The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurnabihahmohdhisham, 2022-09-16 10:37:24

BM2 T2 NUR NABIHAH BINTI MOHD HISHAM

BM2 T2 NUR NABIHAH BINTI MOHD HISHAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2022

SEMESTER 1 TAHUN 1
TUGASAN 2 – E-PORTFOLIO

NAMA PELAJAR : NUR NABIHAH BINTI MOHD HISHAM
ANGKA GILIRAN : 2022092310043
NO KAD PENGENALAN : 040112-06-0048
KUMPULAN/UNIT : BAHASA MELAYU UNIT 2
KOD/NAMA KURSUS : BMMB1074/SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU
NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN
TARIKH MULA : 29 OGOS 2022
TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2022

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Tanda Tangan Pelajar : Tarikh : 17/9/2022

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Halaman
Penghargaan 1
2
1.0 Pengenalan
2.0 Sejarah Perkembangan Ejaan Rumi 2-6

2.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka 6-7
2.1.1 Sistem Ejaan Wilkinson 8-9
2.1.2 Sistem Ejaan Za’ba 9
2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia 10
2.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres

2.2 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka
3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dalam Menyeragamkan

Sistem Ejaan Rumi
4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Pada Masa Kini
5.0 Rumusan

Rujukan

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tingginya kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin kurniaNya dapat saya menyempurnakan tugasan 2 e-Portfolio bagi kod subjek
BMMB1074 iaitu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Dr. Mohd Fadzil bin Baharudin, selaku pensyarah Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk
melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya
kepada pensyarah saya iaitu Dr. Mohd Fadzil bin Baharudin di atas budi bicara beliau dalam
memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka
hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini
mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Sekian, terima kasih.

……………………………………………..
NUR NABIHAH BINTI MOHD HISHAM
Siswa Guru
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Nerus,
Terengganu.

1

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini membentangkan berkaitan sistem ejaan Rumi yang mula dilaksanakan pada
tahun 1972 hasil daripada kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia bagi pihak kerajaan
Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia. Sebenarnya, kesepakatan tersebut adalah
berikutan daripada perisytiharan pemakaiannya oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia serentak pada 16 Ogos
1972. Justeru, pelaksanaan sistem ejaan baharu ni telah dijaga dan dikuatkuasakan sepenuhnya
oleh badan yang ditugaskan. Badan yang dipertanggungjawabkan untuk menyusun pedoman
ejaan Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri
Pendidikan di mana jawatankuasa ini diletak di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Walaubagaimanapun, sistem ejaan Rumi pada masa kini semakin tergugat akibat daripada
terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI

2.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka

Pada awal abad ke-20, perubahan sistem ejaan jawi kepada sistem ejaan rumi adalah penting
disebabkan oleh ejaan jawi tidak dapat memberi gambaran sistem bunyi bahasa Melayu yang
sebenar supaya mudah difahami oleh setiap masyarakat. Ianya menjadi lebih penting apabila
bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Tuntasnya, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan lebih mudah cara
penyampaiannya diperlukan bagi menggantikan kesukaran ejaan Jawi pada ketika itu. Terdapat
empat sistem ejaan Rumi yang pernah diaplikasikan seperti :

a. sistem ejaan Wilkinson
b. sistem ejaan Za’ba
c. sistem ejaan Fajar Asia
d. sistem ejaan Rumi Kongres

2

2.1.1 Sistem Ejaan Wilkinson

Menjelang tahun 1902, pihak atasan mula menyedari hakikat bahawa betapa pentingnya
keseragaman ejaan supaya tidak sukar diterima oleh masyarakat luar dan seterusnya
memulakan perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu. Oleh hal yang demikian,
kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah membuat persetujuan dan segera mengambil
langkah inisiatif dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang dipimpin oleh R.H.
Wilkinson. Berikutan tindakan tersebut, ejaan Rumi Wilkinson berjaya diterapkan di seluruh
sekolah umum di samping semua kamus dan penerbitan dari karya Wilkinson sendiri yang
dilancarkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940 juga turut menggunakan ejaan tersebut. Menurut
R.H. Wilkinson, beliau menerangkan bahawa terdapat dua sistem yang rasional bagi perumian
bahasa Melayu. Sistem yang pertama dikenali sebagai sistem perumian secara harafiah
berlandaskan ejaan manakala sistem yang kedua pula ialah sistem perumian secara fonetik.
Justeru, cara harafiah mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri dimana kebaikannya
jelas terlihat apabila ia dapat menuju kepada keseragaman dengan konsep mengurangkan cara
tersendiri seorang penulis. Sebaliknya, kelemahan cara harafiah adalah sistem vokal bahasa
Arab tidak cukup untuk disepadankan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu. Selanjutnya, kelemahan
cara fonetik pula adalah disebabkan oleh sebutan bahasa Melayu yang tidak serupa berdasarkan
sesuatu tempat.

