The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaharahsalleh71, 2022-10-06 02:37:52

E-Bandar Teknologi Hijau

e- Bandar Teknologi Hijau

SMK PUTERI AMPANG,
KUALA LUMPUR

e-model
Bandar
Teknologi
Hijau

E-BROSUR

Kandungan e-brosur

bahagian 1 bahagian 11 bahagian 111

PENGENALAN PEMBINAAN BANDAR SEKTOR PENTING
TEKNOLOGI HIJAU TEKNOLOGI HIJAU MODEL BANDAR
TEKNOLOGI HIJAU
Konsep Teknologi Hijau Lakaran e-Model Bandar Teknologi

Hijau Tenaga



Bandar Teknologi Hijau

Pembinaan Bandar Teknologi Hijau Pengurusan Sisa Pepejal & Air Sisa



Kepentingan Teknologi Hijau

Skala yang digunakan Bangunan


4 Dasar Teknologi Hijau Negara

Menara Berputar Bunga Teratai (Flowers of
Clouds)
Kaitan dengan Matlamat

Pembangunan Lestari
Pengangkutan



Perindustrian



Pertanian, Penternakan & Perhutanan



Masjid Terapung



Teknologi Maklumat & Komunikasi

Guru Pembimbing & Nasyaizra Syaza binti Mohammad Rasyikin
Ahli Kumpulan 050208 14 1140

Zaharah binti Salleh Nur Syaqirah binti Said
051012 14 0634
71051 20 75134
Charmaine Hie Wing Yan
051106 14 0440

Bahagian 1

pengenalan
teknologi hijau

Konsep Teknologi Hijau

Penambahan dalam populasi, Kini, Teknologi Hijau Teknologi Hijau merupakan
kemajuan teknologi, diperkenalkan sebagai langkah pembangunan dan aplikasi
produk, peralatan serta sistem
pembangunan dan penambahan untuk memberi kesedaran untuk memelihara alam sekitar
dalam penggunaan sumber kepada manusia terhadap dan alam semula jadi serta
semula jadi memberi kesan kelestarian alam sekitar.
terhadap alam sekitar dan meminimumkan atau
ekosistem semula jadi mengurangkan kesan negatif

daripada aktiviti manusia.

Apa itu Bandar Teknologi Hijau

Sebuah bandar yang memenuhi kriteria seperti berikut

Mempunyai pembebasan gas Meminimumkan degradasi kualiti Menggunakan sumber-sumber
rumah hijau yang rendah atau persekitaran, dan menyediakan seperti tenaga, air dan
sifar, selamat untuk digunakan persekitaran sihat dan lebih baik
sebagainya secara minimum

untuk semua hidupan untuk menghasilkan sesuatu
Menggunakan teknologi rendah

produk.
karbon dan lebih mesra alam Menjimatkan tenaga dan sumber
berbanding dengan teknologi semula asli dan menggalakkan

sedia ada sumber yang boleh diperbaharui

Mengurangkan Meminimumkan Mengurangkan Menjimatkan
pengeluaran pengeluaran kemusnahan penggunaan
karbon alam sumber asli
karbon dioksida
di udara

Meningkatkan Kepentingan Bandar Mengaplikasikan
tahap kesihatan Teknologi Hijau sepenuhnya
dan kehidupan tenaga boleh
baharu
manusia

Penggunaan Menambahkan Meningkatkan
sumber tenaga kandungan oksigen tahap
boleh diperbaharui
boleh menjimatkan yang dapat kesihatan dan
menyejukkan kehidupan
penggunaan manusia
sumber asli negara kawasan
persekitaran

4 dasar teknologi hijau negara

Tenaga Alam Sekitar

Teknologi hijau mencari kaedah untuk mengurangkan Kesan kepada alam sekitar juga dapat
penggunaan tenaga dan pada masa yang sama diminimumkan dan dipelihara.

mempromosikan kecekapan menggunakan tenaga Sosial

Ekonomi Dari segi sosial, kualiti hidup rakyat dapat
dipertingkatkan
Tekonologi hijau meningkatkan pembangunan
ekonomi negara melalui penggunaan teknologi

matlamat pembangunan lestari
"the 17 sustainable devolepment goals"

Matlmat Pemngunan Lestari yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada
September 2015, di New York ini digunakan dalam pembinaan model Bandar Teknologi Hijau ini.

