The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerpen Legasi Tapai Ubi; Komsas Antologi Bahasa Melayu Tingkatan 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aekira, 2021-07-08 08:14:18

Legasi Tapai Ubi

Cerpen Legasi Tapai Ubi; Komsas Antologi Bahasa Melayu Tingkatan 3

"

" LEGASI
TAPAI
UBI

NUR ZAARA HADHIRAH BINTI SALLEH HUDDIN
NURAISYA AFIQAH BINTI ZAINUDIN

NURUL AMIERA ADELIN BINTI ABDULLAH
NURUL INSYIRAAH BINTI NOR SAHRIN
ZARA DANEA BINTI ROSNAN ARIFF

SINOPSIS

Sejak kecil lagi Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual tapai
ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama
Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan
sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Setiap hari Parjo akan menjual dan
menghantar tapai ubi emak dan bapanya itu ke pasar, warung dan kedai-kedai
kampung yang telah membuat tempahan. Pada mulanya dia berasa malu, namun
alah bisa tegal biasa. Proses membuat tapai ubi agak rumit kerana banyak
pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya tidak boleh memberitahu orang
semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak dan tidak
boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.

Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya
sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua
tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor
Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi
membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan
kanser. Parjo mendapati bahawa kanser merupakan antara penyakit yang
semakin merebak di dunia amnya dan Malaysia khasnya sehingga banyak
menyebabkan kematian. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia
mendapati bahawa tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat
bermanfaat kepada manusia, iaitu dapat menghalang pertumbuhan sel-sel
kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada pihak
universiti dan dibawa ke peringkat antarabangsa.

Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyennya.
Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Penghalang Kanser” telah berjaya
mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaannya itu ialah hasil
inspirasi emak dan bapanya yang membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang
Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo
kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo telah menjadi
pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai
pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan
terhadap penyakit kanser.

TEMA

Kesungguhan seorang remaja yang ingin membuktikan
bahawa makanan tradisi iaitu tapai ubi dapat menjadi
penawar bagi merawat penyakit berbahaya seperti
kanser.

PERSOALAN

1, Seorang anak yang mengenang jasa ibu bapa.
- Parjo mengenang jasa ibu bapanya dengan membantu ibu balanya mencari

rezeki. Setiap hari Parjo terpaksa menjinjit karung yang berisi tapai ubi untuk
dibawa ke sekolah. Pada masa yang sama, dia juga membawa tapai ubi itu ke
pasar, warung-warung, kedai kampung, dan ke mana-mana sahaja jika ada
tempahan. [m/s 31-32]

2. Menghargai pengorbanan dan membalas jasa ibu bapa.
- Dr. Parjo membawa kedua ibu bapanya ke majlis konvokesyennya, Dr. Parjo
mengatakan bahawa kejayaannya selama ini sebenarnya hasil daripada inspirasi
emak dan bapanya sebagai seorang pengusaha tapai ubi yang terkenal di
kampungnya. [m/s 40-41]

3. Ketelitian semasa melakukan sesuatu.
- Emak dan bapa Parjo amat teliti semasa membuat tapai. Terdapat beberapa
pantang larang yang perlu dipatuhi seperti tidak boleh memberitahu orang lain
semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak, dan tidak boleh
membuat bising semasa membuat tapai. [m/s 33]

4. Bercita-cita tinggi demi kemajuan masa hadapan.
- Parjo dan adik-adiknya mempunyai cita-cita yang tinggi dan telah berjaya
melanjutkan pelajaran ke menara gading hasil daripada usaha emak dan bapanya
menjual tapai ubi. [m/s 34]

WATAK &
PERWATAKAN

PARJO->

1.Merupakan anak sulung kepada Wak Saikon [m/s 34]
2.Penerima Ijazah Kedoktoran [m/s 41]
3.Seorang pensyarah univerisiti. [m/s 42]
4.Seorang yang taat akan emak dan bapanya [m/s 32]

Dia sanggup menghantar tapai ubi ke kantin sekolah
dan warung-warung di kampungnya tanpa membantah
arahan bapanya.
5.Seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu
[m/s 39]
Parjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa
tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan
kanser
6.Seorang yang mengenang budi dan tidak melupakan jasa
emak dan bapanya [m/s 42]
Parjo membantu membesarkan perusahaan tapai
orang tuanya walaupun dia sudah berjaya di menara
gading.
7.Seorang yang teliti [m/s 39]
Dia memastikan proses kajian terhadap kanser telah
dilakukannya mengikut prosedur dan peringkat demi
peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya

WATAK &
PERWATAKAN

WAK SALIKON->

1.Bapa kepada Parjo [m/s 31]
2.Seorang yang gigih melakukan pekerjaan [m/s 32]

Dia telah menanam pokok ubi dan
seterusnya membuat tapai ubi
untuk dijual.
3.Seorang yang mementingkan pendikan anak-anak [m/s 34]
Dia menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke menara
gading dengan hasil titik peluhnya menjual tapai ubi.
4.Seorang yang bercita-cita tinggi [m/s 40, 42]
Wak Salikon berhasrat untuk mengembangkan lagi
peniagaan tapai ubinya.
5.Seorang yang teliti ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
[m/s 32]
Wak Salikon mengamalkan pantang larang yang perlu
dipatuhi semasa membuat tapai ubi.

