The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shalinysaravanan14, 2022-03-21 10:50:46

Tugasan 1-Penghasilan Produk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104

TUGASAN 1 – PENGHASILAN PRODUK

Nama : YASH SHALINY A/P SARAVANAN
No. K/P : 030614-08-0744
Angka Giliran : 2021242310182
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X7
Nama Pensyarah : EN HAJI ABDUL RANI BIN

Tarikh Hantar HASSAN
: 14 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__ ____________________Tarikh : 14 MAC 2022

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : __________________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
TAHUN AKADEMIK: 2022

Program : PPISMP Nama Pelajar: YASH SHALINY A/P SARAVANAN
Kod : BMMB1104
Nama Kursus : KESUSASTERAAN Semester/Tahun: SEMESTER II / TAHUN 2022

DAN Ambilan JUN 2021
KEBUDAYAAN
MELAYU :

TUGASAN Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
PENGHASILAN PRODUK
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; X9,X10 DAN X11.
BMM1014; BMM1024; dan :
BMM1034 (30 minit)
TARIKH MULA TARIKH HANTAR

22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022

14 MAC 2022 08 APRIL 2022

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional. (C2, HPP1)

2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan
kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2)

3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2,
HPP5, KKG1, KIK2 )

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal

budi dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan kumpulan.

i

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya.
Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama
pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang merangkumi
tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
TUGASAN 2 Persembahan (30%):
KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.
1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengaplikasikan ciri-

ciri kritikan sastera terhadap dua buah karya sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja
2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan aspek kandungan dan
elemen komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan dan berhemah melibatkan
penggunaan pelbagai alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis
serta mempunyai nilai akademik yang tinggi.
3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan semasa simulasi
kumpulan dipersembahkan.
4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri kesantunan bahasa dan
sastera dengan kursus-kursus yang lain, iaitu BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi dan
rumi; BMMB 1144 – Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.

ii

Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Namun anda

perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi
jurnal, buku rujukan dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisanilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari iTEMS, IPG
Kampus Ipoh
ii. Muka surat pertama BORANG PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN TUGASAN
iv. Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association)yang terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan senarai rujukan
dalam esei anda.
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan tarikh yang
ditetapkan. Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred
pencapaian.

4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam satu kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.

5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten danterperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:

2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.

3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah
yang anda kemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.
5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam

menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan

(sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal dan bahan-
bahan bercetak yang lain).

iii

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................. .................................................
(HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR. NAZRI BIN ZAINUDIN)
Penyelaras Kursus BMMB 1104 Pakar Bidang (SME)
Kesusasteraan dan Kebudayaan Jabatan Pengajian
Melayu, Melayu,IPG Kampus
Jabatan Pengajian Melayu, Ipoh.
IPG Kampus Ipoh.
Tarikh: 03 FEBRUARI 2022
Tarikh: 28 JANUARI 2022

Disahkan oleh:

….......................................

(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian
Melayu,
IPG Kampus Ipoh, Perak.

Tarikh: 04.02.2022

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang
membantu saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini bagi memenuhi sebahagian
daripada Program PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan) di IPG
Kampus Ipoh,Perak.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Haji Abdul
Rani Bin Hassan, pensyarah kursus BMMB1104 iaitu Kesusasteraan dan Kebudayaan
Melayu yang telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat
disiapkan.

Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sudi membantu saya dalam berkongsi maklumat dan idea mengenai
tugasan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga kepada kedua-dua orang ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan
serta dorongan semasa saya menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan
mereka, saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya sama
ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan projek ini. Semoga tuhan
memberikan balasan yang lebih baik jua.

v

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 TAKRIF, JENIS, BENTUK DAN CIRI-CIRI 1-7
KESUSASTERAAN MELAYU

3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM 7-9
ASPEK HIBURAN, PENDIDIKAN, DAKWAH DAN
KRITIKAN SOSIAL

4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SEBUAH 10-13
PANTUN, SYAIR, SELOKA DAN GURINDAM

