The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

X11_TUGASAN 1_BMMB1104_MUHAMMAD ANAS FAIZ BIN MD FAUDZI-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anasfaiz78, 2022-03-22 02:44:49

PENGHASILAN PRODUK

X11_TUGASAN 1_BMMB1104_MUHAMMAD ANAS FAIZ BIN MD FAUDZI-converted

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU– PENGHASILAN PRODUK

Nama : MUHAMMAD ANAS FAIZ BIN MD

FAUDZI

No. K/P : 030313-02-0705

Angka Giliran : 2021242310248

Program : PPISMP

Ambilan : JUN 2021

Unit : X11

Nama Pensyarah : Shamsudin Bin Abu

Bakar

Tarikh Hantar : 14 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: ANAS Tarikh : 14 MAC 2022

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 14 MAC 2022

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):

Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin
dikongsi Bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa,
kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam. Anda dikehendaki
menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang merangkumi tajuk-tajuk
berikut:

takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan
sosial.
manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

Penghargaan

Alhamdulillah, pertama sekali bersyukurnya saya ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus subjek BMMB1144 dengan

jayanya.

Saya ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada Shamsudin Bin Abu Bakar
selaku pensyarah saya yang banyak menolong dan membantu saya menyiapkan tugasan
kerja kursus pada kali ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat saya

yang banyak membantu dalam penghasilan kerja kursus pada kali ini.

Dalam menyiapkan tugasan pada kali ini, banyak yang telah saya pelajari dan ia telah
memberikan dan menambahkan banyak ilmu pengetahuan saya dari pelbagai aspek

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 TAKRIF KESUSTERAAN MELAYU 1

3.0 JENIS, BENTUK DAN CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU. 1

3.1 PROSA TRADISIONAL 1

3.2 PROSA MODEN 3

3.3 PUISI TRADISIONAL 3

3.4 PUISI MODEN 4

4.0 FUNGSI SASTERA MELAYU 4

4.1 HIBURAN 4

4.2 PENDIDIKAN 5

4.3 DAKWAH 5

4.4 KRITIKAN SOSIAL 5

5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL 5

5.1 AKAL BUDI DALAM PANTUN 6

5.2 AKAL BUDI DALAM SYAIR 6

5.3 AKAL BUDI DALAM SELOKA 7

5.4 AKAL BUDI DALAM GURIDAM 7

6.0 PENUTUP 8

1.0 PENGENALAN

Bangsa Melayu merupakan suatu bangsa yang amat berseni bukan saja dari segi adat
resamnya namun juga dari segi bahasanya. Namun pada masa kini anak muda masyarakat
melayu sudah tidak mengamalkan kesenian bahasa dalam pertuturan mereka. Tambahan pula,
ada anak muda yang pada zaman sekarang tidak tahu akan keberadaan seni dalam bidang
bahasa Melayu.

2.0 TAKRIF KESUSTERAAN MELAYU

Kesusasteraan melayu merujuk kepada ciptaan seni dan hasil karya yang terdapat dalam
kalangan masyarakat melayu. Tambahan pula, kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Sastera atau juga dikenali sebagai seni bahasa merupakan satu
ekspresi fikiran seseorang individu melalui medium bahasa. (rozianah77, 2014)

3.0 JENIS, BENTUK DAN CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU.

Kesusteraan Melayu terbahagi kepada beberapa bentuk dan jenis serta memliki tujuan dan
maklamat tertentu. Antaranya ialah prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi
moden.

