The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

K2 DARREL, JOYCE, JOANNE, VENHAN, KAR YEE, PATRICIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mobaboii27, 2021-09-02 12:00:06

EKSPLORASI KERJAYA 'WHAT DO YOU WANT TO BE'

K2 DARREL, JOYCE, JOANNE, VENHAN, KAR YEE, PATRICIA

KERTAS KERJA PROJEK EKSPLORASI KERJAYA

1. TAJUK
Eksplorasi Kerjaya: WHAT DO YOU WANT TO BE

2. PENDAHULUAN
Herr dalam Marsudi (2003) menyatakan bimbingan kerjaya adalah suatu

perangkaan lebih tepatnya suatu program yang sistematik, proses, teknik atau
layanan untuk membantu individu memahami diri, pekerjaan, pendidikan dan
peluang. Seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanggungjawab untuk
memberikan pendedahan awal kepada murid sekolah rendah tentang peluang
melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati dan maklumat berkaitan kerjaya-
kerjaya yang ingin diceburi. Terdapat pelbagai jenis bimbingan kerjaya yang boleh
difungsikan secara berkesan sebagai pendekatan untuk memberikan pendedahan
awal kepada murid-murid.

Eksplorasi kerjaya merupakan satu proses bagi meneliti, menilai, dan belajar
tentang peluang kerja moden dan bagaimana murid dapat mengejar kerjaya pilihan
mereka. Eksplorasi kerjaya mendedahkan murid-murid kepada pelbagai jenis
pekerjaan dan membantu mereka mengurangkan stereotaip terhadap pekerjaan
dalam kehidupan mereka. Di samping itu, eksplorasi kerjaya juga membekalkan
peluang yang baik untuk menerapkan ilmu pengetahuan yang berkenaan dalam diri
murid-murid seperti kepentingan atau sumbangan kerjaya tertentu dan sebagainya.

3. MATLAMAT
Eksplorasi kerjaya bertujuan untuk menyebarkan maklumat kerjaya yang

tepat kepada murid serta mengambil kesempatan untuk membolehkan murid-murid
menerokai minat mereka terhadap kerjaya tertentu melalui belajar sambil bermain.
Penglibatan murid-murid dalam permainan kecil yang berkaitan dengan pelbagai
jenis kerjaya dipercayai dapat meningkatkan pemahaman murid dan menghasilkan
pengalaman yang menarik.

4. OBJEKTIF
a. Murid-murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan tentang pelbagai jenis
kerjaya.
b. Murid-murid dapat mengetahui sumbangan kerjaya tertentu dalam masyarakat.
c. Murid-murid dapat meneroka minat sendiri terhadap sesuatu kerjaya.

5. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 5 SJK(C) Sin Kwang, Sungai Petani, Kedah

6. PELAKSANAAN (TARIKH, MASA, TEMPAT)

TARIKH : 21 Ogos 2021 (Sabtu)

MASA : 1000 - 1300

TEMPAT/ Platform : Google Meet, Minecraft Education

7. IMPLIKASI KEWANGAN
Tidak ada perbelanjaan yang diperlukan untuk program tersebut

8. SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA
- Rujuk kepada Lampiran -

9. STRATEGI PELAKSANAAN
a. Mesyuarat jawatankuasa kerja
b. Mengemukakan draf kertas projek terhadap penyelaras program dan
menyerahkan kertas kerja kepada Guru Besar
c. Menyediakan dan melaksanakan program
i. Eksplorasi Ke Dunia Kerjaya
Ahli jawatankuasa teknikal menyediakan beberapa peta Minecraft
(.mcworld) berlandaskan tema yang berbeza mengikuti rancangan.
Ahli jawatankuasa teknikal bertanggungjawab untuk mengurus siaran
langsung aplikasi Minecraft Education kepada platform Google Meet
untuk mempersembahkan tempat-tempat yang berbeza secara virtual
dengan menggunakan peta Minecraft (.mcworld) yang disediakan.
Maka ahli jawatankuasa atur cara akan mengiringi murid-murid
mengeksplorasi pekerjaan yang boleh didapati dalam tempat
berkenaan. Sepanjang proses eksplorasi, murid-murid boleh
berkongsi pemerhatian dan pendapat sendiri secara verbal dalam
google meet lalu mewujudkan komunikasi secara banyak hala. Peta
Minecraft (.mcworld) yang dipersembahkan akan dikongsikan kepada
para peserta supaya membolehkan peserta meneruskan lawatan
virtual selepas aktiviti. Maklumat berkaitan dengan kerjaya seperti
laman web 104 Work World juga akan diperkenalkan kepada para
peserta.
d. Menjalankan soal selidik terhadap kumpulan sasaran, murid-murid Tahun 5
e. Menyiapkan laporan program

