The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTOLONGAN CEMAS FULL VERSION 3.0-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thava.selan, 2021-06-20 06:16:19

PERTOLONGAN CEMAS FULL VERSION 3.0-converted

PERTOLONGAN CEMAS FULL VERSION 3.0-converted

NAMA : SAKTYISWARAN THAVASELAN
Kelas : 1 bestari

Tajuk : pertolongan cemas

PERTOLONGAN
CEMAS

Ilmu pertolongan cemas adalah
rawatan segera dan hanya bertujuan
untuk sementara yang diberikan oleh
petugas kepada seseorang yang
ditimpa kemalangan atau kecederaan,
sebelum pesakit tersebut di bawa ke
hospital atau sebelum ketibaan
petugas keselamatan. Dalam kem-kem
perkhemahan badan beruniform yang
diadakan di Asia Camp, asas kepada
ilmu ini akan diajar dan dipraktikkan
kepada semua peserta sebagai salah
satu asas kemahiran hidup.

Rawatan pertolongan cemas adalah
bertujuan untuk menyelamatkan
nyawa pesakit. Selain itu ia juga
dapat menjaga kesihatan pesakit
daripada menjadi lebih teruk atau
kritikal di samping bertujuan untuk
membantu dalam menyegerakan
proses penyembuhan.Ilmu pertolongan
cemas ini umumnya mengandungi
tiga perkara penting iaitu yang
pertama menentukan punca dan jenis

kesakitan atau kecederaan. Yang
kedua adalah memberikan rawatan
dengan kadar segera dan yang ketiga
adalah mengatur pesakit untuk terus
di bawa ke klinik atau hospital
berdekatan.

KANDUNGAN

CONTOH 4 TEKNIK
PERTOLONGAN CEMAS ASAS

YANG ANDA WAJIB TAHU

KIT PERTOLONGAN CEMAS

CONTOH-CONTOH GAMBAR
UNTUK PERTOLONGAN CEMAS



MANGSA DISYAKI SAKIT
JANTUNG

Jika seseorang itu tidak responsif
mahupun bernafas, hubungi 999
secepat mungkin dan terus lakukan
Bantuan Pernafasan Kecemasan
(CPR).

Besar kemungkinan ini ialah
serangan jantung (cardiac arrest),
iaitu apabila jantung berhenti
mengepam darah ke seluruh badan.
Mangsa akan tidak sedarkan diri dan
rebah. Pernafasannya tidak teratur
dan boleh berhenti.

Untuk lakukan CPR, baringkan
mangsa dan berlutut di sisi rusuknya.
Tindankan tapak tangan anda dan
letakkannya di tengah-tengah
dadanya (pastikan jari anda
menyelangi satu sama lain). Luruskan
lengan dan tegakkan badan supaya
bahu anda berada betul-betul di atas
tangan.

Dengan menggunakan kekuatan berat
badan, tekan dada mangsa sebanyak 2
ke 2.5 inci ke dalam. Ulang dengan
kadar 100 ke 120 kali setiap minit.
Ulangi hingga bantuan profesional
tiba.

MANGSA BERDARAH DENGAN
BANYAK

Jika seseorang itu kehilangan darah
dengan banyak kerana tercedera,
perkara pertama anda perlu buat
ialah untuk meletakkan tekanan pada
luka supaya pendarahan berhenti.

Gunakan apa sahaja di sekeliling anda,
seperti baju, selimut atau tuala dan
tekankan pada luka.

Langkah seterusnya ialah untuk
menghubungi talian kecemasan 999.
Terus kenakan tekanan pada
bahagian luka sehingga bantuan
kecemasan tiba.

“Pendarahan yang banyak boleh
membawa maut, jadi memang penting
untuk kita hentikannya sebaik
mungkin,” kata Tracey.

MANGSA TERCEKIK

Orang yang tercekik akan memegang
leher atau dadanya sambil tercungap-
cungap. Dia tidak akan boleh beritahu
apa masalahnya, jadi anda perlu
bertindak dengan segera.
Berdiri di belakang mangsa,
bongkokkan badannya ke hadapan
dan pukul di antara tulang belikatnya

dengan kuat sebanyak lima kali.
Tujuannya ialah untuk melonggarkan
apa sahaja yang tersumbat dalam
tekaknya.

Jika teknik berkenaan tidak mujarab,
anda perlu gunakan kaedah Heimlich
Manoeuvre.

Lingkarkan tangan di sekeliling badan
mangsa dari belakang. Dengan kuat,
tarik ke dalam pada bahagian
abdomennya, iaitu di bawah tulang
rusuk. Tekanan daripada perbuatan
ini boleh menolak objek yang
tersangkut di saluran udara mangsa.
Nota: perlahankan tekanan jika
mangsa ialah kanak-kanak.

Hubungi 999 jika tiada perubahan
yang berlaku. Sementara tunggu
ambulans tiba, terus lakukan dua
teknik yang disebut tadi.

