The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BM4_NUR AIN SHAMIMIE BINTI MAT HUSSIN_TUGASAN 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shamimie Hussin, 2024-03-17 00:19:42

BM4_NUR AIN SHAMIMIE BINTI MAT HUSSIN_TUGASAN 2

BM4_NUR AIN SHAMIMIE BINTI MAT HUSSIN_TUGASAN 2

PERKATAAN BAHARU & PEMBENTUKAN BMMB 3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU isu KESALAHAN KATA


BIODATA Nama : Nur Ain Shamimie binti Mat Hussin Angka Giliran : 2022272440085 Nombor Kad Pengenalan :040911110224 Kumpulan/Unit : Pengajian Melayu 4 Kod dan Nama Kursus : BMMB3203 Morfologi Bahasa Melayu JenisTugasan :Tugasan 2 (Penghasilan Produk Digital) Nama Pensyarah : Dr. Mat Salleh bin Mohamad Zain


BIL. PERKARA 1 Pengenalan 2 Pembentukan Perkataan Baharu Bunyi Asli Bahasa Melayu Bunyi Bahasa Pinjaman 3 Pembentukan Perkataan daripada Imbuhan Bahasa Asing Bahasa Sanskrit Arab-Parsi Yunani-Latin dan Inggeris 4 Isu Kesalahan Kata dari Sudut Morfologi dalam Pelbagai Sumber Media Cetak Media Elektronik 5 Penutup 6 Rujukan ISI KANDUNGAN


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU


PENGENALAN Perkataan baharu merupakan perkataan yanglazimnya wujud atau dicipta dalam suatu bahasa yang berfungsi untuk menyokongsuatu perkara yang baru wujud dalam kalangan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut. Perkembangan dari zaman ke zaman dalam kehidupan masyarakat akan menyebabkan perkembangan dari segi benda, proses, keadaan dan sebagainya yang memerlukan satu perkataan baharu perlu ada untuk menyebut perkataan tersebut.


DIBENTUK MELALUI 2 PROSES : PENGGUNAAN POPULAR Mengungkapkan perkara, kejadian, konsep, keadaan dan benda berkait dengan kegiatan hidup seharian. Khususnya dalam bentuk istilah-istilah, mengungkapkan konsep, perkara benda keadaan dan kejadian yang baru muncul dalam bidangilmu atau ikhtitas tertentu. PROSES PERANCANGAN BAHASA YANG RASMI


bunyi asli bahasa melAyu bunyi asli bahasa melAyu


KONSEP BUNYI BAHASA MELAYU KONSEP BUNYI BAHASA MELAYU Sesuatu bahasa mempunyai unit terkecil yang dikenali sebagai fonem ataupun dipanggil bunyi bahasa. Setiap daripada bentuk perkataan yangterhasil itu adalah dapat dipecahkan serta dibahagikan kepada unitkecil yang dikenali sebagai fonem. Bunyi bahasa Melayu merupakan satu bunyi bahasa yang dituturkan individu untuk menghasilkan satu bentuk perkataan yang mengikutkepatuhan dan juga sistem bunyi bahasa Melayu itu sendiri.


BUNYI BAHASA MELAYU ASLI Bunyi bahasa Melayu asli mempunyi 24 bunyi yangterdiri daripada 18 hurufkonsonan dan 6 huruf vokal. 18 KONSONAN 6 VOKAL p, b, t, d,k,g, c, j, h, ng, ny, m, n, s, w, l, r, dan y. a, e, ǝ, i, o, u


KONSONAN Lapan belas hurufkonsonan asli bahasa Melayu ini merupakan satu bunyi yang dihasilkan daripada aliran udara yang disekat melalui rongga hidung dan mulut oleh daerah sebutan hurufkonsonan. Penyebutan bagi hurufkonsonan ini terbahagikepada 8 iaitu letupan, letusan, sengau,geseran,getaran, sisian dan juga separuh vokal. Setiap daripada penyebutan ini mempunyai daerah sebutan tertentu yang terlibat bagi menghasilkan bunyikonsonan. Selain itu, terdapat 5 daerah sebutan yangterlibat dalam membunyikan huruf konsonan iaitu bibir,gigi-gusi, lelangitkeras, lelangit lembut dan juga glotis.


