MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA & GURU SMK TAMAN MALURI 22 JUN 2024 (SABTU) 8:00 PAGI ARENA TAMING SARI
Visi Sekolah Misi Sekolah PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
ISI KANDUNGAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40 PERUTUSAN YANG DIPERTUA PIBG
2 DARI MEJA YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK TAMAN MALURI, KUALA LUMPUR Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama sekali lagi bertemu dalam majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Maluri kali ke-40. Saya berbangga dan berterima kasih kerana diberi kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata dalam buku atur cara ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga dan guru-guru yang bersedia memberikan khidmat dengan tekun untuk menjayakan majlis ini. Saya percaya tanpa kerjasama dan tanggungjawab seperti ini, majlis ini tidak akan dapat diadakan dengan lancar. Saya juga amat berharap agar mesyuarat kali ini akan dapat mengumpul beberapa input yang baik serta sumbang saran untuk kita sama-sama gunakan sebagai panduan dan landasan kecemerlangan sekolah dan PIBG. Saya selaku YDP PIBG juga difahamkan bahawa sekolah ini telah merancang pelbagai aktiviti terutamanya dalam bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum. Saya juga berbangga dengan kejayaan murid-murid sekolah ini yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sebagai penutup bicara, saya sekali lagi ingin merakamkan rasa penghargaan PIBG kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung pada kali ini. Terima kasih kepada Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan kakitangan sekolah serta semua ibu bapa yang telah membantu kami AJK PIBG sesi 2023/2024 dalam menjalankan tugas kami. Terima kasih juga kepada AJK saya yang telah banyak menolong saya menjalankan tugas sebagai YDP dengan sebaik-baiknya. Sekian, saya sudahi ucapan ini dengan wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh. ___________________________ ZABAR BIN ZAINAL ABIDIN Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40 PERUTUSAN PENASIHAT PIBG
4 SEUNTAI KATA SECEBIS BICARA PENASIHAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK TAMAN MALURI, KUALA LUMPUR Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam SMK Taman Maluri Gemilang Bersama. Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian saya panjatkan ke hadrat Allah atas kudrat dan ilham yang telah dikurniakan kepada saya selaku Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Maluri untuk menitipkan secebis bicara dalam buku atur cara ini. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealiasasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Bagi memastikan kecemerlangan sekolah ini sentiasa berterusan, semua pihak hendaklah bekerjasama bagi mewujudkan gandingan kerja yang cemerlang. Kesepaduan dalam menjayakan setiap kerja perlu dibudayakan untuk memastikan amanah yang diberi sentiasa disempurnakan dengan jayanya. Pihak sekolah memohon agar ibu bapa dapat memberikan Kerjasama dan sokongan yang tinggi kepada pihak sekolah dan AJK PIBG bagi melaksanakan semua aktiviti atau program yang telah dan akan dirancang. Saya amat mengalu-alukan cadangan dan pandangan yang membina daripada ibu bapa demi kepentingan pendidikan dan kejayaan anak-anak kita. Saya yakin dengan penglibatan semua pihak, kejayaan yang kita impikan bersama akan menjadi kenyataan. Pihak sekolah akan sentiasa berganding bahu dengan PIBG untuk mengatur pelbagai program di sekolah ini. Mana-mana program yang banyak memberi manfaat kepada anak-anak akan diteruskan seperti biasa. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2023/2024 yang telah memberikan kerjasama dan sentiasa mengorbankan masa dan tenaga dalam menjayakan program-program sekolah dan PIBG. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga tahun ini akan menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang untuk sekolah kita. Wassalam. Terima kasih. ________________________________ MUHAMAD SOLAHUDDIN BIN HARUN Penasihat / Pengetua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MALURI, JALAN WIRAWATI 6, TAMAN MALURI, KUALA LUMPUR. Tel : 03-92853023 Fax : 03-92816324 6 Ruj kami : PIBG SMKTM 100-13/1/5 JLD.1 (12) Tarikh : 21 MEI 2023 Kepada : Semua Ibu bapa / Penjaga SMK Taman Maluri, Jalan Wirawati 6, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur. Tuan/Puan, MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40, SMK TAMAN MALURI Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan yang berikut: TARIKH : 22 JUN 2024 (SABTU) MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : ARENA TAMING SARI SMK TAMAN MALURI PAKAIAN : FORMAL 3. Agenda mesyuarat: ● Pendaftaran Ibu Bapa Dan Guru ● Ucapan Aluan Pengacara Majlis ● Bacaan Doa ● Ucapan Pengetua SMK Taman Maluri (En Muhamad Solahuddin bin Harun) ● Ucapan YDP PIBG (En Zabar bin Zainal Abidin) ● Gimik: Pelancaran Infaq Subuh Jumaat ● X-Break: Energizer oleh PRS, SMKTM ● Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 ● Membentang dan Menerima Laporan Tahunan Sesi 2023/2024 ● Membentangkan, Menerima Dan Meluluskan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 ● Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata kepada AJK PIBG Sesi 2023/2024 ● Pemilihan AJK Ibu bapa ● Pengumuman Jawatankuasa baharu PIBG bagi Sesi 2024/2025 ● Pemilihan Juruaudit Dalaman ● Perbincangan Usul ● Hal-Hal Lain ● Ucapan Penangguhan 4. Sehubungan itu, tuan/puan diminta membuat pengesahan kehadiran dan menyatakan usul yang ingin dibincangkan (jika ada) pada pautan yang dikongsikan oleh guru tingkatan selewatnya pada 3 Jun 2024. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung secara bersemuka dan seterusnya membantu pembangunan holistik murid-murid. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, _________________________ (ZABAR BIN ZAINAL ABIDIN) Yang Dipertua PIBG, SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur. s.k 1. Pengetua SMK Taman Maluri KL
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40 SENARAI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024
8 CARTA ORGANISASI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) BAGI SESI 2023/2024 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MALURI PENASIHAT EN MUHAMAD SOLAHUDDIN BIN HARUN YANG DIPERTUA PIBG EN ZABAR BIN ZAINAL ABIDIN NAIB YANG DIPERTUA PIBG PN MARINI BINTI JAMLUS SETIAUSAHA KEHORMAT CIK NURFATIHAH BINTI ABDUL GHANI AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA EN LEE GUANN FENG EN MD AMIRRUDDIN BIN MD NOH JURUAUDIT GURU PN NOR AZEERA BINTI YUSOF JURUAUDIT IBU BAPA PN MOHSININ BINTI ABD MALEK PN NORHARYATI BINTI PAWANTEH PN NIK NORAZMAHANI BINTI BEKHARI AHLI JAWATANKUASA GURU NAIB SETIAUSAHA CIK RAUDHAH BINTI AHMAD DARBI BENDAHARI KEHORMAT PN AISYAH BINTI AYUB PN GOWRI A/P POOBALAN PN MAHAJOTHI A/P ATHIMOOLAM EN MAZLAN BIN ENJAH EN MOHD TALMIZI ARIZAL BIN MOHD ABDUL GHANI NAIB BENDAHARI KEHORMAT CIK NUR AIN SYUKRIAH BT MAT ZAIN
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40 JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40
10 Pelaksanaan PENGERUSI : EN MUHAMAD SOLAHUDDIN BIN HARUN (Pengetua SMKTM) EX-OFFICER: PN WAN MAZNI BINTI WAN ALI (Penolong Kanan Pentadbiran) PN NORREHAN BINTI AHMAD NAWAWI @ Hassan (Penolong Kanan HEM) PN FITRI YANTI BINTI ABDUL JALIL (Penolong Kanan Kokurikulum) Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) BIL NAMA JAWATAN 1 EN. ZABAR BIN ZAINAL ABIDIN YANG DIPERTUA 2 PN. MARINI BINTI JAMLUS NAIB YANG DIPERTUA 3 CIK NURFATIHAH BINTI ABDUL GHANI SETIAUSAHA KEHORMAT 4 CIK RAUDHAH BINTI AHMAD DARBI NAIB SETIAUSAHA 5 PN. AISYAH BINTI AYUB BENDAHARI KEHORMAT 6 CIK NUR AIN SYUKRIAH BINTI MAT NAIB BENDAHARI 7 EN MD AMIRRUDDIN BIN MD NOH AJK GURU 8 PN NORHARYATI BINTI PAWANTEH AJK GURU 9 PN NIK NORAZMAHANI BINTI NIK BEKHARI AJK GURU 10 EN. LEE GUANN FENG AJK IBU BAPA 11 PN. GOWRI A/P A. POOBALAN AJK IBU BAPA 12 MOHD TALMIZI ARIZAL BIN MOHD ABDUL GHANI AJK IBU BAPA 13 PN. MAHAJOTHI A/P ATHIMOOLAM AJK IBU BAPA 14 EN. MAZLAN BIN ENJAH AJK IBU BAPA 15 PN. MOHSININ BINTI ABD MALEK JURUAUDIT IBU BAPA 16 PN NOR AZEERA BINTI YUSOF JURUAUDIT GURU
11 Jawatankuasa Kerja: BIL JAWATANKUASA / NAMA GURU BIDANG KERJA 1 Penyelaras Utama Pn Saonah binti Aton Setiausaha Pn. Nurfatihah binti Abdul Ghani Cik. Raudhah binti Ahmad Darbi 1. Merancang dan menentukan atur cara. 2. Mengenal pasti keperluan dan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat. 3. Menyelaras, memantau dan memastikan proses pelaksanaan majlis berjalan dengan lancar. 4. Menyediakan kertas kerja Mesyuarat Agung PIBG KE-40, jadual pengagihan & bidang tugas guru. 2 Penyelaras Upacara (Floor Manager) Pn. Rumaizah Maryam Jamaliah binti Ramli (K) Pn. Nurul Huda binti Ismail 1. Memastikan majlis berjalan dengan lancar. 2. Menghadapi sebarang kemungkinan/perubahan saat-saat terakhir. 3. Mengawal perjalanan atur cara dan suasana majlis dari semasa ke semasa. 4. Mengawal selia aspek protokol sepanjang majlis. 3 Bendahari Pn. Aisyah binti Ayub Cik. Nurain Syukriah binti Mat Zain 1. Menyediakan laporan kewangan bagi tempoh berakhir 31 Disember 2023 2. Menyerahkan satu salinan laporan kewangan kepada AJK Dokumentasi untuk tujuan dokumentasi. 3. Memastikan laporan kewangan diaudit dalaman terlebih dahulu sebelum Mesyuarat Agung PIBG. 4 Pendaftaran Pn. Norrafidah binti Mohd Razali (K) Pn. Nurmaizatul Anis binti Hasim Pn. Syakirah binti Abdul Razak Sarana Cik. Siti Nor Hafizah binti Ramli 1. Membuka kaunter pendaftaran (sila hubungi JK Perabot tentang kerusi meja yang diperlukan) 2. Memasang skirting utk meja pendaftaran. 3. Menyediakan tanda “Pendaftaran Ibu Bapa” & ”Pendaftaran Guru” di kaunter pendaftaran dengan menggunakan QR Code. 4. Mendapatkan dan menampal QR Code Borang Soal Selidik SARANA daripada SU Sarana 5. Mendapatkan QR Code Buku Program kepada ibu bapa semasa pendaftaran. 6. Menyerahkan Analisis Kehadiran Ibu Bapa kepada Setiausaha PIBG selepas majlis. 5 Pencatat Minit Cik. Raudhah binti Ahmad Darbi (K) Cik. Aisyah binti Jaafar 1. Mencatat minit semasa Mesyuarat Agung PIBG. 2. Menyediakan minit yang lengkap dalam tempoh 1 minggu selepas mesyuarat. 3. Menyimpan rekod minit dan kehadiran untuk digunakan semasa Mesyuarat Agung PIBG tahun hadapan.