10. ATURCARA PROGRAM

MASA/ AKTIVITI PERINCIAN AKTIVITI TINDAKAN
Masa: 1000 - 1015 - Perasmian
Aktiviti: Majlis Pembukaan - Pengenalan tentang kerjaya
- Sesi tayangan video oleh Guru
Masa: 1015 - 1115 Besar
Aktiviti: Eksplorasi Ke Dunia (Jenis Kerjaya dan pekerjaan - Semua AJK
Kerjaya (1) secara umum.)
- Perasmian Program Eksplorasi - Semua AJK
Masa: 1115 - 1130 Kerjaya: What Do You Want To dan peserta
Aktiviti: Santai/Rehat Be
Masa: 1130 - 1230 - Semua
Aktiviti: Eksplorasi Ke Dunia - “Eksplorasi Maya” di peta peserta
Kerjaya (2) lapangan terbang dijalankan
- Semua AJK
Masa: 1230 - 1245 - Peserta mengeksplorasi dan dan peserta
Aktiviti: Santai/Rehat meneka kerjaya di kawasan
Masa: 1245 - 1300 penerbangan - Semua
Aktiviti: Majlis Penutup peserta
- Menjalankan permainan kecil
sebagai rumusan

- “Eksplorasi Maya” kedua di peta
tepi pantai/ pulau dijalankan.

- Peserta mengeksplorasi dan
meneka kerjaya di kawasan
berhampiran lautan.

- Menjalankan permainan kecil
sebagai rumusan

- Peserta berkongsi pengalaman - Semua AJK
dan perasaan sepanjang aktiviti dan peserta

- AJK berkongsi laman web
jenis-jenis kerjaya dan berucap
terima kasih

- Pengisian borang maklum balas
oleh peserta (Google Form)

11. PENGURUSAN RISIKO

Ketidakstabilan Internet
- Jika mendapati bahawa AJK Teknikal yang mengalami masalah rangkaian
yang kurang stabil:
a. AJK Teknikal boleh serahkan tugasnya kepada AJK yang lain untuk
meneruskan pengurusan platform dan pelaksanaan aktiviti.
b. AJK yang mengambil alih boleh memberikan tugasan ringkas kepada
peserta yang membenarkan mereka melakukan secara individu,
seperti puzzle career sementara menunggu AJK menyelesaikan
masalah rangkaian.

Penglibatan Peserta Atas Talian
- Untuk menjaminkan bilangan peserta yang terlibat mencapai target yang
ditentukan:
a. SETIAUSAHA menyediakan borang penyertaan dalam bentuk Google
Form dan bekerjasama dengan wakil pihak sekolah untuk
mengumpulkan bilangan peserta terlebih dahulu.
b. AJK PUBLISITI menghasilkan bahan media program eksplorasi
tersebut dan bekerjasama dengan wakil pihak sekolah untuk
menjalankan aktiviti promosi.

12. PENUTUP
Kami amat mengharapkan agar pelaksanaan Program Eksplorasi Kerjaya: WHAT
DO YOU WANT TO BE ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga
usaha ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada murid-murid Tahun 5
SJK(C) Sin Kwang, Sungai Petani, Kedah dan segala perbelanjaan adalah atas
tanggungan pihak anjuran program jika perlu. Tinggi harapan kami sekiranya
program ini boleh mendapat sokongan yang menggalakkan daripada pihak
pengurusan IPGKTAA. Segala kerjasama dan prihatin pihak tuan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

PENYEDIAAN KERTAS KERJA

……………………………………….
(LEONG KAR YEE)
SETIAUSAHA

PROGRAM EKSPLORASI KERJAYA: WHAT DO YOU WANT TO BE

Tarikh: 06 OGOS 2021

DISEMAK OLEH

……………………………….. …………………………………
(CHONG KEE, DARREL) (PUAN NURULAINI BINTI MOSHIDI)
PENGERUSI,
PENYELARAS,
PROGRAM EKSPLORASI KERJAYA: PROGRAM EKSPLORASI KERJAYA:
WHAT DO YOU WANT TO BE
WHAT DO YOU WANT TO BE
PENSYARAH KURSUS PENGURUSAN

BIMBINGAN KERJAYA PBKK3213

Tarikh: Tarikh:

06 OGOS 2021 11 OGOS 2021

DISOKONG & DILULUSKAN OLEH

*Kertas kerja ini DISOKONG/ TIDAK *Kertas kerja ini DILULUSKAN/ TIDAK
DISOKONG DILULUSKAN

………………………………… …………………………………

(TUAN HAJI HATIM AZIWIR BIN (TN. HJ ABDULLAH BIN MOHD. YUSOF)
ZAADUN ZABIR) PENGARAH,
KETUA JABATAN,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
JABATAN ILMU PENDIDIKAN TENGKU AMPUAN AFZAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Tarikh: Tarikh:

11 OGOS 2021 11 OGOS 2021

*Kertas kerja ini DISAHKAN/ TIDAK *Kertas kerja ini DILULUSKAN/ TIDAK
DISAHKAN DILULUSKAN

