Bil ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Kata Alu-Aluan Penasihat PIBG 3 2 Kata Alu-Aluan YDP PIBG SKS2BK 4 3 Atur Cara Majlis 5 4 Notis Mesyuarat PIBG kali ke - 23 6 5 Jawatankuasa PIBG 2023 7 6 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 23 8 7 Minit Mesyuarat Agung ke - 22 10 8 Usul AJK PIBG dan Ibu bapa 31 9 Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2023 40 10 Laporan Unit Kurikulum 43 11 Laporan Unit HEM 44 12 Laporan Unit Kokurikulum 46 13 Borang e-SARANA 48 14 Borang Sumbangan 49 2
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera Salam anak baik lagi cerdik, Salam Karamah Insaniah, Salam Malaysia Madani. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin-NYA, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 23 bagi tahun 2024 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana dapat meluangkan masa menghadiri MAT PIBG bagi tahun ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Sekalung tahniah, terima kasih dan penghargaan kepada semua guru dan AJK PIBG yang berusaha sehabis baik bagi menjayakan MAT PIBG kali ke 23 ini. Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba pelbagai ilmu, memupuk bakat dan membentuk sahsiah terpuji murid . Persatuan Ibu bapa -Guru ( PIBG ) pula merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Oleh yang demikian saya sangat berharap agar barisan guru, ibubapa / penjaga murid sekolah ini sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak dan kejayaan sekolah Saya berharap lebih ramai ibu bapa yang tampil memberi sumbangan dari segi tenaga , sokongan serta idea yang realistic demi kemajuan anak-anak dan sekolah. Semoga Allah SWT memberkati kerjasama ini dalam menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan cemerlang di dunia dan akhirat. Akhir sekali, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan MAT PIBG SAKSEED. Sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Kerja MAT PIBG SAKSEED kerana berjaya menjalankan mesyuarat ini dengan jayanya. Sekian terima kasih. Guru Besar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara 11 Mei 2024 3
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Selamat datang kepada semua ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SAKSEED. Bersyukur saya ke hardrat Illahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita meneruskan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-23 Sesi 2024/2025. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para ibu bapa untuk hadir ke mesyuarat kita pada kali ini. Pada tahun ini, Mesyuarat Agung PIBG dapat dijalankan secara bersemuka dengan kehadiran ibu bapa menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan. Syabas diucapkan kepada ibu bapa serta penjaga yang berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG. Sepanjang tahun 2023, perjalanan persatuan ini adalah didukung oleh AJK PIBG, iaitu ahli jawatankuasa yang diamanahkan melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli menyumbang kepada kejayaan segala program yang dirancang. Saya amat berharap ibu bapa yang hadir dapat menyumbangkan buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga bagi persatuan ini. Mendepani cabaran yang mendatang, saya menyeru kepada setiap ahli untuk bersama-sama terus memberikan komitmen dan bersatu hati menjadi penggerak dalam memacu persatuan ini untuk ia menjadi lebih dinamik dan progresif. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan melakukan segala program peningkatan dalam bidang akademik dan kokurikulum meskipun pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi termasuk kekangan kewangan memandangkan tidak sampai separuh ahli persatuan yang menyumbang kepada persatuan berdasarkan amaun yang sudah dipersetujui sebelumnya. Semoga pada tahun ini, keadaan menjadi lebih baik dan kita mestilah berusaha untuk mencapai lebih banyak kejayaan, in sya Allah. Sehubungan itu, setinggi-tinggi terima kasih kepada para guru atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami. Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan pada masa hadapan. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SAKSEED Kali ke-23. Amat besar sekali harapan agar AJK PIBG Sesi 2024/2025 yang akan dipilih dan dilantik nanti akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin dengan menyalurkan idea-idea yang bernas mahupun tenaga untuk digembleng sebagai inspirasi kepada semua ahli PIBG supaya sentiasa bertindak atas landasan yang cemerlang. Akhir kata, sematkanlah dalam sanubari setiap daripada kita, untuk kita berada dalam memori anak-anak kita pada hari esok, kita perlu berada dalam hidup mereka pada hari ini. Selamat bermesyuarat. Sekian, terima kasih. TUAN HAJI HASNI BIN JUSOH YDP PIBG SAKSEED Sesi 2023/2024 4
7.30 Pagi : Pendaftaran dan jamuan pagi 8.30 Pagi : Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Selangor Bacaan Doa En Syed Bukharizaffan Bin S.Badruzaman Ucapan Guru Besar Puan Saudah Binti Osman Ucapan NYDP PIBG Pn. Syarina Binti Jamaluddin Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Puan Fadzlon Binti Faisal Timbalan PPD Sektor Perancangan Petaling Perdana Penyampaian Cenderahati AJK PIBG Sesi 2023/2024 9.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 Agenda Mesyuarat: 1.0 Perutusan Pengerusi PIBG SAKSEED Sesi 2023/2024 2.0 Membentangkan dan Menerima Minit Mesyuarat Kali Ke-22 3.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan 2023. 4.0 Membentangkan, Menerima, dan Meluluskan Penyata Kewangan 5.0 Membahaskan Usul 6.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG SAKSEED Sesi 2023 7.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG SAKSEED Sesi 2024 8.0 Pemilihan Juruaudit Dalaman PIBG SAKSEED Sesi 2024 9.0 Ucapan Penangguhan 10.0 Hal-hal Lain 11.0 Cabutan Bertuah 12.00 Tengah Hari : Mesyuarat Agung PIBG SAKSEED Kali Ke-23 ditangguhkan. 5
6
Penasihat : Puan Saudah Binti Osman YDP : Tn. Hj. Hasni Bin Jusoh NYDP : Pn. Syarina Binti Jamaluddin Setiausaha : Pn. Nur Nadia Syafiqah Binti Abidin Naib Setiausaha : Pn. Siti Ruhana Binti Ab Malik Bendahari : Cik Siti Nur Aisyah Binti Abdul Rahim Naib Bendahari : Pn. Sangeeta A/P Paramasivan AJK Guru : En. Muhammad Asyraf Bin Ahmad Refaat Pn. Noor Syida Binti Ahmad En. Logeswaran A/L Bhaskaran Pn. Rashidah Binti Abdul Karim Pn. Siti Jamilah Binti Mohd Isfar Pn. Noor Asilawati Binti Kamarulzaman AJK Ibu Bapa : Pn. Ruziyanti Binti Mohd Mokhtar Pn Soffia Fulliana Binti Ahmad Fuat Pn. Anisah Binti Ahmad Pn. Pakeeza Binti Mohammad Junus Pn. Nafhah Izzati Binti Mohd Azam Pn. Norma Binti Muhammad Pn. Ummi Safiah Binti Bidin Juru Audit : En. Parameswaran A/L Rajagopal Pn. See Yik Mee @ See Yik Mei EX - Efficio : En. Muhd Fareez Bin Zainuddin En. Kamaruzaman Bin Muhammad Zain Pn. Sarojah Binti Sahnu Pn. Nor Asnah Binti Mohd Nor 7
8 Pengacara Majlis Pn. Salmah Binti Mohammad (K) Pn. Rathi Ambigai A/P Kanapati Bacaan Doa Syed Bukharizaffan Bin S.Badruzaman Pendaftaran Pn. Azila Binti Roslan (K) Pn. Rashidah Binti Abdul Karim Pn. Fatthima Binti R.M Mohamad Hussain Pengurus Program Pn. Nur Nadia Syafiqah Binti Abidin Pn. Noor Syida Binti Ahmad Penyambut Tetamu Pn. Saudah Binti Osman Tn Hj. Hasni Bin Jusoh En. Mohd Fareez Bin Zainuddin En.Kamaruzaman Bin Muhammad Zain Pn. Sarojah Binti Sahnu Pn. Nor Asnah Binti Mohd Nor Pengira Undi / Pemilihan AJK Tertinggi PIBG Pn. Kau Selia Devi A/P Balakrishnan (K) Cik Siti Nur Aisyah Binti Abdul Rahim Pn. Nor Hidayah Binti Che Ibrahim Cik Nor Aqilah Bt Khairul Said Pn. Thiba A/P Vinthan Jurufoto Cik Aisya Fitriah Binti Sepian (K) Cik Anis Sayidah Akmal Binti Mat Isa Pengumpulan dan Pemprosesan Usul Pn. Nur Syamila Binti Azahari (K) Pn. Ifa Binti Seliman Pn. Nur Fudla Fatimah Binti Mohd Sobri Pn. Nurul Syida Binti Kamaruddin Pn. Afifah Binti Abdul Azib Cenderamata dan Sijil Pn. Rosmah Binti Othman (K) Cik Marlina Binti Mohtar Pn. Nuruda Binti Mohamed Persediaan Tempat En. Muhammad Faiz Bin Razali (K) En. Azman Bin Mat Junoh En. Muhammad Fafmin Bin Abdullah En. Muhammad Asyraf Bin Ahmad Refaat En. Muhammad Rasul Bin Anuar En. Afandi Bin Che Ali En. Mohd Fitri Bin Mohd Yusof Surat Jemputan Pn. Nur Karmila Binti Maulad Yusof (K) Pn. Nurul Shuhada Binti Mohd Jais Pn. W Marziana Binti W Mokhtar
9 Hiasan Pentas Pn. Siti Jamilah Binti Mohd Isfar (K) Pn. Noor Asilawati Binti Kamarulzaman Pn. Normee Azura Binti Abdullah Pn. Siti Zarith Sofia Binti Ariffin Pn. Hamidah Binti Yusoff Buku Minit Mesyuarat Agung/QR Code Cik Ayuni Solehah Binti Awiskornain (K) Pn. Nuraslinda Binti Zulkifli Pn. Siti Raihanah Binti Samsuddin Cik Veatanayagi A/P Samikannu Pn. Nur ‘Atiqah Binti Che Saad Pn. Rusaida Binti Abu Bakar Pencatat Minit Mesyuarat Pn. Sapiha Binti Ismail (K) Pn. Nur Syuhada Binti Zainuddin Pn. Norashikin Binti Mohd Amin Pn. See Yik Mee @ See Yik Mei Pn. Kasturi A/P Arumugam Pn. Nor Aliah Binti Mohammad Pn. Nor Huzaimah Binti Mohammed Alif AJK Kebersihan En. Mohd Fakrullah Bin Abdul Rahman (K) En. Ahmad Dasuki Bin Shahnun Pekerja Kebersihan Sekolah Publisiti / Banner Pn. Siti Ruhana Binti Ab Malik (K) Pn. Rozilaizma Binti Rashid Pn. Subashini A/P Shanmugam Peralatan & Siaraya En. Thamil Celvaa A/L Balakrishnan (K) En. Logeswaran A/L Bhaskara En. Frenscconero Severinus Tan Dokumentasi Pn. Nasuha Binti Ariffin (K) Pn. Fauzihan Binti Kasbin Pn. Poorna A/P Kunabalan Pn. Sangeeta A/P Paramasivan Jamuan Pn. Norrihan Binti Jalaluddin (K) Pn. Raeme Binti Othman Pn. Sathiaswari A/P Ponnusamy Pn. Rosmawati Binti Mohamed Pn. Siti Khadijah Binti Che Kob Pn. Suhaila Binti Ibrahim Cabutan Bertuah Pn. Syarina Binti Jamaluddin (K) Pn. Norhidayah Binti Hamdan Pn. Noor Liza Binti Margilan Pn. Siti Rokiah Binti Abdullah Pn. Rohaselina Binti Mamat Cik Nur Ezzah Binti Rahmat Semua AJK PIBG Ibu Bapa
MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE-22 PIBG SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA TARIKH/HARI : 24 JUN 2023 (SABTU) MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI TEMPAT : DEWAN NUR MUHAMMAD SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA KEHADIRAN: 1. PN. SAUDAH BINTI OSMAN GURU BESAR SKS2BK (PENASIHAT) 2. TUAN HAJI HASNI BIN JUSOH YANG DIPERTUA PIBG 3. PN. SYARINA BINTI JAMALUDDIN NAIB YANG DIPERTUA PIBG 4. CIK NUR NADIA SYAFIQAH BT ABIDIN SETIAUSAHA 5. PN. SITI RUHANA BINTI AB MALIK NAIB SETIAUSAHA 6. CIK SITI NUR AISYAH BT ABDUL RAHIM BENDAHARI 7. PN. SANGEETA A/P PARAMASIVAN NAIB BENDAHARI 8. EN. MUHAMMAD ASYRAF BIN AHMAD REFAAT AJK GURU 9. EN. LOGESWARAN A/L BHASKARAN AJK GURU 10. PN. NOOR SYIDA BINTI AHMAD AJK GURU 11. PN. SITI JAMILAH BINTI MOHD ISFAR AJK GURU 12. PN. NOOR ASILAWATI BT KAMARULZAMAN AJK GURU 13. EN. PARAMESWARAN A/L RAJAGOPAL JURUAUDIT 14. PN. SEE YIK MEE@SEE YIK MEI JURUAUDIT 15. EN. KAMARUZAMAN BIN MUHAMMAD ZAIN EX-OFFICIO 16. PN. SAROJAH BINTI SAHNU EX-OFFICIO 17. EN. NUR MUZAHAR BIN MUSA EX-OFFICIO 18. PN. AFIFAH BINTI ABDUL AZIB 19. EN. AZMAN BIN MAT JUNOH 20. PN. FAUZIHAN BINTI KASBIN 21. PN. KAU SELIA DEVI A/P BALAKRISHNAN 22. EN. THAMIL CELVAA A/L BALAKRISHNAN 23. CIK MARLINA BINTI MOHTAR 24. PN. WAN NAZIRA BINTI WAN ZAIN 25. CIK NUR EZZAH BINTI RAHMAT 26. PN. IZUAN BINTI MAT HUSSIN 27. PN. SITI ROHANAH BINTI JAAFAR 28. PN. RABIATUL ADAWIYAH BINTI SHAARI 29. EN. MUHAMMAD FAIZ BIN RAZALI 30. EN. MUHAMMAD FAFMIN BIN ABDULLAH 31. PN. IFA BINTI CHE SELIMAN 32. PN. NASUHA BINTI ARIFFIN 33. PN. NOOR LIZA BINTI MARGILAN 34. PN. NORHIDAYAH BINTI HAMDAN 35. PN. NUR ‘ATIQAH BINTI CHE SAAD 36. PN. NUR KARMILA MAULAD YUSOF 37. PN. NUR SYAMILA BINTI AZAHARI 38. PN. RASHIDAH BINTI ABDUL KARIM 39. PN. RATHI AMBIGAI A/P KANAPATI 40. PN. ROZILAIZMA BINTI RASHID 10
41. PN. SALMAH BINTI MOHAMMAD 42. PN. SAPIHA BINTI ISMAIL 43. PN. SITI ROKIAH BINTI ABDULLAH 44. PN. SUHAILA BINTI IBRAHIM 45. PN. SUZIEYANA BINTI SAWON 46. CIK VEATANAYAGI A/P SAMIKANNU 47. CIK AISYA FITRIAH BINTI SEPIAN 48. CIK ANIS SAIYIDAH AKMAL BINTI MAT ISA 49. CIK AYUNI SOLEHAH BINTI AWISKORNAIN 50. PN. AZILA BINTI ROSLAN 51. PN. FATTHIMA BINTI R.M MOHAMAD HUSSAIN 52. EN. FRENSCCONERO SEVERINUS TAN 53. PN. HAMIDAH BINTI YUSOFF 54. CIK NOR AQILAH BINTI KHAIRUL SAID 55. PN. NORHIDAYAH BINTI CHE IBRAHIM 56. PN. NORASHIKIN BINTI MOHD AMIN 57. PN. NORMEE AZURA BINTI ABDULLAH 58. PN. NUR FUDLA FATIMAH BINTI MOHD SOBRI 59. PN. NUR SYUHADA BINTI ZAINUDDIN 60. PN. NURASLINDA BINTI ZULKIFLI 61. PN. NURUL SHUHADA BINTI MOHD JAIS 62. PN. NURUL SYIDA BINTI KAMARUDDIN 63. PN. RAEME BINTI OTHMAN 64. PN. ROHASELINA BINTI MAMAT @ RAMLI 65. PN. ROSMAWATI BINTI MOHAMED 66. PN. SATHIASWARI A/P PONNUSAMY 67. PN. SITI KHADIJAH BINTI CHE KOB 68. PN. SITI RAIHANAH BINTI SAMSUDDIN 69. PN. SUBASHINI A/P SHANMUGAM 70. PN. THIBA A/P R.VINTHAN 71. PN. RUSAIDA BINTI ABU BAKAR 72. PN. SITI ZARITH SOFIA BINTI ARIFFIN 73. ESWARI A/P RAMAN 74. SITI NURULAINI BINTI ABU HASAN 75. KHAIRUL AZRY BIN SAPAR 76. SURIYANA BINTI AHMAD JALIL 77. MAIZATULAZMA BINTI YUSOF 78. MUHAMMAD BIN CHE MUDA 79. KASAMANATI BIN JAAFAR 80. SHARIFAH NUR IZATUL BINTI SYED HIZAM 81. MOHD RUHADI BIN MD NOOR 82. RIZALUDDIN BIN JAMALUDIN 83. MAZATUL ADZFIFI BIN ABDUL RASHID 84. NORASHIDALAILA BINTI MOHD GANI 85. MUHAMMAD ZAKI BIN SEMAN 86. YUSRI BIN JAMIL 87. NUR ASHIKIN BINTI ADNAN 88. MUHAMMAD RIDZUAN BIN ABDULLAH MUZAFAR SHAH 89. SHAHIZAH BINTI ZULKIPLI 90. MOHD FARID IZZAYAD BIN ZAINUDIN 91. MAT ZAID BIN MD ZAIN 11
92. MOHD ESWANDI BIN MOHD SALLEH 93. ZAITHOON BEEVI BT BAWA BHARUDDIN 94. NURFAIZATUL SAFURA BINTI MAAN 95. IRWAN BIN ALIAS 96. NUR IZZATI BINTI HALIM 97. VIRDA ARIZA 98. NUR AZIZAH BINTI ABDUL HAMID 99. SITI ZALIYA BINTI ZAKARIA 100. MOHD REDZAUDIN BIN HUSAIN 101. NOOR HASYIDAH BINTI AHMAD 102. NUR MAISARAH BINTI SHOHAR 103. ROSMINI BINTI GHAZALI 104. HILNA BINTI AMAT 105. SITI FAIROS BINTI ABD RAMAN 106. FADHILAH BINTI OSMAN 107. SURAIZA BINTI MOHD IDRIS 108. MAZITA WATY BINTI SULIMAN 109. ZAIDAH BINTI MOHD TAHIR 110. ZAHARUDIN BIN JAMALUDIN 111. MOHD FARHAN BIN MOHD PUAAT 112. JASMALINA BINTI JAMALUDIN 113. SABARINA BINTI BAKAR 114. NORSYUTI BINTI CHE HAWA 115. KHAIRUL ANUAR BIN ZAMANI 116. NURSHAZILA BINTI DOL MADZLI 117. NOR AZIZAH BINTI ABD HAMID 118. UMMI NADIAH BINTI MD SABRI 119. WAN ZANARIAH BINTI WAN MAMAT ALI 120. MULIANA BINTI MOHIMIN 121. MOHD ARAHADI BIN MD. NOOR 122. SYAHRUL AZHAN BIN SIDIN 123. HUSNA BINTI ZAINAL 124. NUR AZMA BINTI MORDIN 125. NIK MAZNAH BINTI MOHAMAD 126. SYARINA BINTI JAMALUDDIN 127. HAFISYAHNABILA BINTI MD RAWI 128. MOHD AMINUDDIN BIN ARIFIN 129. MOHD IZWAN FAZMIZIE BIN IBRAHIM 130. HEMALATHA PERIASAMY 131. SALMIAH BINTI HARIS 132. NURUL WAHIDA BINTI MOHD RADHI 133. MUHAMMAD BIN CHE MUDA 134. SYAHRIL BIN MOHD IDRIS 135. HAYATUL KHAIRIAH BINTI HASSIM 136. MOHD RAZIMAN BIN RADZI 137. SYAHIDA BINTI SHAID 138. NORRINA BINTI ABU HASSAN 139. UMMI NADIAH BINTI MD SABRI 140. FADHILAH BINTI OSMAN 141. MUHAMAD SHARIL BIN ABDUL HAMID 142. SITI ASIAH BINTI MOHAMED @ HASSAN 12
143. ZULHILMI BIN MOHD NOOR 144. RAHIMAH BINTI ABU JASMAN 145. MUHAMMAD RIDHWAN BIN MD SHARIF 146. ADNAN BIN TEH HASSAN TIDAK HADIR BERSEBAB: PN. ROSMAH BINTI OTHMAN CUTI BERSALIN PN. KASTURI A/P ARUMUGAM CUTI SAKIT EN. AFANDI BIN CHE ALI CUTI SAKIT PN. NORRIHAN BINTI JALALUDDIN CUTI TANPA GAJI PN. POORNA A/P KUNABALAN CUTI SAKIT PN. NURUDA BINTI MOHAMED POOL 13
1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Ucapan Penasihat PIBG 1.1.1 Puan Saudah binti Osman selaku penasihat PIBG mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 SK Seksyen 2 Bandar Kinrara, Puchong. Tindakan: Makluman 1.1.2 Penasihat mengalu-alukan kehadiran perasmi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 iaitu Tuan Mohd Azmi bin Jusoh, Pegawai Khas kepada YB Datuk Seri Mohamad bin Sabu dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG. Tindakan: Makluman 1.1.3 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang berkorban masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 ini. Tindakan: Makluman 1.1.4 Penasihat menzahirkan rasa gembira dan syukur kerana guru-guru banyak membantu dalam persediaan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-22 sehingga bertugas ke lewat malam bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG. Tindakan: Makluman 1.1.5 Penasihat menyatakan selama 1 tahun 9 bulan beliau telah berada di Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara (SAKSEED) dan merupakan rezeki beliau untuk bersama dengan murid-murid SAKSEED dari Prasekolah hingga ke Tahun 6. Tindakan: Makluman 1.1.6 Tugas seorang guru bukan hanya mengajar dan mendidik murid-murid SAKSEED menjadi manusia yang berguna malahan baik dari segi sahsiah juga. Murid-murid diharap dapat menerima ilmu daripada guru-guru SAKSEED yang hebat. Tindakan: Makluman 1.1.7 Sebelum ini keadaan cuaca yang panas menyukarkan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah dijalankan. Namun, setelah mendapat kebenaran daripada KPM, sekolah telah menjalankan aktiviti luar bilik darjah yang pertama iaitu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah pada hari Jumaat bersamaan 23 Jun 2023. Tindakan: Makluman 1.1.8 Beberapa pertandingan peringkat MSSD akan dijalankan bermula bulan Julai secara serentak dan akan mengganggu pembelajaran murid-murid SAKSEED kerana guru-guru terlibat perlu melatih murid untuk kejohanan dan pada masa yang sama perlu menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Tindakan: Makluman 1.1.9 Penasihat berharap ibu bapa tahu dan faham bahawa niat guru adalah untuk mendidik murid di sekolah. Oleh itu, penasihat mohon kerjasama ibu bapa untuk sama-sama membantu mendidik anak-anak di rumah kerana didikan awal bermula daripada ibu bapa dan guru-guru hanya menyambung dan menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid. Tindakan: Makluman 14