Bahagian 11

pembinaan model
bandar teknologi

hijau

4 Lakaran e-Model Bandar
13 Teknologi Hijau

2 1. Kawasan pertanian
65 2. Kawasan perhutanan
3. Kawasan penternakan
17 4. Telekomunikasi
6 5. Kincir Angin
6. Kawasan perhotelan
12 7 7. Menara berputar bunga teratai
8. Sisa rawatan kumbahan
10 8 9. Hospital
10. Bas elektronik
13 11 16 9 11. Kawasan perniagaan
15 12. Pintu gerbang
13. Masjid terapung
14 14. Kilang
15. Jambatan
16. Landasan kereta api
17. Kawasan perumahan

pembinaan model bandar
teknologi hijau

Penggunaan barang-barang terpakai yang mudah didapati di sekitar
kawasan sekolah dan rumah kami

Tapak :
a) Polistrin : Guru-guru menyumbang polistrin yang sudah tidak digunakan
lagi.
b) Plywood : Pekerja sekolah bantu memotong papan plywood daripada
papan kenyataan di Makmal Komputer yang sudah tidak digunakan lagi.

Bangunan-bangunan :
a) Penggunaan kotak-kotak minuman, tin-tin makanan, kotak-kotak
terbuang, gelung tisu terpakai.
b) Semua bahan yang telah dinyatakan itu telah disembur cat bagi memberi
warna yang sekata.
c) Semua bangunan mempunyai unsur hijau.

pembinaan model bandar
teknologi hijau

Batu-batu : Dikutip dari sekitar taman-taman di kawasan sekolah.

Pokok-pokok : Mendapat sumbangan guru-guru daripada hiasan
mereka di rumah, yang tidak digunakan lagi dan menggunakan
hiasan pokok-pokok tiruan daripada projek seni kami yang lalu.

Jambatan : Menggabungkan lidi-lidi dan straw untuk membentuk
jambatan-jambatan. Jambatan-jambatan dicat putih supaya
menghasilkan warna yang cantik dan sekata.

Binaan Bandar Rumah Hijau

Bahan yang digunakan ; Bahan - bahan pembinaan ;
1.pokok tiruan dan batu
1.lidi dan straw 2.kertas warna hijau
2.batang ais krim
3.botol air
4.tin minuman
5.bekas makanan
6. kertas

Pembinaan Kincir Angin

Antara bahan yang digunakan ;
1. kipas mainan adik yang
tidak digunakan lagi
2. batang ais krim

Kawasan Perhutanan

Kami menggunakan ;
1. Batu - batu
2.Pokok - pokok tiruan
3.Surat khabar
4. Tisu

Skala Model Bandar Teknologi Hijau

Skala model ini ialah



1 cm kepada model mewakili 500 m jarak sebenar



(1 cm : 50 m)

Bahagian 111

sektor penting
model bandar
teknologi hijau

Tenaga

Tenaga Hijau ditakrifkan sebagai tenaga yang dapat diganti atau dihasilkan semula dalam
tempoh hayat manusia. Contohnya: tenaga solar, angin dan biojisim

Dalam model ini, kami tekankan penjanaan tenaga elektrik menggunakan :

1. Tenaga Solar : tenaga solar diguna bagi membekalkan tenaga elektrik di kawasan
perumahan, perniagaan, hotel, pejabat, insitusi pendidikan, dan hospital dalam model
kami

2. Kincir Angin : tenaga elektrik dihasilkan daripada tenaga kinetik yang terhasil daripada
gerakan bilah kincir apabila digerakkan oleh angin

3..Tenaga biojisim yang dihasilkan daripada segala hasil tumbuh-tumbuhan khusus untuk
sumber tenaga atau hasil buangan yang berpunca daripada pelbagai kayu-kayan,
tanaman dan juga bahan buangan perbandaran. Tenaga haba yang diperolehi dalam
proses pembakaran boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pemanasan bahan
dan ruang dan juga untuk menghasilkan wap panas (stim) bagi penjanaan elektrik di
kawasan industri dalam model kami ini.

Pengurusan Sisa Pepejal & Air Sisa

Pengurusan sisa pepejal dan air sisa yang dilaksanakan secara efisien memainkan peranan
yang amat penting dalam menangani isu-isu sosiosaintifik yang berlaku dalam sektor ini.

Teknologi Hijau untuk Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa adalah sangat penting
kerana dapat mengurangkan pencemaran alam, pembuangan sisa yang tidak
terancang dan meminimumkan kesan negatif pembuangan sisa terhadap alam.

