The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by drceygeoffred21, 2021-12-19 08:02:36

BUKU PROGRAM PRODUKSI RENTAK TARI

BUKU PROGRAM FINAL (1)

EN NOR ASLAM MANO (PENGETUA SMK ELOPURA
SANDAKAN)

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada
penolong kanan seni En Vincent Sabin, ketua bidang seni tari En Hamree Murah, para guru
akademik, semua jurulatih kesenian, pelajar Sekolah Seni Malaysia Sabah yang saya kasihi serta
para hadirin yang menonton kemuncak Pertandingan Rentak Tari ini.

Terima kasih saya ucapkan kerana memberi saya peluang kepada saya untuk menitipkan
kata – kata aluan sempena kemuncak pertandingan rentak tari ini. Syabas dan tahniah saya
ucapkan kepada Bidang Seni Tari khususnya kepada pelajar pengkhususan seni tari tingkatan 5
kerana telah berjaya mengadakan satu program di masa pendemik ini.

Seperti yang saya dimaklumkan, pertandingan rentak tari ini diadakan dengan objektif
utama untuk melengkapkan kriteria spm para pelajar tingkatan 5 dalam subjek pengurusan seni
persembahan. Selain itu, program ini juga dapat memberi pengalaman kepada para pelajar dalam
menguruskan sebuah produksi dengan baik sekaligus menambah pengetahuan mereka tentang
ilmu tarian yang akan mereka gunakan di masa akan datang. Pertandingan rentak tari ini juga
merupakan salah satu platform pelajar untuk mencungkil bakat mereka dan memberikan
kemahiran baru kepada mereka dalam pelbagai genre tarian. Bahkan saya difahamkan terdapat
penyertaan dari peserta luar dan ini juga satu yang sangat menarik. Tahniah saya ucapkan kepada
pihak penganjur.

Pada masa kini, terdapat banyak program yang dirancangkan tidak dapat dilaksanakan
kerana kekangan keadaan dan ini menyebabkan para pelajar menghadapi kesukaran untuk
mendapatkan penyertaan serta sijil yang banyak. Oleh itu, melalui program seperti inilah para
pelajar boleh mendapat sijil dan menambah markah kokurikkulum anda semua.

Akhir kata dari saya, selamat maju jaya kepada semua pelajar. Jadikan pertandingan ini
sebagai satu pengalaman dan ilmu baru kepada anda semua. Jaga diri
anda, stay safe, stay at home.
Sekian dan terima kasih.
EN VINCENT SABIN (PENOLONG KANAN SEKOLAH SENI
MALAYSIA SABAH)

Salam sejahtera dan salam penjana pewaris budaya bangsa, yang berusaha tuan pengetua
En Nor Aslam Mano Bin Abdullah, yang dihormati ketua bidang seni tari, En Hamree Murah,
barisan guru akademik, semua jurulatih kesenian, pelajar Sekolah Seni Malaysia Sabah yang
dikasihi serta semua hadirin yang menonton kemuncap Pertandingan Rentak Tari ini.

Terutama sekali saya ingin megucapkan tahniah kepada bidang seni tari diatas
keberjayaan dalam menganjurkan satu lagi program yang dipanggil Pertandingan Rentak Tari.
Ucapan tahniah juga saya tujukan buat para pelajar seni tari tingkatan 5 dengan nama kumpulan
Ahalang Spana Dansa kerana dengan usaha anda semua program ini dapat dilaksanakan dengan
baik sekali.