WATAK &
PERWATAKAN

EMAK->

Emak kepada Parjo dan isteri kepada Wak Silikon [m/s 32]
1.Seorang yang gigih membantu suami [m/s 32]
a.Emak membantu Wak Silikon untuk membuat tapai ubi
2.Seorang yang teliti melakukan kerja [m/s 33]
a.Emak sentiasa mematuhi pantang larang semasa
membuat tapai ubi.
3.Seorang yang prihatin terhadap anak [m/s 41]
a.Emak mendengar penjelasan Parjo bahawa dia berjaya
berkat kajiannya terhadap tapai ubi.

PROFESSOR HAIDAR->

1.Pensyarah Parjo semasa di universiti [m/s 34]
2.Beliau mempunya jambang yang lebat [m/s 34]
3.Seorang yang berpandangan jauh [m/s 35]

Professor Haidar ingin meminta
bantuan Parjo dalam kajian tapai ubi yang
dikatakan dapat membantu mengurangkan
serangan kanser.

PLOT

PERMULAAN [ms 31-32]

Sejak kecil lagi, Parjo membantu emak dan bapanya menjual
tapai ubi sehingga dipanggil “Parjo Tapai”. Walaupun dia
berasa muak dengan panggilan itu, namun lama-kelamaan di
sudah terbiasa dengan gelaran tersebut kerana dia ingin
membantu emak dan bapanya mencari rezeki.

PERKEMBANGAN [ms 32-33]

Proses membuat tapai ubi agak rumit. Bermula dengan proses
mencabut ubi, mengopek kulit, memotong pendek, menjerang
air, merebus sehinggalah proses memeram sebelum ubi
matang untuk dimakan. Banyak pantang larang yang perlu
dipatuhi semasa membuat tapai ubi. Melalui hasil jualan tapai
ubi itulah Parjo dan adik-adiknya Berjaya menjejakkan kaki
ke Menara gading.

PLOT

KLIMAKS [ms 35-41]

Parjo Berjaya membuktikan bahawa tapai ubi dapat
mengurangkan risiko penyakit kanser. Kajian Parjo telah
diiktiraf oleh pihak universiti dan dibawa pada peringkat
antarabangsa. Parjo berjaya memperoleh ijazah
kedoktoran sekali gus mendapat gelaran Dr. Parjo.

PELERAIAN [ms 42]

Dr. Parjo bertugas sebagai pensyarah. Dia masih
meneruskan kajian tantang potensi tapai ubi sebagai
pencegah alternatif kepada pelbagai jenis penyakit yang
lain, terutamanya penyakit kanser. Perniagaan tapai ubi
bapanya di kampung semakin berkembang sehinggalah
terbinanya kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.

NILAI

NILAI & CONTOH PERISTIWA:

1.Nilai Kegigihan - Parjo gigih mengkaji khasiat tapai ubi
yang mampu mencegah penyakit kanser. [m/s 35]

2.Nilai ketaatan- Parjo sanggup menolong ibu dan bapanya
menjual tapai ubi walaupun Parjo kurang menyukainya.
[m/s 31]

3.Nilai kasih sayang- Parjo sangat menyayangi ibu dan
bapanya dengan membantu mereka menjual tapai ubi.
[m/s 32]

4.Nilai Kerajinan- Parjo merupakan seorang murid yang
rajin belajar sehingga berjaya melanjutkan pelajaran
dalan bidang perubatan. [m/s 34 ]

5.Nilai Ketabahan- Ibu dan Bapa Parjo tabah menjual
tapai ubi demi menyara kehidupan seharian mereka.
[m/s 33]

PENGAJARAN

PENGAJARAN & CONTOH PERISTIWA:

1.Kita hendaklah gigih dan berusaha untuk mencapai
kejayaan-Kegigihan Parjo dalam penyelidikan tapai ubi
sebagai ubat pencegah kanser telah menyebabkan
kajiannya mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak.
[m/s 35 & m/s 40]

2..Kita hendaklah taat kepada ibu dan bapa -Parjo taat
kepada ibu dan ayahnya dengan sanggup membawa tapa ke
kantin dan warung-warung di kampungnya tanpa
membantah. [m/s 31]

3.Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita dengan
sepenuh hati-Parjo sangat ,menyayangi emak dan bapanya
sehingga sanggup menolong mereka menjual tapai ubi
walaupun Parjo kurang menyukainya. [m/s 32]