1.1.10 Anak-anak akan menjadi anak-anak yang patuh dan faham dengan situasi ibu bapanya dan secara tidak langsung akan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi manusia yang berguna. Semoga kerjasama antara ibu bapa dan guru dapat memberikan pengajaran dan pembelajaran yang baik untuk anak-anak SAKSEED. Tindakan: Makluman 1.1.11 Penasihat berharap dengan kehadiran perasmi ada membawa sesuatu untuk pembangunan sekolah. Tindakan: Makluman 1.1.12 Penasihat memohon maaf kepada ibu bapa murid Tahap 1 kerana anak-anak balik sekolah pada hari Jumaat, 23 Jun 2023 dalam keadaan basah kuyup kerana berlaku kebanjiran di Dewan Nur Muhammad yang mengalami masalah bumbung. Namun, pihak sekolah mengambil langkah berjaga-jaga supaya dapat mengelakkan kemalangan berlaku. Tindakan: Makluman 1.2 Ucapan YDP PIBG 1.2.1 Tuan Hj. Hasni bin Jusoh, YDP PIBG memanjatkan rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat bertemu dan berkumpul bersama warga SAKSEED pada pagi ini dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SAKSEED Kali Ke-22. Tindakan: Makluman 1.2.2 YDP PIBG menyatakan bahawa SAKSEED telah berusia 22 tahun seumpama usia anak remaja yang masih memerlukan bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Tindakan: Makluman 1.2.3 Tuan YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SAKSEED Kali Ke-22 dan berterima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir. Tindakan: Makluman 1.2.4 Tuan YDP PIBG menyatakan Dewan Nur Muhammad telah kebanjiran sehingga hampir mencecah lantai surau. Ini disebabkan oleh air yang melimpah dari ’gutter’ yang tidak dapat menampung air yang banyak daripada hujan lebat yang turun. Tindakan: Makluman 1.2.5 Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG merupakan satu medium permuafakatan yang penting bagi semua pemegang tahun iaitu ibu bapa, guru-guru dan komuniti setempat demi kecemerlangan murid. Perbincangan, perbahasan dan pertukaran fikiran dalam mesyuarat harus dijalankan dalam keadaaan terkawal. Tindakan: Makluman 1.2.6 Ibu bapa yang hadir ke mesyuarat ini ialah ibu bapa yang prihatin untuk melihat sejauh mana bantuan yang dapat dihulurkan kepada pihak sekolah demi memastikan kecemerlangan anak-anak. Tindakan: Makluman 1.2.7 Tuan YDP PIBG mohon kerjasama ibu bapa untuk sentiasa berkomunikasi dengan pihak sekolah dan dengan ibu bapa yang lain supaya tidak berlaku ketidaksefahaman antara kedua-dua belah pihak. Anak-anak akan menjadi mangsa apabila wujud ketidaksefahaman ini. Demi kemaslahatan anak-anak setiap masalah perlu diatasi bersama-sama. Tindakan: Makluman 15
1.2.8 Kecemerlangan anak-anak adalah hasrat utama bagi ibu bapa dan pihak sekolah. AJK PIBG selalu berbincang, berbahas, mencabar dan mencadangkan kepada pihak sekolah agar sama-sama dapat mencungkil bakat dan mengeluarkan kebolehan yang luar daripada pemikiran biasa yang ada pada diri murid. Guru boleh menggunakan apa jua cara yang ada supaya murid berupaya menunjukkan bakat mereka bukan sahaja dalam sekolah bahkan di luar sekolah juga kerana keadaan di luar amat mencabar. Tindakan: Makluman 1.2.9 Justeru itu, kita ingin melahirkan murid yang cemerlang secara holistik iaitu kekuatan jasmani, kestabilan emosi, kekukuhan rohani, kematangan intelektual dan kemurnian akhlak. Tindakan: Makluman 1.2.10 Hubungan ibu bapa dan anak semakin renggang, kurang masa bersama anak dan anak terlalu banyak habiskan masa dengan gajet menyebabkan emosi anak-anak semakin rapuh. Tuan YDP PIBG mohon ibu bapa ambil cakna tentang anak-anak kerana watak anak-anak di rumah dan di sekolah berbeza. Kadang kala anak-anak tidak menceritakan sepenuhnya apa yang berlaku di sekolah. Ibu bapa perlu ambil jalan tengah perdamaian jika berlaku pergaduhan antara anak-anak dan tidak hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Tindakan: Makluman 1.2.11SAKSEED perlu berdaya saing dengan sekolah-sekolah lain. Oleh itu, ahli PIBG perlu mengambil peranan dengan memberi sumbangan dalam bentuk kewangan, kepakaran, idea dan rangkaian jaringan dengan pihak luar supaya pihak sekolah dapat menjalankan program-program demi kecemerlangan murid. Tindakan: Makluman 1.2.12Sumbangan PIBG tahun 2022 hanya menerima 10% sumbangan daripada ibu bapa yang menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat dilaksanakan. Tindakan: Makluman 1.2.13 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada AJK ibu bapa dan guru yang dilantik pada tahun 2022 serta pentadbir yang banyak menyumbang dalam program sekolah tahun lepas. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan (nama dirahsiakan) yang telah menyumbang bagi membolehkan PIBG menukarkan 5 tandas cangkung kepada tandas duduk untuk kegunaan murid. Terima kasih juga kepada ibu bapa dan individu-individu yang menyumbang hadiah cabutan bertuah hari ini. Tindakan: Makluman 1.2.14 Anak-anak merupakan pewaris masa depan, pewaris kepimpinan, peneraju ekonomi, pencipta ilmu dan teknologi, ejen perpaduan dan perubahan dan sumber modal insan kepada negara. Anak-anak juga merupakan harapan dan aset untuk meneruskan delegasi kita. Justeru itu, kita ingin mereka berada dalam kelompok yang berdaya saing dan terus cemerlang. Tindakan: Makluman 1.2.15 Anak-anak adalah harapan pada masa hari tua kita. Mereka diharapkan dapat membesar dengan penuh keilmuan, menjadi insan berkualiti, mempunyai jati diri, menjadi warganegara bermaruah dan berintegriti, menjadi anak soleh dan solehah, insan yang kamil, syamil dan syafil iaitu bersifat unggul, menyeluruh dan memberi inspirasi kepada orang lain. Tindakan: Makluman 16
1.2.16 Tuan YDP PIBG berharap ibu bapa dan pihak sekolah dapat bersama-sama berganding bahu berpadu tenaga untuk merealisasikan cita-cita melihat anak-anak capai kecemerlangan. Sebenarnya tiada halangan tetapi hanyalah sedikit cabaran dan tiada masalah sebenarnya tetapi hakikatnya itulah peluang. Tindakan: Makluman 1.2.17 Semoga Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ini dapat menghasilkan sesuatu yang hebat untuk kita semua. Tindakan: Makluman 1.2.18 Tuan YDP PIBG meminta semua pihak bersedia dengan maklumat yang diperlukan untuk memulakan mesyuarat dan menyemak kehadiran masing-masing pada mesyuarat agung yang lepas untuk tujuan pengesahan minit mesyuarat. Tindakan: Makluman 1.2.19 Tuan YDP PIBG memaklumkan semua pihak bahawa sebarang cadangan atau usul yang bertentangan dengan polisi Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dapat dilaksanakan oleh pihak sekolah. Tindakan: Makluman 1.3 Ucapan PERASMI 1.3.1 Tuan Mohd Azmi bin Jusoh, Pegawai Khas kepada YB Datuk Seri Mohamad bin Sabu mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput beliau mewakili YB untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-22. Tindakan: Makluman 1.3.2 Beliau menyatakan bahawa sesebuah sekolah itu adalah sekolah kita kerana kita meletakkan anak-anak di sekolah 6 jam sehari atau 5 hari seminggu dan percaya bahawa anak-anak di sekolah adalah di bawah tanggungjawab guru. Setiap guru mempunyai cara berbeza menjaga murid-muridnya. Tindakan: Makluman 1.3.3 Beliau juga menyatakan sekolah ini adalah sekolah terbaik untuk anak-anak. Oleh itu, ibu bapa diingatkan untuk sentiasa berkomunikasi dengan guru terutamanya apabila dipanggil untuk hadir ke sekolah. Tindakan: Makluman 1.3.4 Ibu bapa perlu meminta kebenaran dengan pihak sekolah melalui guru apabila ingin menggunakan kepakaran yang ada untuk membantu sekolah. Tindakan: Makluman 1.3.5 Ibu bapa bolehlah menyumbang tenaga dan masa jika tidak dapat menyumbang dalam bentuk kewangan. Tindakan: Makluman 1.3.6 Beliau menjelaskan bahawa sesebuah sekolah sukar untuk menjalankan aktiviti sekiranya tabung PIBG hanya mempunyai 10% kutipan daripada jumlah ibu bapa yang ada di sekolah. Ini berlaku apabila ibu bapa tidak mengambil berat untuk memastikan anak dapat belajar dalam keadaan sempurna. Tindakan: Makluman 17
1.3.7 Berbeza dengan PIBG Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina di mana kehadiran mesyuarat yang penuh kerana mereka ingin memastikan anak-anak hadir ke sekolah untuk belajar. Mereka percaya bahawa tanpa pelajaran anak-anak mereka mudah terdedah dengan kumpulan gangster. Tindakan: Makluman 1.3.8 Ibu bapa perlu tahu bahawa anak-anak mempunyai perasaan. Ibu bapa diingatkan jangan memandang rendah dengan anak-anak yang tidak cemerlang dalam pelajaran tetapi membantu mereka fahami konsep kehidupan dan tanggungjawab terhadap ibu bapa. Tindakan: Makluman 1.3.9 Ibu bapa boleh membantu pihak sekolah dari segi prasarana yang kondusif supaya anak-anak dapat pendidikan yang sempurna. Semasa anak-anak masih di sekolahlah kita dapat membantu sesuatu untuk pembangunan generasi masa depan. Tindakan: Makluman 1.3.10 Beliau menyatakan akan membantu pihak sekolah menyampaikan permohonan sekolah kepada ahli Parlimen Subang. Tindakan: Makluman 1.3.11 Beliau menyerahkan cek daripada YB Parlimen Kota Raja yang bernilai RM2000 kepada YDP PIBG untuk pembangunan sekolah. Tindakan: Makluman 1.3.12 Beliau mendoakan agar sekolah sentiasa dalam keadaan selamat dan murid seronok hadir ke sekolah. Beliau berharap murid-murid dapat belajar dengan cemerlang, guru-guru seronok bekerja dan ibu bapa dapat menghantar anak-anak ke sekolah dengan selamat dan gembira. Tindakan: Makluman 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 2.1 Tuan YDP PIBG, Tn. Hj. Hasni bin Jusoh membentang Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-21 seperti yang diedarkan dalam buku program. 2.2 Encik Parameswaran a/l Raja Gopal mencadangkan agar Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-21 disahkan dan disokong oleh Pn. Norrina Binti Abu Hassan. 3. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN SESI 2022 3.1 Cik Siti Nur Aisyah bt Abdul Rahim selaku bendahari PIBG membentangkan Laporan Tahunan PIBG Kali Ke-21. 3.2 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima laporan kewangan tahun 2022. 4. MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 4.1 Cik Siti Nur Aisyah binti Abdul Rahim selaku bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022. Tindakan: Makluman 18
