BUKU LOG PENGAKAP MUHAMMAD AFIQ AIMAN BIN ABD. RAZAK SEKAWAN MERAH
ISI KANDUNGAN 01 Prinsip Asas Kepengakapan 06 Pengurusan Dan Pentadbiran 02 Sejarah 07 Fungsi Majlis Tadbir 03 Perlembagaan 08 Pakaian Seragam 04 Istiadat-Istiadat Rasmi Pertubuhan 09 Simpulan Asas 05 Struktur Organisasi Pertubuhan 10 Laporan Mingguan
Untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. Menyediakan rancangan latihan yang progresif, menyeronokkan dan menarik berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang serta berpandukan kepada kepimpinan dewasa. Menyediakan pelan pelaksanaan yang berbeza dengan yang lain. Pelan perlu bersifat holistic dengan mengambil kira semua aspek. Penyesuaian sistem latihan mengikut peringkat umur dan kematangan ahli melalui unit-unit tertentu. PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN DEFINISI Pergerakan pengakap didefinisikan sebagai sebuah pergerakan sukarela yang bebas daripada pengaruh politik dalam usaha untuk melatih generasi muda serta terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunannya. Matlamat FALSAFAH Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepengakapan yang berasaskan prinsip dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai-nilai murni dan mengeratkan persaudaraan pengakap antara bangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan
OBJEKTIF Menggalakkan lebih ramai golongan muda remaja menyertai pengakap. Untuk menjadi program pembangunan manusia yang berkesan dan berkualiti bagi golongan muda remaja. Untuk melatih jurulatih yang berkeupayaan dan berkualiti di semua peringkat. Menerapkan nilai-nilai murni di dalam program kepengakapan berpandukan prinsip dan undang-undang pengakap. Menjadi sebuah organisasi yang berdikari dan diurus dengan berkesan VISI Misi kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik dimana rakyatnya boleh berdikari sebagai individu dan dapat memainkan peranan yang berguna kepada masyarakat. MISI Menjelang tahun 2023, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menjadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari, yang akan melatih golongan muda negara menjadi warganegara aktif yang menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai kepengakapan.
BENDERA MALAYSIA WARNA BIRU TUA Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia WARNA PUTIH Menandakan kesucian ANAK BULAN & BINTANG Melambangkan agama islam sebagai agama rasmi Malaysia BINTANG PECAH 14 Melambangkan perpaduan 13 buah negeri & wilayah persekutuan 7 JALUR MERAH & PUTIH Melambangkan keanggotaan 13 buah negeri & Wilayah Persekutuan WARNA MERAH Melambangkan keberanian WARNA KUNING Menandakan kesucian BENDERA PENGAKAP
LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA KELOPAK TENGAH Melambangkan tanggungjawab kepada tuhan KELOPAK SEBELAH KIRI Melambangkan perkhidmatan untuk orang lain DUA BINTANG UNGU PECAH LIMA Melambangkan undang-undang pengakap LINGKARAN TALI BERWARNA PUTIH Melambangkan kesatuan dan persaudaraan Pengakap Sedunia IKATAN BUKU SILA Tidak mudah terurai apabila ditarik bermaksud kekuatan dan perpaduan persaudaraan Pengakap sedunia KELOPAK SEBELAH KANAK Melambangkan ketaatan undang-undang pengakap IKATAN PUTIH PADA KELOPAK Melambangkan ikatan kekeluargaan di kalangan ahli Pengakap yang kukuh Warna ungu melambangkan perkhidmatan dan kepimpinan Warna putih melambangkan kesucian
Melambangkan persetiaan pertama: taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Melambangkan persetiaan kedua: menolong orang setiap masa Bulan sabit dan dua bintang di kanan dan kiri melambangkan agama Islam sebagai agama Melambangkan persetiaan ketiga; menurut Undang-Undang Pengakap Bintang pecah 14 melambangkan 14 negeri di Malaysia termasuklah Wilayah Persekutuan Ikatan buku sila melambangkan persaudaraan dan perpaduan ahli-ahli Pengakap LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA Melambangkan keberanian Warna rasmi pengakap Melambangkan kedaulatan raja dan negara
