Demi Tanah Airku, Malaysia!
Isi Kandungan Lagu Jalur Gemilang Sejarah Penciptaan Jalur Gemilang Maksud Warna & Lambang dalam Jalur Gemilang Nyanyian P rotokol Menggantung Jalur Gemilang 01 02 03 04
Sejarah 01 Penciptaan Jalur Gemilang
Sejarah Ringkas dalam Bentuk Video https://youtube.com/shorts/41Os3A1f7kU? si=SF5EGXm50efiQogu
Sejarah Bendera Malaysia Penciptaan Bendera daripada sebuah pertandingan: Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan telah mengadakan pertandingan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk pada Mei 1948 dan seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian. Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah telah dipilih sebagai pemenang. Penciptaan Bendera mengalami beberapa fasa perubahan reka bentuk: Reka bentuk Bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna diraja. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI.
Pertama kali bendera Malaysia dikibarkan: Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963. Bendera Malaysia Jalur Gemilang: Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.
Mohamed bin Hamzah
02 Nyanyian Lagu Jalur Gemilang
Pautan YouTube: https://youtu.be/YO6fen9iyh0?si =8nBh7fKC45xVVV-F
Maksud 03 Warna & Lambang dalam Jalur Gemilang
Maksud Warna Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Merah Melambangkan keberanian & bersedia dalam menghadapi segala rintangan. P utih Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan. Biru Kuning Melambangkan kedaulatan Raja Berpelembagaan.
Maksud Lambang Anak Bulan Bintang Melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan. Melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara.
Protokol 04 Menggantung Jalur Gemilang
Pengenalan Bendera adalah lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat, kekuasaan dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Maka, bendera Malaysia ini perlu dikibarkan secara tertib sebagai lambang kebesaran dan kedaulatan negara sama ada sewaktu menaikkan atau menurunnya. Sebelum mengibarkan Jalur Gemilang, kita perlu mengambil kira faktor tempat, masa, saiz bendera, tiang dan susunan bendera sekiranya lebih daripada satu jenis bendera bagi mengelakkan kesalahan protokol mengibarkannya.
Rujuk buku teks (m/s 96-97)
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon, infographics and images by Freepik Terima Kasih!