The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by malaekhaarora, 2024-02-18 19:55:46

FUN DART BERPASUKAN..

FUN DART BERPASUKAN..

PERATURAN PERTANDINGAN FUN DART BERPASUKAN 1.0 NAMA PERTANDINGAN 1.1 Nama Pertandingan: FUN DART BERPASUKAN 1.2 Tempat: Dewan Abdul Aziz IKM TSYA 1.3 Masa: 2.00ptg hingga 5.00ptg 1.4 Tarikh: Minggu Aktiviti Sesi Jan - Jun 2024 2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN 2.1 Setiap pasukan mestilah berada di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan di mulakan. Sekiranya lewat, pasukan itu dikira kalah. 2.2 Pasukan mestilah menyerahkan borang pemain kepada Pengadil 30 minit sebelum perlawanan bermula. Pindaan nama pemain tidak dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Urusetia Pertandingan dan pasukan lawan. 2.3 Setiap pasukan perlu menggunakan darts sendiri dan dibenarkan berkongsi darts antara pemain. 3.0 PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN 3.0 Setiap Jabatan hanya boleh menghantar Satu Pasukan Sahaja untuk mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. 3.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh jawatankuasa Pertandingan. 3.2 Setiap pasukan hanya boleh menghantar satu (1) pasukan seperti berikut: BIL PERKARA JUMLAH 1 Pemain Lelaki 3 orang (Termasuk Simpanan) 2 Pemain Wanita 1 orang JUMLAH 4 orang 3.3 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini. 4.0 ACARA / FORMAT PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan ini dijalankan secara berikut: Threesome : 501 (Best of 3 legs) 5.0 PAKAIAN PERTANDINGAN 5.1 Pemain hendaklah berpakaian kemas, bermain tanpa memakai kasut, berseluar pendek atau menggunakan selipar atau memakai kameja T tanpa kolar atau tanpa lengan adalah tidak dibenarkan.


6.0 SISTEM PERTANDINGAN 6.1 Permainan akan dijalankan secara kalah singkir sehingga ke peringkat akhir. 6.2 Pertandingan akan dimulakan secara undian yang akan dilakukan oleh pengadil (chalker) secara lambungan duit syiling (Toss of a Coin). 6.3 Semua permainan dimulakan dengan straight start dan ditamatkan dengan double. 6.4 Sekiranya mana-mana pasukan tidak mendapat mata double setelah 3 kali balingan, pengadil berhak untuk menamatkan pertandingan dengan kiraan balingan dart dengan mata tertinggi dikira sebagai pemenang. 6.5 Di dalam permainan threesome, pemain yang namanya tercatat sebagai pemain pertama akan memulakan permainan. 6.6 Pemain dibenarkan berbincang atau mendapat buah fikiran dari mana-mana pemain dalam “in between throws”. 6.7 Hanya dart yang melekat di Dartboard diambil kira sebagai score setelah ketiga-tiga dart dibaling. 6.8 Pemain tidak dibenarkan mencabut dartnya dari Board sehingga ia bersetuju dengan score yang diperolehi atau sebelum chalker membuat kiraan. 6.9 Mana-mana salah kira yang dibuat chalker mengenai baki mata, pemain hendaklah memberitahu chalker berkenaan dan diperbetulkan sebelum pemain tersebut meneruskan balingannya. Sekiranya tidak ada sebarang bantahan yang dibuat oleh mana-mana pihak, maka kesilapan itu akan ditetapkan sah dan sebarang perubahan atau score tersebut tidak akan dilayan. 6.10 Kemenangan setiap pasukan adalah dikira mengikut leg yang dimenangi. 7.0 CHALKER 7.1 Chalker hanya disediakan pada acara pertama kategori berpasukan (threesome), peringkat separuh akhir dan akhir bagi setiap kategori yang dipertandingkan 7.2 Setiap pasukan hendaklah menyediakan chalker sendiri bagi acara berpasukan. Pemenang akan menjadi chalker secara automatik untuk perlawanan seterusnya. 8.0 PERTUKARAN PEMAIN 8.1 Setiap pasukan hanya boleh menukar 1 orang pemain dalam satusatu pertandingan sahaja. 9.0 MENARIK DIRI, DAN GAGAL HADIR 9.1 Mana-mana pasukan menarik diri, dan gagal melaporkan diri kepada pegawai pertandingan pada tarikh dan masa yang ditetapkan di dalam jadual pertandingan akan dikira kalah. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 10.0 HADIAH 10.1 Tempat 1: 10.2 10.3 10.4 Tempat 2: Tempat 3: Tempat 4:


11.0 Jadual Pertandingan:


12. Borang Pendaftaran Pertandingan Fun Dart Berpasukan NAMA PASUKAN : JABATAN: _____________ NO NAMA AHLI NO. KP PROGRAM SEMESTER NO. TELEFON 1 - - 2 - - 3 - - 4 - - _________________________ Tandangan Wakil Pasukan Nama: Tarikh:


Click to View FlipBook Version