12 6 Pengira dan Pencatat Pn. Nor Azeera binti Yusof (K) Pn. Azimah binti Yusoff Cik. Fatimah Zaharah binti Salleh @ Mohamad 1. Menyediakan peralatan seperti papan putih dan pen marker. 2. Mengendalikan acara mengundi dan pengiraan undi untuk lantikan AJK sesi 2024/2025. 3. Mencatat jumlah undian pada papan putih untuk makluman kepada hadirin 4. Memaklumkan rekod keputusan undian kepada SU PIBG dan JK Dokumentasi 7 Juruacara Majlis Pn. Nurul Hidayah binti Mohamad Zin (K) Pn. Nurul Najihah binti Azman 1. Mendapatkan atur cara majlis daripada SU PIBG. 2. Menyediakan skrip juruacara mengikut aturcara yang ditetapkan. 3. Menjadi juruacara bagi majlis pada Mesyuarat Agung PIBG. 8 Persembahan Pn. Norharyati binti Pawanteh 1. Memilih murid PRS untuk mengetuai persembahan X-Brake sebelum mesyuarat agung PIBG dimualakan. 9 Bacaan Doa En. Muhammad Fakhruddin bin Daut 1. Menyediakan teks bacaan doa. 2. Mengendalikan bacaan Doa. 10 Sambutan En. Mohd Rizal bin Yaacob Pn. Amirliah binti Mohd Said 1. Menyambut ketibaan YDP dan AJK PIBG 2. Merancang dan menentukan cara sambutan. 3. Menyambut dan mengiringi tetamu ke tempat yang disediakan.
13 12 Promosi dan Jemputan Ibu Bapa Cik. Nuur Amiera binti Zainal Abidin (K) Penyelaras Tingkatan 1 – 5 1. Mendapatkan nama jemputan khas daripada pihak pentadbir dan senarai para jemputan AJK PIBG daripada SU PIBG. 2. Menyedia & menghantar surat jemputan untuk semua jemputan [ibu bapa, AJK PIBG, YDP PIBG] dua minggu atau lebih awal sebelum majlis berlangsung. 3. Menetapkan kriteria tertentu [pakaian dan sebagainya] dalam kad / surat jemputan. 4. Mengenal pasti bilangan dan menyelaraskan kehadiran para jemputan (untuk jamuan & susunan kerusi) dengan unit sambutan. 5. Menyediakan murid pengawas / SVG untuk menunjuk arah kepada ibu bapa ke tempat duduk. 6. Memberi taklimat kepada pengawas tatacara mengiringi ibu bapa ke tempat duduk & aspek kesopanan. Memastikan murid berpakaian seragam sekolah (lengkap dan kemas). 13 Laporan Tahunan Pn. Nurfatihah Binti Abdul Ghani Cik. Raudhah binti Ahmad Darbi 1. Menyediakan laporan tahunan PIBG kepada PK HEM/Pengetua untuk semakan selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024 1. Mendapatkan semua isi kandungan buku program. 2. Memastikan Buku Program disemak oleh penyelaras & Pengetua sebelum dicetak. 3. Menyerahkan Buku Program khas kepada JK Jemputan untuk diedarkan kepada tetamu khas ( YDP PIBG, AJK PIBG dan SLT). 4. Menyerahkan satu salinan Buku Program untuk dokumentasi. 5. Menyediakan QR Code buku program dan serahkan kepada JK Pendaftaran untuk diedarkan kepada ibu bapa. 14 Usul Pn. Nurfatihah Binti Abdul Ghani 1. Memastikan borang usul secara Google Form dokongsikan kepada semua ibu bapa. 2. Menyediakan senarai usul kepada pengetua dan penolong kanan selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh majlis.
14 15 Perhiasan & Penyediaan Backdrop & Pentas En. Kamarulzaman Bin Muhd Yunus (K) Cik. Nurain Syukriah binti Mat Zain Pn. Suhaida binti Awang @ Muhammad 1. Menyedia, menghias, dan menyiapkan “back drop” & pentas selewat-lewatnya sehari sebelum majlis. 2. Membuat dan memasang Banner mesyuarat agung di laman ATS. Sila dapatkan pengesahan Pengetua dan PK HEM sebelum banner dicetak. 3. Menyediakan Bunting bagi gimik Pelancaran Dana Sedekah Subuh. 4. Menyedia & memasang : a. alas meja tetamu khas bawah pentas b. alas & skirting meja sijil dan cenderamata di atas pentas, meja LCD dan laptop 5. Memastikan semua perhiasan dalam keadaan baik, betul posisinya dan ceria pada hari majlis (datang lebih awal pada hari majlis untuk touch up terakhir). 6. Menyediakan pasu, gubahan bunga, dan menghias rostrum. 7. Memastikan keadaan ATS berada dalam keadaan bersih dan kemas sebelum majlis (Sekiranya, cermin perlu diganti, lampu / kipas tidak berfungsi, sila maklumkan secepat mungkin kepada Guru Bangunan untuk tindakan segera. 16 Persiapan Tempat & Perabot En. Mohammad Syafiq bin Sukri (K) En. Zul bin Kamaruddin En. Yusof bin Ishak Pn. Nor Hidayah binti Ahmad Bokhari 1. Menentukan jenis dan bilangan perabot yang sesuai untuk kegunaan semasa majlis 2. Menyediakan kerusi / meja yang diperlukan AJK Perhiasan tempat dan AJK lain. 3. Memastikan keadan dewan berada dalam keadaan kemas selepas majlis tamat. 4. Menyediakan kipas berdiri di tepi dewan mengikut kesesuaian. 5. Membuat Tagging pada kerusi (Jemputan khas, YDP, PENGETUA, PK, GK, AJK PIBG) 17 AJK Persembahan ICT En. Abdul Latif bin Mohd Hamil (K) En Samsul Hidayat bin Kaspuni 1. Menyediakan video mengenai program sekolah Amanah/ aktiviti PIBG dan sekolah sepanjang sesi 2023/2024. (Ditayangkan sebelum mesyuarat bermula) 2. Menyediakan power point mengikut agenda mesyuarat. (Ditayangkan sepanjang mesyuarat)
15 18 AJK Siaraya En. Amir Azuan Bin Ahmad (K) En. Muhammad Haziq Ihsan Bin Azman 1. Memastikan keperluan mikrofon, amplifier, LCD, komputer, papan layar dan sebagainya yang berkaitan adalah mencukupi dan berfungsi. 2. Mengambil tindakan segera jika ada sebarang kerosakan. 3. Memasang mikrofon dan peralatan lain yang diperlukan sebelum dan semasa majlis. 4. Saling bekerjasama sebelum dan semasa majlis untuk memastikan tidak berlaku sebarang gangguan dan kerosakan yang akan mencacatkan majlis. 5. Menyimpan semua peralatan sebaik sahaja majlis tamat. 19 Kebersihan dan Keceriaan Pn. Nurul Hidayah binti Ab Jalil (K) Pn. Nor Azlin binti Ramli 1. Memastikan persekitaran kawasan sekolah bersih sebelum majlis. 2. Meminta bantuan pekerja kebersihan untuk membersihkan kawasan sebelum majlis. 3. Memastikan tandas berdekatan Blok E dan F dicuci bersih (tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan sepanjang majlis). 4. Memastikan kebersihan & kekemasan ATS selepas majlis. (Dengan bantuan pekerja kebersihan) 20 Sijil & Cenderamata Pn. Nur Mas Idayu binti Zali (K) Cik. Nur Nadia binti Azihan 1. Menyediakan cenderamata dan sijil untuk AJK PIBG sesi 2023/2024 2. Menguruskan majlis penyampaian cenderamata dan sijil 21 Teks Ucapan En. Md Amirruddin bin Md Noh Pn Norlizawati binti Berahim 1. Menyediakan 2 teks ucapan YDP dan Pengetua. 1 teks ucapan ketika majlis. 1 teks ucapan di dalam buku program. 2. Berbincang dengan YDP PIBG dan pengetua tentang isi ucapan. 3. Menyerahkan teks ucapan ketika majlis kepada YDP dan pengetua selewat-lewatnya dua hari sebelum majlis. 4. Menyerahkan teks ucapan bagi buku program kepada Setiausaha PIBG sebelum 10 Jun 2024.
