The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norainiiis, 2021-07-31 10:38:21

modul pengajaran kewangan

modul pengajaran kewangan

MODUL KURSUS
PEMBANGUNAN PROFESIONAL

Modul Pengajaran Keupayaan
Kewangan yang Efektif

PANEL PENULIS :
1. Hjh Idawati Che Mat
2. Hj Hashin Mohammad
3. En. Osman Kadir
4. Dr.Mohd. Zamri Abdullah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tajuk 1 - 2

KEUPAYAAN KEWANGAN YANG
EFEKTIF|

Kandungan

Tajuk Muka Surat

Kandungan .................................................................................................................. i
PENGENALAN ............................................................................................................ 1

TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA CELIK KEWANGAN ............................................. 2

Pengenalan ............................................................................................................................................
2
Hasil Pembelajaran ...............................................................................................................................
2

1.1 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pengguna .................................................................................... 2
1.1.1 Pertambahan dan Peningkatan Kerumitan Produk dan Perkhidmatan Kewangan .............. 2
1.1.2 Ketidakseimbangan Kuasa Tawar-Menawar ........................................................................ 3
1.1.3 Transaksi Maya Dan Tanpa Sempadan ............................................................................... 3
1.1.4 Celik Kewangan dan Kecenderungan Tingkah Laku ............................................................ 3
1.1.5 Penduduk Menua dan Peningkatan Jangka Hayat ............................................................... 4
1.1.6 Peningkatan Penipuan Kewangan ........................................................................................ 4

1.2 Kepentingan Literasi Kewangan Dalam Pendidikan.................................................................. 4
1.2.1 Pengurusan Kewangan Peribadi Secara Efektif ................................................................... 5
1.2.2 Pemahaman Produk, Konsep dan Risiko Kewangan ........................................................... 5
1.2.3 Kesejahteraan Kewangan ..................................................................................................... 6

TAJUK 2 : WANG, SUMBER PENDAPATAN DAN KERJAYA ...................................... 7
Pengenalan ............................................................................................................................................
7
Hasil Pembelajaran ...............................................................................................................................
7

2.1 Peranan wang .................................................................................................................................
7

2.1.1 Definisi Wang ........................................................................................................................ 7
2.1.2 Ciri-Ciri Wang ........................................................................................................................ 8
2.1.3 Fungsi Wang ......................................................................................................................... 8

2.2 Sumber Pendapatan dan Sumber Pendapatan Alternatif .......................................................... 9
2.2.1 Jenis-Jenis Sumber Pendapatan .......................................................................................... 9

2.3 Implikasi Pilihan Kerjaya, Pendidikan, Kemahiran dan Keadaan Ekonomi ke atas

Tajuk 1 - 3

Pendapatan ....................................................................................................................................
9 2.3.1 Implikasi Pilihan Kerjaya Ke Atas Pendapatan ...................................................................
10
2.3.2 Implikasi Tahap Pendidikan Ke Atas Pendapatan. ............................................................. 10
2.3.3 Implikasi Kemahiran Ke Atas Pendapatan .......................................................................... 11
2.3.4 Implikasi Ekonomi Ke Atas Pendapatan ............................................................................. 11

2.4 Faktor Mempengaruhi Pendapatan Boleh Guna ...................................................................... 11

2.5 Instrumen Kewangan Yang Berlainan .......................................................................................12

2.6 Kesan Pendapatan Ke Atas Gaya Hidup, Pilihan Dan Keputusan Berbelanja .......................
13

2.6.1 Kesan Pendapatan Ke Atas Gaya Hidup ............................................................................ 13
2.6.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelian Barangan Pengguna ................................ 13

Lampiran 2.1 .......................................................................................................................................10
Lampiran 2.2 ................................................................................................................................. ….10

TAJUK 3 TANGGUNGJAWAB DAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN .............. …………...15
Pengenalan ..........................................................................................................................................
15
Hasil Pembelajaran .............................................................................................................................
15

3.1 Keputusan Kewangan Secara Bertanggungjawab .................................................................. 15
3.1.1 Keputusan Kewangan Pada Setiap Peringkat Kehidupan .................................................. 15
3.1.2 Sikap Dan Nilai Individu Dalam Mempengaruhi Keputusan Kewangan ............................. 17
3.1.3 Etika Dalam Keputusan Kewangan Peribadi ...................................................................... 17
3.1.4 Tingkah Laku Tidak Beretika Dan Kesan Terhadap Masyarakat ....................................... 18

3.2 Sumber-Sumber Maklumat Kewangan .......................................................................................
18

3.2.1 Menilai Maklumat Kewangan Daripada Sumber Tertentu .................................................. 19
3.2.2 Pelbagai Jenis Penipuan Kewangan .................................................................................. 19

3.3 Undang-Undang Perlindungan Pengguna .................................................................................
19

3.3.1 Kepentingan Undang-Undang Dan Dokumentasi Bertulis .................................................. 20

Tajuk 1 - 4

KEUPAYAAN KEWANGAN YANG
EFEKTIF|

PENGENALAN

PENGENALAN

Modul Keupayaan Kewangan Yang Efektif ini dihasilkan supaya guru-guru menguasai
pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan peribadi yang berkesan dengan
menganalisis, menilai dan seterusnya mampu membuat keputusan kewangan dengan bijak.
Pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan tersebut juga kan membantu guru untuk
mengurus kewangan peribadi dengan teratur dan meningkatkan keyakinan mereka untuk
menyampaikan ilmu dan membina kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan murid
sekolah.
Modul ini dibina sebagai persediaan dan panduan kepada guru yang mungkin terpaksa
menempuhi cabaran dunia materialistik, agar mereka dapat menguruskan kewangan secara
berhemah.
Berikut adalah tajuk-tajuk yang diliputi dalam kursus ini :
• Pengenalan kepada Celik Kewangan
• Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya
• Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan

Tajuk 1 - 5

TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA CELIK KEWANGAN

TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA CELIK KEWANGAN

Pengenalan

Pendidikan kewangan merupakan elemen penting dalam Abad Ke-21 sebagaimana
yang dinyatakan oleh pihak International Networking and Financial Education (INFE)
dan Organisation of Economic Co-operation and Development (OECD), yang
memperakui bahawa masyarakat celik kewangan berperanan dalam pembangunan
dan kestabilan ekonomi bagi membina sesebuah negara yang sejahtera (Rubayah
Yakob, Hawati Janor dan Nur Ain Khamis, 2015). Malah, kebolehan masyarakat
dalam mengurus wang dengan cekap dan kompeten adalah penting sebagai
persediaan untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.