Nama Penuh: Robert Stephenson Smyth Baden Powell Nama Singkatan: BP Lord Baden lahir pada 22 Februari 1857 di London, England. Lord Baden gemar akan kegiatan dan kehidupan di luar. Beliau bersama abang-abangnya gemar melakukan aktiviti Lasak seperti berjalan kaki, berkhemah dan belayar 1870: Lord Baden melanjutkan pelajaran di Charter House, London, England. Beliau terkenal dalam bidang sukan bola sepak. lakonan, lukisan dan muzik. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan tentera. 1887: Pasukan beliau dihantar ke Afrika untuk menentang kaum Zulu. 1889: Beliau ditugaskan mempertahankan bandar Mafeking. Beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberi maklumat semasa pihak musuh mengepung badar Mafeking. Kecekapan kanak-kanak ini menjalankan tugas mencetus idea bagi beliau untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap. Beliau mula merangka rancangan Latihan untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap. 1907: Beliau menulis buku “Aids to Scouting” yang merupakan rancangan Latihan untuk belia lelaki. 1919: Beliau mengadakan tapak perkhemahan pengakap pertama di dunia di London. 1920: Pengakap dari seluruh dunia menhadiri jambori pengakap pertama di dunia London. 1941: Lord Baden meninggal dunia di Kenya pada 8 Januari 1941. PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP SEDUNIA LORD BADEN POWELL
PENUBUHAN PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2Julai 1910. 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England. Pasukan ini mempunyai 30 orang ahli Penubuhan Persatuan Pengakap di Pahang Penubuhan Persatuan Pengakap di Sabah Penubuhan Persatuan Pengakap di Pulau Pinang dan Sarawak. Penubuhan Persatuan Pengakap di Perak Penubuhan Persatuan Pengakap di Kedah dan Perlis Penubuhan Persatuan Pengakap di Negeri Sembilan dan Melaka Penubuhan Persatuan Pengakap di Kelantan dan Johor Persekutuan Budak-budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi anggota penuh Persatuan Budak-budak Pengakap Sedunia Jambori Pengakap Malaysia yang pertama diadakan di Pulau Pinang 1910 1912 1913 1915 1920 1922 1925 1928 1967
PRINSIP-PRINSIP BERPENGAKAP Kepercayaan kepada Tuhan Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara Perkhidmatan kepada diri sendiri PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan Taat Kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-Undang Pengakap PERLEMBAGAAN
UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalag seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. (Dipercayai) 1 Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibu bapa, majikannya dan orang-orang bawahannya. (Taat) 2 Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. (Berguna) 3 Pengakap adalah bersahabat kepada sekalian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walaupun apa negeri, pangkat dan agama sekalipun. (Bersaudara) 4 Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. (Berbudi) 5 Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. (Kasihkan binatang) 6 Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan. (Menurut Perintah) 7 Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah. (Tabah hati) 8 Pengakap adalah jimat dan cermat. (Berjimat) 9 Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan) 10
HORMAT PENGAKAP & ISYARAT PENGAKAP Hormat pengakap digunakan apabila; Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. 1. Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. 2.
COGAN KATA PENGAKAP Pengakap Kanak-kanak : Buat Sehabis Baik Pengakap Muda : Selalu Bersedia Pengakap Remaja : Pandang Luas Pengakap Kelana : Berkhidmat
ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN ISTIADAT LAUNG AGUNG (PKK sahaja) ISTIADAT MELANTIK ISTIADAT PEMERIKSAAN PAGI ISTIADAT BENDERA ISTIADAT MENINGKAT NAIK ISTIADAT PENGALUNGAN MANIK KAYU ISTIADAT PENGANUGERAHAN PINGAT DAN BINTANG PPM
ISTIADAT LAUNG AGUNG Istiadat Laung Agung merupakan satu istiadat yang penting dan hanya terdapat di dalam Unit Pengakap Kanak-kanak sahaja. Istiadat ini tidak dilakukan dalam unit-unit pengakap yang lain. Istiadat Laung Agung dilakukan oleh Pengakap Kanak-kanak di seluruh dunia. Laung Agung atau nama asalnya Laung Tuk Guru (Grand Howl) dilakukan sama seperti situasi keluarga serigala berhimpun mengelilingi batu untuk bermesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut, Akela atau ketua serigala berada di tengah-tengah bulatan. Istiadat Laung Agung dilakukan untuk menunjukkan bahawa mereka boleh melaksanakan sesuatu dengan ”Buat Habis Baik”. Istiadat Laung Agung dilaksanakan setiap kali diadakan perjumpaan PEK, iaitu semasa permulaan dan penutupan perjumpaan PEK.