16 22 Jamuan Pn. Roszita binti Yusoff (K) Cik. Noor Aliah binti Alimon Pn. Liyatul Zaheera binti Ramlee 1. Membuat anggaran perbelanjaan atas nasihat YDP. 2. Berbincang bersama YDP untuk menentukan menu. 3. Menyediakan tempat jamuan, alas meja, cawan, 4. Menempah makanan dan minuman bagi; - Sarapan (Ibu bapa, guru dan murid) - Makan tengah hari (Semua AJK PIBG dan guru) 5. Memastikan kantin menyediakan hidangan untuk tetamu khas. 6. Memastikan jamuan / makanan telah tersedia setengah jam sebelum masa yang ditetapkan. 7. Menyediakan makanan vegetarian (jika perlu). 8. Menyediakan air mineral dan gelas untuk tetamu khas. Fotografi Cik Nur Aina Aisyah binti Mat Radzi (K) Ajk Fotografi 1. Menyelaras bilangan/ jenis foto yang diambil. 2. Menentukan cara pengambilan gambar supaya lebih tertib. 3. Membekalkan gambar-gambar yang secukupnya untuk setiausaha membuat dokumentasi dan laporan. 4. Menyediakan fotogrid/collage yang bersesuaian untuk dikongsikan ke dalam Telegram/Whatsapp Group Sekolah dan Ibu Bapa. 5. Memastikan AJK Fotografi berpakaian sekolah kemas dan lengkap sepanjang majlis pelancaran. Dokumentasi Pn. Daljit Kaur A/P Telog Singh (K) Cik. Fazlin Hanim binti Zulkefli 1. Mengumpul semua bahan untuk dimasukkan dalam dokumentasi (MyLink atau Google drive). 2. Membuat dan menyiapkan dokumentasi majlis beserta dengan gambar secara MyLink dan serahkan kepada pengetua dalam tempoh masa dua minggu selepas tarikh majlis (JK kerja yang terlibat telah dimaklumkan, mohon sediakan senarai JK Kerja yang perlu menyerahkan bahan untuk dokumentasi).
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40
18 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 8:00 Pagi: • Pendaftaran Ibu Bapa Dan Guru 8:30 Pagi • Ucapan Aluan Pengacara Majlis • Bacaan Doa • Ucapan Pengetua SMK Taman Maluri (En. Muhamad Solahuddin bin Harun) • Ucapan YDP PIBG (En. Zabar bin Zainal Abidin) • Gimik: Pelancaran Infaq Subuh Jumaat • X-Break: Energizer oleh murid PRS, SMKTM Mesyuarat Agung PIBG Ke-40 bermula; • Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-39 • Membentang Dan Menerima Laporan Tahunan Sesi 2023/2024 • Membentangkan, Menerima Dan Meluluskan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 • Perbincangan Usul • Penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 • Pemilihan AJK ibu bapa • Pengumuman AJK PIBG baharu sesi 2024/2025. • Pemilihan Juruaudit Dalaman • Hal-Hal Lain • Ucapan Penangguhan • Bersurai
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-39
20 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MALURI JALAN WIRAWATI 6, TAMAN MALURI 55100 KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 Tarikh/Hari : 20 Mei 2023 (Sabtu) Masa : 8.00 Pagi Tempat : Arena Taming Sari Pengerusi : Encik Zabar bin Zainal Abidin (Yang Dipertua PIBG) 1.0 Perutusan Penasihat PIBG bagi sesi 2022/2023 1.1 Encik Muhamad Solahuddin Bin Harun selaku Penasihat PIBG SMK Taman Maluri merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa di atas kehadiran ibu bapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2023/2024. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. 1.2 Encik Muhamad Solahuddin memaklumkan kepada hadirin mengenai perkembangan terkini sekolah seperti kedudukan guru dan staf, enrolmen penuh murid mengikut tingkatan, dan penambahbaikan fizikal sekolah yang telah dibuat sepanjang sesi 2022/2023. Beliau juga menyebut beberapa program di bawah kendalian unit Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid yang diwujudkan bagi merealisasikan visi dan misi Sekolah Amanah. Setiap program yang dilaksanakan perlu diterapkan dan dimanfaatkan semaksimum mungkin. Beliau juga menzahirkan harapan kepada semua ibu bapa agar boleh memberikan kerjasama utuh dan erat kepada pihak sekolah dan PIBG agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. 1.3 Encik Muhamad Solahuddin bin Harun merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 yang banyak membantu dan bekerjasama dalam melaksanakan program sekolah dan sentiasa memberikan sokongan penuh dan komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kualiti dan mutu sekolah bersama. Beliau juga meminta dan berharap agar Ahli Jawatankuasa baru yang akan dilantik untuk memberi kerjasama erat dan peluang kepada pembangunan sekolah ke arah yang lebih baik. Beliau menyatakan hasrat supaya SMK Taman Maluri dapat melahirkan modal insan yang mampu menyumbang kepada bangsa dan negara. Makluman
21 2.0 Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG SMK Taman Maluri 2.1 Encik Zabar bin Zainal Abidin selaku yang Dipertua PIBG SMK Taman Maluri mengucapkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru SMK Taman Maluri sebagai penghargaan kepada guru yang telah berjaya mendidik murid-murid dengan cemerlang. Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir sebagai tanda sokongan kepada pihak sekolah dan keterlibatan dan komitmen terhadap anak-anak mereka. 2.2 Encik Zabar bin Zainal Abidin mengharapkan bahawa ibu bapa di SMK Taman Maluri sentiasa memberi kerjasama dan penglibatan aktif terutama sekali di dalam mesyuarat PIBG. Beliau menegaskan bahawa Mesyuarat Agung PIBG seperti ini dapat merapatkan hubungan di antara pihak sekolah dan ibu bapa dan menjadi salah satu medium perbincangan yang berguna untuk pembangunan sekolah. Pihak sekolah mengambil maklum bahawa setiap penglibatan mahupun sumbangan yang diberikan oleh ibu bapa mampu dimanfaatkan hasilnya kepada murid murid. 2.3 Encik Zabar bin Zainal Abidin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG terutama sekali ibu bapa dan guru yang memberi kerjasama dengan baik dalam melaksanakan semua program bagi sesi 2022/2023. Makluman 3.0 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Bagi Sesi 2022/20233 3.1 Cik Nurfatihah binti Abdul Ghani selaku Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2022/2023 dimana laporan itu dapat diakses melalui pautan yang disediakan. 3.2 Pada muka surat 23, berlaku pindaan pada nama Puan Maslinda binti Masood. Mesyuarat mengambil maklum hal terbabit dan akan membuat pembetulan. 3.3 Puan Azwin binti Kamarul Zaman mengesahkan Laporan Tahunan PIBG kali ke 38 sesi 2022/2023, disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. Makluman