3.1 PROSA TRADISIONAL

Siti Hajar Abdul Aziz (2011) telah menyatakan makna tradisional membawa maksud serius
dan abadi nilainya dan tertinggi mutunya. Selain itu, ia menjadi standard kepada yang lain,
mempunyai gaya yang sederhana. Prosa tradisional juga mempunyai ciri yang tetap dan tidak
berubah. Pada zaman sekarang, prosa tradisional masih wujud dan berperanan menjadi sumber
pengetahuan, amalan, pengajaran, dan sempadan tingkah laku. Di samping itu, ia juga digunakan
untuk memperkenalkan masyarakat Melayu kepada dunia luar. Sebelum abad ke-7 pengaruh
agama Buddha telah bertapak di tanah Melayu.dan telah menyebabkan karya-karya pada zaman
tersebut ditulis dalam bahasa Sanskrit misalnya puisi Jakatamala. Namun, perkembangan sastera
pada waktu tersebut tidak memberangsangkan kerana menggunakan bahasa Sanskrit dan
melayu kuno. Hal ini demikian kerana masyarakat pada ketika itu kurang memahami bahasa
Sanskrit dan melayu kuno. Walaupun begitu, setelah kedatangan agama Islam di tanah melayu ia
telah menyebabkan kesusasteraan melayu klasik berkembang dengan pesatnya. Hasilnya, tulisan

1

yang menjadi kepentingan bagi penganut agama Islam iaitu tulisan jawi telah dicipta. Seterusnya,
Agama Islam telah bertapak di istana-istana dan telah mengambil alih peranan agama Hindu dan
Buddha (Rehal, 2021). Rentetan itu, istanalah yang menjadi pusat perkembangan kesusateraan
melayu pada ketika itu. Terdapat dua genre dalam prosa tradisional antaranya ialah sastera rakyat
(lisan) dan sastera istana (tulisan).

3.1.1 SASTERA RAKYAT (LISAN)

Sastera rakyat merupakan hasil-hasil kreatif yang terkandung daya ciptaan imaginasi
pencipta dan disampaikan secara lisan. Antara ciri sastera rakyat termasuklah ialah ia diwariskan
dan disebarkan secara lisan. Seterusnya, sastera rakyat bersifat tradisional dan lama di mana
iawujud dalam tempoh yang lebih lama daripada dua generasi. Selain itu, ia juga wujud dalam
pelbagai variasi dan bersifat anonimi. Di samping itu, sastera rakyat juga mengandungi bentuk
yang berpola dengan plot yang hampir sama di mana mempunyai fungsi misalnya memberi
pengajaran dan penulisannya bersifat sederhana, spontan dan juga kasar. Sastera rakyat
mempunyai dua bahagian iaitu naratif dan bukan naratif. Sastera naratif pula terbahagi kepada
mitos, lagenda dan cerita manakala sastera bukan naratif pula ialah puisi rakyat. Mitos merupakan
sebuah cerita yang dianggap benar-benar berlaku dan dipandang suci oleh empunya cerita dan
masyarakat yang menyokongnya. Seterusnya lagenda pula berunsurkan historiografi misalnya
cerita atau peristiwa berkait rapat dengan fakta sejarah tempatan. Cerita rakyat pula berbentuk
prosa dan tidak dianggap benar-benar berlaku. Cerita rakyat mempunyai unsur hiburan, keadilan,
moral dan sindiran. Antara jenis cerita rakyat ialah cerita binatang, cerita penglipur lara, cerita
jenaka, dan cerita istana.

3.1.2 SASTERA ISTANA (TULISAN)

Sastera tulisan telah dilahirkan setelah penyebaran Islam sekitar abad ke-15 dan
berkembang dalam istana. Sastera hikayat mempunyai tiga jenis berdasarkan unsur-unsur yang
terdapat dalamnya sama ada unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam. Sastera undang-undang
berperanan sebagai bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran, dan susun
lapis masyarakat lama. Selain itu, sastera epic atau juga dikenali sebagai sastera pahlawan dan
bersifat sejagat. Dalam sastera ini ia mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan yang
unggul. Tokoh yang menjadi watak utama diberi gambaran secara berlebihan-lebihan sehingga
menjadi sempurna dan disanjung oleh masyarakat. Seterusnya sastera panji merupakan karya
yang isinya mengisahkan pengembaraan, percintaan dan peperangan. Di samping itu, sastera
agama di mana kebanyakkannya berfokus pada kisah-kisah yang menggambarkan keagunggan
Nabi Muhammad S.A.W semasa penyebaran agama Islam ke seluruh pelusuk dunia walaupun

2

menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.