Bibir Gigi-gusi Lelangit Keras Lelangit lembut Glotis Letupan p, b t, d - k,g - Letusan - - c, j - - Sengau m n ny ng - Geseran - s - - h Getaran - r - - - Sisian - l - - - Separuh vokal w - y - - DAERAH DAN CARA SEBUTAN BUNYI KONSONAN Cara Sebutan Daerah Seburan


Gigi-gusi Lelangit Keras Lelangit lembut p pasu lapar gelap b bakar labu - t tali atap bulat d daun lada - k kabur ukur tekak g garam pagar - c cari loceng - j jambu kejam - m muka lampu curam TABURAN KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU Konsonan Kedudukan


Gigi-gusi Lelangit Keras Lelangit lembut ng nganga bangga borang ny nyamuk minyak - h hari bahan darah r rambut biru mekar l lubuk bola botol w wau awan - n nama enam tahan y yakin bayi - s satu rasa lepas TABURAN KONSOANAN ASLI BAHASA MELAYU Konsonan Kedudukan


VOKAL Vokal merupakan bunyi-bunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan. Penggetaran pita suara itu tidak menghalang arus udara yangkeluar melalui rongga mulut. Malah, bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan. Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagikepada 3 jenis iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Selain itu, terdapat juga gabungan vokal yang disebut secara berterusan dan dalam penghasilannya terdapat cirigeluncuran iaitu dikenali sebagai diftong. Menurut Sulaiman Masri et. al, (2006) diftongterbentuk apabila dua huruf vokal yang digunakan dalam pengejaan satu perkataan iaitu gabungan ‘ai’ , ‘au’ dan ‘oi’


BUNYI VOKAL ASLI Depan Tengah Belakang Sempit i - u Separuh sempit e - o Separuh luas - ǝ - Luas a - - Awal perkataan Tengah perkataan terbuka Tengah perkataan tertutup Akhir perkataan i ikan bikar minta api e ekor perang bengkok - a ayam parang bantal roda ǝ ǝmbun lǝlah bǝngkak - u ulam sulam buntal palu o obor boleh dompet - Kedudukan lidah Kedudukan bibir Kedudukan Vokal


DIFTONG ai - hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan bahasa Melayu au - hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan asli bahasa Melayu. oi- hanya terdapat pada akhir perkataan asli bahasa Melayu. Awal perkataan Tengah perkataan AAkhir perkataan ai air hairan pandai au aur saudara pulau oi - - amboi Diftong Kedudukan


BUNYI BAHASA PINJAMAN BUNYI BAHASA PINJAMAN


KONSEP BUNYI BAHASA PINJAMAN Bahasa Melayu merupakan bahasa yangturut berlaku perubahan, pembinaan sekaligus berkembangseiring dengan perkembangan arus pemodenan. Setelah berlaku penjajahan dan perdagangan di alam Melayu, pertembungan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Arab dan Inggeris telah membuatkan bahasa Melayu mengalami proses peminjaman bahasa. Framkin (2007) mengatakan bahawa suatu peminjaman bahasa itu berlaku apabila terdapat satu proses untuk menambah perkataan atau morfem berasal daripada bahasa lain ke dalam bahasa Melayu. Peminjaman bunyi bahasa ini berlaku bagi menampungjumlah kemasukan bahasa yang masukke dalam bahasa Melayu yang mengalami pertambahan perbendaharaan kata.