22 4.0 Pembentangan Laporan Aktiviti sesi 2022/2023 4.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan laporan aktiviti sepanjang sesi 2022/2023 seperti yang dibentangkan oleh Cik Nurfatihah binti Abdul Ghani selaku Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2022/2023. 4.2 Puan Sharifah Zarinah binti Syed Ibrahim mengesahkan pembentangan laporan sesi 2022/2023 dan disokong oleh Encik Ismail bin Chik. Makluman 5.0 Pembentangan, Penerimaan dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 5.1 Puan Aisyah Binti Ayub selaku bendahari PIBG membentangkan Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran, dan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang berakhir 31 Disember 2022. 5.2 Encik Mohd Fazli bin Mohd Shahidan meminit penjelasan mengenai kutipan PIBG mengikut bilangan ahli keluarga. Beliau meminta penyata bank rasmi disertakan sebagai bukti pembayaran di dalam laporan penyata kewangan. Beliau juga meminta untuk sekolah menghantar laporan kewangan ke agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tujuan pemantauan dan membolehkan ibu bapa yang membayar yuran tersebut mendapat pelepasan cukai sekaligus menggalakkan warga ibu bapa membayar yuran sekolah. Pihak sekolah menjelaskan keadaan sebenar dimana keadaan itu hampir mustahil untuk dilakukan kerana ianya melibatkan pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di peringkat nasional 5.3 Puan Sharifah Zarinah binti Syed Ibrahim meminta penjelasan daripada pihak bendahari untuk menjelaskan berkenaan "check return" seperti yang ditulis di dalam Laporan Kewangan. Klarifikasi dari pihak Bendahari mengenai keadaan yang berlaku berkenaan birokrasi pihak bank menjawab persoalan Puan Sharifah Zarina binti Syed Ibrahim. 5.4 Encik Abdul Ajed bin Abdul Rahman meminta segala pendapat atau penambahbaikan yang disuarakan oleh ibu bapa untuk dimasukkan ke dalam minit mesyuarat bagi rujukan semua pihak.
23 5.5 Encik Abdul Ajed bin Abdul Rahman mengesahkan pembentangan laporan kewangan sesi 2022/2023 dan disokong oleh Encik Mohd Fazli bin Mohd Shahidan. Makluman 6.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 6.1 Pengerusi PIBG sesi 2022/2023, Encik Zabar bin Zainal Abidin secara rasminya membubarkan seluruh AJK PIBG sesi 2022/2023 untuk membentuk AJK PIBG untuk sesi yang baharu. Makluman 7.0 Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata Untuk AJK PIBG sesi 2022/2 7.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata yang diserahkan oleh YDP PIBG, Encik Zabar bin Zainal Abidin dan diiringi oleh Encik Solahuddin bin Harun. Encik Solahuddin bin Harun juga menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada Encik Zabar bin Zainal Abidin selaku YDP PIBG sesi 2022/2023. Makluman 8.0 Pemilihan Pengerusi Sementara 8.1 Encik Muhamad Solahuddin bin Harun selaku penasihat PIBG telah memilih Encik Mohd Rizal bin Yaakob selaku pengerusi sementara bagi pemilihan jawatankuasa PIBG yang baharu bagi sesi 2023/2024. Makluman 9.0 Pemilihan Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sesi 2023/2024 9.1 Encik Abdul Ajed Bin Abdul Rahman mencadangkan supaya AJK PIBG sedia ada terdiri daripada Encik Zabar bin Zainal Abidin sebagai YDP PIBG, dikekalkan dan cadangan ini disokong oleh Encik Mohd Fazli bin Mohd Shahidan. 9.2 Encik Muhamad Solahuddin bin Harun memaklumkan kesediaan AJK PIBG sedia ada untuk meneruskan jawatan dan tugas di dalam Jawatankuasa PIBG SMK Taman Maluri dengan pengecualian satu kekosongan AJK Ibu Bapa yang telah disandang oleh Encik Hamizan bin Bujang sebelum ini. Encik Mazlan bin Enjah mencadangkan Encik Mohd
24 Talmizi Arizal bin Mohd Abdul Ghani sebagai AJK Ibu Bapa dan cadangan diterima sebulat suara di dalam mesyuarat tanpa bantahan. 9.3 Puan Surjiah Ahmad mencadangkan Puan Sharifah Zarina binti Syed Ibrahim sebagai juru audit manakala Encik Muhammad Fakhruddin bin Daut mencadangkan Puan Mohsinin bt Abd Malek sebagai Juruaudit Dalaman bagi ibu bapa. Calon Juruaudit Dalaman Ibu Bapa, Puan Sharifah Zarinah binti Syed Ibrahim menarik diri dan sekaligus Puan Mohsinin binti Abd Malek dilantik sebagai Juruaudit Dalaman dari kalangan ibu bapa dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat. 9.4 Oleh itu, AJK PIBG bagi sesi 2023/2024 adalah seperti berikut : Penasihat : Encik Muhamad Solahuddin bin Harun Yang Dipertua PIBG : Encik Zabar bin Zainal Abidin Naib Yang Dipertua PIBG : Puan Marini binti Jamlus Setiausaha Kehormat : Cik Nurfatihah binti Abdul Ghani Naib Setiausaha : Cik Raudhah binti Ahmad Darbi Bendahari : Puan Aisyah binti Ayub Naib Bendahari : Cik Nurain Syukriah binti Mat Zain AJK Ibu Bapa : 1 Encik Lee Guann Feng 2 Puan Gowri a/p A. Poobalan 3 Encik Mazlan bin Enjah 4 Puan Mahajothi A/P Athimoolan 5 Encik Mohd Talmizi Arizal bin Mohd Abdul Ghani AJK Guru: 1) Encik Md Amirruddin bin Md Noh 2) Puan Norhayati binti Pawanteh