Seterusnya, pertandingan ini mempunyai 5 kategori yang diasingkan mengikut genre
tarian yang berbeza. Ini merupakan salah satu cara yang bagus sekali untuk memperkenalkan
kepelbagaian genre tari kepada para pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat mencungkil
bakat para pelajar yang terlibat terhadap genre tari yang baru. Saya juga difahamkan bahwa
terdapat penyertaan dari peserta luar dan begi saya ini sangat menarik. Tahniah saya ucapkan
kepada pihak penganjur.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada para peserta
yang berjaya memperolehi kemenangan. Bagi yang tidak memperolehi kemenangan, jangan

putus asa kerana rezeki ada dimana-mana. Oleh itu, tingkatkan usaha anda dan terus bersemangat
menyertai mana-mana program seperti ini di masa akan datang.
Akhir kata dari saya, selamat maju jaya kepada semua.
Ambillah sebanyak mana ilmu dan pengalaman serta jadikan
pertandingan ini sebagai satu penambahan ilmu tari yang akan anda
gunakan di masa akan datang. Sekian dan terima kasih.
EN HAMREE MURAH ( KETUA BIDANG SENI TARI SSEM
SABAH)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang berusaha, tuan pengetua En Nor Aslam
Mano Bin Abdullah, Yang dihormati penolong kanan seni, En Vincent Sabin, guru-guru
akademik, semua jurulatih kesenian, para pelajar sekolah seni malaysia sabah yang dikasihi serta
para hadirin sekalian yang menonton program kemuncak pertandingan rentak tari ini.

Pertama sekali, saya ingin megucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur program
Pertandingan Rentak Tari 2021 yang dibawah kumpulan Ahalang Spana Dansa iaitu
pengkhususan seni tari tingkatan 5 dan diketuai oleh Dorcey Geoffred sebagai pengurus
produksi. Pertandingan rentak tari ini merupakan salah satu platform pelajar untuk mencungkil
bakat mereka dan memberikan kemahiran baru kepada mereka dalam pelbagai genre tarian.

Selain itu, seperti yang kita semua tahu, sekarang merupakan masa pandemik dimana
kita menghadapi kesukaran untuk menjalankan program seperti ini secara bersemuka. Namun
begitu, para pelajar telah berjaya menghadapi kesukaran ini dan mereka membuktikan bahwa
dimasa pandemic ini bukan penghalang kepada kita untuk berkarya, menimba ilmu dan
pengalaman baru.

Seterusnya, saya juga ingin megucapkan tahniah kepada para peserta yang telah
melibatkan diri kerana anda tidak rugi sedikitpun malah dengan penglibatan ini anda dapat
mengembangkan bakat anda dan juga mendapat sijil anda. Bagi peserta yang menang, saya
ucapkan syabas dan tahniah dan bagi yang tidak memperolehi kemenangan jangan risau kerana
program seperti ini akan diteruskan dan sertailah lagi di masa akan datang.

Akhir kata dari saya, selamat maju jaya kepada semua dan jadikan pertandingan ini satu
peningkatan khususnya dalam ilmu tari yang akan anda gunakan di masa akan datang. Sekian
dan terima kasih.
DORCEY GEOFFRED (PENGURUS PRODUKSI RENTAK TARI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang berusaha, tuan pengetua En Nor Aslam
Mano Bin Abdullah, Yang dihormati penolong kanan seni, En Vincent Sabin, guru-guru
akademik, semua jurulatih kesenian, para pelajar sekolah seni malaysia sabah yang dikasihi serta
para hadirin sekalian yang menonton program kemuncak pertandingan rentak tari ini.

Saya Dorcey Geoffred merupakan Pengurus Produksi Bagi Produksi Rentak Tari.
Pertama sekali saya ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk serta guru-guru
yang telah menyokong program saya ini dari mula hingga selesai. Saya berasa sangat bersyukur
kerana dengan sokongan dan bantuan dari anda semua program ini berjalan dengan lancar dan
masalah juga dapat dikurangkan.

Seterusnya saya juga ingin megucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang
telah berani menampilkan diri dan mengambil bahagian dalam program ini. Bagi peserta yang
memperolehi kemenangan saya ucapkan tahniah kerana itu semua adalah hasil usaha anda
sendiri manakala bagi peserta yang tidak memenangi sebarang kategori, jangan berputus asa dan
sertailah lagi program seperti ini di masa akan datang kerana rezeki ada di mana-mana.

Sekian dan terima kasih.