Bibir-gigi Gigi Gigi-gusi Lelalangit keras Anak tekak letupan - - - - q geseran f , v (th) (dz/dh) z (sy) - th --> s mithal --> misal BUNYI BAHASA PINJAMN Cara sebutan Daerah sebutan dz --> z dzalim --> zalim dh --> d hadhir --> hadir sh --> sy sharat --> syarat q --> k qadhi --> kadi


Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan f formal sifir wakaf v variasi universiti - th thabit mithal bahath dz dzat nidzam - dh dharab hadhir haidh z zaman azam Aziz sh sharat mashur skuash kh khamis akhir tarikh gh ghaib baghal baligh q qari baqa fariq TABURAN KONSONAN PINJAMAN BAHASA MELAYU Konsonan Kedudukan


PEMBENTUKAN KATA DARIPADA IMBUHAN BAHASA ASING PEMBENTUKAN KATA DARIPADA IMBUHAN BAHASA ASING


PEMBENTUKAN KATA Bahasa Melayu mempunyai sistem imbuhan yang mampu membentuk keperluan kebahasaan. Kehadiran sistem imbuhan asing yang telah dipinjam bertujuan untukkemasukan bentukkata pinjaman. Imbuhan asing yang dipinjam tidak semsetinya diterima sepenuhnya akan tetapi terdapat beberapa imbuhan yang diubah suai mengikut sistem bahasa Melayu. Antara imbuhan asingyang digunakan ialah : 1.Imbuhan daripada bahasa Sanskrit 2.Imbuhan daripada Arab-Parsi 3.Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris


IMBUHAN DARIPADA BAHASA SANSKRIT Imbuhan Sanskrit memainkan peranan penting dalam keagungan golongan diraja dan agama. Imbuhan yangtelah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu Dibahagikan kepada 2 iaitu : Imbuhan awalan (maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri-, pasca) 1. Imbuhan akhiran (-wan, -man, -wati, -nita) 2.


IMBUHAN PINJAMAN AWALAN SANSKRIT IMBUHAN AWALAN MAKSUD CONTOH Awalan mahaBerfungsi sebagai paling terbesar, tertinggi dan teragung. Bagi maha + kata adjektif perlu dieja berasingan. maha + raja = maharaja maha + siswa = mahasiswa maha + mulia = maha mulia Contoh ayat : Mahasiswa itu kuat dan berani. Awalan praBerfungsi sebagai sebelum atau syaratkepada sesuatu. pra + sekolah = prasekolah pra + universiti = prauniversiti pra + matang = pramatang Contoh ayat : Kanak-kanak prasekolah itu berlari di padang.


IMBUHAN AWALAN MAKSUD CONTOH Awalan swaBerfungsi menerbitkan kata nama yang memberi makna sendiri. swa + foto = swafoto (ambilgambar sendiri) swa + layan = swalayan (layan sendiri) Contoh ayat : Ibu memarahikakakkerana terlalu leka mengambil swafoto. Awalan tunaKurang digunakan dalam bahasa Melayu, sering digunakan dalam bahasa Indonesia. Memberi makna tiada tuna + wisma = tunawisma (tiada berumah) tuna + karya = tunakarya (penganggur) Contoh ayat : Lelaki yangkelihatan tidakkemas itu tunakarya.


IMBUHAN AWALAN MAKSUD CONTOH Awalan tataBerfungsi sebagai susunan atau peraturan tata + cara = tatacara tata + tertib = tatatertib Contoh ayat : Pelancong perlu mematuhi tatacara berpakaian ketika melawatke Masjid Putrajaya. Awalan pascaBermaksud sesudah atau lepas pasca + siswazah = pascasiswazah pasca + merdeka = pascamerdeka Contoh ayat : Pada zaman pascamerdeka, anak-anak bangsa perlulah mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh anasir luar.


IMBUHAN AWALAN MAKSUD CONTOH Awalan eka-, dwi-, tri-, dan pancaBerfungsi sebagai bilangan eka- (satu), dwi- (dua), tri- (tiga), panca- (lima) eka + bahasa = ekabahasa dwi + bahasa = dwibahasa tri + bulan = tribulan panca + indera = pancaindera Contoh ayat : Manusia mempunyai lima pancaindera.


