CIRI-CIRI
MURID PENDIDIKAN KHAS
SINDROM DOWN
PPKI
SMK DANAU KOTA
APA ITU SINDROM DOWN?
❖ Sindrom Down berpunca daripada masalah berlebihan kromosom.
KROMOSOM merupakan serat-serat khusus yang terdapat di dalam
setiap sel dalam badan manusia di mana terdapat bahan-bahan
genetic yang menentukan sifat-sifat seseorang.
❖ Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai 47 kromosom, lebih 1
kromosom berbanding individu normal. Keadaan ini boleh
melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan)
2
APA ITU SINDROM DOWN?
❖ Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran.
❖ Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal,
masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang
lambat.
❖ Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah
antara 30 hingga 80.
3
APAKAH YANG MENYEBABKAN SINDROM DOWN
❖ Ibu-ibu mengandung yang berumur 35 tahun ke atas mempunyai
risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down.
❖ 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21.
Keadaan ini disebabkan oleh “Non-Dysjunction” kromosom yang
terlibat iaitu kromosom 21 di mana semasa proses pembahagian sel
secara MITOSIS, pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan
sempurna.
4
APAKAH YANG MENYEBABKAN SINDROM DOWN
❖ 5% lagi adalah disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan
“Translocation”. Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan
bahan genetic dari kromosom 14 kepada kromosom 21.
❖ Mekanisma ini berlaku pada ibu-ibu umur yang lebih muda.
Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan mekanisma yang
dinamakan “MOSAIC”.
5
JENIS-JENIS SINDROM DOWN
1. SINDROM DOWN TRISOMI 21
❖ Membabitkan lebihan kromosom dalam darah ibu yang hamil dan
mempunyai darjah kecerdasan 50% - 80%.
2. SINDROM DOWN TRANSLOKASI
❖ Berlaku dalam 2 cara, iaitu secebis kromosom nombor 14 bercampur
dengan kromosom 21 dan secebis kromosom nombor 21 bercampur
dengan nombor yang sama serta
mempunyai darjah kecerdasan 50% - 80%.
6
Kanak-kanak Sindrom Down
7
CIRI-CIRI KANAK-KANAK SINDROM DOWN
• FIZIKAL YANG UNIK.
• MULUT SENTIASA TERBUKA ATAU TIDAK TERTUTUP RAPAT.
• LIDAH YANG TEBAL, KASAR DAN PENDEK SERTA CENDERUNG UNTUK
TERJELIR.
• MATA SENTIASA BERAIR DAN MERAH.
• MATA SEPET DAN BENTUK MUKA YANG KECIL.
• BERBADAN GEMPAL DAN PENDEK SERTA AGAK BONGKOK.
• SUKA BERMANJA, BERMAIN DAN DAPAT BERGAUL DENGAN BAIK.
• SELALUNYA MENGALAMI MASALAH KATARAKS MATA, MASALAH JANTUNG
DAN KECACATAN USUS.
8
SIFAT PADA KEPALA, MUKA DAN LEHER
• MEMPUYAI IRAS MUKA YANG HAMPIR SAMA SEPERTI MUKA ORANG
MONGGOL.
• PANGKAL HIDUNG KEMEK, JARAK DI ANTARA 2 MATA JAUH DAN BERLEBIHAN
KULIT DI SUDUT DALAM.
• KEPALA LEBIH KECIL, LEPER DARI BAHAGIAN DEPAN KE BELAKANG.
• SAIZ MULUT KECIL, SAIZ LIDAH BESAR MENYEBABKAN LIDAH SELALU
TERJELIR.
• PERTUMBUHAN GIGI LAMBAT DAN TIDAK TERATUR
• PARAS TELINGA LEBIH RENDAH
• LEHER AGAK PENDEK.
9
SIFAT PADA TANGAN DAN KAKI
• JARI-JARI PENDEK. JARI KELINGKING MEMBENGKOK KE DALAM
• TAPAK TANGAN HANYA TERDAPAT SATU GARISAN URAT DINAMAKAN
“SIMIAN CREASE”
• KAKI AGAK PENDEK DAN JARAK DI ANTARA IBU JARI KAKI DAN JARI KAKI
KEDUA AGAK JAUH BERPISAH DARI TAPAK KAKI
10
SIFAT PADA OTOT
• KANAK-KANAK SINDROM DOWN MEMPUNYAI OTOT YANG LEMAH
MENYEBABKAN MEREKA MENJADI LEMBIK DAN LEWAT DALAM
PERKEMBANGAN MOTOR KASAR (PERKEMBANGAN TUBUH BADAN)
PENCAPAIAN PERKEMBANGAN MOTOR KASAR
KEMAHIRAN MOTOR JULAT UMUR UNTUK KANAK-KANAK JULAT UMUR UNTUK KANAK-
KASAR SINDROM DOWN KANAK BIASA
DUDUK 6 – 30 BULAN 5 – 9 BULAN
MERANGKAK 8 – 22 BULAN 6 – 12 BULAN
BERDIRI 1 – 3.25 TAHUN 8 – 17 BULAN
BERJALAN 1 – 4 TAHUN 9 – 18 BULAN
Rujukan dari https://www.physio-pedia.com/Down_Syndrome_(Trisomy_21)
11
MASALAH BERKAITAN SINDROM DOWN
Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan
organ-organ dalaman terutama sekali jantung dan usus seperti :
❖ Masalah jantung
❖ Masalah usus
❖ Masalah perubatan yang lain
❖ Masalah perkembangan pembelajaran
12
MASALAH JANTUNG
❖ Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang
seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang di
antara bilik jantung kiri dan kanan atau Artrial Septal Defect (ASD)
iaitu jantung berlubang di antara Atrian kiri dan kanan.
