The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buletin hepa post bil 14 2 September 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by basharuh, 2021-09-01 10:43:41

buletin hepa post bil 14 2 September 2021

buletin hepa post bil 14 2 September 2021

BIL. 14 2 SEPTEMBER 2021

Bagi merealisasikan rasa bersyukur di atas nikmat SAMBUTAN
BULAN
kemerdekaan yang dikecapi selama ini, warga
KEMERDEKAAN
kerja di Inapan Siswa (INASIS) Yayasan Al Bukhari INASIS YMU
MERIAH
dan Muamalat (YMU) telah merancang beberapa
Ia diadakan khusus bagi memupuk semangat
aktiviti kemerdekaan. Aktiviti yang dilaksanakan jati diri dalam kalangan staf INASIS YMU di bawah
kepimpinan Encik Azhar Anis Mohammad di
adalah bagi menyemaikan semangat samping menerapkan semangat patriotik dalam
kalangan mereka. Ujar beliau lagi, sebagai
kemerdekaan dan rasa cinta terhadap negara. generasi hari ini ia dapat memberi keinsafan
tentang bagaimana perit susahnya kehidupan
Berbagai-bagai idea kreatif telah diadakan generasi sebelum kemerdekaan berbanding
dalam kalangan staf INASIS YMU bagi meraikan generasi pada masakini yang serba kemewahan.
sambutan tersebut. Di antaranya adalah dengan
mencipta tengkolok yang diperbuat dari bendera 1
Malaysia. Tengkolok ini akan dipakai oleh staf
lelaki semasa bertugas di sepanjang sambutan
bulan kemerdekaan bagi menunjukkan semangat
patriotisme kepada negara yang tercinta ini.
Tengkolok tersebut telah direkacipta khas dengan
menggunakan bahan kitar semula untuk dijadikan
sebagai tulang asas tengkolok tersebut.

Semua staf INASIS juga telah menggemblengkan
tenaga mengecat pagar di sekitar INASIS dengan
warna-warna yang terdapat pada bendera
Malaysia. Ini memaparkan akan semangat
kerjasama dan kerja berpasukan dalam kalangan
mereka serta menanamkan perasaan cinta dan
taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada
negara.

Bagi menghargai jasa-jasa barisan frontliners yang
bertugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19,
program ‘Santuni Frontliners’ telah diadakan iaitu
dengan menyediakan minum petang kepada
petugas-petugas frontliners di sekitar Jitra. Juadah
yang disediakan adalah hasil sumbangan
daripada wargakerja INASIS YMU sendiri. Ini sebagai
menunjukkan penghargaan dan keperihatinan
staf INASIS terhadap pengorbanan mereka dan
seiring dengan tema hari kebangsaan pada tahun
ini iaitu Malaysia Prihatin.

Menurut Puan Rozana Mohamed Hanifa, Ketua
Penolong Pengurus Asrama INASIS YMU, program-
program sempena bulan kemerdekaan di
peringkat INASIS YMU ini telah diatur sejak awal lagi.

SEPTEMBER 14/2021

BGS UUM CHAPTER DIIKTIRAF
HIGHEST HONORS
CHAPTER 2020-2021

Beta Gamma Sigma (BGS) UUM Chapter mengharumkan nama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan negara
apabila menerima pengiktirafan “Highest Honors Chapter” oleh BGS International bagi tahun akademik
2020-2021. Menerusi kenyataan oleh Pengarah Eksekutif BGS, Christina Allrich bertarikh 18 Ogos 2021,
BGS UUM Chapter menerima pengiktirafan itu berdasarkan maklumbalas yang diterima semasa tinjauan
tahunan Chapter BGS dan maklumat sedia ada di Ibu Pejabat BGS Global.
“Pengiktirafan ini adalah petunjuk sebuah kampus di mana kecemerlangan akademik sangat dihargai,
dan pegawai-pegawai yang terlibat telah berusaha dengan tekun bagi meningkatkan kedudukan Beta
Gamma Sigma di kampus berkenaan,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Sementara itu Penyelaras BGS UUM Chapter, Dr. Mazrah Malik berkata pengiktirafan itu merupakan kali
ketiga yang telah diterima oleh BGS UUM Chapter. Menurut beliau , kejayaan ini tidak akan dapat dicapai
tanpa sokongan padu oleh pihak pengurusan universiti khasnya oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar Dan Alumni), Penolong Naib Canselor College of Business (COB), Unit Akreditasi AACSB dan Pusat
Kecemerlangan Dan Kepimpinan Pelajar (UUM SELECT), HEPA.”
“Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang hebat kepada semua ahli BGS UUM Chapter yang
telah bertungkus lumus berusaha dengan sepenuh hati dan jiwa di dalam memastikan Chapter ini terus
bekerja keras walaupun semuanya berada dalam jarak yang jauh,” tambahnya.
Kejayaan yang dicapai BGS UUM Chapter itu juga bertepatan dengan salah satu strategi yang digariskan
oleh UUM SELECT iaitu Award Recipient Project (A.R.T) iaitu mengukur kecemerlangan pelajar di bawah
naungannya menerusi pencapaian, pertandingan, pengiktirafan akreditasi dan perolehan geran.