25 3) Puan Nik Norazmahani binti Bekhari Juruaudit Ibu bapa : Pn Mohsinin bt Abd Malek ( Lantikan dalaman ) Juruaudit Dalaman Guru : Puan Nor Azeera binti Yusoff 10.0 Perbincangan Usul Makluman 10.1 Usul Sekolah 10.1.1 Puan Norrehan binti Ahmad Nawawi membacakan usul pertama dari unit Hal Ehwal Murid. Pihak sekolah telah mencadangkan kutipan sumbangan PIBG 2023/2024 dan lain-lain adalah seperti di Lampiran 1 seperti yang disertakan di dalam Buku Laporan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 39 pada muka surat 61. Hanya adik yang akan dipertanggungjawabkan untuk membayar dalam situasi bayar bagi satu keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak di SMK Taman Maluri. Cadangan usul dalam Lampiran 1 dipersetujui dan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 10.1.2 Puan Norrehan binti Ahmad Nawawi membaca usul kedua iaitu cadangan kutipan caj pentadbiran kepada murid-murid yang :- i. Tidak membalut buku teks, : RM1 setiap buku ii. Lewat memulangkan buku SPBT menepati masa, : Bayaran sebanyak RM0.50 per hari. Usul kedua disokong sebulat suara tanpa bantahan dalam mesyuarat. 10.1.3 Puan Norrehan binti Ahmad Nawawi juga mencadangkan usul seterusnya iaitu bayaran ganti rugi ke atas harta awam sekolah pembayarannya perlulah mengikut harga pasaran semasa. Cadangan usul ini juga dipersetujui sebulat suara. 10.1.4 Usul yang keempat oleh Puan Norrehan binti Ahmad Nawawi mengenai cadangan penjualan pelekat sekolah kepada murid yang mempunyai lesen kenderaan untuk membawa motosikal ke sekolah, dengan harga pelekat RM5 sekeping. Usul ini juga diterima dengan baik sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.
26 10.1.5 Makluman mengenai larangan murid membawa telefon ke sekolah dibentangkan oleh Puan Norrehan binti Ahmad Nawawi selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Usul diterima dengan baik dan dipersetujui oleh semua. 10.1.6 Puan Fitri Yanti binti Abdul Jalil, selaku Penolong Kanan Kokurikulum mengemukakan pernyataan usul bahawa murid tidak dibenarkan balik sehingga aktiviti Kokurikulum pada hari Rabu tamat pada jam 4.30 petang. Beliau menyatakan pihak sekolah akan menyediakan makanan tengah hari secukupnya kepada murid untuk menjalankan aktiviti hingga ke petang. Cadangan ini diterima dan dipersetujui semua. 10.1.7 Semua usul yang dikemukakan oleh pihak sekolah telah diterima dan disokong oleh ahli mesyuarat yang hadir tanpa bantahan. Makluman 10.2 Usul Ibu Bapa 10.2.1 Encik Abdul Ajed bin Abdul Rahman membawa usul pertama dimana beliau meminta pihak PIBG seperti yang berikut: i. Membina bumbung pejalan kaki di pintu C supaya dapat melindungi murid murid daripada panas dan hujan di pintu masuk C. Tuan Pengetua, Encik Muhamad Solahuddin bin Harun mengatakan kekangan dari segi susun atur sekolah dimana pintu masuk tersebut merupakan laluan utama untuk kerja pembersihan dan pembentungaan bukanlah laluan pejalan kaki utama. Walaubagaimanapun, pihak sekolah dan PIBG bersetuju untuk mengusahakan binaan bumbung di kawasan tersebut dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). ii. Membina satu kawasan khas iaitu "drop zone" bagi memudahkan ibu bapa mengambil murid murid ketika pergi dan balik sekolah. Menurut tuan pengetua, pihak sekolah mengatakan tiada penyelesaian untuk permasalahan ini disebabkan kedudukan sekolah yang tidak bersesuaian terutamanya berdekatan dengan kawasan perumahan. Namun cadangan usul ini tetap akan dipertimbangkan. 10.2.2 Puan Paremaladevi a/p N Shanmugam mencadangkan usul untuk penyediaan locker atau kotak simpanan bagi mengurangkan beban membawa buku dan juga bagi
27 mengelakkan masalah kesihatan terutama berkenaan keadaan tulang belakang murid. Walaubagaimanapun, Tuan Pengetua menyatakan bahawa mewujudkan kemudahan seperti ini memerlukan penyelenggaraan berterusan yang melibatkan tenaga dan kos tambahan. Tuan Pengetua juga menambah dengan mengatakan penyediaan locker atau kotak simpanan seperti ini boleh menimbulkan satu kerisauan dimana satu masalah akan timbul kepada murid-murid yang membawa barang terlarang dan lain-lain ke sekolah dan menyimpannya ke dalam locker tersebut. Beliau menyatakan bahawa usaha ini hanya akan dapat dijalankan sepenuhnya sekiranya terdapat jaminan keselamatan dan penggunaan oleh semua murid sekiranya pihak sekolah mewujudkan locker tersebut. 10.2.3 Puan Thavamani a/p Venkatachalam mencadangkan usul untuk mewujudkan kaedah komunikasi terancang melalui aplikasi Whatsapp ataupun Telegram untuk setiap subjek terutama sekali kepada anaknya yang berada di kelas 1 Ihsan. Puan Thavamani mengatakan beliau memerlukan kaedah ini supaya dapat memantau dan dapat mengetahui setiap perkembangan terkini mengenai subjek dipelajari anak apalagi melibatkan kerja rumah. Tuan Pengetua memaklumkan kepada Puan Thavamani mengenai kewujudan kumpulan Whatsapp atau Telegram yang telah sedia wujud dan menjadi amalan guru-guru SMK Taman Maluri untuk setiap subjek. Semua guru mata pelajaran kelas 1 Ihsan diminta melibatkan Puan Thavamani ke dalam setiap kumpulan aplikasi komunikasi subjek. 10.2.4 Puan Surjiah binti Hamad membawa usul mengenai pemakaian hanya satu baju untuk hari Rabu semasa aktiviti Kokurikulum. Pihak sekolah mengatakan sememangnya buat masa sekarang pemakaian pakaian sukan dibenarkan untuk dipakai dari rumah sehingga waktu balik terutama pada waktu kokurikulum tanpa perlu ditukar. Namun perkara ini juga mengikut keselesaan murid yang menjalani kelas dan aktiviti Kokurikulum dari pagi ke petang. Sekiranya murid mahu menukar pakaian baru untuk menjalankan aktiviti Kokurikulum pada sebelah petang, sekolah tidak memberi halangan. 10.2.5 Puan Sharifah Zarinah binti Syed Ibrahim mencadangkan supaya pihak PIBG untuk menyediakan kipas dan langsir bagi mengelakkan pancaran cahaya matahari dan meminimumkan keadaan cuaca yang begitu panas di beberapa kelas. Pihak sekolah