3.2 PROSA MODEN

Karya yang dihasilkan setelah tahun 1800 masihi telah digolonglkan dalam kategori sastera
moden. Pembahagian dari segi masa ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat memahami
bentuk unsur perbezaan dalam sastera melayu. Antaranya ialah cerpen. Cerpen ialah singkatan
bagi dua perkataan ialah cerita pendek. Umumnya cerpen mengisahkan sesuatu kejadian atau
peristiwa yang menjadi fokus utama. Dari segi watak dalm cerpen pula ia lebih memusatkan
perkembangan watak kepada beberapa orang tertentu sahaja. Dalam penulisan cerpen, ia hanya
mempunyai satu plot untuk dikembangkan dengan teliti dan tidak rumit. Seterusnya, novel ialah
prosa rekaan di mana di dalamnya mengandungi sebahagian daripada sebuah kehidupan. Novel
merangkumi tiga faktor utama yang saling berkait iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam hidup
dan imaginasi. Zaman tahun 1960-an merupakan satu zaman kegemilangan novel di mana
kebanyakkan kualiti dan kuantitinya telah dipertingkatkan. Akhir sekali ialah drama. Drama adalah
salah satu bentuk karya sastera di mana penulis meluahkan dan menyampaikan mesej atau
pemikiran melalui lakonan berserta dialog. Antara perkara-perkara yang penting dalam karya
drama ialah skrip drama, pelakon dan tempat pementasan drama. (Iddaya, 2019)

3.3 PUISI TRADISIONAL

Antara genre sastera yang paling awal bagi masyarakat di dunia ini ialah puisi. Antara
genre-genre yang terdapat dalam puisi tradisional ialah pantun, gurindam, syair, dan seloka.
Pantun merupakan satu kaedah rangkapan yang tertua yang dimiliki oleh masyarakat Melayu.
Pantun terdiri daripada dua unsur iaitu pembayang maksud dan maksud. Bentuk pantun dilihat
berdasarkan bilangan baris dalam rangkap pantun sama ada dua kerat, empat kerat, enam kerat,
lapan kerat, dua belas kerat dan pantun berkait. Rima atau bunyi akhir dalam pantun dua kerat
adalah sejajar ‘a’, ‘a’ manakala bagi empat kerat pula ialah berbentuk ‘a’, ’b’, ‘a’, ‘b’. Pantun dicipta
bukan hanya sebagai hiburan namun ia juga boleh menjadi nasihat, tempat luah perasaan, dan
tempat menyampaikan Hasrat tersembunyi. Seterusnya ialah gurindam. Gurindam berbentuk
terikat iaitu terdiri daripada dua baris serangkap dengan rima akhir sama misalnya ‘a’, ‘a’. Selain
itu, genre ketiga ialah syair. Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikaitkan dengan Parsi
setelah kedatangan Islam ke Nusantara. Bentuk konvensional syair Melayu terdiri daripada empat
baris serangkap dengan rima kahir ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’. Setiap baris pula mengandungi empat hingga
lima perkataan dan mempunyai suku kata lapan hingga 12 pada setiap baris. Akhir sekali ialah
seloka. Istilah seloka berasal dari bahasa Sanskrit ‘shloka’ iaitu berseloroh berjenaka, atau
menyindir. Seloka merupakan satu bentuk puisi tradisional yang berbentuk karangan berangkap

3

atau berima. Kebanyakkan seloka ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap namun
wujud juga seloka yang ditulis dalam bentuk bebas.