5.0 RUMUSAN 14
RUJUKAN 15-16

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Namun, Melayu merupakan kaum yang terbesar di Malaysia. Oleh itu, terdapat banyak karya
kesusasteraan Melayu yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh negara sebagai bukti bahawa
bangsa Melayu merupakan masyarakat yang agung suatu ketika dahulu. Masyarakat
Melayu mempunyai banyak kebudayaan yang diwarisi secara turun temurun. Kebudayaan
Melayu merupakan keseluruhan sistem kehidupan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu
yang merangkumi unsur sosial, kepercayaan, sistem simbol, teknologi, ekonomi dan
organisasi. Dengan itu, kebudayaan ini meliputi bahasa, agama, kesenian, adat, peraturan
dan sebagainya. Edward Burnett Taylor (1874) mendefinisikan kebudayaan sebagai
keseluruhan cara hidup yang kompleks dan merangkumi pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, moral, undang-undang, adat istiadat serta lain-lain kebolehan dan tabiat yang
diperolehi oleh manusia sebagai anggota sesebuah masyarakat (Jamian & Radzi, 2015, p.
190) . Manakala, kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang
terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Menurut Ali Ahmad (1994), beliau
mengatakan bahawa kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Di samping
itu juga, kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya
mencari kehalusan itu. Jelaslah bahawa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu
mempunyai ciri-ciri yang berbeza serta terbahagi kepada banyak bahagian.

2.0 TAKRIF, JENIS, BENTUK DAN CIRI-CIRI KESUSASTERAAN
MELAYU

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, beliau
menyatakan perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu
susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Dalam konteks pendidikan pula,
kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan
keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa
tradisional atau puisi tradisional (Rehal, 2019). Hashim Awang (1987) pula mengatakan
kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Misalnya, dituturkan itu
disebutkan sebagai sastera lisan manakala ditulis disebut sebagai sastera lisan. Beliau juga

1

berpendapat bahawa kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan
sastera. Contohnya, su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah dan
sastera pula membawa maksud huruf atau buku. Maka ke-susastera-an membawa maksud
kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Bagi Muhammad Haji Salleh
(1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa
unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan.

Dari segi jenis kesusasteraan pula, sekiranya hasil kesusasteraan dikategorikan secara
semantik, yakni dari segi isi, kesusasteraan boleh dibahagikan kepada dua kategori yang
besar iaitu naratif dan bukan naratif. Kesusasteraan naratif merupakan hasil sastera yang
mengandungi perkembangan plot. Dengan kata lain, ia adalah bahan sastera yang
menceritakan suatu peristiwa, yang mengandungi unsur watak, masa berlaku dan tempat
berlaku (Anuar, 2015). Kesusasteraan ini biasanya dilahirkan dalam bentuk prosa, tetapi
dalam keadaan tertentu ia juga dilahirkan dalam keadaan puisi, seperti apa yang
dimaksudkan sebagai syair naratif seperti Syair Siti Zubaidah. Di samping itu, kesusasteraan
naratif adalah satu hiburan yang biasa terdapat dalam kehidupan manusia. Dalam
masyarakat moden, kita dapat menjumpai kesusateraan naratif dalam bentuk cerpen, komik,
filem, drama dan lain-lain lagi. Manakala kesusasteraan bukan naratif pula merujuk kepada
hasil kesusasteraan yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih
banyak ekspersi engarang berbanding dengan kesusasteraan naratif. Kesusasteraan ini
juga lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi.

Selanjutnya kesusasteraan juga dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa dan
secara kasarnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk
bahasa yang digunakan iaitu prosa dan puisi. Prosa merujuk kepada hasil kesusateraan
yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah. Dari
pandangan lain, biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk
karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding
dengan puisi (Abu Bakar, 2020). Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah cerpen, novel,
drama, filem, esei dan sebagainya. Selanjutnya, puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan
yang ditulis dengan “tidak menuruti tatabahasa”. Ia sebenarnya tidak terdiri daripada frasa-
frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa
yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi
kesusasteraan puisi termasuklah sajak, syair, pantun, gurindam, lirik, seloka, mantera dan
sebagainya.