2

SEPTEMBER 14/2021

APA ITU OCD?

Kesihatan mental adalah situasi di mana seorang perasaan timbal balik ingin melakukan sesuatu
individu menyedari potensinya boleh berdaya perkara itu sehingga sempurna.
tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja
dengan produktif dan boleh menyumbang OCD terdiri daripada dua komponen iaitu obsesif
kepada masyarakat. Ia merujuk kepada cara dan kompulsif. Obsesif ialah pemikiran, dorongan
berfikir seseorang individu serta cara berinteraksi atau imej yang tidak diingini berulang kali muncul
dengan orang lain. dalam fikiran pesakit OCD. Manakala kompulsif
pula merupakan aktiviti berulang yang dilakukan.
Apabila seseorang individu itu mengalami Masyarakat sering menyamakan OCD dengan
masalah kesihatan mental maka akan berlaku suatu personaliti lain iaitu ‘perfectionist”. Pada
kemurungan, kecelaruan kebimbangan umum hakikatnya kedua-duanya adalah berlainan.
dan panik sehingga seseorang itu boleh Personaliti obsesif kompulsif pula dicirikan oleh
terganggu kesihatannya. Ia mempunyai kaitan sifat individu yang amat mementingkan ketelitian,
dengan salah satu penyakit kesihatan mental kesempurnaan serta keinginan untuk mengawal
iaitu Obsesif Compulsive Disorder (OCD) yang persekitaran serta hubungan.
merupakan satu cabang penyakit kebimbangan,
keresahan atau kerisauan. Atas faktor inilah Unit Pengukuran Psikologi,
Pusat Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) adalah Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan satu
sejenis penyakit gangguan mental. Orang ceramah bertajuk Apa itu OCD? Program yang
dengan OCD memiliki fikiran dan kehendak yang disiarkan secara atas talian itu telah disiarkan
tidak dapat dikendalikan dan berulang (obsesi), secara langsung melalui Facebook rasmi Pusat
serta perilaku (paksaan) kompulsif. Contoh Kaunseling Universiti Utara Malaysia. Ceramah
perilaku kompulsif adalah mencuci tangan 7 telah disampaikan oleh saudari Fatihah Husna
kali setelah menyentuh sesuatu yang mungkin Binti Johari , Kaunselor Pelatih di Pusat Kaunseling
kotor. Meski pun pengidap mungkin tidak ingin UUM. Siaran telah mendapat sambutan yang
memikirkan atau melakukan hal tersebut, tetapi ia menggalakkan dengan tontonan lebih dari dua
tidak berdaya untuk menghentikannya. Dengan ribu orang penonton.
erti kata yang lain, OCD dapat mempengaruhi
secara signifikan kehidupan pengidapnya. Menurut Saudari Fathah Husna, program ini
merupakan program anjuran Pusat Kaunseling UUM
OCD adalah gangguan umum yang menyerang yang diadakan secara maya ekoran penularan
orang dewasa, remaja, dan kanak-kanak di wabak pandemik Covid-19. Ia diharapkan
seluruh dunia. Faktor berlakunya OCD terhadap akan dapat memberikan pengalaman yang
seseorang individu meliputi faktor keturunan, amat berharga kepada dirinya yang menjalani
struktur otak dan fungsinya (masih belum jelas), latihan Industri serta dapat membiasakan dirinya
serta lingkungan hidup. Namun, hal yang paling memberikan ceramah yang merupakan satu
mempengaruhinya adalah lingkungan hidup pengalaman yang sangat berharga apabila
yang tidak mendukung perkembangan psikis beliau bergraduan nanti.
pengidap sewaktu zaman kanak-kanak yang
selalu direndah-rendahkan atau diejek kerana 3
tidak sempurna. Hal tersebut telah menimbulkan

