KERTAS KERJA
KARNIVAL “FIND YOUR MR.RIGHT”
TARIKH :
21-22 OGOS 2021
TEMPAT :
GATHER TOWN (DALAM TALIAN)
ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKC)
PISMP SEMESTER 5
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
1.0 TAJUK
Karnival “Find Your Mr.Right”
2.0 PENDAHULUAN
Asalnya perkataan Mr.Right adalah merujuk kepada suami idaman terhadap seseorang
wanita. Penggunaan perkataan Mr.Right ini telah ditamsilkan untuk mewakili kerjaya idaman
seseorang murid dalam karnival kerjaya ini. Kerjaya merupakan suatu aktiviti yang penting
dalam sepanjang kehidupan manusia dan akan berasa puas hati dengan kehidupannya apabila
memiliki sesuatu pekerjaan yang dan diidamkan serta terjamin pada masa yang akan datang.
Oleh itu, karnival kerjaya ini diadakan untuk murid sekolah rendah supaya mereka dapat
mengetahui apakah kerjaya yang diidamkan atau disukai oleh mereka sejak bangku sekolah.
Seseorang individu mestilah mempunyai kesedaran kerjaya sejak bangku sekolah lagi.
Kesedaran kerjaya merupakan kesedaran tentang perhubungan antara kendiri dengan
pendidikan, mengenali kelompok pekerjaan serta kemahiran dalam membuat sesuatu pilihan.
Oleh itu, kesedaran kerjaya merupakan pengetahuan tentang konsep kendirinya dan pelbagai
aspek dunia pekerjaan seperti jenis-jenis pekerjaan, persekitaran pekerjaan dan faedah-faedah
yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan. Dengan adanya karnival kerjaya ini, murid-murid
berpeluang untuk meneroka pelbagai bidang pekerjaan serta lebih matang dalam pemilihan
kerjaya pada masa depan.
3.0 MATLAMAT
Karnival “Find Your Mr.Right” bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan murid
untuk mendapat pengenalan awal tentang pelbagai bidang kerjaya. Karnival kerjaya ini
membuka peluang kepada murid untuk meneroka bidang kerjaya menerusi pelbagai aktiviti
kerjaya secara atas talian. Karnival ini juga berupaya meningkatkan pemahaman murid
terhadap potensi, minat, kebolehan serta kecenderungan diri dalam kerjaya-kerjaya tertentu.
Secara tidak langsungnya, murid-murid bukan sekadar dapat mempunyai motivasi dan
matlamat yang lebih jelas, malah kemahiran dalam menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) murid-murid turut dapat diperkembangkan.
4.0 OBJEKTIF
Pada akhir program, murid-murid dapat;
1. Memperoleh pengetahuan dan maklumat tentang kerjaya melalui pelaksanaan
aktiviti secara atas talian.
2. Mengenali minat, keupayaan dan potensi yang ada pada diri sendiri.
3. Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dalam pembelajaran untuk mencapai
matlamat dan cita-cita mereka.
4. Mempunyai kemahiran dalam menggunakan aplikasi teknologi.
5.0 KUMPULAN SASARAN Bilangan Murid
12
Murid Tahun 6 SJK(C) YOK BIN, MELAKA 14
Kelas
6U
6U
6.0 MAKLUMAT PROGRAM
Nama program : Karnival “Find Your Mr.Right”
Tarikh : 21 Ogos 2021 & 22 Ogos 2021 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 9 : 00 pagi - 12:00 petang
Platform : Gather Town
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Tidak melibatkan sumber dan pembelanjaan kewangan kerana program adalah dijalankan
secara atas talian.
8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK
Sila rujuk Lampiran 1
9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Sila rujuk Lampiran 2
10.0 STRATEGI DAN KAEDAH PELAKSANAAN
Aplikasi program yang digunakan adalah Gather Town. Gather Town merupakan suatu
ruangan secara atas talian yang membolehkan peserta-peserta berjalan merata-rata dan
mendapatkan maklumat yang telah dibekalkan. Dalam konteks ini, Gather Town membolehkan
penganjur untuk meletakkan bahan bantu bimbingan (BBB) di tempat yang berbeza yang
membolehkan peserta boleh meneroka bahan tersebut secara aktif, bebas dan lebih menarik.