2

Kesusasteraan Melayu yang ada di Malaysia khususnya dan di Nusantara umumnya,
dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kesusasteraan Melayu Tradisional dan
Kesusateraan Melayu Moden. Kedua-dua bentuk ini dikategorikan mengikut era atau zaman
kemunculannya. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, bentuk prosa dan puisi dapat
dikategorikan mengikut era atau zaman iaitu:

i. Prosa tradisional dan prosa moden
ii. Prosa tradisional dan puisi moden

Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama iaitu:

i. Naratif
ii. Bukan Naratif

Prosa Tradisional berbentuk naratif terbahagi pula kepada dua jenis iaitu:

i. Naratif Lisan
ii. Naratif Tulisan

Naratif lisan di dalam kesusasteraan melayu terbahagi kepada tiga genre iaitu:
i. Mitos – Cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan dianggap suci oleh

empunya cerita da masyarakat yang mendukungnya. Mitos mengisahkan
kejadian alam semesta, manusia, binatang dan lain-lain.
ii. Legenda – Cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap
suci. Ciri legenda termasuklah sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita
berasaskan kisah-kisah tokoh atau pahlawan.
iii. Cerita rakyat – Cerita yang tidak dianggap benar-benar terjadi. Cerita rakyat
merupakan sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan mengandungi moral
atau sindiran.

Cerita rakyat pula terbahagi kepada sub genre iaitu:

i. Cerita jenaka
ii. Cerita binatang
iii. Cerita dongeng

Cerita dongeng ialah

i. Lupur lara
ii. Cerita teladan

3

Sementara itu, naratif tulisan terbahagi kepada dua genre iaitu:
i. Pra islam
ii. Islam
Dalam Islam pula, terbahaginya kepada tujuh genre iaitu:
i. Tatanegara
ii. Sejarah
iii. Agama
iv. Undang-undang
v. Hikayat
vi. Epik
vii. Bingkai
Manakala prosa tradisional, bukan naratif terbahagi kepada empat genre iaitu:
i. Sastera kitab
ii. Sastera ketatanegaraan
iii. Sastera undang-undang
iv. Sastera sufi

Dari segi kesusasteraan Melayu moden pula terbahaginya dua kategori iaitu puisi dan
prosa (Yee & Nian, 2015). Dalam puisi terdapat sajak sahaja manakala dalam prosa
terdapatnya drama, filem, cerpen dan novel. Rajah di bawah jelas menunjukkan peta minda
kesusasteraan Melayu.

4

(Rajah 1.0 menunjukkan peta konsep kesusasteraan Melayu)

Seterusnya, sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu tidak mempamerkan bahan
atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah sahaja, tetapi harus juga memiliki unsur-
unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi dan imaginasi
serta kaya dengan ciri-ciri kreatif. Faktor penting yang perlu ada di dalam penghasilan
sastera iaitu penggunaan teknik dan gaya penulisan yang baik dan menarik. Oleh itu
kesusasteraan haruslah bersifat positif dan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti berikut:

a) Keindahan
Ia merujuk kepada gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dalam karya sastera
dapat menyerlahkan keindahan sesebuah hasil karya itu. Keindahan itu bergantung
pada kesatuan unsur yang dapat membentuk suatu susunan atau struktur karya
sehingga menjadi sesuatu yang bulat dan utuh. Hasil karya tersebut dikatakan indah
sekiranya organisasi unsur-unsur yang terkandung di dalamnya yang memenuhi
empat syarat, iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus atau pusat
penekanan sesuatu unsur. Sebuah karya seni yang indah mengandungi kesemua
unsur bentuknya secara lengkap (Rani, 2022).