OECD mentakrifkan celik kewangan sebagai pengetahuan dan pemahaman konsep
kewangan dan risiko, kemahiran, motivasi dan keyakinan untuk mengaplikasikan
pengetahuan dan pemahaman tersebut untuk membuat keputusan yang efektif
meliputi semua konteks kewangan (Rubayah Yakob et. al, 2015). Perkara ini
bertujuan untuk meningkatkan kedudukan kewangan individu dan masyarakat, dan
membolehkan pengguna turut serta dalam kegiatan ekonomi negara.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat :
(a) menerangkan cabaran yang dihadapi oleh pengguna dalam mengurus kewangan

peribadi mereka;
(b) menyenaraikan kepentingan literasi kewangan dalam pendidikan.

1.1 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pengguna

Cabaran yang dihadapi oleh pengguna adalah seperti berikut :
1.1.1 Pertambahan dan Peningkatan Kerumitan Produk dan Perkhidmatan Kewangan

Pada masa kini terdapat pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan ditawarkan di
pasaran. Sesetengah produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan adalah rumit
untuk difahami pengguna. Oleh sebab itu pengguna perlu dan berhak untuk mendapatkan

Tajuk 1 - 6

KEUPAYAAN KEWANGAN YANG
EFEKTIF|

maklumat produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan. Pengguna berhak untuk
bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya.

Kehendak pengguna juga cepat berubah seiring dengan peningkatan tahap kesedaran serta
pertambahan kekayaan dan kemewahan. Kesannya, pengguna kini menuntut pilihan produk
yang lebih baik, ketelusan dan penzahiran yang lebih bermakna serta amalan penyedia
perkhidmatan kewangan yang lebih berorientasikan pengguna. Dengan meningkatnya
kesedaran pengguna tentang hak dan tanggungjawab mereka, pengguna lebih yakin untuk
mempertahankan hak mereka untuk menyelesaikan pertikaian melalui proses
undangundang.

1.1.2 Ketidakseimbangan Kuasa Tawar-Menawar

Peningkatan kuasa dalam kalangan pengguna turut meningkatkan jangkaan terhadap
penyedia perkhidmatan kewangan untuk menerapkan amalan kendalian perniagaan yang
lebih baik, termasuk piawaian penzahiran dalam budaya perniagaan mereka. Model
perniagaan penyedia perkhidmatan kewangan perlu disokong oleh rangka kerja yang kukuh,
yang mengutamakan layanan adil kepada pengguna dengan respons yang proaktif terhadap
keperluan pelanggan yang berubah-ubah. Ciri-ciri produk perlu mengambil kira keperluan
dan kepentingan pelanggan. Pengedaran produk dan perkhidmatan perlu dilakukan dengan
teliti bagi mengurangkan risiko kesilapan jualan dan risiko reputasi. Penyedia perkhidmatan
kewangan hendaklah memastikan bahawa sistem pemantauan dan kawalan yang sesuai
perlu wujud terlebih dahulu sebelum sebarang produk diperkenalkan di pasaran. Ini
termasuk latihan yang bersesuaian untuk kakitangan pemasaran.

1.1.3 Transaksi Maya Dan Tanpa Sempadan

Dalam era teknologi masa kini, banyak laman web yang boleh dicapai yang mempunyai
fungsinya yang tersendiri. Dengan kecanggihan dunia di hujung jari, segalanya mungkin
untuk dilakukan termasuk melakukan transaksi jual beli secara atas talian. Jika suatu ketika
dahulu, jual beli dilakukan secara manual, iaitu pembeli dan penjual berada pada tempat
yang sama dan urusan pembayaran juga dilakukan pada masa yang sama, kini tidak lagi.
Dengan bermulanya era pembelian secara atas talian dan juga kewujudan laman e-dagang,
membeli secara maya bukan lagi janggal untuk dilakukan pada era ini. Dengan transaksi
maya dan tanpa sempadan ini, sebarang kemungkinan terlebih berbelanja dan penipuan
mungkin berlaku. Disinilah pengetahuan tentang celik kewangan perlu diterapkan kepada
bakal-bakal pengguna yang menggunakan e-dagang.

1.1.4 Celik Kewangan dan Kecenderungan Tingkah Laku

Kekayaan yang bertambah mendorong pengguna untuk mencari produk dan perkhidmatan
kewangan bagi meningkatkan dan melindungi kedudukan kewangan mereka. Dalam hal ini,
kemudahan untuk mengakses lebih banyak maklumat yang relevan menjadi begitu penting
bagi memudahkan pengguna membuat keputusan bijak mengikut keperluan, keupayaan
menyerap risiko dan kedudukan kewangan mereka. Pengetahuan yang terhad tentang
kewangan di samping kekurangan akses kepada maklumat yang relevan menyebabkan

Tajuk 1 - 7

pengguna tidak dapat memahami sepenuhnya kecanggihan sesetengah produk kewangan,
apatah lagi untuk memahami kos sebenar serta risiko yang mungkin dibawa oleh produk
tersebut. Akibatnya, pengguna terdedah kepada risiko memilih produk yang tidak sesuai dan
tidak selari dengan keperluan mereka.

Amalan jualan oleh pengantara dan kakitangan penyedia perkhidmatan kewangan yang
agresif juga boleh mendorong ke arah pembelian produk yang tidak sesuai, yang
kemudiannya menimbulkan pertikaian.

1.1.5 Penduduk Menua dan Peningkatan Jangka Hayat

Pertambahan penduduk yang berumur 70 tahun ke atas di Malaysia semakin meningkat.
Dalam hal ini, isu kendalian hidup warga tua menjadi semakin kritikal dalam dekad yang
akan datang. Dalam konteks ini, kita harus memikirkan langkah-langkah yang terbaik bagi
menangani isu tersebut.

