PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK DANAU KOTA
1
Kecacatan anggota disebabkan oleh cacat
hubungan saraf antara bahagian otak dengan
bahagian badan semasa dilahirkan atau pada
awal usia
Cerebral – berkaitan dengan otak
Palsy – tidak dapat mengawal otot-otot dengan
sepenuhnya.
2
C P Spastik – kumpulan otot badan yang terlalu
menegang.
C P Athetiod – lebih meliuk, luar biasa dan tidak
terkawal
C P Ataxia – mengalami imbangan anggota
badan dan keseimbangan badan tidak baik
C P Gabungan – di mana seseorang
mengalami lebih daripada satu Cerebral Palsy.
3
Klasifikasi mengikut anggota badan
(kaki atau tangan)
i. Monoplegia – hanya satu daripada tangan kiri
atau kanan
ii. Hemiplegia – apabila kedua-dua kaki dan
tangan sebelah kiri atau kanan yang lumpuh
iii. Diplegia – kelumpuhan kaki lebih serius
berbandang kelumpuhan tangan
iv. Paraplegia – hanya kaki yang lumpuh
v. Quadriplegia – kesemua kaki dan tangan
lumpuh
4
• Tertonjol melalui pergerakan anggota badan,
tangan atau kaki atau kedua-duanya
• Kebanyakan menghadapi masalah otot-otot
mencerut – pergerakan terbatas
• Pencerutan otot yg luar biasa – tulang belakang
membengkok dan pengalihan tulang pinggul
• Mengidapi penyakit lain – epilepsi, penglihatan
dan terencat akal
• Tahap kemampuan intelek – berada di antara
pintar cerdas dengan terencat akal
• Mengalami masalah pergerakan motor -
bermasalah untuk makan dan menelan makanan.
5
• Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada
kemahiran-kemahiran kesediaan untuk belajar,
misalnya duduk dan memberi perhatian kepada
guru, kemahiran psikomotor misalnya
penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial
seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.
• Ia harus menekankan kemahiran yang dapat
membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya,
membaca notis, surat khabar dan mengisi borang
permohonan.
• Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya,
dengan membantu mereka menyediakan jadual
kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang
perlu dilakukan pada hari itu.
6
• Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan
apa yang telah mempelajari misalnya dengan
mengulang langkah atau konsep yang telah
dipelajari.
• Kanak-kanak ini memerlukan rutin.
• Perubahan ialah sesuatu yang sukar
diterima oleh mereka.
• Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam
bilik darjah.
7
8
Sekian,
terima kasih
9