ISTIADAT BENDERA a. Istiadat Bendera terbahagi kepada tiga jenis istiadat, iaitu: (i) Istiadat Mengibarkan Bendera; (ii) Istiadat Menaikkan Bendera; dan (iii) Istiadat Menurunkan Bendera. Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PKK): (i) Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung pada setiap pagi. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi. (ii) Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Sekawan Bertugas. Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PM/PR/PK): (i) Istiadat ini diadakan pada setiap pagi dan dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi. (ii) Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas. Pelaksanaan Istiadat Menaikkan Bendera (PM/PR/PK): (i) Seperti mana Istiadat Mengibarkan Bendera, Istiadat Menaikkan Bendera juga diadakan pada setiap pagi dan hanya dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi. (ii) Bendera sudah siap diikat pada tali tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas.
ISTIADAT MELANTIK a. Istiadat Melantik akan diadakan apabila ada ahli atau adik baharu yang ingin menjadi ahli Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja atau Pengakap Kelana. b. Sebelum istiadat ini dilaksanakan, pemimpin/Akela perlu menyediakan lencana keahlian, skaf, wogel dan topi mengikut bilangan adik baharu pengakap. Pelaksanaan Istiadat Melantik adalah seperti yang berikut: Jika PKK, Istiadat Melantik akan dimulakan dengan melakukan Istiadat Laung Agung terlebih dahulu. Istiadat Melantik diakhiri dengan Istiadat Laung Agung yang buat pertama kalinya disertai oleh Adik Baharu. Sekiranya keseluruhan PEK merupakan ahli baharu dalam PKK, maka Istiadat Melantik akan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan akan dilantik terlebih dahulu diikuti oleh Adik Baharu yang lain.
ISTIADAT MENINGKAT NAIK a. Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut: (i) apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Muda; (ii) apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Remaja; dan (iii) ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Kelana. Pelaksanaan Istiadat Meningkat Naik adalah seperti berikut: Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat denganberteriak “BERSURAI!”.
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
STRUKTUR & ORGANISASI STRUKTUR DAN ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
STRUKTUR & ORGANISASI STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT NEGERI
STRUKTUR & ORGANISASI STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT DAERAH
STRUKTUR & ORGANISASI STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH
STRUKTUR & ORGANISASI STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KUMPULAN
STRUKTUR & ORGANISASI STRUKTUR DAN ORGANISASI PENGAKAP IPG KAMPUS KOTA BHARU DR. MOHD ROZI BIN ISMAIL PENASIHAT EN. ZULKIFLI BIN YUSOF PESURUHJAYA PENSYARAH PEN. PESURUHJAYA MUHAMMAD AIBAQ BIN MOHD AIDI PRESIDEN DR. KHAIRUDIN BIN SAID PENAUNG MUHAMMAD AIMAN NUR HAKIM NAIB PRESIDEN 1 NIK AHMAD RAZIN BIN ZULKIFLI NAIB PRESIDEN 2 NUR ATHIRAH BINTI AHMAD ZAID SETIAUSAHA MAS IDAYU ADILAH BINTI MAZDI NAIB SETIAUSAHA HANA MAISARA BINTI HAZLAN BENDAHARI MUHAMMAD ANIQ AQMAL NAIB BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA 1.MUHAMMAD AFIQ AIMAN 2.MUHAMMAD SYAHMI 3.NABIL FARHAN 4. MUHAMMAD DZUL RAZIQ AHLI JAWATANKUASA 1.AFIQ DANIEL 2.DIMITRY ADIN 3.ADAM DANIEL
1.Menubuh Kumpulan 2.Bilangan Anggota 3.Pendaftaran 4.Yuran Pendaftaran 5.Tauliah Pemimpin 6.Kegiatan 7.Pentadbiran 8.Jawatankuasa Kumpulan 9.Tugas Majlis Pemimpin 10.Butiran Peribadi Anggota 11.Rekod-rekod 12.Bilik Perjumpaan PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTADBIRAN KUMPULAN 1 MENUBUHKAN KUMPULAN Satu kumpulan bagi sebuah sekolah Boleh ditubuhkan beberapa pasukan dalam kumpulan tersebut 2 BILANGAN ANGGOTA Sekurang-kurangnya 18 orang Seramai-ramainya 48 orang Dengan dua pemimpin Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada dua buah pasukan
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 3 PENDAFTARAN Setiap kumpulan perlu didaftakan dengan PPM Gunakan beberapa jenis borang: - Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) - Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) - Borang PPM 1B (Borang Kawalan) - Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin / Penolong Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM 4 YURAN PENDAFTARAN Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharui pendaftaran kumpulan dengan PPM Yuran pendaftaran: > Kumpulan :RM 30.00 (setahun) > Anggota Pengakap :RM 5.00 (setahun) > Pemimpin / Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan / Anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap . 5 TAULIAH PEMIMPIN Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: 1.Tauliah Sementara 2.Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua Tauliah tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain.