2.1.2 Sistem Ejaan Za’ba

Perubahan dan penambahbaikan terhadap sistem Ejaan Wilkinson telah dilakukan oleh tokoh
sasterawan bahasa Melayu yang giat menulis iaitu Zainal Abidin Ahmad atau lebih juga dikenali
dengan nama panggilannya Za’ba. Beliau telah berjaya menghasilkan satu sistem ejaan baru
iaitu sistem Ejaan Sekolah yang juga tersohor dengan nama Sistem Ejaan Rumi Za’ba. Sistem
Ejaan Rumi Za’ba ini mula digunakan di sekolah-sekolah Tanah Melayu serta termasuklah di
Maktab Perguruan Sultan Idris. Za’ba juga banyak menghasilkan buku tatabahasa yang dikarang
oleh beliau sendiri yang berjudul Pelita Bahasa Penggal Pertama (1940), Penggal Kedua (1946),
dan Penggal Ketiga (1949). Dalam buku ini telah menjelaskan berkaitan Sistem Ejaan Sekolah
dimana Za’ba juga mengaplikasikan sistem ejaan tersebut dalam kehidupan seharian beliau.

Walaubagaimanapun, Sistem Ejaan Rumi Za’ba selangkah demi selangkah menunjukkan
cara penggunaan lambang huruf yang mempunyai banyak jenis sehingga dapat dikesan adanya

3

ketidakserasian pengejaan kata dalam penulisan seharian. Lantaran daripada itu, sebenarnya
terdapat beberapa kelemahan yang ada pada Sistem Ejaan Rumi Za’ba ini misalnya sistem ini
agak sukar difahami kerana masih terdapat pengejaan kata yang berlandaskan Sistem Ejaan
Rumi Wilkinson. Selain itu, kamus ekabahasa dan dwibahasa yang diterbitkan dan diperluaskan
pada tahun 1920 juga menggunakan Sistem Ejaan Rumi yang tiada keseragamannya.
Implikasinya, kelemahan-kelemahan yang ditunjukkan oleh sistem ejaan ini dan kaedah
penggunaan yang beraneka itu telah menggalakkan beberapa pihak tertentu untuk mewujudkan
sistem ejaan rumi baharu dalam anggaran tempoh bermula tahun 1940 sehingga 1959.

2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia

Sistem Ejaan Fajar Asia muncul dan mula diaplikasikan dalam masa pendudukan Jepun di Tanah
Melayu. Ia juga digunakan untuk tujuan propaganda pemerintah Jepun di Tanah Melayu. Selain
itu, sistem ejaan ini merupakan kaedah ejaan yang diguna pakai dalam majalah dwimingguan
Fajar Asia. Pada tahun 1943, majalah Fajar Asia yang ditulis oleh Zainal Abidin Ahmad selaku
ketua pengarang dengan menggunakan Ejaan Fajar Asia mula diterbitkan di Singapura. Setelah
meneroka dan membuat kajian terhadap Fajar Asia, beliau dapat membuat spekulasi bahawa
grafem yang digunakan dalam Fajar Asia menunjukkan sedikit sahaj kelainan daripada yang
terkandung dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Za’ba. Tambahan pula, jika dilihat
daripada sudut pengejaan kata dan penulisan keharmonian vokal, Sistem Ejaan Fajar Asia boleh
disifatkan sebagai percubaan yang pertama dalam inisiatif menyatukan ejaan Rumi bahasa
Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia. Malah, Angkatan Sasterawan 50 telah membuat
perasmian untuk mengisytiharkan Ejaan Fajar Asia sebagai ejaan rasmi pada 6 Ogos 1950.