MANGSA TERJATUH

Jika seseorang itu jatuh terseliuh,
sediakan pek ais dan letakkan pada
bahagian yang bengkak dan sakit.
Guna sebuah pek sayuran yang
disejukbekukan pun tidak mengapa,
tetapi pastikan pek ini dibalut dalam
tuala.“Untuk memastikan ada tulang
yang patah, periksa jika mangsa rasa

sakit di bahagian badan seperti
tangan atau kaki,” kata Tracey.

“Bentuknya mungkin lain macam,
ataupun mangsa tidak mampu untuk
menggerakkan atau
membengkokkannya. Simptom lain
termasuklah bengkak dan lebam.”

Katanya lagi, tulang patah sukar
untuk dikenal pasti tanpa
pemeriksaan sinaran X. Jika tidak
pasti, anggap sahaja ia patah hingga
tiba di hospital.

MANGSA DIPATUK ULAR

Hubungi 999 dengan segera jika ular
itu mungkin berbisa atau jika mangsa
sukar bernafas mahupun hampir
pengsan. Jika ular itu tidak berbisa,
rawat kesan patukan seperti luka
biasa.
Pastikan anda ingat bagaimana rupa
ular yang mematuk mangsa supaya
anda boleh terangkannya kepada
pekerja kecemasan.
Sementara menunggu bantuan tiba,
alihkan mangsa supaya jauh daripada
ular. Baringkan mangsa tetapi

pastikan luka patukan berada di
bawah paras jantung.

Tenangkan mangsa dan kurangkan
pergerakkannya agar bisa tidak
merebak. Tutup luka dengan kain
balutan yang longgar dan bersih.

Ingat! Jangan toreh bahagian kulit
yang dipatuk. Jangan cuba sedut bisa.
Jangan letakkan air atau ais pada
luka. Jangan berikan ubat, alkohol
atau air bergas kepada mangsa.



KIT PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan atau bantuan segera
yabg bersifat sementara diberikan
kepada mangsa yang mengalami
kemalangan atau kecederaan dengan
segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian sebelum ketibaan
bantuan berubatan atau sebelum
mangsa mendapat rawatan
perubatan yang sempurna
TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS

Membantu menyelamatkan nyawa
mangsa

Mengelakkan mangsa dari kecederaan
yang lebih teruk

Membantu mengurangkan kesakitan
atau kesengsaraan mangsa

BARANG YANG PERLU ADA
DALAM FIRST AID KIT

Kotak first aid kit atau peti
pertolongan cemas merupakan salah
satu perkara penting yang perlu ada
di kebanyakan tempat kerana
seseorang itu boleh memberikan
rawatan awal kepada pesakit sebelum
sampai ke klinik ataupun hospital

Bahkan dengan rawatan yang betul,
sesuatu kecederaan yang tidak serius
tidak memerlukan untuk dibawa
berjumpa dengan doktor jika anda
sendiri tahu untuk merawatnya dan
mempunyai kelengkapan first aid
yang mencukupi

SENARAI BARANG PETI
PERTOLONGAN CEMAS YANG
PENTING DAN PERLU ADA:

Plaster

Plaster merupakan barangan asas
yang semua first aid kit perlu ada. Ia
digunakan untuk menutup luka-luka
kecil yang tidak mengalami
pendarahan yang teruk

Bandage

Terdapat 2 jenis bandage iaitu
bandage biasa dan bandage
segitaga/triangular bandage/kain
anduh. Ia digunakan untuk membalut
luka atah membalut dikawasan yang
bengkak

Kain anduh/ triangular bandage

Berfungsi untuk membalut dibahagian
yang patah atau lebam

Gauze (kain kasa perubatan)

Kain kasa atau gauze ini selalunya
digunakan untuk menutupi luka yang
besar. Ia juga boleh digunakan untuk
membersihkan luka yang kotor

Cotton (kapas)

Kapas pula selalunya digunakan
untuk membersihkan luka. Jika luka
itu kotor, gunakan air bersih untuk
membersihkan kekotoran terlebih
dahulu. Kemudian sapu dengan
larutan antiseptik (iodin) untuk
membunuh kuman dibahagian
tersebut

Providone iodine

Ia merukapan larutan yang berwarna
kuning. Larutan ini mengandungi
unsur iodin yang berfungsi untuk
membunuh kuman (antiseptik) di
kawasan luka

Krim pemanas

Krim pemanas digunakan untuk
merawat sakit otot dan juga
kekejangan otot

Gunting

Gunting penting untuk memotong
gauze, bandage dan sebagainya.

Micropore

Micropore digunakan untuk
melekatkan beberapa perkara seperti
melekatkan gauze pada kulit

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang disyorkan untuk
diletakkan di dalam peti pertolongan
kecemasan ialah

Paracetamol

Loratadine

Ponstan

Ubat Gastrik

Maxolon (metoclopramide)

Lamotil





Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version