PERINCIAN PERBELANJAAN 2022 (BAGI TEMPOH 1 JAN - 31 DISEMBER 2022) DALAM RINGGIT MALAYSIA (RM) Amaun bermula 0000 hrs 1 Januari 2022 termasuk akaun tumpang/ kontra: 28,550.59 Amaun akaun tumpang/kontra bermula 1 Januari 2022: 140.00 Amaun akaun amal bermula 1 Januari 2022: 6,849.50 Nett Amaun kewangan PIBG bermula 0000 hrs 1 Januari 2022 (iaitu tolak amaun akaun tumpang/kontra) : Amaun Perolehan PIBG 1 Januari 2022 - 31 Disember 2022 (tidak termasuk akaun tumpang dan akaun amal): 1) PERBELANJAAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK & KECEMERLANGAN Jumlah 0.00 2) HAL EHWAL MURID [KEMENJADIAN, AKHLAK DAN PERIBADI MURID] SUMBANGAN PARLIMEN SUBANG KPD 30 ORANG MURID 3,000.00 Jumlah 3,000.00 3) KOKURIKULUM [SUKAN, PERSATUAN, KO-AKADEMIK DLL] SUMBANGAN KEM KEPIMPINAN 500.00 SUMBANGAN HARI SUKAN 3,000.00 SUMBANGAN KASUT SPIKE 100.00 SUMBANGAN HARI SUKAN ( KUTIPAN DARI IBUBAPA) 1,150.00 BAYARAN VAN DAN BAS (Program Malaysia book of record most participants in a Irama Malaysia performance) 1,390.00 SUMBANGAN PIALA RAJA MUDA BOLA SEPAK 3,340.00 SUMBANGAN PERKHEMAHAN 2,020.00 Jumlah 11,500.00 4) PRASARANA & PROJEK FIZIKAL (3K - KESELAMATAN,KESIHATAN & KONDUSIF) TONG RORO (4 TONG ANGKAT SAMPAH) 1,100.00 LAMPU DI GUARD HOUSE 250.00 TONG RORO (TRIP ANGKAT SAMPAH POKOK DAN DAUN) 280.00 TONG RORO (TRIP ANGKAT SAMPAH) DAN BAIKI LAMPU DALAM BILIK DARJAH 829.70 SUMBANGAN BILIK SUKAN 1,000.00 TONG RORO (ANGKAT SAMPAH) DAN TEBANG POKOK 550.00 BAIKI BUMBUNG SEKOLAH 1,050.00 BAIKI PINTU BILIK PJ 400.00 BAYARAN BAIKI LAMPU DAN KIPAS 700.00 TONG RORO DAN PEKERJA (PEMBERSIHAN SAMPAH POKOK) 500.00 BAYARAN SEWERAGE 800.00 PROJEK MESRA RAKYAT DEPOSIT SUSUR GAJAH (30/5/2022) 9,000.00 BAYARAN KEDUA SUSUR GAJAH (24/6/2022) 12,000.00 BAYARAN KETIGA SUSUR GAJAH (20/7/2022) 6,000.00 BAYARAN AKHIR SUSUR GAJAH (1/9/2022) 3,000.00 Jumlah 37,459.70 19
5) PERBELANJAAN PIBG [PELAKSANAAN PROGRAM] SAGUHATI PERPINDAHAN CIKGU REDZUAN 200.00 SAGUHATI PERPINDAHAN CIKGU SITI NURBAYA 200.00 MAKAN MESYUARAT PIBG 12/2/2022 (20 PAX) 140.00 SUMBANGAN MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 2,000.00 SUMBANGAN TRANSISI TAHUN 1 300.00 SUMBANGAN DUIT RAYA DARI IBUBAPA (IHYA' RAMADHAN) 4,640.00 MAT PIBG (BANNER, MAKANAN, CENDERAMATA) 2,055.00 SUMBANGAN MAJLIS HARI GURU PPD 200.00 SUMBANGAN MAJLIS PERSARAAN PN MAANILA 400.00 SUMBANGAN HARI KANAK-KANAK (CHEQUE RETURNED) 2,000.00 SUMBANGAN HARI KANAK-KANAK 2,000.00 REFUND SUMBANGAN PIBG 80.00 CHEQUE SERVICE CHARGE 17.50 Jumlah 14,232.50 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN PIBG SEPANJANG 2022 66,192.2 Nett amaun kewangan PIBG sehingga 31 DISEMBER 2022 : RM28,348.89 PERBELANJAAN AKAUN TUMPANG/KONTRA*: Amaun akaun tumpang/kontra bermula 0000 hrs 1 Januari 2022: 140.00 Amaun Perolehan untuk akaun tumpang / kontra 1 Januari 2022 - 31 DISEMBER 2022: 11,500.00 6) AKAUN TUMPANG/KONTRA SUMBANGAN SURAU 140.00 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN AKAUN TUMPANG SEHINGGA 31 DISEMBER 2019 140.00 Nett Akaun Tumpang/kontra bermula 0000 hrs 1 Januari 2023: 11,500.00 PERBELANJAAN AKAUN TABUNG AMAL SAKSEED*: Amaun akaun tumpang/kontra bermula 0000 hrs 1 Januari 2022: 6,849.50 Amaun Perolehan untuk akaun tumpang / kontra 1 Julai 2022 - 31 DISEMBER 2022: 4,000.00 6) AKAUN AMAL SUMBANGAN BANJIR PKKO 300.00 CHEQUE SERVICE CHARGE 0.50 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN AKAUN TUMPANG SEHINGGA 31 DISEMBER 2022 300.50 Nett Akaun Amal bermula 0000 hrs 1 Januari 2023: 10,549.00 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN SEPERTI DALAM PENYATA KEWANGAN 66,632.7 *Akaun tumpang melibatkan wang zakat, wang infaq, unit bimbingan dan kaunseling, serta termasuk kontra 'pinjam dan bayar balik bila peruntukan kerajaan tiba' e.g. BRIM 4.2 Bendahari menerangkan tiada perbelanjaan bagi program peningkatan akademik dan kecemerlangan. Tindakan : Makluman 4.3 Bendahari menerangkan pihak sekolah telah menerima sumbangan daripada Parlimen Subang untuk 30 murid asnaf sebanyak RM3000.00 Tindakan : Makluman 20
4.4 YDP PIBG, Tn Hj. Hasni menjelaskan banyak program sekolah tidak dapat dijalankan kerana ibu bapa kurang menyumbang dalam tabung PIBG. Tindakan : Makluman 4.5 Tuan YDP memaklumkan bahawa perbelanjaan untuk tujuan peningkatan akademik pelajar di peringkat sekolah adalah merupakan program berkala dan sentiasa menjadi keutamaan pihak PIBG dan pengurusan sekolah. Tindakan : Makluman 4.6 Tabung Amal diwujudkan untuk tujuan membantu murid-murid SAKSEED yang memerlukan bantuan seperti anak-anak yang kehilangan ibu bapa dan hanya digunakan pada masa yang diperlukan. Jumlah wang yang terkumpul dan yang dikeluarkan mesti dinyatakan dengan jelas dan terperinci. Tindakan : Makluman 4.7 Pn. Maizatulazma binti Yusof mencadangkan mesyuarat menerima penyata kewangan untuk disahkan. Pn. Muliana binti Mohimin menyokong penyata kewangan untuk disahkan. Tindakan : Makluman 5. USUL MESYUARAT PIBG 5. 1 UNIT KURIKULUM 5.1.1 Puan Farah Hazwani mencadangkan agar buku murid disemak dengan kerap serta mencadangkan agar murid diberikan peluang untuk ke hadapan. Penolong Kanan Pentadbiran, En Mohd Fareez memaklumkan bahawa jadual penyemakan buku telah disediakan dan guru akan menyemak buku murid mengikut jadual yang telah disusun. Seterusnya, pihak sekolah sentiasa membuka peluang kepada murid untuk ke hadapan tanpa mengira bangsa dan agama. Tindakan: Pentadbir dan semua guru 5.1.2 Pn. Lina mencadangkan supaya buku tulis tidak digunakan dan hanya menggunakan buku aktiviti sepenuhnya di dalam kelas. Tuan YDP PIBG memaklumkan bahawa penggunaan buku tulis adalah wajib bagi setiap murid. Buku tulis yang tidak habis digunakan pada tahun semasa boleh digunakan pada tahun berikutnya. Pihak pentadbiran sekolah juga ambil maklum berkaitan usul ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Tindakan: Pentadbir sekolah 5.1.3 Puan Lina mencadangkan supaya guru-guru setiap mata pelajaran memantau anak murid yang lambat menulis untuk menyiapkan kerja dan sentiasa menyemak buku murid. Beliau juga meminta guru mata pelajaran menghantar kerja sekolah yang tidak disiapkan oleh murid dalam group Whatsapp. Di samping itu, pihak pengurusan sekolah perlu mewujudkan kelas peralihan bagi membantu murid yang masih lemah dalam bacaan dan penulisan. Tuan YDP PIBG menjelaskan bahawa guru sememangnya sentiasa memantau perkembangan pembelajaran murid dan sentiasa menyemak kerja murid secara berterusan. Namun begitu, terdapat murid yang sengaja tidak menghantar buku latihan untuk disemak oleh guru dan juga ada yang tidak hadir semasa guru mengumpul buku latihan untuk disemak. 21
Penghantaran kerja murid yang tidak disiapkan dalam group Whatsapp perlu mengambil kira kesesuaian masa dan pendekatan yang dirasakan lebih wajar oleh guru-guru. Justeru itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan untuk memantau kerja rumah anak-anak. Kelas peralihan tidak boleh diwujudkan di sekolah rendah. Hanya kelas pemulihan sahaja yang dibenarkan mengikut polisi KPM. Tindakan: Pentadbir, semua guru dan semua ibubapa 5.1.4 Puan Nurhidaya binti Soriadi mencadangkan agar pusat sumber/pinjaman buku tidak perlu dikenakan bayaran. YDP Pibg, Tn. Hasni bin Jusoh menerangkan bahawa pusat sumber sekolah masih dalam proses penyelenggaraan. Tambahan lagi, bayaran yang dibayar adalah untuk tujuan penyelenggaraan pusat sumber sekolah. Tindakan: Pentadbir, semua guru dan semua ibu bapa 5.1.5 Pn. Nurul Wahida binti Mohd Radhi mencadangkan penggunaan medium google classroom atau yang bersesuaian untuk memasukkan latihan yang diajar supaya murid yang tidak sempat untuk menyalin dapat menyiapkan tugasan tersebut di rumah. Dalam masa yang sama dapat membantu ibu bapa menyemak buku anak-anak mengetahui apa yang dipelajari oleh anak-anak di sekolah. Tuan YDP PIBG memaklumkan guru mengalami kekangan masa untuk memasukkan bahan pembelajaran ke dalam Google Classroom. Tambahan pula, tiada arahan daripada Kementerian Pendidikan untuk murid belajar secara atas talian. Beliau turut menegaskan pembelajaran bersemuka adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran atas talian. Tindakan: Pentadbir sekolah 5.1.6 Puan Sharifah Mastura binti Syed Mehdzar mencadangkan supaya diberikan kelonggaran waktu untuk murid Islam menunaikan solat di surau dan menjadikan waktu solat sebahagian daripada jaduan harian murid Islam bagi tujuan pendidikan. Sekiranya tidak dapat diperuntukkan waktu khas untuk solat, pihak sekolah boleh memberikan peringatan kepada murid apabila masuk waktu solat. Tuan YDP PIBG menjelaskan pihak sekolah tidak dapat memperuntukkan waktu khas untuk murid Islam menunaikan solat secara serentak kerana akan mengambil masa PdPc. Murid dibenarkan untuk pergi bersolat di surau apabila masuk waktu tetapi bukan dalam kelompok yang besar secara berjemaah. Pas kebenaran keluar kelas turut diberi kepada murid untuk tujuan pemantauan. Tindakan: Pentadbir dan semua guru 5.1.7 Encik Taufik Hidayat mencadangkan supaya mewujudkan kelas DLP. Tuan YDP PIBG menerangkan bahawa kelas DLP mempunyai kekangan dari sudut tenaga pengajar DLP dan juga keupayaan semasa murid sekolah. Tindakan: Pentadbir dan semua guru 5.1.8 En. Khairul Anwar bin Zamani mencadangkan supaya diadakan semula kelas tambahan bagi membantu murid yang lemah dalam pelajaran. Pihak pentadbiran sekolah memaklumkan untuk mengadakan kelas tambahan bergantung kepada keupayaan guru untuk mengajar. Pihak sekolah juga menggalakkan murid untuk menyertai kelas tambahan yang disediakan oleh pihak swasta. Tindakan: Makluman 5.1.9 Puan. Suriyana binti Ahmad Jalil meminta guru untuk berkongsi kerja sekolah dalam Whatsapp atau Telegram kerana ada sesetengah murid yang tidak sempat menyiapkan kerja di sekolah. 22