4

2.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres

Pada tahun 1952, berlaku penubuhan sistem ejaan baru iaitu Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu yang pertama yang diadakan di Singapura. Seterusnya, yang kedua berlangsung di
Seremban pada tahun 1954 dan diikuti yang ketiga pada 16 hingga 21 September 1956 di
Singapura dan Johor Bahru. Malahan, sistem ejaan ini mengalami masalah sehingga mendapat
perhatian sepenuhnya semasa Kongres Bahasa Melayu ketiga yang diadakan pada tahun 1956.
Justeru, selepas tahun 1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga akhirnya telah
bersetuju untuk menjadikan ejaan Kongres sebagai sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu.
Persetujuan ini telah dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi
iaitu ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah diselaraskan dalam keadaan sama. Selain itu,
peraturan ejaan hendaklah mudah supaya sistem fonologi dapat diterima sebagai sistem yang
lebih baik daripada sistem fonetik manakala satu fonom hendaklah digambarkan dengan hanya
satu tanda sahaja. Seterusnya, cara pengejaan perlu tetap sepakat bersandarkan cara yang telah
ditetapkan supaya ia sentiasa kelihatan serupa. Di samping tu, penggunaan kata-kata daripada
bahasa-bahasa asing mestilah diaturkan pengejaannya dengan hukum-hukum fonoloji Melayu.

2.2 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka

Setelah dua tahun berganding bahu menjalankan kajian dan mengadakan rundingan, akhirnya
Persekutuan Tanah Melayu dan negara Republik Indonesia telah bersetuju menanda tangani
perjanjian persahabatan pada tahun 1959. Pada tahun tersebut, Jawatankuasa Ejaan Rumi
Persekutuan Tanah Melayu juga telah ditubuhkan dan berada di bawah pimpinan Tuan Syed
Nasir bin Ismail manakala Panitia Pelaksanaan Bahasa Indonesia berada dalam tanggungjawab
Dr. Slametmuljana sepenuhnya yang telah dijalankan di Jakarta sekaligus terhasilnya ejaan
Malindo. Walau bagaimanapun, usaha untuk mengembangkan lagi ejaan Malindo ke persada
dunia terbantut seketika akibat daripada cetusan konfrantasi dan disambung semula pada 1966.
Pada bulan September 1966, delegasi kebudayaan yang berasal dari Indonesia di bawah jagaan
Kolonel Wahju Sukatjo pergi mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) lalu mengesyorkan
kepada kerajaan sendiri supaya ejaan Malindo (1959) itu kembali dilaksanakan. Istilah-istilah
bahasa Melayu dan bahasa Indonesia juga diarahkan supaya diselaraskan menjadi sama bagi
memudahkan rakyat untuk menggunakan ejaan tersebut. Namun begitu, terdapat kertas kerja
yang disediakan bagi mengemukakan sistem ejaan Malindo tersebut terpaksa ditangguhkan

5

akibat daripada ejaan tersebut memerlukan pelbagai penambahbaikan lagi sebelum dilancarkan
di kedua-dua negara itu.

Berdasarkan pertimbangan masalah yang dihadapi oleh sistem ejaan Malindo, beberapa
perundingan telah disusunatur yang melibatkan beberapa buah jawatankuasa. Kesan daripada
strategi tersebut, telah diisytiharkan secara rasmi pada 23 Mei 1972 bahawa satu kenyataan
bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada waktu itu iaitu Dato Hussain
Onn dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia iaitu Bapak Mahsuri untuk
melancarkan serta melaksanakan ejaan baru itu. Sistem ejaan tersebut telah sah diumumkan di
kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972. Bukan itu sahaja, Dewan Bahasa dan Pustaka juga turut
menjalankan peranan melalui penerbitan risalah yang berjudul “Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia” untuk kegunaan setiap rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, sistem ejaan ini masih
merangkumi beberapa masalah kecil yang menyebabkan pengguna ejaan tersebut mengalami
kesukaran untuk mengendalikannya dengan baik. Permasalahan tersebut telah menyebabkan
pembentukan Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan bertemu dengan Panitia
Pengembangan Bahasa Indonesia. Pada 29 Disember 1972, jawatankuasa tersebut akhirnya
berjaya menjalankan amanah melalui kewujudan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia di mana
segala masalah dan kesulitan mengenai ejaan baru itu akan dibincangkan dalam persidangan-
persidangan majlis tersebut. Setelah lima kali persidangan telah dijalankan, Majlis Jawatankuasa
Tetap Bahasa Indonesia-Malaysia berhasil mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih
lengkap iaitu “Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia” yang diterbitkan pada 5 Disember 1974.