Pelbagai produk perkhidmatan kewangan yang disediakan seperti insurans hayat, skim
pesaraan, simpanan perlu dititkberatkan dalam menangani isu kendalian hari tua.

1.1.6 Peningkatan Penipuan Kewangan

Keinginan untuk cepat kaya menyebabkan manusia tertipu dengan pelbagai skim permainan
wang. Setiap kali anda melabur wang hasil titik peluh, anda haruslah berwaspada terhadap
skim cepat kaya. Selalunya skim ini menjanjikan pulangan yang tinggi dengan risiko yang
rendah atau tanpa risiko. Skim cepat kaya sering kali dipromosikan melalui pelbagai saluran
media seperti internet dan sistem pesanan ringkas (sms). Sekiranya anda berhadapan
dengan skim seperti ini, anda perlu lebih berhati-hati. Jika skim tersebut nampak terlalu
menguntungkan, berkemungkinan besar ianya adalah suatu skim penyelewengan
kewangan.

Diberitakan bahawa antara tahun 2008 – 2010, jumlah kerugian rakyat Malaysia kerana
terpedaya dengan pelbagai skim permainan wang dianggarkan mencecah sehingga RM 3
bilion.

1.2 Kepentingan Literasi Kewangan Dalam Pendidikan

Individu dikatakan celik kewangan jika mereka mampu menguruskan kewangan mereka
dengan baik. Celik kewangan diperoleh melalui pengalaman praktikal dan integrasi ilmu yang
aktif. Kaji Selidik Financial Capability and Inclusion Demand Side (FCI) 2015 oleh Bank
Negara Malaysia menunjukkan bahawa walaupun infrastruktur kewangan untuk
menggalakkan akses kepada produk dan perkhidmatan kewangan dibangunkan dengan baik
di Malaysia, pengguna masih kurang mahir membuat keputusan kewangan yang baik.
Ringkasan pemerhatian utama kaji selidik FCI ditunjukkan dalam Jadual 1.1 di bawah:

Tajuk 1 - 8

KEUPAYAAN KEWANGAN YANG
EFEKTIF|

Jadual 1.1 : Kaji Selidik FCI 2015 : Pemerhatian Utama Mengenai Tahap Celik dan Keupayaan
Kewangan di Malaysia

Pengetahuan (55.0)
• Terdapat kesedaran umum mengenai produk dan perkhidmatan kewangan, di samping
pemahaman konsep asas kewangan seperti risiko dan pulangan serta inflasi.
• Kebanyakan pengguna kurang memahami konsep dan kepentingan pempelbagaian.
Pengguna juga sukar memahami konsep numerasi pengiraan nilai wang mengikut masa
(time value of money), faedah dan prinsipal serta faedah kompaun.
• Pelanggan AKPK dan usahawan mikro menunjukkan pemahaman yang lebih baik mengenai
produk kewangan lazim, numerasi dan konsep kewangan.

Tingkah Laku (58.4)
• Pengguna pada amnya menyatakan bahawa mereka berhemat dalam perbelanjaan dan
mampu membayar balik hutang. Hanya 19% responden mengakui hutang mereka
membebankan.
• Sebilangan besar pengguna tidak bersedia menanggung perbelanjaan yang tidak dijangka,
dengan 76% responden mengakui bahawa mereka akan menghadapi kesukaran untuk
menyediakan wang sebanyak RM1,000 apabila diperlukan semasa kecemasan.
• Kebanyakan pengguna menyatakan mereka akan menghadapi tekanan kewangan
sekiranya hilang punca pendapatan, dengan hanyak 6% responden yakin mereka akan
dapat memenuhi obligasi kewangan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan
selepas hilang punca pendapatan.
• Hanya 40% responden bersedia dari segi kewangan untuk tempoh persaraan, manakala
92% bimbang akan kedudukan kewangan mereka apabila usia semakin lanjut.

Sikap (56.3)
• Pengguna cenderung untuk tidak berfikir panjang serta memberi tumpuan pada keperluan
jangka pendek dengan mengorbankan keperluan masa akan datang.
• Pelanggan AKPK kurang kawalan kendiri dalam pengurusan kewangan mereka dan pada
amnya mempunyai pandangan jangka pendek apabila membuat pilihan kewangan.

Sumber : Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2015,
Bank Negara Malaysia

1.2.1 Pengurusan Kewangan Peribadi Secara Efektif

Pengurusan dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan
kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kewangan. Kegagalan merancang
kewangan dengan bijak merupakan punca utama seseorang individu terjebak dengan
pelbagai masalah dalam kehidupan.

Tajuk 1 - 9

Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya akan
memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan dan memberi hala tuju
yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai.

1.2.2 Pemahaman Produk, Konsep dan Risiko Kewangan
Pemahaman tentang produk kewangan yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan
pada masa kini sangat penting untuk menangani sebarang risiko kewangan yang bakal
dihadapi oleh individu. Walaupun setiap produk kewangan yang ditawarkan mempunyai
keistimewaan, pemahaman terperinci dari segi konsep, ciri-ciri dan pengendalian produk
akan membantu pengguna menangani sebarang penyelewengan kewangan. Sila rujuk
Lampiran 1 untuk contoh-contoh yang berkaitan.
1.2.3 Kesejahteraan Kewangan
Zaimah R, Jariah Masud, Sharifah Azizah Haron, Mumtazah Othman, Sarmila MS, Abd Hair
Awang, (2014) memetik pandangan Porter dan Garman (1993) mendefinisikan
kesejahteraan kewangan sebagai suatu ukuran situasi kewangan individu berasaskan
objektif dan persepsi ke atas kedudukan kewangan. Manakala Goldsmith (2005) dalam
Zaimah et. al (2014) merujuk kesejahteraan kewangan kepada kecukupan dan keteguhan
ekonomi individu atau keluarga yang merangkumi usaha melindungi diri daripada risiko
ekonomi seperti kehilangan pekerjaan, kesakitan dan kemiskinan. Secara umumnya individu
atau keluarga yang telah mencapai kesejahteraan kewangan adalah mereka yang telah
teguh kewangan mereka dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Mereka sudah
mempunyai simpanan masa hadapan yang mencukupi untuk meneruskan hidup mereka.

