Z
Sistem Fizikal Bumi
• Sistem fizikal bumi terdiri daripada 4 komponen
iaitu:-
1. Atmosfera – udara
2. Hidrosfera – Air
3. Litosfera – Kerak bumi/ tanih
4. Biosfera – Benda hidup
Setiap komponen di bumi saling melengkapi di antara
satu sama lain
Udara Air
Tanah Kehidupan
Atmosfera
Atmosfera adalah ruang udara yang meliputi
permukaan bumi
Kepentingan atmosfera ialah
- membekalkan gas oksigen utk benda hidup
- mengawal suhu persekitaran bumi
- perubahan iklim dan cuaca di bumi
- penting untuk telekomunikasi – seperti satelit
- pengangkutan – seperti penerbangan udara
Hidrosfera
Hidrosfera mewakili kawasan yang berair seperti laut,
tasik, sungai dan air bawah tanah
Hidrosfera penting untuk
- Sumber minuman
- Sumber hidroelektrik
- Jalan pengangkutan
- Sumber protein
- Habitat hidupan akuatik
Litosfera
Litosfera mewakili kerak bumi iaitu tanih dan batuan
Litosfera penting untuk
- habitat/ tempat tinggal manusia, f lora serta fauna
- Kawasan pertanian
- Kawasan perlombongan
Biosfera
Biosfera mewakili kehidupan di bumi. Biosfera
termasuklah manusia, f lora dan fauna
Biosfera memerlukan ketiga-tiga komponen bumi
yang lain untuk hidup.
Sebagai contoh, manusia
memerlukan udara, air dan
tanih untuk bernafas, minum dan
mendirikan tempat tinggal.