
Griskan loyang dengan sedikit lemak. Letakkan lapisan pertama dengan kepingan lasagna, masukkan sos putih sebagai lapisan
kedua. Kemudian masukkan sos ayam sebagai lapisan ketiga.
Ulang semula proses tersebut sehingga sehingga loyang ¾ penuh. Akhiri dengan kepingan lasagna dan taburkan keju mozzarella,
serbuk keju parmesan dan parsley.
Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 190 C selama 13-15 minit.
Hiaskan dan hidang.

Mi Goreng
Mamak

Kaedah

Panaskan minyak. Goreng sebentar udang dan ayam. Angkat dan ketepikan.
Kuali yang sama tumis bawang putih sehingga naik wangi. Masukkan cili kisar,
kacau sebentar sehingga garing. Masukkan stok ayam.
Masukkan batang sawi, ayam, udang, tomato, mi kuning, tauhu, cucur udang
dan kentang. Goreng sehingga sebati.
Masukkan kacang tanah, daun sawi kicap manis, sos cili dan sos tomato.
Goreng sehingga kering stok ayam. Pecahkan telur ke dalam mi dan
masukkan tauge. Goreng sebentar sehingga telur masak. Tambah perasa
seperti garam, lada sulah atau gula.
Angkat dan hias dengan hirisan cili merah, daun sup, daun bawang dan
bawang goreng

Nabeyaki
Udon

Kaedah

Rendam cendawan shitake di dalam air suam selama 30 minit. Tos dan perah
cendawan shitake untuk mendapatkan saki baki air rendaman (dashi). Tapis dashi
tersebut.
Didihkan air. Celur bayam selama 1 minit. Toskan dan potong sepanjang 4 cm.
Hiris lobak merah, paha ayam, leek, daun bawang, kek ikan.
Udon Soup :
Gabungkan sup dashi dan dashi dari air rendaman cendawan shitake ke dalam
periuk. Didihkan atas api sederhana kuat.
Setelah mendidih masukkan kicap soya dan garam.

Kaedah

Tempura :

1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, garam dan lada sulah.
Gaul rata.
2. Masukkan telur dan air sejuk. Kacau hingga sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Celupkan udang ke dalam adunan sehingga ke
bahagian pangkal ekor. Goreng hingga kuning keemasan. Toskan

Kaedah

Mencelur Mi Udon:
Didihkan air di dalam periuk. Masukkan mi udon dan kacau. Setelah mi mula terpisah
keluarkan dari periuk dan masukkan ke dalam air ais untuk menghentikan haba.
Toskan

Memporsi dan Memasak:
Masukkan mi udon ke dalam claypot.
Susun hirisan lobak merah, ayam, leek, kek ikan, daun bawang dan cendawan
shitake di atas mi dengan menarik.
Masukkan sup udon dan masak di atas api sederhana kuat hingga mendidih.
Tutup claypot.
Masukkan telur, bayam dan tutup semula. Masak selama 2-3 minit.
Tutup api dan letakkan udang tempura di atas mi sebelum dihidang.

Chicken
Dumpling

Kaedah

Campurkan tepung dan air. Uli sehingga menjadi doh. Rehat selama 30
minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 gm bahagian. Canaikan sehingga
menjadi bulat nipis untuk dijadikan kulit dumpling.
2. Campurkan semua bahan inti. Gaul sehingga sebati. Saute sekejap inti dan
ketepikan.
3. Ambil 1 camb inti bagi setiap kulit dumpling dan bentukkan tiga segi atau
bulat. Tekan hujung kulit dumpling sehingga melekat dan bercantum.
4. Kukus dumpling selama 8 minit. Angkat dan hidang.

Kuah Dhal

Kaedah

Rebus kacang dhal sehingga empuk. Air boleh ditambah jika kacang masih
belum empuk.
Sediakan kuali, panaskan minyak. Tumiskan daun kari, cili kering dan rempah
ratus kering sehingga naik wangi.
Masukkan bawang merah dan bawang putih goreng hingga keemasan.
Kemudian masukkan pes rempah kari, tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan bawang besar kentang dan kacang dhal yang sudah empuk ke
dalam kuali. Masukkan serbuk kunyit. Kacau hingga sebati. Jika kuah dhal
kering boleh tambahkan sedikit air.
Perasakan dengan garam. Hiaskan kuah dhal dengan hirisan daun ketumbar.

Hash Brown
Potato

Kaedah

Gaulkan ubi kentang dengan garam dan lada sulah. Bentukkan kentang
menjadi bulat leper atau segi empat.
Masukkan sedikit minyak di saute pan. Goreng ubi kentang sebelah demi
sebelah hingga menjadi garing keemasan.

THANK YOU


Click to View FlipBook Version