3.4 PUISI MODEN

Sajak menjadi satu-satunya genre dalam puisi moden. Sajak merupakan satu bentuk yang lebih
bebas di mana tidak terikat pada sesuatu pola yang khusus. Sajak lebih mengutamakan
keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan dan pemakaian perkataan-perkataan
yang mempunyai ikatan dan terjalin dalam maksud dan iramanya. Puisi moden merupakan satu
karya yang kreatif dan bebas ditulis mengikut selera penulisnya. Selain itu, puisi moden perlu
ditulis nama penulis untuk dijadikan sebagai pengakuan hak ke atas karya walaupun
menggunakan nama samara atau nama pena. Namun ia berbeza dengan puisi tradisional yang
lebih bersifat hak bersama.

4.0 FUNGSI SASTERA MELAYU

Kesedaran dan keinginan pengarang atau masyakarat untuk berkongsi maklumat dan hal-hal
yang berkaitan dengan kehidupan mereka telah melahirkan sastera. Mereka telah menjadikan
sumber dari persekitaran, pengalaman, pemerhatian atau pembacaan mereka untuk dikongsi.
Oleh hal yang demikian, setiap penulisan karya mempunyai tujuan dan fungsinya yang tertentu
bergantung kepada apa yang ingin disampaikan oleh pengarang atau penulis.

4.1 HIBURAN

Hiburan dalam sastera Melayu dilihat daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, unsur
kelucuan, irama atau rentak yang indah dan tersusun, dan kemampuan karya tersebut untuk
membelai emosi pembaca atau pendengar. Pada zaman dahulu, karya sastera seperti cerita
penglipurlara telah diterima oleh masyarakat sebagai salah satu karya yang diminati dan
menjadikan kegilaan ramai. Seterusnya, pantun yang juga karya sastera yang popular kerana
kemampuannya untuk membawa keindahan yang menghiburkan. Potensi pantun untuk menjadi
hiburan cukup banyak. Hal ini demikian kerana pantun mempunyai rentak dan rima yang bersukat
dan mempunyai struktur bacaan yang tersendiri. Selain itu, cerita jenaka juga menjadi salah satu
karya yang menyumbang kepada hiburan. Sebagai contoh cerita jenaka Pak Kadut.

4

4.2 PENDIDIKAN

Sastera Melayu juga berfungsi untuk memberi pengajaran, nasihat dan pesanan kepada
masyarakat. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu menggunakan karya sastera untuk
membawa kesedaran dan mengubah pemikiran orang Melayu pada ketika itu (Deng, 2021).
Tambahan pula, sastera juga berperanan untuk membina insaniah dalam kehidupan manusia. Hal
ini demikian kerana ia dapat membentuk melahirkan dan membentuk insan yang mempunyai
sifat-sifat kemanusian ketika bertindak atau mengambil keputusan. (mohd rodzi, 2021)

4.3 DAKWAH

Sastera telah dibentuk berdasarkan dua ciri iaitu nilai ijabiyah (positif) dan waqi’iyyah
(realistik). Pada abad 13 hingga 16 Masihi sastera Islam di Alam Melayu telah berkembang akibat
dari pengaruh dakwah ke Alam Melayu. Masyarakat Islam pada ketika menggunakan sastera
Melayu untuk aktiviti berdakwah sebagai contoh karya Hikayat Tentang Nabi Muhammad (SAW).
Karya tersebut menceritakan tentang kemulian Rasullullah SAW sebagai insan yang sempurna
dan mulia di sisi Allah S.W.T.

4.4 KRITIKAN SOSIAL

Sastera merupakan satu rakaman kehidupan yang mennyelongkar kehidupan manusia
daripada pelbagai dimensi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Kritikan sosial mempunyai tiga
perkara yang penting iaitu menilai, membandingkan, dan mengungkap mengenai suatu perkara.
Ketiga-tiga perkara tersebut adalah untuk mengamati sastera secara cermat tentang kesan baik
atau buruk. Kritikan dalam sastera juga berfungsi sebagai mesej, teguran dan pengajaran kepada
pembaca dan pendengar. Misalnya cerita Mat Jenin di mana sebarang impian hanya akan
menjadi angan-angan sekiranya tidak diikuti dengan usaha.