5

b) Mencerminkan Pengalaman
Pengalaman merujuk kepada tindak balas yang utuh daripada jiwa manusia yang
digambarkan secara realiti. Perkara ini disebut utuh disebabkan bukan hanya
merujuk kegiatan fikiran akan tetapi juga kegiatan perasaan dan imaginasi. Realiti
merupakan sesuatu yang dapat merangsang atau menyentuh kesedaran manusia,
sama ada yang berada di dalam atau di luar dirinya. Manakala gagasan, perasaan
dan gambaran khayalan yang muncul atas kesedaran penulisnyaakan dapat
mewujudkan pengalaman baharu. Akan tetapi, realiti pula merupakan sesuatu yang
berada di luar diri seseorang, contohnya sesuatu peristiwa yang berlaku di hadapan
mata ataupun perkara yang dialami oleh dirinya sendiri (Rani, 2022).

c) Pengalaman Seni
Melalui peristiwa sastera, pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan
perasaan pengkarya. Namun demikian, tidak mencukupi jika seseorang pembaca
itu memahami dan merasai isi hati pengkarya semata-mata. Pembaca harus sedar
akan nilai-nilai lain yang terkandung di dalam karya sastera itu, iaitu nilai-nilai yang
berhubungan dengan cara pengkarya menyampaikan pengalaman biasanya. Nilai
karya sastera bukan hanya terletak pada perkara yang disampaikan., tetapi juga
pada cara dan bentuk penyampaian (Rani, 2022).

d) Karya Seni
Terdapat tiga perkara yang dapat membezakan karya sastera dengan karya bukan
sastera iaitu bersifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus.
Fiksyen bermaksud karya sastera yang dihasilkan melalui imaginasi pengkarya
berdasarkan pengalaman dan atau tindak balasnya terhadap alam realiti. Manakala
nilai-nilai estetik pula membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan
sejelas-jelasnya dan mendalam. Sastera sebagai karya seni perlulah mempunyai
ciri-ciri seperti keutuhan, kesimbangan, keselarasan dan penekanan. Hasil karya
sastera tidak hanya mementingkan bentuk ungkapan yang indah malah untuk
mendapatkan hasil karya sastera yang bermutu turut menitikberatkan bentuk, isi,
ekspresi dan bahasa. Semua unsur ini tidak dapat berdiri sendirian sebaliknya
merupakan satu kesatuan yang tidak sewajarnya dipisahkan (Rani, 2022). Sebagai
hasil karya dan kegiatan seni yang berhubungan dengan ekspresi dan penciptaan,
ciri-ciri sastera yang selanjutnya dapat disenaraikan seperti berikut:

6

i. Sastera ialah seni dan bukan ilmu semata-mata.
ii. Sastera ialah satu komunikasi.
iii. Sastera mempunyai keteraturan.
iv. Sastera ialah alat hiburan.
v. Sastera ialah karya yang berintegrasi.
vi. Sastera merupakan ekspresi pengkarya.

3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM ASPEK HIBURAN,
PENDIDIKAN, DAKWAH DAN KRITIKAN SOSIAL

Lontaran idea yang seterusnya, terdapat beberapa fungsi kesusasteraan Melayu dalam
aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial. Dari segi aspek hiburan, fungsinya
ialah keperluan untuk menghiburkan melahiran karya sastera yang membawa keseronokan
yang indah. Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak
yang tersusun kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar,
unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera
seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan dinilai
masyarakat pada suatu ketika. Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup
popular kerana keupayaannya membawa keindahan yang menghiburkan. Hal ini boleh
dilihat dalam sebuah pantun lama berbunyi seperti berikut:

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki:

Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup banyak. Rentak dan rima yang
bersukat membentuk irama dalam pantun. Malah pantun pula mempunyai struktur bacaan
yang tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Di samping itu, pantun
disampaikan pula dalam pelbagai variasi yang semakin menambahkan fungsi menghiburkan
seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu popular, dan pelbagai bentuk lagi.

7

Jelaslah kemampuan pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang popular
menunjukkan bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun (Zainuddin et al., 2022,
p. 45).