Tuan YDP PIBG menjelaskan murid digalakkan untuk mencatat kerja rumah yang diberikan guru dalam buku catatan mereka. Ini dapat melatih mereka untuk cakna akan tugasan yang perlu mereka siapkan dan melatih mereka berdikari. Tindakan: Pentadbir, semua guru dan semua ibu bapa 5.1.10 Encik Mohd Nur Azam bin Mohd Hanafiah mencadangkan agar penggunaan buku aktiviti murid dapat digunakan sepenuhnya sehingga akhir tahun kerana didapati banyak kekosongan yang tidak digunakan oleh murid dengan alasan guru tidak membenarkan murid membuat Latihan tanpa disuruh. Beliau juga mencadangkan agar untuk mewujudkan study group dalam kalangan murid tahun 6 atau program mentor mentee. YDP PIBG, Tn. Hasni bin Jusoh memaklumkan bahawa pihak panitia sekolah mengambil maklum akan perkara tersebut. Beliau juga menjelaskan bahawa ibu bapa memainkan peranan untuk melaksanakan study group. Tambahan lagi, pihak sekolah telah melaksanakan program mentor mentee bagi membantu murid yang berkenaan. Tindakan: Pentadbir, semua guru dan semua ibu bapa 5.1.11 Pn. Najihah Najwa binti Ab Jamil mengutarakan persoalan berkaitan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah pada hari pertama persekolahan. Guru Besar menegaskan pendirian beliau untuk tidak membenarkan ibu bapa berada bersama anak mereka pada hari pertama persekolahan. Ini bertujuan melatih murid berkeyakinan diri dan membolehkan mereka berdikari apabila memasuki alam persekolahan. Selain itu, disiplin murid dan kesesakan dalam kawasan sekolah juga dapat dikawal. Tindakan: Semua ibu bapa Pn. Najihah Najwa binti Ab Jamil turut bertanya berkaitan penggunaan buku tulis amat sedikit. Tuan YDP PIBG memaklumkan buku tulis kurang digunakan kerana guru juga menggunakan buku aktiviti di dalam kelas. Tindakan: Semua guru dan semua ibu bapa 5.1.12 Puan Roslinda binti Mohamed Ali mengusulkan agar pihak sekolah mengadakan kelas tambahan pada hari Sabtu dan Ahad. Tuan YDP PIBG menjelaskan bahawa sehingga kini dirasakan tiada keperluan mendesak untuk melaksanakan kelas tambahan ini kerana tiada peperiksaan besar yang perlu diduduki oleh murid-murid seperti tahun-tahun terdahulu. Tindakan: Pentadbir, semua guru dan semua ibu bapa 5.1.13 Puan Nor Aziah binti Ahmad mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan platform bersemuka atau online untuk ibu bapa berbincang dengan setiap guru subjek setiap kali peperiksaan. Tuan YDP PIBG memaklumkan bahawa perkara tersebut akan dipertimbangkan dengan mengambil kira situasi semasa. Tindakan: Pentadbir dan semua guru 5.1.14 En. Zaharudin bin Jamaludin mencadangkan untuk mengurangkan berat beg dengan tidak membawa kesemua buku bagi satu subjek Tuan YDP PIBG memaklumkan pihak Kementerian telah menyediakan loker bagi murid tahun 1 dan 2. Manakala bagi tahun 3 hingga tahun 6, beliau mencadangkan ibu bapa untuk menyewa loker daripada pihak swasta. Ibu bapa juga boleh membantu murid untuk menyusun buku mengikut jadual bagi mengurangkan berat buku yang dibawa ke sekolah. Tindakan: Pentadbir dan semua ibu bapa 23
5.1.15 Eswari Raman mencadangkan diwujudkan kelas dwibahasa di sekolah. YDP PIBG menjelaskan semasa di sekolah murid-murid sebenarnya telah didedahkan dengan pelbagai bahasa yang boleh mereka pelajari sama ada secara formal atau tidak formal. Murid-murid perlu mengambil peluang dan inisiatif untuk memperkayakan penguasaan bahasa mereka contohnya melalui pergaulan dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tindakan: Pentadbir, semua guru, ibu bapa dan murid 5.1.16 Puan Kau Selia Devi A/P Balakrishnan mencadangkan agar ibu bapa memberikan kerjasama untuk membuat bayaran dari masa ke semasa mengikut keperluan program Tahun 6. Jawatankuasa kecemerlangan Tahun 6 akan melaksanakan beberapa program khas untuk murid Tahun 6 sesi akademik 2023/2024. Cadangan ini dipersetujui oleh semua ibu bapa yang hadir. Tindakan: Penyelaras Tahun 6 dan semua ibu bapa 5.1.17 Pn. Norsyuti binti Che Awang mencadangkan supaya pihak sekolah mewujudkan semula peperiksaan bagi menilai tahap pembelajaran anak. Tuan YDP PIBG memaklumkan ada ujian di peringkat sekolah bagi murid tahap 2. Tindakan: PK Pentadbiran 5.2 UNIT HAL EHWAL MURID 5.2.1 Puan Siti Hajar binti Jamaludin mencadangkan supaya pihak sekolah menangani isu murid yang tidak makan disebabkan masalah kewangan. Beliau turut mencadangkan agar pihak sekolah memberikan taklimat mengenai RMT secara bersemuka ataupun melalui whatsapp. Selain itu, beliau juga mencadangkan agar pihak sekolah menggunakan khidmat RELA bagi menangani masalah kesesakan jalan semasa menghantar dan mengambil anak di sekolah. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Kamaruzzaman menerangkan bahawa pemilihan murid RMT adalah tertakluk kepada pendapatan per kapita iaitu sebanyak RM 310 sekeluarga. Tambahan lagi, data pendapatan per kapita diperoleh dari laman APDM menerusi maklumat yang telah dikemaskini oleh pihak ibu bapa. Oleh itu, beliau mengingatkan bahawa ibu bapa perlu sentiasa mengemaskini maklumat pendapatan serta tanggungan bagi mengelakkan keciciran. Beliau menjelaskan bahawa setiap keluarga perlu menyatakan pendapatan bulanan keluarga yang merupakan sumber kewangan bagi setiap keluarga. Seterusnya YDP PIBG memaklumkan bahawa perkhidmatan RELA memerlukan kos sebanyak RM11400 setahun. Justeru, beliau meminta kerjasama semua ibu bapa untuk saling bertimbang rasa antara satu sama lain semasa menghantar dan mengambil anak di sekolah. Tindakan: Pentadbir, semua guru dan semua ibu bapa 5.2.2 Pn. Siti Hajar binti Jamaludin menyatakan berkaitan kekurangan bekalan buku latihan di kedai buku sekolah. Tuan YDP PIBG memaklumkan isu kekurangan buku latihan di kedai buku disebabkan kekurangan stok kerana pembekalan buku-buku latihan melibatkan banyak sekolah. Pihak sekolah akan mengambil tindakan sewajarnya dari masa ke semasa. Tindakan: PK HEM 5.2.3 Encik Mohd Izwan Fazmizie bin Ibrahim mengusulkan agar diberikan kelonggaran untuk membawa masuk kenderaan dengan diiringi oleh pengawal sekolah untuk mengambil anak yang tidak sihat. Tuan YDP PIBG, Tuan Hj. Hasni bin Jusoh memaklumkan bahawa kebenaran membawa masuk kenderaan tertakluk bagi kes-kes tertentu untuk memastikan keselamatan warga sekolah terjamin. Tindakan : Pentadbir dan semua ibu bapa 24
5.2.4 Encik Mohd Izwan Fazmizie bin Ibrahim mencadangkan agar ibu bapa tidak menghalang laluan murid untuk keluar. Tuan YDP PIBG meminta agar semua ibu bapa memberikan kerjasama supaya tidak berlaku kesesakan di luar kawasan sekolah. Tindakan: Semua ibu bapa 5.2.5 Pn. Farizatul Akma binti Ismail mencadangkan agar pihak sekolah mewujudkan loceng di sekolah sebagai penanda waktu rehat dan waktu balik. Pihak pentadbiran sekolah memaklumkan akan melaksanakan penggunaan loceng di sekolah. Tindakan: Pentadbir sekolah 5.2.6 En. Zahrulail bin Musa menyatakan bahawa tandas murid agak kotor. Beliau menyarankan agar murid-murid memupuk sikap cintakan tandas dengan menjaga kebersihan tandas. Tuan YDP PIBG menyatakan pihak sekolah telah menyediakan jadual pembersihan sebanyak empat kali sehari dan pemantauan berterusan dilakukan oleh AJK Unit Kebersihan Sekolah dan semua pentadbir. Ibu bapa dan penjaga juga diingatkan agar sentiasa menasihati murid-murid untuk menjaga kebersihan tandas selepas digunakan. Tindakan : Pentadbir, semua guru, semua ibu bapa 5.2.7 Puan Nurul Wahida binti Mohd Radhi mencadangkan agar pihak sekolah memastikan stok buku di kedai buku lengkap sebelum sesi persekolahan dibuka. Tambahan lagi, pihak sekolah perlu membuat perolehan untuk pembelian buku-buku tersebut dengan lebih awal jika proses tersebut memerlukan masa. Tuan YDP PIBG memaklumkan bahawa pihak sekolah dan pihak kedai buku mengambil maklum akan perkara tersebut. Tindakan: Pentadbir dan semua guru. 5.2.8 En. Syahrul Azhan bin Saidin mencadangkan supaya membanyakkan tandas duduk di sekolah. Pihak pentadbiran memaklumkan, untuk tahun 2023 PIBG sekolah telah menaik taraf 5 buah tandas cangkung kepada tandas duduk. Menjadikan jumlah tandas duduk 10 buah daripada 18 buah tandas murid. Tuan YDP PIBG juga