Dalam model ini, kami tidak mempunyai perkhidmatan lori sampah kerana setiap
bangunan dan kawasan perumahan di Bandar Teknologi Hijau ini telah disediakan
Kebuk Sampah. Kebuk Sampah ini mempunyai 3 saluran paip yang mengasingkan
sampah mengikut kategori iaitu ;

sampah anorganik (sampah yang sukar terurai seperti plastik, kaca dan tin).
sampah organik (sampah yang mudah terurai seperti sisa makanan).
sampah berbahaya dan beracun (seperti sisa elektronik)

3 saluran paip itu berada di bawah tanah. Oleh itu, segala sampah akan dibawa terus
ke tempat sisa rawatan kumbahan (loji) melalui 3 saluran paip itu.

Pengurusan sektor ini amat bagus kerana dengan tiada penggunaan lori sampah, kesan rumah hijau seperti
pemanasan global dapat diatasi. Selain itu, pencemaran udara juga dapat berkurang kerana tiada
pembebasan gas karbon dioksida. Tiada penggunaan lori sampah juga dapat mengelakkan pencemaran bau.

Pengurusan Sisa Pepejal & Air Sisa

Selain daripada Kebuk Sampah, model ini juga mempunyai
perangkap sampah dalam laut.

Perangkap ini bertujuan untuk memerangkap sampah-sampah

berbentuk pepejal yang dibuang oleh orang ramai ke dalam laut

Cara berfungsi:

Alunan ombak yang kuat akan menolak sampah-sampah ke dalam

perangkap sampah Impak:

persekitaran laut menjadi lebih bersih daripada sampah sarap

seperti botol-botol, plastik

tenaga kerja berkurang

keselamatan hidupan akuatik terjamin

Selain itu, air buangan daripada kilang tidak dibuang terus ke dalam
sungai ataupun laut, sebaliknya dikitar semula untuk kegunaan
menyejukkan mesin-mesin.

Bangunan

Antara bangunan yang ada dalam model kami ialah:

1. Premis pejabat, perniagaan & hotel
2. Hospital
3. Masjid terapung
4. Hotel & Chalet
5. Menara Berputar Bunga Teratai
6. Kilang (Perindustrian)
7. Sisa Rawatan Kumbahan (Loji)
8. Perumahan
9. Institusi Pendidikan / Kolej
10. Rumah Penternakan
11. Rumah Pertanian

Bangunan

Dalam model ini, kami
1. menggabungan pelbagai sektor dalam satu bangunan untuk meminimakan penggunaan tanah
di samping dapat menjimatkan ruang.
2. mewujudkan taman sebagai unsur hijau di sekitar kawasan bangunan dan di atas bangunan.
Kewujudan kawasan hijau ini dapat mengurangkan kandungan karbon dioksida dan
manambahkan kandungan oksigen yang dapat menyejukkan kawasan sekitar banda. Keadaan
bandar kelihatan lebih segar dengan pelbagai jenis tumbuhan.
3. menggunakan tenaga solar pada bangunan-bangunan besar seperti hospital, hotel, bangunan
perumahan dan bangunan perniagaan. Penggunaan tenaga solar dapat menjimatkan elektrik di
samping tidak mencemarkan alam. Penggunaan tenaga solar adalah secara berterusan kerana
ia merupakan tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak akan habis.
4. merekabentuk bangunan dua tingkat yang berputar 360 darjah agar orang ramai dapat
menikmati pemandangan keseluruhan bandar. Bangunan berputar ini juga mempunyai 4
menara berbentuk silinder.

Menara Berputar Bunga Teratai
(Flowers of clouds)

Pusat utama bandar teknologi hijau terdiri daripada bangunan
pentadbiran yang digabung bersama institusi pendidikan seperti kolej,
perbankan, perniagaan, perkhidmatan, restoran serta kafe.
Bandar ini mengambil inspirasi bunga teratai tegak di permukaan atau
dikenali sebagai "Flowers of Clouds". Menara ini ketinggian 50cm.
Kawasan ini menjadi pusat tumpuan keistimewaanya yang boleh
berputar 360 dajah yang dapat melihat alam semula jadi di sekitarnya
melengkapi mood pengunjung menikmati pemandangan. Turut
disediakan juga taman dan landskap bertingkat yang menarik dan
menghijaukan suasana sekeliling . Fungsi landskap di setiap bunga
teratai dapat mengurangkan kepanasan di pusat bandar dengan
meningkatkan kandungan oksigen untuk penduduk bandar.
Bangunan pusat bandar ini dihasilkan daripada bahan terbuang seperti
tin makanan Springles, tin minuman bekas, kotak minuman dan kad
board terpakai.

Pengangkutan

Teknologi Hijau dalam Sektor Pengangkutan lebih menekankan kepada aspek
prasarana pengangkutan, bahan bakar dan juga pengangkutan awam.