SEPTEMBER 14/2021

Hargailah
Kepimpinan

MASA
LALU

Mencapai kemerdekaan negara bukanlah Pembinaan negara bangsa Malaysia yang jitu
semudah seperti yang diungkapkan. Dengan dan bersatu padu tidak akan direalisasikan
kebijaksanaan dan semangat permuafakatan
pemimpin-pemimpin pada masa dululah yang jika tiada toleransi dan kata sepakat di antara
menyebabkan negara kita Malaysia mencapai semua kaum. Oleh yang demikian pujian dan
kemerdekaan dari cengkaman British 64 tahun penghargaan terhadap kepimpinan pada
yang lalu. masa lalu patut diberikan kerana mereka telah
memainkan peranan yang penting supaya hasrat
Itulah ungkapan yang dikeluarkan oleh Yang kemerdekaan negara tercapai.
Berbahagia Prof. Datuk Dr. Ramlah Binti Adam,
pakar sejarah negara semasa memberikan Datuk Prof Dr. Ramlah juga menasihatkan
ceramah berkaitan kemerdekaan negara generasi muda pada hari ini supaya faham dan
di dalam program Santai Inspirasi edisi bulan mempelajari sejarah dengan fakta yang betul.
kemerdekaan yang diadakan secara atas Mereka perlu mendalami ilmu sejarah tanah air
talian baru-baru ini. dan tidak bercakap sebarangan seolah-olah
mereka lebih pandai daripada orang lain .Fakta
Pada kali ini program Santai Inspirasi yang sejarah tidak boleh diubah dan dipermainkan
berkeudara pada setiap hari Khamis pada kerana sejarah merupakan satu panduan dalam
jam 10.00 pagi anjuran Bahagian Pengurusan sistem pemerintahan negara serta ia dapat
Korporat, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran pada
Alumni (HEPA) telah membawa topik bertajuk masa akan datang.
Sejarah dan pembinaan bangsa Malaysia
yang mengupas tentang sejarah kemerdekaan Ujar beliau lagi, negara bangsa tidak akan
negara hasil daripada kata-sepakat yang tercapai jika rakyat tidak sayang menyayangi
dicapai di antara pemimpin berbilang kaum serta prejudis di antara satu sama lain. Asas
yang terdapat di negara ini. perpaduan yang kukuh perlu disemaikan
dalam kalangan generasi muda hari ini supaya
Tanpa permuafakatan tersebut sudah tentulah perbalahan kaum seperti peristiwa hitam 13 Mei
British tidak akan sewenang-wenangnya 1969 tidak akan berulang lagi.
memberikan kemerdekaan negara. Bagi British,
Tanah Melayu tidak akan aman dan menjadi 4
huru hara dengan pertelingkahan kaum jika
tiada perpaduan kaum di antara rakyat .

Justeru, dengan kebijaksanaan dan kepimpinan
yang terdapat pada Allahyarham Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri
Malaysia yang pertama dan juga dalam
kalangan pemimpin semua kaum pada ketika
itu, kesepakatan tersebut telah dapat dicapai.

SEPTEMBER 14/2021

Yokesswaran a/l Cheladorai merupakan nama PELAJAR UUM
yang tidak asing lagi dalam dunia debat dan puisi DIIKTIRAF BELIA
Bahasa Tamil Universiti Awam Malaysia masakini
telah diiktiraf sebagai belia yang berjaya di Malaysia BERJAYA
oleh beberapa media nasional seperti Vanakkam
Malaysia dan RTM Minnal FM. Anugerah berprestij ini
telah mengambilkira beberapa kejayaan luar biasa
yang telah dicapai oleh beliau. Di antaranya adalah
pengiktirafan sebagai pemegang World Record dan
Asia Book of Record serta International Facilitator of
The Year 2021 dalam Anugerah Anti-Ageing Yoga &
Wellness Malaysia 2020/2021.

Anak kelahiran Sungai Petani Kedah ini merupakan
pelajar dari Pusat Pengajian Teknologi Media Dan
Komunikasi (SMMTC) Universiti Utara Malaysia(
UUM) dan telah mengharumkan nama UUM dalam
pelbagai pertandingan di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa.