Selain itu, kesusasteraan memainkan peranan dalam aspek pendidikan juga. Fungsinya
ialah untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat. Fungsi ini juga
menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat membawa kesedaran kepada
masyarakat, mengubah pemikiran serta memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-
nilai moral yang dibawa dalam karya sastera. Misalnya cerita Sang Kancil dengan buaya
yang cukup terkenal bukan semata-mata kerana ceritanya menghiburkan tetapi
keupayaannya untuk kemasyarakatan nilai, unsur moral dan pengajaran yang berguna
kepada masyarakat. Maka tanpa disedari semua dibesarkan dalam asuhan moral yang
dibawa dari cerita tersebut. Seterusnya, tanpa disedari juga semua diserapkan dengan
kepentingan nilai tolong-menolong dan diperingkatkan betapa busuknya sikap tidak
mengenang budi (Zainuddin et al., 2022, p. 34).

Manakala dari aspek dakwah pula, fungsi kesusasteraan ialah sebagai proses
penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tentu sahaja disampaikan melalui medium
atau saranan yang difahami sebagai objek dakwah (Mad’u). Medium atau saranan dakwah
yang dikatakan tentulah melalui bahasa. Hal ini demikian kerana bahasa ialah sebagai
saranan komunikasi dakwah ternyata efektif atau keberkesannya. Di samping itu juga, Ali
Mahfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidin mendefinisikan dakwah sebagai mendorong
manusia untuk membuat kebajikan dan mencegah mereka dari perbuatan mungkar, agar
mereka mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Ali Hasyimi (1995) pula mendefinisikan
dakwah dengan mengajak orang lain untuk menyakini dan mengamalkan kaedah dan syariat
Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh juru dakwah itu sendiri. Fungsi
bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan pesan-pesan yang hendak
dikomunikasikan kepada khalayak pembacanya, melalui aneka bentuk dan ragam estetika,
metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang ada dalam kehidupan. Selanjutnya, ia juga
dapat menjelmakan eksistensi dirinya sebagai medium yang lebih neutral untuk menjelajahi
medan makna dibalik ruang dan waktu yang tidak terbatas. Contohnya, Sastera Kitab
(Zainuddin et al., 2022, p. 38).

Aspek yang keempat ialah kritikan sosial. Sebelum itu, sastera adalah rakaman
kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia. Dengan itu, sesuatu yang
dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan
manusia. Hal ini demikian kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia

8

sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang, Abdul Samad Said dan Dharmawijaya.
Lantaran itu, karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi
perkara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya. Berasaskan
pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia,
tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan. Dalam konteks
masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari menjadikan wujudnya
jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama
ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Dalam masyarakat
terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu dalam masyarakatnya. Namun
dalam keadaan tertentu mereka tidak dapat melaksanakan tugas sebagaimana
diamanahkan. Misalnya berhubung konsep pejuangan terdapat pelbagai tafsiran yang
diketengahkan dengan merujuk dua buah karya novel iaitu Harga Sebuah Maruah oleh Azizi
Abdulllah dan Titis Darah Terakhir oleh Adhyat Helmy. Dalam hal ini, pengarang kedua-dua
novel menggunakan landasan yang sama iaitu menggunakan landasan yang sama iaitu
menggunakkan watak yang dapat dikesan walaupun ada perbezaan dari aspek cara
perjuangan tersebut dipaparkan dalam karya. Hal ini dikesan dalam contoh petikan di
bawah:

“...Dalam hidup ini kita tidak harus terus di belenggu dengan tekanan yang melulu.
Kita harus berani untuk membebaskan diri tanpa ragu kerana itu hak kita
tetapi jangan sampai membelakangi undang-undang.”
(Harga Sebuah Maruah)

Dalam petikan di atas, jelas memperlihatkan bahawa konsep perjuangan yang
berasaskan pertimbangan akal. Hal ini dapat dikesan melalui frasa “tetapi jangan sampai
membelakangi undang-undang’ (Zainuddin et al., 2022, p. 44) . Jelaslah bahawa empat
aspek iaitu hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial memainkan peranan dalam
kesusasteraan Melayu.