4.Kita hendaklah rajin dalam mencari rezeki - Wak Salikon
rajin mencari rezeki degan bersusah-payah terlibat dalam
proses pembuatan tapai ubi yang sangat rumit dan
menjualnya pada setiap hari. [m/s 32]

5.Kita hendaklah tabah dalam menempuh kehidupan-Parjo
tabah walaupun dia terpaksa menjual tapai ke sekolah dan
digelar sebagai Parjo Tapai demi mencari rezeki untuk
kelangsungan hidup [m/s 31 & m/s 32]

LATAR

LATAR MASA:

Waktu pagi.
Pada setiap pagi, bapa Pajor iaitu Wak Salikon akan ke
kebun untuk mencabut ubi.
[ m/s 32 ]

Selepas sembahyang isyak.
Ibu Pajor meneruskan tugasannya dalam mebuat tapai ubi
selepas dia selesai menunaikan solat isyak.
[ m/s 32 ]

Permulaan semester.
Profesor Haidar memaklumkan kepada Pajor bahawa
terdapat projek baharu yang akan dilakukan/ dijalankan
sebaik sahaja semester bermula.
[ m/s 34 ]

Enam puluh hari.
Pajor telah mendapati bahawa Bakteriosin UL4 yang
terdapat di dalam tapai ubi mampu bertahan pada suhu
setinggi 121C selama lima belas minit dan pada suhu
serendah 15C selama enam puluh hari.
[ m/s 39 ]

LATAR

LATAR TEMPAT

Kantin sekolah.
Pajor terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah
sehinggakan dia diberi gelaran “Parjo Tapai”
[ m/s 31 ]

Rumah Wak Salikon.
Rumah Wak Salikon menjadi tempat pengumpulan ubi yang telah
diambil dari kebun oleh Wak Salikon dan ia juga menjadi tempat
untuk membuat tapai ubi
[ m/s 32 ]

Fakulti perubatan di universiti.
Pajor telah diterima masuk ke fakulti perubatan setelah hampir
dua tahun dia belajar di sebuah pusat matrikulasi serta ia juga
merupakan tempat dia menerima projek tentang kajian berkaitan
dengan tapai ubi yang dikatakan mampu mengurangkan serangan
kanser.
[ m/s 34-35 ]

Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.
Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan untuk
meningkatkan pengeluaran tapai ubi Wak Salikon serta ia telah
menjadikan Wak Salikon dan isterinya sebagai pengurus besar
syarikat perusahaan tersebut.
[ m/s 42 ]

LATAR

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja.
Parjo bersungguh-sungguh dalam menjalankan kajian tapai ubi bagi
membuktikan tapai ubi dapat mengurangkan serangan kanser
[ m/s 35-40 ]

Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki.
Wak Salikon rajin mencari rezeki dengan bersusah payah dalam proses
pembuatan tapai ubi yang sangat rumit dan menjual tapai pada setiap hari.
[ m/s 31-33 ]

Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja.
Ibu Parjo sangat teliti dan mengambil berat tentang pantang larang dalam
membuat tapai ubi seperti tidak memberitahu orang semasa membuat tapai
ubi kerana dikhuatiri tapai ubi tidak akan menjadi.
[ m/s 32-33 ]

Masyarakat yang berpandangan jauh.
Profesor Haidar mengarah Parjo untuk menjalankan kajian tentang tapai ubi
kerana terdapat penemuan yang membuktikan bahawa tapai ubi dapat
membantu mengurangkan serangan kanser.
[ m/s 34-35 ]

Masyarakat yang mengenang jasa ibu bapa.
Parjo taat kepada ibu bapanya dengan sanggup membawa tapai ubi yang dijual
oleh mereka ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa
sebarang bantahan.
[ m/s 31 ]

Masyarakat peniaga yang bijak mengembangkan perniagaan.
Sebuah Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikan telah didirkan bagi
meningkatkan lagi pengeluaran tapai ubi Wak Salikan
[ m/s 42 ]

IB LEARNER
PROFILE

COMMUNICATORS:

Berkomunikasi sewaktu perbincangan untuk memastikan
semua kerja dalam kumpulan dapat dijalankan dengan
baik.

PRINCIPLED:

Memastikan kerja-kerja yang telah diagihkan kepada
individu-individu telah disiapkan sebelum kelas
seterusnya.

KNOWLEDGEABLE:

Membuat 'flipbook' mengenai cerpen Legasi Tapai Ubi ini
telah menambah pengetahuan baru dan juga mengajar
pengajaran-pengajaran yang boleh diguna pakai oleh
pelajar dalam kehidupan seharian.

THINKERS:

Berfikir secara kreatif dan menggunakan pelbagai skills
seperti skill penyuntingan dalam menghasilkan bahan
bentangan serta semasa menjalankan.


Click to View FlipBook Version