Ia juga menyediakan tempat privasi yang membolehkan perbincangan diadakan tanpa
didengari oleh peserta yang lain. Gather Town menyediakan peluang kepada peserta dengan
menambahkan pengalaman yang lebih nyata dan meningkatkan komunikasi antara satu sama
lain di dunia yang maya.
Upacara permulaan akan diadakan selama 40 minit bagi memberi peluang kepada
peserta untuk membuat penyediaan. Ketua-ketua dan peserta-peserta akan saling
memperkenalkan diri sebelum pelaksanaan aktiviti berstation. Ketua juga akan menetapkan
peraturan-peraturan bagi para peserta semasa berada dalam Gather town. Selepas penetapan
peraturan, ketua akan membahagikan peserta-peserta kepada 4 kumpulan. Kumpulan-
kumpulan yang dibahagikan akan menjalankan aktiviti yang berlainan secara bergilir-gilir.
Seterusnya, ketua akan memberi penerangan tentang cara penggunaan dan aturcara karnival
kerjaya supaya peserta-peserta lebih jelas terhadap cara mengendalikan objek-objek dalam
Gather town.
Pelaksanaan aktiviti berstation dijalankan selepas upacara permulaan. Aktiviti berstation
terbahagi kepada empat station dan setiap station dijalankan selama 20 minit. Setiap station
ditetapkan dengan seorang ketua untuk memimpin peserta-peserta dalam melaksanakan aktiviti
berkenaan. Bukan itu sahaja, setiap station juga ditetapkan dengan 20 markah dan prestasi
kumpulan memutuskan markah yang mereka akan mendapati. Aktiviti berstation akan
dilaksanakan secara bergilir-gilir antara empat kumpulan peserta yang telah ditetapkan.
Aktiviti berstation yang pertama ialah “Apa Pekerjaan Mereka”. Dalam station ini,
peserta-peserta akan menjalankan permainan tentang kerjaya dan aktiviti teka-teki. Bagi aktiviti
teka-teki, jawapan adalah berkaitan dengan identiti sesuatu pekerjaan lalu peserta perlu
mengemukakan pekerjaan yang bersesuaian dengan identiti tersebut. Selain itu, aktiviti “Music
World” sebagai aktiviti berstation yang kedua. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan pengetahuan
peserta-peserta mengenai muzik seperti nilai not dan cara memainkan piano atau
menyemarakkan keminatan peserta-peserta terhadap pekerjaan dalam bidang muzik seperti
guru muzik atau penyanyi.
Aktiviti berstation ketiga adalah “Skop Pekerjaan Mr.Right”. Dalam aktiviti ini, kaedah
pelaksanaannya adalah melalui tontonan video dan soal jawab. Dalam konteks ini, peserta
dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap maklumat sesuatu pekerjaan seperti skop
kerja, kemahiran yang diperlukan dan sebagainya. Peserta secara tidak langsungnya dapat
mempunyai kesedaran awal tentang jenis pekerjaan yang diminati olehnya. Seterusnya, adalah
station “Career Hunt”. Dalam station ini, harta karun dikenali sebagai petunjuk dan jawapan
peserta mengenai pekerjaan perlu diberi berdasarkan petunjuk yang didapati. Dengan ini,
peserta berpeluang untuk meneroka dengan sendiri secara menyeronok untuk memperoleh
pengetahuan terhadap pekerjaan. Penerangan yang mendalam terhadap pelaksanaan setiap
station boleh dirujuk pada Lampiran 3.