9

4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SEBUAH PANTUN, SYAIR,
SELOKA DAN GURINDAM

Puisi tradisional merupakan satu elemen yang penting bagi mengungkapkan pemikiran
dan akal budi orang Melayu semasa berkomunikasi. Penggunaannya sejak sekian lama
terhasil daripada pengamatan yang cukup tinggi masyarakat dahulu terhadap kejadian alam
sekeliling, tingkah laku, norma hidup, adat dan budaya. Oleh itu, puisi tradisional ini dapat
dikatakan sebagai cerminan kehalusan budi, ketinggian ilmu serta pemikiran masyarakat
Melayu dahulu ketika berbahasa (PDF slide, 2018). Di samping itu, akal ialah daya fikir
untuk memahami sesuatu yang konkrit atau abstrak yang praktikal ataupun teoritikal.
Manakala budi pula mewakili tempat perasaan, kesedaran, keyakinan dan dorongan. Akal
budi ini mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang
mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan (Kamaruzam, 2012).
Perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang ini diterjemahkan dalam pelbagai rupa, namun
yang paling lazim ialah dalam bentuk penghasilan karya seni, seperti seni sastera.
Manifestasi akal budi ini boleh dilihat dalam empat aspek utama iaitu pemikiran, pertuturan,
perlakuan dan gaya hidup.

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan yang
wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
refleksi terhadap proses yang dilalui. Bagi pertuturan pula, masyarakat Melayu dilihat melalui
sifat kesantunan. Menurut Kamus Dewan (2010), santun bermaksud halus budi bahasa atau
“berbudi pekerti” dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam
proses berkomunikasi. Manakala perlakuan dapat ditafsirkan sebagai perbuatan. Dalam
kehidupan seharian, masyarakat Melayu dapat dikategorikan masyarakat yang kaya dengan
tingkah laku yang berhemah dan baik. Misalnya, masyarakat Melayu akan melayan tetamu
terlebih dahulu walaupun dalam keadaan yang sibuk. Keempat ialah gaya hidup yang
bermaksud cara tertentu seseorang individu atau kumpulan yang menjalani kehidupan
mengikut kemampuan.

Berkaitan akal budi, terdapat 4 jenis puisi tradisional yang mempunyai akal budinya.
Antaranya ialah pantun, syair, seloka dan gurindam. Pertamanya ialah pantun. Menurut
Ungku Aziz (2011), pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum. Pantun merupakan
manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu. Oleh itu, menerusi pantun dapat dikaji
struktur sosial bangsa Melayu lama, akal budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan

10

falsafah hidup yang mereka anuti. Pantun juga digunakan untuk menyampaikan pemikiran
dan perasaan. Selain itu, pantun terkandung dalam dua, empat, enam, lapan, sepuluh, dua
belas rangkap dan apa juga bentuk fizikalnya pantun merupakan pengungkapan yang
mengandungi pembayang maksud dan makud. Contohnya,

Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang,
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.

Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melaluiaspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi
pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu buah nanas dan ubi. Nanas berbau harum
dan bewarna kuning apabila masak. Nanas cuba dibandingkan dengan emas yang akan
menyebabkan masyarakat amat tertarik dan ingin memilikinya. Hal in berbeza daripada ubi
yang dikaitkan dengan sifat orang berbudi dan tidak suka menonjolkan kehebatan diri sama
seperti ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam tanah (Zainuddin et al., 2022, p. 54).
Jelaslah, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu
yang nampak istimewa segi luaran semata-mata seperti harta benda tetapi lebih
mementingkan sifat orang yang berbudi dan merendah diri.

Lontaran daripada itu, syair pula merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan
kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Menurut Mohammad
Yusuf Mohammad Nor (1985), syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu sy’ir tetapi
bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Melayu. Pada
awalnya syair digunakan secara meluas di Nusantara untuk menyebarkan ajaran tasawuf
(sufi) selain bertujuan untuk bercerita. Hamzah Fansuri ialah seorang penyair yang
dipercayai dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Hasil
karya beliau yang paling popular ialah ‘Syair Perahu’ yang banyak membawa pemikiran
agama iaitu lebih kepada ajaran tasawuf. Sebagai contohnya,

Inilah gerangan suatu madah,
Mengarangkan syair terlalu indah,
Membetulkan jalan tempat berpindah
Disanalah I’tikaf di perbetul sesudah.