Latihan Kendiri :

Perincikan DUA kepentingan literasi kewangan dalam pendidikan.

Tajuk 1 - 10

KEUPAYAAN KEWANGAN YANG
EFEKTIF|

Tajuk 1 - 11

AJUK 2 : WANG, SUMBER PENDAPATAN DAN KERJAYA

TAJUK 2 WANG, SUMBER PENDAPATAN DAN
KERJAYA

Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang peranan wang dan pelbagai sumber pendapatan
yang boleh diterima oleh individu. Disamping itu juga pelajar akan didedahkan
tentang implikasi pilihan kerjaya, pendidikan, kemahiran dan keadaan ekonomi ke
atas pendapatan. Faktor yang mempengaruhi pendapatan boleh guna juga akan
dibincangkan pada akhir bab ini dan sekaligus memperkenalkan instrumeninstrumen
kewangan yang berlainan serta kesan pendapatan ke atas gaya hidup, pilihan dan
keputusan berbelanja individu.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
(a) mengenal pasti peranan wang,
(b) mengenal pasti sumber pendapatan dan sumber pendapatan alternatif,
(c) mengenal pasti pilihan kerjaya, pendidikan, kemahiran dan keadaan ekonomi ke

atas pendapatan,
(d) menjelaskan faktor yang mempengaruhi pendapatan boleh guna,
(e) menjelaskan jenis-jenis instrumen kewangan dan
(f) menjelaskan kesan pendapatan ke atas gaya hidup, pilihan dan keputusan

berbelanja.

2.1 Peranan wang

2.1.1 Definisi Wang

Wang boleh didefinisikan sebagai suatu barang yang diterima umum oleh masyarakat
sebagai alat perantaraan dalam kegiatan jual beli serta urusniaga lain. Misalnya, wang kertas
dan duit syiling telah diterima oleh masyarakat Malaysia sebagai alat perantaraan dalam
melakukan aktiviti jual beli atau tukar menukar barangan dan perkhidmatan.

KKWK3013 KEUPAYAAN KEWANGAN |

2.1.2 Ciri-Ciri Wang

• Diterima umum
• Penawaran terhad
• Bernilai stabil
• Bernilai seragam
• Berbentuk seragam
• Mudah dibahagikan
• Mudah dibawa

• Mudah dikenali
• Tahan lama

2.1.3 Fungsi Wang

Dalam ekonomi moden, masyarakat menggunakan wang sebagai alat pertukaran untuk
mendapatkan sesuatu barang dan perkhidmatan. Berikut adalah fungsi wang yang
digunakan dalam urusniaga, iaitu:-

(a) Alat perantaraan pertukaran

Dengan menggunakan wang, individu yang inginkan sesuatu barang tidak lagi memerlukan
dua kehendak serentak. Ia hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan
barang dan perkhidmatan berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk
mendapatkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan.

(b) Alat satuan/ukuran nilai

Dengan menggunakan wang, individu akan menilai sesuatu barang dan perkhidmatan dalam
unit wang iaitu ringgit dan sen. Pembeli boleh membandingkan nilai sesuatu barang dan
perkhidmatan dengan yang lain dalam unit ukuran yang sama.

(c) Alat bayaran tertunda

Wang boleh digunakan dalam urusniaga kredit kerana nilainya yang stabil. Peniaga boleh
menangguhkan pembayaran hutang kepada suatu masa yang dipersetujui dengan
perantaraan wang.

(d) Alat penyimpan nilai

Wang boleh dijadikan sebagai alat penyimpanan nilai yang baik kerana nilainya yang stabil
dan sifatnya yang tahan lama. Dalam ekonomi yang stabil, masyarakat cenderung
menyimpan kekayaan dalam bentuk wang di institusi kewangan untuk memenuhi
perbelanjaan pada masa akan datang. Dengan menyimpan kekayaan dalam bentuk wang,
maka penabung akan dibayar faedah atas tabungan yang mereka lakukan.

Tajuk 2 - 7

KKWK3013 KEUPAYAAN KEWANGAN |

2.2 Sumber Pendapatan dan Sumber Pendapatan Alternatif
2.2.1 Jenis-Jenis Sumber Pendapatan
Terdapat tiga jenis sumber pendapatan iaitu :
(a) Pendapatan Aktif
Pendapatan yang diperolehi setelah sesuatu perkhidmatan atau tugas telah dilaksanakan.
Contoh: upah, tips, gaji, komisen, dan pendapatan daripada perniagaan.
(b) Pendapatan Pasif
Pendapatan ini diperolehi secara berkala tetap atas kerja-kerja atau usaha yang minimal.
Pendapatan ini akan terus diperoleh walaupun kerja tersebut telah terhenti. Kebanyakan
jenis pendapatan pasif diperoleh daripada sewa hartanah, pulangan pelaburan saham,
pencen, royalti dan perjanjian lesen/permit.
(c) Pendapatan Sampingan
Pendapatan sampingan ialah pendapatan yang diperoleh hasil daripada perniagaan atau
pekerjaan sambilan. Contoh, seorang guru berniaga secara dalam talian.
2.3 Implikasi Pilihan Kerjaya, Pendidikan, Kemahiran dan Keadaan Ekonomi

ke atas Pendapatan

Tajuk 2 - 8

KKWK3013 KEUPAYAAN KEWANGAN |

Rajah 2. 1 Implikasi Pilihan Kerjaya, Pendidikan, Kemahiran dan Keadaan Ekonomi ke atas
Pendapatan

2.3.1 Implikasi Pilihan Kerjaya Ke Atas Pendapatan

Pemilihan kerjaya pada masa kini merupakan satu cabaran besar yang perlu dilalui oleh
semua individu yang bakal menempuh alam pekerjaan. Kebanyakan daripada kita memilih
kerjaya berdasarkan kepada minat, tidak kurang pula yang meletakkan pendapatan atau gaji
sebagai perkara utama dalam pemilihan kerjaya. Namun, banyak lagi faktor yang
mempengaruhi seseorang dalam pemilihan kerjaya mereka. Antara faktor-faktor yang
dikenalpasti adalah seperti berikut;

 Gaji dan Upah

Pembayaran yang dibuat oleh majikan kepada seseorang atas sumbangan
perkhidmatan dari segi kepakaran dan tenaga fizikal.