Karnival akan diteruskan dengan kuiz kerjaya di mana murid-murid perlu menjawab kuiz
yang telah disediakan melalui Quizizz untuk mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman
murid-murid terhadap pelbagai bidang kerjaya serta diri mereka. Pada akhir Karnival nanti, E-
Sijil Pencapaian akan diberikan kepada pemenang-pemenang dan E-Sijil Penghargaan akan
diberikan kepada semua peserta. Sebelum Karnival ditamatkan, murid-murid akan diminta
untuk mengisi borang penilaian program serta mengambil gambar bersama sebagai bukti
perjalanan program ini. Berikut merupakan atur cara program yang lengkap :
Masa Aktiviti
8:50 am - 9:10 am Pendaftaran Pelajar
9:10 am - 9:40 am Sesi Permulaan (Matlamat, Atur Cara Aktiviti, Peraturan Aktiviti,
Kemasukan Gather Town, Pembahagi Kumpulan)
9:40 am - 10:25am Aktiviti Berstation ( 2 Station) + Take 5
10:30 am - 11:10am Aktiviti Berstation (2 Station)
11:10 am - 11:35am Kuiz Kerjaya + Take 5
11:35am - 11:50am Pengisian Penilaian Aktiviti (Google Form)
11:50am - 12:00 pm Majlis Penutupan
(Penyampaian Sijil dan Pengumuman Pemenang)
12:00pm Bersurai
11.0 PENGURUSAN RISIKO
Terdapat beberapa risiko yang perlu diatasi dalam Karnival “Find Your Mr.Right”, iaitu :
1. Pencapaian kelajuan internet yang kurang memuaskan
2. Ketidakfahaman murid terhadap penggunaan Gather.Town
3. Kekurangan fokus semasa penjelasan diberikan
4. Sikap pasif dalam aktiviti kerjaya
Bagi menguruskan RISIKO-RISIKO di atas, beberapa cadangan cara telah diberikan :
1. Pengerusi akan sentiasa berada di Dewan Besar (gather town) bagi menunggu murid-
murid yang tertinggal akibat pencapaian internet yang lambat/ terputus dan menghantar
mereka semula ke kumpulan-kumpulan masing-masing.
2. Bagi memastikan kefahaman setiap murid terhadap penggunaan Gather.Town, setelah
Pengerusi/ Ketua Kumpulan memberikan penjelasan, murid-murid digalakkan untuk
bertanya sekiranya mempunyai soalan. Jika tiada soalan dikemukakan, AJK akan
bertanya soalan kepada murid-murid agar mereka betul-betul faham dengan baik.
3. Penggunaan Sistem Token (Markah) bagi memberikan peneguhan positif di mana
murid-murid yang menumpukan perhatian boleh mendapat markah dan sebagainya
4. Dalam meningkatkan penglibatan murid-murid, AJK boleh sentiasa menggunakan
kemudahan sedia ada dalam Gather Town dengan membentangkan gambar atau video-
video yang menarik semasa menerangkan sesuatu, serta mengemukakan soalan-
soalan kepada murid-murid secara rawak.
12.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjaya dilaksanakan dengan berkesan dan sepenuhnya
agar dapat mencapai objektif yang telah digariskan dan dapat menyumbang kepada
perkembangan diri murid dari segi kerjaya kepada pelajar-pelajar Murid Tahun 6. Semoga
segala ilmu dan pelajaran yang telah diperolehi dapat diaplikasikan dengan bijak. Kerjasama
pihak tuan untuk meluluskan kertas kerja ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
PENYEDIAAN KERTAS KERJA
Tarikh: ………………...……………….
(AMELIA WONG SHIN YI)
Setiausaha Program,
Karnival “Find Your Mr.Right”
DISEMAK OLEH
……………………………….. …………………………………
(WONG SIEW LIN) (PN. NURULAINI BINTI MOSHIDI)
Pengarah Program, Penyelaras Program,
Karnival “Find Your Mr.Right” Pensyarah Kursus Pengurusan Bimbingan
Kerjaya PBKK3213
Tarikh:
DISOKONG & DILULUSKAN OLEH
*Kertas kerja ini DISOKONG/ TIDAK *Kertas kerja ini DILULUSKAN/ TIDAK
DISOKONG DILULUSKAN
………………………………… …………………………………
(TUAN HAJI HATIM AZIWIR BIN ZAADUN (TN. HJ ABDULLAH BIN MOHD. YUSOF)
ZABIR) Pengarah IPGKTAA
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKTAA
Tarikh: Tarikh:
*Kertas kerja ini DISAHKAN/ TIDAK *Kertas kerja ini DILULUSKAN/ TIDAK
DISAHKAN DILULUSKAN
LAMPIRAN 1 AHLI JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG
TUAN HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF, SMP.