❖ Masalah lain termasuk salut Ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus
Ateriosis/PDA).
❖ Bagi kanak-kanak Sindrom Down boleh mengalami masalh jantung
berlubang jenis kebiruan (Cynotic Spell) dan susah bernafas.
13
MASALAH USUS
Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti :
❖ Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran
sama sekali di bahagian tertentu esofagus. Biasnya ia dapat
dekesan semasa berumur 1 - 2 hari dimana bayi mengalami masalah
menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor atau jururawat kerana
mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut
semasa baru lahir.
BERSAMBUNG ……….
14
MASALAH USUS
❖ Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang
dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem
saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan
mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas
kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air
besar.
❖ Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang
tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan
"Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak
normal di bahagian rektum.
15
❖ Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah
Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid.
❖ Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down.
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-
tulang kecil di bahagian leher boleh menyebabkan berlakunya
penyakit lumpuh (Atlantoaxial Instability) di mana ianya berlaku di
kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down.
❖ Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk
mengalami kanser sel darah putih iaitu leukimia.
16
MASALAH PEMBELAJARAN
Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami
kelewatan perkembangan dan kerencatan akal.
❖ Pada peringkat awal pembesaran, mereka mengalami masalah
lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk
berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap.
❖ Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan
mereka digemari oleh ahli keluarga.
❖ Mereka juga mempunyai sifat periang.
❖ Perkembangan motor kasar mereka lambat
disebabkan otot- otot yang lembik tetapi
mereka akhirnya berjaya melakukan hampir
semua pergerakan kasar.
17
❖ Sebelum ini, pengidap Sindrom Down kerap meninggal dunia sebaik
sahaja memasuki alam dewasa disebabkan oleh masalah-masalah
yang dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan mereka
boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti individu normal.
❖ Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan yang lebih rapi.
❖ Disebabkan keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka
cenderung mengalami masalah pernafasan dan sukar untuk makan.
❖ Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang
upaya meneroka persekitaran
❖ Dengan adanya sokongan ibu bapa dan penjaga,
mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk
berdikari dan menguasai kemahiran.
18
PERGAULAN / SOSIAL
❖ Agak lambat untuk berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga
mereka dan orang lain.
❖ Tidak pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka
terutama bukan ahli keluarga mereka.
❖ Kawalan emosi tidak seperti kanak-kanak normal. Mereka kurang
mempunyai perasaan malu.
❖ Tidak berupaya mengawal perasaan marah dan cemburu.
❖ Hiperaktif, lebih ganas.
❖ Cepat marah jika diganggu.
❖ Perasaan segan atau malu kepada jantina juga kurang pada
kanak-kanak ini
19
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran
❖ Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan
mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut.
❖ Perlu memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan
meningkatkan emosi mereka.
❖ Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi serta
disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap.
❖ Ini adalah kerana kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami
arahan dan perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran
terperinci. Contohnya: Ämbil buku yang berwarna kuning di atas meja
dan bawa buku itu kepada cikgu.
20
❖ Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa
pengajaran akademik.
❖ Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk
mengingat dan memproses maklumat. Guru boleh megajar kemahiran
mengingat yang mudah dengan mengaitkan perkara yang mereka
suka.
❖ Guru perlu menyediakan mereka serta menarik perhatian mereka.
❖ Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri/pengurusan diri di
dalam kurikulum mereka.
❖ Mereka perlu dibimbing menjaga keperluan asas diri agar berupaya
mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.
21
CADANGAN AKTIVITI
MENINGKATKAN PENUMPUAN
- Melibatkan bunyi-bunyian yang menarik
- Bermain alat muzik
- Variasi muzik yang diterapkan dalam jiwa
- Menggunakan gajet / IT dalam pengajaran
- Melibatkan cahaya dan lampu
22
SEKIAN, TERIMA KASIH
23