28 telah mengeluarkan arahan dimana guru kelas dibenarkan memasang langsir atau kipas di dalam kelas mengikut bajet kelas masing-masing. Pemasangan langsir juga tidak dapat membanteras isu ini sepenuhnya namun dapat meminimumkan dan mengurangkan kepanasan murid di dalam kelas. 10.2.6 Puan Maryati Ayob membawa cadangan untuk pihak sekolah menyiarkan takwim sekolah dan berkongsi kepada semua terutama sekali ibu bapa. Pihak sekolah mengatakan bahawa takwim sekolah tidak boleh dikongsikan secara umum kerana takwim sekolah yang asal tidak selari dengan perancangan dan pelaksanaan sebenar sekolah disebabkan oleh keadaan cuaca panas yang menghadkan pelaksanaan aktiviti luar dan seterusnya boleh menimbulkan salah faham untuk warga luar sekolah. Makluman 11.0 Hal-hal lain 11.1 Encik Zabar bin Zainal Abidin selaku YDP PIBG SMK Taman Maluri memaklumkan bahawa masih terdapat 4 kekosongan untuk perkhidmatan van secara percuma bagi murid mengalami masalah pengangkutan untuk hadir ke sekolah. 11.2 Encik Muhamad Solahuddin bin Harun selaku pengetua mencadangkan agar Kesatuan Ibu Bapa (KSIB) untuk bergerak dengan lebih aktif untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan potensi sekolah. Ibu bapa tidak perlu menjadi AJK di dalam PIBG sekolah untuk bergerak aktif membantu sekolah dan menggesa golongan profesional dalam kalangan ibu bapa terlibat aktif dalam KSIB tersebut. Pengetua juga mencadangkan untuk mewujudkan perjumpaan bersama Alumni SMK Taman Maluri dan menggunakan Arena Taming Sari untuk meraikan alumni sempena 40 tahun penubuhan sekolah. Beliau juga meminta supaya Alumni ini dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah. 11.3 Encik Zabar bin Zainal Abidin memaklumkan bahawa pihak sekolah dan PIBG masih dalam proses untuk melaksanakan pelbagai program yang dapat mengeratkan hubungan sesama ibu bapa sesuai dengan elemen keempat Sekolah Amanah iaitu memperkukuhkan penglibatan ibubapa, komuniti, dan pihak berkepentingan. Makluman
29 12.0 Ucapan Penangguhan 12.1 Encik Zabar bin Zainal Abidin selaku YDP PIBG bagi sesi 2023/2024 mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang hadir sebagai sokongan ke Mesyuarat Agung PIBG ini. Beliau meminta penglibatan ibu bapa secara terus yang mampu meningkatkan potensi sekolah dan membantu satu sama lain ke arah yang lebih baik. Beliau juga memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan salah sepanjang majlis berlangsung. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengah hari. Dicatat oleh : Cik Nurain Syukriah binti Mat Zain Cik Nur Aina Aisyah binti Mat Radzi Disediakan oleh, Disemak oleh, (PN NURFATIHAH BINTI ABDUL GHANI) (ENCIK ZABAR BIN ZAINAL ABIDIN) Setiausaha Kehormat PIBG, YDP PIBG, SMK Taman Maluri SMK Taman Maluri 2023/2024 2023/2024
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024
31 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SMK TAMAN MALURI LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2023/2024
32 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SMK TAMAN MALURI LAPORAN TAHUNAN SESI 2023/2024 1.0 TARIKH-TARIKH MESYUARAT AJK PIBG Mesyuarat PIBG telah diadakan sebanyak lima kali sepanjang sesi 2023/2024, berikut ialah tarikh-tarikh mesyuarat tersebut: BIL TARIKH MESYUARAT 1. 28 JULAI 2023 MESYUARAT PERTAMA 2. 15 NOVEMBER 2023 MESYUARAT KEDUA 3. 19 JANUARI 2024 MESYUARAT KETIGA 4. 21 MEI 2024 MESYUARAT KEEMPAT 5. 7 JUN 2024 PRA – MESYUARAT AGUNG KE-40
33 2.0 PENUBUHAN BIRO AJK dibahagikan kepada 5 biro iaitu: BIL BIRO TUGAS 1. AKADEMIK A. PN WAN MAZNI BINTI WAN ALI (PK PENTADBIRAN) B. PN NIK NORAZMAHANI BINTI BEKHARI C. EN LEE GUANN FENG ▪ Merancang dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang boleh memantapkan prestasi akademik. ▪ Memantau dan mengenal pasti keputusan peperiksaan murid SPM untuk tindakan susulan. ▪ Mendapatkan perkongsian pintar dengan komuniti luar untuk membantu pembangunan akademik sekolah. 2. KOKURIKULUM A. PN FITRI YANTI BINTI ABDUL JALIL (PK KOKURIKULUM) B. PN MAHAJOTHI A/P ATHIMOOLAN C. PN NORHARYATI BINTI PAWANTEH ▪ Membantu perancangan pentadbiran sekolah berkaitan dengan program sukan, rekreasi dan kebudayaan sekolah. ▪ Membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memantap dan meningkatkan prestasi sukan dan menggiatkan aktiviti rekreasi dan kebudayaan. ▪ Menyemarak dan menyuburkan ikatan kekeluargaan warga SMK Taman Maluri melalui aktiviti-aktiviti sekolah dan biro. 3. 4K (Kebersihan, Keceriaan, Kesihatan dan Keselamatan) A. PN NORREHAN BINTI AHMAD NAWAWI @ HASSAN (PK HAL EHWAL MURID) B. PN GOWRI A/P A. POOBALAN C. EN AMIRUDDIN BIN MD NOH ▪ Merancang dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memantau dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan kebersihan, keceriaan, kesihatan dan keselamatan. ▪ Mewujudkan kerjasama antara ibu bapa dalam menyumbang keperluan aspek 4K. ▪ Membantu pihak sekolah dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif.