Pengangkutan Hijau merupakan kaedah untuk menangani isu jejak karbon
negara dan pencemaran alam sekitar.

Pengangkutan Hijau adalah sebarang bentuk pengangkutan yang memberi
impak minimum kepda persekitaran ataupun kenderaan yang menggunakan
Tenaga Boleh Baharu untuk mengurangkan penggunaan bahan api fossil yang
boleh meningkatkan kandungan karbon dioksida . Contoh kenderaan hijau
adalah menggunakan tenaga elektrik dan tenaga solar.

Dalam model ini, kami menggunakan Bas Elektrik, LRT Elektrik, Kereta HIbrid,
Basikal Elektrik, Skuter Elektrik sebagai mod pengangkutan dalam bandar
untuk mengekalkan status Bandar Teknologi Hijau. Laluan khas disediakan
untuk kendaraan seperti basikal elektirk dan skuter elektrik untuk menjamin
keselamatan pengguna.

Perindustrian

Pusat perindustrian dibina berjauhan dari kawasan bandar sebagai satu langkah untuk
mengekalkan kualiti udara di kawasan bandar. Sekitar kawasan kilang turut ditanam
dengan pokok-pokok hijau yang bertindak sebagai penapis semula jadi untuk menyerap
gas-gas rumah hijau yang terhasil daripada aktiviti pengeluaran kilang tersebut.

Penjarakan kawasan perindustrian dari kawasan perumahan, kawasan perhotelan dan
kawasan hospital turut memberi impak yang positif terhadap kesihatan penduduk.

Pembinaan cerobong yang tinggi di kawasan perindustrian adalah untuk mengarahkan asap keluar ke
tempat yang tinggi. Cerobong ini juga turut dilengkapi dengan penapis asap untuk memastikan tiada
bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga mengurangkan asap
kuantiti yang dikeluarkan.

Pertanian, Penternakan & Perhutanan

Teknologi Hijau bagi sektor pertanian and perhutanan yang diaplikasikan dalam model
bandar teknologi hijau ialah:
a) Penggunaan baja kompos daripada hasil buangan tanaman ataupun najis haiwan
b) Penggunaan pengairan tanaman yang diperolehi dari persekitaran
c) Menambah baik amalan penanaman
d) Memperbagaikan jenis tanaman (tanaman bergilir)
e) Tanaman dalam kelambu

Dalam model ini,
a) PENTERNAKAN: Kawasan penternakan dibina berhampiran dengan kawasan
pertanian.Dengan itu, najis haiwan dapat digunakan sebagai baja organik untuk
menyuburkan tanaman.
b) RUMAH TANAMAN : Rumah Tanaman dibina berhampiran dengan kawasan pertanian.
c) CHALET: Chalet dibina khusus untuk pelancong yang ingin menikmati suasana hijau di
samping boleh membuat lawatan ke kawasan pertanian dan penternakan di sekitar.
Pelancong juga dapat membeli dan menikmati sayur-sayuran yang segar dan bersih di
samping daging yang segar sebagai sumber makanan harian.

Pusat Peranginan

Bandar teknologi hijau ini juga mempunyai pusat peranginan dan kawasan
rekreasi yang menjadi tarikan pelancong untuk merasai suasana hijau yang
sejuk dan segar.

Bangunan hotel dibina berhampiran dengan pantai dan dihiasi dengan
perpohon hijau di sekitar kawasan hotel .

Kawasan hotel ini juga mempunyai chalet terapung yang mempunyai
bentuk yang unik untuk menarik minat pelancong untuk merasai
kesegaran angin laut.

Masjid Terapung

Idea pembinaan masjid terapung ini tercetus
kerana keluasan tanah di kawasan bandar
adalah terhad. Reka bentuk bagi masjid

menggunakan senibina tempatan. Masjid akan
kelihatan terapung ketika air pasang dan ini
dapat menimbulkan suasana yang unik.
Kedamaian masjid ini terserlah dengan
kaindahan laut disekeliling masjid tersebut
menjadikan ianya sebagai salah satu destinasi
pelancongan.

Teknologi Maklumat & Komunikasi

Teknologi Hijau dalam Sektor ICT menitikberatkan penjimatan
tenaga dan penggunaan bahan terbiodegradasi dalam pembuatan
peralatan komputer serta pelupusannya.

Kawasan menara Telekomunikasi diletakkan di kawasan yang tinggi
agar penyampaian maklumat dapat disebar luaskan tanpa
sebarang halangan.

bahan-bahan yang digunakan
untuk membina teknologi
hijau



Industri

Pertanian dan perhutanan

Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version