IMBUHAN PINJAMAN AKHIRAN SANSKRIT IMBUHAN AKHIRAN MAKSUD CONTOH Akhiran -wan Membawa pengertian pelaku yang melakukan perbuatan, tugas dan pekerjaan. Imbuhan ini digunakan bagikata dasar yang berakhir dengan huruf ‘a’. harta + wan = hartawan sukarela + wan = sukarelawan Contoh ayat : Para sukarelawan bekerjasama membersihkan sekolah yang dilanda banjir. Akhiran -man Membawa pengertian pelaku yang melakukan sesuatu perbuatan, tugas dan pekerjaan. Imbuhan ini digunakan bagikata dasar yang berakhir dengan huruf ‘i’. seni + man = seniman budi + man = budiman Contoh ayat : P. Ramlee merupakan seorangseniman yang hebat.


IMBUHAN AKHIRAN MAKSUD CONTOH Akhiran -wati Berfungsi bagikategori jantina iaitu - wati dan -nita merujukkepada perempuan. Penggunaannya tidakkekal sukarela + wati = sukarelawati seni + wati = seniwati Contoh ayat : Seniwati yang membintangi filem itu diminati orangramai. Akhiran -nita Berfungsi bagikategori jantina iaitu - wati dan -nita merujukkepada perempuan. Penggunaannya tidakkekal biduan + nita = biduanita karyawan + nita = karyawanita Contoh ayat : Mas Idayu meruapakan biduanita yang terkenal.


IMBUHAN DARIPADA ARAB-PARSI Pembentukan kata baharu yang dipengaruhi oleh Arab-Parsi mula berlaku disebabkan kedatangan Islam ke Alam Melayu Penyerapan unsur imbuhan Arab-Parsi ke dalam bahasa Melayu terhad kerana unsur asing dalam bentukimbuhan sukar untuk diserap ke dalam sesuatu bahasa Dibahagikan kepada 2 iaitu : 1.Imbuhan awalan 2.Imbuhan akhiran


IMBUHAN PINJAMAN AWALAN ARAB-PARSI IMBUHAN AWALAN MAKSUD CONTOH Awalan biAwalan ini membawa maksud ‘tidak’ dan digunakan untuk menerbitkan bentukkata adjektif, namun penggunaanya terbatas. bi + adab = biadab (tidak beradab) bi + normal = binormal (tidak normal) Contoh ayat : Sikap biadap terhadap guru semakin merisaukan dalam kalangan murid.


IMBUHAN PINJAMAN AKHIRAN ARAB-PARSI IMBUHAN AKHIRAN MAKSUD CONTOH Akhiran -wi dan -i Digunakan untuk menerbitkan kata adjektif iaitu mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar. dunia + wi = duniawi azal + i = azali Contoh ayat : Kehidupan manusia ditulis sejak azali lagi. Akhiran -iah Penggunaan imbuhan ini untuk membentukkata adjektif yang membawa maksud sifat yang terkandung dalam kata dasar. zahir + iah = zahiriah (secara luaran) Contoh ayat : Kita tidak boleh menghukum niat baik seseorangsecara zahiriah.


IMBUHAN PINJAMAN AKHIRAN ARAB-PARSI IMBUHAN AWALAN MAKSUD CONTOH Akhiran -in, -at, -ah Penggunaan imbuhan ini untuk menunjukkan kata nama lelaki dan perempuan. hadir + in = hadirin muslim + at = muslimat soleh + ah = solehah Contoh ayat : Para hadirin diminta berdiri.


IMBUHAN DARIPADA YUNANI-LATIN-INGGERIS Dalam bahasa Melayu, imbuhan asing daripada bahasa ini banyak diserap masukke dalam bahasa Melayu. Namun begitu, hanya beberapa imbuhan sahaja yang berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu. Dibahagikan kepada 2 iaitu : 1.Imbuhan awalan 2.Imbuhan akhiran


