5
1.Memahami unsur Jalinan. 2.Mengeksplorasi dan mengaplikasi unsur jalinan bagi mengukuhkan pemahaman terhadap Bahasa Seni Visual. 3.Menzahirkan idea dan konsep melalui pelbagai sumber dan teknologi dalam penjanaan tugasan. 4.Menghayati hasil karya Seni Visual.
Cuba lihat dan sentuh permukaan kulit pokok dan lantai jubin anda. Apakah yang anda rasa? Kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan yang anda lihat dan rasa itu ialah jalinan. Rajah 1 : Kulit Pokok Rajah 2 : Lantai Jubin
DEFINISI JALINAN Jalinan ialah sifat atau kesan yang terdapat di atass sesuatu permukaan objek yang boleh dikesan melalui deria penglihatan atau sentuhan.
Jalinan terdapat pada alam semula jadi dan objek buatan manusia. Rajah 3 : Daun Rajah 4 : Bunga Tayar
Penggunaan teknik yang betul juga dapat menimbulkan kesan jalinan pada karya seni visual. Rajah 5 : Kain Batik Rajah 6 : Kain Bercorak
Jalinan dibahagikan kepada dua jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Kedua jenis jalinan ini terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual.
Jalinan sentuh ialah jalinan yang boleh dilihat dan dirasa secara sentuhan tangan. Contohnya, jalinan pada permukaan kulit durian, kulit nenas, kulit kerang dan sebagainya. Rajah 7 : Buah Durian Rajah 8 : Buah Nenas Rajah 9 : Kerang
Jalinan tampak pula ialah jalinan yang dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa dengan deria sentuhan. Contohnya, jalinan pada kulit tembikai, corak batik, kulit zebra dan sebagainya. Rajah 10 : Buah Tembikai Rajah 11 : Corak Batik Rajah 12 : Kuda Zebra
Jalinan pada alam semula jadi adalah jalinan yang terdapat pada objek semula jadi seperti kulit buah-buahan dan binatang. Rajah 13 : Buah salak Rajah 14 : Harimau Rajah 15:Buah Rambutan
Jalinan pada objek buatan manusia ialah jalinan yang terdapat pada objek buatan manusia seperti jalinan pada jalan raya, corak kain, tikar anyaman dan sebagainya. Rajah 16:Garisan Jalan Raya Rajah 17 : Corak Kain Rajah 18 :Tikar Anyaman
Antara jalinan yang terdapat pada karya seni visual adalah seperti karya lukisan corak, batik, anyaman dan sebagainya. Rajah 19: Lukisan Corak Rajah 20: Batik Rajah 21: Anyaman
Jalinan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia, dan karya seni visual juga mempunyai fungsinya tersendiri yang boleh digunakan.
Jalinan pada alam semula jadi berfungsi sebagai penyamaran atau perlindungan. Jalinan pada badan haiwan seperti cicak untuk membuat penyamaran. Jalinan sentuh pada kulit durian juga berfungsi sebagai keselamatan dan nilai estetik. Rajah 22 : Cicak Rajah 23 : Cicak Rajah 24 : Buah Durian
Jalinan pada objek buatan manusia adalah bertujuan untuk cengkaman seperti jalinan pada kasut dan tayar. Jalinan pada tekstil pula berfungsi dalam menghasilkan corak yang menarik. Rajah 25: Tapak Kasut Rajah 26 : Bunga Tayar Rajah 27 : Tenunan
Jalinan pada karya seni visual berfungsi untuk menampakkan pelbagai jenis ruang. Jalinan pada kraf tangan pula berfungsi untuk memberikan nilai estetik. Rajah 28 : Batik Rajah 29 :Tikar Anyaman
Kesan jalinan boleh dihasilkan menggunakan pelbagai teknik seni seperti berikut: Rajah 30: Teknik Ukiran Rajah 31: Teknik Tiupan Rajah 32: Teknik Kolaj
Rajah 33:Teknik Pualaman Rajah 34: Teknik Capan Rajah 35: Teknik Ikat dan Celup
Berikut merupakan link video daripada Youtube untuk digunakan sebagai rujukan tambahan. 1. Kenali Unsur Seni Jalinan. https://www.youtube.com/watch?v=dQXlVLHkrfo 2. Tingkatan 1: Jalinan. https://www.youtube.com/watch?v=dxeReb9ALQ4&t=339s
1. Jalinan pada tayar dikenali sebagai jalinan _________. a. Jalinan tampak. b. Jalinan sentuh. c. Jalinan karya seni visual. 2. ________ merupakan contoh jalinan yang ada pada karya seni visual. a. Batu b. Kain batik. c. Kayu
Lengkapkan peta buih berikut. JALINAN Contoh Jalinan Sentuh. 1. ______ 2.______ 3.______ Berikan Definisi Jalinan. _____________ _____________ Contoh Jalinan Tampak. 1. ______ 2. ______ 3. ______ Peta Buih 1 : Jalinan