PENGHARGAAN
Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kurnianya telah memudahkan saya menyiapkan tugasan kajian lapangan ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat ayahanda pengetua SBP
Integrasi Kubang Pasu Encik Haris Ganae Bin Nainar kerana telah memberi
keizinan kepada saya untuk menjalankan tugasan kajian lapangan ini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Asmaniza Binti Yop selaku
guru mata pelajaran Geografi tingkatan tiga kerana telah banyak memberi
tunjuk ajar kepada saya sepanjang tugasan ini dijalankan.Tidak lupa juga
kepada Encik Adzim bin Husain, Puan Nurul Aini Hanim Binti Azizan, Encik
Husain bin Saad, Puan Joriah binti Saad, Fahim Haidhar bin Mohd Fahmy,
Sarah Hatisya binti Mohd Fauzi dan Encik Osman bin Ramli atas sokongan dan
dorongan yang telah diberikan kepada saya sepanjang saya menjalankan
tugasan ini.
Tanpa bantuan tuan-tuan dan puan-puan, agak sukar untuk saya selesaikan
tugasan ini Semoga Allah membalas jasa baik setiap pihak yang membantu.
PENDAHULUAN
• Saya telah menjalankan kajian tentang Kegiatan Ekonomi Utama di Taman
Ria, Sg. Petani, Kedah.
• Saya telah memilih Taman Ria, Sg. Petani, Kedah sebagai kawasan kajian
kerana kawasan ini merupakan kawasan berdekatan tempat tinggal saya.
Hal ini dapat memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat yang
diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Kebanyakan penduduk di sini
menjalankan perindustrian bagi sektor sekunder dan Perdagangan dalam
sektor tertier.
• Tempoh saya menjalankan kajian ini adalah selama 11 hari bermula dari 21
Jun 2021 sehingga 1 Julai 2021. Sepanjang tempoh ini saya dapat
memperoleh banyak maklumat dengan mudah hasil daripada bantuan
orang sekeliling dan usaha sendiri.
• Saya berharap tugasan kajian lapangan saya ini dapat memenuhi kehendak
penilai dan kehendak pihak sekolah.
OBJEKTIF KAJIAN
•Mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi utama di
Taman Ria, Sg. Petani, Kedah.
•Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi
kegiatan ekonomi utama di Taman Ria, Sg. Petani,
Kedah.
•Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi
utama di Taman Ria, Sg. Petani, Kedah.
PETA KAWASAN KAJIAN TAMAN RIA, SG. PETANI, KEDAH
TAFSIRAN
Peta menunjukkan kawasan kajian saya iaitu Taman
Ria, Sg. Petani, Kedah. Lingkungan kawasan kajian saya
adalah lebih kurang 5 kilometer persegi.
Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan
penduduk di sini menjalankan kegiatan ekonomi
perindustrian dan perdagangan. Bentuk muka bumi di
kawasan ini ialah tanah pamah yang menyebabkan
banyak kegiatan perindustrian dijalankan dan
pembinaan sekolah, masjid dan bank.
Pandang darat fizikal yang terdapat di dalam peta ialah
hutan dan belukar. Manakala Pandang darat budaya pula
ialah jalan raya dan tasik buatan.
KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini dengan menggunakan
kaedah berikut :
• Rujukan Internet = Saya menggunakan kaedah
rujukan internet untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih baik berkenaan kajian lapangan ini.
• Temu Bual = Saya menggunakan kaedah temu
bual untuk mendapatkan maklumat tentang kajian ini
daripada orang yang lebih berpengetahuan.
• Pemerhatian = Saya menggunakan kaedah ini
untuk menentukan kegiatan ekonomi utama di
kawasan kajian.
HASIL KAJIAN
• Kegiatan ekonomi utama di kawasan kajian saya ialah perindustrian
dan perdagangan. Perindustrian yang dijalankan di kawasan kajian
adalah bukan berasaskan sumber seperti perindustrian barangan
elektrik dan elektronik. manakala untuk perdagangan pula adalah
dari segi pasar jualan yang menjual makanan, perabot, keperluan
rumah dan pakaian.
Kilang teknologi Morrissey Pasar Tani Taman Ria
• 2. Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi perindustrian ialah
bentuk muka bumi. Hal ini kerana kawasan kajian lapangan ini ialah tanah
pamah yang boleh memudahkan pembinaan kilang dan pergerakan
pekerja. Sebagai contoh, para pekerja dapat bergerak ke tempat kerja
dengan efisien dan tidak mengambil masa yang lama. Selain itu,
infrastruktur juga merupakan salah satu faktor kegiatan ekonomi
perdagangan. Hal ini kerana kawasan kajian saya terdapat banyak
infrastruktur dan kedai-kedai sewa yang amat sesuai untuk perdagangan.
Contohnya, pasar borong yang menjual keperluan rumah.
• 3. Kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan ini
ialah mewujudkan peluang pekerjaan. Hal ini
kerana perindustrian bahan mentah yang
meningkat membuatkan keperluan pekerja
meningkat. Contohnya, semakin banyak kerja
dalam sesebuah kilang, semakin ramai penduduk
yang berpeluang untuk bekerja. Selain itu,
peningkatan taraf hidup. Hal ini demikian kerana
mereka dapat menyara diri dan keluarga dengan
lebih mudah. Contohnya, menggunakan hasil
pendapatan yang diperoleh daripada bekerja.
RUMUSAN
Kesimpulannya,kegiatan ekonomi utama dikawasan kajian ini ialah
perindustrian dan perdagangan. Faktor yang mempengaruhi kegiatan
ekonomi utama ini ialah bentuk muka bumi iaitu tanah pamah dan juga
infrastruktur.
Dalam kajian ini, saya sudah menyatakan segala maklumat yang diminta.
Segala objektif bagi kajian ini telah berjaya dicapai dengan baik. Setiap
maklumat yang diperoleh telah dianalisis dengan baik untuk mendapatkan
kesimpulan yang baik.
Syukur kepada Allah S.W.T, sepanjang menjalankan kajian ini, tidak
banyak dugaan dan masalah yang dihadapi. Pencapaian internet saya sangat
baik dan dapat mencari segala maklumat berkenaan. Saya juga gembira dan
berpuas hati dengan kajian yang telah saya jalankan dengan bantuan guru
mata pelajaran Geografi, ibu bapa dan juga rakan-rakan. Saya mendapati
kajian saya masih mempunyai kekurangan dan kelemahan walaupun sudah
dikaji dengan teliti. Saya berharap agar dapat melakukan kajian ini dengan
lebih baik pada masa akan datang dengan penambahbaikan yang lebih baik.
Pintu Hadapan Kilang Morrissey Pasar buah-buahan di Taman Ria
Pengambilan baharu pekerja kilang