IMBUHAN AWALAN MAKSUD CONTOH CONTOH Awalan proTanda bersetuju, menyokong atau memihaksesuatu pihak. -propekerjaan -probarat Malaysia membuat keputusan untuk mengubah dasar daripada probarat kepada tidak berpihak. Awalan poliMembawa maksud banyak -poliklinik -poligami Poliklinik Azri hanya beroperasi bermula pukul 9 pagi hingga 8 malam. IMBUHAN PINJAMAN AWALAN YUNANI-LATIN-INGGERIS


IMBUHAN AWALAN MAKSUD CONTOH CONTOH Awalan subMemberi maksud sebahagian daripada keseluruhan -subtopik -subtropika Subtopik dalam kemahiran bahasa dapat dibahagikan kepada 4 iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Awalan antiMemaparkan perasaan membantah, menetang dan tidak bersetuju terhadap sesuatu pihak. -antisosial -antilelaki Antisosial merupakan pengaruh negatif yang muncul disebabkan oleh faktor media.


IMBUHAN AWALAN MAKSUD CONTOH Awalan supraMembawa maksud melebihi, mengatasi dan merentas -suprasistem -supranasional


IMBUHAN AWALAN CONTOH CONTOH AYAT Akhiran -isme -nasionalisme -sosialisme -radikalisme Nasionalisme merupakan gerakan yang berkait rapat dengan kesetiaan seseorangterhadap negaranya. Akhiran -is -kritis -ekonomis Guru perlu mengasah pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar. IMBUHAN PINJAMAN AKHIRAN YUNANI-LATIN-INGGERIS


IMBUHAN AWALAN CONTOH CONTOH AYAT Akhiran -ik -fonetik -logistik Fonetik dan fonologi merupakan kursus yang wajib diambil oleh pelajar bahasa Melayu. Akhiran -si -klasifikasi -revolusi Revolusi industri 4.0 mendorong kepada perkembangan teknologi di dunia.


IMBUHAN AWALAN CONTOH CONTOH AYAT Akhiran -al -klinikal -parktikal Guru praktikal perlu merancang aktiviti yang mampu menarik minat perhatian pelajar


ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI


ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI DALAM MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK Kesalahan penggunaan kata dalam bahasa Melayu merupakan salah saru daripada aspekkesalahan umum bagikebanyakan penutur. Bentuk-bentukkesalahan seumpama ini sememangnya biasa digunakan oleh penutur-penutur bahasa Melayu tetapi salah dari segi tatabahasa. MEDIA CETAK Media cetakialah alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan objekfizikal seperti akhbar, risalah,komik, majalah dan lain-lain MEDIA ELEKTRONIK Media elektonik adalah alat atau saluran yang menggunakan alat-alat elektronik moden seperti radio, televisyen, komputer, telefon dan lain-lain.


MEDIA CETAK ASPEK : KESALAHAN KATA SENDI NAMA di dakwa didakwa Perkataan yang hadir di hadapan frasa nama merupakan kata sendi nama. Kata sendi nama berfungsi untuk menyambungfrasa nama dengan kata atau frasa dalam ayat. Berdasarkan papan tanda ini, terdapat kesalahan penulisan kata sendi nama dalam ayat tersebut. Hal ini kerana bagi penggunaan “di” yang digabungkan dengan kata kerja perlu ditulis dengan dekat manakala jika digabungkan dengan kata nama tempat, mesti ditulis jauh.


MEDIA CETAK ASPEK : KESALAHAN IMBUHAN merbahaya berbahaya Menurut Abdullah Hassan dan Alnon Mohd (200&), pengimbuhan ialah proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentukkata terbitan. Terdapat 4 jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan Berdasarkan papan tanda ini, terdapat kesalahan penggunaan imbuhan awalan mer- . Hal ini kerana imbuhan tersebut tidak wujud dalam bahasa Melayu. Malah, perkataan yang betul yang sepatutnya digunakan pada papan tanda itu ialah berbahaya.