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
PENASIHAT
TUAN HAJI HATIM AZIWIR BIN ZAADUN ZABIR
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
PENYELARAS PROGRAM
PN. NURULAINI BINTI MOSHIDI
Pensyarah Kursus Pengurusan Bimbingan Kerjaya PBKK 3213
Jabatan Pengajian Islam dan Moral
PENGARAH PROGRAM
Wong Siew Lin
TIMBALAN PROGRAM
Ng Ying Chian
SETIAUSAHA
Amelia Wong Shin Yi
LAMPIRAN 2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
AJK Aktiviti : Christine Ting Sie Sing
AJK Pendaftaran : Lau Hui Ping
AJK Juruacara : Chee Kai Xuan
AJK Publisiti : Amelia Wong Shin Yi
AJK Teknikal dan Dokumentasi : Wong Siew Lin
AJK Sijil dan Cenderahati : Lau Hui Ping
AJK Pelaporan : Ng Ying Chian
LAMPIRAN 3 PENERANGAN AKTIVITI BERSTATION
Aktiviti : Apa Pekerjaan Mereka
Masa : 20 Minit
Alatan : Permainan atas talian, teka-teki
Permainan Atas Talian: https://www.gamestolearnenglish.com/jobs/
Prosedur :
1. Peserta-peserta akan membuat permainan atas talian yang berkaitan dengan kerjaya
secara masing-masing sebagai ice-breaking bagi station ini.
2. Dalam permainan atas talian, peserta-peserta perlu membuat padanan antara gambar
yang ditunjukkan dengan nama pekerjaan dan peranan pekerjaan.
3. Selepas permainan atas talian, ketua station akan mengedarkan teka-teki kepada
peserta-peserta.
4. Peserta-peserta perlu saling berbincang untuk meneka jawapan untuk teka-teki yang
diberi.
5. Berdasarkan jawapan teka-teki iaitu mengenai identiti sesuatu pekerjaan, peserta-
peserta perlu mengemukakan seberapa banyak pekerjaan-pekerjaan yang sesuai
dengan identiti tersebut.
6. Setiap pekerjaan yang diberi dikira 1 markah dan teka-teki akan ditukarkan sehingga
peserta-peserta tidak dapat menjawab pekerjaan berkenaan.
Aktiviti : Music World
Masa : 20 minit
Alatan : Gather town
Prosedur :
1. Peserta-peserta akan diminta masuk ke dalam “music world”.
2. Ketua akan memberi penjelasan berkaitan cara mengendali item-item dalam “music
world”.
3. Ketua akan mengajar peserta-peserta mengenali nilai not yang asas dan cara bermain
piano supaya peserta boleh menggunakan kreativiti sendiri menghasilkan karya muzik
yang seronok.
4. Ketua juga akan menyediakan nota muzik bagi para peserta.
5. Kumpulan yang berjaya menghasilkan sebuah lagu muzik ringkas akan mendapat
markah yang bonus.
Aktiviti : Skop Pekerjaan Mr.Right
Masa : 20 Minit
Alatan : Gather Town
Prosedur :
1. Peserta-peserta diminta bergerak ke bilik D dalam peta Gather Town.
2. Ketua akan kongsi skrin untuk peserta-peserta dan menunjukkan video kepada peserta-
peserta.
3. Selepas itu, peserta-peserta akan memerhati video yang telah ditunjukkan.
4. Ketua akan tanya soalan yang berkaitan dengan video yang telah ditunjukkan kepada
peserta-peserta. Peserta-peserta diberi 5 minit untuk berbincang setelah soalan ditanya
oleh ketua untuk satu video.
5. Jadi, peserta-peserta akan memberi kerjasama menjawab soalan tentang skop kerja,
tempat kerja dan sebagainya. Sebagai contoh, video menunjukkan seorang guru sedang
mengajar dan soalan ' apakah kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru? '
Peserta-peserta perlu berfikir dan berbincang menjawab soalan ketua.
Aktiviti : Career Hunt
Masa : 20 Minit
Alatan : Gather Town
Prosedur :
1. Peserta-peserta akan diminta untuk bergerak ke ‘pantai’ dalam peta Gather Town.
2. Terdapat petunjuk-petunjuk yang akan diletakkan secara rawak di persekitaran ‘pantai’.
3. Peserta-peserta adalah bebas untuk bergerak di ‘pantai’ untuk mencari petunjuk dan
jawapan yang berkaitan dengan pekerjaan.
4. Petunjuk yang diberi adalah berdasarkan bidang-bidang pekerjaan yang berbeza.
Peserta-peserta boleh menjawab soalan mengikut bidang pekerjaan tersebut.
5. Selain menjawab soalan yang diberikan, setiap petunjuk juga mempunyai satu huruf
tersirat. Peserta diminta untuk mengumpul huruf-huruf tersebut dan membina satu
perkataan pada akhir saat nanti