3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN
SISTEM EJAAN RUMI

Sebelum Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah negara yang mencapai kemerdekaan, Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) secara rasminya telah ditubuhkan di Bukit Timbalan, Johor Bahru
pada 22 Jun 1956 hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3. Dewan
Bahasa dan Pustaka diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan
Malaysia di mana matlamat utamanya adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan di seluruh negara yang merdeka dan berdaulat di samping menjaga dan
mempertahankan imej negara. Menurut Awang Sariyan (2020), Dewan Bahasa dan Pustaka
bergerak berasaskan akta 213 yang menetapkan enam tujuan utama serta telah merancang
pelbagai inisiatif dalam menyeragamkan sistem ejaan Rumi.

6

Sebenarnya, Dewan Bahasa dan Pustaka memikul peranan yang sangat besar dalam
menyeragamkan sistem ejaan Rumi di Malaysia supaya dapat diterusi oleh generasi akan datang.
Antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh DBP adalah dengan membakukan ejaan dan
sebutan serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Pelaksanaan
dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu secara berterusan sebagai bahasa pengantar di
sekolah rendah mahupun sekolah menengah sehinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi
akan menggerakkan lagi kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP. Lain daripada itu, DBP
digalakkan untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk
sains dan teknologi. Seperti yang kita sedia maklum, bidang sains dan teknologi kaya dengan
penggunaan bahasa Inggeris untuk menghasilkan penemuan yang baru terutamanya dalam
bidang perubatan. Justeru, pihak DBP perlu bergiat aktif untuk memperkaya bahasa Melayu agar
lebih banyak perbendaharaan kata daripada bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang yang
pesat berkembang ini. Tambahan pual, Dewan Bahasa dan Pustaka boleh memajukan bakat
kesusateraan khususnya dalam bahasa kebangsaan. Menurut Berita Harian, DBP banyak
mengiatkan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis Remaja yang melibatkan
masyarakat tanpa peringkat usia. Tujuannya adalah untuk melahirkan dan memupuk penulis
muda supaya mereka dapat menelaah dengan lebih mendalam tentang bahasa Melayu yang
merupakan bahasa kebangsaan.

Seterusnya, tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memastikan sistem ejaan
Rumi berlaku secara seragam adalah melalui penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain
bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan. Hal ini dikatakan demikian kerana DBP
merupakan sebuah organisasi penerbitan yang terbesar dan terkenal di Malaysia. Melalui
kelebihan ini, pihak DBP boleh mencetak dan menerbitkan buku-buku kesusasteraan bahasa
Melayu termasuklah bahasa Inggeris. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium
penterjemahaan karya-karya asing sekaligus ilmu dari luar negara juga dapat diadaptasikan
dalam bahasa Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya. Jika melihat kepada
perkembangan teknologi kini, banyak percampuran bahasa yang telah berlaku seperti bahasa
rojak dan penggunaan bahasa singkatan yang sedang menular dalam segenap masyarakat.
Namun begitu, dengan adanya penubuhan DBP masalah penyalahgunaan bahasa ini dapat
diatasi melalui pelbagai program yang menerapkan pengukuhan dasar bahasa kebangsaan
sekaligus dapat menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan
secara terus dan meluas mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

7

4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI

Dalam mendepani era globalisasi yang signifikan ini, Malaysia turut mengalami peredaran zaman
yang kini sejajar dengan negara-negara maju lain seperti Jepun misalnya. Perubahan ini telah
memberi impak yang besar kepada sistem ejaan Rumi sehingga dikatakan semakin lapuk dalam
kalangan segenap rakyat Malaysia. Hasil daripada pemerhatian, didapati bahawa hanya
sebahagian besar sahaja daripada mereka menggunakan bahasa dan ejaan bahasa Melayu yang
betul mengikut hukum tatabahasa yang telah ditetapkan. Sebagai analoginya, sistem ejaan Rumi
menghadapi pelbagai cabaran pada masa kini dan perlu bersaing secara kasar untuk
dimartabatkan semula penggunaan ejaan ini.