mengalu-alukan tajaan ibu bapa bagi menanggung kos menyediakan tandas duduk untuk kegunaan murid. Tindakan: PIBG dan semua ibu bapa 5.2.9 En. Mohd Azfar bin Ramli mengusulkan agar keceriaan kantin dipertingkatkan lagi begitu juga kebersihan tandas perlu dijaga sentiasa dan perlu dibersihkan setiap tiga atau empat jam sekali serta dibaiki segala kerosakan. Tuan YDP PIBG, menyatakan bahawa Unit Kantin dan Kedai Buku merancang gotong-royong untuk menceriakan tandas dan kantin sekolah dengan cadangan menggantikan kerusi dan meja kantin yang kondusif melalui Program Infak daripada ibu bapa, penjaga atau agensi yang berminat. Tuan YDP PIBG mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa atau penjaga bagi merealisasikan hasrat ini. Tindakan: Pentadbir, semua guru, semua ibu bapa 5.2.10 Puan Shahizah binti Zulkipli mencadangkan agar mengadakan perjumpaan bulanan dengan guru kelas. Beliau juga mencadangkan agar tanda murid dinaiktaraf serta memasang CCTV di Kawasan dalam dan luar sekolah demi memastikan sekolah menjadi Kawasan yang selamat buat murid. YDP PIBG, Tn. Hasni bin Jusoh memaklumkan bahawa ibu bapa boleh membuat temu janji dengan guru kelas. Manakala untuk naik taraf tandas murid, pihak sekolah telah menaik taraf tandas untuk kegunaan murid. Manakala pemasangan CCTV juga memerlukan kos. Tindakan: Pentadbir, semua guru dan semua ibu bapa 25
5.2.11 Puan Nurul Dilla binti Mohamed mengusulkan cadangan agar semua murid memakai pelitup muka semasa berada di sekolah dan murid-murid tidak terdedah dengan cuaca panas yang melanda negara kini. Tuan YDP PIBG menyatakan bahawa pemakaian pelitup muka adalah digalakkan bagi kalangan warga sekolah berdasarkan Garis Panduan Pembukaan Sekolah 3.0. Pemakaian pelitup muka adalah digalakkan bagi yang mempunyai simptom batuk, selsema dan sakit tekak. Semua guru juga sentiasa mengingatkan murid-murid agar sentiasa minum air secukupnya dan mengelakkan berada di luar bangunan terlalu lama untuk mengelakkan strok haba. Tindakan : Pentadbir dan semua guru 5.2.12 Puan Syahida binti Shaid mencadangkan agar penambahan kelas dilakukan untuk memperkecilkan jumlah pelajar dalam sebuah kelas. Tuan YDP PIBG menjelaskan bahawa penambahan kelas dilakukan berdasarkan kelulusan dari KPM. Tindakan: Pentadbir sekolah 5.2.13 Pn. Nafhah Izzati binti Mohd Azam mencadangkan supaya pihak kantin mempelbagaikan jenis makanan yang dijual di kantin sekolah. Tuan YDP PIBG memaklumkan pihak sekolah tidak mempunyai kuasa untuk memberi arahan kepada pihak kantin menyediakan pelbagai jenis makanan kerana pihak kantin terikat dengan kontrak Bersama PPD. Beliau mencadangkan supaya murid membawa bekal dari rumah. Tindakan: Semua ibu bapa 5.2.14 Puan Farizatul Akma binti Ismail mengusulkan cadangan agar guru-guru memberikan amaran keras kepada murid-murid yang suka mengeluarkan kata-kata kesat dan mencarut sesama kawan di kelas kerana mengganggu emosi murid-murid yang menjadi mangsa. Guru juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa murid-murid tersebut sebagai amaran. Tuan YDP PIBG menyatakan bahawa guru sentiasa menasihati murid-murid agar menjaga tingkah laku dan sekiranya didapati melakukan kesalahan disiplin, guru akan merekodkan kesalahan dalam buku disiplin dan SSDM seterusnya menjalani sesi kaunseling oleh guru Bimbingan dan Kaunseling. Tuan YDP PIBG juga memohon ibu bapa dan penjaga memainkan peranan bagi menasihati murid-murid supaya menjaga tingkah laku semasa berada di sekolah. Tindakan : Pentadbir, semua guru, guru B&K, semua ibu bapa 5.2.15 En. Khairul Anwar bin Zamani mencadangkan agar pihak sekolah meneliti Kembali jadual sesi petang pada hari Jumaat kerana ada murid yang tidak berpeluang solat Jumaat disebabkan kelas bermula pukul 2 petang. Pihak pentadbiran sekolah memaklumkan bahawa murid lelaki yang menunaikan solat Jumaat diberi kelonggaran untuk hadir sedikit lewat ke sekolah. Jadual hari Jumaat tidak boleh dianjak kerana akan menyebabkan murid pulang lewat. Tindakan : Pentadbir dan semua ibu bapa 5.2.16 Puan Shahizah binti Zulkifli mengusulkan cadangan agar sentiasa memantau dan memastikan penjualan alat tulis, makanan ringan dan mainan tidak dijual di koperasi sekolah kerana murid-murid sanggup tidak membeli makanan di kantin kerana membeli barangan yang tidak berfaedah. Tuan YDP PIBG menyatakan bahawa, di sekolah kebangsaan tiada koperasi sekolah tetapi hanya kedai buku. Hasil pemantauan yang dijalankan, tiada penjualan makanan ringan atau alat permainan yang dijual di kedai buku. Puan Shahizah juga mencadangkan agar pihak sekolah mengemas kini info terkini di laman sesawang utama iaitu facebook sekolah dengan memasukkan semua aktiviti sekolah yang telah, sedang atau akan dijalankan supaya dapat diketahui oleh ibu bapa atau penjaga. 26
Phak sekolah juga sentiasa mewarwarkan makluman di laman sesawang sekolah agar tidak terlepas pandang. Tuan YDP PIBG ambil cakna akan hal ini. Tindakan : Pentadbir dan semua guru 5.2.17 Encik Mohd Nur Azam bin Mohd Hanafiah mencadangkan supaya membanyakkan program-program terbuka yang melibatkan agensi-agensi luar kepada murid sebagai satu pendedahan yang baik buat murid. Tuan YDP PIBG memaklumkan bahawa pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan penglibatan Badan-Badan Bukan Kerajaan untuk memberikan pendedahan kepada murid. Beliau juga mengalu-alukan ibu bapa yang ingin menyampaikan ceramah mengenai kerjaya mereka. Tindakan: Pentadbir, semua guru dan semua ibu bapa 5.2.18 Pn. Asilawati binti Kamarulzaman mencadangkan supaya diadakan gotong royong perdana bagi membersihkan kawasan sekolah (elak sekolah menjadi tempat pembiakan nyamuk), menceriakan sekolah, membersih dan membaik pulih rumah bomba dan membersih serta menceriakan tandas. Tuan YDP PIBG memaklumkan kawasan perumahan berdekatan sekolah merupakan kawasan “hotspot” denggi. Beliau turut memaklumkan sekolah telah mengambil tindakan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk di sekitar kawasan sekolah. Gotong-royong perdana juga akan diadakan. Tindakan: Pentadbir, semua guru dan semua ibu bapa 5.2.19 Puan Eswari Raman bertanyakan soalan tentang sebab ibu bapa tidak dibenarkan ke kantin sekolah. Tuan YDP PIBG memaklumkan bahawa faktor-faktor keselamatan murid-murid dan warga sekolah khususnya harus diutamakan. Ibu bapa harus akur akan peraturan sekolah yang telah ditetapkan demi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang masalah. Pihak sekolah juga perlu akur dengan mematuhi Garis Panduan Pembukaan Sekolah 3.0. Tindakan : Pentadbir semua guru dan semua ibu bapa 5.2.20 Pn. Norsyuti binti Che Awang mencadangkan program infaq pembelian set meja dan kerusi kantin untuk kegunaan murid. Pihak pentadbiran sekolah akan mewar-warkan program infaq tersebut supaya dapat menyediakan persekitaran yang kondusif kepada semua murid pada waktu rehat. Ibu bapa yang hadir bersetuju dengan cadangan tersebut. Tindakan : Pentadbir semua guru dan semua ibu bapa 5.3 UNIT KOKURIKULUM 5.3.1 Puan Dhanalakshi Bai A/P D. Vital Rao mencadangkan agar lebih banyak latihan diberikan untuk Persatuan Bulan Sabit Merah. Tuan YDP PIBG menyatakan perkara tersebut akan diambil maklum berdasarkan modul Persatuan Bulan Sabit Merah. Tindakan: Pentadbir dan semua guru 5.3.2 En. Muhammad Ridhwan bin Md Sharif mencadangkan supaya diadakan sukan untuk murid dan ibu bapa. Guru Besar memaklumkan biasanya sukan akan diadakan pada sukaneka, sukan tahunan dan Hari Sukan Negara. Bagi pertandingan luar, pihak sekolah akan menghantar peserta mengikut keperluan. Tindakan: Pentadbir dan semua guru 27
5.3.3 Puan Nor Aziah binti Ahmad mengusulkan agar guru kelas mengumpulkan maklumat daripada murid dan meminta pengesahan ibu bapa sebelum mengisi dalam PAJSK. Tuan YDP PIBG menyatakan bahawa pihak sekolah meminta guru kelas menggunakan platform Google Classroom (GC) bagi memudahkan ibu bapa memuat naik segala sijil yang murid-murid perolehi sebelum diisi ke dalam sistem PAJSK. Tindakan: Pentadbir, guru kelas, semua ibu bapa 5.3.4 Puan Nor Aziah binti Ahmad mencadangkan agar semua penglibatan murid dalam pertandingan MSSD dan seterusnya hendaklah diiringi oleh guru. Tuan YDP PIBG menjelaskan bahawa setiap program di luar sekolah sememangnya akan diiringi oleh guru. Tindakan: Pentadbir, semua guru dan semua ibu bapa 5.3.5 Pn. Norhayati binti Mohamad Shapie mencadangkan supaya pembelajaran kokurikulum lebih baik dijalankan secara bersemuka. Pentadbiran sekolah memaklumkan pihak sekolah perlu akur dengan arahan KPM yang tidak membenarkan aktiviti luar bilik darjah sepanjang fenomena cuaca panas. Aktiviti secara bersemuka akan dijalankan setelah mendapat kebenaran KPM. Tindakan: Pentadbir, semua guru dan semua ibu bapa 5.3.6 Puan Farah Hazwani binti Jaafar bertanyakan tentang cara penilaian tahap kokurikulum murid-murid di sekolah ini dan meminta pihak sekolah mengadakan aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu, selepas sesi persekolahan serta pemilihan unit berdasarkan minat murid-murid. Puan Sarojah bint Sahnu, PK Kokurikulum menyatakan bahawa pencapaian murid dinilai berdasarkan kehadiran murid sewaktu aktiviti