 Faedah sampingan

Di sediakan oleh majikan kepada pekerja untuk menjaga kebajikan pekerja.
Sebagai contoh, kos perubatan, tempat tinggal, cuti bersalin, kemudahan
beribadat dan kemudahan rekreasi.

 Suasana di tempat kerja

Memilih pekerjaan yang mempunyai suasana tempat kerja yang selamat dan
selesa.

• Minat
Pilihan pekerjaan berdasarkan kepada perkara yang disukainya.

• Pengaruh keluarga
Memilih pekerjaan mengikut tradisi keluarga.

 Prospek pekerjaan mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat,
menghadiri kursus latihan untuk peningkatan
Melihat pekerjaan tersebut
melanjutkan pelajaran dan
kemahiran diri.

 Pengalaman

Berpeluang untuk mendapatkan kemahiran dan pengalaman demi masa depan
yang lebih baik.

• Kelayakan akademik
Pemilihan kerjaya berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki.

• Jarak
Jarak tempat kerja dari tempat kediaman.

Tajuk 2 - 9

KKWK3013 KEUPAYAAN KEWANGAN |

 Keadaan ekonomi
Keadaan ekonomi yang stabil menjanjikan prospek kerjaya yang baik.

2.3.2 Implikasi Tahap Pendidikan Ke Atas Pendapatan.

Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas peluang dan kualiti kehidupan manusia.
Melalui pendidikan seseorang berupaya mengurus hidup mereka dengan berkualiti kerana
faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima. Pendidikan juga
mampu menentang kemiskinan, meningkatkan tahap kehidupan seseorang, membina
keyakinan diri serta mampu memberi seseorang itu nikmat kemudahan yang ada
dipersekitarannya. Pendidikan yang baik akan membuka jalan kepada seseorang untuk
mendapatkan pekerjaan yang baik dan seterusnya pendapatan yang lumayan (Affizal
Ahmad, 2007).

2.3.3 Implikasi Kemahiran Ke Atas Pendapatan

Sektor pembuatan di Malaysia telah mengalami perubahan yang pesat dalam proses
pengeluarannya daripada berintensifkan buruh kepada berintensifkan modal. Keadaan ini
telah menyebabkan perubahan dalam komposisi kemahiran dengan peningkatan permintaan
kepada buruh profesional dan mahir. Kesan selanjutnya berlaku perubahan keatas upah di
mana buruh yang berkemahiran sangat diperlukan.

2.3.4 Implikasi Ekonomi Ke Atas Pendapatan

Pembangunan ekonomi Malaysia telah memberi impak yang besar terhadap agihan
pendapatan. Pembangunan ekonomi yang stabil mampu menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan. Keadaan ini boleh menjana pendapatan dan taraf hidup yang lebih tinggi.

Latihan Kendiri : Bincangkan

Apakah faktor -faktor yang anda pertimbangkan dalam pemilihan kerjaya?

2.4 Faktor Mempengaruhi Pendapatan Boleh Guna

Pendapatan Boleh Guna ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh individu setelah ditolak
cukai pendapatan perseorangan. Pendapatan Boleh Guna adalah lebihan pendapatan yang
boleh digunakan untuk perbelanjaan dan tabungan.

Pendapatan Boleh Guna boleh dirumus seperti berikut:

Tajuk 2 - 10

KKWK3013 KEUPAYAAN KEWANGAN |

Pendapatan Boleh Guna = Pendapatan − Cukai Pendapatan
Perseorangan Perseorangan

(Sila rujuk kepada Lampiran 2.1 untuk memahami pengiraan Pendapatan Boleh Guna)

Faktor yang mempengaruhi pendapatan boleh guna adalah pelepasan cukai dan rebat.
Berikut adalah contoh item-item pelepasan cukai dan rebat (berdasarkan tahun taksiran
2016) :

1. Zakat. Dengan membuat potongan zakat anda akan dapat rebat cukai sama banyak
potongan zakat yang anda lakukan.

2. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
3. Bantuan Kebajikan. Contoh badan-badan kebajikan seperti MERCY, MAKNA, WWF dan

sebagainya.

4. Pembelian buku. Resit pembelian buku boleh digunakan untuk menuntut semula
potongan cukai yang dah dibuat.

5. Melanjutkan Pelajaran.
6. Pembelian Barangan Sukan.
7. Insurans atau Takaful.
8. Bayaran Perubatan Ibu bapa.
9. Pembelian Komputer
10. Pemeriksaan kesihatan

2.5 Instrumen Kewangan Yang Berlainan

Instrumen kewangan (IK) adalah merupakan satu perjanjian bertulis di mana satu pihak
berjanji untuk memindahkan sesuatu yang bernilai (wang) kepada pihak lain pada masa
hadapan di bawah terma dan syarat. Instrumen kewangan boleh jadi maujud (real) dan boleh
jadi maya (virtual).

Berikut ialah instrumen kewangan yang sering digunakan untuk tujuan pembayaran:

(a) Simpanan semasa

Merupakan akaun simpanan yang membolehkan seseorang itu menggunakan buku cek.
Selain daripada itu pinjaman berbentuk overdraf juga diberikan kepada pemegang akaun ini.

(b) Kad debit/ATM

Adalah sejenis kad pembayaran di mana baki di dalam akaun tabungan atau semasa anda
akan dikurangkan dengan serta merta mengikut jumlah urus niaga yang dibuat. Ini bermakna
untuk menggunakan kad debit, kita perlu memastikan akaun yang kita memiliki jumlah
simpanan atau wang yang mengcukupi sebelum kita boleh membuat sesuatu bayaran.

