Bahasa Melayu
Hari : Khamis Tarikh:15.07.2021
Buku teks : m/s 85
Arahan : Baca dan tuliskan pendapat anda.
Pulau Payar merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terdapat di Kedah, Malaysia di
kawasan perairan Selat Melaka. Taman laut ini terdiri daripada empat pulau iaitu Pulau Payar, Pulau
Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang. Pemandangan pulau ini memang cantik dan asli.
Bongkah batu di pinggir pantai bagai disusun rapi, pasirnya putih bersih dan airnya sangat jernih
hinggakan belang pada badan anak ikan boleh dilihat dengan jelas. Setiap bulan seramai 10,000
pengunjung datang ke sini.
Keistimewaan:
Ikan pelbagai bentuk dan warna seperti merah, biru dan hijau, ikan berwarna jingga pun ada.
Paling menarik ialah ikan bayan (warnanya seperti burung bayan), yang besar dan berenang
tenang. Gigitan halus ikan-ikan cantik yang berebut roti terasa-rasa di tangan.
Petugas taman laut memberi makan ikan alu-alu atau baracuda yang datang dalam kumpulan
kira-kira 20 ekor. Saiznya dianggarkan melebihi satu meter panjang.
Pusat pembiakan dan pengembangan semula jadi beberapa spesies marin.
Ada lima jenis tukun ditenggelamkan di sini untuk pembiakan spesies laut yang berbeza:
Tayar
Polivinil klorida (PVC)
Konkrit
Bot buruk
Seramik
Tukun paip seramik amat sesuai untuk pembiakan udang karang manakala tukun bot yang
diletakkan di Pulau Kaca pada kedalaman 21 hingga 24 meter menjadi tempat bermain ikan yang
lebih besar. Menariknya, setiap tukun diletakkan di lokasi yang berbeza dan ia boleh dilawati.
Jika ingin melawat batu karang juga boleh mengunjungi Taman Karang yang terletak di hujung
Pulau Payar. Batu karang di sini adalah karang lembut yang tumbuh setempat atau berkoloni pada
batu pada kedalaman sehingga 18.3 meter. Uniknya, karang ini tiada rangka berkapur yang keras.
Karang seperti Scleratis mempunyai pelbagai bentuk dengan warna bergemerlapan.
Kemudahan yang ada
Jeti yang memudahkan pelawat turun dan naik bot pelancong.
Ada ada 12 chalet unik berbentuk bola tetapi ia hanya dibuka untuk kegunaan pada siang hari
saja. Kebanyakan pengunjung balik hari kerana di sini bukan saja tiada restoran, tempat
bermalam dan sumber air tawar.
Terdapat 183 anak tangga tersedia untuk didaki bermula di Pantai Teluk Wangi. Namun, tarikan
hidupan aktif yang berwarna-warni di laut lebih kuat.
Pelantar yang dibina di sepanjang tepi pantai.
Tiga wakaf atau gazebo untuk menjamah bekalan yang dibawa atau duduk santai menikmati
keindahan alam.
Peraturan
Taman Laut Negeri Kedah, pengurusan Taman Laut Pulau Payar mengenakan peraturan ketat:
Setiap sampah yang dibawa masuk hendaklah dibawa balik.
Pengunjung perlu membawa bekalan sendiri.
Selepas makan, jangan lupa masukkan semula semua sampah dalam beg untuk di bawa
pulang bagi mengelakkan pencemaran taman laut.
Sebarang aktiviti memancing dalam perairan 2.7 batu nautika akan dikenakan tindakan undang-
undang
Program Penanaman Terumbu Karang
Mari menyelematkan dan membantu menanam terumbu karang. Membantu dalam
menanam terumbu karang menunjukan bahwa kita peduli alam, karena terumbu karang laut
adalah alat penting untuk meningkatkan jumlah terumbu karang dunia.
Dengan ikut serta program menanam terumbu karang, kami berharap penduduk dunia akan
ikut membantu dalam pemulihan terumbu karang. Manusia sudah merusak terumbu karang
oleh karenanya mari kita membantu memulihkannya. Terumbu karang membutuhkan waktu
untuk tumbuh dari biji hingga menjadi terumbu karang besar.
\
Nyatakan pendapat kamu berdasarkan gambar yang dipaparkan.
1. Soalan : Mengapakah Taman Laut Pulau Payar sangat indah? Berikan
pendapat kamu.
Pendapat saya : Pada pendapat saya, Taman Laut Pulau Payar sangat indah
kerana di sana terdapat banyak hidupan laut yang cantik
seperti ikan dan terumbu karang.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
2. Soalan : Bagaimanakah keindahan alam di Taman Laut Pulau Payar kekal
terpelihara?
Pendapat saya :
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
3. Soalan : Apakah pendapat kamu tentang Program Penanaman anak Terumbu
Karang?
Pendapat saya :
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________