Yang lebih menariknya, kejayaan Yokesswaran
bukan sahaja bermula di peringkat Universiti,
malahan bakat beliau digilap sejak dari sekolah
rendah lagi iaitu SJK(T) Saraswathy, Sungai Petani,
Kedah. Keyakinan diri dan bakat yang tinggi
memberi ruang dan dorongan kepada beliau untuk
terlibat dalam pertandingan-pertandingan debat di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tidak terhenti di situ sahaja, beliau turut melayakkan dalam kehidupan. Ibu bapanya tidak pernah
diri dalam Pertandingan Debat Nasional ‘Santhipom lupa untuk memberi motivasi berterusan terhadap
Sinthipom’ yang dianjurkan oleh pihak media Tamil setiap usaha dan berasa bangga terhadap setiap
Malaysia, ‘Vanakkam Malaysia’. Pertandingan kejayaannya di berbagai bidang.
tersebut disiarkan secara langsung di Astro di mana
beliau juga merupakan pendebat yang termuda di
dalam pertandingan tersebut.

Potensi dan bakat yang terserlah telah memberikan Beliau turut merakamkan jutaan penghargaan
inspirasi untuk beliau berkecimpung dalam berbagai terima kasih buat Timbalan Naib Canselor Hal
arena pertandingan seperti pidato, mendeklamasi Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA) serta Dekan HEP
sajak, penulisan cerpen, debat, berlakon dan yang sentiasa memberi peluang kepada nya untuk
sebagainya.Pencapaian beliau semasa di belajar menyertai sebarang pertandingan yang disertainya.
di PRA Universiti, Sekolah Menengah Kebangsaan Beliau juga menghargai Unit Debat, Advokasi dan
Bandar Sungai Petani Kedah menyuntik elemen Oratori (UDAO), rakan-rakan dan pasukannya yang
motivasi apabila beliau dan dianugerahkan sebagai sentiasa memberi sokongan padu kepadanya di
Tokoh Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri dalam mana-mana pertandingan dan aktiviti yang
Kedah Darul Aman. disertainya.

Jelas terbukti, dengan pengiktiafan dan pencapaian Dalam konteks ini juga, penampilan beliau di dalam
tersebut, Yokesswaran kini merupakan RJ dalam akhbar, media elektronik dan televisyen telah
sebuah Stesyen Radio Antarabangsa ‘Air Tamizha’, berjaya menepati strategi Media Appearance
sebagai pelakon dalam Persatuan Samutras, Project (M.A.P) di bawah UUM Student Excellence
Pengarah Program World Record and Asia Book and Leadership Center (UUM SELECT). Manakala
of Record, Secretary dalam Persatuan Perfect Life anugerah dan pencapaian beliau dalam pidato
Yoga Asia Academy dan sebagainya. dan debat Bahasa Tamil di peringkat kebangsaan
turut menepati strategi Award Recipient Project
Anak bongsu daripada empat orang adik-beradik (A.R.T) di bawah UUM SELECT.
itu telah menerima sokongan dan dorongan
daripada bapanya Cheladorai dan ibunya Komathi SYABAS! UUM zahirkan ucapan Tahniah kepada
untuk berusaha merentasi sebarang cabaran dan Yokesswaran sebagai ikon dan model untuk pelajar
halangan untuk berjaya dalam semua lapangan. khususnya dan UUM SELECT amnya yang mendidik
Ujar beliau, keluarganya merupakan tulang pelajar cemerlang supaya menjadi Pemimpin masa
belakang di atas semua kejayaan yang dicapainya hadapan.

5

SEPTEMBER 14/2021

TAHNIAH KEPADA UUMRC
TEMPAT KE-3 TERBAIK DALAM

TM-MRCS COMMUNITY
CHALLENGE

Universiti Utara Malaysia Red Cresent (UUMRC) telah terpilih sebagai tempat ketiga diatas (Top 3)
daripada 7 pasukan yang menyertai pertandingan TM-MRCS Community Challenge yang diadakan
pada 29/8/2021 secara online. Hadiah geran berjumlah RM11,000.00 telah dimenangi untuk
menjalankan projek yang dirancang.
Peserta yang terlibat mewakili TM-MRCS ialah:
►► Nur Raihan Binti Mohd Nizam
►► Nornajiha Binti Zulkifli
►► Durga Devi A/P Rethinasamy
►► Ahmad Al Izzuddin Bin Alsabri
►► Yuhashree A/P Prem Ganesh
Projek UUMRC First Aider Fun Kit adalah diharap akan dapat memberi impak yang besar kepada
komuniti-komuniti seperti rumah-rumah kebajikan, institusi-institusi pendidikan dan individu yang layak.

6

SEPTEMBER 14/2021
7

SEPTEMBER 14/2021
8

SEPTEMBER 14/2021
9

SEPTEMBER 14/2021
10

SEPTEMBER 14/2021

Akan Datang

11


Click to View FlipBook Version