(c) Kad kredit

Tajuk 2 - 11

KKWK3013 KEUPAYAAN KEWANGAN |

Merupakan satu kaedah pembayaran yang membolehkan pengguna membeli barangan atau
mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Apabila menggunakan kad
kredit, pengeluar kad kredit akan membayar terlebih dahulu kepada saudagar bagi pihak
anda dan kemudiannya menghantar bil kepada anda dalam bentuk penyata bulanan.
Terdapat dua jenis kad kredit yang digunakan secara meluas iaitu “Master Card” dan “Visa”.
Sebagai contoh sekeping kad kredit mempunyai had kredit berjumlah RM3000 maka
pemegangnya boleh menggunakan sehingga jumlah tersebut untuk membuat pembayaran.
Ingat, membuat bayaran dan bukannya untuk berhutang.

(d) Kad caj

Kegunaan kad caj adalah sama dengan kad kredit, kecuali anda harus menjelaskan
keseluruhan baki belum jelas yang tercatat dalam penyata bulanan anda sebelum tarikh
tamat tempoh. American Express dan Diners Club adalah dua daripada jenama kad caj yang
terkemuka di Malaysia.

(e) Kad Prabayar

Merupakan satu lagi kaedah pembayaran tanpa menggunakan wang tunai. Kad prabayar
yang popular sepeti “Touch N Go” memerlukan pengguna menambah nilai (memuatkan
sejumlah amaun dan dihadkan kadar maksima RM500 sahaja) dalam kad berkenaan di
tempat yang dikhaskan seperti stesen minyak, kiosk Touch N Go, booth tol di lebuh raya.
Dengan amaun yang telah di muatkan, pengguna boleh menggunakan untuk membayar tol
perjalanan, bayaran parkir, membeli barangan dan perkhidmatan di tempat yang sanggup
menerima kad ini sebagai alat pembayaran. Kad prabayar yang lain adalah kad prabayar
telefon bimbit.

2.6 Kesan Pendapatan Ke Atas Gaya Hidup, Pilihan Dan Keputusan
Berbelanja

2.6.1 Kesan Pendapatan Ke Atas Gaya Hidup

Gaya hidup menurut Kotler (2002) adalah pola hidup seseorang yang digambarkan melalui
minat, pendapat dan aktiviti. Gaya hidup berkait dengan pembentukan imej diri dan status
sosial di mata orang lain. Gaya hidup dipengaruhi oleh pendapatan seseorang. Semakin
meningkat pendapatan, keinginan untuk memenuhi impian gaya hidup semakin tinggi.

Sebagai contoh, Aliza seorang pelajar di sebuah IPG di Semenanjung Malaysia. Sewaktu
masih belajar, elaun yang diterima hanya mengcukupi untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Namun begitu, Aliza sentiasa berhasrat dan bercita-cita satu hari nanti beliau
berkemampuan untuk mengembara ke negara orang. Sebaik sahaja Aliza mula bekerja,
beliau telah bercuti dan mengembara ke beberapa negara di Asia, mengikut kemampuan
berdasarkan pendapatan yang diperoleh. Tahun demi tahun, pendapatan beliau telah
meningkat dan ini membolehkan beliau mengembara ke seluruh dunia, yang memerlukan
perbelanjaan yang lebih tinggi. Semua ini dilakukan untuk memenuhi gaya hidup seseorang,
dan pertambahan dalam pendapatan memungkinkan hasrat dan keinginan tersebut dipenuhi.

Tajuk 2 - 12

KKWK3013 KEUPAYAAN KEWANGAN |

2.6.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelian Barangan Pengguna

Terdapat lapan faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan pembelian barangan
dalam kalangan pengguna iaitu :

1. Faktor kesedaran jenama,
2. Faktor gerak hati
3. Faktor rekreasi,
4. Faktor kesedaran pada fesyen terkini,
5. Faktor keliru pada pilihan yang terlalu banyak, 6. Faktor tabiat setia pada jenama,
7. Faktor kesedaran pada harga.

Berdasarkan kajian kes di bawah, anda diminta untuk memilih keluarga yang sesuai
mengikut pandangan anda. Berikan justifikasi dari segi pengurusan kewangan terhadap
pilihan anda.

Kajian Kes : ‘SENARIO HIDUP TIGA KELUARGA’

Tiga senario di bawah mengisahkan kehidupan tiga buah keluarga iaitu keluarga Abdul
Wahab, keluarga Abdul Wahid dan keluarga Abdul Wahub yang berada dalam linkungan
status sosio-ekonomi yang sama. Mereka mempunyai

• pekerjaan yang sama, sebagai guru,
• pendapatan isi rumah yang sama, RM6000 sebulan, serta
• bilangan ahli keluarga yang sama iaitu 5 orang ahli keluarga terdiri daripada suami

isteri dan tiga orang anak.
• tinggal di bandar yang sama, iaitu di Johor Bahru
• tidak mempunyai pendapatan tambahan mahu pun harta tinggalan ibu bapa.

Keluarga Abdul Wahab
Abdul Wahab sebagai ketua keluarga telah mengambil keputusan untuk membeli sebuah
rumah flat kos sederhana murah dengan 3 bilik tidur, dipinggir bandar. Abdul Wahab
berulang alik ke sekolah dengan menunggang motosikal. Keluarga Abdul Wahab jarang
sekali makan di luar, tidak membelanjakan pendapatan mereka kepada barangan berbentuk
kehendak, serta memastikan setiap bulan simpanan mereka tidak kurang daripada 40%
pendapatan mereka. Abdul Wahab berpandangan bahawa, mereka perlu menyimpan untuk

Tajuk 2 - 13

KKWK3013 KEUPAYAAN KEWANGAN |

hari tua, seperti mana pepatah Melayu “berakit-rakit ke hulu, berenang renang ditepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.