5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI
TRADISIONAL

Masyarakat Melayu menggunakan puisi tradisional untuk mengungkapkan pemikiran dan
akal budi mereka semasa berkomunikasi. Oleh hal yang demikian, puisi tradisional dikatakan
sebagai cerminan kehalusan budi bahasa, ketinggian ilmu serta pemikiran masyarakat dahulu
ketika berbahasa. Terdapat empat aspek utama yang dapat dilihat dalam manifestasi akal budi.
Pertama ialah pemikiran. Ia merupakan satu proses berfikir dan mencari makna serta memahami

5

sesuatu dengan meneroka. Selain itu, aspek pertuturan di mana kita dapat melihat kesantunan
berbahasa semasa berkomunikasi. Ketiga ialah perlakuan. Kita juga dapat memerhatikan
perlakuan seharian dalam manifestasi akal budi. Sebagai contoh semasa adab menyambut
tetamu. Akhir sekali ialah gaya hidup. Dalam konteks ini, ia dapat dilihat dari kehidupan seharian
sama ada dari kepercayaan, adat istiadat, kesenian, sistem kekeluargaan dan pengamalan
nilai-nilai murni. (Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar & Awang, 2022)

5.1 AKAL BUDI DALAM PANTUN

Pantun merupakan satu manifestasi yang terbaik dalam seni sastera orang Melayu. Pantun
digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan melalui kedah rangkap yang tertua.
Sebagi contoh :

Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang,

Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.

Akal budi yang terdapat dalam pantun ini mengajarkan kepada masyarakat supaya jangan
mengejar sesuatu yang nampak istimewa dari segi luaran semata-mata misalnya harta benda
namun kita juga perlu mengambil kira dan mementingkan sifat orang yang berbudi dan merendah
diri. Pantun merupakan satu bentuk sastera yang amat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana
ia dapat menunjukkan sifat kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu. (Abdul Aziz, 2011)

5.2 AKAL BUDI DALAM SYAIR

Syair merupakan bentuk puisi tradisional yang dicipta oleh orang Melayu yang mendapat
pengaruh Arab dan Parsi (Harazz Danial, 2017). Pada sekitar abad ke-16 syair dipercayai telah
diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri bertujuan untuk menyebarkan agama
Islam. Hamzah Fansuri ialah seorang penyair yang berasal dari Barus atau Panchor, Sumantera
Utara. Antara syair yang telah dihasilkan olehnya ialah Syair Perahu. Contoh syair perahu :

Inilah gerangan suatu madah,
Mengarangkan syair terlalu indah,
Membetulkan jalan tempat beribadah,
Di sanalah I’tikaf di perbetul sesudah.

6

Akal budi yang terdapat dapat rangkap syair di atas ialah untuk membetulkan perjalanan
hidup manusia di dunia ini demi keselamatan kehidupan di akhirat. Selain itu, penyair juga
menyatakan bahawa hanya iman yang mantap dan melalui jalan tauhid yang betul sahaja yang
membolehkan kita berjaya di dunia dan di akhirat.