kokurikulum dan penglibatan murid secara aktif ketika aktiviti dijalankan sepanjang tahun. Tugasan yang diberikan oleh guru dapat diselesaikan dengan baik memberi nilai tambah kepada murid-murid. Tuan YDP PIBG menyatakan bahawa kekangan tempat perjumpaan menyebabkan aktiviti kokurikulum tidak dapat diadakan pada hari Rabu selain faktor sekolah dua sesi yang boleh mengganggu murid-murid sesi petang untuk belajar. Jadi, aktiviti kokurikulum terpaksa dijalankan pada hari Sabtu minggu pertama dan minggu keempat setiap bulan. Puan Sarojah juga menyatakan, pemilihan setiap unit kokurikulum diuruskan oleh pihak sekolah tetapi masih ada tolak ansur jika ada kenyataan bertulis dan alasan munasabah untuk menukar unit kokurikulum yang diinginkan. Pihak sekolah sedaya upaya menyusun setiap unit agar seimbang dan memohon kerjasama ibu bapa dan penjaga memahami kekangan yang dihadapi untuk menasihati murid-murid menerima sesuatu dan belajar sesuatu dengan hati terbuka. Tindakan: Pentadbir, semua ibu bapa 5.3.7 En. Zahrulail Ikram bin Musa mencadangkan supaya aktiviti kokurikulum tidak dijalankan pada hari Sabtu kerana Sabtu merupakan hari murid meluangkan masa bersama keluarga. Pihak pentadbir sekolah menjelaskan aktiviti kokurikulum bagi tahun 2023/2024 akan dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat sahaja. Tindakan: Pentadbir, semua guru dan semua ibu bapa 5.3.8 En. Yusri bin Jamil mengusulkan cadangan agar ibu bapa dibenarkan masuk ke sekolah untuk memantau aktiviti pembelajaran taekwando pada hari Sabtu atau Ahad. Tuan YDP PIBG memaklumkan bahawa pihak pentadbir bersama jurulatih bersepakat tidak membenarkan ibu bapa masuk memantau sepanjang sesi latihan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tindakan : Pentadbir, semua guru dan semua ibu bapa 28
5.3.9 Puan Nurul Wahida mencadangkan supaya membenarkan aktiviti kokurikulum (taekwondo/silat) dilaksanakan di dewan sekolah seperti kebiasaan memandangkan dewan tersebut berbumbung dan bukan dibuat di padang yang terbuka. Tuan YDP PIBG memaklumkan bahawa perkara tersebut adalah berdasarkan faktor kekangan tempat. Tindakan: Pentadbir dan semua guru 5.3.10 En. Mohd Nur Azam bin Mohd Hanafiah, En. Muhammad bin Che Muda dan Puan Safia Yusof meminta pihak sekolah mempelbagaikan lagi aktiviti berkaitan ko-kurikulum di peringkat sekolah mahupun di luar sekolah. Tuan YDP PIBG menyatakan bahawa, kebiasaannya aktiviti kokurikulum tambahan ini diadakan sewaktu sukaneka, sukan tahunan dan Hari Sukan Negara manakala pertandingan yang diadakan di luar sekolah, pihak sekolah akan menghantar peserta mengikut kemampuan. Tindakan: Pentadbir dan semua guru 5.3.11 Encik Muhammad Ridhwan bin Md Sharif mencadangkan agar mengadakan aktiviti sukan untuk anak-anak, pertandingan serta pelbagai program dan aktiviti untuk anak-anak sertai. Tuan YDP PIBG menjelaskan bahawa program serta aktiviti untuk murid-murid telah dijalankan dan meminta sokongan daripada ibu bapa untuk menyertai kejohanan sukan sekolah yang akan berlangsung pada 22 Julai 2023. Tindakan: pentadbir, semua guru dan semua ibu bapa 29
6. AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SESI 2023 Penasihat : Pn. Saudah binti Osman Yang Dipertua : Tn. Hj. Hasni bin Jusoh Naib Yang Dipertua : Pn. Syarina binti Jamaluddin Setiausaha : Cik Nur Nadia Syafiqah bt Abidin Naib Setiausaha : Pn. Siti Ruhana binti Ab Malik Bendahari : Cik Siti Nur Aisyah bt Abdul Rahim Naib Bendahari : Pn. Sangeeta a/p Paramasivan AJK Guru : 1. En. Muhammad Asyraf bin Ahmad Refaat : : : 2. En. Logeswaran a/l Bhaskaran 3. Pn. Noor Hazaidah bt Zainuddin 4. Pn. Noor Syida binti Ahmad : 5. Pn. Siti Jamilah binti Mohd Isfar : 6. Pn. Noor Asilawati bt Kamarulzaman AJK Ibu Bapa : 1. En. Kaviarasu a/l Govindan : 2. Pn. Norma binti Muhammad : 3. Pn. Ummi Safiah binti Bidin : 4. Pn. Ruziyanti binti Mohd Mokhtar : 5. Pn. Soffia Fulliana binti Ahmad Fuat : 6. Pn. Anisah binti Ahmad : 7. Pn. Pakeeza binti Mohammad Junus : 8. Pn. Nafhah Izzati binti Mohd Azam Juru Audit : 1. En. Parameswaran a/l Rajagopal : 2. Pn. See Yik Mee@See Yik Mei Ex-officio : 1. Pn. Maanila a/p Apputhurai : 2. En. Kamaruzaman Bin Muhammad Zain : 3. Pn. Sarojah binti Sahnu 4. En. Nor Muzahar bin Musa 6.1 Ahli PIBG yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-22 telah bersetuju sebulat suara ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023 tidak dibubarkan dan kekal sepertimana AJK PIBG sesi 2022. Tindakan: Makluman 7. UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 YDP Tuan Haji Jasni Bin Jusoh telah mengucapkan terima kasih kerana sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk menerajui PIBG bagi sesi 2023/2024. 7.2 Memohon kepada ibu bapa untuk membantu pihak sekolah sama ada dalam bentuk kewangan, cadangan atau pelaksanaan dan kritikan yang membina agar SAKSEED lebih cemerlang. 7.3 Guru Besar juga telah mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru dalam mesyuarat agung PIBG tahun ini. 8. PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari. 30
3MAKLUMBALAS USUL & CADANGANAMA IBU BAPA/PENJAGA NAMA MURID PENGESAHAN KEHADIRAN KESEDMENJAJAWAPIBG S2024/2YUSRI BIN JAMIL SHANTI KANI AHMAD SHAHRIN BIN JAMALLUDDIN MUHAMMAD ARSYAD MURTAZA (2 ORKID) SASMITHAA A/P SIVANESVARAN (4 SEROJA) SHAQUILLE AYDEN BIN AHMAD SHAHRIN (1 ORKID) HADIR HADIR HADIR YA YA YA NOR LYANNA SHORLOKMAN MULIANA BINTI MOHIMIN SITI AYESHA IMANI MOHAMAD FAIZAL (5 TERATAI) ZAYD ANAS BIN MOHAMAD SAFUAN HADIR HADIR TIDAKTIDAK
1 AN PENAMBAHBAIKAN KURIKULUM DIAAN ADI AHLI ATANKUASA SESI 2025 USUL & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KURIKULUM MAKLUMBALAS USUL & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KURIKULUM ● Kerja Rumah ● Group Whatsapp ● Kurikulum ● Sedia maklum ● Group Kelas adalah bersama dengan Guru Kelas sahaja ● Dasar Kurikulum ibu bapa boleh rujuk kepada KPM K K ● Menambah aktiviti panitia. ● Ambil maklum. ● Aktiviti-aktiviti tersebut telah dijalankan di sekolah sepanjang minggu panitia diadakan
3FARIZATUL AKMA BINTI ISMAIL REVATHY PUSHPARAJAN AHMAD ADAM HARITH BIN AHMAD MUAZ (3 MAWAR) TANESHTHA SURIAKUMAR (3 SEROJA) HADIR HADIR YA TIDAKMOHD ESWANDI BIN MOHD SALLEH NUR IRDINA SAFIYA (2 TERATAI) HADIR YA RATHI AMBIGAI A/P KANAPATI PENYELARAS TAHUN 6 HADIR TIDAK
2 K • Penilaian Bilik Darjah (PBD) ● Jadual Peperiksaan ● Penilaian PBD tetap akan dijalankan ● Kedudukan murid tidak boleh diberikan. ● Penilaian secara pemberian GRED akan dijalankan bermula tahun ini berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM. ● Takwim peperiksaan sekolah adalah bergantung kepada perubahan dari masa ke semasa. ● Bagi Tahap 2, skop PBD akan dilihat melalui kerja murid di dalam buku aktiviti ● Bagi Tahap 1, skop PBD dilihat berdasarkan buku teks. ● Hari Terbuka ● Gotong Royong ● Cadangan telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. K Meminta persetujuan PIBG untuk kutipan sumbangan tahun 6 bagi: 1. Lawatan sambil belajar - anggaran rm100.00 2. Hi-Tea di hotel - anggaran rm 100.00 3. Gambar kelas & graduasi - rm30.00 ● Kutipan dana akan dilakukan jika terdapat aktiviti-aktiviti berkaitan dijalankan.
3KARTINI BINTI MAT JELAS NUR JALILAH BINTI JALI MOHD SAIFUL BIN ABD WAHAB SITI SARAH BINTI IBRAHIM ADAM HAFIZHUDDIN BIN NORAZLAN (6 TERATAI) TENGKU AMMARAAISYA BINTI TENGKU AIMANFAIZAL (4 TERATAI) NUR IRDINA ZAHIRAH BINTI MOHD SAIFUL (6 DAHLIA) NUR ATTHIRAH HUMAIRAH BT MOHD. AZFAR (3 ORKID) HADIR HADIR HADIR HADIR YA TIDAKTIDAKTIDAK
3 K K K ● Kelas Tambahan ● Mewujudkan Mata Pelajaran Bahasa Asing ● Kelas Tambahan memerlukan sumber kewangan yang stabil ● Mengalami kekangan masa dan tenaga pengajar untuk menjalankannya. ● Mata Pelajaran tambahan di sekolah adalah subjek Bahasa Arab, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina sahaja mengikut ketetapan KPM. ● Kem Bestari solat dijalankan 2 setiap tahun.
3MAKLUMBALAS USUL & CADANGAN PNAMA IBU BAPA/PENJAGA NAMA MURID PENGESAHAN KEHADIRAN KESEDMENJAJAWAPIBG S2024/2YUSRI BIN JAMIL PARAMJET KAUR A/P JIT SINGH NUR SYAZANA BINTI ZULKIFLI MUHAMMAD ARSYAD MURTAZA (2 ORKID) HERLEEN SAHANA A/P LAWRENCE (3 SEROJA) MUHAMMAD DANISH NUFAIL BIN MOHD AZRUL (6 SEROJA) HADIR HADIR HADIR YA TIDAKTIDAKFARIZATUL AKMA BINTI ISMAIL DHANALAKSHMI BAI AHMAD ADAM HARITH BIN AHMAD MUAZ (3 MAWAR) PAVANAJ (6 KENANGA) HADIR HADIR YA YA
4 ENAMBAHBAIKAN HAL EHWAL MURID DIAAN ADI AHLI ATANKUASA SESI 2025 USUL & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN HAL EHWAL MURID MAKLUMBALAS USUL & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN HAL EHWAL MURID K K ● Locker ● Beg berat ● Ambil maklum ● Usul telah di panjangkan ke PPD. ● Jika terdapat aktiviti di luar bilik darjah, buku perlu dibawa setiap hari mengikut jadual seperti biasa berikutan dengan cuaca yang tidak menentu. ● Disiplin Murid ● Kes Buli ● Unit disiplin telah mewujudkan jadual bertugas di kalangan pengawas dan guru ● Bertugas untuk memantau pergerakan murid. ● Program kesedaran dijalankan setiap minggu ditapak perhimpunan. ● Unit Disiplin dan Unit Bimbingan Kaunseling telah merancang pelbagai program kesedaran sivik sepanjang tahun.