Keluarga Abdul Wahid
Keluarga Abdul Wahid tinggal di sebuah rumah teres dua tingkat 4 bilik di sebuah kawasan
perumahan di Johor Bahru. Beliau mempunyai sebuah kereta untuk membawanya ke
tempat kerja, dan juga membawa keluarganya keluar. Sesekali, Abdul Wahid akan membeli
barangan berbentuk kehendak yang dirasakan dapat memudahkan kehidupannya
sekeluarga. Beliau menabung 10% daripada pendapatannya. Beliau berpendapat,
kehidupan seharian perlulah dalam keadaan selesa dan gembira, maka tidak salah untuk
sesekali berbelanja untuk tujuan itu.

Keluarga Abdul Wahub
Abdul Wahub dan keluarga tinggal di sebuah kawasan perumahan di pinggir bandaraya.
Rumah banglo 3 bilik itu merupakan rumah idaman Abdul Wahub dan sesuai dengan
citarasanya. 30% daripada pendapatannya dibelanjakan untuk bayaran ansuran rumah
tersebut. Di samping itu, Abdul Wahub juga mempunyai citarasa yang tinggi terhadap
barangan mewah, dan ada ketikanya beliau akan berbelanja ke arah itu, khususnya untuk
membeli perabut dan barang rumah yang berkualiti tinggi. Beliau berpendapat, barangan
berkualiti walau pun sedikit mahal biasanya tahan lama, seperti mana pepatah Melayu
menyebut, “alah membeli, menang memakai’.

Tajuk 2 - 14

KKWK3013 KEUPAYAAN KEWANGAN |

Lampiran 2.1

Rajah Lampiran 2.1 (a) : Aliran pendidikan sekolah ke IPT

(Sumber : https://www.slideshare.net/KaunselorHalatuju/halatuju-pendidikan-selepas-spm)

Rajah Lampiran 2.1 menunjukkan laluan pendidikan anak-anak dari sekolah rendah ke
institut pengajian tinggi. Pembelajaran sistematik bermula dari awal untuk membantu
kanakkanak meluaskan pemikiran mereka menjadi lebih matang, bijak dan lebih berdaya
saing. Melalui pendidikan juga, apabila kana-kanak ini dewasa kelak, merka mampu untuk
memilih laluan kerjaya yang betul dan serasi dengan minat masing-masing. Hal demikian,
pendidikan dan kerjaya mempunya hubungan saling berkait. Pendidikan yang baik akan
menjanjikan pekerjaan yang lebih baik lantas perolehan pendapatan yang tinggi. Oleh itu,
sebagai ibubapa, merancang kewangan yang betul untuk pendidikan anak-anak adalah
merupakan satu tanggungjawab yang tidak boleh di abaikan. Pelaburan pendidikan yang
dibuat seawal usia anak-anak, mampu untuk mengurangkan beban kewangan apabila anak
tersebut melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Tajuk 2 -

KKWK3013 KEUPAYAAN KEWANGAN |

LAMPIRAN 2.1

Rajah Lampiran 2.1 (b) : Jumlah kos pengajian tinggi di Malaysia

(Sumber: Laman web Pru BSN)

Melihatkan kos pendidikan semakin meningkat pada masa hadapan, ibubapa perlulah
memikirkan cara untuk menyimpan dana agar kos yang diperlukan dapat disediakan pada
masa ia diperlukan.

Dalam membuat perancangan untuk pelan pendidikan, anda mungkin mahu
mempertimbangkan soalan-soalan mudah tetapi penting seperti berikut:

• Berapa jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk menampung kos pendidikan?
• Apakah tahap pendidikan atau kursus yang akan diikuti?
• Adakah sumber dana yang sedia ada mampu menampung kos pendidikan

tersebut?
• Adakah pelan sedia ada cukup fleksibel untuk mengatasi ketidaktentuan hidup?

Terdapat pelbagai kaedah/cara untuk memastikan dana ini dikumpul sejak awal. Antaranya
ialah dengan menyimpan di bank-bank pada setiap bulan, melabur dalam ASB, menyimpan
di Tabung Haji dan membeli insurans.

Tajuk 2 -

KKWK3013 KEUPAYAAN KEWANGAN |

LAMPIRAN 2.1

Lampiran 2.2

1. Pendapatan Boleh Guna

Merupakan baki boleh guna setelah ditolak dengan potongan wajib. Potongan wajib yang
dimaksudkan adalah KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), zakat, cukai dan
PERKESO.

(a) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah merupakan caruman yang
dibuat oleh individu yang bekerja dan majikan bagi tujuan untuk memberi
perlindungan kepada ahli keluarga atau waris pencarum sekiranya meninggal dunia
atau ditimpa kecelakaan. Ia juga merupakan simpanan yang boleh digunakan
setelah bersara.

(b) Zakat - mengeluarkan sebahagian daripada harta dimiliki untuk diberikan kepada
golongan yang tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Zakat merupakan rukun Islam
keempat.

(c) Cukai pendapatan perseorangan iaitu cukai yang wajib dibayar oleh semua individu
yang mempunyai lebihan pendapatan melebihi satu tahap yg tertentu.

Tujuan utama Cukai pendapatan adalah :

(a) Mengagihkan pendapatan semula dgn cara kerajaan menggunakan cukai yang
diterima daripada golongan berpendapatan tinggi untuk membiayai pelbagai
program kebajikan untuk golongan miskin

(b) Pelepasan cukai- sebelum seseorang itu dicukaikan, pelbagai pelepasan akan
diambilkira dengan menolak pelepasan2 itu daripada pendapatan individu.

(c) Pendapatan boleh cukai- baki pendapatan setelah ditolak dengan
pelepasanpelepasan cukai daripada pendapatan individu.

(d) PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) adalah sumbangan wajib bagi semua
pekerja Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan.
Walaubagaimanapun, sumbangan tersebut tidak wajib bagi mereka yang
berpendapatan RM3,000 ke atas. PERKESO telah ditubuhkan untuk menyediakan
bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang kebolehan mereka
dikurangkan akibat kemalangan atau penyakit. Mereka juga memberikan bantuan
kepada ahli tanggungan pekerja sekiranya kematian berlaku melalui pencen.

2. Pendapatan Boleh Cukai

Tajuk 2 - LAMPIRAN 2.2

KKWK3013 KEUPAYAAN KEWANGAN |

Merupakan cukai yang dikenakan setelah individu/pekerja mengisytiharkan semua
pendapatan tahunan, pengecualian, potongan dan pelepasan cukai.