LAMPIRAN - SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa Induk Program Eksplorasi Kerjaya: WHAT DO YOU WANT TO BE

PENAUNG
TUAN HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF, SMP.
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

PENASIHAT
CR. HAJI HATIM HAZIWIR BIN ZAADUN ZABIR

Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

PENYELARAS PROGRAM
PUAN NURULAINI BINTI MOSHIDI
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

Jawatankuasa Pelaksana Program Eksplorasi Kerjaya: WHAT DO YOU WANT TO BE

PENGERUSI
CHONG KEE, DARREL

NAIB PENGERUSI
JOYCE LEE CHIU YUI

SETIAUSAHA
LEONG KAR YEE

BENDAHARI
JOANNE CHEAH JIA EN

AJK TEKNIKAL
LOOI HONG MAN
YEOH WEI YEONG

AJK PUBLISITI
JOANNE CHEAH JIA EN

GOH SHU CHENG

AJK ATURCARA
PATRICIA PHANG CHING CHING

WONG SIEW LIN

AJK FOTOGRAFI
LAU HUI PING
LEE WEN TYNG

AJK SIJIL DAN CENDERAHATI
LEE VENHAN
ONG YUAN NI

LAMPIRAN - SKOP KERJA AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA SKOP KERJA
PENGERUSI
● Mempengerusikan mesyuarat atau perjumpaan
NAIB PENGERUSI Jawatankuasa Pelaksana.

● Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti
● Jawatankuasa Pelaksana.
● Menjadi pengantara pihak atasan dengan ahli-

ahli jawatankuasa Pelaksana.
● Membuat keputusan yang wajar di dalam

mesyuarat dengan persetujuan pihak atasan.
● Memastikan ahli-ahli jawatankuasa menjalankan

tanggungjawab masing-masing.
● Memantau perkembangan atau pelaksanaan

yang dirancang dan dilaksanakan oleh ahli-ahli
jawatankuasa.

● Mempengerusikan mesyuarat atau perjumpaan
seandainya pengerusi tidak dapat hadir.

● Memantau pergerakan setiap jawatankuasa.
● Membantu pengerusi dalam pentadbiran.
● Memastikan ahli-ahli jawatankuasa menjalankan

tanggungjawab masing-masing.
● Memantau perkembangan atau pelaksanaan

yang dirancang dan dilaksanakan oleh ahli-ahli
jawatankuasa.

SETIAUSAHA ● Merekod pendaftaran dan mencatat kehadiran
ahli-ahli Jawatankuasa.

● Membuat urusan surat-menyurat dengan pihak
● luar, pentadbir IPG atau ahli-ahli Jawatankuasa.
● Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk

semua jenis mesyuarat.
● Merekod kegiatan gerak kerja Jawatankuasa.
● Merekod dan mencatat minit mesyuarat serta

membuat laporan aktiviti.
● Menyimpan semua dokumen yang berkaitan

Jawatankuasa.
● Menyediakan Google Form penyertaan untuk

disebarkan kepada pihak sekolah.
● Merekodkan bilangan sasaran yang menyertai

program.

BENDAHARI ● Bertanggungjawab dalam segala pengurusan
AJK TEKNIKAL kewangan.

AJK PUBLISITI ● Merekod pengeluaran bersama dengan bukti
AJK ATURCARA resit sekiranya ada pengurusan kewangan.
AJK FOTOGRAFI
AJK SIJIL DAN CENDERAHATI ● Menyediakan platform untuk menjalankan
program seperti Google Meet, Minecraft
Education.

● Memastikan platform yang digunakan berfungsi
dengan baik.

● Memanipulasi segala urusan berkaitan dengan
teknikal program.

● Mereka dan menyediakan poster program.
● Menjalankan kerja-kerja publisiti dan promosi

melalui pelbagai saluran seperti internet.
● Menghantar kad jemputan kepada tetamu-

tetamu khas bagi program tersebut.

● Menyusun atur jadual sepanjang pelaksanaan
program.

● Memastikan kelancaran aktiviti selaras dengan
jadual yang ditetapkan.

● Mengacarakan program dan menyediakan text
pengacara terutama perasmian pembukaan.

● Membuat rakaman dan mengambil gambar
sepanjang program dijalankan.

● Menyediakan dan menguruskan rakaman video
sebagai video pendek, menghantar kepada
pihak berkenaan.

● Menyedia dan mengedarkan e-sijil penghargaan
kepada peserta-peserta program tersebut.

● Menyediakan cenderahati kepada pihak sekolah
sekiranya perlu.

LAMPIRAN - POSTER EKSPLORASI KERJAYA

LAMPIRAN - SIJIL PENGHARGAAN PIHAK SEKOLAH

LAMPIRAN - SIJIL PENYERTAAN MURID


Click to View FlipBook Version