Fungsi utama Majlis Tadbir MPKLMIPG adalah untuk menjaga dan mengawasi serta mengurustadbirkan 27 Pergerakan Pengakap Daerah yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) di 27 buah Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, seperti yang termaktub dalam Buku Undang-undang Kecil MPKLMIPG. MPKLMIPG beribu pejabat di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. FUNGSI MAJLIS TADBIR
TUGAS MAJLIS TADBIR Memajukan kebajikan pergerakan pengakap di IPG Mengaturkan kerjasama di antara IPG dalam kursus kepimpinan pengakap Memilih jawatankuasa kerja, jawatankuasa kewangan dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang lain untuk menjalankan tugas-tugas tertentu jika perlu Menghantar satu salinan laporan tahunan MPKLMIPG kepada Ibu Pejabat, PPM tidak lewat daripada 15 November pada setiap tahun Menguruskan mesyuaratmesyuarat, perhimpunanperhimpunan, persidanganpersidangan dan gerak-gerak kerja MPKLMIPG secara bersama untuk faedah MPKLMIPG dan para anggotanya Mencari dan mentadbirkan segala wang, sama ada dicari, dermaan, yuran kurniaan atau diterima daripada sebarang punca yang sesuai dengan peraturanperaturan ini untuk pembangunan kepengakapan di MPKLMIPG
PAKAIAN SERAGAM AHLI
PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN
LENCANA SKIM LATIHAN KANAK-KANAK
Simpul Manuk Simpul Buku Sila Simpul Tindih Kasih Simpul Bunga Geti Simpulan Asas Simpulan adalah menggunakan tali yang bersaiz kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana Jenis-jenis Simpulan
LAPORAN MINGGUAN
MASA 2.:30 P.M4:30P.M. AKTIVITI MEMBINA SEKAWAN Dikehendaki memilih ahli untuk membentuk sekawan yang terdiri daripada 11 orang. Sekawan saya diberi nama Sekawan Merah. Manakala untuk tatacara Laung Agung ditunjukkan oleh pensyarah kumpulan iaitu Encik Zulkifli untuk memberi kefahaman kepada kami bagaimana cara untuk membuat Laung Agung yang betul dalam Istiadat. CATATAN LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI HARI: Rabu TARIKH: 11 Januari 2024 MASA: 2:30 P.M-4:30P.M TEMPAT: Blok NN
MASA 2.:30 P.M4:30P.M. AKTIVITI KULIAH SEJARAH PERTUBUHAN PENGAKAP Mempelajari serba sedikit sejarah berkenaan dengan pengasas pengakap iaitu B.P. yang disampaikan oleh pembentang dari kumpulan A. CATATAN LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI HARI: Isnin TARIKH: 15 Januari 2024 MASA: 2:30 P.M - 4:30 P.M TEMPAT: Dewan GERKO Baden-Powell
MASA 2.:30 P.M4:30P.M. AKTIVITI PENGENALAN ASAS IKATAN DAN SIMPULAN Pensyarah memperkenalkan dan mengajar cara membuat empat jenis ikatan dan simpulan. Mempelajari empat jenis ikatan dan simpulan dan perlu membuat latihan berkali-kali untuk menghasilkan ikatan dan simpulan yang sebetulnya melalui bimbingan pensyarah. CATATAN Buku sila Bunga geti Tindih kasih Simpul Belit LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI HARI: Isnin TARIKH: 22 Januari 2024 MASA: 2:30 P.M - 4:30 P.M TEMPAT: Blok NN