Rumusan:

Pendapatan Boleh Cukai = Jumlah Pendapatan – Jumlah Pelepasan

Individu Cukai

Tajuk 2 -

Contoh Pengiraan Pendapatan Boleh Cukai :
Jadual berikut menunjukkan jumlah maksimum yang boleh diberi pelepasan cukai.

Jadual : Senarai Pelepasan Cukai Individu

Jenis Pendapatan RM

Individu 9000
Isteri (tidak bekerja) 3000
Anak tanggungan (bg setiap orang) 1000
Perubatan ibubapa 5000
KWSP & insuran nyawa 6000
Insuran pendidikan & Perubatan 3000
Komputer peribadi 1500

1. Ali merupakan seorang pengurus bank. Gaji bulanannya ialah RM4200. Dia mempunyai
5 orang anak yang sedang belajar di sekolah menengah. Dia mempunyai seorang isteri
yang tidak bekerja. Dia membayar insuran dan KWSP sebanyak RM8000 setahun. Dia
juga membayar zakat RM600 setahun.

Berdasarkan jadual di atas : Senarai Pelepasan Cukai Individu di atas.

Kirakan pendapatan boleh cukainya.

Maklumat tambahan :

Pelepasan cukai:

Diri : RM8000

Isteri : RM3000

Anak : RM1000

Insuran dan KWSP : RM6000

Contoh Pengiraan Pendapatan Boleh Cukai: (sambung dari diatas)

Pendapatan Tahunan: RM4200 x 12 bulan = RM50 400

Tolak Jumlah pelepasan cukai:

Diri Sendiri = RM 8 000

Anak = (5 x RM1 000) = RM 5 000

Isteri = RM 3 000

Insuran & KWSP = RM 6 000

Jumlah pelepasan cukai = RM22 000

Jawapan Pendapatan Boleh Cukai:

= Jumlah Pendapatan – Jumlah Pelepasan cukai

= RM50 400 – RM 22 000
= RM28 400

Pengiraan Cukai Pendapatan Individu :

2. Berdasarkan senario di atas kirakan jumlah cukai pendapatan Ali atau jumlah cukai yang
dikenakan terhadap Ali.

Maklumat Tambahan:

Kadar Cukai yg dikenakan oleh kerajaan:
RM 2 500 pertama = 0%
RM 2 500 berikut = 1%
RM 5 000 berikut = 3%
RM 10 000 berikut = 3%
RM 20 000 berikut = 7%

Contoh Pengiraan Jumlah Cukai Pendapatan Boleh Cukai

RM 28400 - RM 2500 x 0% = 0
RM 25900 - RM 2500 x 1% = 25
RM 23400 - RM 5000 x 3% = 150

Baki daripada jumlah pendapat boleh cukai = RM 18400

RM 10000 x 3% = 300
RM 8400 x 7% = 588

Cukai pendapatan perlu dibayar
Jumlah Cukai perlu dibayar oleh Ali = RM1063

RUJUKAN

Affizal Ahmad, (2007), Kepentingan Pendidikan Dalam Penbentukan Kualiti Hidup Sejahtera,
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (2009), Celik Wang. Kuala Lumpur.

Aisyah Abdul-Rahman & Wajeeha Zulkifly, (2016), Faktor Penentu Pengurusan Kewangan:
Kes Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (Determinants of Financial
Management: The Case of Universiti Kebangsaan Malaysia Students), Jurnal
Personalia Pelajar 19(2), pp 85-94

Amin, M. R. (2009). Keperluan Insurans dan Takaful. Selangor: Pustaka Seri Idaman.

http://www.islamic-banking.com/takaful_insurance.aspx

http://www.phg.icu.gov.my/edoc/dkict/PanduanPhishing.pdf

Kotler, P. (2012). Marketing Management. NewYork: Pearson Prentice-Hall

Mehr, R. I. (1986). Fundamentals of Insurance. Illiinois: Irwin.

Ngo Jian Yee, Muhamad Roslan Omar, Mohd Mahzan Awang, Faridah Mydin Kutty dan
Abdul Razaq Ahmad, (2014), Tren Guna Tenaga Buruh Mengikut Sektor Pekerjaan
Dan Tahap Pendidikan Dari Tahun 2001 Hingga 2012 , ISDC 2014 Conference
Proceedings

Nor Syahidah Norazam dan Norasmah Othman, (2017), Kualiti Pendidikan Pengurusan
Kewangan Dengan Tahap Literasi Kewangan, Journal of Global Business and Social
Entrepreneurship (GBSE), Vol.1(1), pp 183-193

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (Securities Industry Development Centre - SIDC),
(2000), Merancang dan Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda, Siri Pendidikan
SIDC, Edisi Oktober 2000.

Rahmah Ismail & Poo Bee Tin, (2002), Faktor-faktor Mempengaruhi Agihan Pendapatan di
Malaysia 1970-2000, Jabatan Ekonomi Pembangunan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 10(2): pp 117-129

Risalah Asas Insurans dan Takaful, Insurans Info, Edisi Kedua, 2009
(www.insuranceinfo.com.my)

Rubayah Yakob, Hawati Janor dan Nur Ain Khamis, (2015), Tahap Literasi Kewangan
dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam : Kajian di Universiti Kebangsaan
Malaysia, Jurnal Personalia Pelajar, 18(1), pp 97-116.

Saedah Siraj, Norhayati Sulaiman, (2006), Jangkaan Masa Depan Terhadap Keperluan
Tenaga Kerja Dan Penambahbaikan Sistem Pendidikan, Jurnal Pendidikan, Universiti
Malaya, KL

Zaimah R, Jariah Masud, Sharifah Azizah Haron, Mumtazah Othman, Sarmila MS, Abd Hair
Awang, (2014), Kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam di Malaysia: Kes
pekerja keluarga dwi-pendapatan



Diterbitkan Oleh:
Jabatan Pembangunan Latihan
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

16100 Kota Bharu. Kelantan.
Malaysia


Click to View FlipBook Version