Antara cabaran sistem ejaan Rumi ialah penggunaan bahasa rojak yang kian menular
dalam kalangan penutur. Penggunaan bahasa rojak menjadi berleluasa berpunca daripada
media sosial yang dari hari ke hari semakin berkembang. Sebenarnya, istilah bahasa rojak ini
telah mula dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi di mana pada ketika itu berlaku
perdagangan antarabangsa. Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa rojak ini juga telah menjadi
suatu kebiasaan dalam pertuturan seharian setiap individu khususnya dalam kalangan remaja
ketika mereka berkomunikasi. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka beranggapan bahawa
bertutur menggunakan bahasa rojak kelihatan lebih moden dan mudah untuk dikendalikan
berbanding bahasa Melayu baku yang termaktub dengan pelbagai syarat. Kesannya, keupayaan
bahasa Melayu bertahan dalam era siber ini semakin runtuh disebabkan oleh keupayaan
masyarakat penutur bahasa Melayu sendiri yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan
perubahan zaman yang berlaku. Justeru, sikap segelintir masyarakat seperti mereka ini akan
menjejaskan darjat sesebuah bahasa jika tidak diambil tindakan sewajarnya dalam kadar segera.

Selain itu, cabaran yang paling ketara ialah penguasaan bahasa Inggeris yang giat
bersaing dengan bahasa Melayu walaupun bahasa Inggeris dikatakan bukannya bahasa rasmi
negara Malaysia sejak dari tahun 1973 lagi. Menurut Sharifah Darmia (2019), beliau
menerangkan bahawa sektor swasta masih kekal menggunakan penguasaan bahasa Inggeris
sesama para pekerja bahkan penguasaan terhadap bahasa Inggeris ini merupakan salah satu
syarat untuk memilih pekerja-pekerja baru. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan
bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama dalam pertuturan masyarakat tidak kira peringkat usia
terutama di bandar-bandar yang besar. Seterusnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa

8

Kementerian Pendidikan Malaysia terlalu menekankan supaya pihak Universiti menggunakan
bahasa Inggeris dalam pengajaran kursus khususnya subjek Sains dan Matematik. Mereka
memikirkan bahawa ilmu-ilmu dan sumber rujukan berkaitan subjek tersebut hanya mudah
didapati daripada bahan bahasa Inggeris sahaja. Oleh itu, perkara seperti ini akan menjadi punca
bahasa Melayu kurang dimartabatkan sekali gus membenarkan bahasa Inggeris mengambil alih
posisi sebagai bahasa ibunda. Implikasinya, bahasa Rumi tidak akan dipraktikkan lagi oleh
masyarakat kerana terlupa ejaan yang sebenar.
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, sistem ejaan Rumi berperanan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, tulisan rumi telah berhadapan dengan pelbagai cabaran sehingga tidak
diendahkan lagi oleh penutur melayu. Justeru, besar harapan semua pihak agar setiap
masyarakat memainkan peranan masing-masing dalam usaha meluaskan lagi penggunaan
tulisan rumi dan bukan sahaja mengharapkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
menggerakkan inisiatif penyeragaman tulisan rumi di negara Malaysia.

9

RUJUKAN

Ismail bin Dahaman. (1996). Pedoman ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ahmad Hafiz. (2018). Sejarah Perkembangan secara ringkas. Lui Mewah. Retrieved September
11, 2022, dipetik daripada http://www.luimewah.net/cobra_ayaq/articles/kajian/bab2.htm
Juliet Akanishi. (2017, January 9). Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka | PDF. Scribd.
Retrieved September 11, 2022, dipetik daripada
https://www.scribd.com/document/336047709/Peranan-Dewan-Bahasa-Dan-Pustaka
Nur Baiti Nazri. (2016). (DOC) Sejarah Ejaan Jawi dan Rumi | Nur Baiti Nazri. Academia.edu.
Retrieved September 11, 2022, dipetik daripada
https://www.academia.edu/42039357/Sejarah_Ejaan_Jawi_dan_Rumi
Permata Timur II. (2010, August 10). Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Cikgu Saberi.
Retrieved September 11, 2022, dipetik daripada
http://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-ejaan-rumi-bahasa-melayu.html?m=1
Tan Kai Ru. (2021, November 14). DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA - Membalik Buku
Halaman 1-13. AnyFlip. Retrieved September 11, 2022, dipetik daripada
https://anyflip.com/cqmym/efwe/basic
Umi Khairina. (2021, November 17). Home. YouTube. Retrieved September 11, 2022, dipetik
daripada https://online.anyflip.com/vdwpz/pqlk/mobile/

10


Click to View FlipBook Version