(Rangkap 1)
Dalam aspek akal budi, penulis iaitu Hamzah Fansuri mencipta syair ini bertujuan untuk
membetulkan perjalanan hidup manusia di dunia ini demi kesejahteraan hidup di akhirat

11

(Zainuddin et al., 2022, p. 63). Selain itu, penyair menganjurkan agar semua sentiasa berfikir
demi membetulkan iman. Ternyatanya bahawa hanya melalui iman yang mantap dan jalan
tauhid yang betul sahaja menyebabkan semua berjaya di dunia dan di akhirat. Terbukti
bahawa akal budi juga memainkan peranan dalam syair.

Seterusnya ialah akal budi dalam seloka. Istilah seloka berasal dari perkataan Sanskrit
shloka bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka dipercayai berkembang di
alam melayu semasa kedatangan agama Hindu di Asia Tenggara. Seloka mula dikenali di
alam Melayu semasa perkembangan dan dipercayai bahawa teks Mahabharata (100,000
rangkap) dan Ramayana (24,000 rangkap) merupakan naskhah terawal yang tertulis dalam
bentuk seloka (Harun Mat Piah, 1989). Sebagai satu bentuk puisi tradisional yang bercorak
karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau
perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, surau senda, olokan, ejekan dan sindiran.
Antara seloka yang terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seloka Pandai Pak Pandir yang
diambil daripada Cerita Jenaka Rakyat (Zainuddin et al., 2022, p. 67). Di samping itu, cerita
sebegini merupakan sindiran bahawa seseorang itu tidak boleh terlalu jujur atau lurus bendul
sehinggakan sifat itu diambil kesempatan oleh mereka yang berniat jahat. Contoh seloka
Pandai Pak Pandir ialah,

Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,

Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh dilangit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan:
Orang bebunga, dia berbunga,
Orang berbuah, dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.

12

Seloka ini iaitu seloka Pandai Pak Pandir bertujuan untuk berhibur dan berjenaka tetapi
terselit unsur sindiran. Pak Pandir tersebut mewakili sikap sebahagian masyarakat Melayu
yang dikatakan mempunyai sifat -sifat yang negatif lali sifat tersebut dijadikan senda gurau
dan sindiran dalam seloka. Jelaslahlah dalam seloka juga akal budi memainkan peranan.

Selanjutnya akal budi juga berperanan dalam gurindam. Gurindam ialah suatu bentuk
puisi Melayu tradisional seperti mana dikenali sekarang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji
melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846. Bentuk gurindam ialah
terikat, iaitu terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga enam patah
perkataan dengan skima rima akhir, ‘a’,’a’. Selain itu, seuntai gurinda memerlukan beberapa
rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea dan isinya akan mengandungi nasihat,
pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta(Zainuddin et al., 2022, p. 72) .
Za’ba (1965) juga menjelaskan gurindam sebagai sejenis syair melarat yang tetap
sukatannya atau rangkapnya. Contoh bagi akal budi masyarakat Melayu dalam Gurindam
Pasal Pertama ialah,

Ini Gurindam Pasal yang Pertama:
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma’rifat.
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,

maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,

Tahulah ia barang yang terperdaya,
Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat.

Akal budi pada fasal satu ini pengarang menjelaskan kepada pembaca bahawa apabila
tidak mengenal agama yakni Tuhan , maka hidupnya sia-sia tanpa ada betujuan. Hal ini
menyebabkan seseorang sentiasa berada dalam kerisauan dan kegelisahan. Manakala,
mengenal yang empat berkait dengan ajaran tasawuf iaitu syari’at, ma’rifat, tarikat dan
hakikat. Apabila seseorang telah mengenal yang empat ini maka kehidupan akan semakin
terang tanpa ada sedikit rasa was-was. Terbuktilah sudah, akal budi memainkan peranan
dalam puisi tradisional iaitu pantun, syair, seloka dan gurindam.