34 4. EKONOMI DAN KEBAJIKAN A. PN NORREHAN BINTI AHMAD NAWAWI @ HASSAN (PK HAL EHWAL MURID) B. EN MOHD TALMIZI ARIZAL BIN MOHD ABDUL GHANI C. PN MARINI BINTI JAMLUS D. KAUNSELOR SEKOLAH ▪ Merancang dan mengusahakan pencarian dan penambahan dana serta membantu pengurusan dalam aspek penyelenggaraaan sekolah. ▪ Mewujudkan kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam memastikan keadaan fizikal sekolah selamat dan sempurna. ▪ Membantu mewujudkan jaringan dan rangkaian sosial antara ahli PIBG, masyarakat setempat dan agensi-agensi yang dapat membantu meningkatkan aspek prasarana sekolah. 5. KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB) A. PN NORREHAN BINTI AHMAD NAWAWI @ HASSAN (PK HAL EHWAL MURID) B. CIK NURFATIHAH BINTI ABDUL GHANI C. EN MAZLAN BIN ENJAH ▪ Membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memantap dan meningkatkan aspek pembangunan sahsiah diri murid. ▪ Menyumbang ke arah kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan sekolah dalam menyalurkan informasi kerjaya kepada murid-murid. ▪ Membantu pihak sekolah dalam menangani isu-isu disiplin murid.
35 3.0 AKTIVITI UMUM PIBG SMK Taman Maluri sesi 2023/2024 telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelbagai aktiviti ke arah peningkatan prestasi murid sama ada dalam bidang sahsiah, kurikulum dan kokurikulum. PIBG menyedari bahawa pentingnya hubungan baik dan msra antara sekolah dengan ibu bapa agar dapat melahirkan suasana pmbelajaraan kondusif serta memberangsangkan demi kecemerlangan murid. Perkongsian tanggungjawab pihak sekolah dan ibu baoa ialah tonggak dalam memastikan peningkatan pencapaian mereka. Hal ini juga secara langsung dapat merealisasikan visi, misi sekolah dan seterusnya wawasan serta aspirasi negara. Beberapa usaha ke arah penambahbaikan tersebut adalaha seperti berikut; 3.1 PROGRAM MAKANAN PERCUMA SPM 2023 (SEPANJANG TEMPOH PEPERIKSAAN SPM)
36 3.2PEMBINAAN LALUAN BERBUMBUNG PEJALAN KAKI DARI PINTU PAGAR A KE ARENA TAMING SARI, MEMBINA PARKIR BERBUMBUNG (UNTUK PENTADBIR) DI BLOK A DAN LALUAN BERBUMBUNG DARI PINTU PAGAR C KE BLOK E
37 3.3PROJEK PRIHATIN PIBG (COMMUNITY SHARING SPACE) KERJASAMA DENGAN SVG SEKOLAH (18 – 21 MAC 2024) 3.4MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2022 (8 JUN 2023)
38 3.5MESYUARAT JAWATANKUASA BENCANA (PERINGKAT SEKOLAH (20 JUN 2023) 3.6KARNIVAL D’MALURIAN GO STEM (14 JULAI 2023)
39 3.7MAJLIS APRESIASI PERMATA GEMILANG SESI 2022/2023 (22 JULAI 2023) 3.8PROGRAM ZIARAH CAKNA (9 OGOS 2023)
40 3.9 KEM KEPIMPINAN BADAN BERUNIFORM (25 – 26 OGOS 2023) 3.10 GOTONG-ROYONG MADANI (9 SEPTEMBER 2023)
41 3.11 HARI BICARA AKADEMIK (22 SEPTEMBER 2023) 3.12 KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-38 (1 OKTOBER 2023)
42 3.13 LARIAN MALURI GEMILANG BERSAMA 2023 (14 OKTOBER 2023) 3.14 PELANCARAN DUTA SAHSIAH PERINGKAT SEKOLAH 2023 (31 OKTOBER 2023)
43 3.15 MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM DAN HEM (13 DISEMBER 2023) 3.16 MAJLIS PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE (15 DISEMBER 2023)
44 3.17 PROGRAM JEJAK KASIH MADANI (4 JANUARI 2024) 3.18 SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MOTIVASI SPM 2023 (5 JANUARI 2024)
45 3.19 MAJLIS PELANCARAN KEMPEN ANTIBULI DAN ANTIGANGGUAN SEKSUAL (19 JANUARI 2024) 3.20 MAJLIS APRESIASI TINGKATAN 5 2023 (21 JANUARI 2024)
46 3.21 MAJLIS APRESIASI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (4 MAC 2024) 3.22 HARI ORIENTASI PERALIHAN DAN TINGKATAN 1 (8 MAC 2024)
47 3.23 MAJLIS IFTAR PERDANA PERINGKAT SMK TAMAN MALURI (3 APRIL 2024) 3.24 SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA (RIMUP) (19 APRIL 2024)