DESKRIPSI PROGRAM

Pertandingan Rentak Tari

Cetusan idea penganjuran Pertandingan Rentak Tari tahun 2021 ekoran daripada permintaan
daripada pelbagai rakan dalam dan luar untuk memberikan karya tarian mereka tersebut
memandangkan pandemic Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan banyak peluang
kesenian terpaksa ditangguhkan dan ini memberikan kesedihan di kalangan pengiat tari dan tidak
terkecuali adalah anak -anak muda tari yang merindukan untuk melakukan gerak taria mereka.

Mendengar dan memahami situasi kerinduuan ini, saya telah mendapatkan idea dan
merancang untuk menganjurkan pertandingan Rentak Tari yang merangkumi pelbagai kategori
tarian yang boleh disertai oleh semua pelajar sekolah menengah tersebut.

Penglibatan daripada pelbagai latar belakang pelajar ini sesuatu yang diharapkan dalam
menjayakan pertandingan rentak tari tahun 2021 ini agar bersama-sama dalam mencari

pengalaman dan juga merapatkan silaturahin sesame penganjur dan peserta bahkan kepada
peserta ke peserta yang lain.

OBJEKTIF PROGRAM

 Memberi pendedahan kepada murid dalam mengelolakan dan menjadi pengurus
pertandingan.

 Memberikan peluang kepada semua pelajar dan warga luar untuk menimbah pengetahuan
dan kemahiran.

 Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah.



SENARAI PEMENANG

PERTAMA KATEGORI KREATIF JUMLAH MARKAH
KEDUA NAMA PEMENANG 156
KETIGA Mirdarline Bt Marios 155
Evan Rexell Joannes 145

Sherlyn Suid

KATEGORI KONTEM /MODERN / KPOP

NAMA PEMENANG JUMLAH MARKAH

PERTAMA SH Mohd Nazahairul Haqimie Bin Mohd 160

KEDUA Sarqawie 149
KETIGA Sherina Elsie Fedilis 147

Fahruzi Meftah

PERTAMA KATEGORI TRADISI JUMLAH MARKAH
KEDUA NAMA PEMENANG 168
KETIGA Mohd Fadrul Naim Bin Rosli 143
Mohd Fattah Farihin 128
Nurul Halimatul Sa’diyyah binti Hasanuddin

PERTAMA KATEGORI TARIAN MELAYU JUMLAH MARKAH
KEDUA NAMA 159
KETIGA 153
Mohd Fadrul Naim Bin Rosly 144
Juranizzah Aizah Ashikin Bt Jaslum

Gracesya Novahemelyn Angin

PERTAMA KATEGORI TIKTOK MALAYSIA JUMLAH MARKAH
KEDUA NAMA 151
KETIGA 148
Joanne Glenmarie Jonathan 137
Sherina Elsie Fedilis

Reynee Clementina Stevee Osten

ANUGERAH KHAS

BI NAMA ANUGERAH NAMA PEMENANG

L

1. Busana Terbaik Sherlyn Suid
2. Susunan Muzik Terbaik Evan Rexell Joannes
3. Visual Terbaik Sherina Elsie Fedilis
4. Persembahan Terbaik Fahruzi Meftah
5. Peserta Terbaik Mohd Fadrul Naim Bin Rosli
6. Anugerah Ibu Bapa Sporting Ibu Kepada Mohd Fadrul Naim Bin Rosli

PENGURUS PRODUKSI
DORCEY GEOFFRED

PENGARAH URUSAN PENGURUS PENTAS PENGURUS ARTISTIK
JACKEY JUPING DYG ROS DYANNA WARDINA
DERORA DANE DANIEL@DAVID
SETIAUSAHA KOREOGRAFER PENGURUS TEKNIKAL
KREW PENTAS JETTEY ELVYINEH JUNIH
NURANIS BT JALAL MERRYNITAH MANUIL STEVOLYNDO
ALDENNER
PENGURUS PERAKAUNAN

FLORA AMANDA ROGER

PENGURUS HADIAH

LUCYANA RUSTIN

PENGURUS JEMPUTAN

AUTOGRAF


Click to View FlipBook Version