13

5.0 RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan
Melayu dalam masyarakat Melayu lama wujud bersama-sama bangsa Melayu itu sendiri.
Kewujudan sastera Melayu juga memperlihatkan segala-galanya itu digambarkan dengan
cukup menarik (Dokumen, 2018). Dengan itu, perkembangan budaya tahap demi tahap
dapat membentuk peradaban atau tamandun manusia dari satu zaman ke satu zaman yang
lainnya. Tidak juga dinafikan bahawa perkembangan budaya masa kini sebenarnya
diasaskan oleh budaya silam. Fungsi sastera Melayu ialah untuk mewujudkan pemikiran
yang bijaksana serta sentiasa memimpin manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai
untuk kesempuranaan hidup. Jelaslah bahawa kebudayaan dan kesusasteraan Melayu
sangat penting dalam memartabatkan seninya pada masa yang akan datang. Hal ini boleh
dikaitkan dengan pandangan M.K. Danziger (1985) yang menyatakan segala-
segalanyaadalah kesusasteraan sekali gus mengangkat martabat kesusasteraan
berbanding bidang lain (Hasri, 2020).

14

RUJUKAN

Abu Bakar, S. B. (2020, February 16). Bentuk Dan Jenis Kesantunan (GSB 1012).
Academia.edu - Share
research. https://www.academia.edu/40217247/Bentuk_dan_Jenis_Kesantunan_GS
B_1012_

Anuar. (2015, October 9). 122868245-Konsep-dan-fungsi-kesusasteraan-.
dokumen.tips. https://dokumen.tips/documents/122868245-konsep-dan-fungsi-
kesusasteraan-melayudocx.html

Dinsenu. (2019). Pembahagian genre Di dalam kesusasteraan melayu. BAHASA MELAYU
OUM. https://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/pembahagian-genre-di-
dalam.html

Dokumen Tips. (2015, October 9). 122868245-Konsep-dan-fungsi-kesusasteraan-.
dokumen.tips. https://dokumen.tips/documents/122868245-konsep-dan-fungsi-
kesusasteraan-melayudocx.html

Dokumen. (2018). Jenis dan bentuk kesusasteraan
Melayu. https://cupdf.com/document/sejarah-ejaan-jawi-pasai-1.html

Hasri, M. (2020). Kesusasteraan melayu. Academia.edu - Share
research. https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU

Jamian, M. N., & Radzi, S. B. (2015). Kesusasteraan melayu tradisional sebagai wadah
komunikasi massa. Malaysia Journal of Communication, 31(2), 183-
194. http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf

Kamaruzam, A. K. (2012, January 16). Kesusasteraan melayu. Share and Discover
Knowledge on
SlideShare. https://www.slideshare.net/AbdulKarimKamaruzaman/kesusasteraan-
melayu-11610094

PDF slide. (2018). Kesusasteraan Melayu. Welcome to Common Repository - Common
Repository. https://commonrepo.um.edu.my/12610/1/Page%201-15.pdf

15

Rani, H. A. (2022). Konsep kesusasteraan melayu.
https://drive.google.com/file/d/1mEUoYUv7hVfxpIs5EInl-
OX37Is5EX4d/view. https://drive.google.com/file/d/1mEUoYUv7hVfxpIs5EInl-
OX37Is5EX4d/view

Rehal, A. (2019). Kesusasteraan melayu. Academia.edu - Share
research. https://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU

Wikipedia. (2010, May 30). Kesusasteraan. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesusasteraan
Yee, W. P., & Nian, L. X. (2015, July 26). Kesusasteraan Melayu Moden.

dokumen.tips.https://dokumen.tips/documents/kesusasteraan-melayu-moden.html
Zainuddin, M. N., Rahmat, A. B., Abu Bakar, S. B., Rani Abdul Hassan, H. A., &

Awang, H. B. (2022). Pengenalan kesusasteraan dan kebudayaan melayu. Pustaka
AL-Ehsan.

16


Click to View FlipBook Version