MASA 2.:30 P.M4:30P.M. AKTIVITI PENYERAHAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN DAN MENAIKKAN BENDERA Menerima soalan pentaksiran berterusan yang disampaikan oleh Tn Hj Shukri. Mempelajari bagaimana cara menaikkan bendera dengan betul dan cara untuk melepaskan bendera dengan tertib. Melihat Laung Agung yang dibuat oleh sekawan lain . CATATAN LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI HARI: Isnin TARIKH: 29 Januari 2024 MASA: 2:30 P.M - 4:30 P.M TEMPAT: Blok NN
MASA 2.:30 P.M4:30P.M. AKTIVITI NYANYIAN DAN PERSEMBAHAN PENGAKAP Pensyarah memberi sedikit pencerahan berkaitan dengan nyanyian dan permainan pengakap Setiap sekawan perlu memilih dan menyanyikan dua lagu pengakap Setiap sekawan dikehendaki membuat persembahan nyanyian di hadapan sekawan yang lain Seterusnya setiap sekawan perlu merancang satu permainan pengakap dan perlu membentangkan cara permainan tersebut di hadapan sekawan yang lain. CATATAN Nyanyian lagu pengakap mengikut sekawan: Lagu Jong-Jong Inai dan lagu Sayonara Permainan pengakap kanak-kanak: rebut kerusi LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI HARI: Isnin TARIKH: 5 Februari 2024 MASA: 2:30 P.M - 4:30 P.M TEMPAT: Blok NN
MASA 2.:30 P.M4:30P.M. AKTIVITI AMALI PERTOLONGAN CEMAS, IKATAN & SIMPULAN DAN KAWAD KAKI Melakukan keseluruhan ujian amali dengan baik iaitu ujian amali pertolongan cemas memerlukan kerjasama secara berpasangan untuk menguji cara mengikat kain anduh pada pasangan dengan betul . Seterusnya ujian ikatan dan simpulan pula, bergerak bersama sekawan Merah untuk diuji dengan 5 ikatan iaitu simpulan buku sila, simpulan bunga geti, ikatan tindih kasih, ikatan balak dan simpulan manuk. Selain itu,untuk ujian amali kawad kaki, telah berjaya mengetuai perbarisan sekawan merah dengan memberi arahan dengan sebaik mungkin. CATATAN LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI HARI: Isnin TARIKH: 4 Mac 2024 MASA: 2:30 P.M - 4:30 P.M TEMPAT: Astaka padang
MASA 2.:30 P.M4:30P.M. AKTIVITI AMALI IKHTIAR HIDUP DAN MASAKAN RIMBA Melakukan ikhtiar hidup bersama sekawan merah dan berjaya memasak dan bekerjasama menghasilkan beberapa hidangan yang menyelerakan. Antara hidangan yang dihasilkan misalnya roti lilit, telur rebus, sardin, nasi dan air kopi CATATAN LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI HARI: Khamis TARIKH: 7 Mac 2024 MASA: 2:30 P.M - 4:30 P.M TEMPAT: Hadapan Dewan Bakti
MASA 2.:30 P.M4:30P.M. AKTIVITI AMALI ISTIADAT LAUNG AGUNG Pensyarah memberi masa selama 15 minit untuk membuat latihan sebelum dinilai bersama sekawan masing-masing. Sekawan merah melakukan Istiadat Laung Agung dengan baik mengikut tertib di hadapan sekawan-sekawan lain. CATATAN LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI HARI: Isnin TARIKH: 11 Mac 2024 MASA: 2:30 P.M - 4:30 P.M TEMPAT: Hadapan Dewan Bakti