MEDIA CETAK ASPEK : KESALAHAN PENJODOH BILANGAN buah batang Menurut Zinuddin Dirin (2000), penjodoh bilangan merupakan perkataan yang digunakan mendahului dan berpasangan dengan sesuatu kata nama untuk menjelaskan jenis dan bilangan kata nama. Kesalahan yang dapat dikesan dalam petikan pada suratkhabar tersebut ialah kesalahan penggunaan penjodoh bilangan “buah pokok”. Hal inikerana penjodoh bilangan “buah” hanya bersesuaian digunakan terhadap benda yang besar, tempat bangunan dan kenderaan. Oleh itu,kesalahan tersebut sepatutnya menggunakan penjodoh bilangan “batang”.


MEDIA CETAK ASPEK : KESALAHAN HUKUM DM goreng pisang pisanggoreng Frasa nama ialah rangkaian kata yangterdiri daripada inti - penerang dan tertakhlukkepada hukum DM. (D) membawa maksud diterangkan dan (M) membawa maksud menerangkan. Berdasarkan papan iklan ini, terdapatkesalahan penggunaan istilah “goreng pisang”. Hal ini dapat dilihat bahawa perkataan pisang perlu berada pada kedudukan pertama kerana ia merupakan kata nama yang perlu diterangkan. Manakala,goreng merupakan kata sifat yang menerangkan dan perlu diletak pada kedudukan kedua. Jadi, perkataan yang betul ialah pisang goreng merujukkepada pisangyang digoreng.


MEDIA ELEKTRONIK ASPEK : KESALAHAN KATA HUBUNG Kau akan memangis bila melihat semula memori itu. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan yang lain supaya menjadi ayat majmuk. Antara contoh kata hubung yang bisa digunakan ialah dan, sambil, manakala, lalu dan kerana. Gambar ini menunjukkan terdapat kesalahan penggunaan kata hubung “bila” dalam aplikasi Tiktok. Hal ini kerana bila tergolong dalam kata tanya. Oleh itu, penggunaan perkataan bila adalah salah dalam menghubungkan sebuah frasa. Jadi, kata hubung yang betul untuk menggantikan perkataan tersebut ialah “apabila”. Kau akan memangis apabila melihat semula memori itu.


MEDIA ELEKTRONIK ASPEK : KESALAHAN KATA MAJMUK jalanraya Kata majmuk berlaku apabila dua atau lebih kata dasar dirangkaikan untuk membawa makna yang tertentu. Terdapat kata majmuk yang bercantum dan terpisah. Gambar ini menunjukkan terdapat kesalahan penggunaan kata majmuk “jalanraya” dalam aplikasi Twitter. Perkataan yang betul ialah jalan raya iaitu perlu dieja jarak antara perkataan jalan dan raya. Hal ini kerana perkataan tersebut merupakan kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Ini bermaksud perkataan ini boleh diperluas. jalan raya


MEDIA ELEKTRONIK ASPEK : KESALAHAN KATA PENGUAT palingtercantiksekali Kata penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. Ia boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Antara contoh kata penguat ialah paling, agak, amat, benar dan lain-lain. Gambar ini menunjukkan terdapat kesalahan kata penguat yang telah digunakan dalam aplikasi Twitter. Frasa paling tercantik sekali adalah salah kerana imbuhan ter- tidak boleh digunakan secara serentak dengan kata penguat sekali. Oleh itu, apabila kata adjektif telah menerima imbuhan ter- maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu digunakan lagi. amat cantiksekali


PENUTUP Kesimpulannya, dapat disimpulkan perkataan-perkataan baharu dalam kosa kata bahasa Melayu dibawa masuk daripada istilah asing. Malah,kosa kata tersebut akan diubah suai bentuk bahasanya mengikut pedoman pembentukan istilah sedia ada bagi memperkatakan bidang-bidang baharu. Hal ini mengakibatkan bahasa Melayu telah menerima banyak perkataan baharu yang menjadi bahasa Melayu itu kaya dengan bahasa. Namun, isu kesalahan kata juga berlaku secara berleluasa di negara kita sama ada menerusi media cetak mahupun media elektronik. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggunjawab kita sewajarnya menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian agarkeindahan bahasa ibunda kita dapat dipelihara sehingga ke generasi akan datang.


Click to View FlipBook Version