5.3 AKAL BUDI DALAM SELOKA

Perkataan seloka dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu shloka yang bermaksud
berseloroh, berjenaka atau menyidir. Seloka telah muncul dan berkembang setelah kedatangan
agama Hindu di Asia Tenggara (Shafiqhazman, 2013). Antara seloka yang terkenal ialah Seloka
Pandai Pak Pandir yang diambil daripada Cerita Jenaka Rakyat. Seloka Pandai Pandir bertujuan
sebagai satu hiburan namun terdapat unsur sindiran dalamnya. Akal budi manifestasi yang
terdapat dalam seloka Pak Pandir ialah menyidir seseorang yang mempunyai sikap
mengutamakan dan mementingkan orang lain dari diri sendiri dan keluarga terdekat. Pengarang
juga menyindir akan sikap yang selalu mengikut pihak lain atau dengan kata lain cepat
terpengaruh. Kesimpulannya, kesemua isi seloka yang terdapat dalam Seloka Pandai Pandir ialah
bertujuan untuk menyindir sikap negatif yang terdapat dalam masyarakat orang Melayu.

5.4 AKAL BUDI DALAM GURIDAM

Raja Ali Haji telah memperkenalkan gurindam melalui penulisan gurindamnya iaitu Gurindam
Dua Belas pada tahun 1846. Gurindam berbentuk terikat di mana ia terdiri daripada dua baris
serangkap mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan rima kahir ‘a’, ‘a’. Isi
gurindam mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran, dan pernyataan perasaan cinta (NZulkifli
MH, 2013). Contoh gurindam yang terkenal ialah Gurindam Dua Belas :

Barang Siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama,
Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma’rifat

Akal budi yang terdapat pada fasal satu ialah pengarang menyatakan bahawa apabila kita

hidup di atas dunia ini namun tidak mengenal agama yakni Tuhan, maka hidup kita akan menjadi

sia-sia tanpa sebarang tujuan dalam kehidupan. Seterusnya, mengenal yang empat berkait
dengan ajaran tasawuf iaitu, syari’at, ma’rifat, tarikat dan hakikat. Iaitu apabila seseorang telah

mengenal dan mengetahui yang empat maka kehidupan mereka akan menjadi semakin terang

tanpa wujud sedikit rasa was-was.

7

6.0 PENUTUP
Tuntasnya kesusasteraan Melayu merupakan satu hasil kesenian dalam bahasa yang perlu

dijaga dan dipelihara oleh orang ramai. Selain itu, pengkaji bahasa dan peranan Dewan Bahasa
dan Pustaka perlu lebih aktif dalam memastikan perkembangan dan penyebaran seni bahasa ini
pada masa yang serba moden ini. Oleh hal yang demikian, anak muda pada zaman kini akan
lebih mengenali dan mengetahui ilmu kesusateraan bahasa Melayu di usia yang lebih muda.
Rentetan itu, kita akan dapat mewujudkan dan menyemai sifat cinta akan bahasa kepada
golongan remaja pada masa kini.
(2745 patah perkataan)

8

7.0 RUJUKAN
Abdul Aziz. (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, A. R. H. &, & Awang, H. (2022).
Pengenalan Kesusasteraan Melayu. Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (Edisi
Pertama). Pustaka Al-Ehsan.

rozianah77. (2014). bentuk,jenis sastera. Scribd.

https://www.scribd.com/doc/243088030/bentuk-jenis-sastera

Rehal, A. (2021). KESUSASTERAAN MELAYU. Academia.edu.
https://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU

mohd rodzi. (2021). Fungsi sastera dalam masyarakat. Academia.edu.

https://www.academia.edu/10263421/Fungsi_sastera_dalam_masyarakat

Harazz Danial. (2017). bentuk syair. Scribd.

https://www.scribd.com/document/340520725/bentuk-syair

Shafiqhazman. (2013). Definisi Seloka. Scribd.

https://www.scribd.com/doc/189116288/Definisi-Seloka

NZulkifli MH. (2013). Syair dan- gurindam. Slideshare.net.

https://www.slideshare.net/zulawanis/syair-dan-gurindam

Iddaya. (2019). Prosa Moden. Scribd.

https://www.scribd.com/presentation/399994526/Prosa-Moden

Deng. (2021). Fungsi sastera. Academia.edu.

https://www.academia.edu/35999639/Fungsi_sastera

9


Click to View FlipBook Version