3MUHAMMAD ZUHAIL BIN RAMLI WASIPAH BINTI ABDUL GAPAR MUHAMMAD ZIYYAD RAYQAL BIN MUHAMMAD ZUHAIL (3 ORKID) NUR BALQIS QISTINA BINTI JAIDI (2 MAWAR) TIDAK HADIR HADIR TIDAKTIDAKAZIZINAUDIAN BIN ABD GHAFAR HEMALATHA A/P PALANIVELU AMIRUL AMIN BIN AZIZINAUDIAN (4 ORKID) JIVANI A/P THANABALASINGAM (4 SEROJA) HADIR HADIR TIDAKTIDAK
5 K K ● Sepanjang tahun 2023 pihak sekolah telah menjemput PPS untuk memberi taklimat semasa program yang berkenaan. ● Mohon kerjasama dari ibu bapa penjaga juga untuk menasihati anak masing-masing K K ● Makanan yang dijual di kantin ● Kemudahan di kantin ● Unit kantin mengambil maklum dan sentiasa membuat pemantauan berkala dan memastikan menu yang dijual di kantin mematuhi menu yang telah dicadangkan oleh PKD. ● Kawalan penjaja makanan diluar sekolah adalah kawalan PBT. ● Telah menambah 5 meja makan untuk kegunaan murid-murid. ● Unit aset telah memohon meja dan kerusi di kantin dari pihak PPD
3MOHAMAD HANIZAN BIN A HAMID YUSRI BIN JAMIL MUHAMAD IZWANI BIN LAZAROUS SITI SAFWAHANA BINTI MOHAMAD HANIZAN (2 TERATAI) MUHAMMAD ARSYAD MURTAZA (2 ORKID) SARAH MEDINA (3 DAHLIA) TIDAK HADIR HADIR HADIR TIDAKYA TIDAKSEENI SAHUL HAMID BIN IQBAL KAREEM NUR JALILAH BINTI JALI ABDUL HADIE BIN ABDULLAH NURUL HAZIMAH BINTI SEENI SAHUL HAMID (3 MAWAR) TENGKU AMMARAAISYA BINTI TENGKU AIMANFAIZAL (4 TERATAI) ZARA SOFEA BINTI ABDUL HADIE (1 DAHLIA) TIDAK HADIR HADIR HADIR TIDAKTIDAKTIDAKNUR FADZLYANA SAHIRA BINTI TAJUDIN IZARA RYANA SOFEA BINTI MOHAMAD RAMDAN (2 MAWAR) HADIR TIDAK
6 K K ● Penjualan dan keselamatan di luar kawasan sekolah ● Mohon kerjasama ibu bapa melaporkan kepada pihak PBT untuk kawalan. ● Kerjasama ibu bapa menasihatkan anak-anak jagaan agar tidak membeli diluar sekolah waktu balik. K K K ● Kebersihan Tandas ● Jadual pembersihan tandas 4 kali sehari dan dipantau secara berkala oleh Unit 3K dan guru bertugas harian. K ● Kedudukan kelas ● Ambil maklum ● Mohon kerjasama ibu bapa penjaga memaklumkan kepada Guru kelas jika murid berkenaan mengalami masalah kesihatan dan sebagainya.
3MAKLUMBALAS USUL & CADANGANNAMA IBU BAPA/PENJAGA NAMA MURID PENGESAHAN KEHADIRAN KESEDMENJAJAWAPIBG S2024/2ADILINA ISMAIL MULIANA BINTI MOHIMIN KARTINI BINTI MAT JELAS SITI NURULAINI BINTI ABU HASAN (4 MAWAR) ZAYD ANAS BIN MOHAMAD SAFUAN (2 MAWAR) ADAM HAFIZHUDDIN BIN NORAZLAN (6 TERATAI) ALISHA FARHANAH BINTI ASHRUL SHAH (3 KENANGA) HADIR HADIR HADIR HADIR YA TIDAKYA TIDAK
7 PENAMBAHBAIKAN KOKURIKULUM DIAAN ADI AHLI ATANKUASA SESI 2025 USUL & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KOKURIKULUM MAKLUMBALAS USUL & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KOKURIKULUM K K ● Segmen sukan antara guru murid dan ibu bapa ● Menyambut baik program dan aktiviti luar berkaitan dengan sukan ● Menggalakkan lagi aktiviti sukan yang meningkatkan keyakinan murid ● Ambil maklum ● Cadangan yang baik ● Akan dimasukkan dalam aktiviti kokurikulum pada masa akan datang
3FAIRUL AZRI BIN ABD AZIZ NURULELFAZURA NUR MAISARAH BINTI SHOHAR SITI FAIRUS BT IBRAHIM AFANDI BIN CHE ALI NURULELFAZURA SITI FAIRUZ AB RAMAN AMNI KAUREEN BINTI FAIRUL AZRI (6 ORKID) NUR IMAN ASSYIFA (2 KENANGA) NUR WAFIYYAH BINTI NORJAFRI (4 DAHLIA) ALESYA SAFIYA BT SHAHRIN AZRI (5 TERATAI) GURU KELAS (4 SEROJA) NUR IMAN ASSYIFA (2 KENANGA) ZANDREA NUR ADRIANA MARISSA BINTI MOHD ZHARIEF (5 TERATAI) HADIR HADIR HADIR HADIR HADIR HADIR HADIR TIDAKTIDAKTIDAKTIDAKYA TIDAKYA
8 K K K K K ● Hari kokurikulum ditukar kepada hari Rabu ● Kehadiran Kokurikulum ● Markah PAJSK 100% bukan dikira dari kehadiran sahaja. ● Kekangan dari segi tempat dan ruangan yang terhad ● Sekolah juga mengalami kekangan tenaga kerja guru
3NUR NATASYA MUHAMMAD SYUKUR BIN MOHD MOKHTAR SHANTI KANI NUR ARIF NAWFAL (4 MAWAR) MUHAMMAD ZAHIRIL AFIQ BIN MUHAMMAD SYUKUR (4 TERATAI) SASMITHAA A/P SIVANESVARAN (4 SEROJA) HADIR HADIR HADIR TIDAKTIDAKYA NUR JALILAH BINTI JALI MULIANA BINTI MOHIMIN MOHD KHALIL BIN YAACOB MOHAMAD BIN IBRAHIM TENGKU AMMARAAISYA BINTI TENGKU AIMANFAIZAL (4 TERATAI) ZAYD ANAS BIN MOHAMAD SAFUAN (2 MAWAR) MOHAMAD RAMADHAN BIN MOHD KHALIL (6 DAHLIA) AMEER IRFAN BIN MOHAMAD (6 DAHLIA) HADIR HADIR HADIR HADIR TIDAKTIDAKTIDAKTIDAK
9 K K ● Group Whatsapp ● Notis awal berkenaan dengan aktiviti kokurikulum ● Ambil maklum ● Guru Kelas akan memberikan maklumat dari masa ke semasa berkaitan dengan aktiviti kokurikulum yang dijalankan mengikut unit. K K K K ● Aktiviti perkhemahan yang menarik ● Aktiviti sumbangan dan kitar semula barangan terpakai ● Aktiviti sukan bersama ibu bapa penjaga ● Ambil maklum ● Semua aktiviti kokurikulum sekolah adalah berdasarkan takwim yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah ● Sumbangan yang diberikan mestilah boleh digunapakai semula.
Amaun bermula 0000 hrs 1 Januari 2023 termasuk akaun tumpang/ kontra: 50,397.89 Amaun akaun tumpang/kontra bermula 1 Januari 2023: 11,500.00 Amaun akaun amal bermula 1 Januari 2023: 10,549.00 Nett Amaun kewangan PIBG bermula 0000 hrs 1 Januari 2023 (iaitu tolak amaun akaun tumpang/kontra) : 28,348.89 Amaun Perolehan PIBG 1 Januari 2023 - 31 Disember 2023 (tidak termasuk akaun tumpang dan akaun amal): 89,418.71 1) PERBELANJAAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK & KECEMERLANGAN SUMB. MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 2,000.00 SEWA KERUSI 1,350.00 SUMB. HARI ANUGERAH 4,250.00 SUMB. SEMINAR PSS 240.00 SUMB. KEM KEPIMPINAN 400.00 DEPOSIT BUKU PEMULIHAN 200.00 SUMB. BUKU PEMULIHAN 475.20 Jumlah 8,915.20 2) HAL EHWAL MURID [KEMENJADIAN, AKHLAK DAN PERIBADI MURID] SUMB. KEK HARI JADI MURID SAKSEED 200.00 SUMB. RM100 SETIAP KELAS HARI KANAK-KANAK 3,600.00 Jumlah 3,800.00 3) KOKURIKULUM [SUKAN, PERSATUAN, KO-AKADEMIK DLL] SUMBANGAN MERENTAS DESA 1,212.00 RELA, AMBULANCE & BILIK ASUH MINDA 1,100.00 SEWA VAN MSSD 1150.00 SUMB. HARI SUKAN 1250.00 SEWA VAN MSSD 350.00 PASIR,PAYUNG, ROTI, WALKIE-TALKIE (HARI SUKAN) 2354.40 SUMB. KHEMAH HARI SUKAN 2400.00 MEJA, KIPAS, BALANG AIR (HARI SUKAN) 500.00 VAN PIALA RAJA MUDA BOLA SEPAK 250.00 SEWA VAN OLAHRAGA 250 SUMB. AERODANCE 1000 SUMB. BAJU PERKHEMAHAN MURID 3420 SEWA VAN KATMO 500 Jumlah 15,736.40 4) PRASARANA & PROJEK FIZIKAL (3K - KESELAMATAN,KESIHATAN & KONDUSIF) BAYARAN DUIT MENTOL 200.00 SUMB. BILIK KAUNSELING 500.00 PENDAWAIAN ELEKTRIK SEKOLAH 1345.00 PERINCIAN PERBELANJAAN 2023 (BAGI TEMPOH 1 JAN - 31 DISEMBER 2023) DALAM RINGGIT MALAYSIA (RM)
BAIKI TANDAS 545.00 BAIKI LONGKANG 1,380.00 SUMB. LORI PSS 349.00 CLAIM MENTOL 300.00 PROJEK MESRA RAKYAT DEPOSIT KAKI LIMA UNIT SUKAN (4/10/2023) 9,000.00 BAYARAN KEDUA KAKI LIMA UNIT SUKAN (17/10/2023) 9,000.00 BAYARAN KETIGA KAKI LIMA UNIT SUKAN (30/10/2023) 9,000.00 BAYARAN AKHIR PROJEK MESRA RAKYAT (24/11/23) 3,000.00 Jumlah 34,619.00 5) PERBELANJAAN PIBG [PELAKSANAAN PROGRAM] SUMBANGAN DUIT HARI RAYA 2,000.00 MAKANAN MESYUARAT PIBG 133.00 BAYARAN SEWA FOTOSTAT 681.00 HADIAH MAT PIBG 570.00 HADIAH MAT 300.00 KERUSI & KIPAS UNTUK MAT PIBG 610.00 CLAIM DUIT BUKU PROGRAM MAT PIBG 82.50 BANNER MAT PIBG 120.00 DUIT CASH UNTUK JUALAN PIBG 200.00 MAKAN MESYUARAT AJK PIBG & LADAP 470.00 MAKAN MAT PIBG 2023 1,028.00 SUMB. BULAN KEMERDEKAAN 350.00 MAKANAN GOTONG ROYONG MADANI 2,080.00 FOTOSTAT BILIK GURU 1,401.00 SUMB. HI TEA KGS 1,000.00 CHEQUE SERVICE CHARGE 6.50 Jumlah 11032.00 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN PIBG SEPANJANG 2023 RM 74,102.60 Nett amaun kewangan PIBG sehingga 31 DISEMBER 2023 : RM43,665.00 PERBELANJAAN AKAUN TUMPANG/KONTRA*: Amaun akaun tumpang/kontra bermula 0000 hrs 1 Januari 2023: 11,500.00 Amaun Perolehan untuk akaun tumpang / kontra 1 Januari 2023 - 31 DISEMBER 2023: 7,702.00 6) AKAUN TUMPANG/KONTRA DUIT SUMB. TAHUN 6 3,000.00 DUIT SUMB. TAHUN 6 4,000.00 DUIT SUMB. TAHUN 6 4,500.00 YURAN PSS (MEI) 3,505.00 SUMB & YURAN PSS (JUN) 2,315.00 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN AKAUN TUMPANG SEHINGGA 31 DISEMBER 2023 17,320.00 Nett Akaun Tumpang/kontra bermula 0000 hrs 1 Januari 2023: 1,882.00